86353748-perkembangan-kanak-kanak-edu3102.docx

36
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302 1.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik- baik kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini ialah Nabi Adam dan setersunya ialah Hawa. Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan pekembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubahan mengikut peredaran masa. Perkembangan yang berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma. Menurut Shaffer (1999) seperti yang ditulis oleh Kamarulzaman Kamaruddin (2009) dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru, perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Manakala, menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara kulitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Pandangan ini turut disokong oleh Atan Long (1980). Selain itu, Paul Enggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Secara ringkasnya, Mok Soon Sang (2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baharu yang berlainan daripada peringkat lebih awal. 1

Upload: us-maaran

Post on 02-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hgchgcgh

TRANSCRIPT

Page 1: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

1.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik

kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini ialah Nabi Adam dan

setersunya ialah Hawa. Secara realiti dan hakikinya, setiap manusia pasti akan

mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan

pekembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan

berubahan mengikut peredaran masa. Perkembangan yang berlaku daripada peringkat

permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.

Menurut Shaffer (1999) seperti yang ditulis oleh Kamarulzaman Kamaruddin

(2009) dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru,

perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara kompleks.

Menurut beliau, perubahan secara kuantitatif adalah perubahan yang dapat diukur

secara konkrit seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini adalah

perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran pada satu peringkat ke

satu peringkat yang lain.

Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak

biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan

sehingga ke akhir hayat. Manakala, menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan

merupakan perubahan secara ‘kulitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari

segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Pandangan ini turut disokong oleh Atan Long

(1980).

Selain itu, Paul Enggan dan Don Kauchak pula berpendapat perkembangan

adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada

pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Secara ringkasnya, Mok Soon Sang

(2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat

diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baharu yang berlainan

daripada peringkat lebih awal.

1

Page 2: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

2.0 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Mok Soon Sang (2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua

arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan dari

arah kepada ke kaki (cophalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi (kepada dahulu

sebelum badan dan kaki) dan dari arah tengan ke tepi (proximodistal), iaitu dari tengah

menghala ke tepi anggota badan (tangan bergerak dahulu sebelum jari tangan

bergerak).

Seterusnya, Mok Soon Sang menjelaskan bahawa perkembangan dan

pertumbuhan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pralahir

(prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan, peringkat bayi iaitu ketika

berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3

tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun,

peringkat akhir kanak-kanak iaitu berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja

berumur 11 hingga 15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16

hingga 18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat

dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tingkah laku saling berkait dengan

proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani,

emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.

Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat

lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan

berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk

dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya

berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan

bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga

bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif

dan bahasa.

Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur

daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh

menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.

2

Page 3: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-

otot halus.

Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan

adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan

dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga

mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan mendapat kemahiran

yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk

mencapai kemahiran-kemahiran baharu kelak.

Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir

sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai

contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada

yang boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan

sosial kanak-kanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu faktor yang membawa

kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat dalam sebuah bilik

darjah.

Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu

seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam dirinya.

Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan

seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-

cara berenang.

3

Page 4: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Mengikut kajian psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima

aspek iaitu, aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula

adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengauhi oleh faktor baka dan

faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia

ini yang mempunyai kada perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka

(nature) dan faktor persekitan (nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar

perkembangan seseorang individu.

Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia

ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di Austri. Menurut

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku

‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian

Empat Tahun’, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan

melalui ibu bapa kepada anak-anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard.

Amran Schienfes mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa

dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan dari segi sifat-sifat seperti

kebolehan, monat dan kawalan emosi.

Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan

manusia dan akan memberikan sidat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh

menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan,

kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut

hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan

Shieldo (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang

berbeza.

Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu

mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan

persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan

manusia.

4

Page 5: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada

nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu

pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam

nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel obum (betina). Mengikut kajian, kromosom

mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang

mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan

kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet

jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat

23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di

antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka

tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan nanti.

Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi

pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan

kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang

bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga

diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang

kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan

akan memberik kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada

perkembangan personaliti mereka.

Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai

contoh, individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk

bersosial dengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah

terbatas. Saiz badan akan menentukan sama ada individu sesuai melakukan sesuatu

aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan meningkatkan nilai

prestij yang agak tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan

diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus

akan membentuk sahsiah sihat.

Contoh seterusnya ialah individu berasal daripada keturunan yang berpenyakit.

Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing

5

Page 6: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar menyertai aktiviti sosial dan

menyebabkan perkembangan sosialnya menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan

perkembangan sosialnya terganggu. Justeru, hubungan kanak-kanak tersebut dengan

rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian, dia akan merasa sedih dan sunyi.

