true nota karanganpmr 2012

103
Page 1 C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM BAHAGIAN A. 1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH ) 1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ). 2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan. 3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja. 4. Sintaksis- ringkas & padat. 5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan i. menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti. ii. Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat. 6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun). 7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA. i. Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll ii. Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari. iii. Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll. iv. Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll v. Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat- menghormati dll vi. Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll vii. Tarikh- 20 April 2007 viii. Peribahasa/simpulan bahasa- anak emas, ulat buku, hati batu dll 8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan. 9. Pemarkahan ringkasan. Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah. Bahasa ( 10 markah ). - Bahasa amat baik dan cukup lancar. - Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis. - Penanda wacana yang sesuai. - Ejaan dan tanda baca yang betul. SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Upload: ck-ooi

Post on 06-Dec-2014

226 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: True Nota Karanganpmr 2012

Page

1

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

BAHAGIAN A.1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH )

1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.4. Sintaksis- ringkas & padat.

5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah dengan

i. menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.ii. Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.

6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu, Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).

7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.i. Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dllii. Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari.iii. Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.iv. Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dllv. Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dllvi. Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dllvii. Tarikh- 20 April 2007

viii. Peribahasa/simpulan bahasa- anak emas, ulat buku, hati batu dll

8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.

9. Pemarkahan ringkasan. Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah. Bahasa ( 10 markah ).

- Bahasa amat baik dan cukup lancar.- Pembinaan ayat berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.- Penanda wacana yang sesuai.- Ejaan dan tanda baca yang betul.

-10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan

- Bahasa kurang lancar.- Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.- Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal.- Melebihi 80 patah perkataan.- Isi kurang.- Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA.

Markah anda akan ditolak sebanyak 50%.

11. Contoh soalan ringkasani. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang

usaha-usaha memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat.ii. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang

langkah-langkah berjimat cermat. ( PMR 2006 ).iii. Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang

kesan-kesan buruk pencemaran alam sekitar.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 2: True Nota Karanganpmr 2012

Page

2

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM iv. Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor para pelajar kurang berminat

untuk mengunjungi perpustakaan di sekolah.v. Tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha untuk mencapai kegemilangan

sukan di negara kita.

2. Panduan menjawab soalan kefahaman ( 10 markah ).Soalan 1. Maksud rangkai kata- berikan maksud berdasarkan dalam petikan soalan.Biasanya 2 patah perkataan sahaja. Jawapan pelajar mesti 2 patah perkataan juga. (2 markah )

Soalan 2. Soalan pemahaman berdasarkan petikan. Jawapan pelajar mesti berdasarkan petikan dan pelajar perlu mencari jawapan dalam petikan tersebut. Antara soalan ialah Nyatakan 2 kesan/cara/faktor/kaedah/ dll- pelajar mesti kemukakan 2 jawapan yang tepat. ( 4 markah )

Soalan 3. Soalan pemahaman yang memerlukan pelajar memberikan pendapat atau penjelasan berdasarkan pemahaman terhadap petikan. Jawapan jangan ditiru bulat-bulat berdasarkan petikan. Contoh soalan ialah Berikan pendapat anda…….. 2 isi perlu dikemukakan. ( 4 markah ).

BAHAGIAN B ( Karangan Bahan Rangsangan ).1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah

kanan ).2. Perenggan- 5/6 perenggan.

1 Perenggan- Pendahuluan.3/4 Perenggan- Isi/huraian1 Perenggan- Penutup.

3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.4. Sintaksis- ringkas & padat.

5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru dll ).6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan

gred markah yang telah ditetapkan.

7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.8. Ciri-ciri karangan yang cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ).

- Ayat yang gramatis.- Kosa kata yang luas dan tepat.- Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.- Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.- Isi menepati kehendak soalan- Huraian isi matang dan berkembang.- Pengolahannya yang menarik dan berkesan.

PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGANa. Cara membuat pendahuluan. ( 2&3 ayat sahaja ). Hendaklah membincangkan tajuk bahan rangsangan yang diberikan. Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang

berkaitan dengan kehendak soalan.

b. Cara menulis isi karangan. Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.

Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.

c. Cara penulisan penutup.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 3: True Nota Karanganpmr 2012

Page

3

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam dalam tajuk bahan rangsangan.

BAHAGIAN C ( KARANGAN UMUM ) 40 MARKAH.1. Jumlah perkataan- Melebihi 180 patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).2. Perenggan- 5/6 perenggan.

1 Perenggan- Pendahuluan.4 Perenggan- Isi/huraian/contoh/bukti- angka,pendapat tokoh,hasil kajian dll1 Perenggan- Penutup.

3. Jumlah isi- 3 / 4 isi sahaja.4. Sintaksis- ringkas & padat.5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru dll ).6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan berdasarkan gred

markah yang telah ditetapkan.7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.

PEMBINAAN KARANGAN.Contoh Soalan – Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.

i. Cara menulis pendahuluan.- Pastikan 1 perenggan sahaja.- Gambaran awal tentang karangan yang hendak ditulis.- Mecetuskan isu yang hendak dikemukakan dengan pernyataan yang merangsang pemikiran dan menarik perhatian pemeriksa.- Boleh selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan angka sesuatu peristiwa, persoalan berjawab

dll.

Contoh pendahuluan-Kejadian tanah runtuh banyak mendatangkan kerugian. Banyak nyawa yang terkorban dan harta benda musnah ditimpa tanah runtuh. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Hal ini menyebabkan pihak berkuasa digesa untuk mencari jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.

ii. Cara menulis isi karangan.- Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.- Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.- Pastikan tidak berlaku pengulangan isi.- Formula ( Isi Utama + Mengapa / Bagaimana + Kesan/ Contoh )

Contoh Isi karanganSelain itu, pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang. Hal ini demikian kerana tanah di kawasan tersebut mudah runtuh akibat hakisan tanah. Perkara ini membahayakan nyawa sesiapa saja yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa.

iii. Cara menulis penutup karangan- Buat satu rumusan atau kesimpulan yang anda huraikan.- Jangan ulangi fakta yang telah anda gunakan dalam perenggan isi.- Formula ( Rumusan utama + Bagaimana + Kesan )

Contoh- Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ).   kerjasama semua pihak diperlukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk kesedaran

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 4: True Nota Karanganpmr 2012

Page

4

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang.

Soalan karangan yang popular.1. Soalan berbentuk pengalaman seseorang- aktiviti di sekolah.2. Surat Rasmi dan Tidak Rasmi.3. Karangan Laporan.4. Karangan Perbincangan/Pendapat.5. Karangan Bertajuk Peribahasa.6. Karangan Cereka/keperihalan.7. Karangan Syarahan/perbahasan

Contoh 3 : KARANGAN JENIS PENGALAMANAnda sekeluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana rumah anda telah ditenggelami air. Ceritakan pengalaman anda berdasarkan isi-isi di bawah.Panjangnya karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah kata.

Pendahuluan:- hujan lebat turun tanpa henti-henti selama beberapa hari - kawasan rendah di naiki air - air sungai melepasi paras bahaya

Isi-isi penting:- keadaan banjir bertambah teruk – penduduk kampung telah diarah bersiap untuk berpindah – membantu ayah memindahkan barang-barang ke tempat yang selamat.- kami sekeluarga dan jiran tetangga dipindahkan oleh pasukan penyelamat – ditempatkan di dewan sekolah- diberikan bantuan selimut, pakaian, dan makanan – tidur di dewam sekolah – tidak dapat melelapkan mata kerana suasana bising- beberapa orang wanita bersama-sama menyediakan makanan – melakukan kerja secara bergotong-royong – hubungan menjadi mesra

Penutup:- suatu pengalaman yang menyeronokkan – apabila banjir sudah surut orang ramai dibenarkan pulang – banyak harta benda rosak

BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH.1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.2. Perenggan- 3 perenggan.3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh.

PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah. 4. Permarkahan- Isi ( 6 markah ) - Bahasa ( 4 markah ).

5. Topik penting dalam Komsas1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah )2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 10 markah ).4. Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan

contoh yang sesuai. ( 10 markah ).5. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji6. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh

yang sesuai ( 10 markah ).7. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji (10 markah ).8. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).

9. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang sesuai. 10. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda ketahui

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 5: True Nota Karanganpmr 2012

Page

5

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM 11. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).contoh karangan pmr 1 Kepentingan Amalan Berjimat CermatDasawarsa, negara kita telah dilanda oleh gelombang inflasi secara global. Setiap pengguna tidak dapat melepaskan diri daripada kepompong inflasi. Sehubungan dengan itu, segenap masyarakat diseru supaya mengimplementasikan amalan berjimat cermat dalam rutin hidup mereka untuk menghadapi keperitan itu. Semua ajaran agama mengajar penganutnya agar berjimat cermat dan tidak membazir dalam kehidupan. Filosofer Laotze berkata, “Kehidupan membazir dan tamak akan mendorong manusia ke arah kebinasaan.” Hal ini memanifestasikan bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam kehidupan sehari-harian kita.

Seperti pepatah , “malang tidak berbau”, iaitu manusia tidak dapat menduga segala bencana atau kecemasan yang terdiri daripada menghidap penyakit, kemalangan , kebakaran dan sebagainya. Ketika berlakunya sesuatu kecemasan, wang sering menjadi faktor utama untuk kita menyelesaikan banyak masalah. Di manakah kita dapat memperoleh jumlah wang yang banyak untuk menghadapi sesuatu yang tidak diingini, terutama menjalani pembedahan? Adakah kita perlu menghulurkan tangan untuk meminta bantuan? Sebaliknya segala masalah dapat dikekang atau diminimumkan jika kita dapat berjimat cermat dan sentiasa bertabung dalam kehidupan sehari-harian. Kita perlu sentiasa mengingati peribahasa Melayu, “Sediakan payung sebelum hujan.” Tuntasnya, amalan berjimat cermat merupakan tindakan berjaga-jaga untuk membuat persediaan sebelum berlakunya sesuatu kecemasan kerana panas tidak sampai ke petang.

Tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat merupakan mangkin yang efektif untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Hal ini demikian kerana manusia sedang mengeksploitasikan sumber alam semaksimumnya tanpa memikirkan akibat yang bakal dihadapi. Jika manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan berjimat cermat dari segi makanan, penggunaan bekalan air dan elektrik serta kertas dan lain-lain lagi, kita sedang menuju ke arah menyelamatkan bumi kita daripada mengalami kemusnahan. Gara-gara manusia mengejar kemewahan hidup dan bersikap boros, banyak khazanah alam telah diteroka terutamanya bahan galian dan hutan. Bayangkan suatu hari nanti, manusia terpaksa bunuh –membunuh dan berperang kerana merebut bekalan air. Bak kata peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” dan “jangan terhantuk baru tengadah”, kita perlu berjimat cermat dalam penggunaan setiap benda sebagai langkah mencintai alam kita.

Saban hari isu ceti haram atau along sering menghiasi dada akhbar sehingga mangsa tersebut membunuh diri malah membunuh sekeluarga kerana tidak larat lagi menghadapi penganiayaan along yang bermaharajalela. Ketika mengamati berita ini, kita dapat mengetahui bahawa mangsa berkenaan tidak mahir mengurus pendapatan mereka. Lazimnya mereka tidak bersikap ukur baju pada badan sendiri tetapi membesarkan kerak nasi dalam perbelanjaan. Walhasil, mereka sentiasa berhutang keliling pinggang. Sebaliknya jika kita sentiasa berbelanja secara hemat tanpa boros, kita pasti dapat menyimpan wang yang berlebihan dalam simpanan bank atau melabur dalam skim amanah saham untuk keperluan masa depan. Ternyata amalan berjimat cermat berupaya menguruskan perbelanjaan secara teliti bagai menarik rambut dalam tepung daripada berhutang

Bukan itu sahaja, amalan berjimat turut menjamin masa depan yang lebih cerah. Setiap umat perlu pandai merancang masa depan mereka sejak kecil lagi. Kita perlu berjimat cermat dalam segala perbelanjaan kita dan menyimpan wang untuk kegunaan masa kelak kita. Bak kata peribahasa, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”, jika kita berbelanja berdasarkan nafsu, pendapatan kita akan habis pada hujung bulan. Bagaimana kita dapat merancang masa tua setelah pencen? Bagaimanakah kita dapat membayar kos pendidikan anak kita. Jika kita dapat menjimatkan setiap perbelanjaan yang tidak diperlukan, nescaya kita dapat menyimpan sejumlah wang dalam tabung. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Wang yang dijimatkan itu dapat dirancang demi masa depan yang lebih cerah. Oleh itu ketika berbelanja, kita perlu mengingati peribahasa, “ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.”

Natijahnya / Akhirulkalam, amalan berjimat cermat merupakan nilai murni yang diajarkan oleh setiap agama di dunia ini. Berpaksikan amalan ini, kita dapat hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir. Sehubungan dengan itu, kehidupan kita akan lebih harmoni, sentosa dan bahagia sehingga mewujudkan masyarakat sakinat.

Contoh 2 CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 6: True Nota Karanganpmr 2012

Page

6

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah.

Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.

Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalamTaman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya, program 3K perlu diadakan di sekolah.

Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

karangan contoh 3Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang bertajuk “Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara”.

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 7: True Nota Karanganpmr 2012

Page

7

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara “sebulat suara” ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah “dianak tirikan” oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, “hanya jauhari yang mengenal manikam”.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya “gandingan emas”, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya “sinar di hujung terowong” dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, “seperti melepaskan batuk di tangga”. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 8: True Nota Karanganpmr 2012

Page

8

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!”

Karangan 4 Karangan Semangat Kejiranan Terhakis Dalam Masyarakat Kita?Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Karangan 5 Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta.Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca novel.

Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 9: True Nota Karanganpmr 2012

Page

9

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak.

Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja.

Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak.

Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang tidak baik.

Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot terutama ketika peperiksaan utama umum diambil oleh mereka.

Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis.

Karangan 6 Karangan Internet Menyebarkan Informasi Masyarakat?Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun, menyebar luaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan nilai masyarakat sesebuah negara.Ulaskan pernyataan di atas.

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.

Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain.Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan “siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas.

Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet dan bukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan menghantar kad akan semakin

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 10: True Nota Karanganpmr 2012

Page

10

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang lebih canggih dan mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi.

Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah. Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja malah kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan internet bukan sahaja setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet turut meningkatkan gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain pula.

Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara ini demi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atau berita yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidak mempunyai sempadan dan sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mudah disogok dengan buku dan berita yang tidak tepat atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka sehingga boleh menimbulkan satu keadaan yang mengancam keselamatan negara.

Berkaitan dengan penerbitan buku di atas, internet secara tidak langsung turut melanggar undang-undang harta intelek iaitu penulis buku atau syarikat penerbit buku. Penerbitan buku dalam internet biasanya dibuat tanpa kawalan dan ini boleh menyebabkan kerugian terutama kepada penulis dan penerbit buku tersebut. Keadaan ini jika tidak dikawal akan menyebabkan tiada lagi penulis atau penerbit yang mahu menerbitkan buku mereka untuk tatapan pembaca biasa.

Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi penyiaran iklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang tidak sihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama remaja suka meniru sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di sinilah peranan iklan yang tidak sesuai di internet berlaku.

Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan ini boleh membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pula perlu lebih pandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya dengan golongan tertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita.

Karangan 7 Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga.Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 11: True Nota Karanganpmr 2012

Page

11

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Karangan 8 Karangan PMR Tentang Masalah Badan Kebajikan NegaraBadan kebajikan atau sukarela merupakan satu usaha murni yang dijalankan oleh segelintir masyarakat. Mereka sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Cuma badan kebajikan ini masih mengalami pelbagai masalah yang membantutkan usaha kebajikan mereka.Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh badan kebajikan.

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu badan yang cuba membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Negara kita masih mempunyai banyak pihak yang memerlukan pertolongan seperti golongan cacat, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, dan golongan daif. Kewujudan badan kebajikan seolah-olah memberi sedikit cahaya kepada golongan terpinggir ini untuk meneruskan kehidupan mereka yang sukar itu. Namun, badan kebajikan sendiri mempunyai pelbagai masalah yang mampu membantutkan usaha murni mereka itu.

Masalah yang paling serius mereka hadapi ialah masyarakat negara ini tidak suka membabitkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kebajikan. Rakyat negara ini lebih suka melihat atau menganggap tugas itu sudah dilakukan oleh orang lain. Mereka tidak mahu terlibat turut dipengaruhi oleh faktor masa dan kewangan yang tidak mampu diberikan oleh badan kebajikan. Akibatnya, aktiviti badan kebajikan ini dijalankan oleh segelintir masyarakat yang sudah berusia dan kekurangan tangan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Malah, badan kebajikan agar sukar untuk memperoleh sumber kewangan pada masa kini. Masalah ini timbul ekoran berlakunya pelbagai dakwaan seperti badan kebajikan menggunakan wang itu untuk kepentingan pekerjanya dan tidak digunakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Memang kes seperti ini pernah berlaku tetapi untuk menuding jari ke arah kepada semua badan kebajikan merupakan satu langkah yang kurang bijak. Masyarakat seharusnya memberi peluang supaya badan kebajikan dapat menjalankan tugas mereka.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 12: True Nota Karanganpmr 2012

Page

12

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

Tambahan pula, badan kebajikan terpaksa mematuhi pelbagai saluran dan kebenaran sebelum mampu menjalankan aktiviti mereka. Lesen badan kebajikan harus diperbaharui dan aktiviti mereka seperti derma perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Memang peraturan ini diwujudkan untuk mengawal penyelewengan berlaku tetapi pihak berkuasa harus memudahkan urusan badan kebajikan mereka. Malah, pihak berkuasa seharunya menyediakan bangunan khas untuk badan kebajikan menjalankan aktiviti mereka tanp perlu membayar apa-apa. Namun, semua ini tidak diperoleh oleh badan kebajikan.

Kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini memang dalam situasi yang bahaya. Pertubuhan ini tidak lagi mempunyai apa-apa selain meminta belas kasihan masyarakat untuk turut membantu. Masyarakat harus menyalurkan bantuan berupa kewangan atau tenaga untuk memastikan usaha murni mereka ini akan berterusan kerana tanpa badan kebajikan nasib golongan terpinggir ini akan menjadi lebih menyayatkan.

