aa301 – manusia dan masyarakat

26
MANUSIA & MASYARAKAT Disediakan oleh : Asnuurien Najma Binti Ahmad Pensyarah Unit Pendidikan Islam & Moral Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau ©ANAJ © [email protected]

Upload: asnuurien-najma

Post on 22-Jun-2015

320 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

MANUSIA & MASYARAKAT

Disediakan oleh :

Asnuurien Najma Binti Ahmad Pensyarah Unit Pendidikan Islam & Moral

Jabatan Pengajian Am Politeknik Merlimau

©ANAJ © [email protected]

Page 2: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Sebutan manusia dalam al-Quran : an-nas dan al-basyar.

Iaitu merupakan haiwan yang dapat berfikir dan bertutur.

Dalam ilmu mantiq disebut haiwan nut natiq

Page 3: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Kejadian manusia menurut al-quran dengan 4 cara :

a) Manusia dicipta daripada tanah. “Nabi Adam a.s telah dicipta dari tanah liat”

( Surah al-Hijr : 26 ) b)Dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki .“Siti Hawa

telah dicipta dari tulang rusuk Nabi Adam a.s” ( Surah an-Nisaa:

1) c)“Nabi Isa a.s. telah dicipta tanpa bapa.” ( Surah Maryam: 34) d)Dari setitis air mani “Manusia biasa dicipta

melalui proses yang memerlukan cantuman mani dalam rahim manusia.

( Surah al-Qiamah: 37-40)

Page 4: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Kejadian Manusia Pada Pandangan Sains

Merujuk kepada pencantuman air mani dalam rahim sebagaimana yang telah dihuraikan dalam al-Quran.

Ada juga teori yang dikeluarkan oleh pendapat

lain iaitu Charles Darwin, Jean Baptiste Come de Lamarck.

Memperkenalkan teori evolusi yang berakhir

dengan pembuktian bahawa manusia adalah berasal daripada monyet.

Page 5: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Peringkat pembentukan bayi dalam rahim:

1. Talaqaih (Permanian)

2. Al-’Alaqah. ( segumpal darah )

3. Al-Mudghah ( seketul daging )

4. Pembentukan tulang dan daging.

5. Organ dan roh peringkat akhir dalam proses pembentukan bayi dalam rahim ibu.

Page 6: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Proses kejadian manusia menurut al-Quran

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Page 7: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti, manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

Page 8: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

A- Sperma B-Sperma menembusi ovum

Page 9: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud : “Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah

dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah.

Page 10: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

sesuatu yang bergantung atau melekat

pacat atau lintah

suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

Page 11: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Peringkat Ketiga

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu

menjadi seketul daging“ al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain.

Page 12: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.

Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri.

Jantung bayi pula mula berdengup.

Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

Page 13: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Peringkat keempat

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud : "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah

itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

Page 14: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks.

Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf,

otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan.

Begitu juga dengan organ pembiakan,

kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh.

Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin

sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

Page 15: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Janin pada usia 12 minggu

Page 16: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Peringkat Kelima

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku.

Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.

Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya kuku-kukunya pun mula tumbuh.

Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.

Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Page 17: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Janin mendapat makanan melalui uri

Page 18: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Peringkat Keenam NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke

dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini

berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.

Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam

rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah

proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.

Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu

untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

Page 19: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Kelahiran bayi dan anda…..

Page 20: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT
Page 21: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT
Page 22: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Pengertian manusia menurut Islam

Manusia sebagai ‘Makhluk Mukalaf’ (makhluk yang mempunyai tanggungjawab atau dibebankan dengan beberapa kewajipan).

Makhluk : ertinya diciptakan. Mukalaf : ertinya dipertanggungjawabkan. Dapat dilihat dalam al-Quran : “Sesungguhnya Aku (Allah) akan menciptakan manusia dari tanah, maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya, dan Ku tiupkan roh dari Ku,maka hendaklah Kamu (Malaikat) sujud kepadanya” ( Surah as-Sad : 71 – 72 )

Page 23: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

sambungan

Disebut juga Insan / An Nas (Lupa) Salah satu sifat manusia pada setiap

individu. Sifat pertama kalinya yang dimiliki

oleh Adam kerana beliau lupa pada janjinya terhadap Allah

Firman Allah Maksudnya : “Dan sesungguhnya telah

Kami perintahkan Adam dahulu maka ia lupa perintah itu dan Kami tidak dapati padanya kemahuan yang kuat”. (Taha : 15)

Page 24: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Ciri-ciri keistimewaan manusia :

Kesempurnaan sifat fizikal dan rohani. Allah swt menegaskan tentang kesempurnaan kejadian dalam firman-Nya yang bermaksud :

“Sesungguhnya telah Kami (Allah) ciptakan golongan manusia itu dalam sebaik-baik cara dan bentuk yang bersesuaian dengan keadaannya.

( Surah at-Tiin:4)

Page 25: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Akal

1. Manusia adalah makhluk yang amat

istimewa kerana dikurniakan akal untuk berfikir dan melaksanakan tanggungjawab.

2. Akal juga adalah untuk membezakan manusia dengan haiwan.

3. Mengangkat darjat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat.

Page 26: AA301 – MANUSIA DAN MASYARAKAT

Alam dicipta untuk manusia.

1. Allah menjadikan langit, bumi, gunung-

ganang, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan khusus untuk manusia.

2. Allah juga meminta manusia berfikir tentang kejadian-kejadian tersebut bagi membuktikan kewujudan Allah dan keagungan-Nya.

3. Manusia juga mesti memahami, mengawasi alam ini, tunduk dan patuh kepada-Nya.