Impaknya, proses perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana

perkembangan sosial dan emosi terjejas.

Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah

persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-

kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum

lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya bidup ibu, rawatan yang diterima

ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah

dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, media dan persekitaran dunia.

Semua perkara ini akan mempengaruhi perkembangan seseorang manusia.

Mengikut penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi, dalam

buku ‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah

Pengajian Empat Tahun’, apabila kesihatan bayi selepas lahir dijaga, ini akan

mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah ketika bayi berumur antara

enam hingga lapan bulan.

Seterusnya, khasiat yang diberikan seperti susu ibu amat baik dalam

mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi tersebut. Pada tahap ini,

perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran kordinasi otot telah mula

meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah memegang, menyedut,

menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya.

Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan

kepercayaan masyarakat, suber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor

perkembangan kanak-kanak. Perbezaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti

suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan

individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya.

6

Page 7: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu

perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini

berupaya memberi makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan

yang sempurna kepada anak-anak.

Ibu bapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak-anak dipenuhi dengan

baik. Gaya hidup sihat yang diamalkan oleh setiap keluarga seperti sentiasa menjaga

kebersihan dan kesihatan, bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga

yang proaktif dan sempurna.

Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-

kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak-kanak.

Pemakanan yang diambil kanak-kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan

yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak

membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak

supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan

minum. Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu tersebut bebas daripada

jangkitan. Ketika sudah mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan

dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini

kanak-kanak adalah sangat aktif.

Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan

kanak-kanak merangkumi lima jenis ekologi iaitu, mikrosistem, mesosistem, ekosistem,

makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini

sangat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Mikrosistem merujuk kepada persekitaran tersekat dimana kanak-kanak lebih

banyak menghabiskan masa dan interaksi langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai

contoh hubunga interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru

dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak

kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.

Mesositem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dnegan 2

mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan

7

Page 8: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

mikrosistem yang lain. Misalnya, keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi

sikap atau tingkah laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga,

kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam

mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang

kekurangan peluang.

Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan

kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran

tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar

raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh

tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial

kanak-kanak tersebut.

Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma,

nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. misalnya dalam sesetengah masyarakat,

peranan jantina dititikberatkan (Santrok,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi

peranan lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-

pekerjaan yang lebih penting.

Manakala, kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu

tempoh masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada

permainan-permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak pada zaman

dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara

satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka

setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang

berbeza-beza.

8

Page 9: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

4.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

Mengikut Woofolk & Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk

kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi

anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak

akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, kekuatan dan keupayaan

untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-

kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah

seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya.

Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori,

khasnya penglihatan dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan

mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat

melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain.

Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada

peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesar jika dibandingkan dengan

peringkat-peringkat sebelum ini. Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan pada

peringkat ini lebih kepada bercorakkan pemabahbaikan kemahiran-kemahiran

psikomotor yang sedia ada.

Pada peringkat umur 6 hingga 8 tahun ketika pertengahan kanak-kanak, dapat

dilihat beberapa perkembangan fizikal yang berlaku iaitu ketinggian dan berat badan

meningkat secara perlahan hinggalah ke peringkat remaja. Gigi susu juga perlahan-

lahan diganti dengan gigi kekal dan penulisan kanak-kanak ketika ini juga menjadi lebih

kecil dan baik. Pada ketika inijuga, kanak-kanak mampu menghasilkan lukisan yang

diorganisasi secera terperinci dan dalam permainan pula, mereka akan menambah

permainan yang mengikut peraturan dengan aktiviti-aktiviti yang lebih kasar.

Perkembangan fizikal akhir kanak-kanak pula iaitu ketika berumur 9 hingga 11

tahun semakin berkembang. Pada ketika ini, kemahiran motor seperti berlari,

melompat, melontar, menyepak, menangkap, menggelecek diuruskan dengan lebih

9

Page 10: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

cepat dan dikoordinasikan dengan lebih baik. Selain itu, masa tindak balas bertambah

baik dan membantu perkembangan kemahiran motor. Kemahiran dalam penulisan juga

semakin perkembang. Peralihan akhir kanak-kanak kepada awal remaja adalah didahuli

oleh individu perempuan dua tahun lebih awal.

Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja,

pertumbuhan paling ketara sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi

remaja perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian

tertentu badan dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami

kematangan lebih awal berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan

mencapai klimaks kepada pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pertumbuhan mula

memuncak dari kesedaran orientasi seksual mula wujud.

