hermeneutik tafsir fazlur rahman dalam bab manusia anggota masyarakat major themes of the qur’an

40
HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT: MAJOR THEMES OF THE QUR’AN 1.0 Fazlur Rahman & ‘Major Themes of the Qur’an 1.1 Biodata Fazlur Rahman Fazlur Rahman Malik dilahirkan pada 21 September 1919 di Pakistan, di daerah Hazara, (anak benua India) yang sekarang terletak di sebelah barat laut Pakistan. Ayahnya Maulana Sahab al-Din, adalah seorang alim terkenal lulusan Deoband. Ayahnya sangat prihatin terhadap pendidikannya, terutama dalam hal mengaji dan menghafal al-Qur’an sehingga pada usianya masih sepuluh tahun dia sudah hafal al-Quran seluruhnya. Ayahnya juga sangat memperhatikan beliau dalam hal keagamaan dengan disiplin yang tinggi sehingga dirinya mampu menghadapi berbagai macam peradaban dan tentangan dalam kehidupannya yang moden. Dalam hal keperibadian, ibunya selalu mengajarkan tentang kejujuran, kasih sayang, dan hal lain yang bersifat konstruktif. Hal penting lainnya yang telah mempengaruhi pemikiran keagamaannya adalah bahawa dia dididik dalam sebuah keluarga dengan tradisi mazhab Hanafi(madrasah ahlu ra’yu). Selain itu, di India waktu itu telah berkembang pemikiran yang agak liberal seperti yang dikembangkan oleh Syah Waliullah, Sayid Ahmad Khan, Sir Sayid, Amir Ali, dan Muhammad Iqbal.(Fazlur Rahman, 1979)

Upload: oneluffy86

Post on 29-Jul-2015

105 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA

MASYARAKAT: MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

1.0 Fazlur Rahman & ‘Major Themes of the Qur’an

1.1 Biodata Fazlur Rahman

Fazlur Rahman Malik dilahirkan pada 21 September 1919 di Pakistan, di daerah Hazara, (anak

benua India) yang sekarang terletak di sebelah barat laut Pakistan. Ayahnya Maulana Sahab al-

Din, adalah seorang alim terkenal lulusan Deoband. Ayahnya sangat prihatin terhadap

pendidikannya, terutama dalam hal mengaji dan menghafal al-Qur’an sehingga pada usianya

masih sepuluh tahun dia sudah hafal al-Quran seluruhnya. Ayahnya juga sangat memperhatikan

beliau dalam hal keagamaan dengan disiplin yang tinggi sehingga dirinya mampu menghadapi

berbagai macam peradaban dan tentangan dalam kehidupannya yang moden. Dalam hal

keperibadian, ibunya selalu mengajarkan tentang kejujuran, kasih sayang, dan hal lain yang

bersifat konstruktif.

Hal penting lainnya yang telah mempengaruhi pemikiran keagamaannya adalah bahawa

dia dididik dalam sebuah keluarga dengan tradisi mazhab Hanafi(madrasah ahlu ra’yu). Selain

itu, di India waktu itu telah berkembang pemikiran yang agak liberal seperti yang dikembangkan

oleh Syah Waliullah, Sayid Ahmad Khan, Sir Sayid, Amir Ali, dan Muhammad Iqbal.(Fazlur

Rahman, 1979)

Mendapat Pendidikan awal di sekolah Islam Moden pada tahun 1933 sebelum menerima

Ijazah Kelas Pertama dari Universiti Punjab, Lahore, pada tahun 1942, dalam bidang Bahasa

Arab. Rahman berangkat ke Inggeris untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Oxford. Di

bawah bimbingan Profesor S. Van den Bergh dan H. A. R. Gibb, Rahman menyelesaikan

program Ph.D.-nya pada tahun 1949, dengan disertasi tentang Ibn Sina. Dua tahun kemudian

disertasinya tersebut diterbitkan oleh Oxford University Press dengan judul Avecinna’s

Psychology. Pada tahun 1959 karya suntingan Rahman dari Kitab al-Nafs karya Ibn Sina

diterbitkan juga di Oxford University Press dengan judul Avecinna’s De Anima.

Page 2: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

Penguasaan terhadap pelbagai bahasa, seperti bahasa Latin, Yunani, Inggris, Jerman,

Turki, Arab, dan Urdu yang dia pelajari sewaktu masih menempuh pendidikan di Oxford

University sangat membantu dirinya dalam memperdalam dan memperluas keilmuannya,

terutama dalam studi-studi Islam melalui penelusuran literatur-literatur keislaman yang ditulis

oleh para orientalis dalam bahasa mereka.

Setelah menyelesaikan kuliahnya di Universiti Oxford beliau menjadi pensyarah dalam

bidang Kajian Parsi dan Falsafah Islam di Universiti Durham dari tahun 1950 sehingga 1958,

sekaligus dia menyelesaikan karyanya yang berjudul Prophecy in Islam: Philosophy and

Ortodoxy.(Sustrisno, 2006) Pada tahun 1958, beliau dilantik sebagai Profesor Madya di Institute

of Islamic Studies, Universiti McGill, Montreal, dan kekal di sana sehingga tahun 1961.

Pada awal tahun 1960-an, Rahman pulang ke negerinya, Pakistan. Pada 1962, beliau

dilantik menjadi pengarah Central Institute of Islamic Research di Pakistan dan memegang

jawatan tersebut sehingga tahun 1968. Selama kepemimpinannya, lembaga ini berhasil

menerbitkan dua jurnal ilmiah, iaitu Islamic Studies dan Fikru-Nazhar (berbahasa Urdu). Ketika

masih menjawat jawatan sebagai pengarah Central Institute of Islamic Research, pada tahun

1964 dia dilantik sebagai anggota Dewan Penasihat Ideologi Islam Pemerintah Pakistan. Kerana

kedua tugas ini, dia terdorong untuk menafsirkan kembali Islam dalam istilah-istilah yang beliau

rasakan rasional dan Ilmiah untuk memenuhi keperluan masyarakat Pakistan. Jabatan yang

diduduki oleh Fazlur Rahman akhirnya menuai pelbagai reaksi. Para ulama tradisional menolak

jika Fazlur Rahman mendudukinya, ini disebabkan oleh latar belakang pendidikannya yang

ditempuh di Barat. Penentangan atas Fazlur Rahman akhirnya mencapai klimaksnya ketika

jurnal Fikru-Nazhr menerbitkan tulisannya yang kemudian menjadi dua bab pertama bukunya

yang berjudul Islam. Pada tulisan tersebut, Fazlur Rahman mengemukakan pemikiran

kontroversinya mengenai hakikat wahyu dan hubungannya dengan Muhammad s.a.w. Menurut

Fazlur Rahman, al-Qur’an sepenuhnya adalah kalam atau perkataan Allah swt, namun dalam erti

biasa, al-Qur’an juga merupakan perkataan Muhammad s.a.w.(Fazlur Rahman, 1965) Akibat

pernyataan-pernyataannya tersebut, Fazlur Rahman dinyatakan sebagai munkar Quran (orang

yang tidak percaya Al-Qur’an). Kontroversi dalam media masa Pakistan mengenai pemikiran

Fazlur Rahman tersebut berlalu hingga kurang lebih satu tahun, yang pada akhirnya kontroversi

Page 3: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

ini membawa pada gelombang demonstrasi massa dan mogok total di beberapa daerah Pakistan

pada September 1968.

