98022647-pembangunan-sumber-manusia

Upload: muhd-hazim

Post on 04-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    1/18

    Isu Pendidikan Teknik Vokasional (PTV) :Pembangunan

    Sumber Manusia Dalam Pendidikan

    PENDAHULUAN

    Malaysia sedang mengalami perubahan struktur ekonomi dan memasuki dengan cepat era

    perindustrian yang pesat. Proses perubahan ini yang berterusan ke tahun-tahun sembilan puluhan

    akan menambah permintaan baru terhadap kemahiran teknikal peringkat tinggi, keupayaan

    pengurusan dan keusahawanan serta peningkatan tahap pembangunan teknologi dan penggunaan

    modal. Bagi menyokong dan mengekalkan proses pembangunan ini, Malaysia perlu mewujudkan

    tenaga kerja berdisiplin yang di-lengkapi dengan asas kemahiran yang lebih luas serta

    mempunyai budaya dan etika kerja positif. Peningkatan keupayaan rakyat Malaysia dengan

    motivasi yang sesuai untuk bekerja dan memperbaiki produktiviti perlu dimajukan untuk

    membolehkan Malaysia sentiasa berada di hadapan dan mengekalkan daya saingannya, dandengan itu, dapat mencapai matlamat untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun

    2020. Satu aspek penting dalam pembangunan sumber manusia ialah menyediakan peluang

    kepada rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dengan aktif dan saksama dalam aktiviti

    pembangunan ekonomi negara. Dalam proses menyusun semula masyarakat Malaysia, program

    pendidikan dan latihan akan dilaksanakan bersama dengan usaha untuk mengatasi ketidak-

    seimbangan pendapatan, gunatenaga dan pemilikan serta penguasaan sumber-sumber produktif

    di kalangan kumpulan ethnik. Untuk mencapai objektif ini dengan jayanya, kerjasama yang lebih

    rapat antara sektor awam dan swasta dalam pembangunan sumber manusia adalah diperlukan.

    Satu lagi aspek pembangunan sumber manusia ialah menanamkan nilai-nilai positif yang

    dimiliki bersama khusus-nya di kalangan generasi muda. Semangat kekitaan yang tinggi,

    kesetiaan dan cinta kepada negara akan terus dipupuk. Di tempat kerja, rakyat Malaysia perlumempunyai tahap disiplin yang lebih tinggi, gigih berusaha mencapai kecemerlangan dan

    sentiasa mengejar kemajuan. Di samping itu, mereka perlu mempunyai nilai-nilai positif lain

    seperti dedikasi, bekerjasama, dinamik dan kreatif. Saluran utama bagi menanam nilai-nilai ini

    ialah sistem pendidikan dan latihan yang berpandangan jauh dan pragmatik. Sistem ini perlulah

    diubahsuaikan untuk memenuhi keperluan negara masa hadapan.

    TERAS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

    Teras pembangunan sumber manusia di bawah Dasar Pembangunan Baru(DPB) adalah bertujuan mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi denganpengagihan yang saksama. Dalam dekad akan datang, pembangunan

    negara akan bergantung kepada sumber manusianya untuk membangunkansumber alam semulajadi yang kaya. Dalam suasana ekonomi dunia yang

    cepat berubah, pertumbuhan ekonomi memerlukan tenaga kerja yang lebihberpengetahuan dan berkemahiran. Oleh itu, tumpuan yang lebih akan

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    2/18

    diberi kepada usaha-usaha membangunkan tenaga manusia yang

    berpendidikan terlatih dan boleh menyesuaikan diri mengikut keadaansupaya arah aliran pertumbuhan dan pencapaian produktiviti yang ada

    sekarang dapat diperkukuhkan.

    6.05 Pertambahan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi yangmempunyai nilai ditambah lebih tinggi adalah perlu dalam usaha membasmi

    kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Sehubungan dengan ini,penyertaan Bumiputera dalam beberapa kumpulan pekerjaan tertentu danprofesion penting masih lagi kurang, walaupun usaha telah dibuat dalamtempoh 20 tahun yang lalu. Sungguhpun bilangan gunatenaga Bumiputera

    dalam kumpulan pekerjaan ikhtisas dan teknikal bertambah dengan ketara,

    sebilangan besar daripada mereka adalah dalam bidang perguruan dankejururawatan. Oleh itu, penekanan akan diberi untuk menambah lagibilangan Bumiputera dalam kumpulan pekerjaan ikhtisas dan teknikal untuk

    meningkatkan lagi peranan mereka dalam ekonomi negara.

    6.06 Tumpuan akan diberi untuk membangunkan tenaga buruh luar bandar

    bagi membolehkan mereka memasuki pasaran buruh yang semakin canggihdan berorientasikan teknologi. Tenaga buruh luar bandar, yang sebahagian

    besarnya adalah Bumiputera, perlu mengubah tumpuan daripada aktivititradisional yang berproduktiviti rendah kepada kegiatan sektor moden yang

    mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Untuk membolehkan tenaga buruhluar bandar menyertai pembangunan ekonomi negara dengan lebih berkesan

    mereka perlu diberi peluang mendapat kemudahan pendidikan yang lebihbaik, maklumat pasaran buruh dan kemahiran-kemahiran baru, di samping

    mempunyai semangat yang kuat untuk bersaing dan berdikari.

    6.07 Satu perkara penting dalam pembangunan sumber manusia ialahmengembeling sumbangan kreatif penduduk yang berbilang kaum untuk

    menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan memupuk perpaduan negara.

    III : KEPENDUDUKAN, TENAGA BURUH DAN GUNATENAGA

    Kependudukan

    6.08 Penduduk Malaysia dijangka bertambah daripada 18 juta pada tahun1990 kepada 22.7 juta pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, kadar

    pertumbuhan tahunan penduduk adalah lebih rendah iaitu 2.3 peratus

    berbanding dengan 2.6 peratus dalam dekad lapan puluhan seperti di Jadual6-1. Keadaan ini disebabkan terutamanya oleh kesuburan keseluruhan yang

    dijangka berkurangan. Ini menghasilkan saiz keluarga yang kecil. Penurunankesuburan adalah disebabkan oleh tahap pendidikan penduduk yang lebih

    tinggi, peningkatan perbandaran, perkahwinan yang dilewatkan dan taraf

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    3/18

    hidup yang bertambahbaik. Unjuran arahaliran sehingga tahun 2000 adalah

    selaras dengan matlamat pertumbuhan penduduk yang dijangkakan dibawah Dasar Penduduk 70 Juta. Berdasarkan kadar pertumbuhan penduduk

    semasa dan jangkaan penurunan kesuburan pada masa hadapan hasildaripada pembangunan sosio-ekonomi, saiz penduduk ini boleh dicapai pada

    tahun 2100.

