abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/sharifahhaslinasamaldinmfksg2010.pdf ·...

22
v Abstrak Pelajar kelainan upaya penglihatan mempunyai hak sama rata dalam semua bidang termasuklah sektor pendidikan. Sebagai pelajar kelainan upaya, penyediaan fasiliti OKU di sekolah adalah satu hak yang wajar diperolehi oleh mereka. Kajian ini di jalankan untuk menilai sama ada fasilti yang di sediakan oleh sekolah pendidikan khas mengikut standard di dalam Kod Amalan Malaysia dan juga mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap fasiliti OKU yang di sediakan. Kaedah pengumpulan data yang di gunakan bagi kajian ini adalah melalui permerhatian dan juga pengedaran borang soal-selidik .Responden kajian ini terdiri daripada golongan pelajar sekolah yang dikategorikan sebagai pelajar khas kelainan upaya penglihatan di tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas Penglihatan Jalan Batu, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura. Analisis frekuensi, Sisihan Piawai, Analisis Skor Purata dan juga Analsis kandungan di gunakan untuk menganalisis data-data yang diperolehi. Hasil kajian yang di lakukan menunjukkan fasiliti OKU di sekolah masih berada di tahap yang rendah di mana masih terdapatnya kemudahan yang tidak di sediakan seperti permukaan bertekstur dan tandas untuk OKU. Walaupun terdapatnya Kod Amalan Malaysia yang di gunakan sebagai rujukan di dalam penyediaan fasiliti bagi OKU, tetapi penyediaanya adalah tidak memuaskan. Pihak yang berwajib haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menyediakan fasiliti kepada OKU ini

Upload: doanthien

Post on 09-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

v

Abstrak

Pelajar kelainan upaya penglihatan mempunyai hak sama rata dalam semua bidang

termasuklah sektor pendidikan. Sebagai pelajar kelainan upaya, penyediaan fasiliti

OKU di sekolah adalah satu hak yang wajar diperolehi oleh mereka. Kajian ini di

jalankan untuk menilai sama ada fasilti yang di sediakan oleh sekolah pendidikan

khas mengikut standard di dalam Kod Amalan Malaysia dan juga mengenalpasti

tahap kepuasan pelajar terhadap fasiliti OKU yang di sediakan. Kaedah

pengumpulan data yang di gunakan bagi kajian ini adalah melalui permerhatian dan

juga pengedaran borang soal-selidik .Responden kajian ini terdiri daripada golongan

pelajar sekolah yang dikategorikan sebagai pelajar khas kelainan upaya penglihatan

di tiga buah sekolah pendidikan khas iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas

Penglihatan Jalan Batu, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak dan Sekolah

Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura. Analisis frekuensi, Sisihan

Piawai, Analisis Skor Purata dan juga Analsis kandungan di gunakan untuk

menganalisis data-data yang diperolehi. Hasil kajian yang di lakukan menunjukkan

fasiliti OKU di sekolah masih berada di tahap yang rendah di mana masih

terdapatnya kemudahan yang tidak di sediakan seperti permukaan bertekstur dan

tandas untuk OKU. Walaupun terdapatnya Kod Amalan Malaysia yang di gunakan

sebagai rujukan di dalam penyediaan fasiliti bagi OKU, tetapi penyediaanya adalah

tidak memuaskan. Pihak yang berwajib haruslah mengambil tindakan yang

sewajarnya dalam menyediakan fasiliti kepada OKU ini

Page 2: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

vi

Abstract

Visually impaired students have equal rights in all areas including education sector.

For disorders students, it is a right for them to obtain disabled facilities at school

providing. This study was carried out to assess whether facilities provided by schools

of special education are according to standards as stated in Malaysian Code of

Practice; as well as to identify students' level of satisfaction with the provided

disabled facilities.The data collection method used for this study is the observation

and the distribution of questionnaires. The respondents were composed of visually

impaired students in three special schools, namely Sekolah Rendah Pendidikan Khas

Penglihatan Jalan Batu, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak dan Sekolah

Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura. Frequency analysis, Standard

Deviation, Average Score Analysis and Analysis of Content were used to analyze the

data obtained. The study show that the disabled facilities at the mention school were

still in the low level, facilities such as textured surfaces and toilets for the disabled

are not provided. Even thought Code of Practice is used as reference to facilitate the

disabled, but the preliminary is still below satisfaction. Stakeholders should take this

matter seriously in preparing disabled facilities for them.

.