10

Page 11: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

4.1 Teori Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

Robert Havighurst

Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi

oleh persekitarannya. Institusi kekeluargaan amat mempengaruhi personaliti kanak-

kanak. Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas

seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu

pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta

mendorongkannya mengulangi tugas tersebut. Manakala, kegagalan melaksanakan

tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya

meneruskan tugas itu. Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan personaliti

seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma dan budaya masyarakat. R.

Havighurst menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak iaitu pada

peringkat kanak-kanak 6 hingga 12 tahun.

11

Page 12: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Antara tugas-tugas perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini ialah

membentuk fizikal untuk permainan. Ketika ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk

bermain atau melakukan sesuatu aktiviti yang lebih menggunakan tenaga kerana

kanak-kanak pada ketika ini amat aktif. Oleh sebab itu, kanak-kanak memerlukan fizikal

yang lebih kuat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan permainan yang lasak.

Selain itu, kanak-kanak ini juga mula membentuk konsep diri yang sihat. Hal ini

kerana badan yang aktif akan menjadikan tubuh badan kanak-kanak lebih sihat dan

cergas. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak juga telah menguasai konsep-konsep

moral, nilai dan kemahiran hidup. Selain itu, kanak-kanak yang mula berkomunikasi

bersama-sama rakan-rakan baru sedah mula membentuk kemahiran sosial dan mula

membentuk kebebasan peribadinya.

Kanak-kanak mula memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira

yang biasanya diasah dan diajar oleh guru-guru di sekolah. Pelbagai kebolehn yang

mula dikuasai oleh kanak-kanak menjadikan mereka mula berlajar berdikari seperti

mahu pergi ke sekolah tanpa dihantar oleh ibu pada, mahu membeli barang-barang

mereka sendiri dan sebagainya. Ketika ini jugalah kanak-kanak mula untuk belajar

membezakan peranan lelaki dan perempuan. Perasaan ingin tahu kanak-kanak pada

ketika ini biasanya mula berkembang dan perkembangan yang positif membantu kanak-

kanak lebih yakin dam menghadapi dunia sebenar.

4.2 Jadual Tugas Perkembangan Fizikal Robet Havighurst

Peringkat Hidup Tugas Perkembangan

Bayi-awal kanak-kanak

(lahir-2 tahun)

Pada masa ini bayi mula menjalinkan

hubungan kasih sayang dengan ibu bapa.

Manakala, sistem deria dan persepsi serta

fungsi motor beransur-ansur matang untuk

mencapai kecerdasan deria dan

memahami sifat objek.

‘Toddlerhood’/Pertengahan kanak-

Kanak-kanak mula mempunyai

pergerakan yang pelbagai dan suka

12

Page 13: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

kanak

(2-3 tahun)

bermain secara fantasi. Selain itu, boleh

berkomunikasi dalam bahasa mudah, suka

bercakap seorang diri dan mula mengawal

pergerakan diri.

Prasekolah

(4-6 tahun)

Kanak-kanak mula belajar peranan

mengikut jantina dan suka bermain

dengan rakan-rakan di luar.

Perkembangan moral mula dipelajari dan

wujud teori kendiri dan mula bermain

dalam kumpulan.

Sekolah Rendah

(6-12 tahun)

Penguasaan 3M mula dipelajari pada

peringkat Operasi Konkrit ini. Kemahiran

permainan & kemahiran hidup seperti

berjual beli, mula menilai diri sendiri dan

orang lain, suka bersahabat dan menjadi

ahli sesuatu kelab permainan.

Awal Remaja

(12-18 tahun)

Remaja pada ketika ini menhadapi

kematangan fizikal pada peringkat Operasi

Formal. Remaja mula pandai mengawal

emosi masing-masing dan akan

membentuk kumpulan rakan sebaya dan

tertarik pada jantina yang berlainan.

Akhir Remaja

(18-22 tahun)

Pada ketika ini, remaja mula cuba

memperoleh otonomi daridapa ibu bapa

mereka dan mula membentuk identiti.

Remaja ini juga akan mematuhi nilai moral

masyarakat dan memilih kerjaya yang

sesuai.

Awal Dewasa

(23-34 tahun)

Keintiman dalam pergaulan, berkahwin,

mendidik anak-anak atau generasi baharu

pada peringkat ini. Profesyen serta

13

Page 14: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

‘lifestyle’ sendiri mula dimantapkan.

