aa301 tamadun islam kuliah 1 pengenalan

Upload: rosziayu-ibrahim

Post on 10-Mar-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tamadun islam

TRANSCRIPT

  • AA301 TAMADUN ISLAM

    KULIAH 1

    PENGENALAN TAMADUN

    Disediakan oleh :

    Ustazah Asnuurien Najma Binti Ahmad

    Pensyarah Unit Pendidikan Islam & Moral

    Jabatan Pengajian Am

    Politeknik Merlimau

    [email protected]

  • DEFINISI TAMADUN

    1. Membezakan manusia dengan manusia yang tidak

    bertamadun atau dianggap barbarian (orang gasar).

    Cina bangga dengan pencapaian budayanya

    mengatakan orang asing tidak bertamadun.

    Barat menyatakan peraturan dan sistem

    pemerintahan China sebagai tidak bertamadun.

    Barat mengatakan tujuan penjajahan untuk

    mentamadunkan orang yang dijajah.

    Islam melihat tamadun sebagai pencapaian ilmu

    pengetahuan yang tinggi.

  • 2. Satu pencapaian tinggi yang telah diperoleh oleh

    manusia dalam semua aspek kehidupannya.

    3. Status sosial manusia berubah dari kehidupan yang

    serba mudah kepada satu organisasi masyarakat

    kompleks.

    4. Arnold Toynbee: Tamadun dibina berdasarkan tiga

    keadaan:

    1. Masyarakat pra-tamadun mengorak ke arah

    kemajuan. Tamadun Kristian Ortodok Timur

    empayar Rom Timur adalah hasil dari Tamadun

    Eropah.

    2. Kelahiran tamadun dari tamadun lama seperti

    Hellenistik dari Tamadun Grecco-Roman.

    3. Penukaran tamadun lama kepada tamadun baru.

  • 5. Satu peringkat pembangunan yang tinggi di mana budaya manusia merangkumi sistem penulisan, undang2, kerajaan, pengkhususan kerja, agama dan pembinaan negara kota.

    6. Dalam bahasa Arab Tamadun bermaksud kehalusan budi dan sopan santun.

    7. Ibn Khaldun: umran bermaksud kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap berkembang subur dan maju.

    Juga gunakan hadarah bermaksud sedentary life.

    8. Farid Wadji dan Sheikh Muhammad Abduh` gunakan madinah bermaksud bandar.

    9. Civilization datang dari perkataan civitas bermaksud bandar.

    10. P. Bagby: budaya yang dijumpai di bandar.

  • 11. Jurji Zaydan: Tamadun dalam bahasa Arab

    moden ialah memliliki ciri2 kehidupan bandar, dan

    kota2 dalam bahasa Arab bermaksud mudun yang

    memiliki ciri-ciri bandar.

    12. Prof. Syed Naquib Al-Attas: Tamadun Islam

    sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang

    telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan

    mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh

    masyarakat.

    13. Ibn Khaldun: tamadun Islam sebagai pencapaian

    manusia yang sudah melebihi keperluan asasi

    kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah

    pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih

    halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

  • 14. Karl Marx: tamadun terbahagi kepada

    Infratruktus (material) dan superstructure

    (spiritual).

    15. Marcel Maus: semua pencapaian manusia.

    16. Eugene Cavignae: sains, seni, arahan dan

    kemurnian yang minimum.

    17. Robert J. Braidwood: merujuk tamadun kepada

    perbandaran. Dan harus mempunyai satu struktur

    politik, undang2 formal dan terdapat beberapa

    projek mega.

    18. Hattington: tamadun adalah budaya.

  • - Istilah tamdun berasal dari bahasa Arab.

    - Dalam bahasa Arab, istilah yang digunakan

    adalah untuk membincangkan tentang

    konsep pembangunan, kemajuan dan

    pencapaian manusia adalah :

    # hadarah

    # madaniyyah

    # umran

    # tamaddun

  • Hadarah : dikaitkan dgn kemajuan industri dan

    pdagangan.

    Ada dua maksud :

    1) himpunan kemajuan dalam bidang

    ksusasteraan, teknik, keilmuan dan undang2 yg dipindahkan dari 1 generasi

    ke 1 generasi dlm sebuah msyarakat.

