8.0 penilaian tahap penggunaan teknologi bagi …etmr.mardi.gov.my/content/report/2017/artikel...

20
140 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI SUBSEKTOR PERTANIAN TERPILIH KE ARAH PERTANIAN MODEN: IAT MAKANAN KONVENIEN RASMUNA MAZWAN MUHAMMAD 8.1 PENDAHULUAN Selaras dengan penekanan kerajaan terhadap sektor pertanian, industri makanan dan minuman yang diproses menjadi komponen penting dalam industri berasaskan pertanian. Pada tahun 2010, industri pemprosesan makanan menyumbang kira-kira 10% daripada pengeluaran pembuatan Malaysia dengan nilai mencecah RM1.972 bilion melibatkan 69 projek (Market Watch, 2012). Produk industri makanan konvenian terutamanya kategori sejuk beku (frozen food) merupakan bidang yang semakin meningkat permintaannya dengan perubahan gaya hidup penduduk di Malaysia yang serba moden. Dapat dilihat trend peningkatan penggunaan makanan sejuk beku ini telah berlaku sebanyak 10% pada setiap tahun bermula dari tahun 2000 hingga 2010, malahan peningkatan ini dijangka akan terus berlaku (MOA, 2011). Makanan konvenian sejuk beku di antara komoditi yang mempunyai pasaran terbesar selepas bakeri dan produk tenusu (Sharina Shamsudin et. al 2014). Makanan konvenian merupakan makanan yang telah diproses, disediakan sebahagian atau sepenuhnya. Ia bertujuan untuk memudahkan penyediaan makanan untuk menjimatkan masa, fizikal dan mental kerana tidak memerlukan banyak kemahiran dan langkah persediaan dalam menyediakan makanan (Man & Fullerton, 1990). Di antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan yang pesat dan permintaan yang tinggi bagi produk makanan konvenian terutamanya sejuk beku, adalah urbanisasi. Urbanisasi telah mengubah pola pemakanan masyarakat umum dan akan terus mempengaruhi corak penggunaan makanan. Di samping itu, urbanisasi juga bermakna penyertaan wanita lebih tinggi dalam tenaga kerja yang menyumbang kepada peralihan penyediaan makanan tradisional iaitu makanan yang dimasak secara intensif di rumah kepada makanan yang lebih mudah (Josef Schmidhuber, 2012). Terdapat pelbagai inovasi produk dari produk sejuk beku yang dihasilkan oleh para usahawan bersesuaian dengan konsep yang diinginkan oleh pengguna, sebagai contoh di antaranya produk makanan sejuk beku bercirikan ready to eat/ready to cook . Merujuk kepada Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) , Pembuatan (item terpilih) Malaysia, (2012-2016); pembuatan makanan dan hidangan tersedia (ready to to eat) berlakunya peningkatan pada tahun 2016, iaitu sebanyak (15.4%) jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Tiga industri lain yang turut menunjukkan peningkatan adalah pembuatan biskut dan

Upload: others

Post on 23-Sep-2019

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

140

8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI SUBSEKTOR

PERTANIAN TERPILIH KE ARAH PERTANIAN MODEN: IAT MAKANAN

KONVENIEN

RASMUNA MAZWAN MUHAMMAD

8.1 PENDAHULUAN

Selaras dengan penekanan kerajaan terhadap sektor pertanian, industri

makanan dan minuman yang diproses menjadi komponen penting dalam

industri berasaskan pertanian. Pada tahun 2010, industri pemprosesan makanan

menyumbang kira-kira 10% daripada pengeluaran pembuatan Malaysia dengan

nilai mencecah RM1.972 bilion melibatkan 69 projek (Market Watch, 2012).

Produk industri makanan konvenian terutamanya kategori sejuk beku (frozen

food) merupakan bidang yang semakin meningkat permintaannya dengan

perubahan gaya hidup penduduk di Malaysia yang serba moden. Dapat dilihat

trend peningkatan penggunaan makanan sejuk beku ini telah berlaku sebanyak

10% pada setiap tahun bermula dari tahun 2000 hingga 2010, malahan

peningkatan ini dijangka akan terus berlaku (MOA, 2011). Makanan konvenian

sejuk beku di antara komoditi yang mempunyai pasaran terbesar selepas bakeri

dan produk tenusu (Sharina Shamsudin et. al 2014).

Makanan konvenian merupakan makanan yang telah diproses, disediakan

sebahagian atau sepenuhnya. Ia bertujuan untuk memudahkan penyediaan

makanan untuk menjimatkan masa, fizikal dan mental kerana tidak memerlukan

banyak kemahiran dan langkah persediaan dalam menyediakan makanan (Man

& Fullerton, 1990). Di antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan

yang pesat dan permintaan yang tinggi bagi produk makanan konvenian

terutamanya sejuk beku, adalah urbanisasi. Urbanisasi telah mengubah pola

pemakanan masyarakat umum dan akan terus mempengaruhi corak penggunaan

makanan. Di samping itu, urbanisasi juga bermakna penyertaan wanita lebih

tinggi dalam tenaga kerja yang menyumbang kepada peralihan penyediaan

makanan tradisional iaitu makanan yang dimasak secara intensif di rumah

kepada makanan yang lebih mudah (Josef Schmidhuber, 2012).