Pertengahan Dewasa

(34-60 tahun)

Mula memupuk nilai berkemahiran dalam

perkerjaan dan menjadi ketua keluarga

atau masyarakat. Kebahagiaan rumah

tangga juga dipupuk dan kasih sayang

dalam keluarga dan pengumpulan harta

dipertingkatkan. Juga terlibat dalam kerja-

kerja amal.

Akhir dewasa

(34-60 tahun)

Pada ketika ini fokus utama ialah

menumpukan kepada kerja amal dan

beribadat kerana telah bersara. Dan mula

menjalani kehidupan hari tua, mensyukuri

nikmat dan takdir tuhan serta berfikir

tentang kematian.

Tua

(75-meninggal dunia)

Masalah kesihatan yang dihadapi mula

ditangani dan mengenang zaman silam

dan menanti saat kematian.

5.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Menurut Nani, M. Dan Rihani, A. (2007), dalam bukunya Panduan Kognitif

Kanak-kanak Prasekolah (cetakan ketiga), kognitif merujuk kepada intelek atau

pemikiran (Spondek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif memfokuskan

kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia

adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-

kanak.

Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses

memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan

kognitif kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta

interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Hal ini

bermaksud, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada

14

Page 15: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

perkembangan otak dan sensori motor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih

berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.

Perkembangan kognitif juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir,

meberi pendapat, memahami serta mengigati perkara-perkara yang berlaku di

persekitaran masing-masing.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan

pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang

berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yagn seterusnya.

Secara holistiknya, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai proses

peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seorang kanak-

kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktivit penyelesaian

masalah, memahami, menganalisa dan membentuk pengetahuan serta pemahaman

baharu terhadap pengalaman baru yang dilaluinya.

15

Page 16: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

5.1 Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Jean Piaget

Mengikut teori Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang (2009), perkembangan

kognitif kanak-kanak terbahagi kepada empat peringkat iaitu, Peringkat Deria Motor (0-

2 tahun), Peringkat Pra-Operasi (0-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir

sekali Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).

Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga

berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku

semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 1 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak algi

berfikir secara egosenrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi.

Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan

keperluan orang lain beransur hilang kerana pada peringkat ini kanak-kanak akan

bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal menempuhi peringkat seterusnya iaitu

awal remaja. Selain itu, Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan

mengalami pemusatan perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula

memperoleh konsep tranformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnay mengamati

proses songsang. Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat

16

Page 17: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

dan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih

dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula

menerima pendapat orang lain.

Menurut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang (200(, kanak-kanak akan mula

belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini

mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat

dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran

logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan, dan padanan.

Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.

Walaubagaimnapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau

menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan,

ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep

yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap

ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh

beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima konsep

yang asas, iaitu skema, adaptasi keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait

rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang individu.

Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan

diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan

cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa

gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap,

memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.

Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak

menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak

menyakitkan seperti contoh, ibu jari. Skema yang ada pada bayi itu akan menentukan

bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya.

17

Page 18: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara

akomodasi dan asimilasi untuk menyesuaikan dengan persekitaran. Keadaan

keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi

untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu

dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliu, perubahan dari satu peringkat

ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap

kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.

Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi

dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia

mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.

Contohnya, seseorang kanakpkanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh

itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia

ada) dan sekaligus merasanya. Mulaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat

pengetahuan yang baru baginya berkenaan sebiji epal.

Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami

perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat menyesuaikan

persekitaran baharu yang belum berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean

Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya,

kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan

objek baharu ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap

magnet tersebut.

Menurut Nani, M. Dan Rohani, A. (2007), terdapat beberapa faktor yang

mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor persekitaran

fizikal. Kewujudan alat permainan binaan seperti blok dan lego akan menggalakkan

mereka berfikir secara kreatif dan inovatif. Faktor kedua ialah persekitaran emosi.

Persekitaran emosi yang negatif dapat mengganggu perkembangan kognitif kanak-

kanak. Faktor ketiga pula ialah persekitaran komunikasi. Persekitaran komunikasi amat

penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif.

18

Page 19: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

5.2 Jadual Peringkat Perkembangan Kongnitif Jean Piaget

Peringkat Umur Perkembangan

Sensori Motor

Dilahirkan

-

2 tahun

Menggunakan deria motor untuk memahami dan

berinteraksi. Boleh membezakan objek-objek di

dalam persekitarannya. Mula belajar bahasa dan

lambang yang mudah. Cuba belajar koordinasi

Pra Operasi

2 tahun

-

7 tahun

Boleh menggunakan bahasa simbol untuk

menggambarkan sesuatu konsep. Boleh bertutur

dengan fasih. Perkembangan kognitifnya kian

pesat. Mula memberi sebab untuk menyokong

kepercayaan mereka. Boleh mengelaskan objek

mengikut ciri tertentu.

