web viewibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan....

26

Click here to load reader

Upload: votuyen

Post on 01-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

21

BAB 2KATA KERJA

Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau

dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan

sesuatu. Contohnya, berjalan, makan, menolak, dan dibuat. Kata kerja terbahagi kepada, kata

kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).

2.1 KATA KERJA TRANSITIF2.1.1 Takrif/DefinisiKata kerja transitif merupakan kata yang menjadi inti frasa kerja, sama ada yang berlaku (aktif)

atau dilakukan (pasif), contohnya menolak, ditolak, menjalankan, dijalankan, berjalan, makan,

dimakan, mempererat, dan dipererat. Kata kerja transitif memerlukan objek atau penyambut

yang terdiri daripada kata atau frasa nama selepas kata tersebut. Sesuatu ayat tidak lengkap

jika kata kerja transitif tidak diikuti oleh objek atau penyambut. Kata kerja transitif boleh

dipasifkan. Selain itu, objek atau penyambut selepas kata kerja transitif dapat ditentukan

dengan merujuk kamus untuk memastikan maksudnya.

Kata kerja transitif juga melibatkan segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya

kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut atau objek. Ayat

yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut atau objek. Kata kerja ini

biasanya mempunyai imbuhan ‘meN‘ contohnya mengambil, memberikan, membaca,

menduduki, mempersilakan.

2.1.2 Kata Kerja Transitif AktifKata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan

ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan meN (me, men, men ...

i, men ... kan, memper, memper ... i, dan memper ... kan). Kata kerja transitif juga dikatakan

perbuatan melampau, contohnya menendang, menulis, menampar, menumbuk, makan,

membersihkan, menganugerahi, menghidangi dan sebagainya.

Pembuat (Frasa Nama) Kata Kerja Transitif Objek/Penyambut

(Frasa Nama)Faiz menendang bola itu.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 2: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

22

Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian kausatif (penyebab)

Ayat contoh: Amir memasukkan buah durian ke dalam bakul.

Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian benefaktif (melakukan sesuatu untuk

manfaat orang lain)

Ayat contoh: Emilia membuatkan ayahnya kopi.

Kata kerja transitif aktif yang memberikan pengertian lokatif (unsur tempat)

Ayat contoh: Peserta ekspedisi itu sedang menuruni bukit.

2.2.2 Kata Kerja Transitif Pasif Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif.

Kata kerja transitif pasif selalunya menggunakan imbuhan di, di … i, di … kan, contohnya,

ditulis, ditampar, ditumbuk, disertai, dimakan, dan digalakkan.

Objek/Penyambut Kata Kerja Transitif Pembuat

Bola itu ditendang oleh Faiz.

2.2.3 Kesalahan Lazim

1 Mereka sering memotong di garisan berkembar dan di selekoh berbahaya.

2 Kerajaan boleh membantu mencari pasaran baru bagi keluaran pertanian.

3 Pelajar tidak suka akan guru yang mengajar dalam keadaan yang marah.

4 Masyarakat mengharapkan peniaga tidak menaikkan terlalu tinggi harga barangan.

5 Walaupun harga barang itu mahal, mereka tetap membeli.6 Kerajaan akan menurunkan lagi kadar cukai pendapatan pada tahun hadapan.

2.2.4 Rumus Kata Kerja Transitif

1 Kata kerja transitif aktif memerlukan objek atau penyambut yang terdiri daripada

kata atau frasa nama selepas kata tersebut.

KKT + Objek/penyambut (frasa nama)

Bahagian Satu: Morfologi

Page 3: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

23

membeli barang kemas

Pembuat (Frasa Nama)

Kata Kerja Transitif Aktif Objek/Penyambut (Frasa Nama)

Seekor kucing menangkap tikus itu.

Seorang jurujual menjual barang itu

Pak Mahmud menambat kambing itu. Ayah sedang membaca surat khabar

2 Sesuatu ayat tidak lengkap jika kata kerja transitif tidak diikuti oleh objek atau

penyambut.