Terdapat pelbagai inovasi produk dari produk sejuk beku yang dihasilkan

oleh para usahawan bersesuaian dengan konsep yang diinginkan oleh pengguna,

sebagai contoh di antaranya produk makanan sejuk beku bercirikan ready to

eat/ready to cook . Merujuk kepada Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) ,

Pembuatan (item terpilih) Malaysia, (2012-2016); pembuatan makanan dan

hidangan tersedia (ready to to eat) berlakunya peningkatan pada tahun 2016,

iaitu sebanyak (15.4%) jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Tiga

industri lain yang turut menunjukkan peningkatan adalah pembuatan biskut dan

Page 2: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

141

cookies (18.7%) pembuatan konfeksi gula (14.5%) dan pengilangan beras

sebanyak 14.1 % (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017).

Makanan konvenean fokus kepada produk sejuk beku adalah di antara

komoditi yang mempunyai pasaran terbesar selepas bakeri dan produk tenusu.

Pasaran sejuk beku semakin berkembang dan dijangka pertambahan berlaku

dengan purata kumulatif sebanyak 3.5% bermula dari tahun 2013 sehingga

2019. Nilai jumlah jualan turut menunjukkan trend yang positif iaitu mencecah

RM 95 juta pada akhir tahun 2015 (Jabatan Pertanian, 2016). Trend ini selari

dengan beberapa faktor di antaranya; permintaan pengguna yang semakin

meningkat, peningkatan wanita bekerjaya juga tabiat pembelian pengguna masa

kini yang lebih cenderung utk mendapatkan makanan konvenian, sejuk beku.

Senario ini menunjukkan wujudnya suntikan teknologi yang mendorong kajian

ini dilaksanakan bagi mengenalpasti, sejauh mana tahap penggunaan teknologi

di kalangan usahawan produk sejuk beku Malaysia. Dapatan kajian ini akan

membantu dalam pelaksanaan program atau kursus yang berkaitan dengan

pemindahan teknologi. Di samping memastikan penggunaan teknologi yang lebih

berkesan di kalangan usahawan sejuk beku di Malaysia sambil memaksimumkan

penggunaan teknologi sedia ada.

8.2 LATAR BELAKANG

Produk makanan yang berasaskan sejuk-beku seperti pau segera, roti canai

segera, murtabak ayam dan daging, karipap, samosa dan lain-lain, kini semakin

menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan

makanan yang ringkas juga berkhasiat. Malah perniagaan makanan sejuk beku

mempunyai potensi yang cukup baik untuk berkembang maju kerana ia

merupakan produk makanan yang sudah tentu ia diperlukan oleh pengguna

sepanjang masa terutamanya yang mempunyai kekangan masa dan kesibukan

kerja. Trend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia

meningkat dari tahun ke tahun disebabkan keperluan terhadap produk

konvenian, khususnya oleh penduduk bandar (Mohd Hafizudin Zakaria, 2009).

Malah produk sejuk beku semakin banyak diusahakan secara komersial. Selain

itu, produk sejuk beku ini juga semakin mendapat perhatian dan tempat di hati

masyarakat. Hal ini kerana, makanan yang disejukbekukan dapat mengekalkan

keenakan, rupa bentuk dan saiz seperti asal atau asli, malah produk itu

mendapat perhatian ramai.

Saluran utama pemasaran yang penting bagi produk sejuk beku yang

dikenalpasti adalah melibatkan Pasar raya dan hypermarket seperti Mydin,

Carefour, Tesco dan lain-lain. Diikuti dengan kedai runcit dan pasar tani, Tiga

puluh peratus daripada produk-produk yang diterima adalah terdiri daripada

Page 3: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

142

barangan makanan sejuk beku dan 70 peratus pula dari barangan kering (Raja

Maimon, 2010).

8.2.1 Teknologi sejuk beku

Proses sejuk beku merupakan perubahan bentuk air daripada

cecair kepada pepejal pada suhu kurang daripada 0° celcius (<32

°F). Secara teorinya, proses sejuk beku merujuk kepada teknik

mengekalkan makanan dengan memperlahankan tindak balas

enzim tanpa memusnahkan mereka (melambatkan perubahan

kimia). Produk makanan yang melalui proses ini akan kekal pada

bentuk atau rupa asal kerana bebas daripada mikroorganisma.

Kebanyakan mikroorganisma tidak dapat tumbuh pada suhu

kurang daripada 0°celcius. Bagi produk sejuk, teknik penyejukan

merujuk kepada pemeliharaan (preservation). Di antara kebaikan

produk makanan yang disejukbekukan adalah aspek rasa yang

lebih baik, berkhasiat dan lebih tahan lama. Selain itu, prosedur

sejuk beku adalah mudah dan suhu boleh disesuaikan mengikut

keperluan produk. Di antara teknologi yang digunakan dalam

industri sejuk beku yang membantu proses freezing adalah; freezer

dan Refrigerated storage (<-18°c), Blast freezer, cyrogenic freezer ( -

20°c hingga -38 °c) (Aida Hamimi, 2016). Berikut disertakan

senarai tempoh jangka hayat bagi produk makanan berdasarkan

suhu.

