9 indahnya penggunaan pantun dalam adat pertunangan

6
9 Indahnya Penggunaan Pantun dalam Adat Pertunangan Gagah hulubalang memegang panji Dayang menari bertingkah irama Adat bertunang meterai janji Menanti hari disanding bersama Setelah berjaya merisik dan melamar, barulah adat bertunang akan dilaksanakan. Adat bertunang bertujuan mendapatkan kata janji untuk menyatukan kedua mempelai. Dengan terlaksananya pertunangan di antara kedua-dua mempelai, maka ia bermakna kedua-duanya juga tidak boleh menerima dan meminang orang lain. Sekirannya pertunangan ingin diputuskan, terdapat beberapa perkara yang akan diambil kira. Jika diputuskan oleh pihak lelaki, cincin tunang dan barangan hantaran akan dikira hadiah dan pihak perempuian tidak perlu mengembalikannya. Manakala sekiranya pertunangan itu diputuskan oleh pihak perempuan, pihak perempuan perlu memulangkan semua cincin dan barang hantaran, ada kalanya perlu dipulangkan sebanyak dua kali ganda daripada nilai asal.

Upload: mhamdi2808405

Post on 25-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pantun

TRANSCRIPT

Page 1: 9 Indahnya Penggunaan Pantun Dalam Adat Pertunangan

9 Indahnya Penggunaan Pantun dalam Adat Pertunangan

Gagah hulubalang memegang panji

Dayang menari bertingkah irama

Adat bertunang meterai janji

Menanti hari disanding bersama

Setelah berjaya merisik dan melamar, barulah adat bertunang akan

dilaksanakan. Adat bertunang bertujuan mendapatkan kata janji untuk

menyatukan kedua mempelai. Dengan terlaksananya pertunangan di

antara kedua-dua mempelai, maka ia bermakna kedua-duanya juga tidak

boleh menerima dan meminang orang lain.

Sekirannya pertunangan ingin diputuskan, terdapat beberapa perkara

yang akan diambil kira. Jika diputuskan oleh pihak lelaki, cincin tunang

dan barangan hantaran akan dikira hadiah dan pihak perempuian tidak

perlu mengembalikannya. Manakala sekiranya pertunangan itu

diputuskan oleh pihak perempuan, pihak perempuan perlu memulangkan

semua cincin dan barang hantaran, ada kalanya perlu dipulangkan

sebanyak dua kali ganda daripada nilai asal.

Dari segi budaya, tak banyak pertunangan yang diputuskan oleh pihak

Page 2: 9 Indahnya Penggunaan Pantun Dalam Adat Pertunangan

perempuan. Perkara ini akan dianggap sangat mengaibkan bagi pihak

lelaki. Justeru itu, pengembalian hantaran sebanyak dua kali ganda itu

dirasakan memadai dengan aib yang ditanggung.

Adat bertunang ini didahulukan dengan tepak sirih sebagai kepala adat,

sirih junjung, cincin tunang dan barangan hantaran lain seperti

sepasangan persalinan dari kain yang bermutu, makanan, manisan dan

lain-lain. Secara lazimnya, jumlah hantaran akan berjumlah ganjil dan

pihak perempuan akan membalas dengan jumlah yang lebih berbanding

pihak lelaki. Contohnya 7 hantaran dari pihak lelaki akan berbalas 9

hantaran dari pihak perempuan dan yang lain seumpamanya.

Pihak lelaki akan datang dengan dianggotai oleh orang tua-tua bersama-

sama barangan hantaran. Seperti biasa, tepak sirih akan dihulurkan.

Topik perbincangan semasa adat pertunangan akan berkisar pada tempoh

pertunangan berlangsung selama satu ke dua tahun. Namun tempoh

masa tidak tepat dan ia boleh diubah untuk lebih cepat atau lebih lama.

Juga dibincangkan di dalam adat pertunangan ialah menentukan tarikh

untuk upacara selanjutnya seperti adat pernikahan, majlis perkahwinan,

adat bertandang dan jumlah duit hantaran. Pihak pengantin lelaki juga

akan menetapkan tarikh untuk menghantar duit belanja kepada pihak

perempuan.

Page 3: 9 Indahnya Penggunaan Pantun Dalam Adat Pertunangan

Setelah berbasi-basa, berbalas pantun dan kata putus dibuat, maka pihak

lelaki yang diwakili oleh seorang perempuan (kalau kampung aku, bakal

mertua) akan menyarungkan cincin ke jari bakal pengantin perempuan

sebagai tanda pertunangan ini bermula. Dengan adat ini, kedua-dua pihak

sudah terikat dengan satu perjanjian tidak rasmi antara mereka.

Setelah semua berpuas hati dengan kata putus yang diambil dan

hantaran telah bertukar tangan, pihak lelaki akan meminta diri untuk

pulang. Di akhir adat bertunang ini, satu majlis makan yang ringkas akan

diadakan untuk meraikan adat bertunang ini Majlis akan diakhiri dengan

doa selamat untuk mendoakan kesejahteraan kedua-dua mempelai

(kebiasaannya, tarikh untuk adat bertunang ini telah ditetapkan semasa

adat melamar, dan pihak lelaki akan memaklumkan jumlah anggota

rombongan peminangan dan juga waktu dijangka sampai bagi

membolehkan pihak perempuan membuat persiapan).

Pantun berikut boleh digunakan oleh wakil kedua-dua belah pihak dalam

adat bertunang.

Perahu kolek ke hilir tanjung,                                               

Sarat bermuat tali temali.

Salam tersusun sirih junjung,

Page 4: 9 Indahnya Penggunaan Pantun Dalam Adat Pertunangan

Apa hajat sampai ke mari?

Sudah lama langsatnya condong ,

Barulah kini batangnya rebah.

Sudah lama niat dikandung,

Baru sekarang diizinkan Allah.

Malam-malam pasang pelita,

Pelita dipasang atas peti.                                                 

Kalau sudah bagai dikata,

Sila terangkan hajat di hati.

Singgah berenang di persiraman,

Mayang terendam di dalam tasik.

Kumbang merindu bunga di taman,

Bintang merindu Cenderawasih.

Ikan sepat di dalam sampan,

Page 5: 9 Indahnya Penggunaan Pantun Dalam Adat Pertunangan

Orang membawa ke pinggir kota.

Besar hajat tuan menyimpan,

Baiklah nyata di dalam kata.

Panjat- panjat si pohon ara,

Nampak cantik di tepi laman.

Besarnya hajat tidak terkira,

Hendak memetik bunga di taman.

Senyum menguntum memakai kebaya,

Gadis sunti menjual kalungan.

Bunga nan sekuntum belum berpunya,

Menjadi penyeri di taman larangan.

Dari sumbu terbit apinya,

menjadi asap dan juga jelaga.

Jika begitu akan adanya,

Izinkan kita memetik menjaga.

Baik-baik kalau berhuma,

Jangan sampai lalang sepekan,

Hajat yang baik kami terima,

Page 6: 9 Indahnya Penggunaan Pantun Dalam Adat Pertunangan

Dalam adat kami serahkan.

Kalau gugur buah setandan,

Sampai ke tanah baru tergolek,

Kami bersyukur kepada tuhan,

Datang kami disambut baik.