persepsi masyarakat terhadap imej saintis dan … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia...

21
i PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN KEFAHAMAN MASYARAKAT TENTANG SAINS FLORINA JOANE ANAK MA’OD Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Mei 2009

Upload: others

Post on 23-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

i

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN

KEFAHAMAN MASYARAKAT TENTANG SAINS

FLORINA JOANE ANAK MA’OD

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mei 2009

Page 2: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

ii

“Saya akui karya ini yang bertajuk “Persepsi Masyarakat Terhadap Imej Saintis dan

Kefahaman Masyarakat Tentang Sains” ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………

Nama Penulis : ………………………

Tarikh : ………………………

Page 3: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

iii

DEDIKASI

Buat ayah yang dihormati,

Ma’od Anak Rejop

Dan ibu yang tersayang,

Pe’e Anak Sejep

Segala jasa dan pengorbanan ibu dan ayah yang telah bersusah payah mencari rezeki

dan mendidik anakmu ini agar menjadi manusia yang berguna.

Buat abang-abang, kakak ipar dan adik yang dikasihi selalu,

Zehnder, Garry, Ann dan Bruce Raphael

Segala kerinduan, kesabaran, dorongan serta doa kalian amatlah dihargai.

Kejayaan ini adalah milik bersama.

Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan,

Persahabatan kalian akan dikenang selalu.

Page 4: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan yang maha esa denga rahmat yang diberikan dengan

siapnya laporan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Di kesempatan ini, penulis ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan

kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Professor Madya Dr. Mohammad Yusof Bin

Hj. Arshad di atas segala bimbingan, dorongan, perbincangan serta nasihat yang

diberikan dari bermulanya penyelidikan ini dijalankan sehingga laporan Projek

Sarjana Muda ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Terima kasih tidak terhingga ditujukan kepada masyarakat di daerah

Kuching, Sarawak di atas kesudian untuk menjadi responden kepada Projek Sarjana

Muda ini.

Buat ahli keluarga serta rakan-rakan seperjuangan, terima kasih di atas

sokongan yang diberikan. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu penulis menjayakan

projek penyelidikan ini.

FLORINA JOANE ANAK MA’OD

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 5: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi masyarakat

terhadap imej saintis dan kefahaman masyarakat tentang sains. Seramai 155 orang

responden yang berlainan jantina, kawasan kediaman, sektor pekerjaan dan tahap

pendidikan. Kajian ini menggunakan instrumen kajian berbentuk soal selidik

mengenai kefahaman tentang sains dan ‘Draw-a-Scientist-Test’ (DAST) bagi

mengkaji persepsi masyarakat terhadap imej saintis. Analisis dilakukan secara

berkomputer dengan menggunakan program SPSS versi 10.0. Keputusan mendapati

persepsi masyarakat terhadap imej saintis masih lagi stereotaip namun imej saintis

yang lebih positif ditonjolkan. Keputusan juga mendapati bahawa kefahaman

masyarakat tentang sains masih lagi berada di tahap sederhana dengan peratusan

purata 65.32%. Oleh yang demikian, hasil penyelidikan ini merumuskan bahawa

persepsi masyarakat terhadap imej saintis masih lagi stereotaip dan kefahaman

masyarakat tentang sains adalah sederhana.

Page 6: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify; the public’s perception towards

scientist image and the public understanding on science. The subjects of the study

were 155 public respondents within Kuching area. The variables for this study are

the gender, location of respondent, occupation domain and educational background.

This study used questionnaires to investigate public’s understanding on science and

Draw-A-Scientist Test to investigate public’s perception towards scientist image.

Data analyses were carried using Statistical Packages for Social Science (SPSS)

version 10.0. The result of the study showed that public’s perception towards

scientist image was still stereotypical and toward positively characteristics. The

study also showed that public’s understanding on science is still in the moderate

level with the average percentage of 65.32%. As a conclusion, public’s perceptions

towards scientist image were stereotypical and the public’s understandings were

moderate.

