acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzh_k7yemkfnvxdapapxjcyw_3kogjmt9ilz_ostu2bq8q4b0vuo4c90k9j0l2r8co0qizpg3wyuunipcoesn6yo=_print=true&nonce=ksmlp8m88qks4&user=09265749126544426902&hash=3e7chb9rjfdqkhdvc0q5guo6m6s85auv...

Upload: sashasparks

Post on 11-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 ACFrOgBFoeMXmT0DoPYAO9sKxUeyrLZz25NU8vHNzh_K7yemkFnvXdapapxjcYW_3KOgjmt9IlZ_OSTU2Bq8Q4B0VUo4

    http:///reader/full/acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzhk7yemkfnvxdapapxjcyw3kogjmt9ilzostu2bq8q 1/11

    TUGASAN SPESIFIK

    Penjajahan British telah menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak sehingga Perang Dunia Kedua.

    Bincangkan tentang perkembangan gerakan nasionalisme tersebut sehingga pendudukan Jepun.

    Aspek Perincian Markah

    Pengenalan 1. Maksud gerakan nasionalisme

    5 markah

    Isi dan

    Huraian

    2. Huraikan penentangan yang digerakkan oleh Mat

    Salleh, Dato Bahaman dan Tok Janggut terhadappenjajahan British di kawasan masing-masing.

    15 markah

    3. Peranan dan sumbangan persatuan-persatuan Melayu

    dalam perjuangan mereka menentang penjajahan

    British ternyata amat penting. Bincangkan. 30 markah

    4. Sesebuah masyarakat akan lebih berjaya dalam

    mencapai matlamat yang ingin dicapai apabila bergerakdalam persatuan. Berikan alasan anda.

    10 markah

    5. Usaha Malaysia dalam memupuk semangat

    nasionalisme dalam kalangan rakyat.

    10 markah

    6. Kejayaaan tokoh-tokoh tempatan dalam perjuangan

    mereka menentang penjajahan British wajar dikagumi

    dan diteladani oleh generasi muda. Jelaskan. 10 markah

    7. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin Malaysia dalam

    memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyatdan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

    10 markah

    8. Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan

    pemimpin tempatan menentang British.5 markah

    Kesimpulan

    9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

    (a) Pengetahuan yang diperoleh.

    (b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia

    cemerlang dan terbilang. 5 markah

    KERTAS SOALAN TAMAT

  • 7/23/2019 ACFrOgBFoeMXmT0DoPYAO9sKxUeyrLZz25NU8vHNzh_K7yemkFnvXdapapxjcYW_3KOgjmt9IlZ_OSTU2Bq8Q4B0VUo4

    http:///reader/full/acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzhk7yemkfnvxdapapxjcyw3kogjmt9ilzostu2bq8q 2/11

    1. Maksud gerakan nasionalisme 5 markah

    F1 Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk

    tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

    H1 Penentangan mereka itu didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa

    penjajah.

    F2 Di Malaysia,penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak

    abad ke19.

    F3 Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke20.

    C3 Antara pemimpin penentangan itu termasuklah Penghulu Dol Said, DatoMaharaja Lela, Rentap dan

    Mat Salleh.

    2. Huraikan penentangan yang digerakkan oleh Mat Salleh, Dato

    Bahaman dan Tok Janggut terhadap penjajahan British di kawasan

    masing-masing.

    15 markah

    Mat Salleh (5 markah)

    F1 Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara

    British (SBUB).

    F2 Penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh.

    H21 Beliau adalah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.

    H22 SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh.

    H23 Mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh.

    H24 Mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.

    H25 Pegawaipegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

    H26 Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1895 tetapi tidak dilayan.

    H27 Sebaliknya Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya.

    H28 Mat Salleh terpaksa melarikan diri.

    H29 Pada tahun 1897, beliau dan pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB

    di Pulau Gaya.

    H210 Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh iaitu menyerahkan Tambunan

    kepadanya.

    H211 Namun, SBUB telah mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu

    SBUB.

    H212 Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.

  • 7/23/2019 ACFrOgBFoeMXmT0DoPYAO9sKxUeyrLZz25NU8vHNzh_K7yemkFnvXdapapxjcYW_3KOgjmt9IlZ_OSTU2Bq8Q4B0VUo4

    http:///reader/full/acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzhk7yemkfnvxdapapxjcyw3kogjmt9ilzostu2bq8q 3/11

    H213 Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900

    Dato Bahaman (5 markah)

    F1 Di Pahang, pada tahun 1888, beberapa orang pembesar telah bersatu melawan penguasaan British.