Jadual 8.1: Tempoh jangka hayat penyimpanan Suhu Jangka Hayat (ketahanan)

-10° celcius 3 bulan

-12° celcius 6 bulan

-15° celcius 9 bulan

-18° celcius 12 bulan

-23° celcius 24 bulan

-29° celcius 36 bulan

8.2.2 Objektif kajian

Kajian ini memberi tumpuan kepada tiga kumpulan perusahaan

iaitu hasilan daging, makanan laut (seafood) dan sedia

dimakan/dimasak (ready to eat/to cook). Kategori perusahaan

sejuk yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Hasilan daging - Semua jenis produk yang dibersihkan,

dipotong, dibungkus. (melalui proses sejuk beku). Contoh:

Ayam, kambing, lembu

Page 4: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

143

ii. Makanan laut (seafood)- Semua jenis hasilan laut-telah

dibersihkan, disejukbekukan & dibungkus Udang, sotong,

ketam.

iii. Sedia dimakan/dimasak (ready to eat/to cook)- Semua

jenis yang sedia dimakan atau dipanaskan menggunakan

microwave, sedia dimasak melalui kaedah kukus, atau

bakar. Contoh produk sejuk beku: sate pau, karipap, sosej,

burger sejuk beku.

Objektif khusus bagi kajian ini adalah seperti berikut:

Menilai tahap penggunaan teknologi di kalangan usahawan

IAT.

Mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor sosio-

ekonomi dengan tahap penggunaan teknologi.

8.3 METODOLOGI KAJIAN

8.3.1 Pengumpulan data

Kajian penilaian tahap teknologi ini menggunakan data primer

yang diperoleh melalui survei yang dijalankan serta pengumpulan

data sekunder daripada manual amalan pengurusan makanan

sejuk beku. Pemilihan responden adalah menggunakan

persampelan tertuju. Numerator dilantik dan diberi penerangan

untuk menjalankan temubual bersemuka dengan responden

dengan menggunakan borang soal selidik berstruktur. Di antara

data-data yang dikumpulkan ialah latar belakang usahawan sejuk

beku, penggunaan teknologi serta faktor-faktor yang

mempengaruhi pengusaha menggunakan teknologi. Pengumpulan

data-data juga dibantu oleh beberapa agensi iaitu pihak MARDI

dari seluruh Malaysia, lembaga pemasaran Persekutuan Pertanian

(FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM. Borang soal

selidik mengandungi maklumat demografi, seperti umur, jantina,

pengalaman dan lain-lain. Seterusnya merangkumi perkara

berkaitan penggunaan teknologi. Teknologi parameter yang

dibangunkan adalah merujuk referral expert dalam bidang

teknologi pengendalian makanan pemprosesan dari Pusat

Teknologi Makanan, MARDI (FS) agensi Federal Agricultural

Marketing Authority (FAMA) dan pegawai dari Small and Medium

Enterprise Corporation juga buku manual. Temubual juga

dijalankan untuk melengkapkan maklumat dan memahamai

Page 5: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

144

proses yang terlibat semasa aktiviti formulasi, pemprosesan, dan

sebagainya.

8.3.2 Sampel kajian

Kajian ini telah dijalankan di seluruh Malaysia yang melibatkan

255 orang usahawan. Pelaksanaan kajian, dibahagikan kepada lima

zon iaitu Zon Utara, Timur, Zon Tengah, Zon Selatan termasuk zon

Sabah dan Sarawak. Kaedah persampelan berstrata mengikut tiga

kategori usahawan terlibat iaitu, skala kecil jumlah jualan skala

sederhana dan berskala besar (Rujuk jadual 1.3 – skala industri).

Tumpuan diberikan kepada tiga kumpulan perusahaan iaitu

hasilan daging, makanan laut (seafood) dan sedia

dimakan/dimasak (ready to eat/to cook).

8.3.3 Analisis data

Analisis data akan melibatkan beberapa kaedah kajian seperti

berikut:

8.3.3.1 Fuzzy Logic

Di antara kriteria penting yang terlibat dalam Fuzzy

Logic Model (FLM) adalah input teknologi, peraturan

parameter dan output yang dipilih. Parameter bagi

teknologi makanan sejuk beku adalah:

i. Teknologi Formulasi

ii. Teknologi Pemprosesan

iii. Teknologi Jaminan Kualiti

iv. Teknologi Pembungkusan dan pelabelan

v. Teknologi Penyejukan dan penyimpanan

vi. Teknologi Logistik dan Pasaran.

Nilai indeks adalah merujuk kepada senario

industri terkini serta manual makanan sejuk beku.

Indeks penanda aras dikategorikan kepada tiga

tahap prestasi iaitu skala terbaik melebihi (≥ 5.0),

sederhana (0.3-0.5) dan rendah kurang dari (≤0.3).