Page 3: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Skop Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Metodologi Kajian 8

1.6.1 Peringkat Pertama: Pengenalan Kajian 8

1.6.2 Peringkat Kedua: Kajian Literatur 9

1.6.3 Peringkat Ketiga: Pengumpulan Data 9

Page 4: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

viii

1.6.4 Peringkat Keempat: Penganalisisan Data 10

1.6.5 Peringkat kelima: Penemuan, cadangan

dan rumusan 10

1.7 Susunan Bab 10

1.7.1 Bab Pertama : Pengenalan 10

1.7.2 Bab Kedua : Fasiliti OKU di Sekolah 11

1.7.3 Bab Ketiga : Metodologi Kajian 11

1.7.4 Bab Kempat: Kawasan Kajian 11

1.7.5 Bab Kelima : Penganalisan Data 12

1.7.6 Bab Keenam: Penemuan dan Cadangan 12

2 FASILITI OKU DI SEKOLAH

2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi OKU 15

2.3 Kategori OKU 17

2.3.1 Kelainan Upaya Pendengaran 17

2.3.2 Kelainan Upaya Penglihatan 18

2.3.2 Kelainan Upaya Pertuturan 18

2.3.3 Kelainan Upaya Fizikal 19

2.3.4 Kelainan Upaya Pembelajaran 19

2.3.5 Kelainan Upaya Mental 20

2.3.6 Kelainan Upaya Pelbagai 20

2.4 Statitik OKU di Malaysia 21

2.5 Elemen-elemen Kritikal berkaitan dengan OKU

di dalam Bangunan 22

2.6 Elemen laluan bagi OKU dan Kod Amalan OKU 26

2.6.1 Kod Praktis Ke Atas Laluan Untuk 26

Orang Cacat Pada Bangunan Awam

(Semakan Pertama) (MS1184:2002)

2.6.2 Kod Praktis Ke Atas Laluan Orang 28

Kurang Upaya Di Luar Bangunan

(MS 1331:1993)

Page 5: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

ix

2.7 Fasiliti OKU yang harus disediakan oleh 28

Pihak Sekolah

2.7.1 Laluan atau pintu masuk utama 29

2.7.2 Pintu dan bukaan pintu 29

2.7.3 Tangga 30

2.7.4 Lif 31

2.7.5 Susur Tangan 32

2.7.6 Bilik air dan tandas 33

2.7.7 Kemasan Lantai 33

2.7.8 Tanda dan simbol OKU 34

2.7.9 Ruang sirkulasi 35

2.7.10 Ruang Pejalan Kaki dan Permukaan Bertekstur 35

2.7.11 Pengumuman dan signal amaran 36

2.8 Rekabentuk dan Perancangan Fasiliti

bagi Pelajar Kelainan Upaya. 37

2.8.1 Menyediakan ruang kelas yang sesuai. 37

2.8.2 Susunan Perabot 38

2.8.3 Memastikan kelas tersebut mempunyai

aksesebiliti yang mudah 39

2.8.4 Meminimumkan perjalanan ke tempat 39

yang dituju.

2.9 Alat Bantuan Bagi Oku Penglihatan 40

2.9.1 Long Cane 40

2.9.2 Guide Dog 41

2.9.3 Braille 42

2.10 Perbincangan Literatur

2.10.1 Fasiliti OKU Sekolah 42

2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45

2.10.3 Perundangan dan Polisi 46

2.11 Persekitaran Bebas Halangan bagi OKU 48

2.12 Kepentingan Kemudahan Akses kepada OKU 50

2.13 Kesimpulan 51

Page 6: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

x

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 53

3.2 Reka Bentuk Kajian 53

3.2.1 Peringkat Pertama: Kajian Literatur 54

3.2.2 Peringkat Kedua: Pengumpulan Data 56

3.2.2.1 Teknik Pemerhatian 57

3.2.2.2 Teknik Soal Selidik 58

3.2.2.3 Reka Bentuk Soal-selidik 59

3.2.2.4 Responden 63

3.2.3 Peringkat ketiga: Penganalisan Data 63

3.2.3.1 Analisis Data Kajian Soal Selidik 63

3.2.3.2 Analisis Data Pemerhatian 65

3.3 Kesimpulan 65

4 KES KAJIAN

4.1 Pengenalan 67

4.2 Sejarah Penubuhan Pendidikan Khas di Malaysia 67

4.3 Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan 70

4.4 Kawasan Kajian

4.4.1 Sekolah Rendah Pendidikan Khas

Penglihatan, Jalan Batu

4.4.1.1 Latar Belakang 72

4.4.1.2 Struktur Organisasi Sekolah 73

4.4.2 Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Setapak (Penglihatan)

4.4.2.1 Latar Belakang 74

4.4.2.2 Sturuktur Organisasi 75

4.4.3 Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Vokasional Indahpura 75

4.5 Kesimpulan 77

Page 7: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

xi

5 ANALISIS TERHADAP FASILITI PELAJAR OKU DI

SEKOLAH

5.1 Pengenalan 78

5.2 Analisis Soal-selidik Responden 79

5.3 Hasil bagi kajian pemerhatian dan pengamatan 81

ke atas fasiliti yang disediakan.