Operasi Konkrit

7 tahun

-

12 tahun

Mula memperolehi konsep tranformasi.

Mempelajari lebih daripada satu perkara pada

satu masa. Boleh memikir secara induktif atau

deduktif serta dapat menguasai konsep masa

dan kelajuan.

Tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir

secara abstrak lagi. Tidak dapat menyelesaiakan

masalah yang kompleks.

Operasi Formal

12 tahun

-

Ke atas

Boleh berfikir secara abstrak. Menyelesaiakan

masalah yang kompleks. Boleh membuat

rumusan daripada aktivit-aktivit matematik.

Mengaitkan satu konsep dengan konsep yang

lain. Menggunakan logik untuk mnyelesaikan

masalah.

19

Page 20: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

6.0 TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL & EMOSI KANAK-KANAK (PSIKOSOSIAL)

Erik Erikson

Erik Erikson merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori

yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangkamasa

kehidupan mereka. Beliau membentuk teori berdasarkan kepada pengalaman

kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau menggabungkan 3

faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan faktor

sosial.

Salah satu elemen penting dalam peringkat teori perkembangan erikson ialah

perkembangan identiti ego. Identiti ego ialah kesedaran diri yang dikembang melalui

interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego individu biasanya berubah selaras dengan

pengalaman dan maklumat baru yang diperoleh hasil daripada interaksi dengan orang

lain. Tambahan kepada identiti ego, Erikson juga percaya bahawa perasaan yakin

kepada kemahiran dan kecekapan diri juga memotivasikan sikap dan tindakan

seseorang.

Setiap peringkat dalam teori Erikson menitikberatkan perkembangan kemahiran

yang sesuai pada sesuatu tahap atau bahagiam dalam kehidupan. Jika sesuatu

peringkat dikawal dengan baik individu tersebut mempunyai masteri (sense of

20

Page 21: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

mastery). Sebaliknya jika sesuatu peringkat gagal diurus dengan baik, individu tersebut

akan mempunyai perasaan ketidakcukupan. Menurut Erikson, setiap tahap mempunyai

konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya

pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada tahap sesuatu tahap akan

menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

Teori psikososial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama:

Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.

Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas individu terhadap

keperluan-keperluan asasnya.

Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.

Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu

dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya.

Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan

perkembangan tahap berikutnya.

6.1 Jadual Lapan Peringkat Perkembangan Emosi Erik Erikson:

Tahap Peringkat

Umur

Huraian Konflik/ Peringkat

Pertama

Dilahirkan

-

18 bulan

Bayi perlu mendapat kasih

sayang dan kepercayaan

daripada penjaganya. Jika

tidak, ketikdakpercayaan akan

timbul.

Pembentukan

perasaan percaya

lawan tidak percaya

Kedua

18 bulan

-

3 tahun

Perkembangan fizikal bermula

pada tahap ini. Jika berjaya dan

mendapat sokongan ia akan

menimbulkan rasa percaya

pada keupayaan diri.

Tahap autonomi

lawan rasa malu.

3 tahun

Kanak-kanak di tahap ini cuba

untuk berdikar dan melakukan

Tahap inisiatif lawan

rasa rendah diri.

21

Page 22: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Ketiga -

6 tahun

sesuatu dengan sendiri. jika

gagal boleh membawa

perasaan bersalah.

Keempat

6 tahun

-

12 tahun

Penguasaan kanak-kanak

dalam kemahiran tertentu di

alam persekolahan. Jika gagal

akan membawa rasa rendah

diri.

Tahap industri

lawan kekeliruan

peranan.

Kelima

12 tahun

-

20 tahun

Golongan remaja yang mencari

identiti dalam pekerjaan,

kemahiran, jantina dan

bersosial.

Tahap identiti lawan

kekeliruan peranan

Keenam

20 tahun

-

40 tahun

Hubungan intim mula dibentuk

yang menuju ke alam

perkahwinan dan membina

kerjaya. Jika gagal, akan

membawa perasaan terasing

dan tersisih.

Tahap intimasi

lawan pengasingan

diri.

Ketujuh 40 tahun

-

60 tahun

Kehidupan berkeluarga dan

kerjaya yang baik. Jika gagal

akan membawa rasa

pentingkan diri.

Tahap generativiti

lawan stagnasi.

Kelapan

60 tahun

-

80 tahun

Berjaya dalam karier dan

keluarga. Jika gagal boleh

membawa kesedihan dan

kekecewaan.

