ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak

31
Ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak-anak. Beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak antara yang terbaik berbanding rakan sebayanya yang lain! 1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik – apabila anak-anak diberi nama dan panggilan yang baik,secara tidak langsung ia turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan kelakuan anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam. 2. Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka. 3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak tahu mana yang salah dan mana yang betul,namun kawallah marah,janganlah pula sehingga anak-anak menjauhkan diri dan berasa takut. 4. Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan – tidak semestinya hanya dengan pemberian hadiah,malah senyuman,pujian dan pelukan sudah cukup untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak untuk melakukan lagi dan melakukan yang terbaik. 5. Jangan mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu lakukan – sedarlah bahawa anak-anak masih dalam proses perkembangan dan janganlah mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara berterusan kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar. 6. Antara masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga - utamakan keluarga kerana apabila adanya masalah,selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah keluarga. Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu tanpa kembali lagi.Ibu bapa tidak seharusnya bersikap mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk dijadikan role model bagi anak-anak 7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak – ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak- anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa. 8. Dengar cerita anak-anak – tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita mereka kerana sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan.Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli.

Upload: marni-kamar

Post on 25-Jun-2015

554 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

Ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak-anak. Beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang

boleh dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak antara yang terbaik berbanding rakan sebayanya yang lain!

1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik – apabila anak-anak diberi nama dan panggilan yang

baik,secara tidak langsung ia turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan kelakuan

anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam.

2. Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari

akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak

dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa

menjadi penyokong mereka.

3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih

yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak tahu

mana yang salah dan mana yang betul,namun kawallah marah,janganlah pula sehingga anak-anak menjauhkan diri

dan berasa takut.

4. Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan – tidak semestinya hanya dengan pemberian hadiah,malah

senyuman,pujian dan pelukan sudah cukup untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya

dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak untuk melakukan lagi dan melakukan

yang terbaik.

5. Jangan mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu lakukan – sedarlah bahawa anak-anak masih

dalam proses perkembangan dan janganlah mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara

berterusan kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar.

6. Antara masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga - utamakan keluarga kerana apabila adanya

masalah,selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah

keluarga. Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu tanpa

kembali lagi.Ibu bapa tidak seharusnya bersikap mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk

dijadikan role model bagi anak-anak

7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak – ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri

mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak-anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa.

8. Dengar cerita anak-anak – tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita mereka kerana

sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak

bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan.Ianya juga hiburan yang takkan dapat

dibeli.

9. Tenangkan anak-anak setiap kali mereka memerlukannya - ada masanya anak-anak akan berasa sedih di atas

banyak perkara.Bergaduh dengan kawan sekelas,tercederakan anak jiran.Pada masa inilah ibu bapa membantu

menyelesaikan masalah anak-anak supaya mereka tidak merasa keseorangan. Ibu bapa perlu membantu kerana

walaupun masalahnya kecil,namun bagi anak-anak masalahnya sangat besar.

10. Tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri – setiap masalah ada jalan penyelesainya. Ibu bapa

seharusnya bersikap tenang apabila berhadapan dengan sebarang masalah untuk menjadi ikutan kepada anak-anak

dan tidak bersikap tidak tentu arah.

Page 2: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

11. Buat persediaan menyambut hari jadinya – tidak semestinya dengan menyambut secaran besar-besaran,sudah

memadai dengan menyediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuat anak-anak

belajar menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan mampu untuk belajar

menghargai orang lain.

12. Mengajar anak-anak lebih dari sekali – ada sesetengah anak-anak yang perlu diajar secara berkali-kali barulah

mereka dapat memahami sesuatu dengan baik. Jadi,jangan marah terhadap mereka apabila bertanyakan tentang

sesuatu hal yang sama berulang kali. Ini bagi mengelakkan proses pembelajaran anak-anak terbantut.

13. Luangkan masa bersama anak-anak – ini bukan sahaja terhad di dalam rumah,malah turut meluangkan masa di

luar.Sama ada bersiar-siar ataupun berkelah di hujung minggu. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan

bersama. Anak-anak akan merasa kepentingan diri mereka dalam hidup ibu bapa. Memimpin tangan anak-anak tidak

terbatas semasa di luar rumah sahaja,malah apabila anak-anak bangun tidur,ke meja makan, malah ke dapur untuk

membancuh susu mereka.

14. Dengar mimpi ngeri anak-anak – mimpi ngeri akan menjadi begitu realistik dalam dunia mereka walaupun itu

hanyalah sekadar mimpi. Tidak ada salahnya mendengar cerita mimpi ngeri anak-anak kerana ianya diceritakan

secara langsung,tiada skrip,tiada pengarah dan tiada siaran ulang tayang.

15. Hargai permainan kesayangan anak-anak – apabila permainan kesayangan mereka dihargai,dalam masa yang

sama juga anak-anak akan menghargai barang-barang kesayangan ibu bapa. Walaupun sudah rosak,elakkan

daripada membuang permainan kesayangan anak-anak. Mintalah kebenaran daripada mereka terlebih dahulu.

16. Berikan ciuman selamat malam – jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan anak-

anak dengan salam sebelum masuk tidur. Selimutkan,dan cium dahinya apabila mereka sudah lena.

17. Terimalah hakikat kadangkala ibu bapa tidak sempurna – bagi mengelakkan stress,jangan terlalu berfikir untuk

menjadi ibu bapa yang sempurna dari semua aspek. Apabila terdengar anak-anak berkata ‘papa ni garanglah’. Itu

teguran sebenarnya. Jadi,tidak salah untuk berubah demi kepentingan anak-anak dan bagi mngelakkan anak-anak

berasa rendah diri kerana merasakan ibu bapa terlalu sempurna.

18. Janagan membawa bebanan kerja ke rumah - apabila ini berlaku,anak-anak akan menganggap bahawa kerja

lebih penting daripada keluarga. Utamakanlah keluarga ketika berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu

untuk menyiapkan kerja sekolah anak-anak ataupun memberi latihan di rumah.

19. Anak-anak menangis – menangis merupakan cara anak-anak untuk melegakan keresahan mereka dan

kadangkala untuk mendapatkan perhatian. Walauapapun sebabnya,dengarilah tangisan mereka supaya mereka

tidak menjauhkan diri dari ibu bapa di kemudian hari. 20. Anak-anak juga mempunyai perasaan – seperti ibu

bapa,anak-anak juga mempunyai perasaan.Hargailah perasaan anak-anak supaya anak-anak juga menghargai

perasaan ibu bapa.

- Berdoalah agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan dan sebagai penenang hati di dunia & di

akhirat kelak -

********"Toddler" - 1 tahun dan 2 tahun Apabila kanak-kanak mula belajar berjalan mereka dipanggil “Toddler”. Selalunya perkataan ini

digunakan untuk kanak-kanak berumur 1 - 2 tahun. Fasa “toddler”adalah paling penting di dalam

kehidupan kanak-kanak. Pada waktu perantaraan antara dunia  bayi dan kanak-kanak inilah mereka

Page 3: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

belajar dan membesar dengan banyak cara. Segala yang berlaku kepada mereka amat bermakna. Setiap

peringkat dan kemahiran yang dikuasai anak-anak ini adalah permulaan kepada satu aras yang baru. 

