abstrak - fp.utm.my · pdf fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau...

11

Click here to load reader

Upload: vuongnguyet

Post on 27-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak - fp.utm.my · PDF fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. ... (Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kolej 17, ... kerjaya masa depan, kesihatan,

ii

Abstrak

Kajian ini dibuat lebih kepada keprihatinan pengkaji terhadap permasaalahan

yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang menginap di Kolej 17 UTM kampus Skudai,

Johor. Untuk tujuan itu kajian ini adalah untuk melihat masalah yang sering berlaku

di kalangan pelajar-pelajar tersebut seperti dari segi kewangan, kemudahan, sosial

dan kerjaya masa depan mereka. Dalam kajian ini, seramai 118 orang pelajar yang

menginap di kolej 17 UTM telah dipilih secara rawak untuk dijadikan responden

kajian. Data kemudiannnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of

Social Science for Windows Release 12.0 (SPSS). Hasil dari analisis data yang telah

dibuat didapati masalah yang paling dominan ialah kerjaya masa depan, diikuti

masalah kemudahan, yang ketiga tinggi adalah masalah kewangan, dan akhir sekali

masalah sosial.

Page 2: Abstrak - fp.utm.my · PDF fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. ... (Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kolej 17, ... kerjaya masa depan, kesihatan,

iii

Abstract

This research has been conduct based on researcher concerned on students’

problems at College 17 UTM Skudai, Johor. The purpose of this research is to

investigate about the main problems that occurred among students. About 118

students in College 17 had been randomly selected as respondent for this research.

Statistical Package of Social Science for Windows Release 12.0 (SPSS) software has

been used to analyze the data. Result showed that most dominance problem is about

future job, facilities, financial and finally social. There are several suggestions that

might be useful has been given by researcher to implement in order to reduce or to

avert the problems.

Page 3: Abstrak - fp.utm.my · PDF fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. ... (Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kolej 17, ... kerjaya masa depan, kesihatan,

iv

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

ABSTRAK ii

ABSTACT iii

KANDUNGAN iv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 6

1.8.1 Kajian 7

1.8.2 Masalah 7

1.8.3 Pelajar 7

1.8.4 Kolej 7

1.8.5 Demografi 8

1.9 Kesimpulan 8

Page 4: Abstrak - fp.utm.my · PDF fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. ... (Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kolej 17, ... kerjaya masa depan, kesihatan,

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kolej kediaman merupakan sebuah tempat tinggal yang biasanya disediakan

oleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. Pembinaan

kolej-kolej kediaman ini adalah bertujuan untuk menyediakan tempat tinggal kepada

penuntut atau pelajar di institusi pendidikan tersebut. Dengan adanya kolej kediaman

masalah penginapan dapat diselesaikan terutama kepada pelajar yang berasal dari

jauh samada dalam atau luar negeri. Selaras dengan kenyataan Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM, 1980), iaitu tujuan kolej kediaman didirikan oleh KPM

adalah untuk menempatkan pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah khasnya

dari luar bandar.

Bagi memastikan keselesaan penghuni di kolej kediaman, pihak pentadbiran

kolej perlu menyediakan segala keperluan dan kemudahan untuk pelajar-pelajar

seperti kafe, bilik bacaan, kemudahan internet yang cekap, pengangkutan dan

sebagainya. Segala kemudahan ini dapat membantu pelajar untuk belajar dengan

lebih selesa kelak.

Page 5: Abstrak - fp.utm.my · PDF fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. ... (Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kolej 17, ... kerjaya masa depan, kesihatan,

2

Selain itu, pembinaan kolej kediaman juga dapat mewujudkan hubungan

sosial sesama pelajar. Ianya bertujuan untuk merapatkan hubungan antara mereka di

mana setiap pelajar yang tinggal di kolej perlu berinteraksi bukan sahaja di antara

pelajar malah perlu juga berinteraksi dengan keadaan sekeliling. Perkara ini perlu

supaya pelajar mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

Kegagalan pihak universiti untuk menyediakan kemudahan kolej kediaman

pasti akan memberi masalah kepada pelajar-pelajar seperti ketiadaan tempat tinggal

terutama bagi pelajar yang datang dari tempat yang jauh. Selain itu, pelajar juga akan

terdedah kepada pelbagai bahaya jika tinggal di rumah sewa luar kawasan universiti

seperti kecurian, kemalangan, kesukaran belajar, jarak yang jauh dan sebagainya.

Walaupun begitu, pelajar yang menginap di kolej kediaman mungkin

menghadapi masalah-masalah lain yang mengganggu mereka dan boleh

menyebabkan pelajaran mereka terjejas. Kajian ini dibuat bagi mengesan adakah

terdapat masalah-masalah lain di kolej 17 serta apakah faktor-faktor yang

menyebabkan masalah-masalah ini berlaku.

1.2 Latar Belakang Masalah

Terdapat lebih kurang 15 buah kolej kediaman di dalam Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) yang mana setiap satunya dipecahkan pula kepada beberapa blok.