3 Kata kerja transitif boleh dipasifkan.

Objek/penyambut (frasa nama) Kata Kerja Transitif (KKT) Pasif

Nasi ayam dimakan

Objek/Penyambut(Frasa Nama)

Kata Kerja Transitif Pasif

Pembuat (Frasa Nama)

Tikus itu ditangkap oleh seekor kucing.

Barang itu dijual oleh seorang jurujual.

Kambing itu ditambat oleh Pak Mahmud.

Surat khabar sedang dibaca oleh ayah.

4 Kata kerja transitif boleh diikuti oleh kata hubung komplemen (bahawa dan untuk)

Pengetua menerangkan bahawa masalah disiplin perlu diberikan perhatian oleh

semua pihak.

2.2.5 Latihan Pengukuhan2.2.5.1 Mengenal pasti kesalahan

Kenal pasti kesalahan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut yang berikut dengan

menggariskannya.

(i) Lori tanah itu melanggar dengan sebuah kereta.

(ii) Penjenayah melakukan tanpa memikirkan akibatnya.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 4: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

24

(iii) Dia memasukkan ke dalam sampul berdaftar.

(iv) Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak.

(v) Kita harus mengelakkan daripada menjadi mangsa ragut.

(vi) Doktor itu menjelaskan lagi punca penyakit kanser.

(vii) Dia memegang dengan erat tangan anaknya ketika melintas jalan.

(viii) Artis itu menyangkal tentang dakwaan negatif terhadapnya.

(ix) Petikan itu membincangkan tentang faktor kenaikan harga barang.

(x) Penduduk kampung membantu menyelamatkan mangsa kebakaran itu.

2.2.5.2 Membetulkan KesalahanBetulkan kesalahan kata kerja transitif yang berikut.

(i) Kerajaan telah melulus projek itu.

(ii) Pekerja itu lakukan kerja yang berat.

(iii) Dia masukkan buah kelapa ke dalam bakul.

(iv) Kerajaan menggalak rakyat supaya berhemah di jalan raya .

(v) Kita harus libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

(vi) Doktor gigi tunjukan cara menggosok gigi dengan betul.

(vii) Kakak saya menanakkan nasi di dapur.

(viii) Artis itu pegang watak sebagai pengemis jalanan.

(ix) Guru menerang cara untuk menjawab soalan.

(x) Ibu bapa perlu membimbing anak-anak.

2.2.5.3 Menentukan Ayat yang Betul atau SalahTandakan [ / ] bagi ayat yang menggunakan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut

yang betul dan tanda [ X ] bagi penggunaan kata kerja transitif dengan objek atau penyambut

yang salah.

(i) Pihak berkuasa telah mengetatkan lagi kawalan di sempadan. [ ]

(ii) PTPTN akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar. [ ]

(iii) Pemuda itu menceritakan kejadian yang dialaminya itu kepada kawannya.[ ]

(iv) Wartawan itu melaporkan dari tempat kejadian tanah runtuh di

Hulu Langat.[ ]

(v) Emak sedang menggoreng ikan bilis di dapur. [ ]

(vi) Halimah mengangkat dengan cermat gelas-gelas kaca itu. [ ]

Bahagian Satu: Morfologi

Page 5: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

25

(vii) Ayah memberikan adik wang belanja sekolah. [ ]

(viii) Kawan saya memperoleh kejayaan dalam peperiksaan. [ ]

(ix) Encik Nawawi memperbesar rumahnya. [ ]

(x) Rencana akhbar itu menerangkan tentang kesan bencana tsunami. [ ]

2.2 KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)2.2.1 Takrif/DefinisiKata kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat

berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek atau penyambut untuk

menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.

KKTT boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya seperti yang di bawah ini.