    6.09 Perubahan dalam komposisi umur merupakan satu komponen pentingdalam perubahan demografi. Dalam tempoh sepuluh tahun akan datang,penduduk dalam kumpulan umur bawah 15 tahun dijangka bertambah padakadar purata 1.6 peratus setahun. Ini menggambarkan penurunan jumlah

    kadar kesuburan daripada 3.8 pada tahun 1990 kepada 3.4 pada tahun

    2000. Bahagian kumpulan umur ini akan berkurangan daripada 37.5 peratusjumlah penduduk pada tahun 1990 kepada 34.8 peratus pada tahun 2000seperti di Jadual 6-1. Sebaliknya, bahagian penduduk dalam kumpulan umur

    bekerja iaitu 15-64 tahun akan meningkat daripada 58.8 peratus pada tahun

    1990 kepada 60.8 peratus pada tahun 2000. Di samping itu, kumpulan umur65 tahun dan keatas akan meningkat dari segi bilangan dan juga kadar

    pertumbuhan. Keadaan ini disebabkan oleh jangka hayat yang meningkathasil daripada peningkatan keseluruhan kualiti hidup penduduk.

    6.10 Perubahan dalam struktur umur penduduk Malaysia akan memberi

    kesan yang ketara kepada ekonomi negara. Pertambahan penduduk dalamlingkungan umur bekerja pada kadar 2.6 peratus setahun bermakna lebih

    banyak peluang pekerjaan perlu diwujudkan dalam dekad akan datang. Olehkerana bahagian penduduk dalam lingkungan umur bekerja dijangka lebih

    besar daripada bahagian penduduk dalam kumpulan umur bawah 15 tahundan 65 tahun ke atas, nisbah tanggungan keseluruhan akan berkurangan

    daripada 70pada tahun 1990 kepada 64 menjelang tahun 2000 seperti diJadual 6-1.

    6.11 Dalam usaha meningkatkan lagi kualiti penduduk, Kerajaan akan terusmemberi penekanan kepada pembangunan dan kebajikan keluarga.Program-program perkhidmatan kesihatan dan sosial akan ditumpukankepada usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pada keseluruhannya,

    terutamanya di negeri-negeri kurang maju. Dengan bertambahnya bilangan

    golongan tua, pertimbangan yang lebih akan diberi kepada perancangankesihatan, kebajikan dan perkhidmatan keselamatan sosial untuk memenuhikeperluan khusus golongan ini.

    Tenaga Buruh

    6.12 Jumlah tenaga buruh iaitu komponen penduduk berumur 15-64 tahun

    yang terdiri daripada mereka yang bekerja dan yang menganggur, dijangka

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    4/18

    bertambah daripada 7.0 juta pada tahun 1990 kepada 9.4 juta pada tahun

    2000 atau meningkat pada kadar 2.9 peratus setahun seperti di Jadual 6-2.Pertumbuhan tenaga buruh ini berpunca daripada bertambahnya penduduk

    umur bekerja serta kadar penyertaan tenaga buruh yang dijangkameningkat daripada 66 peratus kepada 68 peratus seperti di Jadual 6-3.

    6.13 Dengan meningkatnya tahap pendidikan dan bertambahnya peluang

    pekerjaan, lebih ramai lagi wanita dijangka menyertai kegiatan ekonomisecara aktif. Dalam tempoh ini, kadar penyertaan tenaga buruh wanitadijangka meningkat daripada 47 peratus kepada 49 peratus, sementarakadar penyertaan tenaga buruh lelaki adalah 86 peratus. Memandangkan

    perlunya tenaga buruh wanita yang berkualiti lebih tinggi, program-program

    untuk meningkatkan kemahiran mereka akan diperkenalkan bagimembolehkan mereka menyertai proses pembangunan dengan lebihberkesan.

    6.14 Dalam tempoh RRJP2, tenaga buruh dianggar bertambah pada kadar2.9 peratus setahun. Ini akan menambahkan bilangan tenaga buruh

    sebanyak 2.4 juta. Tenaga buruh akan menjadi lebih terpelajar, terlatih danmempunyai profil umur yang lebih tua seperti di Jadual 6-3.

    Gunatenaga

    6.15 Memandangkan bilangan tenaga manusia yang memasuki pasaran

    buruh kian bertambah dan di samping itu masih wujud pengangguran, dasargunatenaga akan ditumpukan ke arah meningkatkan kadar pewujudan

    pekerjaan baru. Oleh kerana sumber utama pendapatan isirumah ialahupah, pewujudan peluang- peluang pekerjaan terutamanya dalam kegiatan

    nilai ditambah yang lebih tinggi akan terus menjadi kaedah penting. Iniboleh menambah pendapatan,mengurangkan kemiskinan dan menyusun

    semula masyarakat Malaysia. Kesemua ini bukan sahaja bergantung kepada

    langkah untuk meningkat dan mengekalkan tahap pertumbuhan ekonomiyang tinggi, tetapi juga kepada usaha memperbaiki suasana pasaran buruhdan meningkatkan mutu sumber manusia melalui pendidikan, latihan danlatihan semula. Sistem maklumat pasaran buruh juga akan diperkemaskan

    untuk mengurangkan ketidaksesuaian kemahiran dan memudahkan mobiliti

    buruh. Sistem upah juga perlu peka dan responsif kepada keadaan pasaranyang berubah. Peningkatan kualiti tenaga buruh akan menambahkanproduktiviti dan ini akan meningkatkan pendapatan pekerja.

    6.16 Berdasarkan pertumbuhan KDNK sebenar pada kadar 7 peratus

    setahun dalam tempoh ini, permintaan buruh akan bertambah sebanyak 3.1peratus setahun. Oleh yang demikian, jumlah gunatenaga dijangka

    bertambah daripada 6.6 juta pada tahun 1990 kepada 9.0 juta pada tahun

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    5/18

    2000. Pada kadar pertumbuhan gunatenaga ini dan pertumbuhan

    penawaran buruh pada kadar 2.9 peratus setahun, kadar pengangguran,seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6-2, akan berkurang daripada 6

    peratus pada tahun 1990 kepada 4 peratus menjelang akhir dekad ini.

    6.17 Dalam usaha meningkatkan penggunaan buruh dalam ekonomi, dasargunatenaga akan mengambilkira profil penganggur sediada. Keadaan

    pengangguran pada umumnya bersifat jangka pendek dan tertumpu dikalangan golongan muda. Dari segi tahap pendidikan, taburanpengangguran menunjukkan kira-kira dua pertiga daripada jumlahpenganggur mempunyai pendidikan menengah. Peratusan penganggur

    berpendidikan tinggi telah meningkat, manakala peratusan penganggur yang

    tidak berpendidikan formal atau berpendidikan rendah telah menjadi lebihkecil. Tenaga pekerja yang memasuki pasaran buruh pada masa hadapanadalah daripada golongan muda, berpendidikan dan mudah bergerak. Oleh

    yang demikian, latihan yang lebih adalah diperlukan untuk memudahkan

    penyerapan mereka ke dalam pasaran buruh.