Tahap integriti ego

lawan putus asa.

22

Page 23: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

7.0 HASIL, DATA & PEMERHATIAN

7.1 Biodata Responden/Kanak-Kanak

Nama : Mohd. Shakir Anas bin Malik

Umur : 7 Tahun

Kelas : 1 Bestari

Jawatan : Pelajar & Ketua Kelas

Alamat Sekolah : SK Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang.

Alamat Rumah : 345, MK 24, Mengkuang Titi, 14000 Bukit

Mertajam, Pulau Pinang

Nama Ayah : Malik bin Ahmad Shah

Nama Ibu : Siti Mariam binti Aminah

23

Page 24: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

7.3 Ujian perkembangan fizikal kanak-kanak berdasarkan teori perkembangan

fizikal Robert Havighurst.

Jadual 1 : Ujian Perkembangan Fizikal Kanak-kanak

Mohd. Shakir Anas bin Malik

Tinggi (cm) 125.1

Berat (kg) 29.4

Saiz Kepala (cm) 50.4

Saiz Badan s

Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi

oleh persekitarannya. Institusi kekeluargaan amat mempengaruhi personaliti kanak-

kanak. Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas

seperti berjalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu

pada sesuatu peringkat yang tertentu akan membawa kepuasan serta

mendorongkannya mengulangi tugas tersebut.

Bertitik tolak daripada itu, jadual di atas menunjukkan data ujian perkembangan

fizikal bagi Mohd. Shakir bin Malik yang berumur 6 tahun. Ujian tersebut merangkumi

tinggi, berat, saiz kepala, dan saiz badan. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan

sekelas Mohd. Shakir, jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi

perkembangan fizikal mereka. Mohd. Shakir mempunyai perkembangan fizikal yang

sederhana berbanding rakan-rakannya. Ketinggian Mohd. Shakir ialah 125.1 cm dan

beratnya pula ialah 29.4 kg. Manakala Saiz kepalanya ialah 50.4 cm dan badannya

besaiz kecil iaitu, saiz S.

Berdasarkan temubual dan pemerhatian, Mohd. Shakir mempunyai ketinggian,

berat, saiz kepala dan saiz badan yang sederhana dan seimbang kerana faktor genetik

dan faktor pemakanan Mohd. Shakir. Ini kerana, ibu bapa yang tinggi dan besar akan

menghasilkan anak-anak yang tinggi dan besar. Sebaliknya ibu bapa yang rendah dan

kecil akan menghasilkan anak-anak yang rendah dan kecil. Manakala, dari segi

24

Page 25: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

pemakanan pula, saya dapat melihat, Mohd. Shakir dapat menghabiskan sayur sawi

yang dicampurkan ke dalam makanannya ketika tiba waktu makan.

Kanak-kanak pada usia 6 tahun sememangnya kelihatan kecil kerana dalam

lingkungan ini usia mereka sangat aktif bergerak dan bermain. Walaubagaimanapun,

faktor pemakanan jugalah yang memainkan peranan penting dalam menentukan saiz

badan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengambil makanan yang mempunyai banyak

lemak dan karbohidrat berkemunkinan besar untuk menjadi obesiti dan gemuk.

Namun begitu, jika dikira Body Mass Index (BMI) Mohd. Shakir, ternyata dia

mempunyai BMI yang normal iaitu dalam lingkungan 18.5 hingga 23.5. BMI yang

normal menunjukkan Mohd Shakir mmpunyai berat badan dan tinggi yang seimbang

dan mempunyai saiz badan yang ideal.

Kesimpulannya, perkembangan fizikal kanak-kanak iaitu Mohd. Shakir ini

sememangnya ideal dan seimbang oleh kerana faktor persekitaran iaitu faktor genetik

dan pemakanan Mohd. Shakir. Oleh itu, sangat bertepatan dengan teori yang

dikemukakan oleh Robert Havighurst bahawa perkembangan kanak-kanak amat

dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi kekeluargaan dari segi genetik dan

pemakanan yang diberikan kepada anak-anak mereka amat mempengaruhi

perkembangan fizikal personaliti kanak-kanak.

25

Page 26: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

7.4 Ujian Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Berdasarkan Teori Perkembangan

Kognitif Jean Piaget.

Jadual 2 : Ujian Jumlah Duit Syiling & Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Mohd. Shakir Anas bin Malik

Sebelum Selepas

Sama / /

Tidak Sama

Menurut Piaget, kanak-kanak pada lingkungan umur 2 tahun hingga 7 tahun

berada pada tahap pra operasi. Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-

kanak ini menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap

ini iaitu pertama, perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan

tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.