Pembesaran ini berlainan untuk setiap anak-anak. Setiap mereka ada jadual perkembangan tersendiri.

Pada masa ini kebanyakan mereka belajar berjalan, bercakap, menyelesai masalah, berhubung dengan

orang lain, dan banyak lagi. Satu tugas mereka yang penting adalah untuk belajar berdikari. Sebab itulah

mereka selalu mahu melakukan sesuatu dengan sendiri, mempunyai idea sendiri mengenai bagaimana

sesuatu perkara mesti berlaku dan mengatakan “tidak” banyak kali dalam sehari. Peringkat ini dikenali

dengan banyaknya perkembangan dari segi tumbesaran dan perubahan variasi perasaan yang kadang-

kadang kelihatan negatif. Mereka sangat kuat semangat tetapi terbatas dari segi kemahiran. Sebab itulah

pada usia begini mereka selalu memaparkan kekecewaan dan perangai meragam.  

 

 

Kanak-kanak pada umur ini penuh dengan tenaga dan idea untuk meninjau persekitaran mereka. Anda

hendaklah memastikan mereka boleh meninjau persekitaran yang selamat. Mereka mahu menjadi bebas,

walaupun masih memerlukan anda dalam keadaan yang lain. “Toddler” sangat mengambil berat terhadap

kehendak dan idea mereka sendiri. Sebab itulah kita jangan mengharap mereka akan berkongsi. Mereka

kadang-kadang menjadi kecewa kerana tiada kemahiran bertutur untuk menyatakan kehendak mereka.

Selalunya mereka juga menghadapi kesukaran memisahkan diri dari ibubapa. Kebiasaanya antara umur

2 ½   hingga 3 tahun, kanak-kanak ini mula berminat untuk dilatih berdikari ke tandas. Apabila melepasi

umur 3 tahun mereka sudah boleh mula belajar secara tersusun. 

 

UMUR SETAHUN 

Perkembangan Fizikal – Mereka mungkin kurang makan tetapi lebih kerap. Mereka mula lebih pandai

makan sendiri walaupun selalu tertumpah atau comot. Kadar tumbesan mereka akan lebih perlahan

berbanding semasa bayi. Kebanyakan akan boleh berjalan tanpa bantuan ketika berumur setahun 2

bulan. Kebanyakannya boleh berjalan ke belakang dan menaiki anak tangga ketika mencecah setahun

Page 4: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

10 bulan. Mereka boleh minum dari cawan dengan sedikit bantuan. Mereka juga boleh menconteng dan

menyusun blok. 

 

Perkembangan Sosio-Emosi – Mengamuk dan meragam adalah kebiasaan. Mereka susah untuk

berkongsi mainan dan amat mengawal barangan mereka. Mereka mahu melakukan sesuatu sendiri,

tanpa bantuan. Mereka tidak ingat larangan. Perasaan mereka berubah dengan pantas. Perasaan

mereka selalunya sangat kuat tetapi tidak berpanjangan. Mereka suka bermain sendirian atau di sebelah

kanak-kanak lain. Mereka menganggap diri mereka sebagai tumpuan semua orang. Mereka mungkin

sentiasa mahukan ibubapa. Mereka juga mula memaparkan perasaan baru seperti cemburu, sayang,

bangga dan malu. 

 

Perkembangan Kepintaran – “Toddler” akan menamakan objek atau orang yang mereka biasa. Kadar

perhatian mereka amat pendek. Mereka juga sentiasa curiga. Mereka selalu menggunakan perkataan

“tak”. Mereka menunjuk kepada objek yang mereka mahu. Mereka boleh menyebut nama anggota badan

dan gambar-gambar yang sudah biasa. Mereka meniru bunyi binatang. Mereka boleh memegang pensil

dan menconteng. Mereka menggabung dua perkataan untuk membuat satu ayat asas. Mereka

menggunakan objek mengikut keperluan mereka. Mereka juga mula memasukkan orang kedua di dalam

permainan atau lakonan olok-olok mereka. 

 

UMUR 2 TAHUNPerkembangan Fizikal – Mereka boleh berjengket. Mereka mengikut bola dan menendang ke depan.

Mereka berjalan, berlari, memanjat, naik dan turun tangga sendirian dan mengorek. Mereka boleh

melompat dengan dua kaki. Mereka tidak selesa dengan lampin basah atau kotor. Mereka memisahkan

sesuatu objek dan memasang semula. Mereka suka mengetat dan melonggarkan penutup balang atau

botol. Mereka juga selalunya amat aktif berbanding peringkat lain di dalam umur mereka. 

 

Perkembangan Sosio-Emosi – Mereka selalu mempertahan keputusan mereka dengan berkata “tak”.

Mereka suka meniru kelakuan orang dewasa. Mereka mahu menolong kerja-kerja rumah. Mereka mula

bermain permainan mudah dan lakonan olok-olok. Lakonan mereka selalunya pendek dan mudah. Ia

selalunya tidak melibatkan orang lain. Kadang-kadang mereka sengaja melakukan sesuatu yang

bertentangan dengan apa yang diarah. Selalunya mereka mementingkan diri sendiri dan masih susah

untuk berkongsi. Mereka suka bermain berdekatan dengan kanak-kanak lain, walaupun tidak bermain

bersama mereka. Mereka tidak menolak untuk membantu. Mereka amat mudah kecewa. Mereka juga

masih perlu berasa selamat. 

 

Perkembangan Kepintaran – Mereka menyatakan perasaan dan kehendak. Mereka boleh mengikut

arahan-arahan ringkas. Tetapi mereka masih mempunyai jangkamasa penumpuan yang singkat. Mereka

menggunakan 3 atau lebih perkataan yang digabung untuk membina satu ayat. Mereka boleh

Page 5: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

menyambung lagu-lagu mudah. Mereka mempunyai kesukaran membuat pilihan, tetapi mereka tetap

mahu membuat pilihan sendiri. Mereka juga mula berfikir tentang sesuatu sebelum melakukannya

***************************************************************************

Aktiviti-aktiviti untuk bayi anda

Dukung, buai, dan nyanyi kepada bayi anda

Selalu bercerita kepada mereka sepanjang hari apabila anda menukar lampin, menyusu dan memandikan

bayi anda.

Letakkan mainan berwarna terang berdekatan bayi.

Bawa mereka keluar bersiar-siar di luar jika cuaca mengizinkan.

Beri bayi mainan yang boleh mereka pegang, gerakkan dan menghasilkan bunyian.

Mainkan jenis muzik yang berlainan pada radio atau ‘player’ dengan perlahan.

Berikan mereka mainan lembut untuk dipegang dan dirasai.

Sediakan ruang yang bersih untuk bayi merangkak. Letakkan mainan yang terang dikeliling bayi supaya

tertarik untuk berlatih bergerak ke arah mainan tersebut.