    6.18 Pada umumnya, kadar pengangguran adalah lebih tinggi di negeri-negeri kurang maju berbanding dengan negeri-negeri lebih maju yang

    mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan. Oleh yang demikian, lebihbanyak peluang pekerjaan akan wujudkan menerusi usaha mempelbagaikan

    asas ekonomi dan menyediakan kemudahan pendidikan dan latihan yanglebih baik di negeri-negeri kurang maju.

    Gunatenaga mengikut Sektor

    6.19 Dari perspektif sektor, adalah dijangka sektor perkhidmatan akan

    menyumbangkan peratusan terbesar gunatenaga baru. Sektor pembuatanpula akan menyediakan 36 peratus dari pada peluang pekerjaan baru,

    manakala sumbangan sektor pertanian kepada jumlah gunatenaga dijangka

    turun daripada 28 peratus kepada 20 peratus, selaras dengan perubahanstruktur yang berlaku dalam ekonomi seperti di Jadual 6-2.

    6.20 Sektor perkhidmatan dijangka mewujudkan lebih banyak peluang

    pekerjaan dalam tempoh RRJP2, iaitu 55 peratus dari pada keseluruhan

    pekerjaan baru. Daripada 1.3 juta pekerjaan baru yang dijangka diwujudkandalam sektor ini, sebahagian besar adalah dalam sektor kecil perkhidmatanpengedaran yang terdiri daripada perdagangan borong dan runcit, hotel dan

    restoran. Selaras dengan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya, sektorkecil pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan; sektor kecil kewangan,

    insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain akan turut menyumbang kepada pertambahan

    gunatenaga. Peluang gunatenaga juga akan bertambah dalam kegiatan

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    6/18

    berkaitan dengan pelancongan dan perkhidmatan perundingan. Peluang-

    peluang ini akan wujud berikutan daripada peluasan dan pelbagaian aktivitisektor perkhidmatan. Walau bagaimanapun, bagi sektor perkhidmatan

    Kerajaan pertumbuhan gunatenaga dijangka sederhana selaras denganmatlamat Kerajaan untuk mengurangkan saiz dan peranan sektor awam.

    6.21 Walaupun sektor pembuatan akan menjadi bertambah penting dari segi

    nilai ditambah, penggunaan buruh secara intensif atau kadar penyerapanburuh dalam sektor ini akan berkurang, selaras dengan bertambahnyapenggunaan loji yang moden dan berjentera. Memandangkan industri-industri akan terus berkembang ke arah keluaran nilai ditambah yang lebih

    tinggi, permintaan buruh dijangka tertumpu kepada pekerja mahir. Ini

    memerlukan peningkatan kemahiran tenaga buruh. Sektor ini dijangkamenyediakan kira-kira 853,700 pekerjaan baru atau kira-kira 36 peratusdaripada keseluruhan gunatenaga baru. Sektor pembinaan juga dijangka

    mencatatkan pertambahan gunatenaga yang besar, hasil daripada paras

    perbelanjaan awam yang tinggi ke atas infrastruktur fizikal dan sosial sertapelaburan swasta dalam pembangunan hartanah. Kira-kira 237,500

    pekerjaan baru akan diwujudkan dalam sektor ini yang merupakan 10peratus daripada keseluruhan gunatenaga baru.

    6.22 Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dan gunatenaga dijangka

    berkurangan. Pengurangan jumlah gunatenaga sektor pertanian adalahdisebabkan oleh pemodenan sektor ini dan jangkaan penghijrahan keluar

    tenaga kerja dari kawasan luar bandar berikutan daripada peningkatan tarafpendidikan dan tarikan pekerjaan dari kawasan bandar. Walau

    bagaimanapun, nilai mutlak keluaran pertanian akan mencatat pertambahanhasil daripada perusahaan pertanian secara moden dan komersial serta

    peningkatan produktiviti. Sektor ini akan kekal sebagai sektor penting yangmenyumbangkan sebanyak 20 peratus daripada jumlah gunatenaga.

    Komposisi Pekerjaan

    6.23 Kategori pekerjaan yang berkembang paling pesat adalah yangberkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan, jualan, ikhtisas dan teknikal,

    dan pengeluaran, selaras dengan perkembangan kegiatan sektor pembuatan

    dan perkhidmatan seperti di Jadual 6-4. Pekerjaan-pekerjaan ini akanmenyumbangkan 1.8 juta pekerjaan baru atau 76.7 peratus daripadapekerjaan baru yang akan diwujudkan dalam tempoh tersebut. Daripada

    jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan bagi tempoh RRJP2, sebanyak 38.5peratus merupakan permintaan terhadap pekerja pengeluaran, terutamanya

    dalam kegiatan pembuatan dan pembinaan.

    6.24 Kategori pekerjaan ikhtisas dan teknikal dijangka menyediakan

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    7/18

    sebanyak 320,000 pekerjaan baru dalam tempoh tersebut yang mana 48

    peratus daripadanya adalah dalam pekerjaan teknikal. Peningkatan teknologipengeluaran daripada jenis pemasangan mudah dan bercorak operasi

    memproses kepada penggunaan mesin automatik canggih akan memerlukan153,000 jurutera dan pembantu jurutera serta juruteknik terutamanya

    dalam bidang kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal dan elektronik.Permintaan terhadap saintis dan teknologis dalam kegiatan penyelidikan dan

    pembangunan (P&P) juga akan meningkat. Memandangkan hasrat untukmengekal dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan,permintaan terhadap guru serta kakitangan perubatan dan kesihatan akanterus berada pada tahap yang tinggi bagi tempoh tersebut seperti di Jadual

    6-5.

    6.25 Gunatenaga dalam pekerjaan ikhtisas dan teknikal terpilih sepertikejuruteraan, perubatan dan kesihatan serta perguruan dijangka mengalami

    pertambahan sebanyak 244,000 menjelang tahun 2000. Pertambahan ini

    akan dipenuhi oleh keluaran daripada institusi latihan dan pendidikan sektorawam dan swasta dalam negeri serta institusi-institusi luar negeri. Oleh

    yang demikian, penglibatan sektor swasta khususnya dalam latihanpembantu jurutera dan juruteknik adalah penting. Sektor ini dijangka

    mengeluarkan 32 peratus daripada anggaran permintaan 122,900 pembantujurutera dan juruteknik dalam tempoh tersebut. Ini adalah selaras dengan

    dasar menggalakkan penglibatan yang lebih sektor swasta dalampembangunan sumber manusia.

