abstrak...pembentangan perisian microsoft powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. pelajar juga...

14
332 Memanfaatkan Teknologi, Meningkatkan Pembelajaran 26 Penggunaan Google Classroom Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek Dian Syahidah Abdul Aziz [email protected] Siti Zainab Zainal [email protected] Sekolah Menengah Yusof Ishak Abstrak Sebagai pendidik, kita menggunakan pelbagai kaedah dan media untuk menarik perhatian pelajar dalam mengenali budaya kita supaya budaya kita kekal relevan, menarik dan tidak membosankan. Kertas kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana Google Classroom serta aplikasi seperti Google Drive, Docs, Slides, Forms serta aplikasi penyunting video, digunakan untuk menyokong pembelajaran berasaskan Projek (PBL) pelajar. Kajian ini menggalakkan pembelajaran secara kendiri dan kolaboratif dalam kalangan pelajar dengan melakukan kajian, wawancara dan merentas cipta kajian mereka dalam bentuk infografik dan juga video. Berdasarkan dapatan kajian, pelajar bukan hanya berupaya mengenali budaya masyarakat Melayu malah mampu melakarkan pemahaman sendiri serta mengasah kemahiran bertutur mereka melalui kaedah yang kreatif. Kata Kunci: Google Classroom, pembelajaran berasaskan projek - PBL, pembelajaran kolaboratif, kemahiran bertutur

Upload: others

Post on 20-Jan-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

332

Memanfaatkan Teknologi, Meningkatkan Pembelajaran

26Penggunaan Google Classroom Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek

Dian Syahidah Abdul [email protected]

Siti Zainab [email protected]

Sekolah Menengah Yusof Ishak

Abstrak

Sebagai pendidik, kita menggunakan pelbagai kaedah dan media untuk menarik perhatian pelajar dalam mengenali budaya kita supaya budaya kita kekal relevan, menarik dan tidak membosankan. Kertas kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana Google Classroom serta aplikasi seperti Google Drive, Docs, Slides, Forms serta aplikasi penyunting video, digunakan untuk menyokong pembelajaran berasaskan Projek (PBL) pelajar. Kajian ini menggalakkan pembelajaran secara kendiri dan kolaboratif dalam kalangan pelajar dengan melakukan kajian, wawancara dan merentas cipta kajian mereka dalam bentuk infografik dan juga video. Berdasarkan dapatan kajian, pelajar bukan hanya berupaya mengenali budaya masyarakat Melayu malah mampu melakarkan pemahaman sendiri serta mengasah kemahiran bertutur mereka melalui kaedah yang kreatif.

Kata Kunci: Google Classroom, pembelajaran berasaskan projek - PBL, pembelajaran kolaboratif, kemahiran bertutur

Page 2: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

333

Seminar Bahasa Melayu 2020

PENGENALAN

Seiring dengan kemajuan teknologi pada masa ini, dunia pendidikan tidak terkecuali menerima perubahan terhadap sistem pengajaran, terutamanya dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Google merupakan alat Web 2.0 yang popular dalam kalangan para pengguna masa kini. Google menawarkan banyak kemudahan dan juga aplikasi yang menarik. Google Classroom merupakan sesuatu alat yang diperkenalkan dalam Google Apps for Education pada tahun 2014. Menurut Islamy (2019), Google Classroom merupakan aplikasi lebih maju dan menepati ciri pembelajaran abad ke-21. Ia memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk mencipta ruang kelas secara maya, memudahkan urusan menghantar tugasan serta melaksanakan penilaian tugasan yang dikumpulkan oleh sistem secara teratur dan juga bersistematik.

Sekolah Menengah Yusof Ishak (YISS) memanfaatkan ICT bagi mendukung kurikulum pelajar dengan memperdalam penguasaan mata pelajaran dan membangun kemahiran abad ke-21 dalam diri setiap pelajar. Pelajar YISS telah didedahkan dengan sistem 1.1 computing yang berlandaskan sistem pengurusan pembelajaran (learning management system) Google Classroom serta didedahkan kepada penggunaan aplikasi Google untuk kebanyakan tugasan bagi menyokong PdP. Guru-guru memanfaatkan Google Classroom bagi mengusahakan pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning-PBL) secara berkumpulan.