Baca dengan kuat buku cerita yang mengandungi gambar-gambar yang terang. 'Flashcard' juga amat baik

digunakan.

Ingat! Bayi akan memasukkan segala-galanya di dalam mulut. Basuh mainan jika telah kotor atau setiap

hari dan pastikan ia tidak memberikan bahaya tertelan. 

Umur 5,6 dan 7 tahun  

Kanak-kanak berumur 5, 6 dan 7 tahun selalunya amat teruja untuk memulakan persekolahan dan

tanggungjawab baru mereka, kecuali sebilangan kecil kanak-kanak yang sebelumnya tidak

dibiasakan dengan berkawan di Taska atau tadika.

Page 6: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

Pada umur begini, ibubapa adalah insan yang paling penting di dalam hidup mereka. Adalah penting untuk

menentukan  had-had yang dibenarkan dan memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Lakukan dengan dengan suara yang lembut, sabar, jelas dan konsisten. Setiap kanak-kanak perlu berasa istimewa dan diambil berat dalam jagaan anda. Kanak-kanak pada usia begini sangat mengembirakan hati. Mereka suka menjadikan diri mereka berguna kepada orang-orang dewasa.

 

Perkembangan Fizikal – Tumbesaran mereka adalah perlahan tetapi berterusan. Mereka telah mahir mengawal otot-otot penting. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria pengimbangan yang baik. Mereka boleh berdiri dan dan berjalan di atas kayu palang-pengimbang. Mereka suka melakukan persembahan berbentuk fizikal, seperti bergantungan di ‘monkey bar’  dan menggunakan ‘walking turtle’. Mereka berasa gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot. Mereka suka melakukan lompat tali atau ‘skipping’, berlari, bergulingan, dan menari bersama muzik. Mereka boleh menangkap bola kecil, mengendali butang dan zip pakaian. Mereka boleh belajar mengikat tali kasut, menulis nama, meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan huruf. Mereka menggunakan sudu-garfu dan alatan dengan betul dengan pantauan.

 

Perkembangan Sosio-Emosi – Mereka memikir tentang diri mereka leboh dari tentang orang lain sehingga umur mereka 7 hingga 8 tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi  kadang-kandang memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai seorang kawan karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama kanak-kanak yang sama jantina. Mereka selalu mengacum sesame mereka. Mereka lakukan ini kerena 2 sebab; membantu mereka memahami peraturan dan mendapat perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Paling baik adalah untuk membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan denga kanak-kanak lain.Mereka boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka berkehendakkan kasih-sayang daripada ibubapa. Mereka mula memahami perasaan dan kehendak orang lain. Mereka mungkin mula pandai bermain atau menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan buruk adalah apa yang ibubapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang kejujuran, membina citarasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik. Mereka akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak dipedulikan.

 

Perkembangan Kepintaran- Mereka boleh membezakan kiri dan kanan. Kemahiran bercakap dan menyatakan kehendak mereka berkembang dengan amat pantas.Kejayaan di sekolah adalah penting. Mereka bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja. Ketika bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan bahasa yang mereka belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari dalam seminggu. Mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka. Tempoh tumpuan mereka semakin panjang. Mereka boleh mengikuti cerita-cerita yang lebih panjang. Mereka boleh belajar huruf dan perkataan. Selalunya pada umur 6 tahun, mereka sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.

Mengapa kanak-kanak berbohong Panduan Keibubapaan dan didikan - Umum

Page 7: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

Written by Ana Nasir   

Friday, 06 February 2009 10:17

Kanak-kanak berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tanpa arahan dan

galakan.

Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan

kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara perkara yang berlaku sewaktu berbohong.

Namun, apabila seseorang anak kerap berbohong dan tanpa sebab, ibu bapa perlu campur tangan dalam masalah

ini.

Apabila kitaran penipuan ini bermula, ia akan meninggalkan kesan yang negatif kerana ia akan menghilangkan

kepercayaan orang lain terhadap si anak sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.

 Oleh itu, ibu bapa perlu bertindak dan meneroka sebab dan mengapa anak berbohong serta mencari jalan

penyelesaian untuk memperbaiki tabiat tidak sihat ini. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa berbohong merupakan

petanda awal kepada masalah yang lebih serius.

Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran daripada gangguan masalah social

pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan dan gangguan

perilaku.

 Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain.

Antaranya mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.

 Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara

spontan dan tidak menumpukan perhatian.

 Apabila berlakunya situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu

kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta

pemahaman terhadap anak dengan lebih spesifik.

Mengapa berbohong?

Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong

-Takut

Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri untuk berbohong. Takut dimarahi ibu

atau takut sesuatu yang dimiliki akan dirampas. Ini kerana anak hanyalah mengimpikan ‘perlindungan’ daripada

dihukum.

 Terdapat dua perkara penting. Pertama : anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah

melakukan kesalahan. Kedua : ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut untuk

berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabial teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan

mereka ketakutan. Sebelum menyalahkan anak, ibu bapa perlulah memberi peluang untuk berkompromi dan

mendengar masalah anak bagi membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

-Tabiat

 Bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Apabila sesuatu itu terjadi dengan kerap, ianya akan menjadi sesuatu

Page 8: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

kebiasaan. Semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat.

Pembohongan yang berulang kali biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Memberi peluang

kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong merupakan antara kaedah yang efektif untuk menyelesaikan

masalah pembohongan.

 -Meniru

 Sebahagian besar anak ‘terpanggil’ untuk berbohong adalah setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang

dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Lebih berkesan jika anak-

anak tidak meniru tabiat berbohong di rumah sama ada ibu bapa sendiri ataupun adik beradiknya yang lain. Ini boleh

menghalang anak-anak daripada berbohong dan menjadikannya satu tabiat.

Perlukah ibu bapa menghukum?

Ibu bapa perlulah meneliti dan menimbangkan beberapa perkara sebelum menjatuhkan hukuman

 - Hukuman sememangnya direka untuk mengawal dan mengurangkan tingkah laku yang buruk. Tetapi haruslah

diingat bahawa hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang tidak betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi,

hukuman pula akan menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.

 - Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau meniru bukan satu kaedah yang efektif

untuk jangka masa yang panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal.

 - Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang

lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada yang rendah seperti “ tahu tak mak dan ayah rasa

kecewa apabila Danial berbohong?”

Yang penting, niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang

lebih baik agar anak belajar dari kesilapannya.

Perkembangan Kanak-kanak - 3 dan 4 tahun (Pengenalan)

Panduan Keibubapaan dan didikan - Umur 3-4 tahun

Written by Abi   

Thursday, 12 March 2009 20:30

Kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun digelar kanak-kanak pra-tadika.