Karangan 9 Karangan PMR tentang Pengaruh Iklan terhadap Masyarakat...Iklan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden. Kerap kali kita mendengar komen mengenai pengaruh iklan dalam masyarakat kita.Pada pandangan anda, apakah pengaruh-pengaruh positif dan negatif yang dibawa oleh iklan terhadap masyarakat.

Sememangnya iklan sudah menjadi sebahagian lumrah kehidupan manusia sejagat pada era globalisasi ini. Iklan jelas terpampang di mana-mana seperti akhbar, poster, papan iklan gergasi, dan radio. Situasi ini seolah-olah membuktikan betapa kuatnya pengaruh iklan dalam kehidupan kita. Jadi, iklan memang membawa pengaruh-pengaruh positif dan negatif terhadap kehidupan insan di dunia ini.

Pengaruh positif iklan ialah iklan menyebabkan pengguna mempunyai pilihan untuk membuat pembeliannya. Kewujudan iklan menyebabkan pengguna mengetahui betapa banyaknya produk yang sama tetapi berlainan jenama dihasilkan pada zaman ini. Pengguna akan menggunakan semua maklumat yang ada di dalam iklan untuk membuat pilihan terbaik mereka. Iklan memastikan pengguna membeli produk yang terbaik mengikut keperluan mereka.

Selain itu, iklan menyebabkan wujudnya persaingan yang sihat antara pengeluar sesuatu produk itu. Kalau kita kaji, pengeluar sesuatu produk itu akan cuba menghasilkan iklan yang terbaik mengikut kemampuan mereka untuk menarik minat pembeli. Keadaan ini menyebabkan semua pihak cuba menonjolkan kelebihan produk mereka berbanding produk pesaing. Jelaslah, iklan menyebabkan pengeluar memastikan produk mereka menepati mutu seperti yang tersiar di dalam iklan mereka itu.

Namun begitu, iklan turut memiliki wajah negatifnya. Iklan sering mempergunakan wanita terutama wanita seksi untuk melariskan jualan produk mereka. Malah, ada produk yang tidak mempunyai kaitan dengan wanita tetapi menggunakan wajah wanita seksi untuk iklan tersebut. Penggunaan model lelaki yang tampan dan sasa turut diekploitasikan oleh iklan. Keadaan ini seolah-olah memberi makna palsu seperti penggunaan produk ini akan menghasilkan wajah sebegitu atau penggunaan produk ini menyebabkan wanita sebegini akan tertarik kepada seseorang. Bayangkan pengaruhnya kepada remaja kita?

Tambahan pula, kewujudan iklan menyebabkan harga barangan akan meningkat. Kos untuk menghasilkan sesuatu iklan amat tinggi kerana penggunaan model, teknologi dan krew penerbitan yang berpengalaman. Malah, iklan yang disiarkan di media massa terpaksa membayar kos masa penyiaran yang terlalu mahal. Keadaan ini menyebabkan pengeluar akan meninggikan harga produk mereka untuk memastikan iklan dapat dihasilkan.

Malahan, iklan turut menyebabkan pengguna memberi barangan yang tidak mereka perlukan. Pembelian mereka semata-mata atas dasar melihat iklan yang menarik. Penayangan iklan telah menyebabkan mereka tertarik dan membeli barangan itu walaupun barangan itu tidak mereka perlukan untuk satu tempoh yang lama. Sikap ini menjurus ke arah pembaziran dan pembelian yang boleh menyebabkan pengguna berhutang atau mengalami masalah kewangan.

Kesimpulannya, iklan mempunyai dua peranan. Satu untuk memberitahu dan satu lagi untuk memusnahkan. Mungkin pengguna perlu bersikap bijak dengan membuat penilaian rasional selepas melihat sesuatu iklan.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 13: True Nota Karanganpmr 2012

Page

13

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Pengguna tidak harus terburu-buru membeli selepas melihat iklan. Atau mungkin iklan harus diharamkan.

Karangan 10 Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang memiliki hari perayaan tersendiri. Pada majlis perayaan ini, semua kaum akan merayakannya bersama-sama.Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan perayaan ini disambut bersama-sama

Negara kita dikenali sebagai syurga perayaan kerana mempunyai banyak perayaan yang disambut oleh masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai Tahun Batu Cina, Hari Raya, Krismas, Deepavali dan banyak lagi perayaan yang disambut oleh penduduk negara ini. Perayaan ini telah memberi satu dimensi baru kepada masyarakat kita dan luar tentang erti perayaan sebenar. Kepelbagaian perayaan di negara ini turut membuka banyak kebaikan kepada negara dan masyarakat yang mendiami negara tercinta ini.

Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum ini. Semua pihak memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbukaa yang diamalkan telah mengeratkan hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.

Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Mereka yang tidak mengalami kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin memandang enteng perpaduan. Namun, apabila mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami dan menyanjungi erti perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan terbilang. Semuanya gara-gara wujudnya perayaan yang pelbagai di negara ini. Cuba bayangkan tiadanya sambutan perayaan di negara ini?

Malahan, kepelbagaian perayaan ini menyebabkan ekonomi negara terus berkembang. Keadaan ini wujud kerana pelbagai pesta pembelian akan dijalankan untuk setiap perayaan yang disambut oleh masyarakat di sini. Kekerapan masyarakat negara untuk berbelanja setiap kali perayaan amatlah tinggi dan memberi ruang kepada ahli perniagaan untuk mengaut keuntungan. Sudah pasti situasi ini menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Kesimpulannya, perayaan yang ada di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat yang harus digunakan dengan sebaik mungkin. Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai cubaan untuk merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum. Kalau itu mampu diccapai sudah pasti kemakmuran negara akan berkekalan. Sememangnya Malaysia sebuah negara yang melambang erti benua Asia kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.

Karangan 11Saban tahun kita membaca berita mengenai pengguna yang tertipu akibat kerakusan peniaga. Keadaan ini menyebabkan kita terfikir apakah peranan persatuan pengguna dalam menangani masalah pengguna di negara ini.

Isu kenaikan barang-barang mula mendapat perhatian media massa terutama selepas kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada pekerja kerajaan. Berita kenaikan harga barang mula dipaparkan dan pelbagai tindakan telah dilakukan terutama oleh kerajaan untuk membanterasnya. Ada yang berjaya dan ada juga yang hanya cakap-cakap sahaja. Cuma, kita tertanya-tanya mengenai peranan persatuan pengguna dalam kemelut yang semakin mencengkam rakyat ini.

Dalam menangani situasi negatif ini persatuan pengguna perlulah menjelaskan dan menerangkan hak serta kepentingan pengguna dengan lebih mendalam. Persatuan pengguna boleh menjalankan kempen yang menjelaskan betapa pentingnya pembeli berbelanja dengan bijak. Penerangan ini mampu menyedarkan sebilangan penngguna yang akan memastikan mereka hanya membeli keperluan yang penting. Kempen penerangan ini seeloknya dijalankan dalam kalangan pelajar terutama pelajar sekolah.

Tambahan pula, persatuan pengguna boleh mendedahkan kepincangan dan penipuan yang dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Nama-nama peniaga ini boleh didedahkan di dada akhbar atau media massa yang lain untuk makluman orang ramai. Maklumat seperti ini mampu membantu pengguna untuk berbelanja dengan bijak kerana mereka sudah pasti tidak mahu ditipu oleh peniaga jenis ini.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 14: True Nota Karanganpmr 2012

Page

14

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Selain itu, pengguna yang mempunyai masalah dengan peniaga setelah membeli produk atau barang mereka boleh merujuk kepada persatuan pengguna. Kini, semakin banyak kes pengguna ditipu oleh peniaga tetapi pengguna tidak tahu tempat untuk mengadu. Kehadiran persatuan pengguna dalam memberi nasihat kepada pengguna untuk mengambil langkah susulan menangani masalah mereka amatlah besar kesannya. Keadaan ini menyebabkan nasib pengguna terbela.

Tambahan pula, kewujudan persatuan pengguna memastikan adanya "pemerhati" senyap antara pengguna dan peniaga. Maksudnya peniaga akan lebih berhati-hati sebelum cuba menipu pengguna kerana sedar setiap tindakannya akan dipantau oleh persatuan pengguna. Dalam masa yang sama pengguna pula berasa nasib mereka menerima pembelaan yang sewajarnya. Jadi, kewujudan persatuan pengguna akan memastikan keadaan pasaran sentiasa dalam keadaan baik kerana semua pihak sedar ada pihak ketiga yang memerhatikan keadaan pasaran ekonnomi negara.

Ringkasnya, persatuan pengguna mempunyai tanggungjawab yang besar dan penting di negara ini. Kewujudannya telah menyebabkan kita sebagai pengguna berasa selamat dan peniaga pula lebih berhati-hati. Cuma sejauh manakah keberkesanan persatuan ini yang masih belum terjawab. Mungkin persatuan pengguna harus mencari jalan yang lebih berkesan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda pengguna sekarang.

Karangan 12 Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta.Jelaskan kebaikan-kebaikan membaca novel.

Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak.

Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja.

Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak.

Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang tidak baik.

Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis.

Karangan 13 Karangan PMR Kepentingan Budaya DiamalkanNegara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu identiti kepada kaum tersebut.Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada masyarakat dan negara kita.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 15: True Nota Karanganpmr 2012

Page

15

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.

Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.

Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya.

Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.

Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.

Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.

Karangan 14 Karangan Penduduk Ramai...Impaknya terhadap Negara...Negara kita pernah merancang untuk mempunyai jumlah penduduk mencecah 70 juta. Dasar ini dijangka mampu membawa banyak kesan positif dan negatif.Jadi, huraian kedua-dua kesan yang bakal timbul jika penduduk negara mencecah 70 juta orang.

Malaysia memang mempunyai impian untuk memiliki penduduk yng ramai, iaitu 70 juta menjelang 2020. Mungkin ada pihak yang ketawa besar mendengar impian tersebut. Namun, kalau kita kaji kebanyakan negara jiran kita selain Singapura mempunyai jumlah penduduk yang jauh lebih banyak daripada Malaysia. Jadi, impian itu memang ada asasnya cuma dasar ini mempunyai banyak impak positif dan negatif terhadap pembangunan negara.

Alasan yang paling ketara ialah negara kita masih mempunyai kawasan yang luas berbanding dengan negara jiran yang lain. Negara kita hanya mempunyai kepadatan penduduk di kawasan berhampiran bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Ipoh, dan Seremban. Keadaan ini menyebabkan pengurusan sumber manusia dan alam sekitar tidak berjalan dengan baik. Keperluan lebih ditumpukan terhadap penduduk di kawasan bandar sehingga menyebabkan penduduk di kawasan desa terpinggir. Jadi, jumlah penduduk yang ramai memastikan pembangunan negara lebih seimbang kerana jumlah penduduk akan berkembang ke kawasan pedalaman.

Selain itu, penduduk yang ramai memastikan keperluan sumber manusia akan mampu dipenuhi. Setiap tahun

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 16: True Nota Karanganpmr 2012

Page

16

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM negara kita memerlukan tenaga muda untuk meneruskan pembangunan negara. Melalui pertambahan penduduk yang pesat keseimbangan generasi muda dan tua mampu dikawal dengan baik. Kita tidak akan kekurangan sumber manusia kerana mempunyai lapisan penduduk muda yang banyak. Situasi ini turut menyokong pertumbuhan ekonomi negara yang stabil.

Malah, kalau kita kaji, negara-negara kuasa ekonomi dunia mempunyai penduduk yang ramai. Jumlah penduduk yang ramai menyebabkan negara tersebut dapat memiliki pasaran dalaman yang luas untuk keperluan ekonomi mereka. Jepun, Amerika Syarikat, dan China mempunyai penduduk yang ramai sehingga syarikat tempatan mereka tidak memerlukan pasaran luar untuk produk mereka. Jadi, penduduk yang ramai baik untuk perkembangan syarikat tempatan.

Namun, pertambahan penduduk menyebabkan kos perbelanjaan ngara akan bertambah. Kerajaan sudah pasti terpaksa menyediakan lebih banyak kemudahan awam seperti hospital, sekolah, dan sebagainya untuk menampung penduduk yang bertambah itu. Keadaan ini menyebabkan jumlah kewangan kerajaan akan terjejas sedikit demi sedikit. Kegagalan untuk memastikan kewujudan kemudahan awam akan membawa bencana kepada rakyat negara ini.

Kesimpulannya, pertambahan penduduk negara harus diselia dengan rapi. Kita tidak mahu jumlah penduduk yang ramai tetapi taraf hidup atau perbezaan taraf hidup antara masyarakat begitu jauh seperti yang berlaku di India dan Indonesia. Dalam memastikan jumlah rakyat bertambah, kerajaan harus memastikan taraf kesihatan, pendidikan, dan ekonomi terus berkembang sejajar dengan jumlah penduduk.

Karangan 15 Karangan Muzik Penting Dalam Generasi Muda?Rancangan muzikal di media massa sering dikatakan tidak membawa makna. Namun, rancangan sebegitulah yang mendapat sambutan masyarakat.Huraikan kebaikan-kebaikan yang tercetus daripada muzik di negara ini.

Muzik dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana muzik pada masyarakat menjadi tempat mereka meluahkan perasaan dan tenaga mereka terutama dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. Keadaan ini menyebabkan rancangan muzikal telah mendapat sambutan hangat masyarakat terutama remaja. Sesungguhnya, muzik mempunyai pelbagai natijah yang mampu mengubah kehidupan sesebuah negara itu.

Sekali pandang pandang muzik memang membawa kebaikan. Muzik mampu memberi ketenangan jiwa kepada seseorang kerana apabila mendengar muzik, jiwa seseorang akan tenteram terutama mendengar muzik kegemarannya. Irama muzik yang mendayu-dayu menyebabkan jiwa seseorang yang suka memberontak akan kembali menjadi tenang dan gembira. Sesungguhnya, muzik membawa ketenangan jiwa yang meningkatkan lagi kekuatan minda dan fizikal seseorang itu.

Malah, muzik mampu memberi imej baru atau memperkaya muzik tradisional sesebuah negara itu. Keadaan ini mampu diwujudkan kerana muzik tradisional dianggap tidak bersesuaian dengan keperluan alaf globalisasi yang mengutamakan muzik rancak sahaja. Rancangan muzik yang disiarkan oleh media tempatan mampu mengorak langkah untuk menyebarkan pengaruh muzik tradisional terutama dalam kalangan remaja. Jadi, muzik memang mampu meninggikan imej muzik tradisional kita.

Bukan sahaja imej muzik tradisional mampu ditingkatkan tetapi imej negara pada mata masyarakat antarabangsa turut meningkat. Muzik sering dikaitkan dengan tahap kemodenan sesebuah masyarakat dan neagra itu mengikut piawaian antarabangsa. Semakin tinggi minat masyarakatnya terhadap muzik semakin modenlah sesebuah negara itu.

Selain itu, muzik turut mampu memberikan satu kerjaya yang baik terutama kepada remaja. Keadaan ini berlaku kerana bidang muzik di negara ini masih belum diteroka dengan seluasnya. Permintaan sebagai ahli muzik masih tinggi dan persaingannya tidak begitu sengit berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Dalam masa yang sama negara mula menganggap keperluan muzik menjadi penting dengan pelbagai konsert muzik diadakan setiap tahun di negara ini.

Kesimpulannya, muzik bukanlah sesuatu yang hanya membawa kebaikan tetapi juga impak negatif yang

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 17: True Nota Karanganpmr 2012

Page

17

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM tersendiri. Setiap individu haruslah menilai dan melihat muzik itu daripada keperluan peribadi mereka untuk memastikan bidang muzik ini membawa impak positif. Peribahasa melayu ‘tepuk dada, tanya selera’ membuktikan bahawa buatlah sesuatu mengikuti keperluan dan kehendak seseorang terutama yang memberi kebaikan sejati.

Karangan 16 Semangat kebangsaan dalam kalangan remaja semakin menipis. Keadaan ini sering dikaitkan dengan perubahan kehidupan masyarakat kita.Nyatakan usaha-usaha untuk memupuk dan kepentingan memiliki semangat ini kepada remaja.

Semangat kebangsaan merujuk sikap cinta akan negara atau nasionalisme yang mendalam terhadap negara yang tercinta. Sememangnya semangat nasionalisme ini semakin berkurangan terutama dalam kalangan generasi muda kita lantaran corak kehidupan yang semakin berubah selari dengan perubahan zaman. Maka, banyak tindakan yang mampu dilaksanakan untuk memastikan sikap ini terus wujud kerana sikap ini memiliki kesan yang positif.

Tindakan yang pertama ialah subjek sejarah yang diajar di sekolah dilaksanakan secara meluas. Pelajaran sejarah penting ditekankan kerana subjek ini mampu memberi rasa cinta yang meluas dalam diri remaja. Pemahaman tentang sejarah ini menyedarkan remaja mengenai kepentingan memiliki sikap menyintai negara yang mendalam. Jadi, langkah menjadikan subjek sejarah ini mampu menyuntik sikap nasionalisme dalam diri masyarakat terutamanya remaja.

Selain itu, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-pejuang negara yang sanggup berkorban demi kedaulatan negara ketika hari Kebangsaan. Penonjolan ini boleh dilakukan melalui penggunaan media massa dengan menyiarkan maklumat diri pejuang-pejuang tersebut beserta kepentingan tindakan mereka dalam menentukan hala tuju kemerdekaan negara pada masa lampau. Langkah ini mampu meningkatkan pemahaman remaja tentang sebab musabab yang membawa kepada pejuang negara itu melakukan sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah. Ringkasnya, langkah mempamerkan informasi tentang pejuang-pejuang negara ini mampu meningkatkan semangat remaja untuk meniru semangat yang telah dipamerkan oleh pejuang-pejuang bangsa itu sebelum ini.