Pada 1969, Fazlur Rahman meninggalkan Pakistan dan ditawarkan menjadi Profesor

Pemikiran Islam di Universiti Chicago dan pada tahun 1987 universiti berkenaan

menganugerahkan kepada beliau gelaran Harold H. Swift Distinguished Service Professor

sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang kesarjanaan. Beliau menjawat

jawatan sebagai Guru Besar kajian Islam dalam berbagai aspek di Department of Near Eastern

Languages and Civilization, University of Chicago. Universiti ini terkenal sebagai salah satu

pusat pengajian Islam terkemuka di Barat yang disebabkan oleh kredibiliti beliau sebagai Guru

Besarnya. Mata kuliah yang diberikan beliau di sisi antara lain ialah pemahaman al-Quran,

falsafah Islam, kajian-kajian tentang al-Ghazali, Ibn Taimiyah, Syeikh Waliyullah, Muhammad

Iqbal dan lain-lain.(Sustrisno, 2006)

Selain itu, di samping memberikan kuliah, Rahman aktif memimpin berbagai projek yang

dipimpin bersama dengan Prof. Leonard Binder, di antaranya adalah penelitian tentang Islam dan

perubahan sosial yang melibatkan banyak sarjana muda. Kajian yang dilakukan di negara

Pakistan, Mesir, Turki, Iran, Maghribi, dan Indonesia ini memusatkan perhatiannya pada lima

masalah pokok iaitu pendidikan agama dan perubahan peranan ulama dalam Islam, syariah dan

kemajuan ekonomi, keluarga dalam masyarakat dan hukum Islam masa kini, Islam dan masalah

legalistik politik, perubahan konsepsi-konsepsi statifikasi di dalam masyarakat Muslim masa

kini, dan lain-lain.

Pengarang bagi sepuluh buah buku dan ratusan makalah ini merupakan penerima

kesembilan anugerah ‘Levi Delia Vida’ bagi kesarjanaan Islam yang diberikan oleh University of

Chicago, Los Angeles.

Profesor Fazlur Rahman meninggal dunia pada 26 Jun 1988 ketika berumur 69 tahun

berikutan masalah yang timbul sewaktu pembedahan jantungnya.(Al-Mustaqeem Mahmod

Radhi&Khairul Anam Che Mentri, 2007)

Page 4: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

1.2 Komentar Ilmuwan terhadap Fazlur Rahman

Metodologi Fazlur Rahman dalam memahami al-Quran yang menekankan aspek sosio-historis

itulah yang memicu kontroversi luas di kalangan cendekiawan Muslim. Adalah menarik, apabila

salah satu pengkritik utama penggunaan metod hermeneutika tersebut adalah Prof. S.M.N. al-

Attas dan Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud (sahabat dan murid Fazlur Rahman). Dalam

bukunya The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib al-Attas: An

Exposition of the Original Concept of Islamization, Wan Mohd Nor menulis satu judul sub bab,

“Tafsir is not Hermeneutics”.

Ia menulis dalam bukunya tersebut: “Al-Attas is perhaps the first contemporary Muslim

scholar who has understood the unique nature of the Islamic science of tafsir and distinguishes it

from the Western concept and practice of hermeneutics, whether on Biblical sources or other

texts. In this respect al-Attas differs substantively from Fazlur Rahman and other modernist or

post modernist Muslims like Arkoun, Hassan Hanafi and A. Karim Shoroush.”(Wan Mohd Nor

Wan Daud, 1998)

Wan Mohd Nor Wan Daud didalam bukunya berpendapat bahawa metodologi

hermeneutik yang bersumberkan ideologi barat didalam mentafsirkan bible tidak sesuai untuk

digunakan didalam mentafsirkan al-Qur’an sepertimana yang dilakukan oleh Fazlur Rahman dan

modernis-modernis Islam yang lain.

Dalam kes inilah nampak keunikan posisi Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud. Meskipun

bergaul akrab dan sangat menghormati Fazlur Rahman, yang diakuinya sebagai guru dan

ilmuwan besar di abad ke-20, Wan Mohd Nor tidak segan-segan memberikan kritik yang sangat

tajam terhadap pemikiran Fazlur Rahman. Wan Mohd Nor menyatakan sependapat dengan

pemikiran Naquib al-Attas, bahwa tafsir benar-benar tidak sama dengan hermeneutika Yunani,

juga tidak sama dengan hermeneutika Kristian, dan tidak juga sama dengan ilmu interpretasi

kitab suci dari kultur dan agama lain.(Adiani Husaini, 2012)

Kritik Wan Mohd Nor terhadap penggunaan hermeneutika terhadap al-Quran sangat

mendasar. Sebab, kesan hermeneutika dalam penafsiran al-Quran berujung kepada relativisme

Tafsir; yakni tidak ada penafsiran final dalam masalah agama, akhlak, dan masalah keilmuan

lainnya.

Page 5: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

Ini jelas menunjukkan walaupun Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud merupakan

penuntut Fazlur Rahman semasa di Universiti Chicago, beliau sangat tidak bersetuju dengan

pembaharuan metod tafsir hermeneutik yang menjadi gagasan Fazlur Rahman.

Dr Ugi juga turut menyatakan “Apabila semua ini dikaitkan dengan kajian al-Qur’an,

maka akibatnya tidak ada kaum Muslimin yang mempunyai pemahaman yang sama mengenai

Al-Qur’an, karena semua pemahaman itu tergantung pada interpretasi masing-masing.” (Ugi

Suharto, 2004).

1.3 Major Themes of the Qur’an karya Fazlur Rahman

Fazlur Rahman dianggap sebagai tokoh Neo-Modernis apabila beliau merealisasikan projek

pembaharuan pemahaman terhadap al-Qur’an di dalam bidang penulisan tafsir itu sendiri. Ini

dapat kita lihat di dalam karya agungnya, ‘Major Themes of the Qur’an’. Buku ini pertama kali

dicetak pada tahun 1980, sedekad selepas beliau meletakkan jawatan selaku anggota Dewan

Penasihat Ideologi Islam Pemerintah Pakistan dan berhijrah ke Amerika Syarikat.(Mohamed

Imran, 2007)

Dalam buku yang berjudul ‘Major Themes of the Qur’an’ ini, Fazlur Rahman melebarkan

pokok perbahasannya kepada 8 tema utama. Kelapan-lapan tema utama tersebut adalah: Tuhan,

Manusia sebagai Individu, Manusia Anggota Masyarakat, Alam Semesta, Kenabian dan Wahyu,

Eskatologi, Syaitan dan Kejahatan dan Lahirnya Masyarakat Islam.

Walaubagaimanapun, kajian kami hanya tertumpu kepada sebuah tema daripada buku

yang di tulis oleh Fazlur Rahman ini. Tema yang akan diperbincangkan adalah Tafsir

Hermeneutik Fazlur Rahman dalam bab Manusia Anggota Masyarakat.

Di dalam bab ini, Fazlur Rahman membahaskan bahawasanya tertegaknya sebuah tata

masyarakat yang adil, berdasarkan etika, dan dapat bertahan di muka bumi ini adalah merupakan

tujuan utama al-Qur’an. Hal ini tampak dalam celaannya terhadap ekonomi dan ketidakadilan

sosial di dalam masyarakat Makkah waktu itu. Selain mencela aspek politheisme yang

Page 6: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

merupakan simtom dari segmentasi masyarakat, al-Qur’an amat mencela ketempangan sosio-

ekonomi yang ditimbulkan serta yang menyuburkan perpecahan yang sangat tidak diinginkan di

antara sesama manusia. Hal ini terus dikecam kerana hal inilah yang paling sulit untuk

disembuhkan dan merupakan inti dari ketempangan sosial.

