a time of conquest

8
Bab 3 :A Time Of Conquest A time of conquest atau era penaklukan merupakan bab yang menceritakan peristiwa setelah kewafatan Nabi Muhammad. Dalam bab ini penulis banyak menyatakan pandangan beliau sendiri dalam mentafsir sejarah islam. Rentetan daripada ulasan beliau, maka tidak hairanlah jika terdapat sejarah yang bertentangan dengan sejarah sebenar. Era penaklukan ini bermula selepas kewafatan baginda rasulullah atau pada abad ke 7 hijrah sehingga zaman keemasan islam yakni semasa zaman kerajaan abbasiyah. Awal tinta bab ini, penulis mendakwa bahawa segala masalah, kesulitan dan perbalahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam berpunca daripada kewafatan baginda rasulullah. Hal ini merujuk kepada perselisihan yang berlaku dalam kalangan sahabat semasa melantik pengganti rasulullah sebagai khalifah dan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Setelah kewafatan rasulullah, pentadbiran Islam diterajui oleh khulafa ar-rasyidin. Pemilihan khalifah adalah kaedah yang diajar diajar oleh baginda rasulullah. Pada hakikatnya Islam tidaklah menetapkan sistem tertentu dalam pemilihan seseorang khalifah atau pemimpin. Apa yang dituntut hanyalah agar dihormati konsep ‘syura’ (Ali Imran: 159, Al-Syura: 38), iaitu seperti sistem demokrasi menurut fahaman biasa. Namun demikian terdapat sedikit kepincangan dalam penulisan penulis. Penulis mendakwa

Upload: faiz-azmi

Post on 18-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Summary from the Book " Early Islam"

TRANSCRIPT

Bab 3 :A Time Of ConquestA time of conquest atau era penaklukan merupakan bab yang menceritakan peristiwa setelah kewafatan Nabi Muhammad. Dalam bab ini penulis banyak menyatakan pandangan beliau sendiri dalam mentafsir sejarah islam. Rentetan daripada ulasan beliau, maka tidak hairanlah jika terdapat sejarah yang bertentangan dengan sejarah sebenar.Era penaklukan ini bermula selepas kewafatan baginda rasulullah atau pada abad ke 7 hijrah sehingga zaman keemasan islam yakni semasa zaman kerajaan abbasiyah. Awal tinta bab ini, penulis mendakwa bahawa segala masalah, kesulitan dan perbalahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam berpunca daripada kewafatan baginda rasulullah. Hal ini merujuk kepada perselisihan yang berlaku dalam kalangan sahabat semasa melantik pengganti rasulullah sebagai khalifah dan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam.Setelah kewafatan rasulullah, pentadbiran Islam diterajui oleh khulafa ar-rasyidin. Pemilihan khalifah adalah kaedah yang diajar diajar oleh baginda rasulullah. Pada hakikatnya Islam tidaklah menetapkan sistem tertentu dalam pemilihan seseorang khalifah atau pemimpin. Apa yang dituntut hanyalah agar dihormati konsep syura (Ali Imran: 159, Al-Syura: 38), iaitu seperti sistem demokrasi menurut fahaman biasa. Namun demikian terdapat sedikit kepincangan dalam penulisan penulis. Penulis mendakwa setiap khalifah yang dipilih membuat dasar dan keputusan pentadbiran berdasarkan semangat kesukuan yang melampau. Penulis telah membahagikan sistem pentadbiran berdasarkan zaman pentadbiran khulafa ar-rasyidin, zaman kerajaan Islam Umaiyyah dan Abbasiyyah. Zaman khulafah ar rasyidin penulis membahagikan bahagian menurut zaman pemerintahan khalifah Islam dan peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan tersebut. Sebagaimana yang kita sedia maklum, 3 daripada 4 khalifah Islam telah dibunuh akibat masalah dalaman yang menimpa umat Islam kesan daripada kelahiran pelbagai aliran faham mengenai pemilihan khalifah. 1.0 Zaman saidina Abu Bakar As-Siddiq r.aSebaik sahaja dilantik, khalifah Abu Bakar berdepan dengan cabaran yang sangat hebat. Namun demikian beliau masih meneruskan dakwah islam melalui penaklukan. Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh saidina Abu Bakar ialah memerangi golongan yang enggan membayar zakat dan golongan yang murtad.Selepas berjaya memerangi golongan riddah, Syaidina Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid, panglima perang yang dilantik Abu Bakar berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria dan menguasai kerajaan Rom atau Byzantine. Kejayaan demi kejayaan tentera Islam dalam misi penyebaran Islam dicemari dengan ulasan daripada penulis yang mendakwa bahawa antara faktor kejayaan tentera Islam adalah disebabkan perlantikan panglima perang Khalid bin Al-Walid, mendapat sokongan daripada penduduk daripada kawasan yang ingin ditakluk dan tentera Islam sering kali menggunakan teknik serang hendap terhadap musuh. Ketiga-tiga dakwaan ini sangat bertentangan dengan buku Khalid Bin Al-Walid karya Manshur Abdul Hakim.

