20 karangan terbaik bahasa melayu

Upload: meishaleny

Post on 08-Apr-2018

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    1/22

    Contoh karangan 1

    BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENGGUNA YANG BESTARI DEMI MENGATASIMASALAH EKONOMI NEGARA.

    ............Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demimemantapkan ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi dalamusaha kerajaan untuk melaksanakan suatu aliran Pengguna Perkasa. Jika pada suatumasa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak menaikkan hargasesuatu barangan di pasaran terutamanya apabila menjelang sesuatu musim perayaanmengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran dalam kalangan penggunakhususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada dalam tangan pengguna sendiri,keadaan-keadaan seperti ini telah semakin berkurangan. Kegiatan yang tidakbertanggungjawab ini, jika tidak dibendung dengan berkesan akhirnya akanmembahayakan ekonomi negara dan akibatnya masyarakat juga yang akan menanggungrugi.

    ............Jika pengguna terasa ditipu dengan sesuatu produk, maka pengguna bolehbertindak memboikot barangan berkenaan. Tindakan ini akhirnya akan memberi kesankewangan negatif kepada syarikat pembuat barangan berkenaan, dan ini akan memberikesedaran kepada mereka tentang kuasa pengguna. Kesedaran dan keprihatinan iniperlu datang daripada para pengguna sendiri. Contohnya apabila kita membeli tepungsekampit yang ditulis berat bersihnya 1 kilogram, adalah wajar bagi kita menimbangsemula kampit tepung berkenaan dan memastikan bahawa berat bersih produk berkenaanadalah benar-benar 1 kilogram. Sebagai pengguna prihatin, kita juga perlu mengambiltahu dengan lebih teliti tentang barangan yang kita beli. Apakah ramuannya? Adakahbahan pewarna yang digunakan menepati syarat-syarat kesihatan pengguna seperti yangtelah di tetapkan oleh kerajaan? Adakah produk berkenaan mengandungi MSG? Adakah

    produk itu benar-benar berstatus halal? Adakah harga jualannya menepati harga yangtelah ditetapkan oleh kerajaan? Ketika membeli belah, berapa ramaikah yang akanmembelek-belek dan membaca setiap satu pek atau tin barangan yang hendak dibeli danmembuat perbandingan harga setiap produk yang dibeli? Isu-isu sebeginilah yang perlumenjadi perhatian para pengguna hari ini.

    ............Fenomena kenaikan harga barangan keperluan ini bukanlah suatu masalah yangcuma berlaku di Malaysia sahaja, malahan telah menjadi suatu permasalahan global hariini. Pada Oktober 2007, rakyat Itali telah memboikot keluarangan barang-barang pastaapabila harga makanan ini naik melebihi 20 peratus dalam masa seminggu. Hasil daripadatindakan ini pengeluar Pasta terpaksa akur kepada sentimen kuasa pengguna Itali,

    dan menurunkan semula kadar harga barangan berkenaan. Mekanisma penyebab padakenaikan harga barangan sememangnya berhubung rapat antara satu sama lain.Contohnya di Mexico, apabila permintaan meningkat untuk minyak bio-diesel yangdipanggil Ethanol yang dihasilkan daripada jagung, maka harga jagung di pasaran terusmelambung dan ini menyebabkan timbulnya masalah bekalan jagung kepada penternaklembu tenusu yang juga memerlukan jagung sebagai makanan utama untuk haiwanternakan mereka. Ekoran ini harga susu, keju, dan mentega pula turut naik di pasaranMexico. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pertanian dan PemakananSedunia yang beribu pejabat di Brussels, harga pasaran makanan sedunia pada hari ini

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    2/22

    naik sebanyak 70 peratus berbanding dengan harga pada tahun 2000. Jadi sebagaipengguna yang bijak, mereka perlu bertindak dengan menggunakan "kuasa pembeli"mereka.

    ............Hakikatnya pada hari ini, dengan meningkatnya taraf hidup bagi penduduk-penduduk di negara-negara membangun dunia yang besar seperti China dan India, makapermintaan dunia untuk barangan seperti gandum, beras, minyak masak dan bahan-bahan keperluan asas kehidupan yang lain akan terus juga meningkat. Faktor lonjakanharga minyak dunia juga bererti bahawa kos dalam proses pembuatan serta penghantaranakan terus meningkat dan ini akan menyumbang pada peningkatan harga barangan dipasaran. Faktor cuaca juga memainkan peranan yang penting bagi sektor penanamansedunia. Permintaan bahan mentah seperti jagung, gandum dan lain-lain lagi untukdiproseskan menjadi bio-fuel atau ethanol adalah juga merupakan faktor penyumbangkepada kestabilan harga barangan pasaran.