PBL di sekolah YISS dijalankan dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar menerapkan beberapa kemahiran dari segi kognitif dan efektif serta membentuk para pelajar agar lebih berdikari. Apabila pelajar bekerja dalam kumpulan secara kolaboratif, mereka mempelajari dinamik kumpulan serta memupuk beberapa kemahiran sosial serta kemahiran berkomunikasi yang dapat membantu mereka pada masa hadapan. PBL memberi pelajar peluang untuk meneroka, mengkaji dan mengaplikasikan pengetahuan sedia ada serta pengetahuan baharu dengan dukungan kemahiran teknologi yang diperoleh para pelajar.

Page 3: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

334

Memanfaatkan Teknologi, Meningkatkan Pembelajaran

PERNYATAAN MASALAH 

Setiap tahun, projek Bahasa Ibunda merupakan salah satu cara penilaian formatif yang kami berikan kepada pelajar sebagai sebahagian daripada penilaian penggal 3. Projek ini memberi peluang kepada para pelajar menggunakan kemahiran-kemahiran berbeza dalam PBL dan kemudiannya, menghasilkan produk-produk yang berbeza. Namun, para guru seringkali mendapati bahawa para pelajar mempunyai cabaran berjumpa di luar bilik darjah atas sebab-sebab komitmen aktiviti ko-kurrikular, komitmen keluarga ataupun aktiviti darmawasita ke luar negara bersama sekolah sewaktu cuti sekolah bulan Jun. Ini menghambat proses PBL mereka. Akibatnya, para guru terpaksa menggunakan waktu kurikulum selepas waktu cuti sekolah, yakni pada penggal 3 untuk memberikan waktu kepada pelajar melengkapkan projek mereka. Masalah pembahagian tugas juga kadangkala tidak begitu seimbang antara anggota-anggota kumpulan. Para pelajar adakalanya terpaksa membantu menyelesaikan tugas-tugas yang pada awalnya telah dibahagikan secara sama rata kerana mahu memastikan projek mereka sempurna untuk dihantarkan kepada guru dan kemudiannya di dalam kelas. Selain itu, para pelajar juga kadangkala terlupa akan tarikh-tarikh penting berkenaan dengan penghantaran projek dan perlu diingatkan melalui pesanan Whatsapp.

Oleh itu, guru memanfaatkan Google Classroom serta teknologi awan yang lazim digunakan para pelajar di sekolah untuk menyokong pelaksanaan projek pelajar. Kertas kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana Google Classroom serta aplikasi seperti Google Drive, Docs, Slides, Forms serta aplikasi mudah alih seperti aplikasi penyunting video, dapat digunakan untuk menyokong PBL pelajar, dan akhirnya, mengukuhkan lagi kemahiran bertutur pelajar. Data kajian juga dikumpulkan melalui soalan selidik praujian dan pascaujian, borang maklum balas pelajar dan penilaian guru terhadap hasil kerja kumpulan pada akhir jangka masa projek mereka. Para pengkaji dapat merumuskan bahawa aplikasi berteraskan teknologi awan serta sistem pembelajaran Google Classroom memudahkan proses PBL pelajar lantas, memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengukuhkan kemahiran-kemahiran seperti, kolaborasi, komunikasi, pembentangan serta pembelajaran secara berdikari.

Page 4: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

335

Seminar Bahasa Melayu 2020

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meneliti:

1. keberkesanan sistem pembelajaran Google Classroom dan teknologi awan (Google Drive, Slides dan Forms) dalam menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif di kalangan pelajar; dan

2. sejauh mana alat ICT memudahkan proses pembelajaran berasaskan projek (PBL) secara kumpulan dalam kalangan pelajar.

KAJIAN LEPAS

Google Classroom mula dilancarkan pada tahun 2014. Lantaran itu, kajian terhadap keberkesanan Google Classroom sangat terhad. Shaharanee, Jamil & Rodzi (2016) mengkaji aktiviti serta proses pembelajaran aktif dalam Google Classroom serta memantau keberkesanan aktiviti yang dimuatnaikkan di dalam platform tersebut. Hasil kajian terhadap 100 pelajar menunjukkan prestasi daya saing Google Classroom adalah jauh lebih baik dalam bidang komunikasi, interaksi pelajar, pemahaman yang berguna, kemudahan penggunaan dan kepuasan pelajar secara keseluruhan.