(i) Tanpa imbuhan (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)

(ii) meN-... (mengalir, meletup, menangis, membisu)

(iii) ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)

(iv) ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)

(v) ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)

(vi) ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)

KKTT terbahagi kepada dua iaitu;

(i) KKTT tanpa pelengkap

(ii) KKTT berpelengkap

2.2.1.1 KKTT Tanpa PelengkapKata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.

Contoh:

(i) Gadis itu asyik termenung.(ii) Ayah dan ibu sedang berbicara.

(iii) Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.

KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi untuk memberikan

keterangan lanjut tentang ayat tersebut.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 6: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

26

Contoh:

1. Si Dara asyik termenung di dalam kamar.

2. Hanif dan Nazimah sedang berbicara tentang pilihan raya.

3. Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.

Kata kerja aktif tak transitif imbuhan me... tidak memerlukan penyambut atau objek, seperti

yang berikut.

1. Anak kecil itu menangis.

2. Suhu badannya semakin menaik.3. Ombak memutih di pantai.

4. Harga barang menurun sejak akhir-akhir ini

5. Padi di sawah sedang menguning.

Kata kerja tak transitif dengan awalan teR- ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau

penyambut sesudahnya, tetapi boleh diikuti oleh unsur keterangan, seperti yang berikut.

1. Dia terjatuh dari atas pokok.

2. Ali terduduk setelah mendengar berita itu.

3. Pesakit itu terlantar di atas katil.

4. Murid-murid terdiam apabila dimarahi guru.

5. Pelajar itu tersandar di kerusi rotan.

2.2.1.2 KKTT BerpelengkapKata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata

sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama dengan objek

atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata Kerja Transitif yang boleh

mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan.

Contoh:

1. Keadaan banjir sudah beransur surut.

2. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.

3. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.

4. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.

5. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.

6. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 7: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

27

2.3 RUMUSStruktur Frasa Kerja Tak Transitif

Kata bantu KKTT Kata Sendi Frasa Nama

Sedang bekerja di Pejabat

Ingin berbincang tentang Perkara

Telah terlupa akan nama rakannya

Sudah bertambah kukuh -

Sudah beransur sembuh -

Telah bersuamikan - orang kaya

Telah berpayungkan - daun pisang

2.3.1 Kesalahan-kesalahan Kata Kerja Tak Transitif

1. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT

Contoh ayat:

(a) Cik Min akan berjumpa Cikgu Zue. (X)

(b) Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue. (√)

2. Penggunaan Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan

Contoh ayat:

(a) Penculik itu bersenjatakan dengan sebilah pisau. (X)

(b) Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau. (√)

(c) Mereka membuat keputusan berdasarkan kepada hujah tersebut. (X)

(d) Mereka membuat keputusan berdasarkan hujah tersebut. (X)

3. Tidak meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.

Contoh ayat:

(a) Ayah tidak akan pulang rumah tengah hari ini. (X)

(b) Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini. (√)

4. Tidak meletakkan kata hubung selepas KKTT berimbuhan ber

(a) Peragut akan berusaha mendapatkan hasilnya

Bahagian Satu: Morfologi

Page 8: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

28

(b) Peragut akan berusaha untuk mendapatkan hasilnya.

(c) Mesyuarat itu berbincang perkara tersebut.(x)

(d) Mesyuarat itu berbincang tentang perkara tersebut.( √ )

(e) Kumpulan kami berkata hal yang sama.(x)

(f) Kumpulan kami berkata mengenai hal yang sama.( √ )

(g) Mereka asyik bercerita kisah itu sahaja.(x)

(h) Mereka asyik bercerita tentang kisah itu sahaja.( √ )

5. Kata kerja tak transitif aktif selain kata kerja berapitan beR-…-kan atau kata kerja

menjadi mesti disisipkan dengan kata sendi apabila hendak meluaskan frasa tersebut

ataupun menerima kata adjektif selepasnya.