Page 6: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

145

Jadual 8.2: Indikator skala tahap teknologi Terbaik: ≥ 0.5

Sederhana: 0.3 < X < 0.5

Rendah: ≤ 0.3

8.3.3.2 Analisis faktor

Analisis faktor digunakan untuk mengenalpasti

faktor utama yang menyumbang kepada tahap

penggunaan teknologi di kalangan usahawan

makanan sejuk beku.

8.3.3.3 Analisis korelasi

Dalam kajian ini analisis regrasi telah digunakan

untuk melihat hubungan yang wujud di antara

indeks teknologi dengan faktor sosioekonomi yang

terlibat. Dengan Y (bersandar) adalah nilai indeks

tahap penggunaan teknologi dan X adalah pemboleh

ubah yang terdiri daripada faktor-faktor

sosioekonomi terlibat.

8.3.3.4 Analisa regresi logistik

Bagi pengukuhan dapatan, hasil hubungan yang

wujud di antara nilai indeks tahap penggunaan

teknologi dengan faktor sosioekonomi terlibat turut

diuji dengan kaedah regresi logistik. Kaedah ini bagi

menentukan hubungan yang wujud adakah

signifikan dan berhubungan secara positif atau

negatif dengan nilai indeks tahap penggunaan

teknologi.

8.3.3.5 Analisis statistik

Analisis statistik digunakan bagi menghuraikan sifat

data yang dianalisis. Selain meneroka hubungan data

dengan responden yang terlibat.

Page 7: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

146

8.4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

8.4.1 Profil demografi

Secara umumnya kebanyakan usahawan, menceburkan diri dalam

perusahaan ready to eat/ready to cook (79.9%). Diikuti dengan

perusahaan hasilan daging (22.9%) dan makanan laut (9.3%). 61%

usahawan sejuk beku adalah berumur sekitar 31-50 tahun.

Manakala 21% adalah berumur melebihi 51 tahun dan 18%

kurang dari 30 tahun. Perusahaan sejuk beku didominasi oleh

golongan wanita. Penyertaan wanita adalah 63% dan lelaki 37%

sahaja. Dengan median umur 41 tahun. Manakala dari aspek latar

belakang pendidikan, majoriti usahawan mempunyai kelulusan

SPM (42.5%), juga diploma (26.6%), ijazah dan ke atas (22.8%).

Majoriti usahawan sejuk beku Malaysia berada pada tahap 1

hingga 3 (skala kecil) dengan nilai jualan tahunan adalah tidak

melebihi RM 300, 000.00. Pengkelasan industri yang diguna pakai

adalah merujuk kepada pusat PB, MARDI.

Rajah 8.1: Jenis perusahaan dan umur usahawan sejuk beku Malaysia

Rajah 8.2: Peratusan jantina usahawan sejuk beku dan pendidikan

Page 8: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

147

Jadual 8.3: Skala Industri Tahap Nilai Jualan Tahunan (RM) Usahawan Malaysia Terlibat

1 ≤ 51,000 91

2 51,001 -100,000 37

3 100,001 - 300,000 57

4 300,001 - 5,000,000 64

5 5,000,001 - 15,000,000 4

6 15,000,001 ≥ 50,000,000 1

Skala Besar ≥ 50,000,001 1

Jumlah

255

Sumber: Skala industri (Pusat PB, MARDI, 2017)

8.4.2 Tahap penggunaan teknologi mengikut parameter: Malaysia

Analisis Fuzzy Logic mendapati 5 parameter penanda aras iaitu

teknologi jaminan kualiti, teknologi formulasi, teknologi

pembungkusan dan pelabelan, teknologi penyejukan dan

penyimpanan serta teknologi logistik berada pada indeks

teknologi menghampiri skala terbaik; 5.0 dan ke atas (Rujuk jadual

8.2). Manakala teknologi pemprosesan berada pada tahap

sederhana. Dari keputusan analisa tersebut, menunjukkan

keseluruhan usahawan sejuk beku di Malaysia bagi ketiga-tiga

kumpulan (ready to cook.ready to eat, hasilan daging dan makanan

laut) mencapai skor melebihi 5.0 bagi indikator jaminan kualiti.

Jelasnya, usahawan peka kepada komponen kualiti dan kehendak

pasaran (Rajah 8.3).

Secara umumnya, teknologi jaminan kualiti adalah

merangkumi Prosedur Operasi Standard bagi Amalan Pengilangan

yang Baik (Good Manufacturing Practices-GMP) dan bersesuaian

dengan keperluan yang telah digariskan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia. GMP merupakan suatu peraturan, kod dan

garis panduan yang bertujuan memastikan operasi dalam

penghasilan makanan adalah berkualiti dan selamat kepada

pengguna (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017).