Azhar (2018) telah melakukan kajian mengenai keberkesanan Google Classroom melalui persepsi guru lalu mendapati bahawa, ia dapat digunakan secara berkesan dalam memuatnaikkan tugasan, menguruskan kelas serta berkomunikasi bersama para pelajar. Ia juga dapat mengukuhkan interaksi serta komunikasi antara guru dan pelajar namun, masih ada yang menghadapi masalah kerana belum terbiasa dengan beberapa ciri di dalam Google Classroom.

Espinosa, Estira & Ventayen (2017) juga menjalankan kajian untuk menilai Google Classroom sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan mendapati bahawa pembelajaran kolaboratif melalui tugasan yang diberikan merupakan satu alat efektif dalam meningkatkan pelibatan para pelajar.

Terdapat juga kertas kajian yang telah dilakarkan mengenai teknologi

Page 5: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

336

Memanfaatkan Teknologi, Meningkatkan Pembelajaran

awan dan bagaimana pelajar dapat memanfaatkannya dalam pembelajaran mereka. Rahmi Rizkiana Putri (2018) juga menyatakan tentang kemudahan teknologi awan dalam memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengakses, menyusun dan mengubah data serta membentuk pengajaran yang memperluaskan kolaborasi di antara pelajar.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini tertumpu pada analisis data melalui pemerhatian guru, serta menerusi borang praujian dan pascaujian semasa pelaksanaan projek Bahasa Melayu mereka. Perbandingan markah lisan juga akan dianalisis dan dihuraikan untuk menguji kemahiran bertutur pelajar.

Subjek Kajian

Kajian ini melibatkan 30 pelajar lelaki dan perempuan, dalam aliran Ekspres. 16 daripada mereka merupakan pelajar Menengah 2 manakala 14 pula peringkat Menengah 3. Pelajar-pelajar ini telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang berlainan. Setiap kumpulan mengandungi 3 atau 4 ahli anggota.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah seperti berikut:

1. Praujian dalam bentuk borang soal selidik yang dihasilkan menggunakan Google Forms untuk meneliti tahap pemahaman dan pendedahan pelajar terhadap tema yang akan mereka meneroka dan mengkaji bagi tugasan projek berkumpulan ini. Bagi tujuan kajian ini, tema projek kami adalah mengkaji dan menyelidik perbezaan majlis perkahwinan masyarakat Melayu dahulu dan sekarang.

2. Pascaujian berbentuk borang refleksi di akhir projek yang dihasilkan menggunakan Google Forms. Borang ini juga merupakan penilaian mereka terhadap hasil kerja mereka, tahap keseronokan serta keselesaan menggunakan aplikasi Google dan juga menilai sama

Page 6: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

337

Seminar Bahasa Melayu 2020

ada projek ini membantu mengasah kemahiran bertutur pelajar atau tidak. Borang penilaian rakan untuk projek kumpulan juga diberikan untuk mendapatkan maklum balas pelajar mengenai proses melakukan projek bersama dan juga mendapatkan maklumat tambahan mengenai pembahagian tugas di antara ahli anggota.

3. Borang penilaian guru yang dihasilkan menggunakan Google Sheets untuk merakamkan penilaian kuantitif terhadap setiap hasil kerja pelajar. Pelajar dinilai dari segi produk serta cara penyampaian.

4. Perbandingan markah kemahiran bertutur pelajar SA1 dan SA2.

Prosedur Kajian

Kajian ini telah dijalankan selama 6 minggu sebagai tugasan projek berkumpulan. Para pelajar dibahagikan kepada 3 atau 4 orang pelajar dalam setiap kumpulan. Saiz setiap kumpulan dibahagikan sebegitu supaya setiap ahli kumpulan memikul peranan dan tanggungjawab yang lebih seimbang antara satu sama lain. Kumpulan-kumpulan mereka juga merupakan kumpulan yang sama semasa PdP di dalam kelas atas sebab-sebab keserasian dan juga hubungan yang erat antara satu sama lain.