    2) peringkat perkembangan yg tinggi

    berlawanan dgn kehidupan

    liar/ganas/digambarkan sbg kehidupan yg

    dpt mencapai ideal atau bentuk kehidupan

    yg tinggi yg hendak dicapai.

    (Mohd.Liki Hamid:2006:6).

  • Tamadun dalam Bahasa Arab :

    - Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi dlm

    Qamus Al-Marbawi tamadun berasal drpd madana (kehalusan budi pekerti dan akhlak

    mulia). membwa maksud kehalusan adat @ pencapaian manusia. (Mustafa Hj Daud:2002:5)

    - Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim : - tamadun

    berasal dari tamaddan, tamaddunan dan

    madaniah (kehidupan kota yg mhasilkan pcapaian yg tinggi dlm pelbagai aspek s/ada kerohanian @ kebendaan.

  • Ibn Khaldun (seorang sejarawan Muslim pertama) dalam Al-Muqaddimah memperkenalkan kata hadharah iaitu sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian.

    Kesimpulannya :

    Tamadun berasal dari bahasa Arab tamaddana atau madana yg bererti :

    1. suatu lokasi sbg tempat tinggal.

    2. membangun suatu kawasan hingga menjadi perbandaran.

    3. fenomena dr perubahan cara hidup liar @ nomad kpd kehidupan yg berbentuk maju.(kamus Munjid)

    4. kehalusan adat dan kehalusan budi pekerti. (Idris al-Marbawi)

  • Tamadun dalam bahasa Inggeris :

    Perkataan civilization untuk perkenalkan

    tamadun.

    Pertama kali digunakan dalam perkamusan

    bahasa Inggeris pada abad ke-19M.

    Civilization berasal dari bahasa Latin iaitu

    civitas (kota).

  • Kesimpulan of civilization :

    the process of civilizing or

    become civillized. ( Noah

    Webster).

    the countries and people

    considered to have reached a

    high state of social and cultural

    development.( Noah Webster)

    an advanced stage of human

    social development with a high

    level of art, relegion, science,

    government.(Longman

    Dictionary of Contemporary English)

  • Tamadun dalam bahasa Melayu :

    Kamus Dewan kebudayaan, peradaban, kemajuan dan sopan santun.

    Teuku Iskandar : tamadun ialah keadaan manusia yg dicirikan oleh taraf pemikiran yang tinggi, negara dan penduduknya yang mencapai taraf pemikiran tinggi, budaya atau cara hidup orang tertentu.

    peradaban keadaan serta tingkat kemajuan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat.

  • Mahmood Mohd Taib al-Najmi tamadun sbg peraturan masyarakat yang dapat

    membantu manusia menambahkan hasil

    pengeluarannya sama ada dr segi

    pemikiran atau kebendaan.

    Prof Syed Mohd Naquib Al-Attas mengaitkan tamadun dengan perkataan

    Deen ; merujuk kpd keadaan kehidupan insan yg telah mencapai taraf kehalusan

    tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi

    seluruh masyarakat.

    (Rasid Muhammad:1996:4)

  • Kesimpulannya :

    - Tamadun ialah satu peningkatan

    kemajuan yg dicapai oleh manusia

    secara lahiriah atau rohaniah.

    - Contohnya perkembangan ilmu,

    teknologi, peradaban, tatacara,

    politik, sosial mahupun rohani itu

    sendiri.

  • KONSEP TAMADUN ISLAM

  • M.A.J.Beg mengemukakan 1 teori iaitu di duni ini hanya ada dua konsep tamadun

    iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Barat.

    Muhammad Asad tekankan faktor ISLAM sbg peranan penting dalam pembentukan

    tamadun Islam. Tamadun Islam bersifat ideologi di mana Al-Quran adalah sumber

    ideologinya. Syariah sebagi faktor ke-2

    kerana mementingkan daya intelektual dlm

    setiap motif.

  • Ali Shariati keperibadian Nabi Muhammad SAW melahirkan tamadun Islam. Nabi Muhammad SAW bperanan penting dalam membawa perubahan, pembangunan dan kemajuan serta pembinaan masa depan tamadun Islam.