1.1 Zaman Saidina Umar Bin Al-Khattab r.aNama sebenar beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal. Beliau berketurunan Bani Adi daripada golongan Arab Quraisy. Tarikh perlantikannya sebagai Khalifah kedua kerajaan Islam ialah pada hari Selasa, 22 Jamadilawal tahun ke 13 Hijrah bersamaan 634 Masihi. Beliau telah memerintah selama 10 tahun 6 bulan hingga tahun 644 Masihi sebelum wafat di usia 63 tahun di bulan Zulhijjah bersamaan tahun 23 Hijrah.Berkenaan cara perlantikan beliau pula, Saidina Abu Bakar as-Siddiq telah menamakan beliau sebagai penggantinya ketika sedang sakit sebelum Saidina Abu Bakar wafat. Zaman ini merupakan zaman keemasan tamadun Islam terutamanya kerajaan Islam Madinah kerana polisi pentadbiran dan kelahiran beberapa pembaharuan dalam pentadbiran yang telah membawa banyak perubahan yang berjaya kepada kerajaan yang unggul pada ketika itu.Khalifah Umar berjaya menjaga kebajikan masyarakat dan menguruskan sistem pentadbiran dengan sangat rapi dan terancang. Beliau telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang dalam istilah perundangan moden dipanggil prinsip perasingan kuasa (separation of power). Meskipun caranya agak berbeza dengan fahaman dan amalan masa kini, tetapi Umar telah berjaya melaksanakannya apabila hakim diberi kebebasan untuk menjalankan tugas-tugasnya, tanpa dipengaruhi oleh kuasa-kuasa politik.Khalifah Umar sangat menjaga kebajikan anggota masyarakat melalui penubuhan Baitul-Mal sebagai sumber utama kewangan negara. Malah, orang bukan Islam turut mendapat keistimewaan jika membayar cukai dan tunduk dengan peraturan dan pentadbiran Islam. Buktinya ialah tanah yang dikuasai oleh tentera Islam akan dipulangkan kepada pemilik asal jika mereka berjanji untuk membayar cukai tanah dan usyr.Tidak semua yang dinukilkan penulis berdasarkan sejarah dan fakta yang sebenar. Hal ini kerana terdapat penyelewengan yang ditulis dalam peristiwa pembunuhan saidina Umar r.a. Penulis mendakwa bahawa golongan parsi yang membunuh Umar dan Umar telah selamat daripada tragedi itu bahkan mampu untuk menyiasat peristiwa tersebut.1.2 Zaman Saidina Uthman Bin Affan r.aKhalifah ketiga dalam kerajaan Islam Madinah ialah Saidina Uthman bin Affan atau nama sebenarnya ialah Uthman bin Affan bin al-Aus bin Umaiyah. Beliau berasal daripada keturunan Bani Umaiyah. Beliau telah dilantik pada tahun ke 23 Hijrah bersamaan 644 Masihi untuk menggantikan Saidina Umar al-Khattab yang wafat. Tempoh pentadbiran beliau sangat panjang iaitu selama 12 tahun.Zaman pemerintahan beliau boleh dibahagikan kepada 2 bahagian yakni tahap keamanan dan keagungan Islam, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman Fitnatul-Kubra iaitu zaman huru hara. Pada zaman keamanan ini banyak sumbangan yang dilakukan beliau. Antaranya ialah mengadakan satu naskhah al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Zaman Fitnatul Kubra bermula apabila khalifah Uthman melantik gabenor dalam kalangan keluarga beliau sendiri. Malah, kelembutan beliau dalam pemerintahan Islam telah digunakan oleh golongan tertentu untuk mempengaruhi beliau dalam membuat sebarang keputusan. Beliau juga difitnah rentetan daripada ketiadaan beliau dalam menyertai perang tabuk. Kemuncak daripada isu ini beliau dibunuh oleh pemberontak yang datang setelah berlaku perselisihan.