Jadual 1: Proses Pelaksanaan Menggunakan Aplikasi Google

1. Google Classroom

Sistem pengurusan pembelajaran dalam talian yang lengkap dengan keupayaan untuk guru menyiarkan pengumuman dan memberikan tugasan. Guru dapat menggunakan alat seperti Google Drive dan Google Calendar untuk tugasan pelajar. Folder juga dibuat dengan serta-merta untuk setiap tugasan yang diberikan kepada pelajar.

2. Google Calendar

Membantu para pelajar melihat jangka masa projek serta memantau proses penghasilan projek. Dapat diakses terus daripada Google Classroom dan dapat dikongsi bersama ibu bapa pelajar juga.

Page 7: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

338

Memanfaatkan Teknologi, Meningkatkan Pembelajaran

3. Google Drive Pusat simpanan yang membantu para pengguna menyimpan data-data di dalam teknologi awan dan membolehkan sinkronisasi fail antara peranti yang berbeza.

4. Google Docs Serupa dengan perisian Microsft Word dengan fungsi autosave, pelajar dapat menghasilkan dan menyimpan dokumen dan dapat dikongsi dengan rakan-rakan sekumpulan serta guru. Klip video dan skrip serta infografik dikongsi dengan guru supaya dapat dipantau

5. Google Slide Pelajar dapat menghasilkan dan menyimpan dokumen pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan.

6. Google Forms

Khidmat bagi pengguna menghasilkan borang soal selidik dan mengumpul data serta mendapatkan respons

Jadual 2: Langkah-langkah Projek PBL 

Minggu 1 (T2W9)

Aktiviti projek secara berkumpulan dimulakan dengan taklimat guru yang menyentuh tentang penilaian formatif dalam penggal ketiga. Guru menggariskan tema serta objektif projek. Jangkaan hasil kerja pelajar dinyatakan secara eksplisit serta diikuti dengan penegasan mengenai kerjasama antara ahli kumpulan dalam pelaksanaan projek tersebut. Guru juga memberikan maklumat terperinci mengenai aspek-aspek yang boleh dikaji dan juga rubrik bagi penilaian projek mereka. Ini dilakukan supaya para pelajar lebih terarah dan melakukan projek mereka dengan lebih terpandu. Pelajar perlu mengkaji tema projek – ‘Perbezaan Majlis Perkahwinan Dahulu dan Sekarang’. Setelah menjalankan kajian mereka, mereka kemudiannya merentas cipta produk mereka dalam bentuk video dan

Page 8: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

339

Seminar Bahasa Melayu 2020

infografik. Guru memberikan contoh terlebih dahulu sebagai bimbingan untuk pelajar dalam penghasilan produk mereka.

Setelah selesai sesi taklimat, pelajar diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan melalui Google Form. Soalan praujian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang tahap pengetahuan para pelajar terhadap adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Kemudian, para pelajar diberi masa untuk membuat perancangan, pembahagian tugas ahli kumpulan serta aspek-aspek majlis perkahwinan yang mereka ingin kaji dan selidik secara berkumpulan.

Minggu 2 hingga 4 (Bulan Jun)

Minggu 2 hingga 4 - Pelajar mula melakukan kajian tentang tema yang dipilih dan mula membina hasil produk mereka. Perancangan mereka haruslah dilakarkan di Google Docs terlebih dahulu dan dikongsi dengan ahli kumpulan masing-masing dan juga guru-guru. Google Docs memudahkan setiap ahli kumpulan untuk membuat penambahan atau penyuntingan pada bila-bila masa. Guru juga dapat memantau perkembangan tugasan pelajar dengan lebih mudah.

Minggu 5 Pelajar meneruskan penghasilan slaid Infografik serta memulakan penyuntingan video mereka. Guru memantau tugas dan peranan pelajar dalam setiap kumpulan dan memberikan maklum balas kepada setiap kumpulan.

Minggu 6 Pembentangan dilakukan oleh para pelajar dan hasilnya akan dinilai oleh guru melalui rubrik yang telah diberikan.