    ............Manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kehidupan iaitu makanan, pakaiandan tempat tinggal. Akibat krisis bekalan makanan yang gagal dikawal, akan membawa

    kepada kemelut kenaikan harga bekalan makanan di pasaran dan ini akan akhirnyamenyebabkan berlakunya inflasi pada ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, pemantauandan usaha berterusan perlu diperhebatkan lagi dalam usaha untuk menangani apa-apa juakrisis bersangkutan yang berkemungkinan akan timbul pada masa depan. Kita sebagaipengguna yang bijak adalah agen pemerhati harga barangan di pasaran yang paling efektifuntuk membantu pihak kerajaan memantau pergerakan harga-harga pasaran. Selain itu,akta undang-undang perlindungan pengguna yang membawa kepada hukuman yang lebihdrastik mestilah terus digubal demi untuk perlindungan jangka panjang kepada pengguna.

    ............Kementerian yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menjaga halehwal pengguna ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kementerian terbabit demi memastikan

    kebajikan pengguna benar-benar terjamin. Antara langkah-langkah berikut adalah denganmenubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan serta Penubuhan Majlis Harga Negara. Kerajaan

    juga turut mengenakan larangan membawa keluar barangan kawalan dari Malaysia sertamemberi pengetahuan dan kefahaman kepada pengguna tentang hak-hak mereka melaluipenggubalan rang undang-undang Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan penubuhanMahkamah Tribunal Pengguna. Pada masa yang sama, kerajaan juga menggerakkansektor pertanian negara secara aggresif sebagai langkah membangunkan Sarawak sebagaiNegeri Jelapang Padi Kedua Negara.

    ............Tindakan-tindakan ini telah berjaya mengawal kestabilan harga barangan dipasaran dan juga dengan bantuan padu beberapa agensi berwajib yang lain, telah dapat

    mengurangkan kadar aktiviti penyeludupan bahan makanan ke negara jiran. Hasildaripada pemantauan berterusan dan beberapa lagi langkah susulan proaktif kerajaan,kebajikan dan kesejahteraan kita sebagai pengguna telah dapat dimantapkan lagi. Denganterlaksananya perubahan-perubahan kritikal ini, telah dapat membantu untukmemangkinkan lagi ekonomi negara. Justeru marilah kita sebagai pengguna bersama-sama memupuk kesedaran tentang hak-hak kita, langsung menjalankan tanggungjawabsosial kita dan juga memartabatkan diri kita sebagai Pengguna Bestari.

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    3/22

    MEMINJAM DARIPADA CETI HARAM DAN KESANNYA.(Huraikan isi karangan supaya menjadi lebih panjang sesuai dengan SPM)

    ............Kegiatan ceti haram sememangnya tidak asing lagi pada masa kini. Malah,kegiatan ini juga sering dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah berat seperti pengedarandadah, serta pil-pil khayal, sindiket pelacuran, dan pembunuhan. Kegiatan ini sekiranyatidak diatasi dengan segera, boleh mengundang padah bukan sahaja kepada masyarakat,bahkan juga kepada pembangunan negara. Kini, dalam era yang lebih moden, kegiatanceti haram lebih terkenal dengan jolokan "along" dan kegiatan mereka kebiasaannyabertumpu di semua bandar di negara kita.

    ............Isu ceti haram boleh dilihat sebagai kegiatan sekumpulan manusia menjalankanurusan meminjamkan wang haram hasil curian, pengedaran dadah dan sebagainya kepadasesetengah masyarakat yang terdesak. Pinjamannya mudah diperoleh dengan cepatkerana tidak memerlukan cagaran, penjamin, serta tidak perlu mengikut prosedurtertentu, seperti mana di institusi kewangan yang lain. Hal ini menyebabkan sesetengahmasyarakat tidak berfikir panjang untuk meminjam wang daripada ceti haram.

    ............Kesempitan hidup atau masalah beban kewangan juga turut menjadi faktor orangramai meminjam daripada ceti haram. Hal ini dikaitkan juga dengan kos hidup yangtinggi, perbelanjaan yang melebihi pendapatan dan kerugian yang dihadapi dalamperniagaan. Tambahan pula, bagi mereka yang sememangnya berpendapatan kecil turutmenganggap ceti haram sebagai jalan pintas untuk penyelesaian masalah kewanganmereka. Lantas, mereka bertindak dengan meminjam wang daripada ceti haram dan tidakmemikirkan risiko yang bakal dihadapi kelak.