Meskipun demikian, Al-Qur’an tidak melarang manusia untuk mencari kekayaan. Al-

Qur’an mengecam pernyalahgunaan kekayaan karena hal tersebut dapat menghalangi manusia

di dalam mencari nilai-nilai yang luhur. Selain itu, sikap tidak mempedulikan orang-orang yang

memerlukan bantuan ekonomi ini adalah sikap yang mencerminkan puncak kesempitan akal

(kelemahan dasar dalam diri manusia). Al-Qur’an juga memerintahkan kepada kaum Muslimin

untuk mereka lebih baik mengeluarkan harta kekayaan mereka di atas jalan Allah dan dengan

demikian mereka “berpiutang kepada Allah yang akan dibayar Allah dengan berlipat ganda”

daripada membungakan wang untuk menghirup darah orang-orang miskin (30:39; 2:245;

5:12,18; 57:11,18; 64:17; 73:20). Terkait dengan keadilan yang merata, al-Qur’an juga

menetapkan prinsip bahwa “kekayaan tidak boleh berputar di kalangan orang-orang kaya saja”

(59:7).

Menurut beliau lagi, dalam level sosial-politik, al-Qur’an ingin menguatkan unit

kekeluargaan paling dasar yang terdiri dari kedua orang tua, anak-anak dan masyarakat Muslim

yang lebih besar dengan menghilangkankan rasa kesukuan.

Masyarakat Muslimin berdiri kerana ideologi Islam. Dalam melaksanakan urusan

bersama (pemerintahan) al-Qur’an menyuruh kaum Muslimin untuk menegakkan syura (dewan

majlis) di mana keinginan rakyat dapat dikemukakan melalui wakil-wakil mereka. Syura adalah

sebuah institusi Arab yang demokratis dari masa sebelum Islam dan yang kemudian didukung

oleh al-Qur’an (42:38). Disinilah Fazlur memaparkan idea pluralisme institusi-institusi secara

liberal dan kemerdekaan individu yang asasi, di dalam kondisi-kondisi tertentu mendakwa al-

Qur’an mengakui bahawa Negara sebagai wakil masyarakat adalah yang tertinggi.

Pemberontakan terhadap Negara dapat diganjar dengan hukuman-hukuman yang sangat berat.

Inti dari keseluruhan hak-hak asasi manusia adalah kesamaan di antara semua ras. Hal ini

dibenarkan dan didukung oleh al-Qur’an dimana al-Qur’an menghapuskan setiap perbedaan di

antara manusia kecuali perbedaan karena kebajikan dan taqwa. Al-Qur’an menekankan

Page 7: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

persamaan manusia kerana di antara semua mahluk hidup bangsa manusia sajalah yang memiliki

keunikan. Ada 4 macam kebebasan atau hak-hak asasi yang ditekankan oleh para ahli-ahli

hukum Islam, yakni: kebebasan/hak untuk hidup, beragama, mencari nafkah dan memiliki harta

kekayaan, dan harga diri. Keempat-empat hak ini harus dilindungi oleh Negara. Pelangggaran

terhadap hak-hak tersebut adalah “perbuatan aniaya di muka bumi’.

Terkait dengan persamaan di antara laki dan perempuan, al-Qur’an mengatakan: “dan

kaum perempuan mempunyai hak-hak mereka (terhadap kaum laki-laki)—tetapi kaum lelaki satu

tahap lebih tinggi (daripada kaum perempuan)” (2: 228). Pada dasarnya, al-Qur’an

berpandangan bahwa ikatan perkawinan dipertahankan oleh perasaan “cinta dan kasih-sayang”

yang wajar (30:21) dan menyatakan “mereka (isteri-isteri kamu) adalah pakaianmu dan kamu

adalah pakaian mereka” (2:187). Al-Qur’an mengharuskan suami untuk berlaku lemah lembut

terhadap isterinya. Idea yang dikemukakan walaupun nampak baik akan tetapi ianya jelas

mengenepikan usul-usul yang perlu dipertimbangkan sebelum mengeluarkan ijtihad.

Tema yang juga amat dinyatakan al-Qur’an adalah bahawa manusia-manusia yang kuat

secara terus menerus berusaha mempengaruhi atau menekan manusia-manusia yang lemah agar

mereka melakukan tingkah laku yang bertentangan dengan kehendak mereka yang sebenarnya.

Al-Qur’an juga mengemukakan bahwa penyelewengan pemimpin-pemimpin agama merupakan

faktor terjadinya keruntuhan masyarakat, padahal para pemimpin agama ini diharapkan sebagai

sumber kekuatan dan regenerasi spiritual masyarakat. Penyelewengan ini terjadi ketika hati

nurani mereka tidak tergugah apabila mereka melakukan kesalahan. Dengan hati nurani yang

macam ini mereka telah mengkompromikan kebenaran dengan “hawa nafsu”.

Sedikit ulasan daripada pendapat yang disampaikan oleh Fazlur Rahman didalam

karyanya ‘Major Themes of the Quran’ didalam bab Manusia Anggota Masyarakat.

2.0 Tafsir Hermeneutik

Hermeneutik merupakan suatu metod penafsiran al-Qur’an yang baru diperkenalkan oleh

ilmuwan semasa didalam usaha memperkembangkan kajian Qur’an yang bersifat akademik.

Page 8: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

Kaedah ini digunakan untuk memahami al-Qur’an. Fazlur Rahman boleh dianggap sebagai

tokoh ilmuwan muslim paling awal yang cuba menggunakan kaedah ini untuk memahami al-

Qur’an, walaupun perbahasan beliau tentang Hermeneutik dianggap tidak begitu mendalam

sekiranya dibandingkan dengan Arkoun dan Abu Zaid.(Farid Esack, 2002)

Menurut Palmer, Hermeneutik boleh dikategorikan kepada tiga rumpun utama (Paul Ricouer,

1981):

(i) Hermeneutik yang bersifat khusus, iaitu yang berkait dengan penghuraian tentang

teks-teks Bible, sastera dan undang-undang.

(ii) Hemerneutik umum, iaitu yang berkait rapat dengan perbicaraan tentang kaedah

umum dalam penghuraian sesuatu teks.

(iii) Hermeneutik falsafah, iaitu yang berkait rapat dengan permasalahan tentang

bagaimana terhasilnya kefahaman dan makna.

Oleh kerana skop hermeneutik yang sentiasa berkembang, maka perbincangan tentang skop

itu akan melibatkan perbicaraan tentang sejarah perkembangannya pada tiga peringkat utama

(Richard E. Palmer, 1969):

(i) Teori dan falsafah hermeneutik Greek.

(ii) Teori hermeneutik Yahudi dan Kristian.

(iii) Perkembangan hermeneutik dalam falsafah.

Walaubagaimanapun kita hanya akan memfokuskan kepada perbincangan berkenaan aliran-

aliran utama dalam falsafah hermeneutik, terutama falsafah hermeneutik Emilio Betti dan Hans-

Georg Gadamer, yang banyak memberi pengaruh ke atas kerangka pemikiran hermeneutik

Fazlur Rahman.

Kata hermeneutik berasal dari perkataan Greek ‘hermguein’ yang memberi tiga

pengertian umum, iaitu menyatakan atau bercakap, mentafsirkan atau menjelaskan, dan

menterjemahkan.(Henry Stuart Jones, nd) Namun, skop dan kandungan Hermeneutik sebagai

suatu cabang ilmu telah mengalami perubahan secara yang meluas sehinggakan dalam tradisi

intelektual Barat, terutamanya di kalangan ilmuwan Kristian, hermeneutik disifatkan sebagai

suatu subjek yang "at one and the same time absolutely vital, irremediably controversial, and

Page 9: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

utterly incomprehensible".(Roger Lundin, 1997) Walau bagaimanapun, secara umumnya,

perkara asas yang dibahaskan dalam hermeneutik adalah tentang kefahaman manusia dan juga

tentang 'penjelasan atau huraian tekstual'.(Palmer, 1981)

Walaupun terdapat perselisihan tentang asal istilah hermeneutik, Palmer merumuskan

bahawa istilah ini berkait rapat dengan Hermes. Menurut kepercayaan orang-orang Yunani,

ianya merupakan utusan Tuhan atau perantara di antara Tuhan dan manusia.(Richard E. Palmer,

1980) Hermes dianggap suci dan dipertanggungjawabkan untuk menjelaskan dan menghuraikan

kata-kata Tuhan kepada manusia.(Martin Heidegger, 1971) Sebagaimana Hermes yang

menghubungkan antara manusia dengan Tuhan, maka demikianlah juga hermeneutik yang

menghubungkan penulis dan pembaca dengan cara menghuraikan sesuatu teks itu.(W.G.