Malah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan satu pertandingan yang melibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis esei, dan pementasan drama yang bertemakan semangat kebangsaan. Aktiviti ini dapat memastikan remaja menyelami dan memahami peristiwa yang dialami oleh pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi. Pertandingan yang berunsur sastera ini dapat mendekatkan remaja dengan pejuang-pejuang negara yang sudah lama meninggalkan negara ini. Maka, aktiviti berunsur pertandingan sastera ini memberi satu dimensi baru kepada remaja untuk mencintai negara mereka.Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua aspek kehidupan masyarakat. Kejayaan ini mungkin diperoleh melalui kejayaan melangsungkan kejohanan sukan, memenangi sesuatu anugerah, dan pencapaian luar biasa rakyat kita dalam sesuatu perkara. Kejayaan rakyat kita mendaki Gunung Everest dan penghasilan kereta nasional mampu meningkatkan sikap cinta akan negara ini selain kemampuan negara dalam menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa dahulu. Perkara ini penting ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu perkara yang boleh mereka banggakan dan kaitkan dengan negara apabila berbicara tentang negara sendiri. Sesungguhnya, semua kejayaan negara memberikan satu motivasi yang tinggi kepada remaja untuk turut mencapai kejayaan yang serupa atau menghasilkan kejayaan yang lebih baik lagi.

Kesimpulannya, pemupukan semangat kebangsaan memang menjadi perkara penting dalam pembangunan negara sejak dahulu. Pemupukan ini penting supaya remaja tidak lupa akan perjuangan yang sudah dilakukan oleh generasi terdahulu dan membiarkan pengorbanan mereka menjadi sia-sia belaka. Mungkin remaja sekarang harus merenung dan bertanya kepada diri sendiri, “apa yang mampu mereka sumbangkan kepada negara” dan bukannya “apa yang mampu diberikan oleh negara kepada mereka”.

Karangan 17 Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar.Huraikan punca-punca tercetus.

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 18: True Nota Karanganpmr 2012

Page

18

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia

Karangan 18 Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.Jelaskan punca-punca.

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 19: True Nota Karanganpmr 2012

Page

19

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggung jawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Karangan 19 Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 20: True Nota Karanganpmr 2012

Page

20

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Karangan 20 Pendidikan telah menjadi kritikan masyarakat dan sektor ini memang merupakan satu isu sensitif.Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh sektor pendidikan.

Bidang pendidikan dianggap bidang sensitif negara kerana bidang ini mampu mengubah senario politik dan sosial negara kita. Bilangan generasi muda yang terlibat dalam bidang ini turut menjadikan pendidikan satu isu yang harus ditangani dengan bijak tetapi pantas. Kejayaan negara mengubah bidang pendidikan ini dalam menangani cabaran globalisasi pasti akan mendatangkan kejayaan kepada rakyat dan negara kita secara keseluruhannya. Cuma ketika ini bidang yang dianggap murni suatu masa dahulu sedang menghadapi saat gentingnya.

Masalah yang paling kritikal sedang dihadapi oleh bidang pendidikan ialah pelajarnya yang dikatakan tidak berdisiplin. Saban hari kita didedahkan melalui media massa masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes guru dipukul, gejala jenayah pelajar, sikap ponteng pelajar, dan budaya buli semuanya menjurus betapa seriusnya masalah ini. Keadaan ini turut menyebabkan bidang pendidikan menjadi mangsa sasaran kritikan masyarakat yang mahu perkara ini diatasi seberapa segera.

Bidang pendidikan turut mengalami masalah kekurangan guru terutama guru lelaki dan di kawasan pedalaman. Kurangnya guru lelaki sering dikaitkan dengan rendahnya tangga gaji yang diberikan kepada guru. Lelaki yang sering dianggap ketua keluarga akan mencari kerjaya lain yang menjanjikan gaji lebih lumayan. Manakala, guru lelaki yang kecil jumlahnya pula dihantar ke kawasan pedalaman tetapi masih belum cukup untuk menampung keperluan kawasan pedalaman. Situasi ini dibebankan lagi dengan budaya keguruan yang dianggap lebih bercorak kewanitaan akibat kurangnya guru lelaki.

Tambahan pula, ada sekolah yang masih kekurangan kemudahan seperti komputer dan bangunan yang sesuai. Keadaan ini menjejaskan peluang pelajar untuk memperoleh pendidikan yang baik. Mereka belajar dalam keadaan tidak selesa dan ini sudah pasti akan menjejaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan. Kalau sekolah tidak lengkap kemudahannya, bagaimana guru hendak menjalankan tugasnya? Inilah isu yang menghantui bidang pendidikan ini.

Malah, isu sekolah dianggap bukan faktor integrasi masyarakat turut menjadi persoalan utama kini. Konsep Sekolah Wawasan yang cuba diketengahkan mendapat bantahan pelbagai pihak lantaran bimbang hilangnya budaya kaum tertentu. Malah, sekolah biasa pula sering menyaksikan pelajar-pelajarnya berinteraksi mengikut kaum dan bukannya bercampur. Semua ini menghasilkan satu generasi pelajar yang tidak memahami budaya masyarakat lain. Sekolah seharusnya mendidik mereka bukannya memisahkan mereka mengikut kaum.

Selain itu, isu pelajar berlumba-lumba untuk mengaut jumlah A yang banyak dalam peperiksaan turut menjadi satu kemelut baru dalam pendidikan. Ramai yang menganggap sekolah menjadi tempat untuk menghafal bukannya memberi pendidikan yang holistik kepada pelajarnya. Kesannya, pelajar yang ada kini tidak mampu berfikir secara kritis atau menyelesaikan masalah yang di luar batasan soalan peperiksaan yang ditanya kepada mereka. Pelajar ketiadaan kepandaian emosional yang penting daam era globalisasi ini.

Kesimpulannya, pendidikan harus diberi lebih banyak peruntukan untuk meningkatkan tahap pendidikan negara. Guru-guru harus diberi lebih banyak ruang untuk kreatif dalam pengajaran mereka. Guru harus diberi lebih banyak peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui kursus dan program pendidikan jarak jauh. Guru harus diberi insentif kewangan yang lebih setimpal dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Guru sumber inspirasi generasi muda.

Karangan 21 Karangan Warga Emas Harus DisayangiWarga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik. Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula.Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin baik.

Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 21: True Nota Karanganpmr 2012

Page

21

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini. Namun, keadaan ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi keselesaan hidup kepada warga emas ini.

Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak membosankan.

Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari yang sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang bercorak warga emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama untuk memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar pengalaman yang dialami oleh warga emas.

Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah sesuatu yang lebih bermakna.Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.

Karangan 22 Kehadiran pendatang asing telah membawa pelbagai masalah kepada rakyat di negara ini. Cuma kesan-kesan ini turut menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai pendatang asing ini.Jelaskan kesan-kesan baik dan buruk yang timbul daripada kehadiran pendatang asing ini.

Tenaga kerja asing memang telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan kini. Ada masyarakat yang menganggap pekerja asing ini penting dan ada yang menganggap mereka sebagai pengacau yang harus dibuang jauh. Keadaan ini diburukkan dengan isu ini turut dimainkan oleh media massa yang memang menangguk di air keruh. Jadi, adakah pekerja asing hanya membawa kesan buruk atau memang ada hikmah disebalik kehadiran pekerja luar negara ini?

Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi yang tinggi sehingga menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya.

Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan satu saingan yang menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti mogok. Jadi, keadaan persaingan seperti ini menyebabkan ekonomi negera diminati oleh pelabur asing.

Imej negara turut meningkatkan kerana sudah pasti masyarakat antarabangsa menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini kerana ekonomi negara yang mantap dan berkembang. Negara dilihat sebagai sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya. Negara akan dilihat sebagai contoh negara yang maju dalam ekonominya. Negara akan dianggap mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai cita-cita

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 22: True Nota Karanganpmr 2012

Page

22

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM negara. Bukankah ini satu pandangan yang kita harapkan daripada negara luar terhadap keupayaan negara kita?

Cuma, kehadiran pekerja asing terutama secara haram ini telah menyebabkan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat. Ada pekerja asing yang datang ke sini tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh tertentu dan jenayah menjadi tempat untuk mereka memperoleh sedikit wang bagi membiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi, semakin ramai pekerja asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk meningkatnya jenayah di negara kita. Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan kehidupan rakyat biasa.

Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap bulan menghantar wang balik ke negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan wang itu tidak digunakan untuk membangunkan semula ekonomi negara secara efektif. Sebaliknya, wang negara digunakan untuk menjana ekonomi negara asal pekerja asing itu. Wang negara digunakan untuk membiayai kehidupan keluarga pekerja asing itu. Jadi, keadaan ini tidak sihat terutama untuk jangka masa panjang atau ketika negara dalam kegawatan ekonomi.

Kesimpulannya, pekerja asing ini boleh memusnahkan dan menyelamatkan negara. Mungkin jawapannya bukan kepada jumlah pekerja asing tetapi cara mengawal kedatangan mereka, cara menentukan sektor pekerjaan untuk mereka dan mungkin tempoh bekerja untuk mereka di negara ini. Ringkasnya, masalah ini akan terus menghantui kita buat sekian lama

Karangan 23 Peternakan ikan air tawar mula mendapat perhatian terutama masyarakat desa. Kejayaan demi kejayaan yang dipamerkan oleh pihak media massa telah memberi satu dimensi baru terhadap industri ini.Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh penternak ikan air tawar.

Penternakan ikan air tawar merujuk ikan yang dibela di kawasan sungai dengan menggunakan kolam-kolam khas. Industri ini sudah mendapat perhatian masyarakat terutama penduduk kampung kerana mampu menghasilkan pulangan yang lumayan kepada mereka. Namun, industri ini turut memiliki pelbagai masalah yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya.

Secara amnya, masyarakat kita masih menganggap ikan air tawar bukanlah satu sumber daging yang utama. Masyarakat kita masih melihat daging lembu dan ikan laut lebih sesuai dengan cita rasa mereka. Keadaan ini menyebabkan permintaan ikan air tawar masih rendah jika dibandingkan dengan jenis-jenis daging yang lain. Kurangnya minat masyarakat menyebabkan industri ini masih kecil dan mempunyai ruang untuk berkembang. Jadi, masyarakat masih menunggu dan melihat kebaikan yang mampu diberikan oleh ikan air tawar kepada mereka.

Kemelut di atas sering dikaitkan dengan kegagalan kempen ikan air tawar. Masyarakat masih keliru dan tidak memahami zat yang mampu diberikan oleh ikan air tawar kerana tiadanya kempen yang dijalankan terutama oleh pihak kerajaan melelaui Kementerian Pertanian. Ketiadaan maklumat dan penerangan menyebabkan permintaan ikan air tawar masih gagal untuk bersaing dengan daging-daging yang lain. Ironinya, pengusaha ikan air tawar yang terpaksa mencari sendiri pasaran untuk mereka terutama di luar negara berbanding di dalam negara sendiri.

Malah, kesukaran untuk memulakan projek ternakan ikan air tawar turut menghantui pengusaha industri ini. Mereka terpaksa menunggu masa yang lama untuk menukarkan tanah mereka menjadi kolam kerana ikan air tawar yang agak sensitif dengan keadaan tanah dan air kolam. Semua ini memerlukan penggunaan bahan kimia yang agak mahal dan sudah pasti kos permulaan yang tinggi diperlukan untuk membuka sebuah kolam ikan sahaja. Oleh itu, pihak kerajaan melalui bank-bank tertentu haruslah lebih terbuka untuk menerima kertas cadangan pengusaha ikan air tawar ini untuk meringankan beban mereka.

Kesimpulannya, kemelut yang melanda industri penternakan ikan air tawar ini memerlukan kerjasama dan tindakan yang drastik. Kerajaan perlulah bertindak awal dengan memberikan pelbagai insentif kepada pengusaha industri ini seperti memudahkan urusan penukaran jenis tanah untuk ternakan ikan air tawar. Pengusaha pula harus lebih positif dengan berusaha sendiri mencari pasaran-pasaran baru atau teknik masakan terbaru untuk menarik minat masyarakat memakan ikan air tawar. Mungkin satu pameran mengenai ikan air tawar harus dilakukan oleh kerajaan?

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 23: True Nota Karanganpmr 2012

Page

23

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Karangan 24 Negara kita memiliki banyak rangkaian media cetak. Akhbar, majalah dan jurnal dikatakan menjadi sasaran utama rakyat negara ini yang memang ketandusan maklumat.Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan yang mampu dimainkan oleh media cetak di negara ini.

Media cetak sering dikaitkan dengan akhbar, majalah dan jurnal di negara ini. Negara kita pula memang boleh dianggap mempunyai penerbitan media cetak yang semakin meningkat saban tahun walaupun jumlah itu boleh ditingkatkan dengan lebih drastik dalam tempoh mendatang ini kerana sikap masyarakat yang suka membawa dan mencari informasi sudah mula kelihatan. Jadi, media cetak di negara ini memiliki peranan-peranan besar yang mampu membentuk satu masyarakat negara yang berkualiti mindanya.

Sumbangan utama media cetak di negara ini ialah media cetak menjadi sumber maklumat kepada masyarakat kita. Saban hari media cetak menyiarkan pelbagai perkara yang berlaku di negara ini dan semua berita atau maklumat ini menjadikan masyarakat kita mengetahui semua perkara yang berlaku, sedang, dan bakal terjadi di negara ini. Sikap berlumba-lumba media cetak untuk mendapatkan maklumat terkini turut menyebabkan masyarakat sering mendapat maklumat lebih awal mengenai sesuatu perkara.

Selain itu, kelebihan media cetak ialah media ini mampu menghasilkan analisis berita yang lebih kritis berbanding media yang lain. Situasi ini wujud kerana ciri media cetak yang berlandaskan penulisan mampu menghasilkan satu penulisan kritis yang menyebabkan pembaca mampu melihat sesuatu peristiwa yang berlaku itu dengan lebih mendalam. Media cetak mengupas semua isu yang berlaku daripada pelbagai sudut sehingga menyebabkan fenomena yang berlaku itu difahami oleh amsyarakat. Jelaslah, media cetak mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang memiliki minda yang kritis apabila membicarakan sesuatu topik.

Malahan, media cetak turut menyiarkan cerita-cerita yang mampu dijadikan pengajaran. Berita-berita jenayah, isu keluarga, projek pembangunan dan kejayaan individu tertentu sudah pasti menjadi tatapan masyarakat kita. Pembacaan mereka terhadap berita-berita jenis ini memberi satu pengajaran secara tersirat kepada pembaca yang seterusnya menyebabkan berlakunya satu perubahan diri dan minda mereka terhadap perkara tersebut. Oleh itu, pembacaan bahan media cetak memberikan pembaca satu pengajaran yang mampu membawa kebaikan.

Secara tuntasnya, media cetak di negara ini memang mempunyai peranan yang penting dalam memastikan negara terus mampu bersaing dalam era yang penuh persaingan ini. Ruang untuk media cetak berkembang turut wujud kerana media cetak dianggap lebih murah berbanding jenis media yang lain. Cuma ada sedikit kebimbangan dengan kewujudan bahan media cetak yang lebih mengutamakan isu-isu gosip atau sensasi daripada berita-berita yang benar-benar berlaku di negara ini.

Karangan 25 Karangan Remaja Lari Dari Rumah...Punca-puncaMasalah remaja lari dari rumah mendapat liputan meluas media massa.Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah.

Kemelut remaja lari dari rumah telah menjadi satu isu yang sering diperkatakan. Keadaan ini jelas terpapar menerusi siaran media massa yang menjadi isu ini berita utama mereka. Pelbagai pihak memberikan teori atau pandangan mereka mengenai kemunculan kemelut ini dalam masyarakat kita.

Punca yang paling ketara ialah tekanan ibu bapa. Remaja yang lari dari rumah sering menggunakan alasan tekanan ibu bapa sebagai penyebab utama mereka melakukan perbuatan terkutuk ini. Tekanan ib bapa ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa untuk memahami keperluan peribadi remaja yang begitu mendesak kini. Ibu bapa sering menyalahkan anak atau tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada remaja. Jadi, kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka menjadi pendorong utama remaja melarikan diri.

Selain itu, remaja lari dari rumah dikatakan berkait rapat dengan pengaruh rakan sebaya. Nasihat yang diberikan oeh rakan sebaya tidak matang dan rasional apabila remaja meluahkan masalah mereka. Keadaan ini berlaku kerana rakan sebaya itu sendiri belum cukup matang dan berpengalaman dalam menangani arus kehidupan yang penuh cabaran ini. Sesungguhnya, rakan sebaya yang memberikan nasihat yang tidak baik akan membawa remaja itu mengambil tindakan untuk melarikan diri.

Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi media massa terutama

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 24: True Nota Karanganpmr 2012

Page

24

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM media elektronik. Remaja yang suka meniru akan melakukan perkara yang mereka tonton di televisyen tanpa sebarang keraguan lagi. Remaja tidak mampu membezakan lakonan dan realiti kehidupan yang jauh berbeza. Oleh itu, media massa menjadi faktor yang berupaya menimbulkan keinginan remaja untuk lari dari rumah mereka.

Kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja yang tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut yang melanda diri mereka. Remaja begitu mudah terasa atau berasa sensitif apabila ditegur oleh ibu bapa sehingga sanggup melarikan diri. Jelaslah, keadaan ini membuktikan bahawa masalah ini turut ditentukan oleh sikap remaja zaman ini yang harus lebih kukuh dan tabah.

Kesimpulannya, gejala remaj lari dari rumah ini memang harus ditangani dengan segera demi masa depan remaja kita yang semakin malap ditelan arus kemodenan dunia. Semua pihak terutama masyarakat harus memainan peranan tersendiri dalam menangani kemelut ini. Mungkin kita semua harus menyalahkan diri masing-masing sebelum kita menyalahkan remaja dalam hal ini.

Karangan 26Karangan Penjagaan Kesihatan ManusiaKesihatan sangat penting untuk menjamin kehidupan yang ceria.Huraikan langah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjaga dan meningkatkan tahap kesihatan kita.Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.

Aspek pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang baik. Seseorang harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini memberikan tahap kesihatan yang baik.