Page 9: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

340

Memanfaatkan Teknologi, Meningkatkan Pembelajaran

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Praujian Menggunakan Borang Soal Selidik

Dapatan daripada borang soal selidik menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya, 63.3% pelajar mengetahui tentang adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu namun tidak begitu mendalam. Justeru, tema perkahwinan dijalankan bagi penilaian berasaskan projek pelajar.

Rajah 1: Tahap Pengetahuan Adat Istiadat Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu

6

infografik. Guru memberikan contoh terlebih dahulu sebagai bimbingan untuk pelajar dalam penghasilan produk mereka. Setelah selesai sesi taklimat, pelajar diminta untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan melalui Google Form. Soalan praujian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang tahap pengetahuan para pelajar terhadap adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Kemudian, para pelajar diberi masa untuk membuat perancangan, pembahagian tugas ahli kumpulan serta aspek-aspek majlis perkahwinan yang mereka ingin kaji dan selidik secara berkumpulan.

Minggu 2 hingga 4 (Bulan Jun)

Minggu 2 hingga 4 - Pelajar mula melakukan kajian tentang tema yang dipilih dan mula membina hasil produk mereka. Perancangan mereka haruslah dilakarkan di Google Docs terlebih dahulu dan dikongsi dengan ahli kumpulan masing-masing dan juga guru-guru. Google Docs memudahkan setiap ahli kumpulan untuk membuat penambahan atau penyuntingan pada bila-bila masa. Guru juga dapat memantau perkembangan tugasan pelajar dengan lebih mudah.

Minggu 5 Pelajar meneruskan penghasilan slaid Infografik serta memulakan penyuntingan video mereka. Guru memantau tugas dan peranan pelajar dalam setiap kumpulan dan memberikan maklum balas kepada setiap kumpulan.

Minggu 6 Pembentangan dilakukan oleh para pelajar dan hasilnya akan dinilai oleh guru melalui rubrik yang telah diberikan.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Praujian Menggunakan Borang Soal Selidik Dapatan daripada borang soal selidik menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya, 63.3% pelajar mengetahui tentang adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu namun tidak begitu mendalam. Justeru, tema perkahwinan dijalankan bagi penilaian berasaskan projek pelajar.

Rajah 1: Tahap Pengetahuan Adat Istiadat Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu

Sangat Tahu3%

Langsung Tidak Tahu33%

Agak Tahu64%

Sangat Tahu Langsung Tidak Tahu Agak Tahu

Bagi para pelajar yang mempunyai pengetahuan tentang adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu, 44% pelajar mendapat pengetahuan daripada pengalaman mereka menghadiri majlis perkahwinan, diikuti dengan 26% pelajar yang mendapat maklumat menerusi media massa. 20% pelajar mendapat maklumat melalui pengajaran di sekolah manakala 10% pelajar menerima maklumat daripada ibu bapa atau ahli keluarga mereka yang lain.

Page 10: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

341

Seminar Bahasa Melayu 2020

Rajah 2: Sumber Maklumat Bagi Adat Istiadat Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu

7

Bagi para pelajar yang mempunyai pengetahuan tentang adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu, 44% pelajar mendapat pengetahuan daripada pengalaman mereka menghadiri majlis perkahwinan, diikuti dengan 26% pelajar yang mendapat maklumat menerusi media massa. 20% pelajar mendapat maklumat melalui pengajaran di sekolah manakala 10% pelajar menerima maklumat daripada ibu bapa atau ahli keluarga mereka yang lain. Rajah 2: Sumber Maklumat Bagi Adat Istiadat Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu

Pascaujian Menggunakan Borang Soal Selidik Pascaujian juga dilaksanakan untuk melihat aplikasi yang digunakan para pelajar semasa melakukan projek sekolah mereka. Dapat dilihat daripada rajah ini bahawa, hampir kesemua pelajar menggunakan aplikasi seperti Whatsapp, Google Docs, Google Slides dan Google Classroom untuk melaksanakan projek mereka. Borang refleksi juga diberikan sebagai renungan berkenaan dengan pelaksanaan PBL mereka.