Jeanrond, 1991)

Secara umumnya terdapat dua aliran utama dalam hermeneutik:

(i) Aliran objektif, didukungi antaranya oleh Freidrich Schleiermacher (1768-1834),

Wilheim Dilthey (1833-1911), dan Emilio Betti (1890-1968). Sesungguhnya aliran

ini menghasilkan kefahaman yang objektif.

Hermeneutik menurut Schleiermacher, melibatkan dua langkah utama, iaitu

memahami teks melalui pendekatan tatabahasa dan pendekatan psikologi.(D.E.

Schleiermacher, nd)

Wilheim Dilthey pula berpendapat hermeneutik tertakluk kepada sejarah, iaitu

melibatkan tiga proses utama; memahami sudut pandangan atau gagasan pelaku asli,

memahami erti atau makna kegiatan-kegitan mereka yang secara langsung berhubung

dengan peristiwa-peristiwa sejarah dan menilai peristiwa-peristiwa tersebut

berdasarkan gagasan yang berlaku pada saat sejarawan itu hidup.(W. Dilthey, 1959)

Adapun Hermeneutik menurut Betti, ianya melibat proses "triadic", yang melibatkan;

pengarang, penghurai, dan teks sebagai perantara.(Betti, nd)

(ii) Aliran subjektif, didukungi antaranya oleh Martin Heidegger (1889-1976) dan Hans-

Georg Gadamer.

Page 10: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

Gadamer mengalih perhatian kepada perbahasan tentang prasyarat yang

memungkinkan kefahaman. Prasyarat ini telah menafikan kepentingan kaedah dan

kefahaman yang objektif. Beliau menegaskan bahawa kaedah yang diambil dalam

memahami fenomena sosial atau alam tertakluk kepada sejarah. Dengan kata lain,

seseorang yang cuba memahami sesuatu objek telah terlebih dahulu dipengaruhi oleh

andaian-andaian terdahulu tentang objek yang menjadi kajiannya dan juga dalam

menentukan kaedah yang harus diambil. Oleh itu, telah ada 'bias' atau 'prejudice'

dalam setiap kefahaman. Kefahaman dengan itu adalah gabungan atau pertemuan di

antara dua pandangan iaitu pandangan-pandangan terdahulu dan kini atau di antara

pembaca dan penulis. Kefahaman menurut Gadamer, adalah subjektif.(Gadamer,

1983)

2.1 Hermeneutik Fazlur Rahman

Hermeneutik Fazlur Rahman adalah merupakan sintesis kepada dua aliran utama didalam

falsafah hermeneutik. Fazlur Rahman sebagaimana Betti, berpendapat bahawa seseorang itu

boleh memahami maksud penulis secara objektif berdasarkan konteks. Dalam erti kata lain, oleh

kerana al-Qur'an adalah merupakan reaksi kepada apa yang telah berlaku secara yang konkrit,

maka maksud al-Qur'an itu boleh difahami berdasarkan konteks sejarah turunnya al-Qur'an itu.

Walau bagaimanapun beliau terpengaruh dengan Gadamer dengan membezakan kefahaman itu

kepada kefahaman yang diwarnai oleh konteks sejarah tertentu atau yang diistilahkan beliau

sebagai ‘historic Islam’ daripada ‘normative Islam’ atau kehendak al-Qur'an sebenar.(Fazlur

Rahman, 1982)

Fazlur Rahman menolak tiga pendekatan terhadap al-Qur'an(Fazlur Rahman, 1980):

(i) pendekatan yang bersifat memahami ayat-ayat al-Qur'an secara terpisah daripada

ayat-ayat lain(atomistic).

(ii) pengkajian sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah ilmuwan Barat yang cuba

menjejaki asal-usul sesuatu perkara(dissective).

(iii) pendekatan kronologi palsu yang cuba mengatur kembali al-Qur'an.

Page 11: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

Beliau mengkritik kaedah tafsir tradisional yang pada anggapan beliau menjurus kearah

tafsiran yang bersifat "atomistik" dan mengabaikan kronologi turunnya wahyu. Walaupun beliau

menghargai usaha-usaha sesetengah pengkaji Barat yang cuba memahami kronologi and sejarah

perkembangan al-Qur'an, namun usaha-usaha ke arah memahami kandungan serta ajaran-ajaran

al-Qur'an amatlah sedikit.

Secara ringkas, Fazlur Rahman menganggap bahawa "woldview" al-Qur'an tidak

difahami dengan sempurna oleh ilmuwan-ilmuwan Islam dan Barat.(Fazlur Rahman, 1982)

Pendekatan Fazlur Rahman secara dasarnya terbahagi kepada dua(Daniel Brown, 1988):

(i) Scripturalist, seperti yang dapat diteliti dalam karya beliau The Major

Themes of the Qur'an, bahawa al-Qur'an seharusnya difahami secara langsung

oleh umat Islam kini, dengan kesatuan yang menyeluruh, tidak terikat dengan

tradisi, sama ada hadith atau tafsir terdahulu, kerana pentafsir terbaik bagi al-

Qur'an adalah al-Qur'an itu sendiri.

Al-Qur'an menurut Fazlur Rahman memberi pandangan hidup yang konkrit

dan tidak mempunyai sebarang pertentangan bahkan merupakan suatu

kesatuan yang menyeluruh yang saling berkait rapat tanpa sebarang

pemisahan. Pendekatan secara tematik beliau adalah merupakan sintesis

beberapa tema-tema utama al-Qur'an menurut urutan secara logikal, yang

memberi penekanan kepada urutan kronologi turunnya ayat. Ayat-ayat dari

pelbagai surah-surah dan juzuk itu dirujuk untuk menjelaskan, menyokong

penerangan beliau tentang sesuatu tema.

"In discussing God, for example, the idea of monotheism-which is logically

imperative-is made the foundation stone of the entire treament, and all other

Qur'anic ideas on God are derived from it or subsumed under it, as seemed

best to establish the synthetic concept of God. Apart from this, the Qur'an has

been allowed to speak for itself; interpretation has been used only as necessary

for joining ideas together."(Fazlur Rahman, 1980)

Penghuraian beliau secara sintesis bagi tema-tema utama al-Qur'an secara

logikal memperlihatkan bahawa dalam beberapa keadaan Fazlur Rahman

Page 12: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

mendahulukan huraian beliau yang subjektif bagi ayat-ayat al-Qur'an agar

selari dengan kerangka pemikiran beliau. Sebagai contoh, beliau menolak

hadith-hadith yang menceritakan tentang kemunculan Jibril (a.s) ketika

menyampaikan wahyu kepada Rasullullah, kerana bagi beliau Jibril yang

disebut di dalam al-Qur'an sebagai ruh al-Quds(al-Baqarah, 2:87) dan ruh al-

Amin(al-Shu’ara, 26:193) itu bukannya Malaikat, tetapi merupakan fakulti

(quyyah) dalaman Rasulullah (s.a.w).(Fazlur Rahman, 1980) Pandangan ini

adalah selari dengan konsep wahyu yang beliau jelaskan sebagai sesuatu yang

bersifat dalaman dan bukannya luaran.

(ii) Kontekstual, iaitu "double movement theory".