Page 7: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI GAMBAR RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Masyarakat 8

1.6.2 Media Massa 9

1.7 Batasan Kajian 9

1.7.1 Lokasi 9

1.7.2 Sampel Kajian 10

1.8 Terminologi 10

1.8(a) Persepsi 10

1.8(b) Masyarakat 10

1.8(c) Imej 11

Page 8: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

viii

1.8(d) Sains dan Saintis 11

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kefahaman Masyarakat Tentang Sains 12

2.3 Persepsi Masyarakat Terhadap Imej Saintis 15

2.4 Rumusan 18

3 METODOLOGI 19

3.1 Pengenalan 19

3.2 Rekabentuk Kajian 19

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 20

3.4 Instrumen Kajian 20

3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 20

3.4.2 Bahagian B: Persepsi Terhadap Imej Saintis dan

Kefahaman Tentang Sains 24

3.5 Analisis Data 25

3.6 Kajian Rintis 26

4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 28

4.1 Pengenalan 28

4.2 Persepsi Masyarakat Terhadap Imej Saintis 28

4.2.1 Persepsi Masyarakat Terhadap Imej Saintis

Berdasarkan Jantina 28

4.2.2 Persepsi Masyarakat Terhadap Imej Saintis

Berdasarkan Kawasan Kediaman 31

4.2.3 Persepsi Masyarakat Terhadap Imej Saintis

Berdasarkan Sektor Pekerjaan 33

4.2.4 Persepsi Masyarakat Terhadap Imej Saintis

Berdasarkan Tahap Pendidikan 36

4.3 Kefahaman Tentang Sains 38

4.3.1 Kefahaman Masyarakat Tentang Sains Dalam

Bidang Perubatan 39

Page 9: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

ix

4.3.2 Kefahaman Masyarakat Tentang Sains Dalam

Bidang Sains Fizikal 41

4.3.3 Kefahaman Masyarakat Tentang Sains Dalam

Bidang Sains Biologikal 45

5 KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 48

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan dan Implikasi 48

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 49

5.4 Kesimpulan 50

RUJUKAN 52

LAMPIRAN 56

Page 10: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual kekerapan responden berdasarkan jantina 21

3.2 Jadual kekerapan responden berdasarkan kawasan

kediaman 21

3.3 Jadual kekerapan responden berdasarkan sektor

pekerjaan 22

3.4 Jadual kekerapan responden berdasarkan pengalaman

bekerja 22

3.5 Jadual kekerapan responden berdasarkan pendapatan

sebulan 23

3.6 Jadual kekerapan responden berdasarkan tahap

pendidikan 23

3.7 Jadual taburan bilangan item bagi setiap bidang sains 25

3.8 Jadual skor markah bagi item kefahaman masyarakat

tentang sains 26

3.9 Jadual penentu tahap 26

4.1 Jadual persepsi masyarakat terhadap imej saintis

berdasarkan jantina 28

4.2 Jadual persepsi masyarakat terhadap imej saintis

berdasarkan kawasan kediaman 30

4.3 Jadual persepsi masyarakat terhadap imej saintis

berdasarkan sektor pekerjaan 32

4.4 Jadual persepsi masyarakat terhadap imej saintis

berdasarkan tahap pendidikan 35

4.5 Jadual kefahaman masyarakat tentang sains dalam

bidang perubatan 38

4.6 Jadual kefahaman masyarakat tentang sains dalam

Page 11: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

xi

bidang sains fizikal 40

4.7 Jadual kefahaman masyarakat tentang sains dalam

bidang sains biologikal 43

Page 12: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

xii

SENARAI GAMBAR RAJAH

NO. GAMBAR TAJUK MUKA SURAT

RAJAH

1 Carta organisasi bagi cabang sains 2

2 Carta persepsi masyarakat terhadap imej saintis

berdasarkan jantina 29

3 Carta persepsi masyarakat terhadap imej saintis

berdasarkan kawasan kediaman 31

4 Carta persepsi masyarakat terhadap imej saintis

berdasarkan sektor pekerjaan 33

5 Carta persepsi masyarakat terhadap imej saintis

berdasarkan tahap pendidikan 36

6 Carta kefahaman masyarakat tentang sains dalam

bidang perubatan 39

7 Carta kefahaman masyarakat tentang sains dalam

bidang sains fizikal 42

8 Carta kefahaman masyarakat tentang sains dalam

bidang sains biologikal 44

Page 13: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 54

B Jadual Gerak Kerja 63

Page 14: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pada zaman serba moden masa kini, sains seringkali dikaitkan dengan

kehidupan harian masyarakat kita. Sains mempunyai pelbagai definisi mengikut

pemahaman seseorang terhadap sains itu sendiri. Perkataan sains misalnya

diterbitkan dari perkataan Latin ‘scientia’ yang bermaksud pengetahuan.

Pengetahuan di sini bukan sekadar pengetahuan teori semata-mata malah ia

melibatkan pemahaman, perkaitan serta kebolehan seseorang untuk menerangkan

fakta yang diperoleh dengan lebih terperinci. Sains juga adalah satu bidang

pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan

pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan pemerhatian terhadap alam sekitar

kita secara fizikal mahupun secara biologi.