Pembinaan kolej yang begitu banyak adalah bertujuan untuk memudahkan para

pelajar yang menuntut di universiti tersebut. Tetapi masih terdapat beberapa masalah

yang timbul di kalangan pelajar yang menginap di kolej-kolej kediaman terutama di

kolej 17.

Kolej 17 merupakan antara kolej yang paling jauh jaraknya ke fakulti

berbanding dengan kolej-kolej kediaman yang lain. Perkara ini boleh mendatangkan

masalah seperti pengurusan masa kepada pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang

Page 6: Abstrak - fp.utm.my · PDF fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. ... (Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kolej 17, ... kerjaya masa depan, kesihatan,

3

tiada kemudahan pengangkutan sendiri samada motosikal atau kereta untuk mereka

pergi ke kelas. Bas yang disediakan didapati hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja

dan bukan setiap masa atau setiap jam (Jadual perjalanan bas, 2007/2008). Masalah

jarak yang jauh ini boleh menyebabkan pelajar lewat ke kelas.

Dengan jumlah penghuni kolej 17 yang ramai iaitu 700 orang, mungkin akan

wujud masalah di kafe yang bersaiz kecil. Pelajar sukar mendapatkan makanan

disebabkan makanan yang cepat habis. Dengan keadaan jarak yang jauh pasti akan

menyukarkan pelajar berbanding kolej-kolej kediaman lain terutama kolej lingkaran

dalam yang mempunyai banyak pilihan kafe.

Internet adalah satu kemudahan yang penting dalam proses pembelajaran. Ia

perlu disediakan dalam keadaan yang sempurna. Masalah mungkin timbul apabila

kemudahan ini bukanlah setiap masa boleh digunakan kerana kemudahan internet

Wifi UTM selalu mengalami masalah ‘server down’. Selain itu bukan semua

kawasan di kolej 17 boleh menerima isyarat Wifi UTM (Minit Mesyuarat Kali

Ketiga Kolej 17, Mac 2007). Apabila ini berlaku, pelajar tidak dapat menggunakan

kemudahan ini berbanding pelajar di kolej lingkaran dalam yang boleh pergi ke

perpustakaan untuk menggunakan kemudahan internet.

Di samping masalah internet, pengangkutan dan kafe, pelajar juga tidak lari

dari masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar-pelajar lain. Beban kerja seperti

tugasan serta perlu mengulangkaji mata pelajaran yang agak sukar mungkin akan

menyebabkan pelajar mengalami stress. Tekanan boleh menyebabkan gangguan

emosi, keletihan, meningkatkan tekanan darah, sakit kepala dan kerisauan (McKee

MG, 1993). Kesan dari masalah ini sudah pasti akan mengganggu proses

pembelajaran pelajar-pelajar dan menyebabkan prestasi pembelajaran mereka

merosot.

Berikutan dengan isu-isu yang mungkin dihadapi oleh pelajar kolej 17,

penyelidik ingin mengkaji dengan lebih terperinci mengenai masalah yang dihadapi

supaya boleh didokumentasikan untuk digunakan sebagai fakta dalam membantu

pihak-pihak tertentu dalam menyelesaikan masalah yang wujud.

Page 7: Abstrak - fp.utm.my · PDF fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. ... (Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kolej 17, ... kerjaya masa depan, kesihatan,

4

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dibuat atas keprihatinan pengkaji terhadap masalah-masalah yang

dihadapi oleh para pelajar di kolej-kolej kediaman. Oleh yang demikian, pengkaji

berminat untuk mengkaji apakah masalah-masalah utama yang dihadapi dan

mengenalpasti punca kepada masalah. Seterusnya dapat membantu pihak-pihak

tertentu terutamanya pihak kolej untuk menguruskan pelajar-pelajar yang menginap

di kolej, terutamanya di kolej 17 UTM Skudai Johor.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi:

1.4.1 Mengenalpasti masalah-masalah berkaitan dengan kewangan pelajar-

pelajar yang menginap di kolej 17 UTM Skudai, Johor.

1.4.2 Mengenalpasti masalah-masalah berkaitan dengan kemudahan di

kolej 17 UTM Skudai, Johor.

1.4.3 Mengenalpasti masalah-masalah berkaitan dengan sosial di kalangan

pelajar-pelajar yang menginap di kolej 17 UTM Skudai, Johor.

1.4.4 Mengenalpasti masalah-masalah berkaitan dengan kerjaya masa

depan pelajar-pelajar yang menginap di kolej 17 UTM Skudai, Johor.

Page 8: Abstrak - fp.utm.my · PDF fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. ... (Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kolej 17, ... kerjaya masa depan, kesihatan,

5

1.5 Persoalan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat

bagi menjawab persoalan berikut:

1.5.1 Adakah pelajar di kolej 17 menghadapi masalah kewangan?

1.5.2 Adakah pelajar di kolej 17 menghadapi masalah kemudahan?

1.5.3 Adakah pelajar di kolej 17 menghadapi masalah sosial?

1.5.4 Adakah pelajar di kolej 17 menghadapi masalah kerjaya masa depan?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai

masalah pelajar yang menginap di kolej kediaman.