Bagi pengeluaran produk sejuk beku, teknologi formulasi di

antara faktor penting yang menentukan penghasilan produk yang

berkualiti. Hampir kesemua usahawan terlibat menggunakan

formulasi sendiri dan juga yang telah dipelajari daripada agensi

dalam memastikan produk lebih sedap dan berkualiti. Di samping

itu, kumpulan usahawan sejuk beku terlibat mempunyai staf atau

Page 9: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

148

pekerja yang memainkan peranan penting dalam pemilihan bahan

mentah (quality control). Di antara kriteria pemilihan bahan

mentah adalah melibatkan pemeriksaan fizikal secara visual iaitu

warna, tekstur dan kesegaran bahan mentah. Selain itu bagi

pengusaha yang berskala besar turut menggunakan meja

pemilihan atau pengisihan (sortex machine) untuk pemilihan

bahan mentah.

Manakala di antara teknologi yang harus diberi penekanan

adalah teknologi pemprosesan dan komponen yang dikenalpasti

adalah adalah teknik bagi freezing. Didapati majoriti daripada

kumpulan usahawan sejuk beku (92.9%) menggunakan slow

freezing iaitu melibatkan freezer biasa. Segelintir menggunakan

kipas biasa bagi menyejukkan pau. Hanya 7.1% dari keseluruhan

usahawan sejuk beku menggunakan modern quick freezing (blast

freezer/cryogenic freezer/spiral freezer) yang dikenal pasti dari

kalangan usahawan sejuk beku berskala besar. Kebaikan modern

quick freezing adalah produk tahan lebih lama malah, masa

penyejukan lebih cepat berlaku serta membolehkan produk

dihantar ke lokasi lebih jauh. Dapatan ini turut disokong dengan

peratusan kursus yang dihadiri oleh usahawan sejuk beku rujuk

(Rajah 8.4).

Jelasnya, hanya 10% daripada responden terlibat yang

melengkapkan diri dengan kursus penyejukan (freezing). Bagi

produk sejuk beku, di antara faktor yang menentukan ketahanan

dan kualiti produk adalah teknik freezing yang betul dan tepat.

Produk perlulah sesuai dengan suhu penyimpanan dan teknologi

penyejukan yang dipilih seperti freezer dan Refrigerated storage

(<-18°c), Blast freezer, cyrogenic freezer (-20°c hingga -38°c).

Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian latarbelakang-

teknologi sejuk beku. (Rujuk juga jadual 8.1). Peratusan yang kecil

juga ditunjukkan bagi kursus logistik iaitu sejumlah 7.7%. Aspek

logistik seharusnya diberi penekanan dalam memastikan produk

berada di pasaran dan masa yang singkat untuk sampai kepada

pengguna. Kursus-kursus lain seperti penjenamaan, akaun,

penyimpanan, kualiti dan formulasi menunjukkan peratusan yang

agak rendah iaitu dalam lingkungan 17% sehingga 25%. Manakala

kursus pembungkusan dan pelabelan adalah yang paling tinggi

peratusan dihadiri oleh usahawan iaitu 40.9%. Dapat disimpulkan

elemen persembahan produk iaitu merujuk kepada

pembungkusan sangat diambil berat oleh usahawan sejuk beku.

Bertepatan dengan kehendak pengguna yang mementingkan

Page 10: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

149

luaran sesuatu produk. Sifat produk, aspek fizikal dan kualiti

produk merupakan faktor utama yang mempengaruhi

kecenderungan dan tabiat pembelian di kalangan pengguna (Mohd

Tarmizi. et al. , 2014).

Rajah 8.3: Skor indeks parameter teknologi perusahaan sejuk beku Malaysia

Rajah 8.4: Senarai kursus yang dihadiri oleh usahawan sejuk beku Malaysia

8.4.2.1 Indeks Fuzzy tahap penggunaan teknologi usahawan

sejuk beku: Malaysia

Merujuk graf taburan (Rajah 8.5), 13% usahawan

sejuk beku berada pada tahap penggunaan teknologi

terbaik iaitu yang mengikuti segala aspek amalan

bagi teknologi sejuk beku terkini dan dipantau

secara konsisten. Majoriti tahap penggunaan

teknologi usahawan sejuk beku Malaysia adalah

pada skala sederhana (87%). Walaupun dapatan

Page 11: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

150

menunjukkan peratusan yang kecil pada tahap

terbaik, namun mereka efisien dalam aspek amalan

teknologi formulasi, teknologi jaminan kualiti serta

teknologi pembungkusan dan pelabelan (Rujuk rajah

8.3). Ketiga-tiga indikator teknologi tersebut berada

dalam lingkungan skala 5.0 sehingga 1.0.

Rajah 8.5: Indeks penanda aras teknologi usahawan sejuk beku bagi seluruh Malaysia

8.3.3 Jurang penggunaan teknologi di kalangan usahawan sejuk beku

Secara umumnya terdapat perbezaan jurang di antara usahawan

yang mendapat skor tertinggi dengan skor terendah berdasarkan

penggunaan teknologi yang dipraktikkan. Namun jurang teknologi

yang wujud adalah bagi makanan konvinean sejuk beku adalah

endah dengan nilai 0.25. Nilai perbezaan yang rendah ini

membuktikan penggunaan teknologi adalah seragam di kalangan

usahawan sejuk beku. Secara purata nilai indeks tahap

penggunaan teknologi adalah pada 0.458 yakni pada tahap

sederhana.