5.3.1 Keterangan

5.3.1.1 Sekolah Rendah Pendidikan Khas

Penglihatan Jalan Batu 87

5.3.1.2 Sekolah Pendidikan Khas

Penglihatan Setapak 89

5.3.1.3 Sekolah Pendidikan Khas Vokasional

Indahpura 91

5.4 Hasil daripada Kajian Soal Selidik

5.4.1 Analisis Soal Selidik Bahagian A:

Latar Belakang Responden

5.4.1.1 Analisis Frekuensi ke atas 93

Umur

5.4.1.2 Analisis Frekuensi ke atas 94

Bangsa

5.4.2 Analsis Soal Selidik Bahagian B:

Tahap Keupayaan Responden

5.4.2.1 Analisis Frekuensi terhadap 95

ketidakupayaan

5.4.2.2 Analisis Frekuensi terhadap

Keupayaan Responden Menjalankan 97

Tugas Seharian

5.4.2.3 Analsis Frekuensi terhadap

samada penggunaan khusus 99

alat-alat tertentu yang di gunakan.

Page 8: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

xii

5.4.2.4 Analisis Frekuensi terhadap bantuan

yang di perlukan oleh pelajar

untuk bergerak dari satu tempat ke

satu tempat. 101

5.4.3 Analisis Soal-Selidik Bahagian C:

Kepuasan responden mengenai penyediaan

fasiliti OKU secara keseluruhan dan

juga mengikut elemen.

5.4.3.1 Analisis frekuensi kepuasan

responden terhadap penyediaan fasiliti 103

OKU di sekolah secara keseluruhan

5.4.3.2 Analisis min mengenai kepuasan

pelajar terhadap penyediaan fasiliti

OKU mengikut elemen. 105

5.4.4 Analisis Bahagian D: Pandangan Responden

5.4.4.1 Analisis Frekuensi Samada Responden

Pernah Mengalami Kemalangan atau 112

Kecederaan

5.4.4.2 Analisis Kandungan terhadap kemudahan-

kemudahan yang boleh diperbahrui dan 114

dipertambah baik

5.5 Kesimpulan 116

6 PENEMUAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

6.1 Pengenalan 117

6.2 Penemuan Kajian 117

6.2.1 Penemuan Objektif Pertama 118

6.2.2 Penemuan Objektif Kedua 119

6.3 Implikasi Kajian 121

6.4 Limitasi Kajian 122

6.5 Cadangan Kajian Lanjutan 122

Page 9: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

xiii

SENARAI RUJUKAN 124-128

LAMPIRAN

Lampiran A Borang Soal Selidik

Lampiran B Gambar Fasiliti di Sekolah

Lampiran C Kod Amalan Malaysia- OKU

Lampiran D Surat Kebenaran Kajian

Lampiran E Kaedah Analisis

Page 10: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan negara maju dan aman yang terdiri dari berbilang

bangsa, budaya dan bahasa. Keamanan dan kemajuan ini masih dapat dicapai

walaupun terdapatnya pelbagai kaum dan bangsa yang menghuninya. Tambahan pula,

Malaysia tidak mengamalkan sebarang diskriminasi terhadap penduduknya walaupun

penduduknya ada yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU).

Kebajikan bagi OKU ini tidak pernah dipandang rendah oleh kerajaan. Pelbagai usaha

yang dilakukan bagi memenuhi keperluan OKU ini. Selain itu juga terdapat aktiviti-

aktiviti berkaitan yang dikhaskan kepada golongan OKU ini agar tidak ketinggalan.

OKU yang berdaftar juga menerima pelbagai kelebihan seperti wang sara hidup,

pinjaman untuk membuka perniagaan dan sebagainya.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB), OKU merupakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di dunia ini.