    F2 J.P. Rodgers telah dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama, Dato Bahaman telah menolakpelaksanaan undangundang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan

    seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar.

    H21 Ini adalah kerana undangundang tersebut telah menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai Orang

    Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

    H22 Dato Bahaman dan rakanrakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang

    British selama lima tahun.

    H23 1890 menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua

    H24 1891 menyerang British sebab menangkap anak buahnya.

    H25 1892 menyerang dan menawan semula Lubuk Terua

    H26 1894 menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

    H27 1895 akibat tekanan British, Dato Bahaman berundur ke Kelantan

    H28 Dato Bahaman dan rakanrakan mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar

    Terengganu dan Kelantan.

    H29 Dato Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu

    Terengganu.

    H210 Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh

    Raja Chulalongkorn.

    H211 Beliau menetap di Cheng Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 baht dan

    meninggalkan dunia di sana.

    Tok Janggut (5 markah)

    F1 Di Kelantan, penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Puteh, apabila Sistem

    Penasihat , diperkenalkan pada tahun 1910.

    F2 British telah memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkannya.

    H21 Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan mambayar cukai.

    H22 Namun, bantahannya tidak dilayan oleh Pegawai Daeah Pasir Puteh.

    H23 Sebaliknya pihak polis telah diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi mereka gagal.

  • 7/23/2019 ACFrOgBFoeMXmT0DoPYAO9sKxUeyrLZz25NU8vHNzh_K7yemkFnvXdapapxjcYW_3KOgjmt9IlZ_OSTU2Bq8Q4B0VUo4

    http:///reader/full/acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzhk7yemkfnvxdapapxjcyw3kogjmt9ilzostu2bq8q 4/11

    H24 Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta

    rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan mereka Berjaya mendudukinya.

    H25 Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai

    Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

    H26 Dengan menggunakan nama sultan Kelantan, British telah membawa masuk pasukan tentera dariNegeri Selat dengan Kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.

    H27 Mereka memulakan serangan pada bulan Mei 1915 di Saring.

    H28 Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjatanya yang lebih moden telah melumpuhkan

    perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.

    H29 Tok Janggut malah telah terkorban dalam serangan itu dan mayatnya diarak ke seluruh pecan Kota

    Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran

    kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.

    3. Peranan dan sumbangan persatuan-persatuan Melayu dalam

    perjuangan mereka menentang penjajahan British ternyata amatpenting. Bincangkan. 30 markah

    KMS

    F1 Pada awal abad ke20 muncul persatuanpersatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa

    Melayu.

    H1 Persoalan itu tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan

    politik bangsa.

    C1 Antara persatuan yang terkenal termasuklah Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan

    pada tahun 1926 di Singapura.

    H2 Pengasasnya ialah Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh.

    H3 Kesatuan ini didokong oleh mereka yang berpendidikan Inggeris dan bertujuan untuk menjaga

    kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu Singapura.

    H4 Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British.

    H5 Beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan NegeriNegeri Selat sebagai wakil orang

    Melayu.

    H6 Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British.

    H7 Antara kejayaan beliau termasuklah memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang

    Melayu di Singapura.

  • 7/23/2019 ACFrOgBFoeMXmT0DoPYAO9sKxUeyrLZz25NU8vHNzh_K7yemkFnvXdapapxjcYW_3KOgjmt9IlZ_OSTU2Bq8Q4B0VUo4

    http:///reader/full/acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzhk7yemkfnvxdapapxjcyw3kogjmt9ilzostu2bq8q 5/11

    H8 Keberkesanan perjuangan kesatuan ini telah mendorong penubuhan cawangannya di Melaka, Pulau

    Pinang dan negeri Melayu yang lain pada tahun 1930an.

    PASPAM

    F1 Persatuan Sahabat Pena (PASPAM) yang ditubuhkan pada tahun 1934 dipimpin oleh cerdik pandai

    Pulau Pinang.antaranya termasuklah S.M. Zainal Abidin B.A.

    H1 Tujuannya adalah menggalakkan ahlinya berkenalkenalan dan bertukartukar pendapat bagi bagi

    memajukan diri sendiri dan bangsa.

    H2 Telah menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di seluruh

    Semenanjung Tanah Melayu.

    H3 Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri telah mendapat

    sambutan hangat.

    H4 Walaupun tidak bersifat politik tetapi kegiatan social PASPAM merupakan asas kepada kesedaran

    perpaduan Melayu.

    Persatuan Negeri.