Selain tu, seeseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap. Tindakan melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh badan seseorang berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres turut berupaya dihilangkan menerus senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik kita harus melakukan senaman yang konsisten.

Seseorang itu harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila umur mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan seseorang menerima rehat yang secukupnya selepas penat bekerja terutama di pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga untuk meneruskan aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang secukupnya memberi ruang kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik.

Malahan, pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan seseorang terutama mereka yang sudah berumur. Penjagaan kesihatan yang berkala ini menjamin kebahagiaan kehidupan seseorang. Walaupun seseorang itu berharta tetapi tida memiliki keshatan yang baik, kehidupannya sudah pasti akan sengsara.

Karangan 27 karangan Industri Pelancongan....Usaha-usaha gigih diperlukanIndustri pelancongan membawa sumber pendapatan negara.Huraikan usaha-usaha yang mampu dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan negara.

Tahun 2007 telah diumumkan sebagai Tahun Melawat malaysia oleh kerajaan kita. Industri pelaancongan berpotensi untuk dimajukan di negara ini kerana Malaysia ialah destinasi pelancongan yang unggul dan mampu memantapkan ekonomi negara kita. Banyak tempat yang boleh dikunjungi oleh peancong-pelancong asing dan

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 25: True Nota Karanganpmr 2012

Page

25

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM tempatan di negara ini. jadi, memang ada banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memajukan industri pelancongan kita.

Kerajaan boleh menambahkan kemudahan prasarana seperti kemudahan pengangutan dan perhubngan ke destinasi-destinasi yang menarik. Kemudahan ini memberi lebih banyak peluang kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka suka. Jadual penerbangan juga perlu ditaambah terutama dengan mengadakan promosi tambang murah. Cuma mutu perkhidmatan pengangkutan ini hendaklah diselia sepanjang masa untuk memastikan keselesaan pelancong.

Selain itu, usaha untuk meningkatkan jumlah tempat-tempat penginaan seperti hotel dan chalet. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan mengenakan kadar bayaran yang berpatutan bersama-sama bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Keadaan yang selesa ini menimbulkan rasa untujk mekawt semula kepada pelancong tersebut. Mereka akan mngajak kawan kawan untuk datang ke malaysia dan menyebabkan kemasukan mata wang asing.

Malahan, kerajaan perlu mengadakan lebih banyak promosi untuk menjelaskan aktiviti pelancongan. Promosi tentang destinasi, kebudayaan dan karnival jualan di laksanakan dengan giat. Usaha mempromosikan negara ini bokeh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet untuk menyebarkan maklumat pelancongan ini. Penggunaan internet memastikan semua pelancong memperoleh maklumat apabila mereka melayari internet untuk mendapatkan maklumat pelancongan. Jelaslah, promosi yang giat ini memastikan bahawa semua maklumat pelancongan disebarkan secara berkesan.

Salah satu aspek penting yang ditekankan oleh pelancong terutama pelancong asing ialah aspek kebersihan. Kemudahan pelancongan ssemestinya bersh dan diselenggarakan dengan baik. Ketiadaan pencemaran terutama kekotoran memastikan pelancong akan terus datang ke destinasi tersebut tanpa rasa ragu-ragu lagi. Jelaskan, kebersihan yang diberikan penekanan ini menyebabkan pelancong dapat menikmati udara yang segar dan keadaan yang selesa.

Manakala itu, usaha menarik pelancong ini turut dipikul oleh rakyat negara ini. sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat negara ini. Pelancong tidak suka rakyat negara ini mengambil kesempatan atau menipu mereka selama mereka berada di negara ini. Keramahan rakyat negara iini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan tetamu kita itu. Jadi, rakyat negara ini harus mengubah sikap mereka dengan melayan pelancong tempatan atau asing ini dengan lebih baik.

Kesimpulannya, industri pelancongan ini memang penting dberi penekanan oleh rakyat dan kerajaan negara ini. Pelbagai usaha yang dilakukan itu memerlukan gandingan tenaga semua pihak untuk memastikan kejayaannya. Mungkin semua pihak harus merenung dan melihat peranan yang telah dilakukan oleh mereka.

Karangan 27 Langkah-langkah menggalakkan penggunaan batik di MalaysiaBatik warisan negara yang sudah dipinggirkan oleh masyarakat kita terutama generasi muda. Berikan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

Sememangnya batik merupakan warisan budaya negara yang menarik. Sayangnya arus kemodenan dunia telah menelan budaya lama ini sehingga sudah kurang sipemakainya terutama golongan muda. Batik seolah-olah sudah hilang tempatnya dalam masyarakat kita kini. Apakah masa depan batik begitu gelap?

Sebenarnya masa depan batik masih ada sinar terutama jika semua pihak terutama pihak berkuasa memulakan usaha mewajibkan penggunaan batik sebagai pakaian tradisional kepada semua rakyat negara ini. Tindakan ini boleh diwajibkan kepada kaki tangan kerajaan dan pelajar sekolah atau menara gading. Langkah ini juga mampu menarik minat pelancong selain memastikan kesegakan dan keselesaan sipemakainya.

Langkah kedua ialah memberi bantuan kewangan kepada penggiat batik terutama pengusaha batik yang memerlukan modal untuk meluaskan perniagaan mereka. Pemberian pinjaman ini hendaklah mudah tanpa memberi tekanan kepada penggiat batik ketika memohon atau untuk membayar balik pinjaman itu. Ringkasnya, masalah birokrasi hendaklah dihapuskan.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 26: True Nota Karanganpmr 2012

Page

26

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Selain itu, kempen memperkenalkan batik kepada masyarakat negara ini mahupun luar negara hendaklah digiatkan. Kempen ini boleh diseiringkan dengan pertunjukkan fesyen yang menggunakan batik sepenuhnya dalam rekaan pakaian mereka. Kempen ini turut memberi ruang kepada pencipta muda untuk menonjolkan bakat dan kreativiti mereka.

Dalam usaha untuk memastikan batik terus hidup, kerajaan perlu mewujudkan sati institut untuk membuat kajian batik secara menyeluruh. Institut ini berperanan sebagai pusat pengajian tinggi dalam melahirkan pereka batik yang lebih kreatif dan inovatif serta memastikan budaya ini terus hidup. Institut ini juga boleh menjadi pusat kajian kepada pengkaji dalam dan luar negara yang berminat untuk mengkaji batik secara lebih mendalam.

Natijahnya, batik yang menjadi warisan budaya negara ini memerlukan kerjasama semua pihak untuk memastikan budaya ini terus hidup. Kewujudan batik membuktikan kewujudan bangsa kita sendiri. Jadi, batik wajib diselamatkan dan diangkat ke martabat yang lebih tinggi dalam kehidupan kita.

Karangan 28 Dewasa ini, banyak pelajar bekerja sambilan semasa cuti persekolahan. Pada pendapat anda, wajarkah pelajar bekerja secara sambilan.

Apakah kerja sambilan? Sebenarnya kerja sambilan ini merujuk kerja sementara yang biasanya dilakukan oleh golongan remaja terutama ketika musim cuti sekolah. Kerja ini turut dilakukan oleh golongan tua dan wanita atas dasar untuk menambah pendapatan atau membantu suami menyara keluarga. Sememangnya kerja sambilan wajar dilakukan oleh remaja kerana sudah menjadi satu gaya hidup moden tetapi gaya ini turut mencetuskan pelbagai impak terhadap remaja.

Kerja sambilan ini memberi satu pengajaran berguna kepada remaja dalam kehidupan. Jangka masa yang pendek bersama-sama rakan sekerja dan majikan pasti meninggalkan pelbagai kesan yang menarik. Remaja menyedari betapa kehidupan social memerlukan kemahiran tinggi terutama ketika di tempat kerja. Jadi, pengalaman kerja sambilan menjadi alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar kepada remaja sebelum mereka benar-benar melaluinya.

Malah, remaja mampu membentuk personality yang menarik menerusi kerja sambilan ini. Tugas di tempat kerja membina jati diri remaja yang baru kerana kerja ini memerlukan mereka menepati masa, rajin bekerja, menurut arahan, dan menggunakan minda ketika berinteraksi dengan pelanggan. Remaja yang dahulunya malas, tiada wawasan,tidak yakin diri dan sebagainya pasti berubah sebaik sahaja mereka bekerja secara sambilan ini.

Sudah pasti kelebihan ketara bekerja secara sambilan ini ialah aspek kewangan. Remaja mempunyai wang mereka sendiri yang memberi sedikit kepuasan dalam hidup. Perasaan mampu membeli sesuatu atas kemampuan kewangan sendiri sememangnya membawa satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan. Jelaslah, kerja sambilan memberi satu kepuasan kewangan yang begitu tinggi kepada remaja.

Cuma dalam keghairahan remaja bekerja secara sambilan ini, aspek impak negatifnya harus diberi pertimbangan sewajarnya. Remaja menjadi individu yang terlalu sibuk, mementingkan kewangan,lupa tugas belajar mereka dan mungkin terlalu angkuh sehingga menganggap mereka sudah mampu hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Sikap terlalu rapat dengan rakan sekerja yang lebih dewasa turut mampu menjerumuskan remaja ke arah budaya yang tidak sihat.

Kesimpulannya, kerja sambilan sememangnya wajar dilakukan oleh remaja tetapi harus secara bertanggungjawab. Remaja harus menimbang dengan mendalam sebelum menyertai kerja sambilan. Bukan sahaja kebenaran ibubapa penting tetapi remaja harus bertanya kepada diri sendiri, adakah ini sesuatu yang ingin mereka lakukan? Atau mereka penuhkan masa cuti mereka dengan aktiviti berfaedah yang lain.

KARANGAN 29 Impak Kenaikan Harga Minyak terhadap Negara? Kenaikan harga minyak mula dirasai di negara ini.Huraikan impak negatif yang timbul daripada keadaan ini.

Dewasa ini, kenaikan harga minyak dikaitkan dengan peningkatan secara mendadak harga petroleum di

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 27: True Nota Karanganpmr 2012

Page

27

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM pasaran dunia. Antara sebab yang membawa peningkatan ini ialah pertumbuhan ekonomi global, peperangan di negara pengeluar minyak dan juga kejadian bencana alam yang melanda sesebuah negara itu. Jadi, kenaikan harga minyak ini memang membawa banyak impaknya. Persoalannya, apakah impak negatif yang timbul daripada keadaan ini?

Impak yang ketara ialah kos kehidupan masyarakat akan meningkat juga. Kebanyakan harga komoditi terutama makanan dan produk kilang akan meningkat selari dengan pertambahan harga barang lalu bajet bulanan masyarakat turut terjejas. Jelaslah, kos kehidupan akan menjadi bertambah tinggi sebaik sahaja harga minyak melambung.

Selain itu, harga barang akan turut menjadi mahal ekoran peningkatan harga minyak ini. Pengguna terpaksa membeli barang keperluan seperti makanan, pakaian dan rumah dengan kadar harga yang jauh lebih tinggi kerana kos hidup bertambah pula. Sesungguhnya, harga barang yang tinggi menyebabkan ada pengguna yang tidak mampu untuk membelinya pula.

Malah, tambang pengangkutan terutama pengangkutan awam akan berlipat kali ganda pula. Syarikat pengangkutan terutama bas terpaksa meninggikan tambang kerana mereka menggunakan minyak dengan banyak untuk menjalankan operasi perniagaan mereka itu. Maka, kos pengangkutan yang tinggi ini menyebabkan ada ahli masyarakat yang tidak mampu untuk menggunakannya.

Tambahan pula, kenaikan harga minyak boleh menjadikan keadaan politik negara tidak stabil. Banyak pihak akan melakukan tunjuk perasaan sebagai satu cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenailkan ini. Jadi, tunjuk perasaan yang kerap itu boleh mencetuskan pelbagai keadaan yang tidak aman pula di dalam negara kita.

Kesimpulannya, semua kesan negatif ini memang wujud apabila harga minyak melambung. Kerjasama semua pihak amat diperlukan terutama kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang boleh mengurangkan impak kenaikan ini, bak kata peribahasa, sediakan payung sebelum hujan amat penting direnungi oleh kita semua sebelum terlewat.

CONTOH BAHAGIAN A ( JAWAPAN )Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca martabat bahasa Melayu semakin luntur. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maskud asal petikan.

Isu bahasa Melayu rojak muncul kembali. Banyak pihak yang menyatakan bahawapenggunaan bahasa Melayu semakin rancu. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, menyifatkan penggunaan bahasa Melayu rojak dan pengambilan istilah bahasa asing oleh pihak tertentu kini semakin kritikal. Oleh itu, beliau mahu supaya bahasa Melayu hendaklah berdasarkan status penggunaan asalnya. Dalam perhubungan rasmi atau tidak rasmi sama ada dalam kalangan elit atau orang awam, malah pelajar, terjadi percakapan dalam bahasa Melayu yang bercampur aduk. Dalam soal seperti itu, mungkin wajar untuk kita menyalahkan masyarakat banyak mengenai ketidakprihatinan dalam penggunaan bahasa Melayu. Masyarakat seolah-olah berasa tidak bersalah apabila mengujarkan bahasa yang salah.

Apa pun, kita tidak boleh menafikan perkembangan pesat bahasa Melayu dan dalam proses itu kita tidak dapat mengelak daripada mengambil istilah daripada bahasa asing. Hingga kini, bahasa Melayu sudah mempunyai ratusan ribu ‘istilah baru’ untuk membolehkannya digunakan sebagai bahasa ilmu atau bahasa pengajian tinggi. Setiap bahasa mempunyai keupayaannya sendiri. Jika kita ambil perkembangan bahasa Inggeris sebagai contoh, mereka meminjam ribuan istilah baharu daripada bahasa Greek dan Latin.Yang menjadi bahasa Melayu rosak ialah sikap masyarakat sendiri yang mencedok bahasa asing secara bulat-bulat, sedangkan istilah atau sesuatu konsep tersebut ada dalam bahasa Melayu.

Kita juga seharusnya mengakui kemajuan sesuatu bahasa tidak terletak pada setakat manakah pakar bahasa mampu menciptakan ratusan istilah baru dalam bahasa itu melalui proses perancangan bahasa, tetapi pada keupayaan, kesedaran dan komitmen pengguna

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 28: True Nota Karanganpmr 2012

Page

28

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM bahasa itu untuk menggunakannya sebagai pembentuk tamadun tinggi atau pembina kemajuan dalam bidang yang mempengaruhi minda dan keadaan hidup manusia.

Sehubungan dengan itu, kita menyambut baik langkah pembudayaan bahasa Melayu dan kita berharap agar langkah ini dapat dilaksanakan dengan baik. Sememangnya kita sudah bosan dengan tindakan merosakkan bahasa ini. Lihat saja bagaimana rosaknya bahasa Melayu akibat pengaruh bahasa slanga di internet. Selain itu, penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon juga merupakan salah satu faktor penggunaan bahasa Melayu semakin rancu. Jika dulu, kita begitu berbangga apabila bahasa Melayu menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara, kini pula, kita mesyilah memastikan bahasa yang kita cintai ini tidak terus dipinggirkan.(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Bahasa kita juga boleh cipta tamadun tersendiri, Berita Harian, 18 Julai 2008)

BAHAGIAN A (II): PEMAHAMAN [10 MARKAH]Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.I. Berikan maksud rangkai kata penggunaan bahasa Melayu semakin rancu? [2 Markah]II. Berdasarkan petikan, berikan dua usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan bahasa Melayu supaya menjadi bahaa tamadun tinggi? [4 markah]III. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya bahasa Melayu menjadi bahasa antarabangsa?

JAWAPANPenanda wacana Isi

Satu daripada

Punca-punca martabat bahasa Melayu semakin luntur ialah penggunaan bahasa Melayu rojak.

Selain itu,Pengambilan istilah bahasa asing oleh pihak tertentu kini semakin kritikal.

Seterusnya,

Masyarakat banyak mengenai ketidakprihatinan dalam penggunaan bahasa Melayu.

Di samping itu,

Masyarakat seolah-olah berasa tidak bersalah apabila mengujarkan bahasa yang salah.

Bukan itu sahaja, Akibat pengaruh bahasa slanga di internet.

Akhir sekaliPenggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon.

i. Maksudnya ialah pemakaian bahasa kebangsaan bertambah kacau / celaru.

ii. Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa tamadun tinggi ialah kita hendaklah menciptakan ratusan istilah baharu dalam bahasa itu melalui proses perancangan bahasa. Selain itu, kita harus mempunyai keupayaan, kesedaran dan komitmen pengguna bahasa itu untuk menggunakannya sebagai pembentuk tamadun tinggi, atau pembina kemajuan dalam bidang yang mempengaruhi minda dan keadaan hidup manusia.

iii. Usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya bahasa Melayu menjadi bahasa antarabangsa ialah semua pihak mestilah berjaya mencipta ilmu yang boleh diguna pakai atau dimanfaatkan oleh masyarakat di dunia. Selain itu, masyarakat atau rakyat Malaysia sendiri yang mengangkat dan memartabatkan bahasa sendiri sebelum mengharapkan orang lain untuk menggunakannya.

PENANDA WACANA

A. PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 29: True Nota Karanganpmr 2012

Page

29

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM • Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …

• Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….

• Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.

• Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.

• Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …

• Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

B. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN• Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

• Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.

• Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.

• Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….

• Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

C. PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN• Kita dapat menyaksikan betapa…• Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana…• Lazimnya, dalam keadaan …• Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …• Pada hemat saya …• Pada pandangan saya …• Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …• Sebagaimana yang kita ketahui• Sebagaimana yang kita maklumi• Sejak awal lagi• Sejak kebelakangan ini• Selain itu, pada masa ini juga• Seperti yang telah dinyatakan• Umum mengetahui bahawa• Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

D. PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN• Bagi sesetengah orang …• Begitu juga dengan …• Begitu juga halnya dengan …• Bertitik tolak daripada itu …• Bukan itu sahaja …• Dalam hal ini …• Dalam konteks ini ..• Dalam zaman yang serba canggih ini …• Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …• Dengan adanya …• Dengan berbuat demikian …• Dengan perkataan lain ..