    6.26 Perubahan tugas dan bidang kerja dalam kategori pekerjaan

    pentadbiran dan pengurusan akan diiringi oleh pertumbuhan dalampekerjaan pengurusan. Oleh yang demikian, pengurus dan penyelia dalam

    sektor awam dan swasta perlu mempunyai kecekapan teknikal yang lebihluas untuk membolehkan mereka mengendalikan operasi yang lebih rencam

    dan gabungan peralatan dan pekerja mahir yang lebih besar Berhubung

    dengan kategori pekerjaan jualan dan perkeranian, penekanan akan diberikepada pengetahuan yang lebih mendalam mengenai keluaran, kemahiranberkomunikasi, kemahiran pengendalian keyboard, pengetahuan perisiankomputer dan kesedaran perdagangan yang lebih luas. Sejumlah 828,600

    pekerjaan baru akan diwujudkan dalam ketiga-tiga kategori pekerjaan ini

    seperti di Jadual 6-4. Institusi pendidikan dan latihan tempatan berupayamenyediakan latihan dan pendidikan yang diperlukan oleh kumpulanpekerjaan ini.

    6.27 Bagi pekerja pertanian, bilangan gunatenaga dijangka berkurang

    kerana pekerja Malaysia yang lebih berpendidikan dan terlatih memilihpekerjaan di sektor pembuatan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun,

    produktiviti pekerja pertanian akan meningkat berikutan daripada

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    8/18

    bertambahnya P&P dalam aktiviti-aktiviti huluan dan penggunaan teknologi

    baru serta mekanisasi.

    6.28 Lebih ramai pekerja mahir diperlukan di peringkat pengeluaranberikutan proses perindustrian yang lebih pesat dan penggunaan teknologi

    baru. Keadaan ini akan menambahkan permintaan terhadap tenaga manusiayang mempunyai kecekapan asas ketukangan yang luas dan kemahiran

    sokongan. Keutamaan akan diberi untuk meningkatkan penggunaan institusipendidikandan latihan yang sediada di samping menambahkan lagikemudahan ini. Lebih banyak kemudahan latihan di peringkat sijil dandiploma akan juga disediakan. Memandangkan proses pendidikan dan

    latihan ditumpukan kearah memenuhi keperluan tenaga manusia negara

    dimasa hadapan, program pendidikan dan latihan akan lebih berorientasikansains dan teknologi. Untuk memberi peluang yang lebih kepada Bumiputera,terutamanya di luar bandar, mendapat pendidikan tinggi lebih banyak

    sekolah berasrama penuh dan kemudahan- kemudahan yang lebih baik akan

    disediakan. Kaum bukan Bumiputera yang miskin akan juga diberi peluangyang lebih untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh dan

    meningkatkan peluang pendidikan untuk menambah mobiliti sosio-ekonomimereka.

    6.29 Walaupun kemudahan pendidikan dan latihan akan ditambah dan

    disediakan oleh sektor awam dan swasta, rakyat Malaysia terus digalakkanmendapat pendidikan dan pengalaman yang berfaedah di luar negeri.

    Langkah mempelajari teknologi dan teknik pengurusan baru di luar negeriakan membolehkan rakyat Malaysia merapatkan jurang perbezaan teknologi.

    Sejajar dengan ini, Kerajaan akan terus menghantar pelajar Malaysia keinstitusi-institusi terkemuka luar negeri dalam bidang-bidang terpilih ke arah

    meningkatkan usaha menghapuskan ketidakseimbangan sosio-ekonomi.Wanita dalam Pembangunan

    6.30 Penyertaan wanita dalam proses pembangunan bagi dua dekad yanglalu telah meningkat. Pekerja wanita merupakan 35 peratus daripada tenagaburuh pada tahun 1988. Kira-kira 82 peratus pekerja wanita terdiri daripadapekerja bergaji dan pekerja keluarga tidak bergaji. Sungguhpun perbezaan

    upah antara lelaki dan wanita semakin berkurangan, ianya terus wujud

    dalam beberapa sektor ekonomi tertentu. Menyedari pentingnya perananwanita dalam pembangunan, dasar di masa hadapan akan ditumpu ke arahmemastikan penyediaan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada mereka.

    Lebih banyak kemudahan latihan dan latihan semula akan disediakan bagimembolehkan pekerja wanita menyesuaikan diri dengan teknologi baru serta

    memperbaiki mobiliti mereka di dalam dan di antara pekerjaan. Pada masayang sama, maklumat pasaran buruh akan diperkemaskan untuk

    membekalkan mereka dengan pengetahuan mengenai peluang pekerjaan

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    9/18

    dan keperluan yang berkaitan. Bagi menggalakkan penyertaan tenaga buruh

    yang lebih tinggi, terutamanya di kalangan wanita yang berkahwin, langkah-langkah tambahan sedang dipertimbangkan untuk menggalakkan mereka

    menyertai pekerjaan yang produktif di samping memenuhi tanggungjawabmereka kepada keluarga.

    Upah

    6.31 Dalam usaha mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat,antara langkah-langkah yang akan diambil untuk memenuhi permintaanburuh ialah menawar pekej insentif yang lebih menarik. Sektor swasta akan

    digalak untuk menyediakan insentif tersebut sejajar dengan keadaan

    pasaran buruh, bagi menarik lebih ramai pekerja tempatan memasuki sektorladang dan sektor kecil lain yang mengalami kekurangan buruh.

    6.32 Pengalaman pada tahun-tahun lapan puluhan menunjukkan bahawa

    upah dalam sektor tersusun adalah agak tegar dan tidak mudah berubahberbanding dengan produktiviti dan keuntunan. Ini disebabkan oleh

    perjanjian-perjanjian bersama yangbersifat kontrak yang tidakmembenarkan upah diubahsuai di masa keadaan ekonomi merosot dan

    prestasi syarikat kurang baik. Keadaan ini boleh menyebabkanpemberhentian pekerja. Dalam jangkamasa panjang, ketegaran upah akan

    menghadkan pengwujudan peluang- peluang pekerjaan dan menjejaskebajikan pekerja. Permintaan kenaikan upah tanpa mengambilkira

    keupayaan firma membayar, akan memberi kesan yang negatif kepadapekerja dan majikan. Seterusnya keupayaan ekonomi untuk menyediakan

    lebih banyak pekerjaan dan menggalak pelaburan baru akan terjejas. Olehyang demikian, adalah perlu bagi pekerja dan majikan bekerjasama bagi

    mempastikan perhubungan perindustrian harmonis sebagai asas kepadapasaran buruh yang berdaya saing.