Sains diklasifikasikan kepada pelbagai bidang bergantung kepada cara kita

memfokuskan pandangan kita terhadap persekitaran. Sains boleh di bahagikan

kepada sains alam semulajadi (natural science), sains sosial (social science) dan juga

sains kemanusiaan (humanity). Dalam kajian ini, fokus diberikan kepada sains

semulajadi (natural science) yang terdiri daripada sains fizikal (physical science) dan

sains biologi (biological science). Sains fizikal merupakan ilmu sains mengenai

alam dan tenaga manakala sains biologi merupakan ilmu berkaitan dengan

organisma hidup. Cabang sains ini diringkaskan kepada carta organisasi seperti pada

Rajah 1:

Page 15: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

2

Rajah 1 : Carta organisasi bagi cabang sains

(Dipetik dari Figure 1-1 Organizational chart for the natural sciences with detailed

emphasis on chemistry, Chemistry and Society, 5th

edition, 1987, page 2)

Sejajar dengan perkembangan negara yang kini sedang mengorak langkah ke

arah mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020, masyarakat kita juga

perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu sains dan teknologi.

Bagi mencapai taraf seperti yang dinyatakan dalam wawasan 2020, negara

memerlukan ramai ahli masyarakat yang berfikiran saintifik terlatih dalam bidang

sains dan teknologi. Pendidikan sains memainkan peranan yang penting ke arah

REQUIRE

MATHEMATICS

Biochemistry

Chemical

Physics

Analysis Carbon

compounds

Energy

changes

Non-carbon

chemistry

Analytical Inorganic Organic Physical

Function Environment Heredity Biology

structure

Microscopic

form

Physiology Ecology Genetics Molecular Microbiology

Page 16: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

3

pembentukan masyarakat yang celik sains (Abu Hassan,1999). Sejajar dengan itu,

KBSM dibina untuk melahirkan warganegara yang berasas pengetahuan sains dan

berkemahiran saintifik ke arah membentuk masyarakat yang mengamalkan budaya

sains dan teknologi (Abu Hassan & Meor Ibrahim, 1997). Oleh itu, kajian ini

dijalankankan bagi mengenalpasti tahap kefahaman masyarakat tentang sains dan

sekaligus meninjau persepsi masyarakat terhadap imej saintis. Ilmu sains berkait

rapat dengan persepsi masyarakat terhadap saintis. Persepsi yang baik terhadap

saintis akan mempengaruhi minat dan kefahaman masyarakat terhadap sains. Sains

dan teknologi beransur-ansur mengubah dan mempengaruhi kehidupan manusia

semenjak zaman nenek moyang sehinggalah masa kini. Masyarakat kita seharusnya

telahpun mengikis persepsi sains yang menganggap sains adalah sesuatu yang

misteri dan penuh dengan magik kepada sesuatu yang lebih positif dan logik.

Sains serta saintis berkaitan di antara satu sama lain. Saintis ataupun ahli

sains secara amnya, merujuk kepada seseorang yang terlibat dengan aktiviti yang

sistematik untuk memperoleh ilmu. Dalam ertikata lain, saintis juga merujuk kepada

ahli falsafah semulajadi atau “men of science” yang memberikan gambaran bahawa

saintis adalah individu yang berilmu pengetahuan sains. Pada tahun 1833, William

Whewell menggunakan saintis untuk merujuk kepada seseorang yang pakar dalam

pembelajaran alam semulajadi namun tidak diterima ramai sehingga abad ke 19.

Sungguhpun gambaran terhadap seseorang saintis selalunya adalah stereotaip,

pengetahuan sains yang lebih meluas seharusnya boleh mengubah persepsi tersebut

kepada yang lebih positif. Saintis masa kini bukan sahaja terdiri daripada lelaki

malah golongan wanita juga telah mula menceburkan diri dalam bidang ini dan

kehidupan sosial para saintis tidak jauh berbeza dengan individu lain.

Pendedahan para saintis oleh pihak media pada masa kini masih kurang

meluas. Malah media lebih cenderung untuk menyiarkan imej stereotaip saintis yang

negatif dan mengetepikan personaliti sebenar ahli-ahli sains. Ini adalah kerana

rancangan yang berunsur pendidikan sains pada masa kini kurang mendapat

perhatian masyarakat. Oleh yang demikian, masyarakat kita seharusnya lebih peka

terhadap isu-isu yang melibatkan sains dan teknologi.