    ............Namun begitu, terdapat implikasi buruk daripada kegiatan ceti haram ini. Bagi cetiharam, mereka akan menjejaki si penghutang sehingga ke lubang cacing dan akanmemberikan amaran pertama, kedua dan seterusnya kepada si penghutang. Sekiranya si

    penghutang tidak mampu untuk melangsaikan hutangnya, maka ceti haram tidak akanteragak-agak untuk mencetuskan keganasan berupa penderaan dan juga pembunuhan.Malahan yang lebih menakutkan, ceti haram juga akan menjejaki keluarga si penghutanguntuk dijadikan tebusan bagi mendapatkan semula wang mereka. Jika tidak pun, rumahmereka akan disimbah cat atau keluarga mereka dimaki hamun sebagai cara untukmemalukan si peminjam agar melangsaikan hutang mereka. Malangnya, tindakan ganasini bagaimanapun masih tidak menyedarkan ramai pihak agar menjauhi ceti haramberkenaan.

    ............Bagi si penghutang, ancaman berterusan yang diterima daripada penceti harammenyebabkan mereka semakin tertekan dan bagi mereka yang lemah dari segi iman dan

    pendidikan, mereka akan mengambil jalan mudah dengan membunuh ahli keluargasebelum bertindak membunuh diri sendiri supaya penceti haram tidak dapat menjejakimereka sekeluarga. Apa tidaknya, bunga yang dikenakan oleh ceti haram bukanlahcalang-calang tingginya. Pinjaman seribu dua mungkin boleh mencecah puluhan ribudalam tempoh yang singkat sehingga menyebabkan si penghutang tidak mampumembayar hutang mereka. Hal seperti inilah yang sepatutnya menjadi perkiraan utamakepada orang ramai sebelum membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan cetiterbabit.

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    4/22

    ............Intihanya, masyarakat hari ini hendaklah bersatu tenaga bersama-sama pihakberkuasa untuk menangani kegiatan jenayah ini daripada berleluasa. Hal ini perlu untukmenjaga keharmonian, keamanan dan kestabilan dalam negara. Pihak berkuasa perlulahbertindak tegas kepada ceti haram dan juga pihak yang membuat pinjaman kepada cetiharam berkenaan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai alternatif agar orang ramaimeminjam daripada institusi kewangan yang diiktiraf seperti pihak bank. Jadi, tidaktimbul isu mengapa kita tidak boleh melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram demimengatasi masalah kewangan kita.

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    5/22

    PERANAN PERSATUAN PENGGUNA DI NEGARA KITA.(Ubah suai karangan ini supaya sesuai untuk SPM)

    ............Saban tahun kita kerap membaca berita mengenai pengguna yang tertipu akibatkerakusan peniaga. Hal ini berlaku kerana kejahilan pengguna sendiri yang tidak tahuperanan mereka sebagai pembeli. Keadaan ini menyebabkan kita terfikir apakah peranan

    persatuan pengguna dalam menangani masalah pengguna di negara ini.Sebenarnya,persatuan pengguna memainkan peranan penting untuk membantu pengguna mengatasimasalah penipuan oleh penjual.

    ............Isu kenaikan harga barang-barang mula mendapat perhatian media massaterutama selepas kerajaan memberikan kenaikan gaji kepada pekerja kerajaan. Hal inibertambah parah apabila berlaku kenaikan harga minyak sehingga mengakibatkanpenjual mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang dijual. Berita kenaikanharga barang mula dipaparkan dan pelbagai tindakan telah dilakukan terutama olehkerajaan untuk membanterasnya. Ada yang berjaya dan ada juga yang hanya cakap-cakapangin sahaja. Cuma, kita tertanya-tanya mengenai peranan persatuan pengguna dalam

    kemelut yang semakin mencengkam rakyat ini.

    ............Dalam menangani situasi negatif ini persatuan pengguna perlulah menjelaskan danmenerangkan hak serta kepentingan pengguna dengan lebih mendalam. Persatuanpengguna boleh menjalankan kempen bagi menjelaskan betapa pentingnya pembeliberbelanja dengan bijak. Penerangan ini mampu menyedarkan sebilangan penngguna yangakan memastikan mereka hanya membeli keperluan yang penting dan bukan berbelanjamengikut kemahuan. Kempen penerangan ini seelok-eloknya dijalankan dalam kalanganpelajar terutama pelajar sekolah agar orang ramai terdidik tentang isu kepenggunaansejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal inimembolehkan kesannya dirasai dalam jangka panjang apabila masyarakat terdidik denganilmu-ilmu kepenggunaan.

    ............Tambahan pula, persatuan pengguna boleh mendedahkan kepincangan danpenipuan yang dilakukan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Nama-nama peniagaini boleh didedahkan di dada akhbar atau di media massa yang lain untuk maklumanorang ramai. Menyenaraikan nama peniaga yang tidak bertanggungjawab di akhbarpengguna dapat mengelakkan orang ramai daripada terus berbelanja di premis merekadan secara tidak langsung akan membimbangkan peniaga daripada menipu orang ramai.Maklumat seperti ini mampu membantu pengguna untuk berbelanja dengan bijak keranamereka sudah pasti tidak mahu ditipu oleh peniaga jenis ini.