    Muhammad Uthman el-Muhammady pembentukan tamadun dan kebudayaan Islam berteraskan kpd ajaran Islam sbg Ad-Deen. kerana Islam ada syariah, akidah dan akhlak yg merupakan nadi penggerak mencetuskan tamadun dan kebudayaan Islam.

  • Prof Ismail Faruqi : tauhid merupakan

    dasar penting kpd tamadun Islam dan

    identiti tamadun Islam yang megaitkan

    unsurnya dalam membentuk pandangan

    hidup (world view) dan cara berfikir serta

    tingkah laku umat Islam ke arah yang

    diredhai Allah SWT.

  • Konsep Tamadun dari Perspektif Islam

    - Kemuncak pembangunan yang berkait

    dengan peningkatan kemewahan,

    keindahan suasana dan minat kepada

    pelbagai aspek industri yg boleh

    mempertingkatkan kualitinya.

    - Aspek yg termasuk dalamnya ialah

    kenegaraan, perancangan bandar,

    sosio-ekonomi, sains, pelbagai

    pengetahuan dan kesenian.

    Ibn Khaldun

  • Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

    Masyarakat yang bertamadun dinilai dari dasar aqidahnya, sistem nilai, tingkah laku, hubungn dan aturan sosialnya bukan kemajuan kebendaan.

    Sayid Qutb

  • Agama adalah asas tamadun kerana

    peningkatan unsur spiritual

    mendorong kebangkitan fizikal dan

    semua tamadun di dunia di

    ditegakkan atas kepercayaan

    agama.

    Muhammad Rasyid Redha

  • Terbahagi kepada dua tamadun iaitu :

    Said Hawa

    Tamadun Islam: segala aspek

    kemajuan yg tegak atas kebudayaan

    Islam serta hasilnya

    juga relevan dengan kebudayaan itu.

    Tamadun Jahiliah : kemajuan yg

    dijelmakan dalam bentuk kebendaan

    dengan tidak

    mengambil kira aspek rohani dan moral.

  • Himpunan ilmu pengetahuan, syariat,

    peraturan tradisi dan moral yg

    menunjukkan keadaan pemikiran,

    ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan

    seluruh kehidupan kebendaan dan

    kerohanian dalam sesuatu sejarah.

    Umar Audah al-Khatib

  • Seluruh penghasilan atau produktiviti

    yang mgambarkan keperibadian manusia sama ada berbentuk @ gambaran akal,

    perasaan, tingkah laku, falsafah,

    pengetahuan agama, kesenian dan lain-

    lain.

    Dr. Muhammad Al-Baki

  • Konsep tamadun dari perspektif Barat

    Satu sistem masyarakat yg dapat membantu

    manusia menambah hasil pengeluaran @

    produktiviti ;

    Mempunyai 4 elemen penting iaitu :

    - bahan-bahan ekonomi,

    - sistem politik,

    - pengetahuan,

    - seni.

    Arnold Toynbee

  • Ciri2 masyarakat bertamadun :-

    a. berakhir nomad dan tetap di satu

    kawasan.

    b. pembahagian kerja

    c. kota/negara terbentuk dengan wujudnya

    status sosial.

    d. ciptaan tekologi dan alat pertanian.

    e. revolusi : - perdagangan, teknologi,

    penternakan, dan indsutri.

    Darey Ribeiro

  • Kepandaian masyarakat mengeksploitasi

    material.

    Masyarakat memproses material untuk

    menjadikan barang baru bagi sesuatu

    keperluan.

    J.K. Febleman

  • Adalah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan merangkumi elemen :

    a. Ekonomi

    b. Sistem politik

    c. Tradisi moral

    d. Kesenian

    Will Durrant

  • Memetingkan kebendaan atau material

    kerana asas kepada sebuah kemajuan.

    Oswarld Spengler

    E.B Taylor

    Rangkaian yg merangkumi aspek2 keilmuan,

    kepercayaan, kesenian, nilai moral, perundagan,

    tradisi, bakat dan kebolehan yg dihasilkan oleh

    masyarakat.

  • Tamadun Barat lebih mempunyai jasad tetapi tidak

    ada jiwa dan nilai moral yang diterapkan di

    mana akhirnya wujudlah Ciptaan Mesin.