Rajah 3: Aplikasi-aplikasi Yang Digunakan Semasa Melakukan Projek Sekolah

10%

20%

26%

44%

Sumber Maklumat

Perkongsian ahli keluargaPengajaran di sekolah

Media massa

Pengalaman

Pascaujian Menggunakan Borang Soal Selidik

Pascaujian juga dilaksanakan untuk melihat aplikasi yang digunakan para pelajar semasa melakukan projek sekolah mereka. Dapat dilihat daripada rajah ini bahawa, hampir kesemua pelajar menggunakan aplikasi seperti Whatsapp, Google Docs, Google Slides dan Google Classroom untuk melaksanakan projek mereka. Borang refleksi juga diberikan sebagai renungan berkenaan dengan pelaksanaan PBL mereka.

Rajah 3: Aplikasi-aplikasi Yang Digunakan Semasa MelakukanProjek Sekolah

Page 11: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

342

Memanfaatkan Teknologi, Meningkatkan Pembelajaran

Maklum balas pelajar menunjukkan respons yang positif. Semua subjek kajian bagi Menengah 2 Ekspres dan 3 Ekspres berasa yakin menggunakan Google Classroom serta aplikasi seperti Google Drive, Docs, Slides, Forms serta aplikasi mudah alih seperti aplikasi penyunting video. Sebanyak 93% pelajar menyatakan mereka dapat melaksanakan tugasan projek berkumpulan dengan lebih cekap melalui penggunaan Google Classroom yang memudahkan proses perbincangan dan komunikasi antara ahli kumpulan serta pelaksanaan projek. Selain itu, pelajar juga berpendapat guru dapat melihat hasil projek mereka dengan mudah dan sekaligus memberikan maklum balas dengan cepat. Berdasarkan maklum balas guru, kesemua pelajar mendapat peluang untuk memperbaik projek mereka.

Jadual 1: Maklum Balas Pelajar Tentang Penggunaan Google Classroom

No Item Sangat Setuju Setuju Kurang

SetujuTidak Setuju

1. Saya berasa yakin menggunakan Google Classroom serta aplikasi-aplikasi seperti Google Drive, Docs, Slides, Forms serta aplikasi mudah alih seperti aplikasi penyunting video.

83% 17% 0% 0%

2. Saya dapat melaksanakan tugasan projek berkumpulan dengan lebih efisien melalui penggunaan Google Classroom.

33% 60% 7% 0%

3. Saya dapat belajar secara kolaborasi dengan menggunakan Google Classroom.

80% 20% 0% 0%

Page 12: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

343

Seminar Bahasa Melayu 2020

4. Saya dapat melihat kerja-kerja rakan melalui aktiviti pembentangan dan mendapat idea-idea daripada hasil kerja rakan-rakan.

60% 40% 0% 0%

5. Saya dapat memperbaiki projek saya melalui maklum balas yang diberikan guru.

77% 23% 0% 0%

Dapatan pasca ujian juga menunjukkan bahawa majoriti pelajar berasa seronok semasa melaksanakan tugasan projek berkumpulan melalui penggunaan Google Classroom.

Rajah 4: Tahap Keseronokan Pelajar

9

Rajah 4: Tahap Keseronokan Pelajar

Selain daripada maklum balas pelajar tentang penggunaan Google Classroom, guru juga mendapat maklum balas pelajar mengenai minat mereka terhadap budaya dan warisan Melayu. Secara keseluruhan, kebanyakan pelajar berjaya menimba pengetahuan mengenai adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu. 97% pelajar juga berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai budaya masyarakat Melayu.

Jadual 2: Dapatan Berdasarkan Maklum Balas Pelajar Tentang Minat Pelajar Terhadap

Budaya dan Warisan Melayu (Perkahwinan)

No Item Sangat Setuju

Setuju Kurang Setuju

Tidak Setuju

1. Saya dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

37% 60% 3% 0%

2. Mempelajari tentang adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu melalui tugasan projek ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.

57% 33% 10% 0%

3. Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya dan warisan masyarakat Melayu kita.

54% 43% 3% 0%

KESIMPULAN Secara keseluruhan, kajian ini meyakinkan bahawa sistem pembelajaran Google Classroom dapat menggalak pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan pelajar. Selain itu, aplikasi-aplikasi yang berteraskan teknologi awan (Google Drive, Slides dan Forms) aplikasi peranti mudah alih seperti penyunting video juga telah memudahkan proses pembelajaran berasaskan projek (PBL) secara kumpulan dalam kalangan pelajar. ICT turut memudahkan proses pembelajaran berasaskan projek (PBL) secara berkumpulan dalam kalangan pelajar.