    F1 Persatuan negeri telah ditubuhkan di Negerinegeri Melayu Bersekutu seperti di Perak (1937),

    Selangor (1939), Negeri Sembilan (1938) dan Pahang (1938).

    H1 Objektif utama Penubuhan persatuan negeri ini adalah bagi membincangkan nasib orang melayu

    dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.

    H2 Dengan cara ini perpaduan dalam kalangan orang Melayu dapat di galakkan.

    Persatuan di Sarawak

    F1 Kegiatan berpersatuan di Sarawak lebih baik daripada di Sabah.

    F2 Persatuan Melayu Miri ditubuhkan pada tahun 1936. Diikuti oleh Persatuan Melayu Sarawak 1939

    hasil daripada pengaruh persatuanpersatuan negeri di Semenanjung.

    H1 Idea untuk menubuhkan Persatuan Melayu Sarawak telah timbul sejak tahun 1937 tetapi gagal

    kerana dibantah oleh Brooke.

    H2 Hanya dengan naungan daripada Datu Patinggi Abang Abdillah, Brooke bersetuju untuk

    mendaftarkannya.

    H3 Persatuan ini pernah menghadiri Kongres Melayu 1940 di Singapura.

    F3 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak d1939, diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.

  • 7/23/2019 ACFrOgBFoeMXmT0DoPYAO9sKxUeyrLZz25NU8vHNzh_K7yemkFnvXdapapxjcYW_3KOgjmt9IlZ_OSTU2Bq8Q4B0VUo4

    http:///reader/full/acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzhk7yemkfnvxdapapxjcyw3kogjmt9ilzostu2bq8q 6/11

    H4 Tujuan penubuhannya adalah untuk mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan,

    menjaga maruah bangsa dan budaya serta menegakkan ajaran agama Islam. Persatuan ini mendapat

    sambutan orang Melayu Sarawak di daerah Kuching.

    Persatuan di Sabah.

    F1 Di Sabah, kesedaran untuk berpersatuan tidak menonjol dan di negeri ini terdapat cawangan

    Persatuan Sahabat Pena sahaja, iaitu di Jesselton (Kota Kinabalu), Labuan dan Tawau.

    H1 Kegiatannya mirip kepada persatuan di Semenanjung. Anggotaanggotanya terdiri daripada peniaga

    kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.

    H2 Kegiatan berpersatuan ini tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana kesulitan perhubungan dan

    taraf pendidikan yang masih rendah.

    KMM

    F1 Sebuah persatuan separa politik iaitu Kesatuan Melayu Muda ditubuhkan pada 1939.

    H1 Pemimpinnya Ibrahim Haji Yaakob, merupakaan wartawan akhbar Majlis, di Kuala Lumpur.

    H2 Nama KMM diilhamkan oleh Sultan Djenain, iaitu pelarian politik Indonesia.

    H3 Objektif utama KMM adalah menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu di seluruh

    Semenanjung dan meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.

    H4 Kesatuan ini didaftarkan oleh Mustapha Husein, Naib Ketua KMM pada bulan Disember 1940.

    H5 Tujuan penubuhan KMM adalah bersifat politik.

    H6 Dengan inisiatif Ibrahim Haji Yaakob, KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk

    menghalau British dari Tanah Melayu.

    C1 Antara tindakannya termasuklah menjadikan KMM salah sebuah badan propaganda Jepun, membeli

    Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda antiBritish dan mengelilingi Tanah Melayu untuk

    mencari sokongan.

    H7 Cawangan KMM juga ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British.

    H8 Maahad II Ihya Assyariff, di Gunung Sermanggol, Perak menjadi penyokong KMM dengan

    menyediakan kaderkader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British.

    H9 Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan lebih kurang 150 orang penyokong KMM telah

    ditangkap oleh British pada akhir tahun 1941 dan dipenjarakan di Changi, Singapura.

  • 7/23/2019 ACFrOgBFoeMXmT0DoPYAO9sKxUeyrLZz25NU8vHNzh_K7yemkFnvXdapapxjcYW_3KOgjmt9IlZ_OSTU2Bq8Q4B0VUo4

    http:///reader/full/acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzhk7yemkfnvxdapapxjcyw3kogjmt9ilzostu2bq8q 7/11

    Kongres Melayu

    F1 Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan kemuncak kesedaran

    kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua.

    H1 Dalam keduadua kongres ini, soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta

    layanaan pilih kasih British kepada anak negeri telah dibincangkan.

    H2 Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbarakhbar Melayu.