    Iaitu manusia yang dibentuk seperti mesin dan

    disebabkan itu, masyarakat yang lahir tidak

    mempunyai jiwa dan perasaan dan hanya

    mampu memberi kepuasan fizikal sahaja. (tiada

    roh).

    Maryam Jameelah ulas:

  • Kalam Allah (mukjizat yg diturunkan kpd Nabi

    Muhammad SAW ) diriwayatkan secara mutawatir

    dan membacanya ibadah.

    Kitab yg memberi petunjuk(huda),

    penjelasan(bayan),peringatan(nazir), rahmat, berita

    gembira (busyra), pengajaran(mauizah), dan penawar (syifa).

    Tatacara bagaimana manusia yg diamanahkan oleh

    Allah sebagai penguasa,khalifah bagi membentuk

    serta mentadbir muka bumi.

  • Prof Hamid Algar AQ adlh penentu yg boleh membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

    Perhubungan antara AQ dan tamadun dijelaskan

    oleh Syeikh Ahmad Kiftaro sesiapa shj yg mempelajari surah dan ayat2 al-Quran akan

    dapat lihat bagaimana Al-Quran menghubungkan

    keagamaan, keintelektualan da bagaimana

    ajaran Islam bersatu untuk mempercepatkan

    kemajuan dalam tamadun.

  • Sumber asas ke-2 selepas AQ.

    Disandarkan kpd Nabi Muhammad SAW samA ada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat-sifat kejadian Baginda.

    Fungsi As-Sunnah :-

    1. menguat dan penyokong kepada hukum2 dalam AQ.

    2. penghurai dan pentafsir kpd ayat2 AQ.

    3. tentukan hukum2 yang tidak ada dalam AQ.

  • 1. Akal (Ijtihad) pencurahan daya pemikiran secara bersungguh2 untuk mendapatkan sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu masalah yg tidak terdapat hukumnya secara qatie dari AQ atau AS.

    - Umat Islam berjaya mengkayakan ruang lingkup tamadun Islam terutama aspek muamalat.

  • Adalah guru terbaik dan sangat bjaksana. Tokoh2 pembina Tamadun Islam menjadikan

    pengalman mereka hasilkan sesuatu yang lebih baik.

    2. Pengalaman

    3. Tamadun lain Contohnya tamadun Greek, Mesopotamia,

    Rome, Mesir, Hwang-Ho. Selagi tidak bercanggah dengn konsep

    keimanan kpd Allah, Islam tidak menentang kemajuan asalkan datangkan kebaikan & tidak lupa Allah.

  • Matlamat Tamadun Islam

    Melahirkan manusia yg mempunyai Konsep kpercayaan yg betul iaitu kepada

    Allah yg Esa.

    Melahirkan manusia yg mpunyai cara hidup yg tersusun dan sistem rapi.

    Melahirkan manusia yg dapt bjawab sbg Khalifah Allah atas muka bumi dan kenal

    diri sendiri dan tahu arah tuju hidup.

  • 1. Hubungan manusia dgn Allah (Hablumminallah)

    - tujuan : hambakan diri kpd-Nya iaitu beribadat seperti dalam surah Az-Dzariyat :56 - konsep ibadat adalah jika semuanya diniatkan

    kerana Allah . - segala kebajikan yg dilakukan akan dikira

    ibadat dengan niat perkara kebaikan.

  • 2. Hubungan manusia sesama manusia (Hablumminannas)

    - bukan shj sebagai hamba Allah, tetapi dari sebuah keluarga yang berasal dari jiwa yang satu.

    - mempunyai hak yang sama dari segi kemanusiaan dan kebebasan.

    - perlu hormat menghormati antara satu sama lain.

  • 3. Manusia dengan alam. - manusia makhluk yang telah

    dimanahkan oleh Allah sebagai khalifah kepada alam.

    - letaknya kemakmuran alam dan segala isinya.

    - tidak lakukan kerosakan dan kemusnahan.

    - kerosakan alam adalah disebabkan tidak menjaga amanah Allah sebagai khalifah.

  • Keistimewaan Tamadun Islam

    Transenden (bersifat kewahyuan) bukan daricetusan fikiran/nafsu

    Berorientasikan kemanusiaan dgn manusia sbg fokus.