Pendekatan ini melibatkan pemahaman situasi masa kini kemudiannya kembali

kepada zaman turunnya al-Qur'an seterusnya kembali semula ke masa kini.

Langkah pertama melibatkan dua langkah utama; memahami makna sesuatu

ayat dengan mengkaji situasi sejarah atau permasalahan khusus yang menjadi

sebab turunnya sesuatu ayat dan seterusnya difahami tujuan umum daripada

ketetapan hukum secara khusus melalui pengamatan terhadap latar belakang

sosial dan sejarah turunnya ayat serta ilat hukum yang sesetengahnya

dinyatakan oleh al-Qur'an. Proses ini harus mengambil perhatian terhadap

dasar-dasar ajaran al-Qur'an secara keseluruhannya supaya setiap makna yang

difahami dan objektif yang dirangka akan selari antara satu dengan yang lain.

(Fazlur Rahman, 1982)

Langkah pertama ini melibatkan kajian serta kefahaman konteks turunnya

ayat-ayat al-Qur'an secara khusus dan memahami situasi zaman turunnya al-

Qur'an sama ada masyarakat Mekah dan Madinah secara khusus dan

masyarakat dunia secara umum. Di sinilah pentingnya asbab al-nuzul dan

nasikh wa manshukh. Bahkan kedua-duanya amat penting dalam menentukan

dasar-dasar umum yang menyatukan keseluruhan makna ayat-ayat al-Qur'an.

(Fazlur Rahman, 1980)

Page 13: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

Setelah dasar-dasar, nilai dan objektif umum dapat disimpulkan dari ayat-ayat

khusus, langkah kedua adalah mengaplikasikan dasar-dasar umum itu menurut

konteks sosiologi sesuatu zaman secara khusus, atau dengan kata lain, dasar-

dasar umum itu harus disesuaikan dengan konteks sosial dan sejarah masa kini.

Langkah ini menuntut kajian secara yang teliti tentang situasi masa kini dan

menganalisa kepelbagaiannya untuk membolehkan penilaian dilakukan dan

merubah situasi masa menurut keperluan serta menentukan keutamaan dalam

melaksanakan nilai-nilai al-Qur'an secara yang terbaik.(Fazlur Rahman, 1982)

Sebagai contoh bagi huraian berdasarkan konteks adalah tentang persaksian.

Di dalam al-Qur'an dinyatakan bahawa ketiadaan dua orang saksi lelaki

hendak diganti dengan seorang lelaki dan dua orang wanita.(al-Baqarah,

2:282) Dalam erti kata yang lain persaksian seorang lelaki bersamaan

persaksian dua orang wanita. Dalam menghuraikan masalah ini, beliau

nyatakan bahawa ratio legis atau rasional disebalik ketetapan ini adalah bukti

atau persaksian yang betul. Oleh kerana dalam masyarakat Arab Jahiliyyah

kedudukan wanita dan juga penglibatan wanita itu terbatas maka disyaratkan

dua wanita bersamaan seorang lelaki, tetapi dalam konteks masa kini

persaksian seorang wanita adalah sama dengan persaksian seorang lelaki

kerana wanita telah bergiat cergas di dalam masyarakat.(Fazlur Rahman, 1980)

2.2 Metodologi Hermeneutik dalam Penafsiran al-Qur’an

Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas berpegang teguh bahawa maksud mentafsirkan bagi

perkataan hermeneutik adalah sama sekali tidak sesuai diterjemahkan sebagai tafsir atau takwil

sepertimana yang digunakan didalam memahami al-Quran kerana terdapat perbezaan yang jelas

diantara nas al-Qur’an dan teks-teks yang lain, sama ada teks agama seperti Old dan New

Testament ataupun teks-teks sastera.(Wan Mohd Nor Wan Daud, 1998)

Metodologi yang digunakan dalam memahami sesuatu teks itu berkait rapat dengan

keadaan teks itu sendiri. Hermeneutik sebagai suatu metodologi dalam memahami sesuatu teks

Page 14: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

muncul berdasarkan latar belakang teks-teks penting dalam kepercayaan masyarakat Yunani dan

juga teks-teks Bible bagi orang Kristian dan Yahudi. Oleh kerana kewibawaan teks-teks ini

dipertikaikan, sama ada dari segi kesahihan periwayatan mahupun kandungannya, maka ruang

untuk para pentafsir itu terbuka terlalu luas untuk mengkritik teks itu sendiri atau memberikan

penghuraian secara yang subjektif.

Berbeza dengan al-Qur'an yang jelas berwibawa dari segi periwayatan dan

kandungannya, maka kaedah tafsir dan ta'wil itu adalah kaedah yang sentiasa utuh dan sah. Al-

Qur'an adalah pancaran bagi ilmu yang benar, maka bahasa yang digunakan sebagai aliran

kepada ilmu ini juga adalah terpelihara dari sebarang kecurangan, iaitulah penyelewengan dari

landasan yang lurus atau makna yang betul yang menyampaikan kepada kebenaran secara terus

tanpa sebarang penyimpangan dan putar belit. Jelas dengan itu terdapat jaminan tentang

ketepatan dari sudut maknanya, terutamanya pada makna-makna yang menyampaikan kebenaran

yang mutlak dan objektif. Kelebihan yang terdapat pada bahasa Arab itulah yang membolehkan

munculnya tafsir sebagai satu sains yang terawal di kalangan ilmuwan Islam. Tafsir adalah suatu

kaedah penghuraian ayat-ayat kepada makna-maknanya yang muktamad. Manakala bagi ayat-

ayat yang kabur, ta'wil adalah kaedah untuk mengesan, membongkar dan menyingkap makna-

makna yang tersembunyi pada ayat-ayat tersebut berdasarkan tafsiran ayat-ayat yang telah jelas

maknanya. Dalam erti kata yang lain, ta'wil adalah suatu kaedah yang mendalami sesuatu

tafsiran. Proses pentafsiran perlu berdasarkan al-Qur'an dan al-Hadith yang diperkuatkan dengan

ilmu tentang lingkungan semantik yang mengawal struktur konseptual perbendaharaan kata al-

Qur'an yang memancarkan pandangan Islam tentang realiti dan kebenaran. Tafsir dengan itu

adalah suatu metod yang saintifik berdasarkan ilmu tentang lingkungan semantik yang terbina

kukuh sepertimana yang terkandung dalam Bahasa Arab dan seperti yang disusun dan digunakan

di dalam al-Qur'an dan tergambar dalam al-Hadith dan al-Sunnah.(Ahmad Bazli Shafie, 2006)

Page 15: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

3.0 Isu Kontroversi Tafsir Hermeneutik Fazlur Rahman dalam bab Manusia Anggota

Masyarakat

3.1 Dakwaan beliau terhadap persaksian seorang lelaki sama dengan persaksiaan

seorang wanita.

“For example, it is said (2.al-Baqarah:282) that in a credit transaction, the credit,

large or small, should be written down and there should be two witnesses to the

deed; the witnesses can be two reliable adult males or, if two are not available, then

one male and two women"so that if one of the two women should be forgetful, the

other would remind her."The reason for having two female witnesses instead of one

male is that women would be more "forgetful" than men, since women in those days

were normally not used to dealing with credit. According to the traditionalist

understanding, the law that two female witnesses equal one male is eternal and a

social change that enabled a woman to get used to financial transactions would be

"un-Islamic." The modernist, on the other hand, would say that since the testimony

of a woman being considered of less value than that of a man was dependent upon

her weaker power of memory concerning financial matters, when women became

conversant with such matters— with which there is not only nothing wrong but

which is for the betterment of society—their evidence can equal that of

men..”(Fazlur Rahman, 1980)

Didalam isu ini, Fazlur Rahman telah menggunakan kaedah hermeneutik dengan

membawa pendekatan ‘Double Movement’. Pendekatan ini melibatkan pemahaman

situasi masa kini kemudiannya kembali kepada zaman turunnya al-Qur’an seterusnya

kembali semula ke masa kini.