1

2

13

14

T I D AK   S ERONOK KURANG   S ERONOK SERONOK AMAT   S E RONOK

JUMLAH PELAJAR

TAHAP KESERONOKAN

Selain daripada maklum balas pelajar tentang penggunaan Google Classroom, guru juga mendapat maklum balas pelajar mengenai minat mereka terhadap budaya dan warisan Melayu. Secara keseluruhan, kebanyakan pelajar berjaya menimba pengetahuan mengenai adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu. 97% pelajar juga berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai budaya masyarakat Melayu.

Page 13: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

344

Memanfaatkan Teknologi, Meningkatkan Pembelajaran

Jadual 2: Maklum Balas Pelajar Tentang Budaya Dan Warisan Melayu (Perkahwinan)

No Item Sangat Setuju Setuju Kurang

SetujuTidak Setuju

1. Saya dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

37% 60% 3% 0%

2. Mempelajari tentang adat istiadat majlis perkahwinan masyarakat Melayu melalui tugasan projek ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.

57% 33% 10% 0%

3. Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya dan warisan masyarakat Melayu kita.

54% 43% 3% 0%

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, kajian ini meyakinkan bahawa sistem pembelajaran Google Classroom dapat menggalak pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan pelajar. Selain itu, aplikasi-aplikasi yang berteraskan teknologi awan (Google Drive, Slides dan Forms) aplikasi peranti mudah alih seperti penyunting video juga telah memudahkan proses pembelajaran berasaskan projek (PBL) secara kumpulan dalam kalangan pelajar. ICT turut memudahkan proses pembelajaran berasaskan projek (PBL) secara berkumpulan dalam kalangan pelajar.

Demikian halnya, kajian ini turut menggesa dan mengalakkan guru-guru bahasa Melayu untuk meneroka penggunaan ICT untuk mempermudah

Page 14: Abstrak...pembentangan perisian Microsoft Powerpoint yang mempunyai fungsi autosave. Pelajar juga dapat mengongsi slaid bersama guru dan juga rakan-rakan sekumpulan. 6. KhidmatGoogle

345

Seminar Bahasa Melayu 2020

proses penghayatan budaya dan warisan Melayu. Dalam erti kata lain, jika benih yang baik dilontar ke udara menjadi kejora, dibaling ke laut menjadi pulau dan dicampak ke bumi menjadi penawar. Oleh sebab itu, dalam mengejar kemodenan dalam kecanggihan hidup, kita harus memberikan peluang kepada anak didik kita agar menjalankan kajian untuk menelusuri aspek budaya dan warisan bangsa kita. Melalui pemahaman dan penghayatan keunikan budaya warisan Melayu, generasi muda dapat didedahkan dan memikul tanggungjawab dalam mengekalkan warisan kita.

Guru yang turut terlibat dalam kajian:1. Ishak Lias2. Nur Khairunnisah Abdul Jamil3. Yahida Yahya

RUJUKAN

Azhar. K.A (2018) Effectiveness of Google Classroom: Teachers’ Perceptions. Prizren Social Science Journal, volume 2 (issue 2)

Islamy, R (2019, September) Bilik Darjah Google. Dewan Pelajar m.s 6-8.

Shaharanee, I.N.M., Jamil, J.M., & Rodzi, S.S.M (2016). Google Classroom as a tool for active learning. AIP Conference Proceedeings, 1761 (1), 020069. https://doi.org/10.1063/1.4960909

Espinosa, N., Estira, K. L., & Ventayen, R. J. M. (2017). Usability Evaluation of Google Classroom: Basis for the Adaptation of GSuite E-Learning Platform. Asia Pacific Journal of Education, Arts, and Science, 5(1).

Putri, R. R. (2018). Komputasi awan untuk pendidikan yang lebih baik. Diperoleh daripada Academia: https://www.academia.edu/16808357/KOMPUTASI_AWAN_UNTUK_PENDIDIKAN_YANG_LEBIH_BAIK