80 peratus daripada golongan OKU ini berada di negara-negara membangun. Selain

itu diaanggarkan 40 juta orang penduduk di dunia ini adalah buta dan mengalami

separuh penglihatan (Nielsen 2009). Malaysia mempunyai penduduk seramai lebih

kurang 28 juta orang. Berdasarkan statistik PBB itu, jumlah OKU di Malaysia

dianggarkan seramai 2.8 juta orang. Walau bagaimanapun seramai 280 ribu golongan

OKU sahaja yang berdaftar terdapat di Malaysia. Walaupun angka ini tidak

menggambarkan jumlah sebenar golongan OKU tetapi segala kebajikan mereka

haruslah diberikan perhatian. Selain itu, jumlahnya adalah tidak begitu besar

Page 11: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

2

berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk Malaysia, tetapi golongan OKU ini

juga penting dalam memberikan sumbangan kepada negara. Maka bagi mengelakkan

golongan OKU ketinggalan, pendidikan seawal pra sekolah telah diperkenalkan bagi

golongan ini. Jika dilihat pada masa kini bilangan pelajar kurang upaya yang

mendaftarkan diri di sekolah rendah dan menengah telah meningkat dari tahun ke

tahun. Sekolah khas ini di bina bagi menempatkan pelajar-pelajar OKU ini. Guru-

guru yang bertauliah dan berkelayakan ditempatkan disekolah-sekolah ini bagi proses

pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan penting bagi memastikan golongan ini

dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin demi masa depan mereka.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Pendidikan Khas),

Azizah Abd Gani (2007) sebagai warganegara Malaysia pelajar golongan istimewa in

mempunyai hak untuk menikmati arus pembangunan dan juga hak sama rata dalam

apa jua bidang termasuklah pendidikan.

1.2 Penyataan Masalah Kajian

Pendidikan merupakan satu perkara ataupun agenda yang penting dalam

membentuk identiti anak bangsa yang berilmu dan bermaruah serta menjayakan

pembangunan bagi sesebuah negara. Di samping itu, setiap lapisan masyarakat tidak

terkecuali daripada menerima faedah hasil dari sistem pendidikan negara. Kerajaan

Malaysia sentiasa berusaha untuk menyedia dan mewujudkan prasarana pendidikan

yang lengkap dan selesa agar generasi pelapis ini menjadi pemangkin kepada

kemajuan negara dan menjadi pelapis kepada kemimpinan alaf baru yang berupaya

menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing kepada negara. Penyampaian

pendidikan itu haruslah sempurna di mana segala kelengkapan haruslah disediakan

mengikut kesesuaian keperluan pelajar tersebut.

Maka dengan itu, sekolah merupakan tempat ataupun entiti fizikal bagi pelajar

untuk memperolehi pengalaman (Rivlin dan Weinstein, 1995). Ia adalah tempat

untuk mereka mempelajari sesuatu yang baru. Fasiliti di sesebuah sekolah

mempengaruhi pembelajaran seseorang pelajar itu. Fasiliti adalah penting di sekolah

Page 12: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

3

terutamanya bagi pelajar yang memerlukan keperluan khas. Mereka memerlukan

fasiliti itu untuk mereka bergerak bebas. Pelajar berkepeluan khas perlu berasa selesa,

selamat dan terkawal bagi menerima pelajaran. Menurut Brown (1998), penting untuk

mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan mereka berinteraksi dan

mendapat pendidikan serta memberi kemudahan untuk mereka berhadapan dengan

dunia sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, pelajar kurang upaya selalunya

menjadi satu kelompok yang ketinggalan di dalam masyarakat. Walaupun rangka

kerja hak asasi manusia telah di buat, golongan OKU jarang mendapat manfaat

daripada rangka hak asasi tersebut. Organisasi perlu menitikberatkan sistem

perkhidmatannya bagi menjamin kepuasan pelanggan dalaman dan juga luaran. Ini

kerana kepuasan pengguna atau pelanggan merupakan satu elemen pemasaran yang

penting dalam menentukan mutu produk dan perkhidmatan yang di sediakan oleh

organisasi (Dzuhaldi Sapari, 2010). Dalam konteks pendidikan pelanggan bermaksud

pelajar.

Di Malaysia pelajar-pelajar OKU ini di tempatkan di bahagian pendidikan

khas melainkan pelajar cacat anggota yang tiada masalah mental di letak di sekolah

beraliran perdana bersama pelajar-pelajar normal yang lain. Pelajar OKU memerlukan

fasiliti-fasiliti bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian di sekolah.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan beberapa buah sekolah

untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan memperbanyakkan lagi program integrasi

di sekolah-sekolah biasa (beraliran perdana).