(a) Ahmad bermain-main adiknya (x)

(b) Ahmad bermain-main dengan adiknya ( √ )

6. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang frasa kerja tak transitif

jika terdapat maklumat yang bertentangan.

(a) Mereka bukan bersedih ataupun bergembira (x)

(b) Mereka bukan bersedih tetapi bergembira (√ )

2.4 RUMUSStruktur Frasa Kerja Tak Transitif

Kata bantu KKTT Kata Sendi / Adjektif Frasa Nama

sedang bekerja di pejabat

ingin berbincang tentang perkara

telah terlupa akan nama rakannya

sudah bertambah kukuh -

sudah beransur sembuh -

telah bersuamikan - orang kaya

telah berpayungkan - daun pisang

3.1 Kata Kerja Tak Transitif - Awalan beR-

beR + Kata Sendi Nama + Kata Nama

Kata bantu KKTT Kata Sendi Kata Nama

Bahagian Satu: Morfologi

Page 9: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

29

sedang bekerja di pejabat

ingin berbincang tentang perkara

3.2 Kata Kerja Tak Transitif- Apitan beR...kan

BeR...kan + Kata Nama

Kata bantu KKTT Kata Nama

telah bersuamikan orang kaya

telah berpayungkan daun pisang

2.5 KESALAHAN KATA KERJA

2.5.1 PEMBENTUKAN FRASA KERJA

Frasa kerja aktif terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i) Frasa Kerja Transitif

ii) Frasa Kerja Tak Transitif

(i) Frasa Kerja Transitif

Frasa kerja transitif merupakan frasa kerja yang mengandungi kata kerja yang

menerima penyambut sesudahnya, iaitu objek. Objek ialah kata nama atau frasa nama

dan wajib hadir selepas kata kerja.

Ayat contoh:

Frasa Nama Frasa Kerja Transitif

kata kerja transitif kata nama(objek) keterangan

Ahmad menendang bola.

Ahmad menendang bola di padang.(Frasa Sendi Nama)

Bahagian Satu: Morfologi

Page 10: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

30

(ii) Frasa Kerja Tak Transitif

Frasa Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sesudahnya. Frasa ini

dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:

a. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap

b. Kata kerja tak transitif berpelengkap

Ayat contoh:

Frasa Nama Frasa Kerja Tak Transitif

kata bantukata kerja tak transitif keterangan

(a) Kanak-kanak itu sedang tidur. -

(b) Kanak-kanak itu sedang tidur di anjung rumah.

(a) Hang Lekir telah bertikam.

(b) Hang Lekir telah bertikam dengan lanun.

(a) Sampah sarap itu - terbakar.

(b) Sampah sarap itu

- terbakar perlahan-lahan.

Dalam ayat-ayat di atas, kata kerja tidak memerlukan frasa nama sebagai objek,

namun unsur-unsur lain seperti kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersama-

samanya.

2.5.2 KESALAHAN dalam PEMBENTUKAN FRASA KERJA

Dalam pembentukan frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif, terdapat beberapa bentuk

kesalahan yang sering dilakukan oleh murid tanpa disedari. Walaupun ayat-ayat dibina masih

dapat difahami, namun murid harus berhati-hati kerana kesalahan tatabahasa akan

menyebabkan ayat menjadi tidak gramatis.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 11: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

31

(i) Frasa Kerja Transitif yang meletakkan Keterangan ataupun Kata Sendi Nama selepas Kata Kerja Transitif

Frasa kerja transitif memerlukan objek iaitu frasa nama untuk melengkapkan kata kerjanya.

Seterusnya, objek boleh diikuti oleh bahagian keterangan. Kesalahan yang dilakukan oleh

pengguna bahasa adalah dengan menyelitkan unsur keterangan yang bermula dengan kata

sendi nama sedangkan frasa kerja tidak boleh diselitkan apa-apa perkataan selain objek yang

terdiri daripada frasa nama.