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 30: True Nota Karanganpmr 2012

Page

30

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM • Disebabkan hal itu...• Disebabkan keistimewaan inilah kita ..• Hal ini berlaku disebabkan...• Hal ini penting dalam...• Hal ini serupa dengan...• Hal yang serupa berlaku apabila...• Hal ini disebabkan...• Hal ini membuktikan bahawa...• Hal ini menggambarkan bahawa...• Hal ini secara tidak langsung akan...• Hal ini semua meninggalkan kesan kerana...• Hal ini tentu sekali membuatkan...• Jadi kita perlu• Jadi kita hendaklah• Keadaan ini tentunya• Lantaran itu sehingga kini• Kesemua ini menyumbang kepada• Kita mengakui hakikat bahawa• Kita sering menonton di kaca televisyen• Kita sering membaca di dada-dada akhbar• Memandangkan keadaan yang sedemikian• Namun sejak kebelakangan ini• Oleh itu, bolehlah dikatakan• Secara logiknya masa yang• Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita• Keadaan ini seharusnya boleh• Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini• Kendatipun demikian, kita masih• Yang paling nyata ialah• Yang perlu kita pastikan ialah

E. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK• Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak• Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan• Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian …..Pada tahun .....menunjukkan bahawa sebanyak …………

F. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH• Sebagai contohnya• Biar kita lihat• Biar kita ambil contoh• Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah• Sebagai analoginya,• Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

G. PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN• Intihanya,• Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas• Konklusinya,• Dengan ini diharapkan• Bukan itu sahaja• Mudah-mudahan perkara ini• Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa• Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …• Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

KOLEKSI AYAT-AYAT MENARIKKoleksi ayat dan frasa yang menarik1. …masyarakat kita sekarang ini makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan…2. .kekuatan ekonomi yang cukup ampuh mampu membuatkan Malaysia setanding negara lain di dunia..

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 31: True Nota Karanganpmr 2012

Page

31

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM 3. …kita sepatutnya tidak harus akur kepada ledakan arus materialistik…4. ….apa jua yang kita rancang perlu menagih komitmen dan pengertian yang serius daripada semua pihak..5. …masyarakat pada masa kini masih lagi dibelenggu dengan pemikiran yang sempit..6. ..remaja harus sedar pelbagai cabaran yang bakal menghambat…7. …..remaja perlu mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang..8. …cabaran globalisasi ini mesti ditangani dengan serius dan proaktif..9. ..kita perlu berani menentang ancaman materialistik yang cuba mengikis jati diri umat ..10. ..kita tidak ingin terus terpinggir dan terkebelakang….11. .kita perlu berani untuk berhadapan dengan serangan kebudayaan asing yang semakin menular ..12. ..cabaran globalisasi yang semakin menghimpit mengajar kita tentang kehidupan yang semakin mencabar ..13. …kita tidak seharusnya mengejar fatamorgana di tanah datar.. 14. …kita juga tidak harus hidup seperti Si Luncai yang terjun dengan labunya…biarkan-biarkan..kerana sewajarnya kita bertindak dengan rasional..15. ..kedahagaan masyarakat terhadap budaya murni kian hambar kerana rata-rata mereka kini ‘seperti enau dalam belukar dan melepaskan pucuk masing-masing…16. ..remaja masa kini alpa kerana mereka sedari kecil lagi sudah menghirup udara segar hasil kemerdekaan …17. ..pelajar-pelajar masih dibuai mimpi-mimpi indah sehingga mereka lupa masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan…18. …kegawatan dunia semakin terasa kerana terpaksa menghadapi pelbagai pancaroba …19. ..Malaysia kini terus unggul dan kian memuncak kemakmurannya…20. …kehebatan dan karismatik para pemimpin negara kita menyebabkan mata dunia kini memandang negara kita yang kecil ini….21. Negara lain kini tiada lagi yang berani menyangkal dan merendahkan keupayaan kita kerana suara kita bernas , padat dan bermakna.22. ..kejayaan dan kerancakan ekonomi negara kita menyebabkan kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain.23. ..kepincangan sosial kita kian meruncing dan membengkak ibarat retak menanti belah..24. ..rakyat kini semakin muflis dan tercabut daripada budaya tradisinya akibat pengaruh barat yang didewa-dewakan oleh remaja masa kini sehingga mereka mudah diperkotak-katikkan25. ..hakikatnya kita masih belum berjuang dan perjuangan kita masih panjang bak kata bekas Perdana Menteri kita Tun Dr.Mahathir “Perjuangan Kita Masih Belum Selesai”.Justeru kita harus berjuang bermati-matian untuk mencapai apa yang kita hajati.26. ..apabila rosaknya budi pekerti rakyatnya maka binasalah seluruh negara itu..27. …oleh sebab remaja kita sering alpa, kecairan jiwa kemanusiaan dan patriotisme di kalangan generasi muda kian terhakis..28. Justeru satu wahana yang konkrit dan pragmatik wajib dilaksanakan agar Malaysia terus maju di persada antarabangsa.29. …rata-rata masyarakat hari ini naïf dengan kebendaan dan mateial yang melalaikan…30. …nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat kita…31. …tanpa tekad dan azam yang kuat kita tidak akan ke mana-mana..32. ..kita perlu membenamkan budaya hedonistik yang tidak berfaedah..33. …remaja kita hari ini sering terkinja-kinja seperti cacing kepanasan apabila mendengar muzik yang melalaikan,pengaruh barat ini banyak merosakkan akhlak mereka…34. ..kita perlu membebaskan mereka daripada belnggu kejahilan dan kegelapan…35. ..setiap warga Malaysia perlu prihatin terhadap negara sendiri..36. …citra budaya dan jati diri bangsa kita perlu diterapkan dalam hati anak-anak muda masa kini agar tak lapuk dek hujan ,tak lekang dek panas.37. ..dewasa ini kita diterjah dengan pelbagai masalah yang memeningkan kepala..38. …tidak pernah sunyi daripada kegawatan…39. kita perlu membebaskan diri daripada belenggu pemikiran negatif..40. ..era baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran,tranformasi,dan canggih dari segi..41. ..kita patut menjulang nama negara kita atau bangsa kita sehingga ke puncak jagat tanpa melupakan akar bangsa kita yang tercucuk di bumi ini.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 32: True Nota Karanganpmr 2012

Page

32

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM 42. ..kecenderungan masyarakat moden yang menagih sesuatu yang unik …43. remaja masa kini lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran tidak tentu hala..44. ..sikap warga kota yang taksub mencari nafkah yang tidak pasti halal haramnya sedikit sebanyak melonggarkan semangat kejiranan yang kini kian pudar.45. …peristiwa paling bermakna dalam liputan sejarah negara..46. ..masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi juga menjadi penyumbang kepada kegagalan fungsi keluarga dalam menangani masalah sosial di kalangan remaja. 47. ..guru selaku arkitek pembangunan manusia mahu membentuk generasi muda supaya menjadi manusia yang berguna kepada bangsa,agama,dan negara.48. ..guru bukan sahaja melimpahkan ilmu pengetahuan malah lebih daripada itu ibarat lilin yang membakar diri untuk menyinari orang lain,namun jasa guru sering dilupa.Apabila berlakunya masalah disiplin pelajar guru sering dipersalahkan.49. …pembudayaan ilmu perlu dibajai dan dijiwai oleh generasi muda masa kini..50. ..remaja masa kini sepatutnya mula membayangkan ranjau-ranjau kehidupan yang bakal mewarnai hidup mereka agar mereka sedar bahawa hidup ini tidak semestinya menjamin kejayaan tanpa usaha yang gigih..51. ..sepatutnya setiap individu perlu ada martabat atau nilai diri tersendiri..52. …media massa kini sebagai pencanai berita yang kadang kala perkara kecil diperbesar-besarkan dan dimomok-momokkan…

TEKNIK HAFAL DAN SALIN (Masalah/Gejala Sosial – Gengterisme/vandalisme/ masalah lepak/lumba haram/ merokok / dan sebagainya)

1. Faktor Ibu Bapaa) Teladano Ibu bapa perlu meluangkan banyak masa di rumah o Menghisap rokok di depan anak-anako Ibu bapa perlu sentiasa berada bersama dengan anak-anak o Berjudi di dalam rumaho Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik (Suri teladan) o Mengambil minuman keraso Anak-anak mengalami krisis nilai o Anak-anak mengalami keruntuhan akhlako Perlakuan anak-anak menjadi buruk o Bagaimana acuan begitulah kuihnyao Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasio Kadangkala ibu bapa mempamerkan tingkah laku buruk di depan anak-anako Bergaduh di depan anak-anak (bagai anjing dengan kucing)o Menggunakan kata-kata kesat dan kasar di depan anak-anako Anak-anak akan belajar perlakuan negatif ini dan mencontohi (bapa borek anak rintik)

b) Wango Ibu bapa mengejar materialistic o Ibu bapa sibuk mengejar wang o Ingin hidup kaya dan mewah o Bekerja keras untuk mencapai cita-citao Mula melakukan pelbagai kerja o Anak-anak terbiar dan terabaio Terlalu sibuk di luar rumah o Jarang berada di rumaho Masa bersama dengan anak-anak terbatas o Mula terpengaruh dengan rakan sebayao Tidak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar o Hubungan dengan ibu bapa semakin renggango Ibu bapa berjaya dalam cita-cita mengumpul kekayaan tetapi anak-anak hancur di depan matao Pergi dengan bulan masih di langit dan balik apabila bulan sudah berada di langit

c) Pendidikano Tidak menekankan sembahyang sebagai tiang agama o Jiwa anak-anak kosongo Tidak memberikan didikan agama o Tidak dapat mengenali dosa dan pahalao Iman rapuh o Minda dan jiwa mudah dipengaruhio Berlaku kecelaruan nilai baik dan buruk o Terjerumus dalam gejala sosialo Melentur buluh biarlah dari rebungnyao Anak-anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya.o Ibu bapa kurang menekankan pendidikan tidak formal di rumah

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 33: True Nota Karanganpmr 2012

Page

33

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM 2. Faktor Rakan Sebayao Menganggap rakan sebaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapio Biasanya remaja yang rumah tangga ibu bapanya bergolak/berpisaho Cenderung untuk berjumpa rakan sebaya yang disangka dapat memberi ketenangan dan kegembiraano Tersalah memilih kawan yang ` kacang hantu’o Kawan-kawan lebih besar mempengaruh mereka daripada ibu bapao Untuk masuk atau diterima dalam `geng’ perlu melakukan perkara seperti yang dilakukan oleh ahli kumpulan tersebut contohnya merokoko Lazimnya terlibat dalam gejala negatif seperti melepak,lumba haram, membuli dan sebagainya.

3. Faktor Media Massao Televisyen menyiarkan filem atau aksi-aksi yang ganas o Sikap ingin mencuba o Remaja yang menonton akan dipengaruhi oleh aksi –aksi yang dilakukan oleh hero kegemaran mereka.o Meniru aksi-aksi tersebut contoh filem Remp-It telah menghangatkan aksi mat rempito Perkara-perkara yang negatif cepat mempengaruhi remajao Melihat aksi-aksi pornografi di internet atau di majalah-majalah tertentu

4. Faktor persekitaran/masyarakato Ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing o Contoh vandalisme dan bulio Bersikap individualistik o Tidak mahu menjaga tepi kain orang o Tidak peka dan mengambil berat tentang permasalahan remajao Menganggap bukan anak mereka ataupun saudara mara mereka – jadi, tidak perlu ambil peduli

5. Faktor Remaja Itu Sendirio Tidak mempunyai jati diri o Mudah terpengaruho Suka akan hedonistic o Pantang dicabaro Tidak takut akan dosa dan pembalasan Tuhan o Suka mencuba atau ingin menunjuk-nunjuko Tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A'1. Abang AngkatMaksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang KandungMaksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin Maksud: Telah musnah sama sekali.ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu LahabMaksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

7. Abu NawasMaksud: Orang yang suka berhelah. Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada Akal Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada Angin Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

10. Ada Bakat Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

11. Ada CanMaksud: Ada peluang.Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

12. Ada Gaya Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 34: True Nota Karanganpmr 2012

Page

34

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

13. Ada Hati Maksud: Keinginan.Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada Jalan Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-Ada Maksud: Ada sesuatu.Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.

16. Adat Balai Maksud: Adat dalam istana raja. Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.

17. Adik Angkat Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik Ipar Maksud: Adik kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

19. Adik Kandung Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu Buku Maksud: Bertinju. Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.

21. Adu Domba = Mengadu Domba Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

22. Adu Kening = Beradu Kening Maksud: Berhadap-hadapan muka.Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu Lengan Maksud: Beradu kekuatan.Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

24. Adu Nasib = Mengadu Nasib Maksud: Mencari rezeki.Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu Untung Maksud: Mencari rezeki.

26. Air Mandi Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

27. Air Muka Maksud: a) Wajah b) MaruahContoh Ayat: a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.

28. Air Pasang Maksud: Paras air laut yang meningkat. Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.

29. Air Sembilan Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat. Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

30. Air Setaman Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.

31. Air Surut Maksud: Paras air laut yang turun. Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayam Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

33. Akal Belut Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.

34. Akal Kancil Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

35. Akal Sejengkal Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.

36. Alas Cakap Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.

37. Alas Kata Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

38. Alas Perut Maksud: Makan sedikit. Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

39. Alih Akal = Beralih Akal Maksud: Berubah pendapat atau fikiran. Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih Angin Maksud: Berpindah tempat tinggal. Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.

41. Alih Muka = Beralih Muka Maksud: Menyamar. Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

42. Alim Kucing Maksud: Pura-pura baik.Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 35: True Nota Karanganpmr 2012

Page

35

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

43. Aliran Masa Maksud: Perubahan masa.Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

44. Aliran Masyarakat Maksud: Kehendak masyarakat. Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

45. Ambil Abu Maksud: Maksud yang tidak kesampaian. Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.

46. Ambil Ada Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

47. Ambil Angin Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih. Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

48. Ambil Bahagian Maksud: Menyertai. Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

49. Ambil Berat Maksud: Beri perhatian. Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.

51. Ambil Hati Maksud: Berasa tersinggung.Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan.

52. Ambil Ibarat Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas.

53. Ambil Ingatan Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

57. Anak Adam Maksud: Umat manusia.Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.

58. Anak Air Maksud: Sungai kecil.Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.

59. Anak Angkat Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.

60. Anak Baju Maksud: Baju dalam.Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.

61. Anak Buah Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

62. Anak bukit Maksud: Bukit kecil. Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.

63. Anak Didik Maksud: Orang di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.

64. Anak Emas Maksud: Orang yang sangat disayangi.Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.

65. Anak Gahara Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

66. Anak Haram Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

67. Anak Jantan Maksud: Lelaki yang berani.Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak Kandung Maksud: Anak sendiri.Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

69. Anak Kapal Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.

70. Anak Negeri Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa.

71. Anak Perahu Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 36: True Nota Karanganpmr 2012

Page

36

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

72. Anak Piatu Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.

73. Anak Pungut Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

74. Anak Tunggal Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.

75. Anak Tut Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis Maksud: Kehairanan.Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya.

77. Angkat Bahu Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu.

78. Angkat Diri Maksud: Sombong.Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.

79. Angkat Kaki Maksud: Pergi meninggalkan. Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

80. Angkat Kening Maksud: Kehairanan.

81. Angkat Mata Maksud: Menentang sesuatu tindakan. Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.

82. Angkat Muka Maksud: Dimanja-manjakan. Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.

83. Angkat Nama Maksud: Terkenal. Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.

84.Angkat Senjata Maksud: Berperang. Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh.

85. Angkat Suara Maksud: Meninggikan suara. Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka.

86. Angkat Sumpah Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

87. Anjing Hitam Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ.

88. Anjing Kurap Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.

89. Api Peperangan Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan.

90. Api Percintaan Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap. Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.

91. Arang Di Dahi Maksud: Mendapat malu.Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di Kening Maksud: Mendapat malu.

93. Arang di muka maksud:Mendapat malu.

94. Asam Garam Maksud: Pengalaman. Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah.

95. Atas Angin Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.

96. Atas Nama Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.

97. Atas Pagar: Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak: Maksud: Orang yang berani.Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan: Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B'1. Babi Buta = Membabi Buta Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.

2. Bahasa Ibunda Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum. Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.

3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 37: True Nota Karanganpmr 2012

Page

37

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

4. Bahasa Pasar Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan.

5. Baik Budi Maksud: Baik hati. Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.

6. Baik Hati Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.

7. Baik Sangka Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang.

8. Balas Budi = Membalas Budi Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.

9. Balas Guna Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.

10. Balik Gagang = Berbalik Gagang Maksud: Berpihak kepada musuh.Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.

11. Balik Hati = Berbalik Hati Maksud: Berubah pendirian. Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya.

12. Bangkai Bernyawa Maksud: Orang yang tidak berguna. Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.

13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.

14. Banting Tulang = Membanting Tulang Maksud: Bekerja bermati-matian.Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.

15. Banyak Akal Maksud: Banyak helah. Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.

16. Banyak Cakap Maksud: Orang yang suka berleter. Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya.

17. Banyak Mulut Maksud: Orang yang suka berleter.

18. Bapa Angkat Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim.

19. Bapa Kandung Maksud: Bapa sebenar. Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.

20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.

21. Batu Api Maksud: Orang yang suka menghasut. Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.

22. Batu Loncatan Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar.Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan.

23. Bau-Bau Bacang Maksud: Persaudaraan yang jauh.Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.

24. Bawa Alamat Maksud: Memberi tanda. Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.

26. Bawa Hati Maksud: Merajuk. Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang.

27. Bawa Hidup Maksud: Merantau mencari penghidupan. Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal.

28. Bawa Mati Maksud: Menyebabkan mati. Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal.

29. Bawa Mulut Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain. Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.

30. Bawa Nasib Maksud: Merantau mencari penghidupan.

31. Bawa Nyawa Maksud: Menyelamatkan diri. Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku.

32. Bawa Sial = Membawa Sial Maksud: Mendatangkan malang. Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah.

33. Bawa Tempurung Maksud: Minta sedekah. Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.

34. Bawa Tuah = Membawa Tuah Maksud: Mendatangkan keuntungan.Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya.

35. Bawah Angin Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur. Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.

36. Bawah Bendera Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris.

37. Bawah Tanah Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 38: True Nota Karanganpmr 2012

Page

38

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah.