Berdasarkan pendapat Jean Piaget, jadual 2 diatas menunjukkan perkembangan

kognitif Mohd. Shakir. Jadual tersebut menunjukkan butiran mengenai ujian jumlah duit

syiling yang telah dijalankan ke atas Mohd. Shakir. Dalam Ujian ini, pada mulanya,

jumlah duit syiling yang sama banyak telah diltunjukkan kepada Mohd. Shakir di dalam

dua barisan. Mohd. Shakir perlu menyatakan adakah kedua-dua barisan tersebut

mempunyai jumlah duit syiling yang sama banyak atau tidak. Mohd. Shakir menyatakan

bahawa jumlah duit syiling di kedua-dua barisan adalah sama banyak.

Kemudian, barisan pertama dibiarkan kekal dalam keadaan asal dan barisan

kedua pula diubah dengan merapatkan kesemua duit syiling dalam barisan kedua

supaya lebih pendek berbanding barisan pertama. Mohd. Shakir dikehendaki

menentukan sama ada jumlah duit syiling dalam kedua-dua barisan itu sama banyak

atau tidak. Ternyata Mohd. Shakir merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai

perkembangan kognitif yang sangat baik. Ini kerana, Mohd. Shakir menyatakan bahawa

duit syiling adalah sama banyak, namun jaraknya dalah berbeza. Barisan duit syiling

pertama lebih panjang, manakal barisan duit syiling kedua lebih pendek.

26

Page 27: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

Dalam ujian ini, Mohd. Shakir berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat.

Ini menunjukkan bahawa Mohd. Shakir sudah mengusai prinsip identiti. Dalam prinsip

identiti, kanak-kanak sudah boleh mengetahui bahawa sekiranya tiada kuantiti yang

ditambah atau dikurangkan, maka jumlah duit syiling tersebut tetap sama walaupun

diletakkan dengan jarak yang berbeza kepanjangannya.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)

sepatutnya sudah dapat menyatakan jumlah duit syiling itu tetap sama walaupun

kelihatan kepanjangan barisan kedua-dua duit syiling tersebut adalah berbeza-beza.

27

Page 28: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

7.5 Ujian Perkembangan Sosial & Emosi Kanak-kanak Berdasarkan Teori

Perkembangan Sosial & Emosi Erik Erikson

Jadual 3 : Ujian Perkembangan Sosial & Emosi Kanak-kanak

Mohd. Shakir Anas bin Malik

Umur &

Tarikh

Lahir

Emosi yang

Sering

Diperlihatkan

Tahap Sosio

Emosi Erik

Erikson

Ulasan

7 Tahun

13.04.2005

Periang,

mudah mesra,

peramah

Tahap 4 :

industri lawan

kekeliruan

peranan.

Semasa ujian fizikal dan kognitif

dijalankan, Mod. Shakir bersungguh-

sungguh untuk menyelesaikan soalan

yang diberikan, walaupun pada

mulanya Mohd. Shakir kurang

berkeyakinan untuk memberikan

jawapan. Mohd. Shakir mudah

memberi kerjasama dan aktif dalam

aktiviti yang dijalankan. Dia

mengucapkan terima kasih dan

bersalam kepada saya selepas

meyiapkan tugasan yang telah

diberikan kepadanya.

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak

dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia

mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada

tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku

mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik

tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Dalam tahap sosio emosi Erik Erikson tahap 4, beliau menyatakan kanak-kanak

mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko

28

Page 29: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Ternyata dalam ujian sosial emosi

terhadap Mohd. Shakir Anas, dia berjaya menghadapi kemahiran baharu iaitu ujian

kognitif yang saya kenakan ke atasnya. Mohd. Shakir berjaya menjawab soalan yang

diberikan kepadanya dengan tepat dan ini menunjukkan bahawa dia merupakan kanak-

kanak yang mempunyai tahap sosio-emosi yang seimbang. Emosi yang diperlihatkan

ketika menjalankan temu bual bersamanya menunjukkan dia seorang yang periang,

mudah mesra dan seorang yang peramah.

29

Page 30: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

8.0 RUMUSAN

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, jelas di sini bahawa

penekanan terhadap perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi perlu dititik

beratkan kerana ia penting untuk perkembangan kanak-kanak. Sekiranya pendidikan ini

diabaikan, kemungkinan kanak-kanak akan bersifat rendah diri dan cuba menjauhkan

diri daripada individu lain. Jika perkara ini terjadi, maka kanak-kanak tersebut akan

bersifat pasif bertentangan apa yang dituntut oleh kehidupan masyarakat kita.