    ............Selain itu, pengguna yang mempunyai masalah dengan peniaga setelah membeli

    produk atau barangan mereka boleh merujuk kepada persatuan pengguna. Kini, semakinbanyak kes pengguna ditipu oleh peniaga tetapi pengguna tidak tahu tempat untukmengadu. Antara kes penipuan peniaga termasuklah dari segi harga, kualiti, kandunganmahupun tarikh sah luput barangan yang dibeli malah barangan yang dijual sebenarnyaindah khabar dari rupa. Justeru, kehadiran persatuan pengguna dalam memberi nasihatkepada pengguna untuk mengambil langkah susulan menangani masalah mereka amatlahbesar kesannya. Keadaan ini boleh menyebabkan nasib pengguna terbela dan tidak terusditekan oleh golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab.

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    6/22

    ............Tambahan pula, kewujudan persatuan pengguna memastikan adanya "pemerhati"senyap di antara pengguna dengan peniaga. Maksudnya, peniaga akan lebih berhati-hatisebelum cuba menipu pengguna kerana sedar setiap tindakan mereka akan dipantau olehpersatuan pengguna. Dalam masa yang sama pengguna pula berasa nasib merekamenerima pembelaan yang sewajarnya. Jadi, kewujudan persatuan pengguna akanmemastikan keadaan pasaran sentiasa dalam keadaan baik kerana semua pihak sedar adapihak ketiga yang memerhatikan keadaan pasaran ekonomi negara.

    ............Malahan, persatuan pengguna boleh menjalankan perniagaan mereka sendiri.Persatuan pengguna boleh menubuhkan koperasi atau syarikat yang mampu menjualproduk kepada pengguna dengan harga yang lebih murah. Kemahiran persatuan penggunadalam hal-hal meletakkan harga barang sudah pasti memudahkan mereka menjual produktanpa masalah. Koperasi atau kedai ini boleh dijadikan satu rangkaian di seluruh negarauntuk memudahkan masyarakat. Dengan adanya penglibatan persatuan pengguna dalambidang perniagaan, pengguna berpeluang memperoleh sesuatu barangan keperluan denganharga yang lebih rendah dan kompetatif. Pertandingan sihat antara persatuan penggunadengan peniaga lain juga akan mewujudkan persaingan sihat yang bakal mengawal harga

    pada tahap yang sentiasa rendah.

    ............Ringkasnya, persatuan pengguna mempunyai tanggungjawab yang besar danpenting di negara ini. Kewujudannya telah menyebabkan kita sebagai pengguna berasaselamat dan peniaga pula lebih berhati-hati. Cuma sejauh manakah keberkesananpersatuan ini yang masih belum terjawab biarpun ramai pihak beranggapan bahawabadan bebas ini berfungsi sebagai payung untuk melindungi pengguna. Mungkinpersatuan pengguna harus mencari jalan yang lebih berkesan untuk menyelesaikankemelut yang melanda pengguna masa kini.

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    7/22

    Kejadian Buli Dalam Kalangan Remaja

    Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakingusar. Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.(ubah suai karangan isi agar sesuai dengan SPM)

    ............Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatanseperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yangdilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawadewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal initelah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihakseperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

    ............Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalamkalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Jika tidak kerana angin masakanpokok bergoyang. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya.Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah

    kes buli ini.

    ............Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajaryang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikianhanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepadaorang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri merekasendiri.

    ............Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatinkapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalusibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab merekaterhadap anak mereka.

    ............Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarahsetampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatankawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgardi sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yangingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

    ............Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.Terdapat pelbagailangkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.

    Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah

    harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui matapelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dansebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakansatu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesanburuk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabitdalam kes buli ini.

    ............Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakansecara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    8/22

    agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga bolehdilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

    ............Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasandi setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki limasekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada merekayang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.

    ............Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai KelabPencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperolehlebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajarmenjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yangdiperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

    ............Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan keranapara pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya.Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan

    dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itusentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.

    ............Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolahdalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli ituberlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkankepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepatmungkin demi kesejahteraan sekolah.

    ............Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar jugaharus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknyadengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan,

    masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi.

    .............Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalamkes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajartersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukumanyang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan

    juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

    ............Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untukmembendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepadaanak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada

    tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti.Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka jugasering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah bapa borek, anakrintih, ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget.

    ............Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibukbekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak merekasemasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada merekasupaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    9/22

    mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudimeluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinyabersama-sama.

    ............Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang inginmelahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagaikhayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akantinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajarmerupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan.Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu,semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalahkes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duriini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yangdapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    10/22

    Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengankegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkahmengatasinya.(Ubah suai karangan ini agar sesuai dengan SPM)

    ............Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untukmematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakatlantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakahfaktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukanoleh ibu bapa dan kerajaan?