38. Bayang Kata = Dibayang Kata Maksud: Dikias.Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu.

39. Bayar Nyawa Maksud: Mengorbankan diri.Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak penjagaan anak lelakinya daripada bekas suaminya.

40. Bekas Tangan Maksud: Sesuatu yang diusahakan.Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah," kata Pak Mail memuji menantunya.

41. Belah Bumi = Membelah Bumi Maksud: Bunyi yang sangat kuat. Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya.

42. Belah Hati = Berbelah Hati Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan.Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik.

43. Belahan Hati Maksud: Orang yang sangat dikasihi. Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya.

44. Belahan Jiwa Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

45. Belahan Nyawa Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

46. Belakang Hari Maksud: Kemudian hari.Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup kamu senang belakang hari," nasihat ayah kepada abang.

47. Bendera Putih Maksud: Mengaku kalah.Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu.

48. Bengkak Perut Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah rumah.

49. Berat Lalat Maksud: Pura-pura berani.Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun durian pada waktu malam.

50. Berani Mati Maksud: Tidak takut mati. Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam mempertahankan tanah air tercinta.

51. Berat Bibir Maksud: Orang yang pendiam. Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur.

52. Berat Hati Maksud: Kurang senang. Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri.

53. Berat Kaki Maksud: Malas. Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya.

54. Berat Lidah Maksud: Tidak dapat berkata-kata. Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya.

55. Berat Mata Maksud: Mengantuk. Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata.

56. Berat Mulut Maksud: Orang yang pendiam.

57. Berat Sebelah Maksud: Tidak adil. Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya.

58. Berat Tangan Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur.

59. Berat Tulang Maksud: Pemalas.

60. Beri Jalan Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini," kata ibu kepada abang.

61. Beri Muka Maksud: Memanjakan. Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas.

62. Berita Hangat Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan.Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak Matematik menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan.

63. Besar Cakap Maksud: Orang yang suka bercakap sombong.Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah orang yang berharta.

64. Besar Hati = Berbesar Hati Maksud: Gembira.Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya.

65. Besar Kepala Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil. Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya.

66. Besar Mulut Maksud: Suka bercakap besar.Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak seberapa," kata kakak.

67. Besar Perut Maksud: Hamil. Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut.

68. Betul Bendul Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka mempermain-mainkannya.

69. Biang Keladi Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru ini.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 39: True Nota Karanganpmr 2012

Page

39

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

70. Bidan Tarik Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang tidak hadir.

71. Bidan TerjunMaksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.

72. Bintang Gelap Maksud: Bernasib malang.Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan tempoh hari.

73. Bintang Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih. Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara.

74. Bintang Terang Maksud: Nasib baik. Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan yang baik.

76. Bongkok Sabut Maksud: Bongkok sedikit. Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya.

77. Bongkok Udang Maksud: Terlalu bongkok kerana tua. Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di kebunnya.

78. Buah Bibir Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat Malaysia.

79. Buah Cakap Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

80. Buah Fikiran Maksud: Pendapat. Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira.

81. Buah Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih.

82.Buah Helah Maksud: Mencari helah.

83. Buah Kalam Maksud: Hasil tulisan atau karya. Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama.

84. Buah Mulut Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

85. Buah Pena Maksud: Hasil tulisan atau karya.

86. Buah Tangan Maksud: Hadiah. Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital.

87. Bual Kosong Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting. Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah.

88. Buang Adat Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi. Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama.

89. Buang Air Besar Maksud: Berak. Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar.

90. Buang Air Kecil Maksud: Kencing. Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa sakit ketika membuang air kecil.

91. Buang Anak = Membuang Anak Maksud: Menggugurkan anak. Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh Tuhan.

92. Buang Arang Di Muka Maksud: Menghilangkan malu.Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada jemaah masjid di kampung itu bagi membuang arang di mukanya.

93. Buang Diri = Membuang Diri Maksud: Merantau. Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara orang.

94. Buang Lelah Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan.Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu sebagai tempat buang lelah.

95. Buang MaluMaksud: Menghilangkan malu.

96. Buang Muka = Membuang Muka Maksud: Tidak suka.Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang mengganggunya.

97. Buang Negeri = Dibuang Negeri Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri.Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati bersalah kerana menyertai kongsi gelap.

98. Buang Sauh Maksud: Berlabuh. Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti.

99. Buang Sial Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga sebagai usaha buang sial.

100. Buang Tabiat Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.

101. Buang ubat Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya. Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena.

102. Buat Akal Maksud: Mencari helah. Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah.

103. Buat Bodoh Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu.Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan rumahnya.

104. Buat Jahat = Berbuat Jahat Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan.Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 40: True Nota Karanganpmr 2012

Page

40

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

105. Buat Perkara Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara.

106. Buaya Darat Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan.Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran tetangganya.

107. Bujur Sirih Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia memakai selendang sutera putih.

108. Buka Langkah Seribu Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu. Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat.

109. Buka Mata Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.Contoh Ayat: a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya. b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata.

110. Buka Mulut Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan.Contoh Ayat: a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang. b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya.

111. Buka Pintu Maksud: Memberi peluang.Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka.

112. Buka Tanah = Membuka Tanah Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar.Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit.

113. Buka Telinga Maksud: Mendengar baik-baik.Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang telah lama bertugas di syarikat itu.

114. Buka Tembelang Maksud: Membocorkan rahsia.Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang mencuri kambing Kurupaya.

115.Buku Lima Maksud: Penumbuk. Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran.

116. Bulan Kesiangan Maksud: Berwajah pucat. Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek.

117. Bulan Madu Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi.

118. Bulan penuh Maksud: Cantik. Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya.

119. Bulat Fikiran Maksud: Mengambil keputusan yang tetap. Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri.

120. Bulat Kata Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama.

121. Bunga Bangsa Maksud: Orang yang berjasa kepada negara.Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa.

122. Bunga Bibir Maksud: Kata-kata yang manis. Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya.

123. Bunga Dedap Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga.

124. Buru Hutang = Diburu Hutang Maksud: Terdesak kerana berhutang. Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi.

125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru.Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik buruknya.

126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat Maksud: Berusaha mencari pangkat.Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan.Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam puluhan.

128. Buruk Hati Maksud: Orang yang jahat.Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak saudaranya menumpang di rumahnya.

129. Buruk Laku Maksud: Kelakuan tidak senonoh. Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada masyarakat.

130. Buruk Makan Maksud: Pelahap. Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja.

131. Buruk Mulut Maksud: Percakapan yang kasar.Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut.

132. Buruk Perut Maksud: Kuat makan. Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit.

133. Buruk sangka Maksud: Menaruh curiga.Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik," kata Fairuz kepada Azri.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 41: True Nota Karanganpmr 2012

Page

41

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

134. Buruk Selera Maksud: Makan apa sahaja. Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang seimbang.

135. Buruk Siku Maksud: Meminta barang yang telah diberikan.Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya.

136. Busuk Budi Maksud: Perangai yang jahat. Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-maranya.

137. Busuk Hati Maksud: Orang yang berhati jahat. Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri.

138. Busung Dada Maksud: Sombong. Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi wakil rakyat di daerah itu.

139. Buta Ayam = Rabun Ayam Maksud: Mata yang rabun menjelang senja.Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam.

140. Buta Hati Maksud: Bersikap kejam. Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu.

141. Buta Huruf Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.

142. Buta Kayu Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis.

143. Buta Malam Maksud: Rabun pada waktu malam.Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada waktu malam kerana dia buta malam.

144. Buta Perut Maksud: Tidak bertimbang rasa. Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan nasib mereka yang malang.

145. Buta Warna Maksud: Tidak dapat membezakan warna.Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program "Memandu Kapal Terbang" ialah peserta tidak buta warna.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'C'1. Cabut Nyawa Maksud: Membunuh. Contoh Ayat: "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta Rashidah.

2. Cacing Gila Maksud: Meronta-ronta. Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila.

3. Cacing Kepanasan Maksud: Gelisah. Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis.

4. Cacing Naik Ke Mata Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata," kata Tuk Penghulu.

5. Cahaya Mata Maksud: Anak. Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.

6. Cakap Angin Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah. Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan.

7. Cakap Besar Maksud: Meninggi diri. Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.

8. Cakap Mulut Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian. Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut.

9. Cakap Tinggi Maksud: Meninggi diri.

10. Cakar Awan = Pencakar Awan Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi. Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.

11. Cakar Ayam Maksud: Tulisan yang buruk. Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.

12. Cakar Langit = Pencakar Langit Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.

13. Campur Cakap Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya," kata ayah.

14. Campur Mulut Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

15. Campur Tangan Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

16. Cangkul Angin Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan.

17. Cari Akal = Mencari Akal Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

18. Cari Bala Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.

19. Cari Fasal Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.

20. Cari Fikiran Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 42: True Nota Karanganpmr 2012

Page

42

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM 21. Cari Ikhtiar Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.

22. Cari jalan Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

23. Cari Makan Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

24. Cari Muka Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran. Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.25. Cari Nama = Mencari Nama Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

26. Cari Rezeki Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.

27. Cari Salah Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu.

28. Cari Seteru Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.

29. Cari Susah Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu Maksud: Sampai ke paras bahu. Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu.

31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi Maksud: Jejak ke bumi. Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi.

32. Cepat Lidah Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung.

33. Cepat Mulut Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya.

34. Cepat Tangan Maksud: Orang yang suka mencuri. Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.

35. Cerai Hidup Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.

36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih Maksud: Putus percintaan. Contoh Ayat: Akibat bercerai kasih dengan tunangannya, dia membawa diri ke ibu kota.

37. Cerai Mata = Bercerai Mata Maksud: Berpisah. Contoh Ayat: Sejak bercerai mata dengan ibunya, anak kecil itu sering menangis.

38. Cerai Mati = Bercerai MatiMaksud: Suami isteri yang bercerai kerana salah seorang daripadanya meninggal dunia.Contoh Ayat: Kalsom bercerai mati dengan suami pertamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

39. Cerai Susu = Bercerai Susu Maksud: Bayi yang telah berhenti menghisap susu.Contoh Ayat: Bayi itu telah diberikan makanan pejal sejak bercerai susu.

40. Cerita Burung Maksud: Berita yang tidak berasas.Contoh Ayat: Jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Si Husin kerana itu semua cerita burung belaka.

41. Cermin Bangkai = Bercermin Bangkai Maksud: Menanggung malu akibat sesuatu kejadian.Contoh Ayat: Lebih baik mati daripada hidup bercermin bangkai.

42. Cuci Mata Maksud a) Melihat pemandangan yang cantik. b) Melihat perempuan yang cantik-cantik.Contoh Ayat: a) Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya. b) Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya.

43. Cuci Perut Maksud: Membersihkan perut dengan julap dan lain-lain.Contoh Ayat: Doktor menyuruh saya cuci perut sebelum pembedahan dilakukan.

44. Cuci Tangan Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.Contoh Ayat: Dia cuci tangan setelah melanggar kambing kepunyaan Mutusamy.

45. Cucur Keringat Maksud: Bekerja keras. Contoh Ayat: Nasir terpaksa cucur keringat untuk mengisi perut anaknya yang lima orang itu.

46. Cucur Peluh Maksud: Bekerja keras.

47. Cupak Hanyut Maksud: Lenggang yang lembut. Contoh Ayat: Gaya berjalan Mak Long bagai cupak hanyut.

48. Curi Hati = Mencuri Hati Maksud: Memikat hati. Contoh Ayat: Tingkah laku Ayu yang lemah lembut telah mencuri hati Hasyim.

49. Curi Tulang Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia curi tulang dengan berbual-bual di serambi.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'D'1. Dabik Dada = Mendabik Dada Maksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.Contoh Ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya.

2. Dagang Piatu Maksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 43: True Nota Karanganpmr 2012

Page

43

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Contoh Ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia.

3. Daki Dunia Maksud: Harta dunia. Contoh Ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia.

4. Dakwat Tumpah Maksud: Rambut yang hitam lebat. Contoh Ayat: Rambut Rozita yang bagai dakwat tumpah itu sungguh cantik dipandang.

5. Dalam Kekeringan Maksud: Sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.Contoh Ayat: Saya dalam kekeringan bulan ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki kereta saya yang rosak.

6. Dalam Tangan Maksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki.Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.

7. Dapat Hati Maksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas. Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Jusoh sering kelihatan tersenyum sendirian.

8. Dapat Khabar = Mendapat Khabar Maksud: Menerima berita.Contoh Ayat: Pak Leman mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di United Kingdom.

9. Dapat Malu = Mendapat Malu Maksud: Menanggung malu. Contoh Ayat: Ah Hok mendapat malu apabila dia ditangkap kerana mengedar dadah.

10. Dapat Nama = Mendapat Nama Maksud: Menjadi terkenal.Contoh Ayat: Anisa mendapat nama setelah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen.

11. Dapat Terpijak Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.Contoh Ayat: Zainon dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000.

12. Darah Daru Setampuk Pinang Maksud: Masih muda.Contoh Ayat: Walaupun Sira seperti darah baru setampuk pinang dia berani berhadapan dengan musuh di perbatasan.

13. Darah Daging Maksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri. Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya.

14. Darah Gemuruh Maksud: Mudah gugup.Contoh Ayat: Swee King tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh.

15. Darah Manis Maksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.

16. Darah Panas Maksud: Cepat marah. Contoh Ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas.

17. Darah Putih Maksud: Keturunan bangsawan.Contoh Ayat: Kassim sebenarnya berdarah putih dan nama sebenarnya ialah Raja Kassim bin Raja Alauddin.

18. Datuk Nenek Maksud: Leluhur. Contoh Ayat: Petua datuk nenek tidak harus dilupakan.

19. Delima Merekah Maksud: Warna bibir yang cantik.Contoh Ayat: Bibirnya yang bagai delima merekah itu sentiasa mengukir senyuman.

20. Depan Hidung = Di Depan Hidung Maksud: Terlalu dekat.Contoh Ayat: Bakul besar yang di depan hidung pun dia tidak nampak, apalagi kalau disuruh mencari jarum.

21. Detak Hati Maksud: Perasaan, kata hati. Contoh Ayat: Detak hatinya mengatakan bahawa adiknya masih hidup.

22. Detik Jantung Maksud: Bunyi degup jantung.Contoh Ayat: Seakan terhenti detik jantung Ayu apabila mendengar berita kematian sahabat baiknya.

23. Diam Diri = Berdiam Diri Maksud: Tidak berkata-kata. Contoh Ayat: Dia hanya berdiam diri dalam mesyuarat itu.

24. Diam Penggali Maksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.Contoh Ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali.

25. Diam-Diam Lepu Maksud: Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.Contoh Ayat: Jangan percayakan Azhar itu kerana dia diam-diam lepu.

26. Diam-Diam Ubi Maksud: Orang yang diam tetapi pandai dan rajin.Contoh Ayat: Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.

27. Dingin Hati Maksud: Tidak riang. Contoh Ayat: Dila dingin hati di majlis hari jadinya kerana ayahnya telah tiada lagi.

28. Dingin Kepala Maksud: Berfikiran tenang dan waras. Contoh Ayat: Membuat sesuatu keputusan, biarlah ketika dingin kepala.

29. Dingin Tangan Maksud: Orang yang pekerjaannya selalu berjaya.Contoh Ayat: Puan Lim dingin tangan kerana sayur-sayuran yang ditanamnya menjadi belaka.

30. Duduk Perut Maksud: Hamil.

31. Duit Kopi Maksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah. Contoh Ayat: Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.

32. Durian Runtuh Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 44: True Nota Karanganpmr 2012

Page

44

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'E'1. Ekor Belangkas Maksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.Contoh Ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan.

2. Ekor Lipas Maksud: Rambut pada lubang tengkuk. Contoh Ayat: Anak remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.

3. Ekor Mata Maksud: Sudut mata. Contoh Ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam.

4. Ekor Pulau Maksud: Hujung pulau. Contoh Ayat: Tanah di bahagian ekor pulau itu sangat subur.

5. Elok Budi Maksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah.Contoh Ayat: Jalilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Puteh.

6. Emas Putih Maksud: Campuran emas berwarna putih.Contoh Ayat: Cincin perkahwinannya yang diperbuat daripada emas putih itu berharga beribu-ribu ringgit.

7. Emas Tempawan Maksud: Orang yang dikasihi. Contoh Ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.

8. Embun Betina Maksud: Titis embun yang kecil-kecil. Contoh Ayat: Embun betina yang turun mendinginkan lagi suasana malam itu.

9. Embun Jantan Maksud: Titis embun yang besar-besar.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'F'1. Faham Kiri = Berfahaman KiriMaksud: Berfikiran politik yang radikal. Contoh Ayat: Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.

2. Fajar Menyingsing Maksud: Awal pagi.Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Ledang sebelum fajar menyingsing.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'G'1.Gadai Bergolok = Bergadai Bergolok Maksud: Berbelanja sehingga berhabis.Contoh Ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya.

2. Gadai Nyawa = Bergadai Nyawa Maksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.Contoh Ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu.

3. Gadis Sunti Maksud: Anak perempuan yang belum baligh.Contoh Ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah.

4. Gaji Buta Maksud: Mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.

5. Gaji Pokok Maksud: Gaji tanpa bayaran yang lain. Contoh Ayat: Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan.

6. Gambaran Hidup Maksud: Teladan. Contoh Ayat: Kita patut menjadikan kejadian tanah runtuh itu sebagai gambaran hidup.

7. Ganti Tikar Maksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.Contoh Ayat: Arif rela ganti tikar daripada mengahwini perempuan lain tambahan pula anak-anaknya amat manja dengan adik iparnya itu.

8. Garam Hidup Maksud: Pengalaman. Contoh Ayat: Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi.

9. Gatal Mulut Maksud: Suka bercerita keburukan orang. Contoh Ayat: Tidak salah berbual-bual dengan jiran tetangga asalkan tidak gatal mulut.

10. Gatal Tangan Maksud: Suka membuat yang bukan-bukan.Contoh Ayat: Saya tidak mahu membawa Halizah ke rumah Mak Busu kerana dia suka gatal tangan sehingga habis bunga Mak Busu dirosakkan.