Langkah pertama melibatkan dua langkah utama;

(i) memahami makna sesuatu ayat dengan mengkaji situasi sejarah atau

permasalahan khusus yang menjadi sebab turunnya sesuatu ayat,

(ii) seterusnya difahami tujuan umum daripada ketetapan hukum secara khusus

melalui pengamatan terhadap latar belakang sosial dan sejarah turunnya ayat serta

Page 16: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

rationes legis (ilat hukum) yang sesetengahnya dinyatakan oleh al-Qur’an. Proses

ini harus mengambil perhatian terhadap dasar-dasar ajaran al-Qur’an secara

keseluruhannya supaya setiap makna yang difahami dan objektif yang dirangka

akan selari antara satu dengan yang lain.(Fazlur Rahman, 1982)

Langkah pertama ini melibatkan kajian serta kefahaman konteks turunya ayat-

ayat al-Qur’an pada tahap mikro iaitu sebab dari turunnya ayat secara khusus dan tahap

makro iaitu memahami situasi zaman turunnya al-Qur’an samada masyarakat Mekah dan

Madinah secara khusus dan masyarakat dunia secara umum. Di sinilah pentingnya asbab

al-nuzul dan nasikh wa manshukh. Bahkan kedua-duanya amat penting dalam

menentukan dasar-dasar umum yang menyatukan keseluruhan makna ayat-ayat al-

Qur’an.

Setelah dasar-dasar, nilai dan objektif umum dapat disimpulkan dari ayat-ayat

khusus, langkah kedua adalah mengaplikasikan dasar–dasar umum itu menurut konteks

sosiologi sesuatu zaman secara khusus. Dengan kata lain, dasar-dasar umum itu harus

disesuaikan pula dengan konteks sosial dan sejarah masa kini. Langkah ini menuntut

kajian secara yang teliti tentang situasi masa kini dan menganalisis kepelbagaiannya

untuk membolehkan penilaian dan perubahan dilakukan menurut keperluan dan situasi

masa, dan seterusnya menentukan keutamaan dalam melaksanakan nilai-nilai al-Qur’an

secara yang segar.(Fazlur Rahman, 1982)

Sebagai contoh di dalam al-Qur’an dinyatakan bahawa ketiadaan dua orang saksi

lelaki hendaklah diganti dengan seorang saksi lelaki dan dua orang saksi wanita.

(Baqarah, 2:282) Dalam erti kata yang lain, persaksian seorang lelaki bersamaan

persaksian dua orang wanita. Dalam menghuraikan masalah ini, beliau menyatakan

bahawa ratio legis atau yang menjadi matlamat di sebalik ketetapan al-Qur’an ini adalah

bukti atau persaksian yang betul. Oleh kerana dalam masyarakat Arab Jahiliyyah

kedudukan dan juga penglibatan wanita itu terbatas, maka disyaratkan dua wanita

bersamaan seorang lelaki. Walau bagaimanapun, dalam kontek masa kini persaksian

seorang wanita adalah sama dengan persaksian seorang lelaki kerana status dan

penglibatan wanita di dalam masyarakat telah diterima secara meluas.(Fazlur Rahman,

1980)

Page 17: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

Firman Allah swt:

282. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah[179] tidak secara tunai

untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. dan hendaklah seorang

penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. dan janganlah penulis enggan

menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan

hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan

hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun

daripada hutangnya. jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah

(keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, Maka hendaklah walinya

mengimlakkan dengan jujur. dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang

lelaki (di antaramu). jika tak ada dua oang lelaki, Maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang

perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa Maka yang seorang

mengingatkannya. janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka

dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai

batas waktu membayarnya. yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan

persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah

mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di

antara kamu, Maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. dan

Page 18: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit

menyulitkan. jika kamu lakukan (yang demikian), Maka Sesungguhnya hal itu adalah suatu

kefasikan pada dirimu. dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha

mengetahui segala sesuatu.(Quran In Word Ver 1.0.0)

3.1.1 Sanggahan Terhadap Dakwaan Fazlur Rahman

Ideologi yang dibawa oleh Fazlur Rahman didalam isu ini Nampak sekali berbeza dengan

tafsiran yang diberikan oleh ulama-ulama yang disepakati ijmak akan kredibiliti mereka didalam

bidang penafsiran.

Di dalam karangan al-Imam abul fida’ Ismail ibnu kathir ad-dimasyqi pada kitab

tafsirnya ada menyatakan sebab-sebab dan hikmah perlaksanaan dan praktikal yang diwahyukan

kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W tentang perkara berkaitan persaksian dalam

proses berhutang yang melibatkan antara dua orang perempuan bersamaan dengan seorang

lelaki. Adapun persaksian dua orang perempuan bersamaan dengan seorang lelaki ialah kerana

akal wanita itu kurang dan ia dinukilkan oleh imam Muslim didalam sahihnya, telah

menceritakan kepada kami Qutaibah, telah menceritakan kepada kami Ismail ibnu Ja’far, dari

Amr ibnu Abu Amr, dari Al-Maqbari, dari Abu Hurairah, dari Nabi S.A.W yang telah bersabda:

ل0 5ه233 5ر5 أ 2ث ك5 >ن: أ >ك 2ت 5ي أ Bي ر5 0ن 0غ2ف5ار5 ف5إ ت س2 ن5 اال0 0ر2 2ث ك

5 5ص5د:ق2ن5 و5أ اء0 ت Bس5 ر5 الن 5ا م5ع2ش5 ي

:ار0 5ه2ل0 الن 5ر5 أ 2ث ك5 :ه0 أ س>ول5 الل 5ا ر5 5ا ي 5ن 5ة[ و5م5ا ل ل 2ه>ن: ج5ز2 5ة[ م0ن أ :ار0 ف5ق5ال5ت2 ام2ر5 الن

eل ات0 ع5ق233 5اق0ص533 2ت> م0ن2 ن 5ي أ ا ر5 ير5 و5م533 2ع5ش033 ن5 ال 2ف>ر2 5ك :ع2ن5 و5ت ن5 الل 0ر2 2ث >ك ق5ال5 ت

ل0 2ع5ق233 >ق2ص5ان> ال :ه0 و5م5ا ن س>ول5 الل 5ا ر5 >ن: ق5ال5ت2 ي 2ك 0ذ0ي ل>بi م0ن 5غ2ل5ب5 ل و5د0ينe أ

eل ج33> ه5اد5ة5 ر5 5ع2د0ل> ش5 2ن0 ت 5ي 5ت أ ه5اد5ة> ام2ر5 2ع5ق2ل0 ف5ش5 >ق2ص5ان> ال م:ا ن5 و5الدBين0 ق5ال5 أ

ان5 م5ض533 ر> ف0ي ر5 >ف2ط033 >ص5لBي و5ت 5ال0ي م5ا ت :ي >ث> الل 5م2ك 2ع5ق2ل0 و5ت >ق2ص5ان> ال ف5ه5ذ5ا ن

>ق2ص5ان> الدBين0 (رواه مسلم) ف5ه5ذ5ا ن

Page 19: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

“Wahai semua kaum wanita, bersedekahlah dan banyaklah beristighfar, kerana sesungguhnya

aku melihat kebanyakan kamu adalah penghuni neraka. Lalu salah seorang wanita dikalangan

mereka yang tidak berpuashati bertanya : “Wahai Rasulullah, mengapa kebanyakan daripada

kami adalah penghuni neraka?” Nabi S.A.W menjawab, “ Kalian banyak melaknat dan ingkar

pada suami. Aku belum pernah melihat orang (wanita) yang lemah akal dan agamanya dapat

mengalahkan orang (lelaki) yang berakal selain dari kalian.” Wanita itu bertanya lagi, “ Wahai

Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan lemah akal dan agamanya itu?” Nabi S.A.W

bersabda, “Adapun kelemahan akalnya ialah kesaksian dua orang wanita mengimbangi kesaksian

seorang lelaki,inilah dari segi kelemahan akalnya. Dan ia diam selama beberapa malam tanpa

solat serta berpuasa dalam bulan ramadhan (kerana haid), maka dari segi inilah kelemahan

agamanya.”