Jika dilihat dari setiap teknologi yang dinilai, jurang

teknologi yang paling ketara ialah teknologi logistik serta

teknologi penyejukan dan peyimpanan. Sebagai contoh: pengusaha

produk pau dan karipap frozen (kategori ready to eat to cook)

kurang menggunakan teknologi logistik kerana aliran pemasaran

bagi produk ini adalah sangat mudah iaitu melibatkan penggunaan

teknologi yang ringkas (minimal technology). Teknologi logistik

penting dalam memastikan sesuatu produk berada pada tempat

dan waktu yang tepat untuk memenuhi permintaan pengguna

tanpa menyebabkan stok yang berlebihan atau kekurangan. Aliran

rantaian bekalan produk sejuk beku mereka tidak melibatkan

kumpulan orang tengah atau rantaian yang lebih besar. Produk

Page 12: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

151

yang telah siap terus diambil oleh pekerja (runner) dan terus

dihantar ke kedai-kedai berdekatan.

Rajah 8.6: Jurang teknologi keseluruhan dan setiap indikator bagi perusahaan sejuk

beku Malaysia.

8.3.3.1 Analisis faktor

Terdapat empat (4) komponen yang terlibat dalam

faktor yang mempengaruhi penerimaan pengeluar/

usahawan untuk menggunakan teknologi moden.

Jadual 8.4: Faktor yang mempengaruhi tahap penggunaan teknologi di kalangan

usahawan sejuk beku

Faktor Statement Loading

Agensi Sokongan

Pemantauan 0.895

Khidmat nasihat 0.862

Wujud Program 0.860

Wujud Persatuan 0.800

Bantuan Teknologi 0.539

Pasaran

Kurangkan Kos Pengeluaran 0.859

Tingkat Kualiti Produk 0.824

Bersaing 0.639

Berani Ambil Risiko 0.582

Kurangkan Kebergantungan Pekerja 0.559

Teknologi

Saiz Kilang 0.875

Peralatan 0.872

ManualTeknologi 0.562

Permintaan Permintaan 0.870

Akses 0.698

% Kumulatif Varians 67.073

NOTA: nilai eigens 1 dan total variance explained > 60%

Page 13: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

152

Faktor-faktor dikategorikan berdasarkan kenyataan

masalah dalam set soalan. Faktor utama yang

mempengaruhi tahap penggunaan teknologi moden

di kalangan usahawan tani adalah sumbangan?

agensi sokongan terhadap penggunaan teknologi,

dengan nilai eigen 5.403 dan diwakili oleh lima (5)

item. Empat item yang memberi nilai korelasi yang

tinggi adalah; pemantauan (0.895), khidmat nasihat

(o.862) , wujud program(0.860) , wujud persatuan

(0.800). Dapatan ini menunjukkan usahawan sejuk

beku masih bergantung kepada agensi kerajaan

dalam menggalakkan penggunaan teknologi. Selain

itu di dalam komuniti persatuan usahawan sejuk

beku memainkan peranan dalam menjaga kebajikan.

Faktor kedua yang dilabelkan sebagai

pasaran diwakili oleh lima item. Dua item memberi

nilai korelasi yang tinggi iaitu mengurangkan kos

pengeluaran (0.859) dan meningkatkan kualiti

produk (0.824). Faktor ketiga iaitu teknologi

melibatkan tiga item dengan nisbah varians yang

rendah berbanding faktor pertama dan kedua. Di

antara item yang terlibat adalah saiz kilang (0.875),

peralatan (0.872) dan manual teknologi (0.562).

Faktor terakhir iaitu permintaan memberikan nilai

permintaan (0.870) dan Akses (0.698). Item ini

menerangkan bahawa faktor penerimaan dan akses

memberi impak positif kepada penerimaan

kumpulan pengeluar untuk penggunaan teknologi

moden.

Jadual 8.5: Analisis pekali korelasi Pearson

Pasaran Pakej teknologi

Agensi

sokongan Permintaan

Pearson Correlation 0.013 0.123 0.115 0.008

Sig. (2-tailed) 0.840 **0.050 *0.069 0.898

N 253 253 253 253

*Correlation is significant at the 0.1 level (2-tailed)

**Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed)

Page 14: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

153

Analisis ujian korelasi Pearson dilakukan bagi

melihat hubungkait yang wujud antara parameter-

parameter yang terlibat. Keputusan mendapati

hanya dua faktor sahaja yang mempunyai hubungan

positif dengan tahap penggunaan teknologi iaitu

faktor pakej teknologi dan agensi sokongan. Namun

berkolerasi dengan kadaran yang rendah.