    ............Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpatanggung jawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya,pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yangbertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalahyang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

    ............Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncakdengan drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkanrasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satucubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyaikaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

    ............Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajarsering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yangmendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagalmenjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akanmemastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

    ............Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu initurut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yangmerahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas.Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggardisiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turutkekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahandisiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukanpeningkatan masalah disiplin pelajar.

    ............Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut

    menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalangpelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalamaktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti inimenyebabkan mereka lebih berdisiplin.

    ............Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggupmenngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anakmereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruangkepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    11/22

    dalam membanteras isu disiplin ini.

    ............Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat.Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahajaterutama daripada pihak ahli politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanyatahu menyiarkan sahaja berita sensasi tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali inikita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    12/22

    Keburukan pelajar menyertai industri hiburan

    SOALAN KARANGAN:

    Keburukan penglibatan pelajar dalam industri hiburan tanah air.

    ...............Dewasa ini, industri hiburan tanah air semakin berkembang maju. Kemajuanindustri ini dapat dilihat melalui monopoli media massa tempatan baik media cetakmahupun media elektronik yang lebih cenderung pada berita-berita bercorak keseronokanberbanding dengan berita bercorak pengetahuan. Namun apa yang amat dikesali, ada jugagolongan yang cuba meraih keuntungan mudah dengan mengeksploitasi para remajakhususnya golongan pelajar agar melibatkan diri dalam dunia hiburan biarpun sepatutnyamereka perlu menggalas wadah memajukan diri dalam bidang pendidikan. Lantaranbudaya berhibur melebihi keutamaan menuntut ilmu, situasi kini sudah pasti memberiimpak yang negatif kepada generasi akan datang. Justeru, apakah kewajaran yangmembolehkan golongan pelajar melibatkan diri dalam dunia hiburan dan apakah pulakesannya?

    ...............Antara kesan negatif yang bakal timbul ialah kesukaran pelajar untukmembahagikan waktu di antara melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan tugas utamamereka iaitu menuntut ilmu. Dalam usia yang masih terlalu muda, dunia pelajar seharusditumpukan sepenuhnya untuk memperoleh ilmu sebagai menggalas aspirasi menjadiinsan yang berilmu dan berpengetahuan. Namun jika mereka terlibat dengan duniahiburan, masa yang ada terpaksa dibahagikan pula dengan tanggungjawab mereka untukmemajukan diri dalam bidang hiburan. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan keupayaanmereka meluangkan waktu pada pelajaran dan kesannya bakal memberi impak yang tidakbaik kepada pelajar itu sendiri. Sekiranya seseorang pelajar terlibat secara langsungdalam bidang nyanyian atau lakonan, mereka memerlukan masa yang panjang bukansahaja untuk mengikuti penggambaran atau pertunjukan yang diadakan malah masauntuk berlatih juga perlu diambil kira. Justeru, kesannya akan menyebabkan kesukarankepada mereka untuk memperuntukan waktu yang secukupnya pada pelajaran.

    ...............Pada masa yang sama, penglibatan pelajar dalam Program Realiti Hiburanseperti yang kerap kita lihat di kaca televisyen akan menjejaskan peluang pelajar bergiatdalam aktiviti yang dijalankan di sekolah. Penglibatan mereka juga menyebabkan pelajarterpaksa mengambil cuti untuk melaksanakan kehendak penganjur hiburan mengadakanpertunjukan di mana-mana juga. Akibat terikat dengan kontrak bersama dengan syarikathiburan, para pelajar terpaksa melupakan tugas utama mereka dalam usia muda iaitumelaksanakan aspek pembelajaran dan mengikuti aktiviti kokurikulum yang telahditetapkan. Hal seperti ini akan menyebabkan para pelajar yang terbabit ketinggalan

    dalam pelajaran dan menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan. Bayangkanlah, apayang bakal berlaku kepada generasi kita pada masa depan jika rakyatnya tidak berilmulantaran memilih bidang hiburan dan mengetepikan ilmu pengetahuan. Janganlah pulasampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

    ...............Realiti hidup sebagai seniman sebenarnya adalah terlalu kompleks dan penuhdengan tipu muslihat. Persoalannya, mampukah golongan remaja seperti pelajarmengharungi kehidupan dan menyahut cabaran dalam dunia artis yang penuh cabaran?

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    13/22

    Bakat yang dimiliki sahaja mungkin tidak mencukupi jika ilmu di dada tidak seberapa.Menyertai bidang hiburan memerlukan seseorang yang mampu mendepani segalarintangan, apatah lagi dunia hiburan masa kini berdepan dengan pelbagai saingan yangterlalu rumit. Dalam usia setahun jagung, kemungkinan untuk menempa nama dalamdunia hiburan adalah terlalu kecil, lantas mereka berdepan pula dengan kemungkinanmenghadapi kegagalan. Mampukah golongan semuda ini berdepan dengan kegagalan?Kita amat bimbang, kegagalan akan menjerumuskan golongan pelajar dalam gejala sosialyang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, sek bebas dan sebagainya. Justeru,sebelum menceburi bidang hiburan, remaja khususnya pelajar perlulah bijak menilai danmemilih sebelum membuat keputusan.