Kesalahan contoh:

Frasa Nama Frasa Kerja Transitif

frasa kerja transitif

kata sendi nama

kata nama(objek)

keterangan

(i) Ibu sedang menimbangkan

akan permintaan kakak

untuk membeli kasut baharu.

(ii) Salmah memberitahu kepada Masitah bahawa dia lulus dalam peperiksaannya.

(iii) Mereka amat berwaspada sewaktu menyiapkan

tentang laporan projek roket itu sebelum hari pertandingan.

(iv) Kerajaan meminta supaya doktor-doktor terlatih

pulang sebaik sahaja mereka menamatkan pelajaran di luar negara.

(v) Rosnah menerangkan daripada cerita yang telah dibacanya kepada rakan-rakannya.

Keterangan kesalahan:Dalam ayat-ayat di atas, terdapat kesalahan, namun kesalahan tersebut tidak begitu ketara.

o Dalam ayat 1, kata kerja transitif menimbangkan perlu diikuti oleh perkataan

permintaan kakak.

o Dalam ayat 2, kata kerja transitif memberitahu perlu diikuti oleh perkataan Murad.

o Dalam ayat 3, kata kerja transitif menyiapkan perlu diikuti oleh perkataan laporan.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 12: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

32

o Dalam ayat 4, kata kerja transitif meminta perlu diikuti oleh perkataan doktor-doktor

terlatih.

o Dalam ayat 5, kata kerja transitif menerangkan perlu diikuti oleh perkataan cerita.

Ayat yang betul:1. Ibu sedang menimbangkan permintaan kakak untuk membeli kasut baharu.

2. Salmah memberitahu Masitah bahawa dia telah lulus dalam peperiksaannya.

3. Mereka amat berwaspada sewaktu menyiapkan laporan projek roket itu sebelum

hari pertandingan.

4. Kerajaan meminta doktor-doktor terlatih pulang sebaik sahaja mereka menamatkan

pelajaran di luar negara.

5. Rosnah menerangkan cerita yang telah dibacanya kepada rakan-rakannya.

(ii) Menggugurkan Awalan Me- dan Mengekalkan Akhiran –kan dalam Frasa Kerja Transitif

Dalam frasa kerja transitif, awalan “me” mesti digunakan kecuali dalam beberapa perkataan

sahaja seperti “makan” dan “minum”. Pengguguran awalan “me” dan hanya meninggalkan

akhiran “kan” akan membentuk kesalahan yang tidak begitu ketara. Pelajar-pelajar seharusnya

tidak keliru dengan perkara ini.

Kesalahan Contoh:

Frasa Nama Frasa Kerja Transitif

akhiran –kan keterangan

(i) Puan Amirah begitu sayangkan anak gadisnya yang tunggal itu.

(ii) Faris tidak gemarkan mata pelajaran Matematik kerana dia perlu membuat latih tubi yang banyak.

(iii) Hanani sangat sukakan masakan rendang ayam yang dimasak oleh ibunya.

(iv) Setelah keluar daripada pusat pemulihan, Bahar

sungguh bencikan dadah yang telah merosakkan kehidupannya.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 13: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

33

(v) Setelah seminggu di perantauan, Nani berasa

amat rindukan ibu bapa dan kampung halaman yang ditinggalkannya.

Keterangan kesalahan:Dalam ayat-ayat di atas, akhiran –kan digunakan untuk mewakili kata bantu akan. Akhiran –kan

menunjukkan kesalahan yang ketara dan kerap dilakukan oleh murid semasa mereka membina

ayat. Oleh itu, imbuhan apitan meN...i wajar digunakan untuk menjadikan ayat-ayat di atas lebih

gramatis.

Ayat yang betul:1. Puan Amirah begitu sayang akan anak gadisnya yang tunggal itu.

2. Faris tidak gemar akan mata pelajaran matematik kerana dia perlu membuat latih

tubi yang banyak.

