documentaa

2
ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kemahiran menulis karangan berformat iaitu surat kiriman tidak rasmi dalam kalangan murid Tahun 4. Kajian ini dijalankan terhadap 25 orang murid Tahun 4 Pintar di salah sebuah sekolah di Hulu Selangor. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berdasarkan Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Instrumen yang digunakan ialah analisis dokumen, soal selidik, ujian dan temu bual.Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa murid tidak dapat menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang betul.Kajian tindakan yang dijalankan melibatkan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi. Kajian ini dijalankan dalam tempoh 4 minggu. Analisis dapatan ujian akhir mendapati seramai 4 orang murid (16%) mendapat pencapaian cemerlang, 7 orang murid ( 28%) orang murid mendapat pencapaian tahap baik, dan 14 orang murid (56%) mendapat pencapaian tahap memuaskan. Pencapaian ini berbeza dengan pencapaian murid dalam ujian awal iaitu seramai 7 orang murid (28%) mendapat pencapaian tahap minimum dan 18 orang murid (72 %) mendapat pencapaian tahap memuaskan. Dapatan soal selidik dan temu bual menunjukkan bahawa pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi dapat membantu murid untuk menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang betul. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model dapat membantu meningkatkan

Upload: ruzina

Post on 07-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

aa

TRANSCRIPT

Page 1: Documentaa

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kemahiran menulis karangan berformat iaitu surat kiriman tidak rasmi dalam kalangan murid Tahun 4. Kajian ini dijalankan terhadap 25 orang murid Tahun 4 Pintar di salah sebuah sekolah di Hulu Selangor. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berdasarkan Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Instrumen yang digunakan ialah analisis dokumen, soal selidik, ujian dan temu bual.Hasil tinjauan awal menunjukkan bahawa murid tidak dapat menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang betul.Kajian tindakan yang dijalankan melibatkan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi. Kajian ini dijalankan dalam tempoh 4 minggu. Analisis dapatan ujian akhir mendapati seramai 4 orang murid (16%) mendapat pencapaian cemerlang, 7 orang murid ( 28%) orang murid mendapat pencapaian tahap baik, dan 14 orang murid (56%) mendapat pencapaian tahap memuaskan. Pencapaian ini berbeza dengan pencapaian murid dalam ujian awal iaitu seramai 7 orang murid (28%) mendapat pencapaian tahap minimum dan 18 orang murid (72 %) mendapat pencapaian tahap memuaskan. Dapatan soal selidik dan temu bual menunjukkan bahawa pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi dapat membantu murid untuk menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang betul. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis karangan surat kiriman tidak rasmi. Pengaplikasian Formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model juga dapat digunakan untuk karangan jenis format yang lain untuk meningkatkan kecekapan kemahiran menulis dengan lebih baik.