    ...............Selain itu, dunia hiburan dan pendidikan dilihat sebagai dua dunia yang begituberbeza. Lihat sahaja pertuturan seorang artis, pergaulan bebas sesame peminat, pakaianmalah keseluruhan gaya hidup mereka. Hal ini amat berbeza sama sekali dengan objektifpendidikan yang berperanan melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan

    jasmani. Ambil sahaja contoh rambut seorang artis, bergaya, panjang dan berwarna. Halini amat bertentangan dengan kehendak didiplin yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

    Persoalannya nanti, mahukah golongan golongan pelajar yang telah masuk dalamgolongan artis berpakaian kemas, berambut pendek dan menggayakan perlakuan sopan dikhalayak ramai? Mampukah mereka merendahkan rasa ego mereka apabila berada disekolah bersama rakan-rakan mereka yang lain? Kesannya lebih menjurus padakeburukan dan boleh mewujudkan konflik dalam diri pelajar terbabit. Hal inilah yangperlu difikirkan dengan serius sebelum mengambil pendirian untuk menyertai bidanghiburan................Ada pula pandangan yang mengatakan bahawa mereka yang menyertai bidanghiburan adalah individu yang mementingkan glamour dan bersifat meterialistik.Kenyataan ini mungkin ada kebenarannya jika dilihat dari situasi industry hiburan kitapada hari ini. Kejayaan seseorang pelajar dalam dunia hiburan mungkin bakal melahirkanpelajar yang bersifat bongkak, sombong dan memandang rakan dan guru sebagai manusia

    yang tidak patut dihargai. Lihat sahaja perlakuan seorang artis remaja ketika bercakapdengan seorang jururawat di sebuah hospital. Apa pula pandangan anda jika seorang artisremaja mengherdik seorang pengawal di sebuah lapangan terbang di Sepang? Sikapbongkak ini lahir apabila mereka merasakan diri mereka terlalu glamour sehinggamemandang rendah orang lain yang bukan golongan artis. Natijahnya, sikap negatifsebegini lahir disebabkan kurangnya nilai-nilai moral yang sepatutnya mereka pelajari disekolah. Malangnya, oleh sebab terlalu banyak waktu digunakan untuk dunia hiburan,nilai-nilai moral sebegini terus dilupakan.

    ...............Intiharnya, dunia hiburan masa kini bukanlah dunia seorang pelajar. Sebagaipelajar, mereka perlu mempunyai acuan sendiri iaitu menyahut cabaran mendepani

    bidang ilmu yang terlalu luas dan tidak bertepi. Menuntut ilmu memerlukan komitmenyang menyeluruh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Andai terbuka hatiuntuk menyertai industri hiburan, berilah ruang untuk memenuhi ilmu di dada terlebihdahulu kerana hanya ilmu yang mampu membina impian masa depan gemilang.

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    14/22

    Kepentingan Bahasa Inggeris

    Kepentingan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan.

    ............Menjelang tahun 2003, bahasa Inggeris telah mula digunakan dalam pendidikan diMalaysia. Sistem ini dimulakan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantaruntuk mata pelajaran sains dan matematik. Pelaksanaannya dijalankan secaraberperingkat-peringkat yang dimulakan kepada pelajar tahun 1 serta pelajar tingkatan 1.Beberapa tahun kemudian, semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telahmenggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pendidikan sains dan matematik.Biarpun program ini diliputi dengan pelbagai kontravesi namun tindakan kerajaanmelaksanakan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan memberi pelbagaikebaikan.

    ............Antara faedah menguasai bahasa Inggeris dalam pendidikan adalah bagimembolehkan pelajar menguasai isi pelajaran yang kebanyakannya bersumberkan bahasaInggeris. Sebagai contohnya, memandangkan beberapa mata pelajaran penting seperti

    sains, matematik, teknologi maklumat dan sebagainya menggunakan bahasa Inggerismaka kegagalan pelajar menguasai bahasa ini akan melemahkan penguasaan pelajardalam mata pelajaran yang disebutkan tadi. Pepatah Melayu pernah menyebut, kalautidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Begitulah juga halnya, jikapenggunaan bahasa Inggeris tidak dimulai dari sekarang, selagi itulah para pelajar akanketinggalan dalam mata pelajaran tersebut. Justeru, penggunaan bahasa Inggeris adalahamat perlu dikuasai agar para pelajar dapat memperoleh ilmu npengetahuan yangkebanyakannya hanya dapat diperoleh melalui kemahiran berbahasa Inggeris.