3. Hanani sangat suka akan masakan rendang ayam yang dimasak oleh ibunya.

4. Setelah keluar daripada pusat pemulihan, Bahar sungguh benci akan dadah yang

telah merosakkan kehidupannya.

5. Setelah seminggu di perantauan, Nani berasa amat rindu akan ibu bapa dan

kampung halaman yang ditinggalkannya.

ataupun:1. Puan Amirah menyayangi anak gadisnya yang tunggal itu.

2. Faris tidak menggemari mata pelajaran Matematik kerana dia perlu membuat

latih tubi yang banyak.

3. Hanani menyukai masakan rendang ayam yang dimasak oleh ibunya.

4. Setelah keluar daripada pusat pemulihan, Bahar membenci dadah yang telah

merosakkan kehidupannya.

5. Setelah seminggu di perantauan, Nani merindui ibu bapa dan kampung halaman

yang ditinggalkannya.

(iii) Meletakkan atau Menambahkan Imbuhan untuk Menjadikan Perkataan tersebut menjadi Kata Kerja Transitif.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 14: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

34

Frasa kerja transitif memerlukan objek iaitu frasa nama untuk melengkapkan kata kerjanya.

Kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa adalah dengan memberikan atau

menambahkan imbuhan seolah-olah untuk menjadikannya sebagai kata kerja transitif.

Kesalahan contoh:

Frasa Nama Frasa Kerja Transitif

Frasa kerja transitif Kata nama(objek)

keterangan

(i) Program Linus diadakan untuk

membasmikan buta huruf dalam kalangan murid di sekolah rendah.

(ii) Ibu bapa boleh melatihkan anak-anak agar belajar mengaji sejak kecil.

(iii) Penemu duga itu sedang

mengujikan calon-calon guru

dengan mengemukakan soalan yang mencabar minda.

(iv) Kanak-kanak yang sedang bermain itu

mengumpul daun kering untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah.

(v) Kerajaan berusaha untuk

menjana pendapatan penduduk kampung agar lebih produktif.

Keterangan kesalahan:Dalam ayat-ayat di atas, terdapat kesalahan.

o Dalam ayat 1, kata kerja transitif membasmikan wajar digantikan dengan membasmi.

o Dalam ayat 2, kata kerja transitif melatihkan wajar digantikan dengan melatih.

o Dalam ayat 3, kata kerja transitif mengujikan wajar digantikan dengan menguji.

o Dalam ayat 4, kata kerja transitif mengumpul wajar digantikan dengan

mengumpulkan.

o Dalam ayat 5, kata kerja transitif menjana wajar digantikan dengan menjanakan.

Ayat yang betul:1. Program Linus diadakan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan murid di

sekolah rendah.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 15: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

35

2. Ibu bapa boleh melatih anak-anak agar belajar mengaji sejak kecil.

3. Penemu duga itu sedang menguji calon-calon guru dengan mengemukakan soalan

yang mencabar minda.

4. Kanak-kanak yang sedang bermain itu mengumpulkan daun-daun kering untuk

dibuang ke tempat pembuangan sampah.

5. Kerajaan sedang berusaha untuk menjanakan pendapatan penduduk kampung

agar lebih produktif.

(iv) Menggugurkan Frasa Sendi Nama Antara Kata Kerja Tak Transitif Dengan Keterangan.

Frasa sendi nama diperlukan untuk menghubungkan frasa kerja tak transitif dengan

keterangan dalam pembentukan frasa kerja tak transitif. Tanpa frasa sendi nama, ayat

yang dibina akan membentuk kesalahan frasa kerja tak transitif. Apabila berlaku

pengguguran imbuhan pada kata kerja tak transitif, perkara ini akan menyebabkan

berlakunya kesalahan ayat.

Kesalahan Contoh:

Frasa Nama Frasa Kerja Tak Transitif

Kata Bantu

Kata kerja tak transitif

Keterangan

(i) Kami sekeluarga akan balik kampung pada cuti sekolah akan datang.