Pelbagai usaha kerajaan untuk membantu golongan tersebut agar tidak

ketinggalan. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mementingkan kebajikan

OKU ini. Kementerian Pelajaran Malaysia pada Rancangan Malaysia ke 9 telah

mengumumkan sebanyak 100 buah sekolah yang bakal di bina akan dilengkapi

pelbagai kemudahan untuk murid kurang upaya. Antara kemudahan disediakan ialah

tandas khas, susur tangan, permukaan bertekstur dan kawasan tempat letak kereta

khas bagi golongan tersebut. Sebanyak RM 5 juta telah diperuntukkan bagi membina

kemudahan-kemudahan tersebut (Kosmo 2009). Selain itu, Kementerian juga

bercadang menyediakan kemudahan yang sama untuk pelajar kurang upaya di sekolah

menengah secara berperingkat kerana menyedari keperluan kemudahan asas itu di

sekolah berkenaan. Pembinaan kemudahan itu adalah sebahagian perancangan bagi

Page 13: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

4

memastikan pelajar kurang upaya dan keperluan khas memperoleh peluang sama rata

dalam bidang pendidikan. Justeru itu, pertimbangan sewajarnya terhadap penyediaan

kemudahan yang mesra OKU di sekolah khas dalam usaha merealisasikan konsep

pendidikan untuk semua dan kesamarataan dalam pendidikan melalui pelaksanaan

program pendidikan khas untuk pelajar kurang upaya perlulah di lakukan

(SUHAKAM 2006). Mempunyai tahap keupayaan yang kurang berbanding orang

biasa bukanlah halangan kepada orang kurang upaya untuk berdikari.

Walaupun begitu, kemudahan yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu pada

masa kini masih lagi belum mencukupi dimana masih terdapat sekolah-sekolah yang

tidak mempunyai kelengkapan khas bagi golongan tersebut. Walaupun jumlah pelajar

istimewa ini kurang satu peratus daripada populasi lima juta pelajar sekolah rendah

dan menengah, kemudahan terbaik haruslah disediakan untuk mereka bagi

memastikan mereka dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran yang telah

ditetapkan (Azizah Abd Gani, 2007). Kemudahan yang digunakan hendaklah mesra

pengguna sama ada untuk golongan orang kurang upaya atau tidak.

Fasiliti bagi pelajar OKU yang sedia ada juga terhad jenisnya di mana tidak

semua sekolah pendidikan khas menyediakan fasiliti yang telah ditetapkan. Fasiliti-

fasliti tersebut juga hanya meliputi beberapa kemudahan sahaja sepeti tandas, jalan

bertingkat dan ramp. Selain itu juga, bergerak di dalam suatu kawasan yang besar

merupakan satu halangan besar kepada golongan OKU cacat anggota dimana mereka

memerlukan bantuan untuk bergerak (Kenny, 2000). Pergerakan mereka terbatas dan

menyukarkan mereka menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Setiap

tingkat ataupun aras di sekolah seharusnya mempunyai fasiliti kemudahsampaian

yang menyeluruh dimana boleh di duduki oleh pelajar kurang upaya tidak kiralah

yang menggunakan kerusi roda mahupun tongkat.

Tambahan pula, menurut Egilson (2009), walaupun penyertaan pelajar kurang

upaya di sekolah telah lama wujud, tetapi reka bentuk bagi kebanyakan bangunan

sekolah masih lagi tertumpu kepada pelajar yang normal bukan yang mengalami

kecacatan. Halangan fizikal yang sering wujud adalah seperti jarak, penggunaan pintu

yang tidak sesuai, kemasan lantai, laluan bertekstur dan ramp. Ini menyebabkan

Page 14: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

5

pergerakan dan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti di sekolah terpatas kerana

pergerakan yang tidak dijangka, kelajuan dan jarak merupakan halangan kepada

mereka yang kelainan upaya fizikal seperti kelainan upaya anggota dan juga kelainan

upaya penglihatan. kebanyakan sekolah di negara ini adalah tidak mesra untuk pelajar

kelainan upaya. Sesetengah kelas berada di tingkat atas dalam menimbulkan masalah

kepada pelajar kelainan upaya, ibu bapa mahupun rakan-rakan yang menghantar

mereka ke kelas. Tambahan pula, kemudahan seperti tandas yang mesra OKU dan

ramp juga tidak di sediakan untuk pelajar kurang upaya (SUHAKAM, 2006).