    6.33 Walaupun diakui paras upah perlu ditingkatkan untuk menambahpendapatan dan memperbaiki taraf hidup, daya saingan Malaysia perludipertahankan, terutamanya dalam sektor eksport. Untuk mempastikan kospengeluaran seunit terus berdaya saing, kenaikan upah perlu dikaitkan

    dengan produktiviti. Satu sistem penyelarasan upah yang lebih baik yang

    mengaitkan perubahan upah dengan produktiviti akan menjaga kepentinganpekerja dan majikan. Di samping menyediakan insentif kepada majikanuntuk menambah peluang pekerjaan, sistem ini juga akan mengurangkan

    pemberhentian pekerja semasa ekonomi merosot. Sehubungan dengan ini,Kerajaan akan berusaha ke arah mewujudkan satu sistem upah yang

    mengaitkan perubahan upah dan produktiviti.

    IV : PEMBANGUNAN TENAGA MANUSIA

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    10/18

    6.34 Pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan memerlukan tenaga buruh

    yang berkualiti tinggi, serba boleh dan cepat menyesuaikan diri kepadaperubahan keadaan perindustrian. Tenaga kerja mahir dan produktif adalah

    pra-syarat untuk mengekalkan iklim pelaburan yang menggalakkan dandaya saingan keluaran Malaysia di pasaran dunia. Bagi memenuhi keperluan

    ini, sistem penyampaian pendidikan dan latihan perlu menjadi lebihresponsif kepada keperluan pasaran buruh yang dinamik. Pendidikan dan

    latihan akan terus menekankan penerapan nilai-nilai positif dan progresif,termasuk etika kerja yang baik dan disiplin industri.

    6.35 Walaupun terdapat usaha-usaha pembangunan tenaga manusia,

    ketidakseimbangan masih wujud di antara kawasan bandar dan luar bandar.

    Oleh itu, tumpuan akan terus diberi bagi menyediakan kemudahan-kemudahan perlu kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan tarafpendidikan dan kemahiran mereka. Ini akan membantu meningkatkan

    peluang dan penyertaan mereka dalam kegiatan sektor moden. Penyediaan

    peluang yang sama dan kemudahan yang lebih baik akan membantumenghapuskan ketidaksamaan kualiti pendidikan dan latihan di

    antarakawasan bandar dan luar bandar dan di kalangan berbagai lapisanmasyarakat.

    6.36 Arahaliran permintaan tenaga manusia perindustrian pada masa ini

    menunjukkan perlunya tenaga buruh yang mempunyai asas pendidikan yangluas dengan penekanan kepada bidang matematik dan sains. Kebolehan

    berkomunikasi serta fasih berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua adalahjuga penting. Ciri-ciri tersebut merupakan asas penyediaan tenaga buruh

    yang mudah dilatih dan berupaya menyesuaikan diri dengan cepat kepadaperubahan keperluan teknologi. Sehubungan dengan ini, kurikulum sekolah

    akan terus diperbaiki, terutamanya di peringkat rendah dan menengah,manakala guru-guru akan dilengkapkan dengan kebolehan mengajar

    pelajaran matematik, sains dan kemahiran berkomunikasi. Lebih banyak

    pelaburan akan dibuat bagi menambah kemudahan dan meningkatkankualiti guru diperingkat pendidikan rendah dan menengah memandangkanianya merupakan faktor penting dalam membangunkan tenaga buruh padamasa hadapan.

    6.37 Pengawasan yang lebih kerap dan rapi ke atas kurikulum institusipendidikan dan latihan adalah perlu. Ini dapat mempastikan kemahirantenaga kerja adalah bersesuaian dengan permintaan terhadap kemahiran

    baru berikutan daripada pembangunan teknologi yang pesat. Guru danpelajar perlu diberi pendedahan kepada perubahan industri bagi

    mempastikan keluaran daripada sistem penyampaian pendidikan dan latihanadalah selaras dengan keperluan pasaran buruh. Kemudahan pendidikan dan

    latihan perlu disesuaikan dengan segera, sejajar dengan perubahan

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    11/18

    teknologi untuk memudahkan usaha mengeluarkan tenaga manusia yang

    mempunyai kelayakan yang sesuai. Ini boleh dilakukan melalui peningkatanpenyertaan sektor swasta dalam bidang pembangunan kurikulum serta

    penyediaan kemudahan latihan. Disamping itu, penyebaran maklumatpasaran buruh yang lebih meluas melalui pelbagai media akan dilaksanakan

    untuk mempastikan tenaga kerja menyedari keperluan pasaran yangberubah dan peluang latihan yang sediada.

    6.38 Proses perindustrian ekonomi yang pesat berserta penyusunan semulaindustri yang ketara, dijangka memberi tekanan kepada permintaankemahiran. Jurutera dan juruteknik, pengurus, pemesin di peringkat tinggi,

    pembuat 10 alat dan acuan serta tenaga manusia teknikal dan berkemahiran

    lain akan diperlukan. Tenaga manusia berpengalaman ini adalah diperlukanterutamanya berikutan daripada pertumbuhan industri berorien-tasikaneksport seperti bahan kimia, keluaran getah, elektrik dan elektronik, tekstil,

    kayu serta plastik. Di samping itu permintaan terhadap penyelidik, saintis

    dan juruteknik sokongan akan bertambah selaras dengan penekanan kepadaperanan sains dan teknologi (S&T), P&P yang merupakan komponen penting

    dalam pembangunan negara.

    6.39 Kemahiran kritikal seperti membuat dan merekacipta alat dankomponen yang persis, tentukuran alat persis dan merekabentuk keluaran

    adalah penting untuk menyediakan sokongan asas kepada industripembuatan. Di samping itu, ke-mahiran yang berasaskan komputer dan

    elektronik serta mekatronik adalah sama pentingnya. Oleh yang demikian,institusi-institusi latihan mesti memberi tumpuan yang lebih bagi

    mengeluarkan tenaga manusia mahir ini khususnya di peringkatpertengahan dan tinggi. Selain daripada tenaga manusia mahir, pengeluaran

    tenaga manusia di peringkat pengurusan, penyeliaan dan penyelenggaraanjuga adalah di perlukan. Ciri-ciri kepimpinan seperti mempunyai kebolehan

    membawa pembaharuan, berdaya cipta dan keusahawanan hendaklah diberi

    penekanan dalam membangunkan kemahiran ini.