11. Gelap Buta Maksud: Sangat gelap.Contoh Ayat: "Salmah, jangan berjalan dalam gelap buta seorang diri, takut terjadi sesuatu yang tidak diingini," nasihat Pak Mat kepada anaknya.

12. Gelap Fikiran Maksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.Contoh Ayat: Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar.

13. Gelap Hati Maksud: Sukar memahami pelajaran.Contoh Ayat: Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus.

14. Gelap Mata Maksud: A) Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah. B) Pitam.Contoh Ayat: Jabu terjatuh sebaik saja kakinya mencecah di garisan penamat dalam perlumbaan 500 meter itu kerana gelap mata.

15. Gelap Pemandangan Maksud: Pitam.

16. Gelap Wang = Menggelapkan Wang Maksud: Menggunakan wang yang bukan hak.Contoh Ayat: Pekerja yang menggelapkan wang syarikat itu sekarang berada dalam tahanan polis.

17. Gelegar Buluh Maksud: Bercakap besar tetapi kosong.Contoh Ayat: Saya tidak berminat mendengar ceramahnya kerana cakapnya lebih berbunyi gelegar buluh daripada tindakan sebenarnya.

18. Geli Hati Maksud: Rasa lucu hendak tertawa.Contoh Ayat: Geli hati saya melihat telatah badut dalam persembahan sarkas itu.

19. Gelora Hati Maksud: Perasaan yang tidak tenang.Contoh Ayat: Dia tidak dapat menahan gelora hati untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Kashmir.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 45: True Nota Karanganpmr 2012

Page

45

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

20. Gelora Semangat Maksud: Perasaan berkobar-kobar.Contoh Ayat: Bergelora semangatnya untuk mempertahankan rekod dunianya di Sukan Olimpik kali ini.

21. Gencatan Senjata Maksud: Memberhentikan peperangan.Contoh Ayat: Kedua-dua belah pihak yang berjuang telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.

22. Gendang Paha = Bergendang Paha Maksud: Bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan.Contoh Ayat: Musuh politiknya bergendang paha apabila tersebar berita dia dijatuhi hukuman penjara.

23. Gerak Badan Maksud: Bersenam.Contoh Ayat: Setiap pagi pasukan kadet itu berkawad dan melakukan gerak badan di padang kem tentera tersebut.

24. Gerak Hati Maksud: Perasaan. Contoh Ayat: Gerak hatiku mengatakan aku akan berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.

25. Gerak Jalan Maksud: Latihan berjalan sebagai satu pasukan. Contoh Ayat: Rumah Biru mengadakan latihan gerak jalan pada setiap hari Sabtu.

26. Gerakan Gelap Maksud: Gerakan tidak sah yang dirahsiakan.Contoh Ayat: Pasukan polis yakin bahawa penyeludupan itu dilakukan oleh gerakan gelap yang bergiat di bahagian sempadan.

27. Gigi Air Maksud: Tepi air laut. Contoh Ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja.

28. Gigi Hutan Maksud: Tepi hutan. Contoh Ayat: Arsyad mencari kerbaunya yang hilang hingga ke gigi hutan.

29. Gila Angau Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain. Contoh Ayat: Jasiman gila angau kepada Jeha.

30. Gila Babi Maksud: Penyakit sawan babi. Contoh Ayat: Apabila penyakit gila babinya menyerang, kelam-kabut kami dibuatnya.

31. Gila Bayang Maksud: Cinta kepada seseorang yang tidak tahu dia dicintai.Contoh Ayat: "Beritahulah perasaan kamu kepadanya supaya kamu tidak dikatakan gila bayang," nasihat Zakir kepada Daud.

32. Gila Bayang-Bayang Maksud: Berhajatkan sesuatu yang mustahil. Contoh Ayat: Usah gila bayang-bayang, bersyukurlah pada apa yang telah diperoleh.

33. Gila Harta Maksud: Sentiasa mementingkan harta kekayaan. Contoh Ayat: Ibunya gila harta, pinangan orang miskin tidak akan diterima.

34. Gila Isim Maksud: Gila kerana tersalah menuntut ilmu batin. Contoh Ayat: Kasim gila isim sekembalinya daripada menuntut ilmu di Indonesia.

35. Gila Judi Maksud: Orang yang suka bermain judi. Contoh Ayat: Tabiat gila judi akan menyebabkan orang menjadi papa.

36. Gila Kuasa Maksud: Sangat ingin mendapat kuasa. Contoh Ayat: Temenggung yang gila kuasa itu sanggup memfitnah Raja Tengah.

37. Gila Pangkat Maksud: Sentiasa ingin mendapat pangkat.Contoh Ayat: Dia bekerja keras bukan kerana gila pangkat tetapi ingin meningkatkan prestasi cemerlang jabatannya.

38. Gila Perempuan Maksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.Contoh Ayat: Dia memang gila perempuan sampai lupa akan anak isteri di rumah.

39.Gila Talak Maksud: Teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai. Contoh Ayat: Pak Leh gila talak setelah bercerai dengan Mak Leha.

40. Gila Urat Maksud: Sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya.Contoh Ayat: Hamid gila urat akan Asma sehingga sanggup mengekori Asma ke mana sahaja dia pergi.

41. Gila-Gila Air Maksud: Kurang sihat ingatan (fikiran). Contoh Ayat: Dia gila-gila air kerana ingatannya kadang-kadang tidak menentu.

42. Gila-Gila Bahasa Maksud: Kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu).Contoh Ayat: Apabila dia mula gila-gila bahasa, orang sukar untuk mempercayai cakapnya.

43. Golok Kayu Maksud: Orang bodoh yang berlagak pandai.Contoh Ayat: Dia seperti golok kayu, kononnya dia tahu segala-galanya tentang perkembangan politik negara.

44. Gulung Tikar Maksud: Muflis.Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.

45. Gunting Hati = Menggunting Hati Maksud: Melukai perasaan.Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya.

46. Gunung Hati = Menggunung Hati Maksud: Tersangat ingin.Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami kecil lagi.

47. Gunung Payung Maksud: Orang kesayangan. Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek.

48. Gunung Runtuh Maksud: Bunyi bergemuruh.Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'H'1. Habis Akal Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 46: True Nota Karanganpmr 2012

Page

46

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM 2. Habis Bulan Maksud: Hujung bulan. Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.

3. Habis Jadi Abu Maksud: Musnah. Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

4. Habis Jodoh Maksud: Bercerai. Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.

5. Habis Modal Maksud: A) Tidak ada lagi modal yang tinggal. B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.Contoh Ayat: A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini. B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.

6. Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa Maksud: A) Mati. B) Menebus dengan nyawa.Contoh Ayat:A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya. B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.

7. Habis Perkara Maksud: Selesai. Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi.

8. Habis Tahun Maksud: Penghujung tahun.Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.

9. Halwa Mata Maksud: Persembahan yang mengasyikkan.Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.

10. Halwa Telinga Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.

11. Hampa Tangan Maksud: Tidak mendapat apa-apa. Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu.

12. Hancur Hati Maksud: Sangat sedih. Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu.

13. Hangat Hati Maksud: Sangat marah. Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.

14. Hangat-Hangat Kuku Maksud: Suam-suam. Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik.

15. Hangat-Hangat Tahi Ayam Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.

16. Hangus Hati Contoh Ayat: Maksud: Sangat marah.

17. Harga Diri Maksud: Maruah. Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.

18. Harga Mati Maksud: Harga tetap. Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati.

19. Harga Pokok Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal.

20. Hati Batu Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.

21. Hati Berlian = Berhati Berlian Maksud: Sangat baik hati.Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri.

22. Hati Kecil Maksud: Perasaan dalam batin. Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.

23. Hati Muda Maksud: Rasa muda dalam hati. Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda.

24. Hati Nurani Maksud: A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan .B) Perasaan hati yang murni.Contoh Ayat: A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur. B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.

25. Hati Tawajuh Maksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan. Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan.

26. Hati Terbuka Maksud: Ikhlas. Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.

27. Hati Tungau = Berhati Tungau Maksud: Penakut. Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.

28. Hati Waja Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.

29. Hentam Kromo Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja.

30. Hidung Belang Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya.

31. Hidung Tinggi Maksud: Orang yang sombong. Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.

32. Hidup Terbuang Maksud: Tersia-sia diri. Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 47: True Nota Karanganpmr 2012

Page

47

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

33. Hilang Akal Maksud: Gila. Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.

34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.

35. Hilang Harapan Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi.Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.

36. Hilang Ingatan Maksud: Gila.

37. Hilang Lenyap Maksud: Hilang tanpa berita. Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu.

38. Hilang Nyawa Maksud: Mati. Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu.

39.Hilang Semangat Maksud: Terkejut. Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.

40. Hilang-Hilang Timbul Maksud: Sekejap ada sekejap tiada.Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain.

41. Hilir Mudik Maksud: Berjalan ke sana ke mari.Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu.

42. Hina Budi Maksud: Berkelakuan buruk. Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak.

43. Hisap Darah Maksud: Memeras atau menindas orang.Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani lagi.

44. Hisap Jari Maksud: Kecewa.Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari.

45. Hujung Pangkal Maksud: Asal mula.Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew.

46. Hukum Alam Maksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hukum alam.

47. Hukum Allah Maksud: Takdir Tuhan. Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa.

48. Hutang Darah Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.

49. Hutang Lapuk Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar. Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.

50. Hutang Nyawa Maksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'I'1. Ibu Angkat Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.

2. Ibu Ayam Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur. Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

3. Ibu Kandung Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.

4. Ibu Keladi Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda .Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

5. Ibu Pertiwi Maksud: Tanah tempat kelahiran. Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.

6. Ikat Diri = Mengikat Diri Maksud: Terlalu berat.Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.

7. Ikat Hati = Mengikat Hati Maksud: Menawan. Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.

8. Ikat Janji = Mengikat Janji Maksud: Membuat perjanjian. Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.

9. Ikat Kata = Mengikat Kata Maksud: Menggubah kata.Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya.

10. Ikat Perut Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.

11. Intan Baiduri Maksud: Orang yang dikasihi.

12. Iri Hati Maksud: Dengki. Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

13. Isi Dada Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 48: True Nota Karanganpmr 2012

Page

48

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

14. Isi Hati Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

15. Isi Perut Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

16. Isi Rumah Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'J'1. Jadi Abu Arang Maksud: Barang yang telah rosak. Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.

2. Jadi Bapa Kuda Maksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu.

3. Jadi Bumi Langit Maksud: Orang yang sangat diharapkan.Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.

4. Jadi Fikiran = Menjadi Fikiran Maksud: Masalah yang harus difikirkan.Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri rumah.

5. Jadi Umang-Umang Maksud: Suka menggunakan hak orang lain.Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini.

6. Jaga Hati = Menjaga Hati Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati.Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing.

7. Jaga Mulut Maksud: Berhati-hati bila bercakap.Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan.

8. Jalan Belakang Maksud: Menggunakan cara yang tidak sah.Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.

9. Jalan Buntu Maksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian.Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.

10. Jalan Damai Maksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan.

11. Jalan Fikiran Maksud: Cara berfikir. Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini.

12. Jalan Kaki Maksud: Berjalan tanpa kenderaan. Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.

13. Jalan Tengah Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah dapat didamaikan.

14. Jarum Halus Maksud: Tipu muslihat.Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin.

15. Jatuh Air Muka Maksud: Menjadi malu. Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.

16. Jatuh BangunMaksud: Maju mundur. Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.

17. Jatuh Cinta Maksud: Menaruh cinta (kasih). Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

18. Jatuh Dari Langit Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

19. Jatuh Harga Diri Maksud: Jatuh maruah.Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.

20. Jatuh Hati Maksud: Menaruh cinta (kasih).

21. Jatuh Melarat Maksud: Menjadi miskin.Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami kerugian.

22. Jatuh Nama Maksud: Menanggung malu.

23. Jatuh Sakit Maksud: Mendapat sakit. Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan itu.

24. Jatuh Semangat Maksud: Hilang keberanian.Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh.

25. Jejak Bahu Maksud: Sampai ke paras bahu.

26. Jejak Bara Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar.

27. Jejak Keruh Maksud: Perbuatan yang kurang baik.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 49: True Nota Karanganpmr 2012

Page

49

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia suka berbuat jejak keruh.

28. Jejak Langkah Maksud: Mencontohi. Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang perajurit.

29. Jejak Orang Tua Maksud: Mengikut kelakuan orang tuanya.Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi pekerti dan suka menolong orang.

30. Jinak-Jinak Lalat Maksud: Persahabatan yang tidak mesra.Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami sekelas, kata Suzy.

31. Jinak-Jinak Merpati Maksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak.Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi.

32. Juling Air Maksud: Juling sedikit. Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri.33. Juling Itik Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'K'1. Kacang Hantu Maksud: Orang jahat.Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.

2. Kaki Arak Maksud: Orang yang suka minum arak.Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak.

3. Kaki Ayam = Berkaki Ayam Maksud: Tidak memakai kasut.Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.

4. Kaki Bangku Maksud: Tidak pandai bermain bola. Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.

5. Kaki Botol Maksud: Orang yang suka minum arak.

6. Kaki Buli Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.

7. Kaki Gaduh Maksud: Orang yang suka bergaduh. Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.

8. Kaki Gunung Maksud: Di bahagian permulaan gunung.Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak.

9. Kaki Hutan Maksud: Tepi hutan.

10. Kaki Judi Maksud: Orang yang suka bermain judi.Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi.

11. Kaki Langit Maksud: Langit di bahagian bawah. Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.

12. Kaki Lima Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah. Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti.

13. Kaki Perempuan Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.

14. Kaki Rambu Maksud: Orang yang suka merayau.Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.

15. Kaki Seribu Maksud: Cabut lari.

16. Kaki Umpat Maksud: Orang yang suka mengumpat orang.Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja.

17. Kaki Wayang Maksud: Orang yang suka menonton wayang.Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang ditayangkan di panggung itu.

18. Kaku Lidah Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam kes rasuah.

19. Kambing Hitam Maksud: Orang yang dipersalahkan .Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu.

20. Kampung Halaman Maksud: Kampung tempat dilahirkan.Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke kampung halamannya.

21. Kata DuaMaksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan.Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.

22. Kata Hati Maksud: Perasaan.

23. Kata Pujangga Maksud: Perkataan orang bijak pandai.Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 50: True Nota Karanganpmr 2012

Page

50

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM 24. Kata Putus Maksud: Ketentuan yang terakhir. Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-ahlinya bertelagah.

25. Kaya Anak Maksud: Banyak anak. Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia.

26. Kaya Hati Maksud: Pemurah. Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan derma.

27. Kaya Hutang Maksud: Orang yang banyak hutang. Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya yang gemar membeli baju berjenama.

28. Kecil Hati Maksud: Berasa tersinggung.

29. Kecut Hati Maksud: Takut. Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya.

30. Kelas Kambing Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya.Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton wayang.

31. Keliling Pinggang Maksud: Sangat banyak. Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja.

32. Ke Luar Negeri Maksud: Pergi ke negeri lain. Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.

33. Kembang Hati Maksud: Gembira. Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh.

34. Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap Maksud: Meluaskan usaha.Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi industri berat pula.

35. Kena Tangan Maksud: Dipukul.Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu.

36. Kepala Angin Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

37. Kepala Batu Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

38. Kepala Berat Maksud: Bodoh. Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana dia kepala berat.

39. Kepala Berita Maksud: Tajuk sesuatu berita.Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah menjadi kepala berita di hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini.

40. Kepala Dingin Maksud: Penyabar. Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang.

41. Kepala Dua Maksud: Orang yang tidak setia.Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat lawan.

42. Kepala Kain Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan. Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.

43. Kepala Udang Maksud: Bodoh.

44. Kera Sumbang Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.

45. Kerang Busuk Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab. Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.

46. Keras Hati Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

47. Keras kepala Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

48. Keras Lidah Maksud: Tidak pandai bercakap. Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana dia kurang mahir.

49. Keras Mulut Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang lain.

50. Kerat Rotan = Berkerat Rotan Maksud: Memutuskan perhubungan.Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.

51. Kering Darah Maksud: Terkejut.

52. Kering Hati Maksud: Tiada rasa belas kasihan.Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana dia seorang yang kering hati.

53. Keringat Dingin Maksud: Takut.

54. Kerja Tangan Maksud: Pertukangan tangan.Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu.

55. Ketam Batu Maksud: Sangat kedekut.Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.

56. Ketawa Raja Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.

57. Khabar Angin Maksud: Berita yang belum sah. Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 51: True Nota Karanganpmr 2012

Page

51

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

58. Khabar Burung Maksud: Berita yang belum sah.

59. Kucing Bertanduk Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan mengerjakannya.

60. Kucing Kurap Maksud: Orang yang tidak berguna.

61. Kuku Besi Maksud: Memerintah dengan kejam. Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan digulingkan oleh rakyat.

62. Kuku Kambing Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi. Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam padi.

63. Kunci Diri = Mengunci Diri Maksud: Mengurung diri. Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.

64. Kunci Hati Maksud: Rahsia. Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun.

65. Kunci Mulut Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut. Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang bersalah.

66. Kurang Adab Maksud: Tidak sopan. Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang adab namanya.

67. Kurang Adat Maksud: Tidak sopan.

68. Kurang Ajar Maksud: Tidak sopan.

69. Kurang Akal Maksud: Tidak pandai. Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa yang mudah kerana dia kurang akal.

70. Kurang Asam Maksud: Tidak sopan.

71. Kurang Bahasa Maksud: Tidak halus budi bahasanya.Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa yang kasar.

72. Kurang Fikir Maksud: Tidak berhati-hati. Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan membawa kerugian.

73. Kurang Hati Maksud: Tidak berminat. Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak rumit untuk melakukannya.

74. Kurang Iman Maksud: Mudah terpedaya.Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk mengedar dadah.

75. Kurang Ingat Maksud: Pelupa. Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa.

76. Kurang Jadi = Kurang Menjadi Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang menjadi tahun ini.

77. Kusut Fikiran Maksud: Susah hati. Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur.

78. Kutu Embun Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari. Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.

79. Kutu Jalan Maksud: Orang yang suka merayau.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'L'1. Langit Hijau Maksud: Sangat jauh. Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit hijau.

2. Langkah Baik Maksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik.Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran.