1.3 Zaman Saidina Ali Bin Abi Talib r.aKhalifah terakhir dalam tamadun khulafah ar-Rasyidin ialah Saidina Ali bin Abi Talib. Beliau lahir pada 602 Masihi iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi Muhammad menjadi rasul. Beliau merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad. Nama sebenar beliau ialah Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib. Beliau berasal daripada keturunan Bani Hasyim dan merupakan golongan Arab Quraisy. Beliau telah berkhidmat sebagai khalifah selama hampir lima tahun.Zaman pentadbiran saidina Ali banyak penyelewengan yang dinukilkan penulis. Antaranya ialah beliau mendakwa saiditina Aisyah, Talhah dan Zubair bersepakat membentuk ikatan ketenteraan bagi menentang kekhalifahan Ali. Aisyah didakwa tidak puas hati dan berdendam dengan Ali rentetan daripada peristiwa fitnah zina yang diterimanya semasa kehidupan rasulullah. Penulis menggambarkan Ali merupakan salah seorang yang menyokong dan menyebarkan fitanh tersebut keatas dirinya. Talhah dan Zubair pula didakwa tidak berpuas hati dengan Ali disebabkan tidak dipilih menjadi khalifah.Penulis mendakwa atas alasan inilah tercetusnya peperangan Jamal. Aisyah membentuk pakatan tentera bersama Zubair dan Talhah bagi menjatuhkan Saidina Ali. Hal ini bertentangan dengan sejarah sebenar yang dinukilkan dalam Khalifah Islam hasil karya Raffar Mat. Saiditina Aisyah tidak pernah memusuhi Saidina Ali, bahkan tujuan perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan mengenai peristiwa pembunuhan Saidina Uthman. Namun demikian, berlaku salah faham yang akhirnya mencetuskan peperangan tersebut. Malah kesilapan Ali memecat gabenor berpengaruh yakni Muawiyyah memburukkan lagi zaman pemerintahan beliau. 1.4 Bermulanya pemerintahan Kerajaan UmaiyyahSelepas kematian Saidina Ali, tampuk pentadbiran Islam dipegang seketika oleh cucu rasululla yakni Saidina Hassan. Beliau sempat memerintah selama 7 bulan sahaja. Hal ini kerana beliau tidak menyukai perbalahan dan perpecahan yang semakin berleluasa dalam kalangan masyrakat Islam. Namun demikian, penulis mendakwa Saidina Hassan seorang yang tidak berwibawa dan tidak mempunyai kemahiran dalam pentadbiran. Beliau kemudiannya menyerahkan tampuk pemerintahan Islam kepada Muawiyah Bin Abu Sufyan. Maka lahirlah tampok pemerintahan berdasarkan sistem pemerintahan monarki.Semasa pemerintahan khalifah Yazid berlaku perselisihan antara umat Islam. Pada masa itu saidina Hussein menerima jemputan daripada penduduk Kufah bagi memegang pentadbiran Islam yang seterusnya. Khalifah Yazid mengarahkan gabenor Kufah untuk memerhatikan tindakan kumpulan ini. Namun penulis mendakwa khalifah Yazid mengarahkan Gabenor untuk memenjarakan dan membunuh Saidina Hussein. Penulis juga memaklumkann bahawa khalifah Yazid sangat gembira menerima kepala saidina Hussien. Hal ini bertentangan dengan sejarah. Khalifah yaziid berasa sangat dukacita mengenai peristiwa tersebut.BAB 4: The golden Age1.0 Zaman Khalifah Al Mahdi Bin Al MansurAl-Mahdi dilahirkan di Hamimah pada tahun 126 H. Sewaktu ayahnya al-Mansur mulai menjadi khalifah, al-Mahdi berusia 10 tahun dan Isa bin Musa sebagai putra mahkota bakal pengganti al-Mansur menurut perjanjian yang dibuat oleh Abul Abbas as-Saffah,tetapi al-Mansur berniat untuk mencalonkan anaknya menjadi penggantinya kelak. Lantaran itu beliau mengambil langkah-langkah untuk mengasuh dan mengajarnya tentang kepahlawanan dan cara-cara memimpin tentera.Ketika al-Mahdi menjadi khalifah,negara telah dalam keadaan stabil dan mantap,dapat mengendalikan