adat perkahwinan kaum iban

Upload: kilik-gantit

Post on 14-Oct-2015

194 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

TRANSCRIPT

  • 5/24/2018 Adat Perkahwinan Kaum Iban

    1/4

    Pengenalan

    Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang

    dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia

    pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang

    sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur

    khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialahperkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat

    perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri

    ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau

    keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota

    keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan

    harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat

    beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik,

    meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.MerisikDalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranyaseorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan

    bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali

    sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum.Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan

    akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan

    menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.Meminang dan Bertunang

    Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua

    puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat

    perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang

    berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapitatau ikat

    pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah

    pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu

    tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian

    wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara

    dan jiran tetangga.

  • 5/24/2018 Adat Perkahwinan Kaum Iban

    2/4

    Majlis PerkahwinanMajlis Perkahwinan Pelbagai persiapan

    akan dibuat untuk majlis perkahwinan

    yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga

    lelaki mereka akan menyediakan

    perbelanjaan serta barang yang harusdiberikan kepada keluarga perempuan.

    Keluarga perempuan juga membuat

    pelbagai persiapan termasuk memburu

    binatang untuk disembelih pada hari

    perkahwinan. Untuk mengundang

    tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil

    masing-masing untuk menguruskan

    jemputan kahwin. Wakil itu membawa

    beberapa utas tali bersimpul yang

    menunjukkan berapa hari lagi

    perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna

    perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akanmeninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yangbertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

    Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya

    berarak ke rumah panjang pengantin perempuan

    dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu

    sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika

    tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan

    darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang

    berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik

    sahaja sampai di hadapan rumah pengantin

    perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan.

    Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungaisebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di

    tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin

    lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai

    penghormatan dan pada masa itu juga tembakan

    senapang akan kedengaran secara balas-

    membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat

    rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan

    pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka

    tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah

    dan di hujung rumah.

    Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaumwanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai.

    Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan

    dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan

    lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis

    arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu

    mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang.

    Mereka juga akan berpusing di rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan

    dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan

    Pengantin masyarakat Iban

    Upacara miring

    Upacara akad nikah

    http://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/tembak1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/babi1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/perahu1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/tembak1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/babi1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/perahu1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/tembak1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/babi1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/perahu1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/tembak1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/babi1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/perahu1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/tembak1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/babi1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/perahu1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/tembak1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/babi1.avihttp://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/perahu1.avi
  • 5/24/2018 Adat Perkahwinan Kaum Iban

    3/4

    berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengahari barulah kedua-dua pihak

    berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya dilangsungkan

    pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas tengah malam. Mereka akan

    berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki

    dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan

    diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air

    perangsang kepada para tetamu.

    Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka.

    Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian

    yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta

    bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang

    lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain.

    Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung

    gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu

    dan beberapa pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka

    menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian.

    Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya

    perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang

    diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku

    percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab

    akan dikenakan denda yang lain.

    Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan. Seorang

    perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut

    . Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di

    rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara

    menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun.

    Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi.

    Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada

    kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan

    mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegangsehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan

    hilang pada setiap individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai

    korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri, pasangan

    pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki

    pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah

    dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki.

    Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan

    disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga boleh

    disamakan dengan adat bersanding di kalangan masyarakat Melayu. Pasangan ini akan

    disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang yang

    dipanggil tukang ganyangakan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya

    kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil

    darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan

    dan minum.

    Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah

    pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri,

    mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu.

    Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud

    http://malaysiana.pnm.my/01/video/iban/belahpinang1.avi
  • 5/24/2018 Adat Perkahwinan Kaum Iban

    4/4

    yang tersendiri samada baik atau sebaliknya. Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buatsementara waktu kerana mendapat petanda buruk.