 

Page 9: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

  Kanak-kanak pra-tadika mahu menyentuh, merasa, menghidu, dan mencuba sesuatu dengan sendiri. Mereka teruja untuk belajar. Mereka belajar dengan cara mengalami dan melakukan sendiri. Mereka akan sibuk membina kemahiran hidup, menggunakan bahasa dan bersusah payah berlatih mengawal perasaan. Kanak-kanak pra-sekolah mahu berkembang secara individu, tanpa terlalu terikat dengan ibubapa. Mereka lebih berdikari berbanding ‘toddler’ dan lebih mudah menyatakan keinginan kerana penguasaan bahasa mereka adalah lebih baik.

  Perasaan takut selalu terbentuk semasa umur pra-tadika. Ketakutan yang selalu dialami adalah terhadap tempat baru dan dipisahkan dengan ibubapa atau orang yang penting bagi mereka. Anda boleh melihat mereka akan menguji anda banyak kali pada usia begini. Mereka mungkin akan menggunakan perkataan-perkataan yang anda larang atau berperangai yang menjengkelkan.

  Pada usia begini, mereka mungkin masih bermasalah bergaul dengan kanak-kanak lain dan bermasalah berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan. Disebabkan perkembangan imaginasi dan fantasi yang meningkat, mereka mungkin sedikit bermasalah membezakan fantasi dan realiti. Ada yang akan bercakap tentang kawan-kawan ghaib mereka. Pada usia begini mereka perlukan peraturan yang jelas dan mudah supaya mereka kenal larangan dan perangai yang boleh diterima. Sambungan: 

Panduan Keibubapaan dan didikan - Umur 3-4 tahun

Written by Abi   

Sunday, 22 March 2009 06:56

Perkembangan fizikal

 Mereka boleh berlari menggunakan hujung kaki. Mereka juga berlari dengan sekuat hati. Mereka boleh bergantungan di ‘monkey bar’, melompat dengan satu kaki, ‘rope skipping’. Mereka juga boleh membaling bola.

Page 10: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang boleh dikawal. Mereka boleh melukis secara kasar untuk menggambarkan objek tertentu. Mereka gemar membuka zip, ‘velcro’ atau magnet dan membuka butang baju. Kadang-kadang mereka mahu mengenakan butang baju anda. Mereka juga sudah mula mahu mengenakan pakaian dengan sendiri. Mereka gemar memasang tali kasut sendiri, mula menggunakan gunting, mula boleh menulis secara kasar. Semasa bermain mereka amat aktif dan lebih agresif.

 

 

Perkembangan Sosio-emosi

 Kadang-kandang mereka mengadakan kawan bayangan. Mereka memuji diri sendiri dan suka mengarah. Imaginasi mereka amat aktif.

  Pada umur begini mereka perlu merasa penting dan dihargai. Mereka mungkin agresif, tetapi tetapi perlukan kawan-kawan untuk bergembira dan bermain bersama-sama. Mereka gemar berlakon sebagai orang dewasa yang penting bagi mereka seperti ibu, bapa, doctor, jururawat, posmen, polis dan guru. Mereka menghargai pujian untuk pencapaian mereka.

 Kanak-kanak berumur 4 tahun perlukan ruang untuk merasa bebas dan berdikari. Mereka juga belajar menunggu giliran dan berkongsi. Permainan dan aktiviti-aktiviti lain boleh membantu mereka untuk belajar mengenai mengambil giliran.

 

Perkembangan Kepintaran

 

Mereka bertanya banyak soalan, tentang ‘macamana’ dan ‘kenapa’. Mereka banyak

bercakap. Bahasa mereka akan termasuk juga perkataan yang tidak sesuai. Mereka gemar

topik perbincangan yang serius. Mereka sudah boleh faham konsep-konsep asas seperti

nombor, saiz, warna, tekstur, jarak, masa dan posisi objek. Kemahiran membeza dan

menyisih serta kemahiran berfikir mereka semakin berkembang baik.

Apa itu Fobia?

Page 11: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

Panduan Keibubapaan dan didikan - Umum

Written by Abie   

Wednesday, 11 November 2009 12:11

Apabila kerisauan dan ketakutan berlarutan, masalah jangka panjang boleh timbul. Ibubapa selalunya

berharap anak-anak akan semakin pulih apabila ia semakin membesar.  Tetapi kadang-kadang sebaliknya

berlaku dan akibat kerisauan itu semakin nampak jelas. Kerisauan itu pada tahap ini telah menjadi fobia iaitu

ketakutan yang ekstrim, mengerikan dan kekal.

 

Pada tahap ini, fobia adalah sesuatu yang amat susah ditangani, baik untuk kanak-kanak tersebut mahupun orang-

orang di sekeliling mereka terutamanya  apabila punca fobia tersebut sukar untuk dielakkan. Contohnya fobia pada

salakan anjing, yang boleh berlaku bila-bila masa apabila berada di luar.

Perasaan fobia yang kronik boleh dirawat oleh pakar-pakar di dalam bidang psikologi, tetapi tidak semua fobia

perlukan rawatan profesional. Selalunya perasaan fobia ini boleh hilang dengan sokongan orang-orang disekeliling.

 

Memfokus kepada Risau, Takut dan Fobia

 

Cuba jawab soalan-soalan berikut secara jujur:

 

 

Adakah ketakutan dan perlakuan anak anda sesuai dengan peringkat umurnya?

 

 

 

Jika jawapannya ‘YA’, selalunya keadaan itu adalah sebahagian daripada proses membesar. Walaupun begitu

ibubapa perlu memantau supaya perubahan positif berlaku.

 

Adalah normal jika anak anda berumur 3-5 tahun takutkan gelap. Dengan bimbingan dan pemahaman ia akan

membesar tanpa ketakutan tersebut lagi. Bantuan yang lebih diperlukan jika ketakutan mereka melebihi had umur

yang sepatutnya.

 

 

 

Apakah petanda-petanda ketakutan anak-anak anda? Bagaimana ia memberi kesan kepada fungsi

kehidupan, sosial dan akademiknya?

 

 

Page 12: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

 

Adakah ketakutan itu tampak sesuai dengan dengan realiti sesuatu situasi, atau adakah reaksi

ketakutannya melebihi tahap yang sepatutnya?

 

 

Membantu Anak Anda

 

Ibubapa boleh membantu anak-anak mengembangkan kemahiran dan keyakinan untuk melawan ketakutan dalam

diri anak-anak supaya ia tidak berkembang menjadi fobia.

 

 

Kenal pasti samaada ketakutan itu perkara sebenar. Kadang-kadang ketakutan yang mereka alami

adalah berpunca dari sebab yang tidak wujud. Bercakap dengan anak anda berkenaan dengan

perkara tersebut boleh menjadi terapi yang amat berkesan.

 

 

 

Jangan kecilkan perkara yang anak anda takuti kerana cara itu jarang memberi kesembuhan.

Contohnya jika ia takutkan bilik yang gelap, jangan kecilkan ketakutannya itu, sebaliknya berikan

kemahiran untuk mengatasi perasaan itu seperti tunjukkan cara menyalakan lampu bilik atau

berikan lampu suluh.

 

 

 

Jangan mengiakan ketakutannya. Contohnya jika ia takutkan anjing, jangan ambil jalan yang lain

ketika terserempak kerana ia akan memberi tanda bahawa ketakutannya itu adalah wajar.