    ............Selain itu, bahasa Inggeris juga penting dalam pendidikan di negara kita selarasdengan objektif pendidikan yang ingin melahirkan individu yang mampu bersaing dalamdunia global. Penguasaan bahasa inggeris yang dimulakan dari sekolah mampumelahirkan individu yang dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan individu lain dariseluruh dunia. Sebagai contohnya, kemahiran berbahasa Inggeris amat penting apabilaseseorang individu ditugaskan di luar Negara atau membawa misi negara di luar negara.Kegagalan berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris akanmenjejaskan pelbagai peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial. Jelasnya,pendidikan bahasa Inggeris di peringkat sekolah mampu melahirkan individu yangberdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain di seluruh dunia.

    ............Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga penting kerana denganpenguasaan bahasa tersebut para pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan baikdapat berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara. Memandangkan bahasa

    Inggeris telah diterima sebagai bahasa antarabangsa, kebanyakan universiti teragung diseluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Jika seseorangpelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik maka peluang mereka untukmelanjutkan pelajaran ke luar negara adalah lebih cerah. Sebagai contohnya, institusipendidikan swasta seperti kebanyakan institusi pendidikan swasta di negara kita jugatelah mengimplementasi penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar merekadi institusi pendidikan tinggi swasta. Oleh yang demikian, para pelajar yang bercita-citauntuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi perlulah menguasai bahasa

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    15/22

    Inggeris dengan baik.

    ............Pada masa yang sama, penggunaan bahasa Inggeris juga penting kepada parapelajar bagi tujuan mendapatkan pekerjaan pada masa depan. Perlu diingat bahawamajikan akan lebih tertarik untuk mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalampelbagai bahasa termasuklah berbahasa Inggeris. Sebagai contohnya, pekerjaan dalambidang telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat dan sebagainya amat memerlukanpenggunaan bahasa Inggeris. Oleh itu, lepasan sekolah atau universiti yang mahirberbahasa Inggeris lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding dengan mereka yangkurang menguasai bahasa Inggeris. Tambahan pula, mereka yang mahir berbahasaInggeris lebih diminati oleh majikan dari syarikat-syarikat besar yang biasanyamenawarkan pendapatan lebih lumayan. Jelasnya, bahasa Inggeris amat pentingdipelajari di sekolah demi memanfaatkan pelajar bagi tujuan membina kerjaya pada masayang akan datang.

    ______Sementara itu, kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan negara,mengakibatkan Malaysia memerlukan penduduk yang mampu berbahasa Inggeris dengan

    baik agar dapat bersaing dengan mereka dari seluruh dunia. Pendidikan bahasa Inggerisamat penting bagi melahirkan masyarakat yang dapat berkomunikasi dengan masyarakatantarabangsa. Sebagai contohnya, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupunbidang teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris. Umumnya, merekayang gagal menguasai bahasa ini akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang dapatmengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan peluang yang tersedia pada peringkatantara bangsa. Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah berperanan membinamasyarakat yang lebih berdaya saing pada peringkat global suatu hari nanti.

    ______Intihanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat perlu dipelajari dandikuasai oleh semua pelajar. Seseorang yang dapat menguasai bahasa ini akan lebihberkeyakinan dan mampu merebut peluang yang tersedia sama ada pada peringkat

    nasional atau pada peringkat antara bangsa. Namun begitu, biar bagaimana pentingsekalipun bahasa Inggeris ini digunakan oleh masyarakat antarabangsa namunpenggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara amat perlu dipertahankan dandipertingkatkan martabatnya. Kita tidak mahu bahasa rasmi kita pupus akibat kelalaiankita mengagungkan bahasa Inggeris umpama kata pepatah Melayu yang dikejar takdapat, yang dikendong keciciran.

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    16/22

    Kepentingan Memelihara dan Mengekalkan Bangunan Bersejarah di Negara Kita.

    Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan telah mengambillangkah bijak dengan menjadikan binaan lama tersebut sebagai salah satu daripadaWarisan Kebangsaan. Bincangkan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunanbersejarah di negara kita....Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengannama Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Banyak kilangperindustrian, pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepashujan. Senario ini telah menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yangberhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan adalah sama adaStadium Merdeka patut dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan itu tidak lagiberfungsi sebagai tapak akvtiviti sukan lagi. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagailapisan masyarakat kita. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlubangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat

    pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat dinegara kita...Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialahbangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atauperistiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa EdisiKeempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwapenting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, kesan yangditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapatdilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunanbersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang keranadengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarahMalaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-ceritadongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhanMelaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu GerbangPorta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, KotaCornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbaskembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapatmembuktikan bahawa berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di SemenanjungTanah Melayu pada akhir abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunanbersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan...Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu

    diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapatmemberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yangmempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunanbersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun jika kitamenghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajarandaripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpamengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagaicontohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    17/22

    kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapatdijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan,kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka.Negara kita jugamampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yanglain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah sekiranya kita tidak mengambil mudahdan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu, bangunan bersejarah di negarakita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yangburuk dijadikan sempadan...Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumendapat menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari luar negarauntuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominanpelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan pemandangan alam yang indah. Olehitu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai.Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeriseni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa dibeberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-

    bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjayamelindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. Usahaseperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadisumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunanbersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selainmenikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muziumdan galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum air. Oleh itu, bangunan dan monumenini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara...Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yangpenting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagaiilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen

    lama. Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitarDataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di KualaLumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam erakolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dantempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telahdibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropahyang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengankepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan JalanRaja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seoranginspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatankemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni tak kenal maka tak cinta.

    Oleh itu, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yangtersendiri...Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan mindagenerasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara.Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dandiwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah,generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Halini akan membentuk sebuah masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    18/22

    pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulahmewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan dandilestarikan, bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Oleh hal yangdemikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah,mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    19/22

    Penderaan Kanak-kanak

    ............Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiappasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuahkeluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiappasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tanggadengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayangsecukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai kegpenderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yangtelah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini bolehdikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibubapa kandung kepada mangsa.

    ............Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanakini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan ditempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka

    melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anakyang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibubapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anakyang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidakmasuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul,menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehinggadiperlakukan sebegitu.

    ............Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalahkewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melandasesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jikaanak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya anak akanmenjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan keranaanak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masihmemerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika masalah kewangan melanda sesebuahkeluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang terbaik untukmenyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebihtenang.

    ............Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumahtangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan

    gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikantanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhanantara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

    ............Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialahkurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalamrumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    20/22

    keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskankepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perludicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalammelayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azabyang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

    ............Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera.Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagiabagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orangmengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita.Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukaninsan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyakboleh mengelakkan daripada berlakunya kespenderaan anak-anak.

    ............Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas sepertimengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiriyang tidak berperikemanusiaan.

    ............Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagimemberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikanrumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkanmereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Merekaaka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan

    suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapatdiatasi.

    ............Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarangkeras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untukmenjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkanketurunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat sucidan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorangyang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatifsemasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas apabila meningkatdewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia

    tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhiratnanti.

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    21/22

    Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia.

    Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara

    kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan

    tersebut.

    ............Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia. Saban

    tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong

    dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan

    pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini

    juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang

    menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh bak cendawan selepas

    hujan mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong

    berkunjung ke Malaysia. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan

    Malaysia menjadi tumpuan pelancong.

    ............Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai banyak tempat

    menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong

    asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya, Malaysia memiliki kawasan

    rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron Highlands dan

    Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam

    semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-

    sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu

    hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula

    jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya

    mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru,kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan dari luar

    negara.

    ............Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh

    keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat

    digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti

    negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ramai pelancong barat yang mengambil

    kesempatan bercuti di Malaysia untuk berjemur di bawah sinaran matahari terik

    terutamanya di kawasan pantai yang terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh

    keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Dikawasan pantai ini juga disediakan pelbagai aktiviti untuk para pelancong seperti

    berkayak, berperahu layar mahupun mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut

    berjaya menambat hati para pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita.

    ............Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita juga turut

    disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau yang

  • 8/7/2019 20 Karangan Terbaik Bahasa Melayu

    22/22

    menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang, Pulau Kapas

    dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi

    memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para pelancong.

    Para pelancong juga akan dapat merasai syurga dunia dengan melakukan aktiviti skuba

    di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu

    daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahansemula jadi di kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai

    Taman Laut. Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih

    ramai pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.

    .............Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh

    wujudnya keunikan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah

    negara yang memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di

    sini. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan

    kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan

    tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu,Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para

    pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti Sate, ketupat

    dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan kari, tosei, idali dan

    lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya

    tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara kita.

    .............Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan

    juga turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementeria

    Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi

    pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha mempromosikan Malaysiakepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara Eropah

    atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia termasuk di Asia Barat dan

    di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut mengadakan pelbagai aktiviti

    tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala

    Lumpur, Pesta Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan

    sebagainya. Malaysia juga turut memperkenalkan konsep pelancongan baru seperti

    ekopelancongan, agrotourism, pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan

    lain-lain. Dengan usaha yang berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia

    semakin berkembang maju.

    Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untukmenyumbang pada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diterokai kerana kalau tidak

    dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Justeru, peranan kerajaan dan agensi

    pelancongan berserta dengan kerjasama daripada semua masyarakat adalah amat

    diperlukan. Semoga melalui keprihatianan dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan

    negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk

    dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.