Menurut Nor Rima (2002), penyediaan fasiliti bagi OKU juga tidak memenuhi

Kod Standard Amalan Malaysia dimana ia tidak menepati standard tetapi hanya

sesetengah fasiliti sahaja yang mematuhi keperluan minimum sahaja. Jika di luar

negara sekolah-sekolah bagi golongan pelajar ini diletakkan di bawah American

Disabilities Act 1990 dimana semua sekolah yang mempunyai pelajar OKU

hendaklah memenuhi reka bentuk yang telah di tetapkan. Ia dikukuhkan lagi dengan

kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (2010), mengatakan bahawa prasarana

bagi golongan OKU ini tidak mematuhi piawaian binaan mesra OKU sekaligus

menyukarkan golongan istimewa menggunakan kemudahan berkenaan.

Sementara itu, Stockard and Mayberry (1992) dalam kajiannya bersependapat

bahawa persekitaran fizikal tertentu di sekolah boleh mempengaruhi pencapaian

pelajar. Kenyataan ini turut disahkan oleh Hines (1996) yang mendapati pencapaian

pelajar adalah lebih baik apabila berada dalam persekitaran bangunan yang berkualiti.

Ini bermaksud jika kemudahan-kemudahan untuk OKU disediakan dengan

mencukupi, sudah pasti golongan OKU ini tidak akan menghadapi masalah dalam

menjalankan kehidupan seharian mereka dan memudahkan mereka untuk menjadi

pelajar yang cemerlang. Sehubungan itu, golongan ini berhak menikmati pelbagai

kemudahan persekitaran tanpa halangan selaras dengan objektif kementerian untuk

mewujudkan ’an inclusive, barrier-free and rights-based approach”.

Seharusnya mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu

normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional

kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding

Page 15: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

6

dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar

yang normal (Adam, 2003; Ali, 2007; Lokman, 2007).

Daripada beberapa masalah yang timbul, menunjukkan halangan fizikal

memberikan impak yang besar kepada golongan OKU di sekolah (Keny 2000). Ia

akan menganggu penglibatan aktiviti pelajar OKU di sekolah seperti interaksi di

antara pelajar dan juga aktiviti kurikulum pelajar.

Sehubungan dengan penyataan masalah diatas, terdapat beberapa persoalan yang

boleh ditimbulkan bagi membuat kajian ini. Persoalan yang timbul adalah:

a) Adakah fasiliti-fasiliti yang disediakan di sekolah memenuhi standard di

dalam Kod Amalan Malaysia bagi OKU?

b) Adakah kesemua elemen fasiliti yang disediakan memenuhi kepuasan pelajar

dalam menjalankan aktiviti harian di sekolah?

1.3 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai dua objektif, iaitu:

a) Menilai samada fasiliti-fasiliti yang di sediakan di dalam sekolah pendidikan

khas penglihatan memenuhi standard yang di nyatakan di dalam Kod Amalan

Malaysia bagi OKU.

b) Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap penyediaan fasiliti OKU

penglihatan yang di sediakan oleh sekolah pendidikan khas penglihatan.

Page 16: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

7

1.4 Skop Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, beberapa skop kajian telah digariskan bagi

memastikan objektif kajian tercapai. Skop kajian akan difokuskan kepada beberapa

perkara seperti berikut:

i. Kajian ini tertumpu kepada pelajar kelainan upaya penglihatan sahaja.

ii. Kajian ini hanya tertumpu kepada sekolah-sekolah Pendidikan Khas

Penglihatan sahaja.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian projek khas yang dijalankan akan memberikan manfaat dan faedah

kepada pihak-pihak tertentu. Diantara kepentingannya ialah:

a) Kementerian Pelajaran Malaysia

Kajian ini memberi kepentingan kepada kementerian dalam

membangunkan sekolah pendidikan khas yang mempunyai fasiliti yang

mencukupi agar para pelajar kurang upaya dapat menjalani kehidupan di

sekolah dengan selesa. Selain itu kementerian juga dapat mengenalpasti

kepentingan fasiliti tersebut terhadap pelajar-pelajar ini. Tambahan pula,

fasiliti-fasiliti yang disediakan memerlukan perbelanjaan yang besar maka

pihak sekolah boleh merancang peralatan yang sesuai bagi golongan

pelajar ini.

b) Badan-badan kebajikan

Kajian ini juga memberikan kepentingan kepada badan-badan kebajikan

dalam mengenalpasti fasiliti yang sesuai untuk di berikan kepada sekolah-

Page 17: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

8

sekolah. Selain itu juga dapat memberikan gambaran sebear fasiliti

ataupun kemudahan yang diperlukan oleh pelajar di sekolah.

c) Kepentingan ilmiah

Kajian ini akan memberikan sumber pengetahuan kepada pembaca dan

penulis mengenai OKU penglihatan dengan lebih mendalam. Pembaca

secara langsung akan memahami konsep dan juga masalah-masalah yang

di hadapi oleh OKU. Selain itu jua, Kajian ini akan menambahkan

khazanah ilmu berhubung dapatan kajian yang diperolehi di sekolah untuk

julung kalinya berbanding di universiti dan bangunan pejabat sebelum ini

1.6 Metodologi Kajian

Metodologi kajian adalah proses yang akan dilaksanakan bagi memastikan

kajian ini di lakukan secara terancang dan teratur. Proses penghasilan bagi kajian

ini merangkumi beberapa peringkat seperti yang di tunjukkan pada carta alir di rajah

1.1.