Akibatnya ia tidak akan merasa perlu dibaiki. Seeloknya tunjukkan cara menghadapi ketakutan

tersebut.

 

 

 

Ajar anak anda untuk memberi ‘rating’ kepada ketakutannya. Contohnya antara 1 hingga 10. Jika

Page 13: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

masih kecil gunakan sesuatu objek yang tetap seperti tubuhnya. Adakah ketakutannya pada tahap

lutut, tahap pusat atau tahap kepala. Dengan kemahiran memberi tahap ketakutannya, ia

memudahkan anda berkomunikasi dan memikirkan pendekatan terbaik menangani setiap satu jenis

ketakutannya.

 

 

 

Ajar cara-cara menghadapi ketakutannya ketika ia berlaku sama ada ketakutan yang ia sedia tahu

atau yang ia belum sedar. Contohnya ajar teknik pernafasan jika ia mula berasa takut supaya dia

tidak terus panik. Atau ajarkan doa-doa atau bacaan tertentu untuk diamalkan ketika ia

memerlukannya. Doa-doa boleh mengembalikan keberanian dan keyakinan berhadapan dengan

kemungkinan.

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD)

Pendahuluan

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :

Kurang tumpuan Hiperaktif

Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

[Atas]

Tanda & gejala

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

Page 14: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

A. Kurang tumpuan

Kanak-kanak sentiasa :

Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya

Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah

Tidak dapat menyelesaikan tugasnya

Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya

Tidak berupaya mematuhi arahan

Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran

Mudah hilang perhatian

Pelupa

B. Hyperaktif

Kanak-kanak sering :

Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ

Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)

Bising waktu bermain

Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)

Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)

Kanak-kanak akan :

Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis Tidak sabar menunggu giliran

Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain

Tambahan :

o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun

o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan

Page 15: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam

o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu

o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan

o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.

[Atas]

Komplikasi

ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.

Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.

Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

[Atas]

Rawatan

Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

[Atas]

Pemulihan

Intervensi tingkah laku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :

Page 16: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.

Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.

Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.

Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.

Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.

Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.

Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.

Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka.

Tabiat Dikalangan Kanak-kanak

TABIAT DI KALANGAN KANAK -KANAK

Tabiat atau habit kerap berubah dalam kehidupan  seseorang itu. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikiskan atau diubah. Umpamanya nya, seseorang dewasa yang ketagih merokok akan berasa sukar untuk memberhantikan amalan itu.

Page 17: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

Tabiat yang positif, jika diamalkan, akan membentuk keperibadian seseorang itu. Tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur , bangun awal dan bersenam setiap pagi adalah beberapa contoh tabiat positif yang elok diamalkan.

Kanak -kanak juga mempamerkan tabiatnya yang tersendiri yang sentiasa berubah. Kebanyakan tabiat ini bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada juga yang berterusan sehingga bertahun -tahun lamanya.

Seorang kanak -kanak berusia tiga tahun yang gemar menghisap ibu jarinya mungkin tidak menimbulkan masalah di rumah jika ibu bapanya tidak menghirau kan sangat tabiatnya itu. Sebaliknya, seorang kanak -kanak lain yang mengamalkan tabiat yang serupa mungkin akan mendapat teguran daripada ibu bapa dan adik-beradiknya.  Dia mungkin juga ditengking, diejek, didenda atau dipukul.  Ini sudah pasti akan menimbulkan suasanan tegang dalam kehidupan seharian keluarga tersebut.

Asas tabiat menghisap jari ini mungkin terbit daripada rasa bosan atau rasa kurang selesa. Kanak-kanak yang terlibat juga mungkin selama ini tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan orang dikelilingnya.  Melalui amalan menghisap jari ini, dia mendapati bahawa ibu bapanya mula memberikan perhatian dan mengawasi tingkah lakunya.  Ini menggembirakannya dan dia terus mengamalkan tabiat tersebut.  Kemungkinan juga kanak-kanak yang menghisap jari ini terikut-ikut tabiat kanak-kanak lain.  Lazimnya, tabiat ini tidak berlanjutan dan akan hilang denagn sendiri tanpa terapi.

Satu lagi contoh tabiat menghisap ibu jari melibatkan seorang kanak -kanak berusia tujuh tahun yang berada di dalam darjah satu. Tabiat ini timbul akibat daripada rasa kurang yakin pada diri sendiri dan rasa takut kepada gurunya. Menengking atau memukulnya mungkin tidak akan memuluhkan keadaan. Punca timbulnya rasa kurang yakin dan takut kanak -kanak itu perlu diketahui dan langkah sewajarnya diambil. Tabiat ini akan hilang apabila perasaan ini dapat diatasinya. Ada ibu bapa yang terlalu sangat memberikan perhatian kepada tabiat anak mereka dan ada pula yang mengambil sikap sambil lewa shaja. Tabiat -tabiat seperti mengeyit -ngeyit mata, menghisap jari, menggeleng -geleng kepala dan mengorek lubang hidung lazimnya tidak akan berterusan selama -lamanya. Adakalanya, terlalu sangat memberi perhatian kepada tabiat buruk si anak tidak akan memperbaiki keadaan. Kanak -kanak yang sering diperingatkan mungkin akan terus mengamalkan tabiat itu. Tabiat -tabiat yang ditunjukkan mungkin merupakan reaksi anak terhadap perasaan kurang yakin, sambil lewa sahaja tanpa memikirkan asas terbitnya  sesuatu tabiat itu, ia bukan sahaja akan berterusan tetapi perasaan -perasaan negatif diatas akan kekal dan menjadi sebati dengan perwatakan kanak -kanak itu.

Tabiat -tabiat yang biasa ditunjukkan oleh kanak -kanak

Tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa mereka. Umpamanya, kanak -kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan  ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala.

 Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan sahaja kemahuannya. Tetapi, jika kemahuannya itu tidak wajar, tidak perlulah dilayani. Kanak -kanak ini akan tahu bahawa menunjukkan sikap panas baran tidak akan membawa faedah. Disamping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat

Page 18: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

panas barannya akan beransur -ansur hilang dan dia akan lebih tahu mengunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya.

Kadangkala, tabiat yang dipamerkan oleh seseorang kanak -kanak itu tidak wajar dan sesuai lagi bagi usia nya. Umpamanya, kanak -kanak berusia lima tahun yang menunjukkan sikap panas baran. Jika kemahuannya tidak diturutkan, dia akan menjerit -jerit, menendang -nendang dan memukul -mukul dinding. Kanak -kanak ini sepatutnya sudah lebih matang perkembangan emosinya. Ibu bapa yang terlibat tidak seharusnya membiarkan tabiat anak mereka berterusan sedemikian. Ada eloknya mereka mendapat nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan tingkah laku kanak -kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami dan kaedah keibubapaan yang efektif dapat digunakan.