Diharapkan hasil dari kajian ini nanti dapat memberi maklum balas kepada

pihak pentadbiran kolej 17 dalam mengambil langkah seterusnya bagi memastikan

masalah pelajar dapat dikurangkan dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup

pelajar-pelajar kolej 17. Hasil dari kajian ini juga diharap dapat digunakan oleh pihak

pentadbir kolej 17 untuk mempertingkatkan lagi keselamatan, kemudahan dan

keselesaan suasana kehidupan di kolej. Manakala kepada ibu bapa pelajar pula, hasil

kajian ini diharap akan dapat memberi gambaran kepada mereka tentang kepentingan

peranan mereka dalam memberi sokongan kepada anak-anak mereka menerusi

penglibatan mereka dalam program-program yang dianjurkan oleh pentadbiran kolej.

Dengan adanya kajian ini, bolehlah ia membantu dalam meningkatkan lagi

prestasi akademik pelajar yang menginap di kolej, juga mengurangkan masalah-

masalah yang sering mengganggu pelajar-pelajar tersebut, dan boleh digunakan oleh

pihak universiti di dalam memantapkan lagi sistem pentadbiran kolejnya.

Page 9: Abstrak - fp.utm.my · PDF fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. ... (Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kolej 17, ... kerjaya masa depan, kesihatan,

6

Kesimpulannya, hasil kajian ini dapatlah nanti digunakan oleh pihak

pentadbir kolej, sebagai rujukan ibu bapa atau penjaga pelajar, sebagai rujukan pihak

universiti dan sebagai rujukan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan langkah

seterusnya dalam memperkemaskan lagi sistem pentadbiran kolej atau apa-apa

program yang berkaitan dengannya.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini terhad dalam mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh

pelajar-pelajar Univesiti Teknologi Malaysia yang menginap di Kolej 17, UTM

Kampus Skudai, Johor sahaja. Kolej 17 dipilih kerana ia baru dibuka dan lokasinya

yang jauh berbanding kolej-kolej kediaman yang lain.

1.8 Definisi Istilah

Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini diperjelaskan bagi

menerangkan dengan lebih terperinci maksud dan kehendak penyelidik berkaitan

dengan kajian yang dijalankan.

Page 10: Abstrak - fp.utm.my · PDF fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. ... (Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kolej 17, ... kerjaya masa depan, kesihatan,

7

1.8.1 Kajian

Kajian bermaksud usaha atau proses mengkaji; kes kajian tentang sesuatu isu

(institusi, orang dan sebagainya) berdasarkan data, maklumat dan sebagainya

terperinci yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu (Kamus Dewan, 2005).

Kajian yang dimaksudkan di sini ialah ke atas pelajar-pelajar yang menginap di kolej

17 UTM, Skudai.

1.8.2 Masalah

Menurut Kamus Dewan (2005), masalah adalah sesuatu yang perlu

penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan). Dalam

kajian ini, masalah adalah merujuk kepada perkara yang mengganggu pelajar seperti

kewangan, kerjaya masa depan, kesihatan, kemudahan dan sosial pelajar.

1.8.3 Pelajar

Pelajar ialah orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, penuntut

(Kamus Dewan, 2005). Dalam kajian ini pelajar merujuk kepada penghuni kolej 17,

mereka terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan Diploma, Matrikulasi, Sijil dan STPM

yang menuntut di UTM dan menginap di Kolej 17, Kampus Skudai, Johor.

1.8.4 Kolej

Menurut Kamus Dewan (2006), kolej adalah maktab perguruan. Kolej dalam

kajian ini merujuk kepada tempat tinggal yang dikelolakan oleh UTM untuk pelajar-

pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Page 11: Abstrak - fp.utm.my · PDF fileoleh sesebuah institusi-institusi pendidikan samada swasta atau awam. ... (Minit Mesyuarat Kali Ketiga Kolej 17, ... kerjaya masa depan, kesihatan,

8

1.8.5 Demografi

Kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dari segi saiz, kepadatan,

taburan, kelahiran, kematian, dan sebagainya) dalam tempoh waktu tertentu: faktor ~

menyebabkan orang lambat-laun berusaha memperoleh kerja (Kamus Dewan Edisi

Tiga). Dalam kajian ini, demografi merujuk kepada tahun pengajian, umur, sekolah

dan kelayakan masuk bagi pelajar di kolej 17 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Skudai.

1.9 Kesimpulan

Dalam bab ini, pengkaji telah menerangkan mengenai pengenalan terhadap

kajian. Dimulakan dengan pendahuluan di mana diceritakan senario kolej kediaman.

Seterusnya ialah latar belakang masalah kajian yang berkisar tentang permasalahan

yang hendak dikaji. Pengkaji juga ada menyentuh tentang pernyataan masalah dan

selanjutnya ialah persoalan kajian. Pengkaji meneruskan dengan objektif kajian iaitu

untuk mengetahui punca kepada masalah. Berikutnya ialah kepentingan kajian di

mana diterangkan tentang kepentingan kajian terhadap pihak-pihak terlibat. Pengkaji

juga telah menetapkan batasan kajian dan telah menerangkan beberapa istilah atau

perkataan yang digunakan.