    H3 Resolusi kongres ini menggambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan

    sosioekonomi dan politik mereka yang amat lemah.

    H4 Akhirnya orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.

    H5 Ternyata penubuhan persatuan negeri daan badan sosial telah meggalakkan kesedaran untuk

    bersatu membela kepentingan mereka dalam semua bidang.

    H6 Perpaduan sebagai sebuah bangsa Melayu yang menghadapi masalah bersama itu kemudian menjadi

    lebih jelas dengan adanya perbincangan tentang soal kebangsaan pada peringkat Semenanjung Tanah

    Melayu.

    H7 Kongreskongres Melayu yang diadakan merupakan tanda kesepakatan orang Melayu di seluruh

    Semenanjung daam satu gerakan nasionalisme.

    4. Sesebuah masyarakat akan lebih berjaya dalam mencapai matlamat

    yang ingin dicapai apabila bergerak dalam persatuan. Berikan alasananda.

    10 markah

    F1 Persatuan akan membawa kepada semangat kerjasama yang tingi dalam kalangan ahli

    F2 Percambahan idea akan lebih berkembang jika dibincangkan secara beramairamai dalam persatuan.

    F3 Persatuan juga menyebabkan tuntutantuntutan data disuarakan dengan jelas dan berani.

    F4 Pergerakan dalam persatuan juga lebih tersusun, berorganisasi dan lancar.

    F5 Masyarakat belajar untuk bertolak ansur melalui persatuan.

    F6 Kepentingan umum / orang ramai lebih diutamakan daripada kepentingan individu dalam sesebuah

    persatuan.

    F7 Semangat kekitaan dan kesatuan dalam persatuan sangat penting untuk mencapai matamat yang

    diingini.

  • 7/23/2019 ACFrOgBFoeMXmT0DoPYAO9sKxUeyrLZz25NU8vHNzh_K7yemkFnvXdapapxjcYW_3KOgjmt9IlZ_OSTU2Bq8Q4B0VUo4

    http:///reader/full/acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzhk7yemkfnvxdapapxjcyw3kogjmt9ilzostu2bq8q 8/11

    F8 Usaha bersamasama rakan dalam persatuan menyemarakan nilai kasih sayang dan hormat

    menghormati yang penting untuk mencapai matlamat persatuan.

    F9 Persatuan mendidik masyarakat untuk berpandangan terbuka dan rasional dalam mendengar

    pendapat orang lain untuk kebaikan persatuan dan masyarakat umum.

    F10 Persatuan menjadikan individu kuat dan berani untuk memperjuangkan isuisu yang mahu dibaiki

    dan sebagainya.

    Manamana yang munasabah

    5. Usaha Malaysia dalam memupuk semangat nasionalisme dalam

    kalangan rakyat.

    10 markah

    F1 Melalui penghayatan prinsipprinsip Rukun Negara.

    F2 Mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan.

    F3 Melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

    F4 Menggunakan media massa untuk menayangkan / mengiklankan unsurunsur nasionalisme

    F5 Menggalakakan semua rakyat Malaysia menyambut hari kebangsaan dengan bangga.

    F6 Mewajibkan mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013

    F7 Menyemai nilainilai tolenrasi dalam kalangan rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah

    F8 Menyeru rakyat supaya menghormati lambanglambang negara sebagai tanda cinta kepada negara.

    F9 Rakyat sentiasa diingatkan tentang semangat perpaduan yang menjadi teras kejayaan / kemajuan

    Malaysia yang berbilang kaum ini.

    F10 Mewujudkan konsep Tadika Perpaduan untuk menggalakan pergaulan antara kaum sejak kanak

    kanak

    F11 Melaksanakan konsep 1 Malaysia untuk semangat bersatu padu, bergerak bersama untuk Malaysia.

    F12 Menggalakan rakyat Malaysia menyertai manamana NGO yang menerapkan nilai kesukarelawan

    untuk membantu pihakpihak yang memerlukan

    F13 Menyokong usaha projek I am for You

    F14 Menyokong usaha mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam semua bidang

    seperti sukan, akademik, ekonomi dll

    F15 Mendidik warga Malaysia untuk sentiasa bersyukur dengan keamanan dankemakmuran negara.

  • 7/23/2019 ACFrOgBFoeMXmT0DoPYAO9sKxUeyrLZz25NU8vHNzh_K7yemkFnvXdapapxjcYW_3KOgjmt9IlZ_OSTU2Bq8Q4B0VUo4

    http:///reader/full/acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzhk7yemkfnvxdapapxjcyw3kogjmt9ilzostu2bq8q 9/11

    F16 Menyemai rasa hormat dan menghargai jasa tokohtokoh kemerdekaan negara dalam kalangan

    rakyat jelata.