Firman Allah S.W.T. :

“Dari saksi-saksi yang kalian redha’i” (al-Baqarah : 282)

Daripada ayat di atas mengandungi makna yang menunjukkan adanya persyaratan adil

bagi saksi. Makna ayat ini bersifat muqayyad (mengikat) yang dijadikan pegangan hukum oleh

imam Syafi’e di dalam menangani semua kemutlakan di dalam al-Qur’an yang menunjukkan

perintah mengadakan persaksian tanpa syarat. Ayat ini dijadikan dalil oleh orang yang menolak

kesaksian seseorang yang tidak dikenali. Untuk itu ia disyaratkan, mestilah seorang saksi itu

harus bersifat adil dan diterima kesaksiannya.

Firman Allah S.W.T. :

“Supaya jika seorang lupa.” (al-Baqarah : 282)

Page 20: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

Yakni jika salah seorang dari kedua wanita itu lupa terhadap kesaksiannya,

“Maka yang seorang lagi mengingatkannya” (al-Baqarah : 282)

Maksudnya, orang yang lupa akan diingatkan oleh temannya terhadap kesaksian yang

telah dikemukakannya. Berdasarkan pengertian inilah sejumlah ulama ada yang membacanya

fatuzakkira dengan memakai tasydid. Sedangkan orang yang berpendapat bahawa kesaksian

seorang wanita yang di gandingkan dengan seorang wanita yang lain, kesaksian itu memadai

tanpa perlunya hadirnya seorang lelaki. Sesungguhnya pendapat ini jauh dari kebenaran. Dan

pendapat yang benar adalah yang pertama.

Kita harus memahami terlebih dahulu makna kalimah (شهادة) yang bererti kesaksian.

Kalimat tersebut diambil dari kalimat (شهد) yang memiliki makna melihat (رأى) . Sehingga

ketika anda melihat susunan kalimah seperti ( مشهد رأيت ( أنت ertinya anda benar-benar

melihat dengan mata kepala anda sendiri, dan sudah semestinya kesaksian seperti itu tidak

memerlukan kepada ilmu pengetahuan atau gelaran akademik tertinggi seperti doktor atau

profesor. Kerana yang diperlukan ketika itu adalah mata yang berfungsi untuk melihat dan kata-

kata yang berkata dengan perkataan yang jujur. Adapun kata-kata yang membahaskan situasi

lain, tidak ada hubungannya dalam permasalahan ini. Sebuah kesaksian tidak memerlukan

eksperiman di makmal atau analisa secara ilmiah, yang diperlukan dari seorang saksi ialah

penglihatannya ketika melihat peristiwa pada ketika itu biarpun individu tersebut dari kalangan

akademik ataupun bukan. Kerana pada dasarnya, mereka memiliki kedudukan yang sama dalam

memberikan kesaksian.

Permasalahan ini tidak ada kaitannya dengan tingkatan kecerdasan ataupun tahap

pencapaian akademik seseorang. Ini adalah permasalahan yang berkait rapat dengan kejujuran

dan kepercayaan dalam menyampaikan peristiwa yang sebenarnya terjadi.

Seandainya kita melihat kepada kondisi wanita, mereka tidak diperbolehkan untuk

bersama-sama lelaki dalam sesuatu keadaan.

Untuk memperjelaskan permasalahan ini, kita akan mengambil contoh permasalahan di

bawah ini.

Page 21: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

Seandainya terjadi pertengkaran di tengah jalan dan kita melihat ada seorang wanita yang

sedang melalui di kawasan kejadian, apa yang terjadi? Sudah pasti wanita tersebut akan segera

beredar dari kawasan kejadian tersebut. Ia akan merasa khuatir tentang kecelakaan yang akan

menimpa dirinya sekiranya ia berada di kawasan tersebut, maka tentu sahaja ia tidak mengetahui

akan perkara tersebut sekiranya disuruh untuk diceritakan semula perkara tersebut. Walhal

semestinya kita ingin mengetahui perkara yang sebenarnya terjadi daripada wanita tersebut,

mengapa mereka sering kali melakukan hal sedemekian sekiranya terjadi situasi sebegini?

Jawapannya adalah kerana wanita adalah makhluk yang lemah, maka mereka tidak memiliki

kemampuan untuk menghulurkan bantuan dan melakukan tindakan kekerasan. Selain itu, wanita

juga makhluk yang hidup dengan mempunyai perasaan yang sangat mendalam sehinggakan

mereka akan tertekan dengan melihat pelbagai tindakan kekerasan seperti memukul dan

pertumpahan darah.

Wanita memiliki naluri alami yang selalu takut untuk mendekati hal-hal yang barbaur

kekerasan. Mereka akan menghindari dari hal-hal yang dapat menyebabkan berlakunya

pertengkaran antara mereka dengan kaum lelaki yang hanya akan menyebabkan terjadinya hal-

hal negatif pada kehormatannya. kaum wanita akan berusaha untuk menjauhi perselisihan atau

pertengkaran, sekiranya terjadi perkara tersebut terjadi kepada suaminya atau saudara lelakinya,

mereka akan segera menjauhi dari perkara tersebut.

Kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa mereka tidak dapat memberikan kesaksian

secara terperinci kerana mereka sering menjauhi kawasan kejadian, kerana memang kebiasaan

wanita untuk menjauhi dari perkara-perkara yang akan menjurus kearah terjadinya perkara yang

menyulitkan. Mereka akan merasa bahawa masih ada lelaki yang akan bertanggungjawab dan

menyelesaikan permasalahan yang terjadi.

Oleh kerana itu, inilah unsur-unsur yang menyebabkan kaum wanita tidak

memungkinkan untuk memberikan kesaksian secara sempurna. Seandainya ia mengetahui

sebahagian perkara tersebut, mereka akan kehilangan sambungan peristiwa yang selanjutnya.

Pada dasarnya kaum wanita akan menjauhi diri dari hal-hal yang menjurus kearah kesulitan.

Allah S.W.T. Berfirman di dalam al-Quran : “Supaya jika seorang lupa maka seorang lagi

mengingatkannya.” ( al-baqarah : 282)

Page 22: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

Untuk menjelaskan lagi isu ini, maka kita akan sering menjumpai kesalahan hanya kerana

tidak ada saksi yang dapat melihat peristiwa secara terperinci. dan kerana wanita akan lebih

menghindarkan diri atau bersikap menjauhkan diri dari pelbagai permasalahan tersebut yang

hanya akan menjurus kepada perselisihan dan kekecohan. (Ibnu Kathir, 1999)

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan “Jika Islam telah menganggap darjat wanita sama

dengan lelaki, mengapa Allah melebihkan lelaki daripada wanita dalam sebahagian keadaan,

sebagaimana dalam kesaksian, warisan, kekuasaan dalam rumah tangga, kepimpinan Negara, dan

sebagai hukum-hukum lainnya?(Qardhawi, 2009)

Sebenarnya, perbezaan antara lelaki dalam hukum-hukum ini semua bukan kerana lelaki

itu lebih mulia di sisi Allah dan lebih dekat kepada Allah berbanding wanita. Kerana orang yang

paling dekat kepada Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara mereka baik lelaki atau

wanita. Akan tetapi perbezaan ini disesuaikan dengan tugas yang secara fitrah sesuai dengan bagi

lelaki dan perempuan, sebagaimana akan dijelaskan kemudian dalam huraian berikut ini:

Kesaksian: Dinyatakan oleh Allah dalam ayat berkenaan tentang hutang-piutang yang mana

Allah memerintahkan untuk dilakukan secara bertulis dan berhati-hati,

“Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. kemudian kalau

tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari

orang-orang Yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi

perempuan Yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh Yang seorang lagi. dan jangan saksi-

saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi”

Demikian Al-Quran telah menerangkan kepada kita secara jelas tentang perlunya kepada

kesaksian iaitu 2 orang perempuan menggantikan seorang lelaki. Perbezaan ini bukanlah

bermaksud untuk mengurangi kemulian wanita dan keistimewaannya, melainkan hal itu

merupakan fitrah dan keistimewaannya, yang mana wanita biasanya tidak disibukkan dengan

Page 23: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

urusan harta dan kegiatan perdana, tetapi biasanya disibukkan dengan urusan rumah tangga jika

dia seorang isteri dan urusan anak jika dia seorang ibu, serta sibuk memikirkan menikah jika dia

masih lagi gadis. Kerana itu, penglibatan wanita dalam muamalah lebih sedikit dari lelaki.

Dalam hal ini, ayat di atas menganjurkan untuk mengambil cara terbaik dalam mengikat

hak antara 2 orang yang melakukan transaksi. Dan, ini bukan berarti bahawa kesaksian seorang

wanita atau beberapa orang wanita tanpa lelaki tidak dapat menetapkan hak dan tidak diterima

oleh hakim, kerana tujuan terpenting dalam memberi kesaksian adalah bukti.

Ibnul Qayyim menegaskan bahawa bukti dalam syariat Islam lebih umum dari kesaksian

serta setiap bukti yang ditunjukkan boleh menjadi pertimbangan oleh hakim dalam mengambil

keputusan. Dan kesaksian 2 orang perempuan sama seperti kekaksian 1 orang lelaki bukan

bermaksud untuk melemahkan akalnya. Melainkan kerana wanita – kata Syaikh Muhammad

Abduh – tidak berurusan dengan masalah yang berkaitan dengan transaksi dan sebagainya.

Dalam hal ini, ingatan wanita lemah.(Qardhawi, 2009) Akan tetapi tidak dalam sebahagian

dalam urusan rumah tangga yang mana ingatan perempuan lebih kuat dari lelaki yang mana

tugas tersebut menjadi tugasnya. Kerana telah menjadi tabiat manusia menyerahkan tugasan

kepada seorang yang kuat ingatannya dalam hal yang menjadi kesibukannya. Akan tetapi dalam

lingkungan tertentu, perempuan juga disibukkan dengan transaksi hutang serta hadir dalam

transaksi hutang-piutang, maka mereka juga berhak meminta kesaksian terhadap wanita

sebagaimana kesaksian lelaki selama mereka tenang dan percaya serta tidak khuatir.

4.0 Kesimpulan

Fazlur Rahman adalah seorang pemikir yang sangat hebat dan terkenal didalam bidang akademik

pengajian Islam. Walaubagaimanapun beliau banyak mendapat tentangan daripada orang ramai

Page 24: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

dan dianggap sebagai seorang yang liberalis. Ini dapat dibuktikan daripada kenyataan-kenyatan

beliau yang agak kontroversi apabila ideologi salaf dan ulama-ulama muktabar yang dahulu cuba

diperbaharui dengan kaedah yang lebih kearah barat.

Sesungguhnya disiplin ilmu Islam dilindungi oleh kaedah-kaedah yang disusun oleh

salafussoleh berdasarkan riwayat yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w kepada mereka. Kaedah

hermeneutic yang digunakan oleh Fazlur Rahman didalam menafsirkan ayat nampak

menyeleweng apabila ayat-ayat hukum yang telah jelas hukumnya dikalangan ulama dan orang

awam turut ditafsir semula agar sesuai dengan pendapat beliau.

Walaubagaimanapun, hasil kajian kami mendapati tafsir hermeneutik ini sesuai

diaplikasikan selagi ianya tidak bertentangan dengan usul tafsir, akidah mahupun ayat-ayat yang

muhkamat.

Wallahualam…..

5.0 Rujukan

- Ahmad Bazli Shafie. 2006. Pendekatan NeoModernis Dalam Memahami al-Qur’an:

Kaedah Hermeneutik Fazlur Rahman.

Page 25: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

- Farid Esack. 2002. Qur'an, Liberation and Pluralism: An Islamic Perspective of

Interreligious Solidarity Against Oppression . Oxford: Oneworld.

- Fazlur Rahman. 1965. The Concept of Hadd in Islamic Law. Islamic Studies, vol4. no3.

- Fazlur Rahman. 1970. Islamic Modernism: Its Scope, Method and Alternatives.

International Journal of Middle Eastern Studies.

- Fazlur Rahman. 1979. Towards a Reformulation of the Methodology of Islamic Law:

Sheikh Yamani on Public Interest. New York University Journal of International Law

and Politics, vol.12. no2.

- Fazlur Rahman. 1980. Major Themes of The Quran. Chicago: Bibliotheca Islamica.

- Fazlur Rahman. 1982. Islam and Modernity: Transformation of an Intellectual Tradition.

Chicago: The University of Chicago Press.

- Henry Stuart Jones. nd. A Greek-English Lexicon. Oxford: Henry George Liddell and

Robert Scott Company.

- Palmer. 1981. Hermeneutics in Contemporary Philosophy: A New Survey. Boston,

Martimus Nijhoff.

- Paul Ricoeur. 1981. "The Task of Hermeneutics", Hermeneutics and the Human

Sciences: Essays on Language, Action and Interpretation. Cambridge: The Cambridge

University Press.

- R.E. Palmer. 1982. Hermeneutics, Contemporary Philosophy: A New Survey, ed.

Guttorm Fleistad. The Haque: Martinus Nijhoff Publishers.

- Richard E. Palmer. 1969. Hermeneutics: Interpretation Theory in Schleiermacher,

Dilthey, Heidegger, and Gadamer. Evanston:Northwestern University Press.

- Richard E. Palmer. 1980. The Liminality of Hermes and the Meaning of Hermeneutic.

Michigan, The Western Michigan University department of Philosophy.

- Roger Lundin. 1997. Disciplining Hermeneutic: Interpretation in Christian Perspective.

Michigan, William B. Eerdemans Publishing Company.

- Terjemahan oleh Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Khairul Anam Che Radhi dll. 2007.

“Pesan-pesan terbesar al-Quran” oleh Fazlur Rahman. Middle-Eastern Graduates Centre

Sdn Bhd.

- Ugi Suharto. 2004. Islamia, vol 1.

Page 26: HERMENEUTIK TAFSIR FAZLUR RAHMAN DALAM BAB MANUSIA ANGGOTA MASYARAKAT MAJOR THEMES OF THE QUR’AN

- Wan Mohd Nor Wan Daud. 1998. The Educational Philosophy and Practice of Syed

Muhammad Naquib al-Attas: An exposition of the Original Concept of Islamization.

Kuala Lumpur: ISTAC.

- Daniel Brown. 1988. The Triumph of Scripturalism: The Doctrine of Mask and Its

Modern Critics. Georgia, Scholars Press.

- Gadamer. 1983. Truth and Method. Cambridge, Polity Press.

- W. Dithley. 1959. The Understanding of Other Persons and Their Life-Expressions. New

York, The Free Press.

- Ismail bin Umar bin Kathir. 1999. Tafsir Quran A’zim. Dar Thaiyibah li nasyar wa tauzi’.

- Yusuf Abdullah al-Qardhawi. 2009. Wanita dalam Fikih al-Qardhawi. Pustaka Kautsar.