    Tamadun yg seimbang & sepadu

    Membawa manusia mcapai matlamat yg hakiki dunia & akhirat

    Universal sbb tidak merujuk kpd kelompok bangsa tertentu.

  • Dasar2 Tamadun Islam

    Memelihara Jiwa dan Agama

    Memelihara Akal dan Fikiran

    Memelihara Maruah dan Keturunan

    Memelihara Harta Benda

    Memelihara Hak & Kebebasan

  • - Jiwa / nyawa amanah Allah dan wajib memeliharanya.

    - Membinasakan jiwa sendiri atau org lain adalah jenayah paling besar.

    - Hukum hak hidup :

    a. tiap2 perkara yg berhubung dgn hidup & bawa keselamatan tubuh badan dikira wajib

    spt memelihara kesakitan, mencegah penyakit.

    b. perkara yg boleh rosakkan tubuh badan & ancam nyawa atau melemahkannya adalah haram spt mabuk, heroin, dadah, yang mendatangkan mudarat kpd tubuh bdan.

  • c. Tiap2 perkara yg boleh memelihara kehidupan hukumnya wajib spt makan, minum, dan berpakaian. Dan tidak boleh melebihi batasan.

    d. Tiap2 perkara yg dapat mengelakkan diri daripada mati adalah harus bahkan kadang2 dianggap wajib.

  • - Akal fikiran menaikkan darjah manusia ke taraf yang paling mulia di kalangan sesama manusia dan di sisi ALLAH.

    - Dapat menilai tiap2 perlakuannya sama ada baik atau buruk.

    - Mengkehendaki supaya manusia memelihara akal supaya dapat berfikir dengan cara yang baik dan teratur berpandukan ilmu yg mendatangkan faedah.

  • Islam menganggap manusia yang beriman

    adalah makhluk yang paling mulia di sisi

    Allah.

    Wajib memelihara maruahnya dan

    kehormatan dirinya.

    Memerlukan tiap2 orang mendapat hak

    untuk melindungi dan menjga kehormatan

    diri, mengawal kedudukan mencari rezeki

    dsbnya.

    Untuk menentukan zuriat dn keturunan

    melalui ikatan sah (pernikahan).

  • - Kehormatan hak milik atau harta kepunyaan manusia sama dengan kehormatan jiwa manusia itu sendiri.

    - Harus bekerja dan berusaha utk memenuhi keperluan hidup.

    - Hakikatnya, segala yg ada di langit dan bumi adalah hak ciptaan Allah tetapi manusia telah diberi kuasa utk mentadbirkannya mengikut peraturan yg tertentu.

  • - Hak kebebasan manusia tidak boleh dicerobohi atau dicabut daripada manusia melainkan dalam keadaan darurat iaitu pd masa mempertahankan kemerdekaan dan keselamatan bg umat Islam.

    - Antaranya; membebaskan manusia drpd penyembahan dan pendewaan terhadap sesuatu benda atau sesama manusia.

  • - Kebebasan utama manusia adalah

    kebebasan berfikir. Harus diberi

    kebebasan dalam meberi pendapat

    tanpa diganggu oleh undang2

    - Katakanlah benar sekalipun ia pahit.

    - Rasulullah SAW menegaskan sesiapa

    yang tidak mahu menyatakan

    kebenaran itu sbg syaitan yg bisu.

  • 1. Tiada paksaan atas org yg memeluk Islam, malah tidak sah iman org yg menganut Islam krn dipaksa.

    2. Kebebasan dalam mengamalkan agama.

    3. Kebebasan dlm mengamalkan perkara2 yg dibenarkan dlm agama mereka sekalipun ditegah bg org Islam.

    4. Kebebasan dlm menjalankan undang2 yg berhubung kehidupan spt undang2 perkahwinan, cerai, dan nafkah.

    5. Memelihara hak2 mereka dan menjaga kehormatan, memberi kebebasan kpd mereka utk berbincang dlm suatu hal.

  • 1. Bersama-sama dalam masalah kehakiman

    (undang-undang) dan dalam pemilihan

    kepimpinan.

    2. Mengawasi tindak tanduk pemimpin serta

    menegurinya di samping mengemukakan

    pandangan dan buah fikiran.