Jadual 8.6: Analisis regresi berbilang

***, **, * signifikan pada aras 1%, 5% dan 10%

Analisis regresi berbilang kemudiannya

dijalankan untuk mengenal pasti apakah faktor -

faktor yang mempengaruhi tahap penggunaan

teknologi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat

enam faktor yang signifikan mempengaruhi tahap

penggunaan teknologi. 18.2% faktor-faktor ini

mempengaruhi tahap penggunan teknologi

manakala selebihnya dipengaruhi oleh faktor luaran

kajian. Enam faktor yang dikenalpasti mempunyai

hubungan signifikan dengan tahap penggunaan

teknologi adalah umur, pendidikan, pengalaman,

jenis entiti, margin kasar dan jumlah jualan. Empat

faktor yang berhubungan signifikan secara positif

adalah pendidikan, pengalaman, jenis entiti dan

margin kasar. Dapat disimpulkan pendidikan,

pengalaman jenis entiti dan margin kasar

menyumbang kepada tahap penggunaan teknologi

yang lebih tinggi di kalangan usahawan sejuk beku

Malaysia. Sebagai contoh, peningkatan tahap

pendidikan akan meningkatkan indeks tahap

penggunaan teknologi. Manakala dua faktor yang

berhubungan signifikan secara negatif adalah jumlah

jualan dan umur. Jelasnya usahawan sejuk beku yang

Page 15: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

154

lebih berusia didapati kurang mengamalkan

teknologi lebih moden dan begitulah sebaliknya.

Page 16: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

155

8.3.4 Impak kepada MARDI

Bahagian ini akan mengenalpasti tahap penggunaan teknologi di

kalangan usahawan bimbingan MARDI. Daripada 255 responden,

59 responden adalah terdiri daripada usahawan MARDI dengan

peratusan 23%. Manakala 77% adalah usahawan bukan MARDI

(Rajah 8.7). Analisis secara deskriptif mendapati perusahaan

produk sejuk beku dipelopori oleh wanita dengan umur minimum

adalah 21 tahun dan maksimum mencecah 78 tahun. Merujuk

kepada profail kumpulan usahawan MARDI, majoriti mempunyai

kelulusan ijazah dan ke atas adalah 40.7%. Ini menunjukkan pihak

MARDI membuat saringan dengan memilih usahawan yang

mempunyai latar belakang dalam bidang tertentu sebelum

dibimbing dan diberi kursus berkaitan makananan sejuk beku.

Kebanyakan daripada usahawan MARDI adalah mempunyai

pengalaman lebih dari 5 tahun dan ke atas iaitu dengan peratusan

(56%). Hanya 44% mempunyai pengalaman kurang dari 5 tahun.

Dapatan turut menunjukkan sejumlah 74.6% usahawan MARDI

adalah dari jenis entiti perniagaan berstatus Entreprise, Sdn. Bhd

(23.7%) dan koperasi (1.7%) (Jadual 8.7).

Majoriti berpandangan teknologi MARDI sangat membantu.

Bagi kedua-dua kategori, usahawan MARDI dan bukan MARDI,

jelasnya senario tahap penggunaan teknologi di kalangan

usahawan adalah majoriti pada skala sederhana. 17% pada skala

terbaik bagi usahawan MARDI dan 10% bagi bukan usahawan

MARDI (Rajah 8.9)

Kajian yang dijalankan juga mengenalpasti tahap

penggunaan teknologi di kalangan usahawan sejuk beku

bimbingan MARDI. Majoriti daripada usahawan MARDI berada

pada skala tahap penggunaan teknologi sederhana iaitu (83%) dan

(17%) pada skala terbaik (Rajah 8.8).

Page 17: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

156

Rajah 8.7: Usahawan MARDI dan bukan usahawan MARDI

Jadual 8.7: Profil usahawan sejuk beku di bawah bimbingan MARDI

Sosioekonomi Perincian MARDI

(n=59)

Umur Median 40 tahun

Min 21 tahun

Max 78 tahun

Jantina Lelaki 32.20%

Perempuan 67.80%

Pendidikan Sekolah Rendah 3.40%

Sekolah Menengah (SRP/PMR) -

Sekolah Menengah (SPM) 25.40%

Diploma/STP 28.80%

Ijazah dan ke atas 40.70%

Lain-lain 1.70%

Pengalaman < 5 tahun 44%

5 - 10 tahun 29%

10 - 15 tahun 3.30%

15 - 20 tahun 20.30%

> 20 tahun 3.40%

Jenis Entiti Enterprise 74.60%

Sdn Bhd 23.70%

Koperasi 1.70%

Rajah 8.8: Indeks tahap penggunaan teknologi bagi usahawan MARDI

Page 18: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

157

Rajah 8.9: Persepsi sejauh mana teknologi MARDI membantu dan kos efisien

Jadual 8.8: Analisis regresi

Bagi mengukuhkan hasil dapatan, seterusnya dijalankan

ujian regrasi. Merujuk kepada Jadual 8.8; jelasnya bagi usahawan

bimbingan MARDI hanya dua komponen faktor sosioekonomi yg

mempunyai hubungan signifikan terhadap indeks penggunaan

teknologi di kalangan usahawan bimbingan MARDI iaitu

pengalaman dan margin kasar. Sebagai contoh, peningkatan

pengalaman akan meningkatkan indeks tahap penggunaan

teknologi, begitulah sebaliknya.

