91790688-essay-lakuan-ilokosunari.doc

6
LAKUAN ILOKUSIONARI (EKSPLISIT DAN IMPLISIT) Definisi Lakuan Ilokusionari Perlakuan ilokusionari atau lakuan niat kata merujuk kepada apa-apa yang akan dilakukan oleh penutur apabila mengujarkan ayat tersebut dan perlakuan in boleh meliputi pernyataan,perjanjian, memerintah, permintaan dan lain-lain. (P 1994) Ilokusionari juga bermaksud lakuan niat pengucapan. akuan niat pengucapan ini berkait rapat dengan apa yang akan dilakuakn oleh penutur denga mela!a"kan ujaran tersebut.akuan niat pengucapan ini boleh dikaitkan dengan !ungsi ucapan tersebut seperti untuk mengarah atau member arahan, membuat ta#aran, membuat janji, mengugut, mengucapkan terima kasih dan sebagainya. Misalnya di dalam aya ! "anasnya #ilik ini$ akuan niat pengucapan tersebut mungkin adalah untuk mengadu atau mungkin untuk meminta agar tingkap dibuka, mena#arkan diri untuk membuka tingkap atau untuk memohon pertukaran bilik. $ecara ringkasnya di sini, ilokus bermakna melakukan lakuan apabila menyatakan sesuatu (%"har &. $imin,199' ') dalam %bdulah *uso! et al ( ++9). $elain itu jenis lakuan yang kedua iaitu lakuan niat pengucapan pula melibatkan niat dalam sesuatu ujaran tertentu. amun , Parker (1994) menyatak baha#a lakuan ini merujuk kepada apa yang akan dilakukan oleh penutur apabila mengujarkan ayat tersebut, misalnya pernyataan, perjanjian, permohonan maa!, menjangka, mengugut ,memerintah dan membuat permintaan.

Upload: shah-lin

Post on 06-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAKUAN ILOKUSIONARI (EKSPLISIT DAN IMPLISIT)Definisi Lakuan Ilokusionari

Perlakuan ilokusionari atau lakuan niat kata merujuk kepada apa-apa yang akan dilakukan oleh penutur apabila mengujarkan ayat tersebut dan perlakuan ini boleh meliputi pernyataan,perjanjian, memerintah, permintaan dan lain-lain. (Parker 1994)

Ilokusionari juga bermaksud lakuan niat pengucapan. Lakuan niat pengucapan ini berkait rapat dengan apa yang akan dilakuakn oleh penutur dengan melafazkan ujaran tersebut.Lakuan niat pengucapan ini boleh dikaitkan dengan fungsi ucapan tersebut seperti untuk mengarah atau member arahan, membuat tawaran, membuat janji, mengugut, mengucapkan terima kasih dan sebagainya. Misalnya di dalam ayat panasnya bilik ini

Lakuan niat pengucapan tersebut mungkin adalah untuk mengadu atau mungkin untuk meminta agar tingkap dibuka, menawarkan diri untuk membuka tingkap atau untuk memohon pertukaran bilik. Secara ringkasnya di sini, ilokusionari bermakna melakukan lakuan apabila menyatakan sesuatu (Azhar M. Simin,1993:23) dalam Abdulah Yusof et al (2009).

Selain itu jenis lakuan yang kedua iaitu lakuan niat pengucapan pula melibatkan niat dalam sesuatu ujaran tertentu. Namun , Parker (1994) menyatakan bahawa lakuan ini merujuk kepada apa yang akan dilakukan oleh penutur apabila mengujarkan ayat tersebut, misalnya pernyataan, perjanjian, permohonan maaf, menjangka, mengugut ,memerintah dan membuat permintaan.

Ayat lakuan niat pengucapan adalah seperti berikut :

2) Cuaca hari ini mendung

Ayat (2) ini merupakan lakuan niat pengucapan kerana penutur inginkan pendengar bertindak berdasarkan ayat yang diujarkan. Hal ini kerana penutur mungkin inginkan pendengar membawa paying kerana cuaca mendung. Lakuan bahasa niat pengucapan ini harus dipertimbangkan beberapa faktor seperti penutur, pendengar, bila daan di mana lakuan bahasa itu berlaku dan sebagainya.

Makna perlakuan ilokusionari melalui pertanyaan dan secara tidak langsung melakukan lakuan niat pengucapan yang membawa maksud permintaan.Dalam hal ini setiap sintaksis samaada penyata, pertanyaan atau Imperatif bagi ujaran harus sepadan atau bersesuaian dengan lakuan niat ucapan (menyatakan, bertanya dan member perintah atau meminta). Contoh ini jelas menunjukkan bahawa dalam menuturkan sesuatu perkara, lakuan bahasa yang wujud kadangkala bukan sahaja merujuk kepada satu niat tetapi mungkin lebih.