Page 17: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

4

Bagi seseorang pelajar, sekiranya mereka meminati matapelajaran sains serta

boleh menguasainya, kecenderungan untuk pelajar ini memilih kerjaya saintis juga

adalah tinggi. Buku teks sains turut membantu dalam mendorong para pelajar agar

mencontohi para saintis serta memberikan gambaran positif saintis seperti

mempunyai sifat ingin tahu, rajin, dan berkeyakinan. Matlamat penceritaan tentang

para saintis ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar serta masyarakat

terhadap sumbangan serta pencapaian para saintis kepada perkembangan negara.

Selain itu juga, usaha ini adalah untuk menyedarkan masyarakat serta pelajar betapa

besarnya sumbangan para saintis dan mendorong para pelajar agar lebih berminat

untuk mempelajari matapelajaran sains. Pada masa kini, pengetahuan serta aplikasi

sains dan teknologi adalah amat penting selaras dengan pembangunan negara yang

kian pesat bagi mencapai wawasan 2020.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masyarakat kini hidup dalam kelompok yang peka terhadap imej. Ahli

sukan, para doktor, bomba, ahli politik malah saintis juga memiliki imej tersendiri.

Namun begitu, persepsi tentang imej saintis masih lagi berada dalam pemikiran

tampuk lama. Menurut Haynes(1995), sepanjang tempoh 500 tahun ini, masyarakat

kita telahpun memiliki imej stereotaip saintis. Sehingga kini, masyarakat masih lagi

memberikan imej stereotaip saintis seperti lelaki berkot di makmal, berkaca mata,

berjambang dan juga tidak mesra. Daripada kajian yang terbaru (Barman, 1997),

1504 responden dari 23 negeri District of Columbia serta 3 negara lain mendapati

bahawa para pelajar masih memberikan persepsi bahawa saintis adalah lelaki

berkulit putih berkot di makmal, berkaca mata, serta wajah berjambang. Malah, imej

stereotaip “mad-scientist” para saintis telah didokumentasikan melalui beberapa

kajian seperti ujikaji “draw-a-scientist”(Chamber, 1983). Walaupun imej-imej yang

digambarkan ini adakalanya tidak tepat, ia tetap memberikan impak yang penting

yang menjurus kepada pemahaman kita terhadap peranan yang dimainkan oleh

kelompok sebegini. Seharusnya, imej saintis yang positif seperti sumbangan para

saintis kepada perkembangan negara diketengahkan agar persepsi yang negatif ini

dapat dikurangkan.

Page 18: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

5

It is partially important for students to have positive images and attitudes

towards scientists when they need to make decisions about their future

careers.

(Kelly, 1987)

Selain itu, para saintis juga dilihat sebagai orang yang menakutkan dan juga

dikategorikan sebagai orang jahat sekiranya mereka berpakaian tidak senonoh,

rambut tidak terurus, bermuka cengkung dan bermata merah. Imej-imej negatif yang

ditonjolkan ini berkemungkinan besar dipengaruhi oleh watak dalam cerita seperti

Norman Osborn (Green Goblin) dalam siri popular Spiderman, Dr Lex Luthor dalam

Superman dan sebagainya. Saintis-saintis dalam siri cerita ini adalah saintis yang

jahat, kejam, tidak berperikemanusiaan, tidak bermoral dan tidak berhati perut.

Watak-watak sebegini sedikit sebanyak menyumbang kepada persepsi imej saintis

yang tidak menarik. Para saintis seringkali digambarkan secara visual dan verbal

melalui televisyen, fiksyen dan juga melalui buku teks terutamanya kepada pelajar.

Kebiasaannya, persepsi yang diperoleh ini secara tidak langsung akan mempengaruhi

minat para pelajar untuk mempelajari matapelajaran sains dan menceburkan diri

dalam pekerjaan yang melibatkan sains.

Pada masa kini, sains merupakan asas dalam kehidupan masyarakat kita.

Setiap pekerjaan yang dilakukan pasti melibatkan sains dan teknologi. Namun

begitu, pengetahuan masyarakat kita terhadap ilmu sains masih terlalu cetek.

Kebanyakan masyarakat kita masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang fakta

sains serta konsepnya malah turut tidak memiliki kefahaman tentang proses sains

yang berlaku di sekeliling mereka. Pada masa kini, bilangan yang memiliki

pengetahuan asas sains masih rendah malah turut dirasai oleh masyarakat di Amerika