    6.40 Strategi perindustrian pada masa ini memerlukan lati-han semulatenaga kerja sediada bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran khusus

    dan terkini oleh kerana teknik pengeluaran bertambah rencam dan banyak

    menggunakan jentera otomasi. Oleh yang demikian, latihan berasaskanperusahaan perlu diga- lakkan untuk meningkatkan kualiti dan keupayaanmenyesuaikan diri tenaga kerja bagi mempastikan daya saingan keluaran

    Malaysia di pasaran dunia. Dalam hal ini, penglibatan sektor swasta dalamlatihan perindustrian adalah penting. Selaras dengan itu, penglibatan sektor

    swasta yang lebih besar dalam latihan perindustrian formal akan digalakkan,supaya dapat menyumbang kepada keseluruhan usaha menambah bilangan

    pekerja mahir dalam negara.

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    12/18

    Tenaga Manusia Saintifik dan Teknologi

    6.41 Bilangan dan kualiti tenaga manusia saintifik dan teknologi adalahsangat penting kepada pembangunan S&T. Pada masa kini terdapat kira-kira

    7,000 ahli penyelidikan sains dan teknologi sepenuh masa. Nisbah jumlah inikepada penduduk ialah 400 bagi setiap sejuta penduduk. Nisbah ini adalah

    ren-dah berbanding dengan nisbah bagi negara perindustrian iaitu di antara3,500 hingga 6,500 bagi setiap sejuta penduduk. Menjelang tahun 2000,Malaysia berhasrat untuk mencapai mat- lamat nisbah tenaga manusia S&Tyang lebih tinggi iaitu kira-kira 1,000 bagi setiap sejuta penduduk. Ini

    adalah selaras dengan matlamat untuk menggandakan peratusan

    sumbangan P&P kepada KNK.

    6.42 Berdasarkan teras untuk membangunkan asas S&T yang kukuh bagi

    meningkatkan kecekapan dan daya saingan industri, pelaburan yang besar

    akan dibuat untuk kemudahan pendidikan dan latihan. Langkah ini adalahbertujuan untuk mengeluarkan tenaga manusia peringkat tinggi yang

    diperlukan oleh industri, terutamanya bagi menjalankan kegiatan P&P.Penekanan akan diberikan kepada keperluan tiga peringkat utama tenaga

    ma- nusia, iaitu peringkat loji dan operasi yang memerlukan te-naga buruhyang mempunyai kecekapan teknik, peringkat pengajar- an dan latihan

    serta P&P. Oleh itu, pembangunan tenaga manusia S&T perlu dilihat sebagaisatu proses pendidikan, latihan, pendidikan lanjutan serta latihan semula

    yang bersepadu dan berterusan.

    6.43 Program untuk menanam kesedaran S&T bermula di peringkatpendidikan paling rendah supaya generasi muda dipupuk dengan semangat

    ingin tahu, berdaya usaha, berfikiran sainti- fik dan kreatif sertadilengkapkan dengan kemahiran menyele-saikan masalah. Pendidikan asas

    di peringkat rendah dan mene-ngah akan terus diperkukuhkan bagi

    membentuk pelajar-pelajar yang mempunyai asas pendidikan yang kukuh.Ini akan memboleh-kan mereka menyesuaikan diri dan bertindakbalaskepada perubah-an permintaan teknologi yang pesat di masa hadapan.Untuk mencapai matlamat ini, usaha-usaha gigih akan dijalankan bagi

    mempertingkatkan pengajaran sains, matematik, Bahasa Inggeris dan

    kemahiran berkomunikasi di peringkat rendah dan menengah. Di peringkatlepasan menengah, latihan teknik dan penyemaian daya kreatif akan diberiperhatian utama. Peluang-peluang akan disediakan kepada industri untuk

    melibatkan diri dalam perancangan dan pembangunan kurikulum institusiteknikal, politeknik dan universiti. Peluang untuk melanjutkan pendi-dikan

    lepasan ijazah yang bertambah terutamanya yang berkaitan dengan S&Tmerupakan langkah-langkah penting ke arah membangun- kan tenaga

    manusia P&P. Penyebaran yang meluas bahan-bahan mak- lumat S&T, buku

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    13/18

    dan bahan serta alat bantuan latihan dan pendi- dikan yang lain kepada

    sekolah dan institusi latihan akan dilak-sanakan. Langkah ini akanmembantu lagi usaha meningkatkan kese-daran S&T di kalangan pelajar.

    6.44 Di samping itu, bidang pembangunan tenaga manusia S& T akan

    merangkumi isu menguruskan pembangunan S&T. Sistem pengurusan S&Tyang berkesan akan menghubungkan aspek perminta- an dan penawaran

    serta mewujudkan kakitangan P&P yang lebih dinamik dan bermotivasi.Selaras dengan itu, Kerajaan akan mengamalkan dasar dan strategi yangsesuai, yang antara lain-nya akan mengukuhkan pengurusan S&T danmenambah peluang ke-pada sektor swasta untuk memainkan peranan yang

    berkesan dalam pembangunan teknologi industri. Seterusnya, hubungan

    yang ber- kesan di antara sektor awam, pihak industri dan para akademikakan dipupuk. Langkah bagi memperdagangkan hasil penyelidikan industribagi menggalak penyelidikan tempatan yang berorienta- sikan pengguna

    dan pasaran akan digalakkan. Pada masa ini, usaha memperdagangkan hasil

    keluaran P&P adalah terbatas oleh undang-undang dan peraturan yangsediada. Sehubungan dengan ini, beberapa langkah akan diperkenalkan

    untuk memberi kelonggaran dan menghapuskan halangan bagi menyokongusaha memperdagangkan kegiatan P&P.

    6.45 Pembangunan teknologi mestilah disokong sepenuhnya oleh usaha

    P&P. Ini akan meningkatkan keupayaan negara mengamal, menyesuai danmemajukan teknologi di samping menggalakkan pembangunan teknologi

    tempatan. Sehubungan dengan itu, penubuhan Pusat-pusat Kecemerlangandalam dan antara universiti serta institusi latihan akan digalakkan. Institusi-

    institusi yang terlibat dengan kegiatan P&P mesti bekerja rapat untukmeningkatkan daya innovasi dan mempastikan pengetahuan dan kemahiran

    yang dimajukan adalah berkaitan dengan industri. Dalam hal ini, kerjasamaantara institusi dan industri dalam membiayai usaha P&P serta pertukaran

    kakitangan akan digalakkan. Kerjasama yang lebih rapat antara kedua-dua

    sektor adalah penting untuk mempastikan penawaran tenaga manusia P&Padalah mencukupi bagi mewujudkan suasana yang dapat menarik minatkakitangan P&P yang baru.

    6.46 Dalam tahun-tahun sembilan puluhan, pengetahuan dan kemahiran

    yang diperlukan tidak lagi berasaskan satu disiplin tetapi akanberorientasikan gabungan disiplin teknikal, statistik dan berasaskankomputer. Gabongan disiplin ini akan melengkapkan tenaga manusia masa

    hadapan untuk mengendalikan teknologi baru dan yang akan muncul sepertiteknologi pembuatan berautomasi, bahan-bahan terbaru, bio-teknologi,

    elektronik dan teknologi maklumat. Oleh itu, pembangunan kemahiran akanmemberi tumpuan kepada bidang-bidang berkenaan bagi mempastikan

    kemajuan teknologi, pertumbuhan industri dan daya saingan negara.