1.6.1 Peringkat Pertama

Peringkat pertama ini merupakan peringkat pengenalan dan pembentukan

rangka kerja penyelidikan. Ia dilakukan bagi memudahkan kajian yang akan di

jalankan. Pada peringkat ini proses mengenalpasti masalah yang timbul akan di

kenal pasti. Setelah itu penentuan objektif di lakukan berdasarkan masalah-masalah

yang wujud. Selain itu, kepentingan dan skop kajian akan dilakukan bagi

memastikan ia selari dengan masalah dan objektif kajian.

Page 18: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

9

1.6.2 Peringkat kedua: Kajian Literatur

Pada peringkat ini kajian literatur akan di kemukakan bagi menyokong

masalah yang timbul. Ia juga di lakukan bagi menjelaskan mengenai masalah kajian

dengan lebih teperinci. Kajian literatur ini akan menerangkan mengenai fasiliti-

fasiliti yang terdapat di sekolah pendidikan khas, definisi-definisi mengenai OKU,

Kod Amalan, alat-alat bantuan dan fasiliti-fasiliti yang terlibat serta perbincangan

kajian-kajian yang lepas.

1.6.3 Peringkat ketiga: Pengumpulan Data

Pada peringkat ini proses pengumpulan data, penganalisaan data dan

pembentangan data akan di lakukan. Ia akan di lakukan secara terperinci bagi

memastikan objektif kajian tercapai. Pengumpulan data yang terlibat merupakan

data sekunder dan data primer.

i) Data Primer

Data primer adalah data yang diperolehi terus daripada sumbernya.

Bagi tujuan penyelidikan ini, ia meliputi pemerhatian dan pengamatan

terhadap fasiliti-fasiliti untuk golongan pelajar kelainana upaya di

sekolah. Disamping itu juga temubual di lakukan terhadap pihak

pengurusan sekiolah mengenai dengan penyediaan fasiliti tertentu bagi

golongan ini.

ii) Data Sekunder

Manakala data sekunder diperolehi daripada bahan bacaan bercetak

seperti surat khabar, jurnal, majalah, kod amalan akses OKU dan

perangkaan-perangkaan yang dikumpulkan melalui kajian literatur dan

hasil lawatan ke kawasan kajian .

Page 19: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

10

1.6.4 Peringkat keempat : Penganalisan Data

Data-data yang dikumpulkan adalah berkaitan dengan fasiliti-fasiliti OKU

yang terdapat di sekolah di Malaysia. Responden adalah pelajar-pelajar OKU yang

bersekolah di kawasan kajian.

Bagi tujuan analisis penulis akan lebih menekankan kepada kerja-kerja

menjalankan analisis terhadap data yang diperolehi dan dikumpulkan. Data-data ini

akan dianalis dengan terperinci. Analsis yang dijalankan bagi kajian ini adalah

Analisis Frekuensi, Sisihan Piawai dan juga Analsis Skor Purata serta Analisis

Kandungan.

1.6.5 Peringkat kelima : Penemuan, cadangan dan rumusan

Ia dilakukan bagi menghasilkan keputusan yang memenuhi kehendak objektif-

objektif kajian tersebut. Kemudian, kesimpulan dan cadangan yang bersesuaian

terhadap kajian akan di lakukan.

1.7 Susunan Bab

Bagi memastikan kajian ini dilakukan secara terancang dan teratur, proses

penghasilan kajian dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:

1.7.1 Bab pertama: Pendahuluan

Bab pertama ini mengandungi perkara-perkara seperti penentuan tajuk

penulisan, masalah yang hendak diselesaikan, objektif kajian, kepentingan kajian,

skop kajian, metodologi kajian dan susunatur bab. Ia merupakan peringkat awalan

Page 20: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

11

bagi kawalan kajian yang ingin dijalankan. Pengumpulan maklumat yang dilakukan

pada peringkat ini dibuat melalui rujukan di akbar dan bahan penulisan lain.