8.5 SARANAN

Usahawan sejuk beku di Malaysia perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan

dan menghadiri kursus berkaitan teknologi penyejukan (freezing) dan

penyimpanan. Mereka harus memahami konsep penyejukan juga suhu yang

sepatutnya bagi setiap jenis produk sejuk beku dalam memastikan ketahahanan

produk. Justeru setiap produk haruslah bersesuaian dengan suhu serta tempoh

jangka hayat. Selepas produk melepasi aspek pemprosesan, kaedah yang paling

penting adalah penyejukan dan seterusnya penyimpanan. Peranan pihak

berkaitan misalnya MARDI dan agensi lain, perlu lebih giat menyediakan kursus

berkaitan bagi penyelesaian kepada masalah ini. Di samping itu, dapat

membantu usahawan meluaskan pasaran produk dan terjamin aspek kualiti.

Page 19: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

158

8.6 RUMUSAN

Secara keseluruhannya tahap penggunaan teknologi di kalangan usahawan sejuk

beku adalah pada skala sederhana. Jurang teknologi yang agak kecil (0.25)

membuktikan keseragaman amalan penggunaan teknologi dan komposit indeks

menghampiri skala terbaik (0.458). Di antara indikator teknologi yang dikenal

pasti perlu diberi penekanan adalah ‘Teknologi Pemprosesan’. Komponen yang

dikenalpasti kurang memuaskan adalah teknik ‘freezing’. Usahawan sejuk beku

harus melengkapkan diri dan memahami teknik yang paling utama bagi

memastikan produk bersesuaian dengan suhu, berkualiti dan selamat. Enam

faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penggunaan

teknologi ialah umur, pendidikan, pengalaman, jenis entiti, margin kasar dan

jumlah jualan adalah mempengaruhi tahap penggunaan teknologi.

Bagi bahagian impak kepada MARDI; dapat dirumuskan tahap

penggunaan teknologi di kalangan usahawan sejuk beku di bawah bimbingan

MARDI berada pada skala sederhana. Dua faktor yang mempunyai hubungan

signifikan secara positif dengan indeks penggunaan teknologi adalah

pengalaman dan margin kasar. Jelasnya usahawan yang lebih berpengalaman,

lebih cenderung mengunakan teknologi. Di samping itu, majoriti usahawan

(termasuk usahawan bukan di bawah bimbingan MARDI) berpendapat teknologi

daripada MARDI sangat membantu mereka dengan kos yang efisyen. Secara

keseluruhannya MARDI telah memainkan peranan yang baik dalam pemindahan

teknologi dan pengetahuan.

Penemuan kajian ini boleh dijadikan sebagai asas dalam merangka

strategi membangunkan industri makanan konvinenan terutamanya produk

sejuk beku. Saranan penambahbaikan dalam meningkatkan amalan penggunaan

teknologi dapat membantu usahawan tani mengembangkan perniagaan mereka.

Jika lebih banyak syarikat tempatan terutamanya usahawan berskala kecil dan

sederhana bergerak lebih jauh dalam rantaian nilai dengan memberi tumpuan

kepada aspek teknologi untuk meningkatkan produktiviti masing-masing,

pembangunan usahawan asas tani dilihat mampu untuk memperbaiki taraf

hidup penduduk.

8.7 RUJUKAN

Anon. (2017). Jabatan Perangkaan Malaysia

Hendley, B. (1993). Developing product for the markets. Frozen Food Technology,

141-167

Schmidhuber, J. and Shetty, P. (2005). The Nutrition Transition To 2030: Why

Developing Countries Are Likely To Bear The Major Burden

Page 20: 8.0 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 8-Rasmuna et al.pdfTrend penggunaan produk sejuk beku di kalangan penduduk Malaysia meningkat

159

Kotler, P. (2002). Marketing Management: Analysis, Planning, Implementation

and Control. The Father of Modern Marketing

MoA. (2011). Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 (DAN). Retrieved from

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani:

http:/www.gov.my/web/guest/penerbitan

Mohd Hafizudin Zakaria, R. R. (2009). Penggunaan dan kecenderungan pengguna

terhadap makanan sejuk beku. Economic and Technology Management

Review, 83-93

Mohd Tarmizi haimid, Mohd Amirul Mukmin Abdul wahab, Rozhan Abu Dardak,

Hairazi Rahim, Sharina Shamsudin Dan Mohd Nizam Mohd Nizat. (2014).

Consumer Affinity For Frozen Traditional Cakes in Selangor. Economic

and Technology Management Review. Volume 9a(2014) : 81-89

Raja Maimon Raja Yusof, N. A. (2010). Penerimaan Produk Bumiputera di

Hypermarket. Maktab Koperasi Malaysia, 39

Laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Dimuat turun pada 2

Disember ,2017. Dari website: http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/garis-

panduan-skim-pensijilan-gmp/

Sharina Shamsudin, Rozhan Abu Dardak, Mohd Nizam Mohd Nizat dan Suwardi

Afandi Ahmad. Economic and Technology Management Review. Volume

9b(2014). 163-170

Zadeh, L. (1965). Fuzzy sets. Information and Control 8(3): 338 – 353