3. Langkah Bendul Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya.

4. Langkah Kanan Maksud: Bernasib baik; bertuah.Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah durian.

5. Langkah Kiri Maksud: Malang. Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan.

6. Langkah seribu Maksud: Cabut lari. Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu.

7. Langkah Sumbang Maksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya semasa bersilat tadi.

8. Lapang Dada Maksud: Perasaan lega.Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti.

9. Lapang Hati Maksud: Perasaan lega.

10. Lapik Perut Maksud: Makan Sedikit.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 52: True Nota Karanganpmr 2012

Page

52

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM 11. Lari Semangat Maksud: Terkejut.

12. Laut Lepas Maksud: Tengah laut. Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.

13. Lebai Malang Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.

14. Lembut Gigi Daripada Lidah Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah.

15. Lembut Hati Maksud: Penyayang. Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati.

16. Lena Ayam Maksud: Belum tidur betul. Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam.

17. Lepas Angan-Angan Maksud: Membuat sesuatu yang diingini.Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan untuk membeli kereta baru.

18. Lepas Diri Maksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal. Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang hal itu.

19. Lepas Tangan Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

20. Lidah Bercabang Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.

21. Lidah Biawak Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.

22. Lidah Keras Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan.

23. Lidah Panjang Maksud: Suka menghasut.Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-peranda.

24. Lidah Tak Bertulang Maksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang lidah tak bertulang.

25. Lintah Darat Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.

26. Lipas Kudung Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.

28. Lubuk Akal lautan ilmu Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak. Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika menghadapi sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal lautan ilmu.

29. Lubuk Hati Maksud: Dalam hati. Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama mereka.

30. Luka Hati Maksud: Pilu. Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai telah membohonginya.

31. Lupa Daratan Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan. Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.

32. Lurus Akal Maksud: Jujur. Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya.

KATA NAMAPerkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )  b) Kata Nama Khas  c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan  e) Kata bilangan Nama Betul  (Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.) Kata Nama Am 2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 53: True Nota Karanganpmr 2012

Page

53

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM atau umum. Manusia , orang ----- ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dllbinatang ----- ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dlltumbuh- tumbuhan ----- pokok, betik, rumput, lalang dllbenda ----- pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dlltempat ----- pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. 4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. 5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai - buaian  tua - ketua  raja - kerajaan  tahu - pengetahuan Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh:  Dia sedang menjinakkan seekor gajah.

Kata Nama Khas 1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. 3. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Wilson, Abang Wei, dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll 

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. manusia - Nurul , Mei Fong, Kah Cuan,Vincentbinatang - Tompok (kucing), Jalak (ayam),tempat - Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara)bangunan - Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat)judul buku - Keluarga (majalah),Rentong (novel),Kamus Dewan ( buku)benda - Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

Kata nama Terbitan Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : di awal kata ( awalan )  pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke- di akhir kata ( akhiran )  -ita, -man, -wati, -an, dan -wan di awal dan di akhir kata ( apitan ) per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an kata kerja peraga - peragawati latih - latihan bawa - pembawaan

lawan - perlawanankata sendi oleh – perolehan untuk - peruntukankata nama lombong – perlonbongan rumah – perumahan guru - perguruankata adjektif cantik – kecantikan besar – pembesar tinggi - ketinggian

KATA KERJAKata kerja terbahagi kepada :  A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )  B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) 

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 54: True Nota Karanganpmr 2012

Page

54

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM A. Kata Kerja Transitif 1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan “me-” sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. 4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio. mendengar ialah kata kerja transitif  radio ialah objek (kata nama) 

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: Contoh ayat : 1. Kucing itu menangkap seekor burung.  .  . Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. 2. perempuan itu menjual sayur. Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut. 3. Bapa sedang menulis surat. Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut. CONTOH(a) Pak Choon Wei menjala ikan.  (b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. (c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. (d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.  (e) Untuk memperbaiki mutu lakon,anda perlu selalu berlatih. (f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya. 

B. Kata Kerja Tak Transitif 1.Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut. 2. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. 3. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan.Contohnya :: (a) Mereka berjalan pada hari cuti.  (Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.)(b). Anjing itu sedang tidur.  ( Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. )(c) Hujan turun dengan lebatnya semalam.  ( Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.) 

Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan Wei Bing senyum semasa berjalan  Rou Xin menyanyi dengan kuat 

Hassan berjalan ke sekolah 

4.Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah “kan” atau “ I” di hujungnya. Contoh ayat: 1. Mereka menjalankan jentera itu.  2. Emak sedang menidurkan adik. 3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.  4. Halim mengikuti

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 55: True Nota Karanganpmr 2012

Page

55

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM perbualan mereka. 5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam. 

Kata Kerja Pasif 1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya. 2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga 

3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan. 4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau-. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan. 5. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

Kata Ganti Nama1.Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. 2.Perkataan Ganti nama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Ganti nama Diri, Ganti nama Umum, Ganti nama Pertanyaan, Ganti nama Petunjuk dan Ganti nama Sendi. 3.Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti diri terdiri daripada: (a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);  (b) kata ganti diri singkat; 

(c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan  (e) kata ganti tak tentu. 

Ganti nama Diri Kata Ganti Diri Pertama 1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak. 

aku (tunggal) -- digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhansaya (tunggal) -- digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmihamba (tunggal) -- digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulupatik (tunggal) -- digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultanbeta (tunggal) -- digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyatkami (jamak) -- digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang keduakita (jamak) -- digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Kata ganti nama Diri Kedua 1.Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. 2. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut : 

anda (tunggal) -- digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kitaawak (tunggal) -- digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kitaengkau (tunggal) -- digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 56: True Nota Karanganpmr 2012

Page

56

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM tuanku (tunggal) -- digunakan apabila bercakap dengan sultan dan rajakalian (jamak) -- digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakapkamu (tunggal dan jamak) -- digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua 1. Awak pekerja yang patuh  2. Kamu semua adalah murid yang baik  3. Guru mencari engkau. 4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.  5. Tunku akan bersiram sekejab lagi. 

Kata Ganti diri ketiga kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti : mereka, beliau, baginda. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk. baginda (tunggal) -- digunakan untuk raja dan sultanbeliau (tunggal) -- digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpindia dan ia (tunggal) -- digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakanmereka (jamak) -- digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga. 1. Dia pegawai pendidikan  2. Mereka itu orang India.  3. Beliau banyak membantu penduduk di situ. 4. Ia diburu oleh pihak polis.  5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.  6. Dia menolong bapanya. 7 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu. 8 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi. 9" tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya. 

Kata Ganti Tanya 1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan. 2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal. 3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.  Benda --- apakah Orang --- siapakah Tempat --- manakah Masa --- bilakah Bilangan --- berapakah Hal --- bagaimanakah kenapakah mengapakah

apa --- digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangansiapa --- digunakan untuk menanyakan orang atau nama orangmana --- digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

Contoh ayat 1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?  2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ? 3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?  4. Nama pokok itu apa ?  5. Pemuda kacak itu siapa ? 

Kata Ganti Tempat 1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat. 2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut: Benda, orang, Binatang ( ini, itu )Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur) sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh) SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 57: True Nota Karanganpmr 2012

Page

57

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM sini / situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh) Keadaan --- begini, begitu, demikiancontoh ayat 1. Ini langsat.  2. Itu kucing. 3. Pokok itu rendah sahaja.  4. Kereta Proton Wira ini cantik. 

Kata Ganti Umum / Tak Tentu 1. Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana.

Mana-mana, apa-apa ,siapa-siapa ……Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa. 2.Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. 

Kata Ganti Nama Penunjuk --- Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara. 1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk 2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai: (a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:  i. Ini komputer.  ii. Itu rumah Sally. (b) penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya:  i. Kotak ini berat.  ii. Saya belajar di sekolah itu. 

Kata Ganti tak tentu. 1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu 2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut: Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat contoh

apa-apa ----- digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu  1. Entah apa-apa yang dibawanya  2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya. 

Siapa-siapa--- digunakan untuk mewakili seseorang yang tidak tentu1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.

Mana-mana--- digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.  2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka. 

Kata Adjektif ( Kata Sifat )1.Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu 2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat. 3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.  Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.  

1. Adjektif Jati  --- Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.  Buku itu berwarna biru.  Budak kurus itu kawan saya. 

2. Ajdektif Bilangan atau pecahan --- Ia menunjukkan bilangan atau pecahan. Ayah memiliki dua buah kereta. Saya membeli beberapa kuntum bunga. 

3. Adjektif Tunjuk  --- Ia menunjukkan ‘bagaimana’ / ‘yang mana’ Baju ini mahal harganya.  Perkara demikian jangan diulangi lagi. 

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 58: True Nota Karanganpmr 2012

Page

58

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM 4. Adjektif pencerai / pengasingan --- Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.  Setiap pelajar mesti berdiplin.  Ambil barang masing-masing. 

4. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut: (a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;  (f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal; (b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;  (g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira; (c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;  (h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat; (d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;  (i) menerangkan sifat pancaindera seperti masin dan harum. (e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; 

B. Pangkat-pangkat Adjektif 1. Pangkat biasa --- ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.  Baju dia cantik.  Buah betik itu manis. 2. Pangkat perbandingan --- Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.  Tenaganya sekuat Badang.  Buah jambu itu semanis gula. 3. Pangkat menyangat --- Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.  Cuaca hari ini sangat mendung.  Buah rambutan ini terlalu masak. 4. Pangkat penghabisan --- Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan.  Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.  Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia. 

Kata Hubung1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. 2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: (a) kata hubung gabungan,  (b) kata hubung pancangan,  (c) kata hubung berpasangan. 3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut: 

Kata Hubung Gabungan / Pancangan Contoh Ayat Contoh agar --- Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.  apabila --- Mukanya pucat apabila disoal. atau --- Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.  dan --- Lee kar Cuan dan Tan Shi Jia berjiran. bahawa --- Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.  kecuali --- Semua murid hadir kecuali Gopal. hingga --- Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. Jika --- Saya berpayung jika hujan. Jikalau --- Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.  kerana --- Aini menangis kerana terlalu sedih. lalu --- Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.  sambil --- Zalifah bernyanyi sambil menari. manakala --- Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.  serta --- Hai Cuan serta abangnya menonton wayang. semenjak/sejak --- Saya berkawan dengannya semenjak kecil.  tetapi --- Badannya besar tetapi penakut. walaupun --- Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja Itu.supaya --- Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandaisungguhpun --- Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. sementara --- Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 59: True Nota Karanganpmr 2012

Page

59

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

Kata Hubung Berpasangan Contoh Ayat Contoh (Baik …mahupun) Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu. (Baik-…baik) Baik Kar Wei baik adiknya sama-sama pintar. (bukan sahaja …malah) Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. (entah …entah) Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. (Jangan …pun) Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada. (Kian … kian) Kian lama kian banyak orang yang ke sana. (Sama ada … ataupun) Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah. (sedangkan...inikan pula) Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut. (semakin...semakin) Encik Lim semakin kaya semakin pemurah. (sungguhpun...tetapi) Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. (walaupun...namun) Walaupun cacat namun Abang Wei rajin berusaha. 

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar Dan hingga lalu ketika  atau demi agar Dengan yang tetapi jika  supaya  demikianKerana serta kalau kemudian  walhal walau

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan. semasa sementara seharusnya andaikata 

bagaimanapunsemoga seketika sebaliknya sedangkan  padahal setelah sesungguhnya walaupun itupun sewaktu seandainya meskipun sekalipun mudah mudahan moga-moga jikalau  contoh ayat 1. menggabungkan dua ayat (Vincent dan Wilson pergi ke Pulau Pangkor.) 2. Menggabungkan dua rangkai kata  (Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.) 3. Menggabungkan ayat-ayat  (Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.)

kata Seru1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. 2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. 3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. 4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut. Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh aduh untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum  1. Aduh, sakitnya tanganku! 2. Aduh, besarnya rumahmu! aduhai untuk menyatakan perasaan sedih. 1.Aduhai, malang sungguh nasibku! ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu  1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah! 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum 1. Amboi, mahal betul kereta itu! 2. Wah, berani betul budak itu! cis/cih untuk menyatakan perasaan marah dan benci 1. Cis, berani dia menentangku! 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! eh untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut 1. Eh, kamu sudah sampai! 2. Eh, tadi dia ads di sini! hai untuk menegur seseorang atau menarik perhatian 1. Hai, diamlah sikit! 2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu! SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 60: True Nota Karanganpmr 2012

Page

60

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM wahai menyatakan perasaan sayang atau merayu (nasihat) 1.Wahai adik ku sayang ! syabas gembira, puas, memuji atau ucap tahniah 1.Syabas, awak berjaya juga akhirnya ! alamak terkejut 1.Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ! oh terkejut hairan, gembira atau mengharap 1.Oh, itu rupanya rumah kamu !

Contoh lain kata seru dan ayat Kata Seru maksud Contoh ayat  nah Nah, terimalah habuanmu ! Amboi, tingginya bangunan KLCC ini ! Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !  Ceh, usah membantah kata-kataku ini ! wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini !  Aduh, sakitnya tanganku ini ! Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !  eh hairan Eh, bila ia terjadi ! Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !  Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku ! 

Kata tanya1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. 2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. 3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel “kah” apabila digunakan di awal ayat tanya. 4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat 5. Partikel “kah” tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. contoh  a. Apakah benda itu ?  b. Buku siapakah ini ? kenapa Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ?  bila Bilakah awak akan memulangkan buku saya ? siapa Engkau ini siapa ?  mengapa Mengapakah baju awak ini basah ? apa Apakah nama binatang itu ?  bagaimana Bagaimanakah rupa hantu ? berapa Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ?  mana Nelayan itu dari mana ?

Kata PerintahKata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel �lah di belakangnya. contoh  1.Jangan Sila tolong Harap  2.usah jemput Minta  3. Jangan tolak meja itu ke situ.  4. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.  5. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

Kata BantuKata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan. Contoh Akan Belum Masih Boleh Dapat Telah Sudah Harus Mesti  Hendak contoh ayat1. Kereta api dari utara telah sampai.  2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara. 3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.  4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera. 5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

Kata Penguat 1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh  Paling Agak Sungguh Amat  Terlalu Nian Benar SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 61: True Nota Karanganpmr 2012

Page

61

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM Paling 

3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif. (Kp hadapan)4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif. (kp belakang)5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif. (Kp bebas)Contoh  1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.  2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.  3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk.  4. Kereta api itu sangat laju.  5. Kereta itu laju sangat. 

Kata Penegas Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat. Contoh -kah -lah -tah jua  Juga Sahaja Hanya Memang  Lagi pun 

Contoh 1. Itulah rumah saya.  2. Pernahkah awak makan sup daging arnab. 3. Apatah dayaku untuk menolongnya.  4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya. 5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran.  6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu. 

Kata Nafi 1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan. 2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak. 3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.  b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya. 4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. Contoh a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.  b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat. 5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara. Contoh a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.  b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja. 

Kata Pemeri 1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket. 2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. 3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama. 4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.  b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu. c) Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 62: True Nota Karanganpmr 2012

Page

62

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

1.The type of questions commonly asked in Paper 2 are: Labelling questions Classification Questions based on experiments Chemical tests Calculation Principles of science Drawing Structured questions General questions

2. The last question in Paper 2 is usually question number 8, which carries 12 marks. This question will be based on an experiment where you have to write down:

Readings [Make sure the unit of measurement you use is correct] Variables : Constant variable [This is the fixed variable]

Manipulated variable [This is the factor that is changed in the experiment to get the specific result. ie: Length of wire (cm)] Responding variable [This comes from the readings or the results of the experiment. ie: Ammeter reading]

3.Aim of experiment Example: To study/investigate the relationship between the manipulated and the responding variable.

4. Hypothesis This shows the relationship between the manipulated and the responding variable. Writing format: “When the manipulated variable increases/decreases, the responding variable will increase/decrease.”

5.Observation What can be observed or what you can see. Plot a line or bar chart

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 63: True Nota Karanganpmr 2012

Page

63

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

6.Prediction This will be based on your graph, where you have to predict a reading for the responding variable when given a value for the manipulated variable. Example of a question: From the graph, find out the value of T when the mass is 10g.

7.Inference This is the early conclusion based on your observations. Example: The change in the responding variable depends on the manipulated variable.

8.ConclusionThis is the same as the hypothesis. Note: It is very important to get your manipulated variable and the responding variable correct

Example :...Question 8:A group of students carried out an experiment, using a spring and a set of slotted weights as shown in the diagram below, to investigate the relationship between the length of the spring and the weight

State the variables that are involved in the experiment Manipulated variable => Number of slotted weights.Common error: Students only write “weights”. You must write out the answer in full.

Responding variable => The answer should be the variable that when changed will affect the reading. Tutor’s comment: Look at the table 1, the first column is the manipulated variable and the second column is the responding variable.

What is the aim of this experiment?Answer: To investigate the relationship between the number of slotted weights and the extension of the spring. Tutor’s comment: It is to investigate the relationship between the manipulated variable and the responding variable.

What is the inference that you can make based on this experiment?Answer: The extension of the spring increase because the number of slotted weights increase.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Number of slotted weights Extension of spring / cm1 102 203 304 405 50

Page 64: True Nota Karanganpmr 2012

Page

64

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

What is the relationship between the force applied to the spring and the extension of the spring?Answer: When the force applied to the spring increases, the extension of the spring increases. Based on the data, draw a graph to show the relationship between the length of the spring and the number of slotted weights.

Tutor’s comment: Use a pencil when drawing the graph. If the question did not specify which type of graph to draw, draw a line graph.

Predict the length of the spring if 6 slotted weights are used.Answer: 60cm Tutor’s comment: Draw the corresponding lines on your graph and get the reading from the graph.

What conclusion can be drawn from the experiment?Answer: When the number of slotted weights increases, the extension of the spring also increases. Tutor’s comment: The conclusion will be the same as your hypothesis, that is “When the manipulated variable increase/decreases, the responding variable will increase/decrease.”

MATHEMATICSIF YOU DO SOMETHING MORE THAN 100 TIMES, YOU PRETTY GOOD AT IT.

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068

Page 65: True Nota Karanganpmr 2012

Page

65

C.K.OOI TUITION CENTRE PMR / BM

SRI PINANG/ SRI WANGSA 016 - 492 8068