1.7.2 Bab kedua: Fasiliti OKU di Sekolah

Bab ini merupakan bahagian teorikal.Pada bab ini akan diterangkan definisi-

definisi pusat OKU, kategori OKU, perundangan, kod-kod amalan yang di

gunapakai, fasiliti untuk OKU, perbincangan kajian-kajian yang lepas dan rumusan.

Disamping itu juga, penulis membuat perbincangan literatur berdasarkan kajian-

kajian yang telah dijalankan.

1.7.3 Bab ketiga: Metodologi Kajian

Di dalam bab ini memberikan penekanan kepada metodologi kajian iaitu

kaedah kajian yang di gunakan bagi mencapai objektif kajian.

1.7.4 Bab keempat: Kawasan Kajian

Di dalam bab ini akan diterangkan latar belakang kawasan kajian secara am.

Ia akan menerangkan mengenai lokasi kawasan kajian iaitu Sekolah Kebangsaan

Pendidikan Khas Penglihtan Jalan Batu, Sekolah Menengah Pendidikan Vokasional

Indahpura dan Sekolah Menenegah Pendidikan Khas Penglihatan Setapak. Tinjauan

juga dilakukan ke atas kawasan kajian untuk mengenal pasti fasiliti-fasiliti OKU

bagi sekolah tersebut. Persekitaran kawasan kajian di lihat seperti di kantin sekolah,

padang, bangunan dan kelas-kelas.

Page 21: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

12

1.7.5 Bab kelima: Penganalisisan data

Bab ini merupakan inti pati kepada keseluruhan kajian di mana analisis penuh

penyelidikan ini akan di bincangkan secara teliti. Pada bab ini data-data yang

dihasilkan adalah melalui pemerhatian dan juga pengedaran borang soal selidik

kepada pelajar-pelajar sekolah serta juga pembacaan. Data-data yang diperolehi

melalui soal selidik akan dianalisis menggunakan Analsis Frekuensi, Sisihan

Piawai dan Analisis Kandungan. Analisis yang dilakukan adalah bagi mencapai

objektif yang telah ditentukan. Data-data yang diperolehi hasil daripada

pemerhatian dan juga pengedaran borang soal-selidik akan di gunakan bagi tujuan

analisis dan di kaji secara terperinci bersarkan kesesuian objektif dan skop kajian.

1.7.6 Bab keenam: Penemuan, Cadangan dan Rumusan

Bab ini merupakan peringkat terakhir dalam kajian. Rumusan dan penemuan

adalah dibuat berdasarkan hasil daripada kajian yang dijalankan. Cadangan akan

dikemukan bagi kesinambungan pada kajian-kajian akan datang.

Page 22: Abstrak - eprints.utm.myeprints.utm.my/id/eprint/24987/1/SharifahHaslinaSamaldinMFKSG2010.pdf · 2.10.2 Reka bentuk bangunan Sekolah 45 2.10.3 Perundangan dan Polisi 46 2.11 Persekitaran

13

Rajah 1.1: Carta Alir Methodologi Kajian

a) Menilai samada fasiliti-fasiliti yang di sediakan di

dalam sekolah pendidikan khas penglihatan

memenuhi standard yang di nyatakan di dalam Kod

Amalan Malaysia bagi OKU.

b) Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap

penyediaan fasiliti OKU penglihatan yang di

sediakan oleh sekolah pendidikan khas

penglihatan.

c) yang disediakan di sekolah memenuhi keperluan

OKU

Peringkat 1

b) Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap

penyediaan fasiliti OKU penglihatan yang di

sediakan oleh sekolah pendidikan khas penglihatan.

Pengumpulan

Data

Skop Kajian i. Kajian ini terumpu kepada pelajar kurang upaya

penglihatan sahaja.

ii. Kajian ini hanya tertumpu kepada sekolah-sekolah

Pendidikan Khas Penglihatan sahaja

i.

Data Primer

Data diperolehi

daripada soal selidik,

senarai semak bagi

pemerhatian

Sekunder

Jurnal, Artikel, Kod Amalan

Malaysia, Laporan Perangkaan

Analisis Data i) Analisis Frekuensi

ii) Sisihan Piawai

iii) Skor Purata

iv) Analisis Kandungan

Kesimpulan dan

Cadangan

i) Kesimpulan terhadap objektif

yang hendak di capai.

ii) Cadangan dan kajian lanjutan

Kajian Literatur

Masalah Kemudahan ataupun fasiliti OKU yang tidak lengkap

di sekolah-sekolah

Objektif