abstrak-rabiaton 7303191452749(2011)

7
HBEF2503 KAJIAN DAN PENYELIDIKAN_720319145274002_RABIATON KANDUNGAN Muka Surat TAJUK i PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv KANDUNGAN SENARAI LAMPIRAN BAB SATU : PENDAHULUAN 1.1 Pengenaan 1 1.! Latar"eakang Ka#ian $ 1.$ Pern%ataan &a'aa( ) 1.) S*aanKa#ian + 1., -"#ekti Ka#ian / 1.0 Bata'an Ka#ian 11 1. De ini'i 2ra'a 3anI'tia( 1$ 1.+ Ke4entingan Ka#ian 1) 1./ Kerangka Ka#ian 10 1.15 Ru&u'an 1 BAB DUA : KAJIAN LITERATUR !.1 Pengenaan 1+ !.! Literatur Berkaitan !1 !.$. Tin#auan Per&a'aa(an !+ !.). Ru&u'an !/ BAB TIGA : MET-D-L-GI KAJIAN $.1 Pen3a(uuan 1, $.! Reka Bentuk Ka#ian 1, $.$ P*4ua'i 3an Sa&4eKa#ian 10 $.) Aat Ka#ian 10 $.,. Tata6ara Pengu&4uan Data 1 $.0. Tata6ara Penganai'an Data 1/ $. . Ru&u'an !5 BAB EMPAT : ANALISA DATA ).1 Pr* i Re'4*n3en ).! Da4atan ka#ian

Upload: reduan-md-isa

Post on 07-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

HBEF2503 KAJIAN DAN PENYELIDIKAN_720319145274002_RABIATON

KANDUNGANMuka SuratTAJUKiPENGHARGAANiiiABSTRAKivKANDUNGANSENARAI LAMPIRAN

BAB SATU : PENDAHULUAN1.1 Pengenalan11.2 Latarbelakang Kajian31.3 Pernyataan masalah41.4 Soalan Kajian81.5 Objektif Kajian91.6 Batasan Kajian111.7 Definisi Frasa dan Istilah131.8 Kepentingan Kajian141.9 Kerangka Kajian161.10 Rumusan17BAB DUA : KAJIAN LITERATUR2.1 Pengenalan182.2Literatur Berkaitan212.3.Tinjauan Permasalahan 282.4.Rumusan29BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN3.1 Pendahuluan153.2Reka Bentuk Kajian153.3Populasi dan Sampel Kajian163.4Alat Kajian163.5.Tatacara Pengumpulan Data173.6.Tatacara Penganalisan Data193.7.Rumusan20

BAB EMPAT : ANALISA DATA4.1Profil Responden 4.2Dapatan kajian

BAB LIMA : RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN5.1Rumusan Hasil Kajian5.2Perbincangan Dapatan Kajian5.3Implikasi Dapatan Kajian5.4Cadangan Kajian Lanjutan

Rujukan

Tesis ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian dari syarat memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Kepujian)Peningkatan Kemahiran Pembinaan Ulasan di Kalangan Murid Tahun 4 dengan Menggunakan Teknik Permainan Padanan Kad Perkataan.

Oleh:Rabiaton Adawiyah bt hj Md. Noh

NOMBOR MATRIK: 730319145274002

Fakulti Pendidikan Dan Bahasa

Universiti Terbuka Malaysia (OUM)Semester: September 2011.

iPENGAKUANSaya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tarikh: 26 November 2011 (Pn. Rabiaton Adawiyah Bt Hj Md.Noh)

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin-NYA dapat saya menyiapkan cadangan Kajian Penyelidikan, Projek Kajian Permainan padanan perkataan yang bertujuan untuk peningkatan kemahiran penulisan ulasan dan nilai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan terhasilnya kajian ini diharap dapat membantu para guru yang mengajar di tahun 4, 5 dan 6 sekolah kebangsaan agar dapat meningkatkan keupayaan diri setiap murid agar berkebolehan meningkatkan kemahiran menulis ulasan dan nilai.

Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing Encik Noor Azam Abdul Rahman. Tidak ketinggalan juga kepada suami tercinta yang juga rakan seperjuangan yang sama-sama mencambahkan idea bagi menterjemahkan kajian ini. Terima kasih kepada tuan Guru Besar serta rakan-rakan di sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang yang banyak membantu dari segi logistik dan juga pendapat profesional untuk menyiapkan cadangan Kajian Penyelidikan ini.

Semoga dengan terhasilnya kajian ini maka dapatlah ia dijadikan panduan kepada semua warga pendidik terutama yang mengajar murid tahau 2 supaya pengajaran dan pembelajaran akan terus gemilang.

Pn. Rabiaton Adawiyah Bt Hj Md. NohiiiPeningkatan Kemahiran Pembinaan Ulasan di Kalangan Murid Tahun 4 dengan Menggunakan Teknik Permainan Padanan Kad Perkataan.

OlehRabiaton Adawiyah bt Md NohHBEF 2503 (KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)Program Sarjana Muda Pengajaran (SMP)

Abstrak

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang, Selangor dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis ulasan dengan teknik permainan padanan kad perkataan, seterusnya meningkatkan pencapaian murid-murid dalam menjawab kertas peperiksaan dan ujian Bahasa Melayu, Kertas 2, Bahagian C khususnya kemahiran pembinaan ulasan. Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 4 yang merupakan peringkat awal dalam tahap 2 melalui ujian dan peperiksaan yang menghendaki mereka membina ulasan atau rumusan berkaitan nilai dan pengajaran yang terdapat di dalam sesuatu teks petikan yang diberikan. Berdasarkan tinjauan awal melalui pemeriksaan buku latihan penulisan, temubual dan ujian pertama yang diadakan di sekolah menyaksikan kelemahan murid untuk menjawab soalan wajib di bahagian tersebut. Hasil tinjauan menyaksikan peratusan yang rendah ke atas murid-murid yang dapat membina ulasan yang dikehendaki. Kelemahan yang paling ketara ialah murid lemah mengesan nilai murni yang terdapat di dalam petikan. Justeru hal itulah yang mengakibatkan murid gagal menulis ulasan mengenai lima nilai murni atau pengajaran yang dikehendaki daripada petikan secara tepat dan bernas. Dalam kajian ini, aktiviti yang dirancang antaranya bertujuan memberikan pendedahan dan penguasaan murid terhadap sejumlah senarai nilai murni melalui teknik permainan bahasa yang dinamakan permainan padanan kad perkataan. Pengetahuan yang jitu terhadap aspek nilai murni dikira adalah amat perlu sebelum penguasaan kemahiran membina sesuatu ulasan. Nilai merupakan kehargaan (values) atau ideal yang juga penting bagi seseorang individu. Nilai seperti juga sikap diperolehi melalui pembelajaran dan bukannya lahir secara semulajadi. Oleh itu ianya dapat dilihat secara tersendiri dan dirumuskan daripada pernyataan dan tingkahlaku seseorang. Teknik permainan digunakan agar murid dapat menghubungkaitkan pengalaman yang diperoleh secara lebih berkesan untuk digunakan secara lanjutan sebagai persediaan sedia ada untuk menghadapi aktiviti membina ulasan nilai yang turut diklasifikasikan sebagai karangan jenis ulasan dalam kumpulan karangan berbentuk naratif. Permainan padanan perkataan ini juga dilakukan sebagai langkah awal sekitar 10 hingga 15 minit menjurus kepada aktiviti pembinaan nilai yang seterusnya. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid dapat mengesan dan membantu mereka meningkatkan kemahiran membina ulasan. Oleh yang demikian, teknik permainan bahasa dipercayai sebagai satu cara yang memberi peluang kepada pelajar memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.

v