Satu contoh lagi kanak -kanak berusia lima tahun yang masih tidak boleh berenggang dengan ibunya. Sepatutnya, pada usia tersebut, dia sudah boleh ditingkalkan dibawah jagaan pengasuh di pusat tadika. Jika dia masih bertabiat sedemikian, ini akan merumitkan keadaan kelak terutamanya apabila dia mula memasuki alam persekolahan. Kanak -kanak yang berusia 1 1/2 - 2 tahun lazimnya memang mahukan ibunya sentiasa berada disisinya. Seelok -eloknya, dia dilatih dari kecil lagi supaya biasa ditinggakan dibawah jagaan orang lain menjelang usia tiga tuhun.

Lain -lain tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil yang boleh menimbolkan masalah kepada ibu bapa ialah tabiat mengigit - gigit kuku, menjerit -jerit, menarik -narik rambut, gagap, menipu, mencuri, berkelakuan ganas, suka berseorangan dan sebagainya. Asas tabiat -tabiat ini perlu difahami bagi mengatasi masalah -masalah yang timbul dengan berkesan.

Tabiat tidur  

Ada sesetengah tabiat itu boleh terbentuk dari peringkat bayi lagi. Ini seringkali tidak disedari oleh ibu bapa. Umpamanya, bayi berusia setahun yang dibawa oleh ibunya berjumpa saya kerana dikatakan sering terjaga pada waktu malam untuk menyusu. Lazimnya, seseorang bayi tidak lagi berjaga malam menjelang usianya lapan bulan. Apabila disiasat dengan lebih mendalam, jelaslah bahawa bayi tersebut secara tidak langsung telah dilatih oleh ibunya menyusu malam. Setiap kali dia menangis malam ibunya akan memberinya susu botol.

 Amalan ini telah bermula sejak usianya dua bulan sehinggaakhirnya menjadi satu tabiat. Pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan sihat. Saya menegaskan kepada si ibu supaya tidak memberikan anaknya susu botol  setiap kali si anak terjaga pada malam hari. Sebaliknya, dia dinasihatkan agar menepuk -nepuk badan anaknya untuk menidurkannya kembali. selang beberapa hari selepas itu, ibu tersebut memberitahu saya bahawa bayinya mula tidur malam tanpa menyusu botol lagi.

Jika bayi menangis pada waktu malam, si ibu hendaklah menidurkannya semula dengan menepuk -nepuk badan atau membuai -buainya. dia perlu dilatih supaya mudah melelapkan mata. Apa yang kadang kala dilakukan oleh ibu bapa apabila bayi menangis ialah memasang lampu, menimang -nimag bayi sambil mendodoikannya, membawa dia berjalan -jalan keluar bilik dan sebagainya untuk mententeramkannya. Ini sudah tentu akan digemari oleh bayi dan akhirnya menangis diwaktu malam menjadi satu tabiat.

Dalam satu lagi kes, seorang ayah mengeluh bahawa anak lelakinya yang berusia lapan tahun masih tidur malam bersama -samanya. Dia telah cuba menggalakkan anaknya supaya tidur bersendirian tetapi gagal : si anak tetap akan kembali semula ke bilik ibu bapanya. Sebenarnya, sejak diperingkat bayi lagi

Page 19: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

kanak -kanak itu sering dibawa tidur bersama ibu bapanya setiap kali dia menangis. Dia pun terlalu di manjakan sangat oleh ibunya. Apabila bapanya melarang dia tidur bersama, dia akan menangis lalu si ibu akan memujuk dan menurutkan sahaja kehendaknya.

Tabiat tidur malam juga boleh dibentuk. contohnya, seorang bayi dikatakan hanya boleh tidur apabila dibaringkan di hadapan peti televisyen yang terpasang. Setelah dia lelap, barulah dia dipindahkan keatas tempat tidur. Seseorang kanak -kanak yang berusia empat tahun pula hanya boleh tidur nyenyak jika ibu atau ayahnya bercerita. Semua merupakan tabiat yang telah dibentuk melalui cara -cara yang diamalkan berulang -ulang kali oleh ibu bapanya.

Tabiat makan 

Tabiat makan yang betul juga mudah dipupuk. Peraturan makan yang diperkenalkan sejak anak -anak masih kecil akan mendorong mereka mengamalkannya sehingga dewasa. Misalnya, tabiat menggunakan sudu dan garpu, membasuh tangan setiap kali sebelum makan  , minum air hanya selepas selesai makan dan sebagainya.

Kanak -kanak yang tidak digalakkan makan sayur -sayuran mungkin tidak akan menggemarinya apabila dia besar. Makan bersama -sama keluarga dan berdoa sebelum makan akan menjadi tabiat jika dibiasakan. Kemesraan diwaktu makan mendatangkan selera di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Sebaliknya, anak yang sentiasa dileteri dan dimarahi kerana tidak mahu makan atau tidak menghabiskan makanan dalam pinggannya akan berasa bahawa waktu makan adalah suatu waktu yang membosankan.

Anak -anak sering mencontohi perbuatan atau perkara -perkara yang diamalkan oleh ibu bapa mereka. Jadi, tidaklah menghairankan jika mereka turut menggemari makanan yang digemari oleh ibu bapa mereka. makanan yang disediakan di rumah juga mempergaruhi tabiat makan anak -anak. Jika buah -buahan seperti oren, epal, pisang, betik, atau tembikai sering dihidangkan setiap kali selepas makan, amalan baik akan menjadi satu tabiat.

Tabiat menjerit 

Kanak -kanak sering terikut -ikut dengan tingkah laku dan bahasa yang digunakan oleh orang -orang dewasa di sekelilingnya. Seorang kanak -kanak berusia lima tahun dikatakan selalu menjerit dan menggunakan perkataan -perkataan yang kurang manis didengar terhadap adik -adiknya sejak beberapa blan lalu. Sewaktu ibu bapanya berada di luar negeri, dia telah dijaga oleh ibu saudaranya selama setahun. Suasana di rumah ibu saudaranya memang riuh. Bahasa yang kurang manis sering digunakan dan si anak ini akhirnya terikut -ikut menggunakannya.

Ibu bapa merupakan contoh kepada anak -anak. Jika merka mempunyai sifat murah hati, pelembut, bersopan -santun, suka menolong orang dalam kesusahan dan suka membaca, amalan -amalan ini akan mudah diterap oleh anak -anak. Sebaliknya, jika ibu bapa mempunyai sikap suka bergaduh, pembengis, suka memukul -mukul anak dan sebagainya, ciri -ciri negatif inilah yang mungkin akan diterapi oleh anak -anak 

Tabiat mencuri 

Kanak -kanak dibawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila dia ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia akan mengambilnya tanpa memikirkan yang perbuatan itu salah. Biasanya, tabiat ini akan ditinggalkan apabila

Page 20: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

pemikirannya semakin matang.Tetapi, adakalanya tabiat mencuri dikalangan kanak -kanak ini wujud akibat daripada perasaan kurang selesa, perasaan serba kekurangan atau bosan. Satu contoh ialah seorang kanak -kanak berusia enam tahun yang selalu mengambil barang kawan -kawan di kelasnya seperti pensil, pembaris, kotak pensil warna dan sebagainya sejak tiga bulan yang lalu. Ini amat merisaukan ibu bapanya lebih -lebih lagi memandangkan bahawa keluarga ini dari golongan yang berada dan serba berkemampuan. Mereka amat malu dengan tabiat si anak. Dari penilaian yang dibuat, saya mendapati bahawa kanak -kanak ini sihat dan cerdik orangnya, tetapi agak sensitif dan berperangai manja. Saya tertarik dengan dinamik keluarga ini sememangnya rapat. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, si ayah amat sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa untuk bermesra dengan ketiga -tiga anaknya. Si ibu juga sibuk dengan aktiviti -aktivitinya sendiri dan tidak menyedari bahawa anak -anaknya berasa kurang selesa kerana tidak mendapat perhatian ibu bapa.