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    14/18

    6.47 Kegiatan sektor perkhidmatan akan berkembang selaras denganpertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan tenaga kerja yang

    dijangkakan. Oleh itu, tenaga manusia mahir dan berkelayakan sesuaiadalah perlu untuk menyokong pertumbuhan sektor kecil perkhidmatan

    seperti kewangan, bank, pengangkutan, insuran, perkhidmatan keraian danlipuran serta pengurusan, perkhidmatan pakarunding, teknologi maklumat

    dan perkhidmatan ikhtisas lain. Oleh yang demikian, kegiatan institusipendidikan dan latihan akan ditumpukan ke arah menghasilkan kemahirandalam bidang pengurusan dan kewangan, teknologi maklumat dan literasikomputer.

    6.48 Adalah perlu bagi Malaysia memajukan sektor perniagaan yang teguh,agresif dan bermotivasi tinggi. Bagi mencapai matlamat ini, sistempendidikan akan menyediakan saluran yang sesuai bagi memperolehi

    pengetahuan, kefahaman dan pandangan yang mendalam mengenai proses

    perniagaan serta mewujudkan kesedaran terhadap peluang ekonomi.Suasana yang sesuai akan disediakan bagi membentuk dan memupuk nilai

    keusahawanandi kalangan Bumiputera terutamanya di peringkat awalpersekolahan. Latihan keusahawanan akan juga diperkenalkan dalam sistem

    latihan perindustrian dan vokasional untuk peniaga-peniaga kecil dan yangbekerja sendiri.

    Perubahan Institusi

    6.49 Pembangunan ekonomi negara akan meningkatkan permintaan bagi

    tenaga manusia terlatih. Peluang memasuki institusi pendidikan dan latihandi luar negeri walau bagaimanapun adalah semakin terhad, terutamanya

    dalam bidang ikhtisas dan teknikal. Di samping itu kos pendidikan di luarnegeri terus meningkat. Dalam keadaan ini kemudahan pendidikan dan

    latihan sediada di sektor awam dan swasta tempatan terpaksa menampung

    permintaan yang bertambah. Kerajaan akan meningkatkan pelaburan dalampendidikan dan latihan di peringkat tinggi. Walau bagaimanapun,memandangkan penyediaan kemudahan pendidikan dan latihan dijangkamelibatkan kos yang tinggi, usaha bagi menampung permintaan yang

    bertambah ini perlu disokong dengan langkah-langkah lain termasuk

    menggunakan sepenuhnya kemudahan sediada. Usaha ini akan dijalankanmelalui penambahan pro-gram- program universiti terbuka, skim luarkampus, program pendidikan jarak jauh dan pertambahan kelas-kelas khas

    bagi pendidikan berterusan di samping memberi kemudahan kepada sektorswasta menggunakan ruang latihan dan peralatan di institusi latihan awam

    bagi menjalankan kursus latihan mereka. Melalui usaha ini, lebih ramairakyat Malaysia akan berpeluang meningkatkan tahap pencapaian

    pendidikan dan kecekapan teknik mereka. Di samping itu, Kerajaan akan

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    15/18

    menggalakkan sektor swasta untuk meningkatkan penyertaannya dalam

    pendidikan tinggi khususnya dalam menyediakan kursus ikhtisas danteknikal dan melalui program berkembar dengan institusi terkemuka luar

    negeri.

    6.50 Peruntukan yang lebih akan diberikan kepada institusi latihan yangmenyediakan latihan kemahiran dengan tujuan melengkapkan institusi

    berkenaan dengan kemudahan dan peralatan teknologi terbaru. Di sampingitu, sistem mengurus institusi latihan akan dikajisemula bagi memberikelonggaran dan autonomi yang lebih dalam proses membuat keputusanberkaitan dengan rekabentuk kursus, perancangan kurikulum dan

    pengurusan institusi. Usaha ini akan membolehkan institusi latihan

    mengambil langkah untuk bertindakbalas dengan lebih berkesan kepadakeperluan pasaran buruh tempatan.

    6.51 Latihan vokasional dan teknikal adalah penting khusus-nya dalam

    penyediaan tenaga manusia untuk menyokong program perindustrian danpertumbuhan sektor-sektor moden ekonomi. Dalam hal ini, sektor swasta

    boleh memainkan peranan yang dinamik. Bidang-bidang di manapenglibatan sektor swasta boleh dipertingkatkan termasuk pendidikan dan

    latihan di peringkat sijil dan diploma dalam bidang am dan teknikal. Sektorswasta, melalui daya usahanya sendiri atau dengan kerjasama Kerajaan

    akan digalakkan menubuhkan Pusat Latihan Khas bagi mengeluarkankemahiran yang berkaitan dengan teknologi baru dan teknologi yang baru

    muncul.

    6.52 Tenaga pengajar di institusi latihan vokasional dan teknikal perlumempunyai pengetahuan yang terkini, berorientasi kan industri dan

    mempunyai pengalaman bekerja dalam industri. Oleh itu, tenaga pengajarakan digalakkan menjalankan kerja perundingan supaya dapat

    meningkatkan pendedahan kepada industri. Langkah ini akan melengkapkan

    lagi usaha yang sedang dijalankan untuk melahirkan tenaga pengajar yanglebih dinamik dan berdaya cipta di institusi-institusi tersebut. Programlatihan bagi pengurus-pengurus kanan sektor awam akan memberi tumpuanyang lebih kepada isu-isu S&T bagi meningkatkan kesedaran mereka

    terhadap

    perkembangan terbaru dalam bidang S&T.

    6.53 Oleh kerana corak kerja yang semakin rencam dan berintensif

    pengetahuan berikutan daripada proses perindustrian, permintaan terhadappenyelia, juruteknik dan pekerja mahir akan terus bertambah. Pada masa

    ini, kemudahan latihan formal bagi pembangunan tenaga manusia mahir diperingkat tersebut adalah minimum. Penubuhan dan perkembangan

    politeknik akan membantu mengurangkan masalah kekurangan penyelia,

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    16/18

    juruteknik dan pekerja mahir. Institusi-institusi ini bukan sahaja akan

    menyediakan latihan teknikal yang sesuai dengan keperluan industritertentu, tetapi juga akan menghasilkan kemahiran umum yang diperlukan

    oleh pelbagai industri. Sistem pengiktirafan kemahiran juga akandikajisemula dan diperluaskan bagi mengambil- kira kemahiran dalam

    teknologi baru dan yang baru muncul serta kemahiran yang lebih tinggi daripada peringkat lanjutan.

