abstrak ajin

2
ABSTRAK Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 dalam konsep “Sistem Suria” dengan menggunakan Peta Bulatan i-THINK. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan dari Tahun 4 Sarjana di Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong Muar, Johor. Semua responden adalah berbangsa Melayu. Tindakan kajian dijalankan dengan menggunakan Peta Bulatan i-THINK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Peta Bulatan i-THINK digunakan sebagai alat bantu mengajar semasa aktiviti kumpulan yang dijalankan oleh murid-murid. Data kajian diikutip dengan menggunakan dua instrumen, iaitu ujian dan borang soal selidik bagi tujuan triangulasi. Borang soal selidik dilakukan selepas perlaksanaan kajian dijalankan Data dikumpul, direkod dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan peratus. Seterusnya data tersebut diterjemahkan dalam bentuk jadual, graf dan carta pai untuk setiap responden. Hasil analisis data menunjukkan perubahan positif dicapai. Purata peratus keseluruhan meningkat daripada 65% kepada 76.5% bagi ujian sebelum dan selepas tindakan. Selain itu bilangan responden yang memperolehi gred A turut menunjukkan peningkatan dari 7 orang responden kepada 16 orang responden. Hasil daripada soal selidik juga menunjukkan bahawa 76.7% responden bersetuju bahawa penggunaan Peta Bulatan i-THINK dapat membantu mereka

Upload: ajinonan

Post on 22-Dec-2015

6 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK AJIN

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 dalam konsep

“Sistem Suria” dengan menggunakan Peta Bulatan i-THINK. Kajian ini melibatkan seramai 30

orang responden yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan dari

Tahun 4 Sarjana di Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong Muar, Johor. Semua responden

adalah berbangsa Melayu. Tindakan kajian dijalankan dengan menggunakan Peta Bulatan i-

THINK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Peta Bulatan i-THINK

digunakan sebagai alat bantu mengajar semasa aktiviti kumpulan yang dijalankan oleh murid-

murid. Data kajian diikutip dengan menggunakan dua instrumen, iaitu ujian dan borang soal

selidik bagi tujuan triangulasi. Borang soal selidik dilakukan selepas perlaksanaan kajian

dijalankan Data dikumpul, direkod dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu

min dan peratus. Seterusnya data tersebut diterjemahkan dalam bentuk jadual, graf dan carta pai

untuk setiap responden. Hasil analisis data menunjukkan perubahan positif dicapai. Purata

peratus keseluruhan meningkat daripada 65% kepada 76.5% bagi ujian sebelum dan selepas

tindakan. Selain itu bilangan responden yang memperolehi gred A turut menunjukkan

peningkatan dari 7 orang responden kepada 16 orang responden. Hasil daripada soal selidik juga

menunjukkan bahawa 76.7% responden bersetuju bahawa penggunaan Peta Bulatan i-THINK

dapat membantu mereka dalam menjawab soalan yang berkaitan dengan Sistem Suria. Ini

menunjukkan bahawa penggunaan Peta Bulatan i-THINK adalah berkesan dalam meningkatkan

kefahaman murid dalam konsep “Sistem Suria”.