musuh-musuh dan keuangannya pun telah terjamin. Ini menjelaskan bahawa zaman pemerintahan al-Mahdi terkenal sebagai zaman yang makmur dan hidup dalam kedamaian.Al-Mahdi telah memerintah supaya dibangun beberapa buah bangunan besar di sepanjang jalan yang menuju ke Makkah sebagai tempat persinggahan para musafir,memerintahkan supaya dibuat kolam-kolam air untuk kepentingan kelompok-kelompok kafilah dan haiwan ternakan mereka dan menubuhkan pos di antara kota Bagdad dan wilayah-wilayah islam yang terkemuka.Antara sumbangan yang dilakukan beliau ialah mendirikan kota Baghdad. Kota Baghdad berkembang seiring dengan zaman pemerintahan al-Mahdi. Kota itu menarik pendatang dari seluruh Arab, Irak, Suriah, Persia, dan daerah sejauh India dan Spanyol. Baghdad merupakan tempat tinggal orang Kristen, Yahudi, Hindu, dan Zoroastrianisme, di samping bertambahnya penduduk Muslim. Menjadi kota terbesar dunia di luar Tiongkok.Antara sumbangan terbesar semasa era ini ialah dalam usaha terjemahan. Khalifah al-Mahdi sangat mencintai ilmu sehingga memberikan peruntukkan yang besar bagi menggaji pekerja untuk menterjemah buku serta memasukkan elemen yang selari dengan syariat dan Ilmu Islam untuk memartabatkan Ilmuan Islam. 1.1 Jabatan WazirWazir yang terdiri daripada keluarga Barmakid berkuasa dalam mengurusi kewangan Negara, rakyat, dan pemerintahan dalam kekuasaan yang tidak terbatas. Sebagai wazir, mereka memiliki pengaruh besar pada pembentukan kerajaan di akhir abad ke-8. Yahya bin Khalid al-Barmaki adalah sangat berpengaruh. Dia diangkat sebagai guru dan mentor untuk anak muda Harun al-Rasyid, yang akan pergi untuk menjadi khalifah selama Abbasiyah memiliki zaman keemasan mereka. Di bawah bimbingannya, Harun al-Rasyid berhasil menjalin perdamaian dengan tetangga, pertumbuhan kekaisaran eksponensial ekonomi, perlindungan ulama, dan sistem infrastruktur yang disaingi bahwa Roma kuno. The Barmakid keluarga secara keseluruhan sehingga memiliki dampak besar pada bentuk politik dunia Muslim yang akan berlangsung selama berabad-abad.Hubungan antara wazir dan pemerintah ini berakhir dengan tragik. Kekuasaan dan pengaruh keluarga Barmakid menyebabkan khalifah Harun berasa terancam dan menggulingkan keluarga ini.1.2 Kekuasaan dan pengaruh golongan muktazilah dalam pentadbiranAliran Mutazilah sebagai salah satu aliran mutakallimin mempunyai peranan besar dalam sejarah pemikiran Islam. Aliran inilah yang pertama kali mempersenjatai Islam dengan falsafah dalam usaha mempertahankan Islam dari serangan-serangan luar.Dalam perkembangannya, aliran Mutazilah pernah memperoleh pengaruh dalam masyarakat Islam. Pengaruh itu mencapai puncaknya di Zaman khalifah-khalifah Bani Abbasiyyah, diakui sebagai mazhab rasmi yang dianut negara, khususnya pada masa al-Mamun. Hal ini karena al-Mamun adalah seorang murid dari Abu al-Hudzaih al-Allaf, seorang tokoh Mutazilah. Al-Mamun dan kaum Mutazilah mencapai hubungan yang serasi dalam ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan keagamaan, antara lain ajaran tentang kemakhlukan al-Quran. Kaum Mutazilah oleh penguasa diserahkan untuk melaksanakan dialog-dialog seputar al-Quran. Lantas, faham Mutazilah terutama ajaran tentang kemakhlukan al-Quran menjadi isu akidah yang dibahaskan oleh ulama. 1.3 Kemunculan ahli sufiPada abad ini lahir ahli sufi yang popular dalam sejarah Islam seperti Rabiatul Adawiyyah dan Hallaj. Rentetan daripada itu bermulanya ilmu penyucian jiwa melalui tarekat dalam usaha menyucikan kembali ajaran Islam yang dicemari oleh aliran falsafah.