abstrak kawe

2
PENGGUNAAN PERMAINAN “LET’S EXPLORE OUR COUNTRY” UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN INGATAN MURID DALAM MEMPELAJARI BENTUK MUKA BUMI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN KEPENTINGANNYA BAGI MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5 ABSTRAK Kajian Tidakan ini dijalankan untuk meningkatkan daya ingatan dan minat murid dalam mempelajari subtopik bentuk muka bumi Semenanjung Malaysia, lokasi dan kepentingannya bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Kajian ini mengaplikasikan pengajaran berasaskan Permainan Ala Dam Ular. Kajian ini juga melibatkan 5 orang peserta kajian daripada murid Tahun 5 Elit di Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada ujian, pemerhatian, soal selidik dan juga temubual. Instrumen ini digunakan untuk melihat sama ada berlakunya peningkatan tahap minat dan ingatan murid dalam pembelajaran Kajian Tempatan

Upload: hazman-jmey

Post on 07-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN PERMAINAN LETS EXPLORE OUR COUNTRY UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN INGATAN MURID DALAM MEMPELAJARI BENTUK MUKA BUMI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN KEPENTINGANNYA BAGI MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

ABSTRAK

Kajian Tidakan ini dijalankan untuk meningkatkan daya ingatan dan minat murid dalam mempelajari subtopik bentuk muka bumi Semenanjung Malaysia, lokasi dan kepentingannya bagi mata pelajaran Kajian Tempatan. Kajian ini mengaplikasikan pengajaran berasaskan Permainan Ala Dam Ular. Kajian ini juga melibatkan 5 orang peserta kajian daripada murid Tahun 5 Elit di Sekolah Kebangsaan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada ujian, pemerhatian, soal selidik dan juga temubual. Instrumen ini digunakan untuk melihat sama ada berlakunya peningkatan tahap minat dan ingatan murid dalam pembelajaran Kajian Tempatan bagi subtopik bentuk muka bumi Semenanjung Malaysia, lokasi dan kepentingannya. Data kajian menunjukkan peningkatan terhadap daya ingatan murid terhadap aspek-aspek yang diperhatikan berdasarkan keputusan sebelum dan selepas rawatan dijalankan. Secara kesimpulannya, dapatan - dapatan kajian jelas membuktikan bahawa kaedah pengajaran berasaskan Permainan Lets Explore Our Country telah berjaya meningkatkan daya ingatan dan minat murid dalam pembelajaran subtopik bentuk muka bumi Semenanjung Malaysia, lokasi dan kepentingannya.