Syarikat. Majoriti masyarakat memiliki pengetahuan yang sedikit . Ini adalah kerana

ramai yang tahu bahawa Bumi beredar mengelilingi matahari tetapi tidak tahu

definisi molekul. Adalah penting bagi masyarakat kita mempunyai pengetahuan asas

tentang sains dan juga konsepnya. Masyarakat yang telahpun mempunyai

pengetahuan asas sains akan lebih mudah untuk mengikuti laporan berita yang

melibatkan sains dan terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan yang berasaskan isu-isu

sains semasa. Menurut Maienschein(1999) dalam Public Attitudes about Science-

Page 19: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

6

Related issues, adalah penting untuk masyarakat bukan sekadar mengikuti isu

berkaitan dengan sains, malah turut menilai kesahihan setiap maklumat dan

melibatkan diri dalam kegiatan politik

Bagi masyarakat di Amerika Syarikat dan Eropah, kajian mengenai

pengetahuan asas mengenai sains dan teknologi bukan lagi perkara aneh kerana

banyak kajian yang telah dilakukan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti

kefahaman serta pengetahuan masyarakat kita tentang sains. Menurut hasil kajian

yang dijalankan oleh NSF pada tahun 2001, kuiz yang direka khas bagi menguji

pengetahuan sains masyarakat Amerika dan Eropah, tidak seorang pun responden

yang memperoleh markah yang tinggi. Kedua-dua kelompok masyarakat tersebut

diuji dengan 13 soalan yang sama. Secara purata, masyarakat Amerika menjawab 8.2

soalan dengan tepat berbanding masyarakat Eropah yang hanya menjawab 7.8 soalan

dengan tepat. Dengan keputusan ini, masyarakat Amerika mendapat markah melalui

7 soalan betul berbanding masyarakat Eropah. Keputusan yang diperoleh ini

menunjukkan bahawa masyarakat negara maju dan membangun seperti Amerika

Syarikat dan Eropah juga memberikan tahap kefahaman tentang sains yang

sederhana.

1.3 Pernyataan Masalah

Walaupun negara semakin hari semakin pesat membangun, masih terdapat

segelintir masyarakat masa kini yang memiliki pemikiran di tampuk lama. Ini

dibuktikan melalui kajian sebelum ini terutamanya mengenai persepsi terhadap imej

saintis. Ini adalah kerana sehingga sekarang masyarakat masih lagi memberikan

imej stereotaip dan juga imej yang negatif terhadap golongan saintis. Walaupun

negara menekankan kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan masa kini,

persepsi ini masih tidak juga berubah. Persepsi negatif yang diberikan akan secara

tidak langsung mempengaruhi pemikiran masyarakat muda terutama kanak-kanak

berikutan pendedahan dari ibubapa masing-masing. Ini juga akan menjurus kepada

minat kanak-kanak dan golongan remaja dalam mempelajari matapelajaran sains.

Persepsi negatif pastinya akan menyebabkan kanak-kanak dan remaja tidak meminati

Page 20: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

7

matapelajaran sains seterusnya menyebabkan tahap penguasaan mereka terhadap

matapelajaran tersebut jauh lebih rendah berbanding matapelajaran yang lain. Selain

itu, kecenderungan golongan muda ini untuk memilih pekerjaan berasaskan sains

juga akan semakin menurun.

Sesungguhnya, ilmu asas sains adalah amat penting dewasa ini. Walaupun

begitu, masih terdapat masyarakat kita yang memiliki kefahaman yang rendah

tentang sains. Dalam keadaan negara yang sedang membangun ini, cuma terdapat

segelintir masyarakat sahaja yang mempunyai kefahaman tentang sains yang agak

baik. Pemahaman tentang sains adalah amat penting pada masa kini berikutan

banyak teknologi yang dicipta memerlukan pengetahuan asas tentang sains bagi

membolehkan sesuatu teknologi itu berfungsi. Selain itu kefahaman tentang sains ini

juga akan memudahkan kita untuk mengikuti sesuatu rancangan melalui media

massa yang berkaitan dengan sains dan menggunakan konsep sains dalam usaha

untuk memahami keseluruhan isi rancangan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:-

(i) mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap imej saintis.

(ii) mengenalpasti kefahaman masyarakat tentang sains.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji persepsi masyarakat masa kini

terhadap imej saintis serta untuk menguji sejauhmana kefahaman masyarakat

terhadap sains serta kepentingan-kepentingan sains dalam kehidupan seharian.

Page 21: PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP IMEJ SAINTIS DAN … · pengetahuan yang melibatkan aktiviti manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan pemahaman sedia ada, sains berkait rapat dengan

8

Sehubungan dengan itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjawab persoalan-

persoalan berikut berdasarkan objektif yang telah dinyatakan:-

(i) Apakah persepsi masyarakat terhadap imej saintis berdasarkan jantina, tahap

pendidikan, sektor pekerjaan dan kawasan kediaman?

(ii) Sejauhmanakah kefahaman masyarakat tentang sains dalam bidang sains

perubatan, sains fizikal dan sains biologikal?