abstrak hsr

Upload: cypruschristianuspotilu

Post on 08-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh abstrak hsr bgi tajuk kajian mengenai risiko merokok

TRANSCRIPT

ABSTRAK

ABSTRAK

Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi adalah suatu yang biasa terjadi dalam kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60% bayi matang dan 80% bayi pra matang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan oleh pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning. Walaubagaimanpun, masih terdapat sesetengah ibubapa yang kurang faham atau mengetahui mengenai penyakit ini dan sesetengah mereka juga masih mengamalkan amalan menjemur bayi di bawah sinaran cahaya matahari. Objektif : Mengkaji Tahap pengetahuan ibubapa mengenai penjagaan jaundis neonatal di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Hospital Tawau. Metodologi : Pengkaji akan mengambil 30 orang respondan untuk mendapatkan dan mengumpul data - data yang diperlukan sepanjang kajian dijalankan. Soalan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, Bahagian A dan Bahagian B. Soalan adalah berdasarkan kepada objektif kajian. Bahagian A merupakan latar belakang respondan manakala Bahagian B pula berkaitan dengan tahap pengetahuan ibubapa mengenai penjagaan jaundis neonatal dari aspek pemakanan dan rawatan serta komplikasi penyakit. Pengkaji telah menganalisis data dengan menggunakan kaedah deskriptif iaitu, asas peratusan. Penemuan : Daripada 30 orang responden (n=30), hanya 37% (n=11) sahaja yang mempunyai tahap pengetahuan yang baik, 3% (n=1) mempunyai pengetahuan sederhana dan 60% (n=18) mempunyai pengetahuan yang lemah. Analisis seterusnya mendapati ibu yang mempunyai pengetahuan yang lemah adalah ibu yang berkerja sebagai petani 34% (n=6), tiada pendidikan formal dan pendidikan rendah 95% (n=17) dan ibu yang melahirkan bayi di rumah 78% (n=14). Rumusan : Kesimpulannya, keseluruhan kajian menunjukkan pengetahuan ibu mengenai penjagaan jaundis neonatal berada dalam tahap yang kurang memuaskan dan beberapa faktor telah dikenalpasti yang telah menjadi penyumbang kepada masalah ini.