(ii) Johari harus berjumpa kaunselor untuk menyelesaikan masalah rakan baiknya.

(iii) Murid itu akan lalu jalan yang bertanah merah untuk ke sekolah.

(iv) Kelihatan sekawan burung

telah terbang sarang apabila hari menjelang malam.

(v) Kamu hendaklah keluar pintu di sebelah kanan dewan ini.

Keterangan kesalahan:

Bahagian Satu: Morfologi

Page 16: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

36

Ayat-ayat di atas mengandungi kesalahan frasa kerja tak transitif yang menggugurkan kata

sendi nama dengan keterangan. Kewajarannya, frasa kerja tak transitif yang diperluas dengan

keterangan perlu menerima kata sendi nama. Kata kerja tak transitif dalam ayat-ayat tersebut

ialah balik, berjumpa, lalu dan keluar. Selepas perkataan tersebut perlu diikuti oleh kata sendi

nama ke, dengan, di, ke dan ke.

Ayat yang betul:1. Kami sekeluarga akan balik ke kampung pada cuti sekolah akan datang.

2. Johari harus berjumpa dengan kaunselor untuk menyelesaikan masalah rakan

baiknya.

3. Murid itu akan lalu di jalan yang bertanah merah untuk ke sekolah.

4. Kelihatan sekawan burung telah terbang ke sarang apabila hari menjelang

malam.

5. Kamu hendaklah keluar ke pintu di sebelah kanan dewan ini.

(v) Meletakkan Kata Sendi Nama Selepas Kata Kerja Tak transitif Apitan Ber....kanDalam binaan frasa kerja tak transitif, apitan ber....kan, pembentukan frasa kerja

tak transitif memerlukan kata nama sebagai pelengkap. Kesalahan frasa kerja tak transitif yang

sering dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan kata sendi nama selepas apitan

ber...kan.

Kesalahan Contoh:

Frasa Nama Frasa Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Tak Transitif Berapitan

ber...kan

Keterangan

(i) Pengemis tua itu bertilamkan dengan rumput.

(ii) Kami makan nasi beralaskan dengan tikar semasa berkelah.

(iii) Polis berjaya menangkap penjenayah

berdasarkan akan maklumat daripada penduduk kampung

(iv) Bunga telor yang digubah ibu berbatangkan akan saduran perak yang

Bahagian Satu: Morfologi

Page 17: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

37

sungguh cantik.

(v) Walaupun cuaca sejuk, pengemis tua itu tidur

berselimutkan dengan

embun.

Ayat yang betul:

1. Pengemis tua itu bertilam dengan rumput.

2. Kami makan nasi beralas dengan tikar semasa berkelah.

3. Polis berjaya menangkap penjenayah berdasar akan maklumat daripada

penduduk kampung.

4. Bunga telor yang digubah ibu berbatang akan saduran perak yang sungguh cantik.

5. Walaupun cuaca sejuk, pengemis tua itu tidur berselimut dengan embun.

ataupun:

1. Pengemis tua itu bertilamkan rumput.2. Kami makan nasi beralaskan tikar semasa berkelah.

3. Polis berjaya menangkap penjenayah berdasarkan maklumat daripada penduduk

kampung.

4. Bunga telor yang digubah ibu berbatangkan saduran perak yang sungguh cantik.

5. Walaupun cuaca sejuk, pengemis tua itu tidur berselimutkan embun.

(vi) Meletakkan Objek (Kata Nama) Selepas Kata Kerja Tak transitif Awalan BeR-

Dalam binaan frasa kerja tak transitif, pembentukan frasa kata kerja tak transitif berawalan beR-

hanya menerima unsur keterangan sesudahnya. Kesalahan frasa kerja tak transitif yang sering

dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan objek(kata nama) selepas kata kerja tak

transitif berawalan beR-.

Kesalahan Contoh:

Frasa Nama Frasa Kerja Transitif

Kata Kerja Tak Transitif Awalan

BeR-

Keterangan

(i) Mesyuarat pengawas berbincang perkara yang berkaitan ponteng

Bahagian Satu: Morfologi

Page 18: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

38

itusekolah.