Kedua -dua ibu bapa ini telah diberi tunjuk ajar tentang teknik -teknik pengubahsuaian tingkah laku yang sesuai dan mereka juga telah mengambil langkah -langkah untuk memenuhi  keperluan emosi anak mereka. Dalam tempoh sebulan selepas itu, tabiat mencuri  yang diamalkan oleh si anak pun hilang.

Tabiat di kalangan kanak -kanak yang mempunyai masalah perkembangan

Kanak -kanak buta sering bermain -main dengan tangannya seolah -olah mahu mencocok matanya. Dia gemar membaling barang -barang didalam genggamannya. Kanak -kanak pekak pula sering mengangguk -angguk kepalanya. Tabiat -tabiat ini wujud ekoran daripada kekurangan atau ketiadaan stimulasi. Cara interaksi yang sesuai boleh mengurangkan tabiat -tabiat yang diamalkan oleh kanak -kanak buta dan pekak ini.

Tabiat mengangguk -angguk kepala dan badan sering dipamerkan oleh kanak -kanak terencat akal.

Kanak -kanak autistik pula tidak boleh menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan orang lain. Dia sering bermainseorang diri dan mempamerkan tabiat -tabiat seperti menepuk -nepuk tangan, bergolek -golek di atas lantai atau asyik bermain dengan benda -benda yang terdapat di sekelilingnya.

Tabiat sukar bernafas

Ada sesetengah kanak -kanak yang kelihatan sukar bernafas sehingga menimbulkan kebimbangan di pihak ibu  bapa kalau -kalau si anak itu menghidap penyakit lelah ataupun kurang sihat. Masalah seperti ini memerlukan penilaian doktor untuk mengenal pasti sama ada wujud sesuatu penyakit organik atau tidak. Keadaan ini biasanya berlaku di kalangan kanak -kanak yang sering berasa cemas dan resah. Berikut ialah contoh kes yang pernah ditemui.

  KES

Muhammad yang berusia tujuh tahun kelihatan sukar sekali bernafas.Dia sering kelihatan menarik nafas panjang.  Dia memberitahu sayabahawa dia sering berasa letih, sukar menarik nafas dan sesak dada.Pemeriksaan yang dijalankan tidak menunjukkan apa-apa kelainan fizikal. Prestasi inteleknya juga didapati memuaskan.  Apa yang menarik perhatiansaya ialah walaupun dia selalu menarik nafas panjang, ini tidak puladilakukan apabila dia sedang menulis apa yang saya sebutkan. Apabiladitinjau latar belakangnya dengan lebih terperinci, saya diberitahubahawa dia sekeluarga baru berpindah balik

Page 21: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

ketanah air selepas beradadiluar negeri selama beberapa tahun.  Dalam proses menyesuaikan dirinyadenagn keadaan baru, sianak sering dilanda perasaan resah sehinggatimbul tabiat sukar bernafas.

Suasana persekolahan ditanah air amat berbeza sekali dengan suasana di luar negeri. Kanak-kanak yang membesar didalam persekitaran,asing ini lebih fasih berbahasa Inggeris. Apabila kembali ketanah air,dia menghadapi kesukaran mengikuti pelajaran disekolah yangmenggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar keranatahap kefahaman bahasa ibundanya amat rendah berbanding denganmurid-murid lain.

Saya menerangkan kepada Muhammad dan ibu bapanya bahawa diasebenarnya memang sihat dan keadaan yang dialaminya akan hilangsecara beransur-ansur.    Apa yang diperlukan olehnya ialah bimbingandan sokongan agar dia dapat menyesuaikan dirinya dengan keadaan baru.Beberapa aktiviti untuk meningkatkan keyakinan dirinya telahdiaturkan dan dalam masa beberapa minggu sahaja, dia kelihatanlebih riang dan tidak lagi mengadu sukar bernafas.

  KES

Idris  yang berusia dua tahun dibawa  ke kelinik kerana dikhuatirimenghidap sawan.  Dia sering mendapat kejang kaki dan tanganapabila menangis kuat.  Masalah ini bermula sejak dia berusia 11/2tahun dan berlaku apabila sesuatu kehendaknya tidak diturutkan.Episod ini berlaku  hampir setiap hari.  Umpamanya, jika ibunya tidakmembawanya bersama apabila keluar kemana-mana, dia akan menangis  sekuat-kuat hati, menahan nafasnya sehingga mukanya kebiruandan kakinya seolah-olah kejang.  Setelah berhenti menangis, air mukanyakembali seperti biasa.  Ini sangat membimbangkan ibu bapanyasehingga setiap kemahuan sianak diturutkan.Keadaan seperti ini memang sering berlaku dikalangan kanak-kanak.Adakalanya, ia menyerupai sawan.  Oleh itu, penilaian doktor amatlahdiperlukan.  Tabiat ini lazimnya akan hilang apabila usia kanak-kanak meningkat.

Tabiat menahan nafas

Kadangkala, terdapat kanak -kanak yang berusia dalam lingkungan 1 - 3 tahun yang mengamalkan tabiat manahan nafas atau breath -holding spell. Jika sesuatu kehendaknya tidak diturutkan atau jika dia kesakitan akibat terjatuh, dia akan menangis berpanjangan sehingga biru wajahnya. Apabila dia menarik nafas dan berhenti menangis, air mukannya kembalinya kembali cerah semula. 

Kesimpulan

Kebanyakan tabiat yang ditunjukkan oleh kanak -kanak kecil akan hilang apabila mereka meningkat dewasa. Tetapi, dalam sesetengah kes, tabiat -tabiat ini berlanjutan. Ibu bapa harus cuba memahami bahawa tabiat ini adalah perkara lazim dan mereka tidak perlu berasa khuatir. Sebaliknya, mereka haruslah mencari punca -punca yang menyebabkan mengapa sesuatu tabiat itu sukardikikis. Nasihat pakar diperoleh untuk mencari jalan mengatasinya.

Masalah tingkahlaku - Presentation Transcript

Page 22: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

1. 1. KONSEP TINGKAH LAKU BERMASALAH Perlakuan yang dimanifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa lama yang akan memberi kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.