    F17 Menyeru semua warganegara Malaysia mematuhi perlembagaan negara dan undangundang

    negara.

    Manamana yang munasabah

    6. Kejayaaan tokoh-tokoh tempatan dalam perjuangan mereka

    menentang penjajahan British wajar dikagumi dan diteladani olehgenerasi muda. Jelaskan.

    10 markah

    F1 Perjuangan mereka tidak mengenal putus asa

    F2 Tokohtokoh tempatan menentang British dengan semangat juang yang sangat berani.

    F3 Mereka juga sanggup berkorban nyawa, harta dan segalagalanya untuk mempertahankan hak

    F4 Perjuangan mereka mengenepikan kepentingan diri masingmasing malah mengutamakan rakyat.

    F5 Mengamalkan pendekatan muafakat, musyawarah dan perbincangan dalam menyelesaikan masalah.

    F6 Berusaha bersungguhsungguh dalam mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa.

    F7 Bijaksana dalam mengatur strategi untuk mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

    F8 Mengamalkan kerjasama dan semangat sepasukan tanpa mengira darjat keturunan untuk menentang

    British.

    F9 Bangga dengan warisan budaya bangsa yang mesti dipertahankan oleh generasi mendatang.

    F10 Penguasaan ilmu pengetahuan sama ada dari barat atau timur atau ilmu agama sanagat penting

    untuk kejayaan perjuangan.

    F11 Perjuangan merreka tidak mengharapkan balasan kekayaan harta, kuasa atau nama.

    F12 Kesanggupan mereka menempuh segala rintangan dan kesusahan untuk kebebasan negara.

    Manamana yang munasabah.

    7. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin Malaysia dalam memupuk 10 markah

  • 7/23/2019 ACFrOgBFoeMXmT0DoPYAO9sKxUeyrLZz25NU8vHNzh_K7yemkFnvXdapapxjcYW_3KOgjmt9IlZ_OSTU2Bq8Q4B0VUo4

    http:///reader/full/acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzhk7yemkfnvxdapapxjcyw3kogjmt9ilzostu2bq8 10/11

    semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan langkah-langkah

    untuk mengatasi cabaran tersebut.

    Cabaran (5 markah)

    F1 Jenayah rasuah dalam kalangan pemimpin dan rakyat.

    F2 Perbalahan politik yang hanya merugikan semua pihak

    F3 Gejala social yang meluas terutama dalam kalangan generasi muda negara.

    F4 Meningkatkan taraf pemikiran rakyat sebagai minda kelas pertama

    F5 Ancaman dari kuasa luar yang menggangu urusan negara

    F6 Mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

    F7 Daya saing produk jenama Malaysia yang kurang

    Langkah mengatasi (5 markah)

    F1 Pemantapan sistem pendidikan negara.

    F2 Mengamalkan intergriti.

    F3 Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

    F4 Mewajibkan mata pelajaraan Sejarah dalam SPM mulai tahun 2013.

    F5 Penghayatan prinsipprinsio Rukun Negara.

    F6 Melaksanakaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

    Manamana yang munasabah

    8. Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan pemimpin

    tempatan menentang British. 5Markah

    F1 Kegigihan menentang British / penjajah.

    F2 Kesungguhan untuk menewaskan musuh negara.

    F3 Kerjasama dan bersatu hati dalam kalangan rakyat dan pemimpin untuk hapuskan penjajaha.

  • 7/23/2019 ACFrOgBFoeMXmT0DoPYAO9sKxUeyrLZz25NU8vHNzh_K7yemkFnvXdapapxjcYW_3KOgjmt9IlZ_OSTU2Bq8Q4B0VUo4

    http:///reader/full/acfrogbfoemxmt0dopyao9skxueyrlzz25nu8vhnzhk7yemkfnvxdapapxjcyw3kogjmt9ilzostu2bq8 11/11

    F4 Keberanian tokohtokoh tempatan walaupun kekurangan senjata.

    F5 Semangat cinta negara yang amat tinggi untuk kemerdekaan negara.

    F6 Sanggup berkorban untuk negara dan bangsa

    Manamana munasabah

    9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

    (a) Pengetahuan yang diperoleh. (2 markah)(b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.(2/1 markah)

    (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia

    cemerlang dan terbilang. (2/1 markah)

    Mana-mana munasabah

    5 markah