Searle (1969) menentukan syarat kesesuaian untuk setiap jenis perlakuan pertuturan yang wujud dalam interaksi seperti yang telah dikategorikan sebelum ini dan syarat ini harus diikuti sekiranya sesuatu perlakuan tersebut hendak diambil kira sebagai sah.Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasi syarat-syarat tersebut dalam meneliti ayat Tanya yang wujud dalam sessi kaunseling yang terlibat.Penelitian ayat Tanya tersebut berdasarkan syarat ini dibuat atas dasar ayat Tanya tersebut mempunyai lakuan bahasa yang lain selain pertanyaan seperti permintaan,ajakan, andaian, dan pengesahan. Searle (1976) dalam Maslida Yusof (2007) telah mengklasifikasikan lakuan illokusionari kepada beberapa jenis seperti representataif, direktif, komisif, ekspresif dan deklaratif. Representatif- ujaran yang digunakan untuk menghuraikan bentuk hubungan (state of affairs). Contohnya,rambut saya berwarna hitam. Kelas ini termasuklah lakuan menyimpulkan, menyatakan, menegas, meminta, bersumpah, mengadu, menyimpulkan, menafikan, mengaku dan sebagainya. Direktif-ujaran yang digunakan untuk mencuba dengan darjah yang berbeza membuat si pendengar melakukan sesuatu. Contohnya,Tutup pintu itu. Kelas ini termasuklah lakuan menasihat, meminta, mengesyorkan, mengarah, melarang, mencadang, mendesak dan sebagainya. Komisif ujaran ini merupakan ujaran yang mempertanggungjawabkan penutur dalam darjah yang berbeza untuk melakukan sesuatu aksi pada masa akan datang. Sebagai contoh,saya akan datang berjumpa awak pada jam 9.00 pagi esok.Kelas ini termasuklah lakuan berjanji, sumpah, akad, jaminan, berikrar dan sebagainya. Ekspresif- merupakan ujaran yang digunakan untuk mengungkapkan keadaan emosi si penutur. Sebagai contoh,saya bersimpati atas pemergian ibu awak.Kelas ini termasuklah lakuan memohon maaf, mengucapkan terima kasih, mengucapkan tahniah, mengucapkan takziah, mengucapkan selamat datang, membuat bantahan dan sebagainya. Deklaratif- merupakan ujaran yang digunakan untuk mengubah status sesuatu entiti. Sebagai contoh, awak dipecatyang diujarkan oleh seorang majikan kepada pekerjanya. Kelas ini termasuklah lakuan pelantikan, menamakan, meletak jawatan, menyerah (kalah), mengisytihar dan sebagainya.Jika diteliti jenis-jenis lakuan illokusionari lebih menjurus kepada lakuan bahasa dalam sosiolinguistik. Banyak juga kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar dalam bidang semantik, pragmatik, stilistik dan juga sosiolinguistik berkaitan lakuan bahasa tersebut. Sebagai contoh lakuan bahasa pohon maaf pernah dikaji oleh Marlyna Maros (2007), Jurnal Bahasa 7(2), 65-91. Kajian tentang lakuan permohonan pula boleh disorot dalam kajian Mohammad Fadzeli Jaafar, Marlyna Maros, dan Maslida Yusof (2009), Jurnal Bahasa, 9(1), 57-74.Lakuan tutur (speech act) satu daripada pendekatan dalam analisis wacana lebih mementingkan tindakan atau perbuatan hasil daripada ujaran berdasarkan bentuk bahasa yang digunakan. Siapa pengujar, bila dan di mana ujaran tersebut dikeluarkan dan apa yang diujar, adalah aspek-aspek penting dalam lakuan tutur.

PENUTUP

Oleh yang demikian secara kesimpulannya , lakuan bahasa merupakan satu ujaran yang menggambarkan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang penutur. Ia juga mampu member gambaran yang sama dalam perlakuan yang berbeza. Seseorang penutur boleh mengujarkan sesuatu perkara yang diikuti dengan perbuatan yang meneguhkan lagi ujaran tersebut. Misalnya, sesorang guru mengucapkan syabas kepada pelajarnya dengan ujaran syabas dan disertakan tindakan guru itu menepuk bahu pelajarnya..

RUJUKAN

Abdullah Yusof, (2009) .Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Guru. Kuala Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn.Bhd.

Austin,J.L.(1962). How To Do Things With Words, Cambrige, Mass: Harvard U.P.

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd. Rain Shaari.(2009).Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Searle.J.R (1969). Speech Acts: An Essay In The Philosophy Of Languaage, Cambridge: Cambridge U.P.

Deklaratif

Ekspresif

Komisif

Direktif

Representatif

JENIS LAKUAN ILOKUSIONARI