2. Tingkahlaku bermasalah boleh didefinisikan sebagaiDEFINISI tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah.

3. Kindsvatter (Levin & Nolan, 2004) - tingkah laku Feldhusen (Levinbermasalah atau salah laku. & Nolan, 2004)-gangguan Emmer dan rakan-rakanterhadap perlaksanaan proses pengajaran yang lancar. (Levin & Nolan, 2004) - mengganggu pengajaran guru serta pembelajaran Shrigley (Levinbeberapa orang murid untuk jangka masa tertentu. & Nolan, 2004) apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif.

4. DIRI MURID GURU DISTRUPTIF SEKOLAH JENIS-JENIS SEBAB BERLAKU LATAR DISTRUKTIF TINGKAH MASALAH BELAKANG LAKU DISIPLIN & MURID TINGKAH LAKU TINGKAH LAKU BERMASALAH KONSEP MASALAH DALAM BILIK DISIPLIN DARJAH & TINGKAH LAKU DISIPLIN & BERMASALAH HIPERAKTI PENDIA TINGKAH LAKU BILIK DARJAH F M SENSITIF MENIPU KURANG BERI PERHATIAN

5. Tingkah laku membahayakan orang lain :- DISTRUPTIF Hiperaktif Kelakuan nakal Bising Bergerak sesuka hati Ketawa kuat Agresif secara JENIS-JENIS lisan/fizikal TINGKAH LAKU Tingkah laku membahayakan diri, sekolah, masyarakat :- Permusuhan nyata Vandalisme Kumpulan liar DISTRUKTIF Klik Geng

6. DIRI GURU MURID • Kebosanan dengan aktiviti kelas • Penyampaian kandungan • Masalah emosi guru tidak jelas • Kekurangan keperluan fisiologi • Penyediaan bahan yang • Percubaan gaya baru tidak relevan LATAR SEKOLA BELAKANG H MURID • Penceraian ibu bapa • Peraturan yang ketat • Penyakit kronik yang serius • Ruang pembelajaran yang tidak • Kematian ahli keluarga relevan dan tidak bermakna • Sosioekonomi keluarga • Terpaksa mematuhi autoriti guru- guru

7. KURANG MEMBERI Murid tidak mendengar apabila guru mengajar dan tidak PERHATIAN fokus semasa P & Kanak-kanak bersifat impulsifP dijalankan dan sering mengganggu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa Murid mudah mengalih perhatiannya dan sukar menyiapkanHIPERAKTIF berfikir tugasan PENDIAM Murid ini tidak melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan Murid ini sukar ditegurkelas, tidak menyumbangkan dan bertukar idea SENSITIF Sentiasa memerlukan peneguhan dan sokongandan mudah merajuk SENSITIF PENDIAM Murid ini mempunyai kecenderungan untuk tidak MENIPU MENIPU bercakap benar

8. Tingkahlaku bermasalahKlasifikasi tingkah laku bermasalah. boleh diklasifikasikan kepada dua : a) tingkahlaku masalah dalaman. b) tingkahlaku masalah luaran.

9. Tingkahlaku masalah dalaman Tingkahlaku masalah luaran Kebimbangan, perasaan takut Mengingkar arahan Sedih, murung Menentang Bersikap apetatik (tidak Agresif mempedulikan) Suka menyendiri, penarikan diri Argumentatif (suka berhujah) Kecenderungan menyalahi diri Tidak mempercayai, sendiri, perasaan serba salah kecenderungan menyalahi orang lain Perasaan rendah diri Destruktif Malu, terlalu sensitif Menipu, mencuri Keasyikan pemikiran tentang Sukar mengawal diri dan cemburu sesuatu perkara

10. Ciri-ciri masalah tingkahlaku. Kebanyakkannya akan mengalami gangguan daripada aspek berikut: I) Interaksi sosial 2) Komunikasi ( lisan dan bukan lisan) Sukar untuk meluahkan keinginan sendiri. 3) Minat dan aktiviti. Suka membuat gerakan yang berulang-ulang yang aneh. 4) Masalah dalam aktiviti motor/ fizikal Menjadi terlalu aktif atau terlalu lembap.

11. Mewarisi sifat atauFaktor-faktor yang mempengaruhi. tingkah laku bermasalah. - ketidakseimbangan biokimia dalam diri seseorang, Faktor behavioral. -masalah neurologi atau kecederaan sistem saraf pusat. Faktor sosiologi: -kegagalan mempelajari tingkahlaku menyesuaikan diri. melabel individu berdasarkan latar belakang dan pengaruh budaya sesuatu Perubahan dalam sesebuah keluarga. -Contoh: kelahiran adi beradikmasyarakat. Media massa. -Cerita-ceritayang baru, penceraian atau ibu bapa tiri baru. ganas dan lucah.

Page 23: Ibu Bapa Adalah Faktor Terbesar Dalam Menentukan Hala Tuju Anak

12. KAEDAH MENGENAL PASTI MURID YG MEMPUNYAI TINGKAH LAKU Kaedah bukan ujian - pemerhatian - Kaedah Berasaskan Ujian BERMASALAH Kajian Rentasan Kajian Dokumen Kajian Kes temuduga - kaedah penyelidikan Kajian Menegak

13. Mengenal pasti kanak-kanak bermasalah tingkah laku Kesukaran dalam pembelajaran yang sukar dinyatakan secara intelektual, sensori Kesukaran mewujudkan interaksi dengan guru dan rakan. dan faktor kesihatan. Menunjukkan kelakukan yangTingkah laku abnormal dalam situasi biasa. berkaitan dengan rasa takut.

14. AlatPengukuran Personal TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU Tindakan PembetulanTeknik Pencegahan

15. BelajarCara-cara guru mengatasi tingkah laku bermasalah Tunjuk Cara Kaedah dan Teknik Pemudahcaraan. Main Peranan. Sambil Bermain. Peneguhan Negatif. Peneguhan Positif. (Demonstrasi).

16. Mengenal pasti tingkah lakuPENGURUSAN TINGKAH LAKU Pilih strategi yg Tentukan matlamat t/laku yg diinginkan bermasalah murid Apilkasi Ubahsuai dan ubah strategi jika gagal Aplikasi strategi sesuai strategi baru secara sistematik

17. Murid yangImplikasi kepada pengajaran dan pembelajaran lain tidak dapat menumpukan perhatian kepada P& Mewujudkan pergaduhan. P. Proses PInteraksi antara guru dengan murid lain terganggu. &P tidak dapat berlangsung dengan lancar.

18. IMPLIKASI TINGKAH LAKU BERMASALAH KEPADA PROSES P & P Mengawal bilik darjah termasuk mengurus tingkah laku bermasalah akan menjamin keberkesanan P & P. Jika ia tidak diambil dgn serius wlp persediaan dibuat dgn baik objektifnya tidak akan tercapai.

asyikin hashim + Follow 2307 views, 0 favs, 1 embed

Related

mini kajian tindakan dpli ukm julai 2009/2010 1085 views

Nota Psikologi Pembelajaran 10178 views

5. Kemahiran Profesional Guru 14037 views

Bermasalah Tingkah Laku Dan Emosi New 4964 views