Guru hendaklah menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan

selesa untuk murid-muridnya di samping menyediakan alat bantuan mengajar yang

mencukupi. Kanak-kanak juga perlu diberikan untuk memperkembangkan sosio-emosi

mereka dengan memberi peluang untukmenyatakan pendapat mereka. Secara tidak

langsung, ia dapat mewujudkan keyakinan di dalam diri kanak-kanak untuk meyuarakan

pendapat mereka terhdap sesuatu perkara kepada orang lain.

Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi

peluang kepada anak-anak untuk belajar dengan lebih mendalam lagi. Jangan biarkan

mereka terabai dan ibu bapa hendalah membimbing mereka untuk membentuk sosio-

emosi mereka supaya berada di tahap yang lebih baik. Sekiranya anak-anak terdedah

dengan persekitaran dan sosio-emosi yang baik, mereka akan membentuk jati diri dan

personaliti serta keperibadian yang baik. Secara tidak langsung, Malaysia akan

mempunyai masyarakat yang yang makmur dan bahagia.

30

Page 31: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

9.0 REFLEKSI

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat

menyiapkan tugasan kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak (EDU3102) yang

bertajuk Empat Domain Perkembangan Kanak-kanak iaitu, Fizikal, Kognitif, Sosial, dan

Emosi serta Teori-teori Perkembangan yang Berkenaan. Tugasan yang diberikan ini

merupakan salah satu cabaran kepada saya kerana tugasan ini lebih kepada unsur-

unsur teori perkembangan yang yang sangat penting dalam pembelajaran mengenai

Perkembangan Kanak-kanak. Sebelum ini, saya belum pernah mempelajari mata

pelajaran ini dan ini merupakan kali pertama dalam hidup saya membuat tugasan yang

bertajuk begini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing mata

pelajaran Perkembangan Kanak-kanak Semester 1 iaitu, Puan Norzaini Yang. Beliau

memberikan informasi yang jelas ketika menyampaikan taklimat tugasan kerja kursus

ini. Oleh itu, saya dapat memahami apa yang disampaikan oleh beliau dan

memudahkan saya untuk melaksanakan tugasan ini. Dalam melaksanakan tugasan ini,

pelbagai kekangan yang terpaksa saya lalui. Antaranya adalah kekangan kelajuan

talian internet yang begitu lembab menyebabkan maklumat yang ingin diperolehi amat

terhad dan sukar ditemui. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mencari maklumat

di Pusat Sumber Datuk Loqman Musa, IPG Kampus Bahasa Melayu.

Setelah mendapat maklumat yang diperolehi, saya dan rakan-rakan kelas saling

merujuk antara satu sama lain bagi memantapkan lagi tugasan kerja kursus ini. Dengan

kerjasama daripada pelbagai pihak, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dengan

jayanya. Walaupun terdapat pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa saya lalui

namun bukan mudah untuk mematahkan semangat yang ada pada diri saya.

Pengalaman seperti ini lebih mudah mematangkan diri saya sendiri supaya menjadi

seorang insan yang berguna, tambahan lagi saya merupakan seorang guru pelatih

yang akan mendidik anak-anak bangsa suatu hari nanti.

Pembelajaran yang saya perolehi ini akan saya gunakan dengan penuh manfaat

supaya saya tidak kecundang di pertengahan jalan. Segala ilmu yang dipelajari

31

Page 32: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

mengenai tugasan kerja kursus Pendidikan Kanak-kanak ini mendidik saya supaya

menjadi seorang guru yang mempunyai ilmu pengatahuan mengenai perkembangan

kanak-kanak serta teori-teorinya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima

kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Semoga dengan bantuan anda semua, kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan

Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

32

Page 33: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

10.0 RUJUKAN

Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. Psikologi Pendidikan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor :

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

33

Page 34: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

11.0 JADUALPERLAKSANAAN KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : ABDUL KHALIM BIN ABDUL RAZAK

NO. MATRIK : PPISMP 20100143

KUMPULAN : PPISMP 1E

MATA PELAJARAN :

PENSYARAH PEMBIMBING :

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CACATAN

12.0 BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

34

Page 35: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

NAMA PELAJAR : ABDUL KHALIM BIN ABDUL RAZAK

NO. MATRIK : PPISMP 20100143

KUMPULAN : PPISMP 1E

SEMESTER / PERINGKAT : SEMESTER SATU

MATA PELAJARAN :

PENSYARAH PEMBIMBING :

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN T.TANGAN PENSYARAH

35

Page 36: 86353748-Perkembangan-Kanak-kanak-EDU3102.docx

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK EDU1302

13.0

LAMPIRAN

36