    6.54 Kajian semula akan dijalankan terhadap peranan institusi latihan yangsediada di peringkat diploma dan sijil untuk mengurangkan pertindihanfungsi, meningkatkan pengkhususan n latihan dan menumpukan latihan

    kepada keperlu industri. Selain daripada terlibat dalam pengurusan,

    pembiayaan bersama dan pembangunan kurikulum institusi-institusiberkenaan, sektor swasta juga akan turut serta dalam latihan danpenempatan kerja bagi perantis.

    6.55 Di peringkat pendidikan tinggi, program dan kandungan kursus akandiawasi secara berterusan dan diubahsuai bagi memenuhi permintaan

    pasaran buruh yang berubah. Keutamaan akan terus diberi kepada program-program untuk menyediakan lebih banyak penempatan pelatih di firma-

    firma, latihan amali serta pembangunan keusahawanan. Universiti-universitiakan memajukan lebih banyak lagi pro-gram lepasan ijazah untuk

    memenuhi keperluan P&P dalam industri.

    6.56 Berikutan daripada proses perindustrian yang semakin pesat, institusipendidikan dan latihan awam dikehendaki lebih berorientasikan pasaran.

    Oleh itu, institusi latihan awam perlu mengadakan hubungan yang lebihrapat dengan sektor swasta. Penyediaan peruntukan pembiayaan bersama

    oleh Kerajaan bagi projek penyelidikan khas yang dikendalikan oleh sektorswasta dalam bidang-bidang utama yang dikenalpasti dan bentuk- bentuk

    kerjasama lain dengan sektor swasta akan ditambah lagi. Universiti dan

    institusi latihan dan penyelidikan akan berpeluang bersaing mendapatkanpembiayaan tersebut dan ini akan mempastikan institusi yang lebih berdayacipta dan dinamik yang menjalankan kegiatan penyelidikan berorientasikanpasaran akan mendapat pembiayaan yang diperlukan.

    6.57 Nilai dan sikap positif di kalangan penduduk Malaysia telah dibentukmelalui pergaulan rapat antara masyarakat yang berbilang kaum danbudaya. Ini dilengkapkan lagi dengan berbagai amalan dan nilai keagamaan.

    Rukunegara menggariskan lima prinsip asas iaitu Kepercayaan kepadaTuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,

    Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan yang perludipatuhi oleh semua rakyat Malaysia.

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    17/18

    6.58 Usaha membina sebuah negara yang teguh dan bersatupadu

    bergantung kepada sumber manusia yang mempunyai nilai dan sikap positifyang bukan sahaja dapat diamalkan di tempat kerja tetapi juga dapat

    menggalak dan mempertahankan nilai masyarakat di luar persekitarantempat kerja. Oleh yang demikian, adalah penting sumber manusia bagi

    negara ini mempunyai pandangan yang sihat dan positif terhadap negaraseperti perasaan bangga, cinta dan setia kepada negara serta menghormati

    dan sedia mempertahankan proses demokrasi.

    6.59 Rakyat Malaysia perlu menerap nilai-nilai positif, sesuai dengankeperluan ekonomi negara yang sedang berubah kepada ekonomi

    berasaskan industri. Nilai-nilai ini termasuklah kejujuran, disiplin, ketepatan

    masa, kesedaran terhadap kos, dan kegigihan serta ketekunan. Hasildaripada amalan kesemua nilai ini akan melahirkan tenaga kerja berkualitiyang akan meningkatkan daya saingan yang diperlukan oleh ekonomi

    negara. Sistem pendidikan dan latihan perlu diubahsuai untuk membolehkan

    nilai-nilai ini disemai di kalangan rakyat Malaysia. Guru dan pengajar, yangmerupakan barisan utama pembentuk tenaga kerja industri masa hadapan,

    akan diorientasikan semula untuk melengkapkan mereka bagi menghadapicabaran-cabaran baru untuk memupuk nilai-nilai ini. Kerajaan akan

    memperkenalkan program latihan sikap dan motivasi untuk menanam nilai-nilai ini supaya rakyat Malaysia akan lebih responsif kepada keperluan

    pembangunan.

    6.60 Kerajaan akan terus memberi pengiktirafan kepada mereka yangcemerlang dalam bidang kepakaran masing-masing, dalam usaha

    mengutamakan kecemerlangan dan meningkatkan dedikasi serta daya cipta.Pengiktirafan ini akan meningkatkan taraf kedudukan mereka dalam

    masyarakat. Pertandingan-pertandingan kemahiran di peringkat negeri dannegara akan terus diadakan untuk menggalakkan mereka yang mempunyai

    kemahiran dan kebolehan bersaing mendapat penghormatan. Usaha-usaha

    ini akan menggalakkan kecemerlangan dan pembentukan tenaga kerja yangberkesan dan berdisiplin.

    V : PENUTUP

    6.61 Tahun-tahun sembilan puluhan merupakan satu dekad yang mencabarbagi pembangunan sumber manusia. Ini adalah kerana perubahan ekonomi

    ke arah tahap perindustrian yang lebihpesat bukan sahaja bergantung

    kepada sumber modal dan kemajuan teknologi tetapi juga kualiti sumbermanusia yang sediada. Rakyat Malaysia sahaja yang dapat mewujudkan

    peluang-peluang pertumbuhan baru, membuka pasaran baru danmenghasilkan keluaran baru yang berdaya saing yang akan memberi

    sumbangan kepada pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi. Oleh itu,

  • 7/30/2019 98022647-PEMBANGUNAN-SUMBER-MANUSIA

    18/18

    rakyat Malaysia perlu mempunyai kecekapan teknikal dan giat berusaha.

    Adalah juga penting tenaga kerja pada masa hadapan bersifat tekun,berdedikasi, berdaya kreatif, berdisiplin tinggi, mementingkan kualiti dan

    dapat menyesuaikan diri kepada perubahan suasana ekonomi.

    6.62 Tugas membentuk dan memajukan tenaga manusia sedemikian akanbergantung kepada sistem penyampaian pendidikan danlatihan yang

    pragmatik dan peka kepada perubahan dan keperluan pasaran masahadapan. Sistem ini bertujuan mengeluarkan tenaga manusia mahir danberkualiti yang akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di rantau ini.Bagi mencapai matlamat ini, sistem penyampaian tersebut memerlukan

    penglibatan sektor swasta yang lebih berkesan dalam bidang pendidikan dan

    latihan. Pada keseluruhannya, pembangunan tenaga kerja industriyangdinamik dan berkualiti tinggi bergantung kepada suasana yangmendorong rakyat Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dan turut sama

    terlibat dalam pembangunan negara.