(ii) Nenek asyik bercerita kisah dongeng Pak Kaduk.

(iii) Setiausaha Agung ASEAN

berkata hal keselamatan negara-negara di Asia Tenggara.

(iv) Kakak bertemu kawannya di Pasar Raya Tesco.

(v) Pembahas itu berhujah tajuk yang bertemakan kesihatan.

Ayat yang betul:

1. Mesyuarat pengawas itu berbincang tentang perkara yang berkaitan ponteng

sekolah.

2. Nenek asyik bercerita tentang kisah dongeng Pak Kaduk.

3. Setiausaha Agung ASEAN berkata mengenai hal keselamatan negara-negara di Asia

Tenggara.

4. Kakak bertemu dengan kawannya di Pasar Raya Tesco.

5. Pembahas itu berhujah tentang tajuk yang bertemakan kesihatan.

(vii) Meletakkan Kata Sendi Nama “oleh” Selepas Kata Kerja Transitif berawalan teR-

Dalam binaan frasa kerja transitif, pembentukan frasa kata kerja transitif berawalan teR-

memerlukan kata nama sebagai objek atau penyambut. Kesalahan frasa kerja transitif yang

sering dilakukan oleh murid-murid adalah dengan meletakkan kata sendi nama selepas kata

kerja transitif berawalan teR-.

Kesalahan Contoh:

Frasa Nama Frasa Kerja Transitif

Kata kerja transitif awalan teR-

Keterangan

(i) Maimunah tidak termakan oleh rendang daging yang pedas itu.

(ii) Siti terambil oleh pen mahal milik Vanitha.

(iii) Kami ternampak oleh seekor ular sawa di depan rumah.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 19: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

39

(iv) Datuk Mahadi terbeli oleh rantai berlian yang mahal itu.

(v) Cikgu Mahani tidak terbaca oleh novel agama yang tebal itu.

Ayat yang betul:

1. Maimunah tidak termakan rendang daging yang pedas itu.

2. Siti terambil pen mahal milik Vanitha.

3. Kami ternampak seekor ular sawa di depan rumah.

4. Dato Mahadi terbeli rantai berlian yang mahal itu.

5. Cikgu Mahani tidak terbaca novel agama yang tebal itu.

(viii) Meletakkan Kata Bantu “akan” Selepas Kata Kerja berawalan memper-

Kesalahan Contoh:

Frasa Nama Frasa Kerja Transitif

Kata kerja transitif berawalan memper-

Keterangan

(i) Pihak komunis memperalat akan penduduk kampung yang tinggal di tepi hutan.

(ii) Pekerja hotel itu memperkemas akan bilik agar kelihatan bersih dan rapi.

(iii) Kami memperoleh akan kejayaan setelah belajar bersungguh-sungguh.

(iv) Beberapa majikan dikenal pasti

memperdaya akan pendatang asing tanpa izin dengan mengambil mereka bekerja tanpa permit

(v) Panglima Hitam memperhamba akan dirinya kepada Raja Inderagiri.

Ayat yang betul:

1. Pihak komunis memperalat penduduk kampung yang tinggal di tepi hutan.

2. Pekerja hotel itu memperkemas bilik agar kelihatan bersih dan rapi.

3. Kami memperoleh kejayaan setelah belajar bersungguh-sungguh.

4. Beberapa majikan di kenal pasti memperdaya pendatang asing tanpa izin

dengan mengambil mereka bekerja tanpa permit.

Bahagian Satu: Morfologi

Page 20: Web viewIbu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak. ... watak sebagai pengemis jalanan. Guru . menerang. cara untuk menjawab soalan. Ibu bapa perlu

40

5. Panglima Hitam memperhamba dirinya kepada Raja Inderagiri.

Bahagian Satu: Morfologi