prosedur pemeriksaan untuk pengeluaran sijil...
TRANSCRIPT
1
PROSEDUR PEMERIKSAAN UNTUK PENGELUARAN
SIJIL FITOSANITASI DURIAN SEJUK BEKU
YANG DIEKSPORT KE CHINA
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Jabatan Pertanian
2019
2
KATA PENGANTAR
Prosedur Pemeriksaan ini adalah bertujuan untuk menjadi panduan dan rujukan kepada Pegawai
Pemeriksa berhubung kerja-kerja pemeriksaan dan pengeluaran Sijil Fitosanitasi serta sebagai
panduan kepada Agen/ Pengeksport/ Individu yang ingin memohon Sijil Fitosanitasi bagi
pengeksportan durian sejuk beku ke China.
Disemak dan diluluskan untuk penggunaan,
.....................................................................
Dato’ Jamal Harizan bin Yang Razali
Ketua Pengarah Pertanian
Jabatan Pertanian
Tarikh: ................................................ ........
3
Isi Kandungan 1.0 PENGENALAN .................................................................................................................................... 4
2.0 OBJEKTIF ............................................................................................................................................ 4
3.0 SYARAT-SYARAT PENGEKSPORTAN DURIAN SEJUK BEKU KE NEGARA CHINA .................................. 5
3.1 Sumber Durian .............................................................................................................................. 5
3.2 Fasiliti Pemprosesan ..................................................................................................................... 5
3.3 Rawatan Kuarantin ........................................................................................................................ 5
3.4 Pembungkusan dan pelabelan ...................................................................................................... 6
4.0 PEMERIKSAAN KONSAINAN DURIAN SEJUK BEKU KE NEGARA CHINA ............................................. 6
4.1 Syarat pemeriksaan ....................................................................................................................... 6
4.2 Pemeriksaan dan pengesahan dokumen ...................................................................................... 6
4.3 Pengesahan identiti dan integriti konsainan ................................................................................ 7
4.4 Pemeriksaan visual ........................................................................................................................ 7
4.4.1 Pengesanan kehadiran perosak ............................................................................................ 7
4.4.2 Pengesahan pematuhan kepada peraturan fitosanitasi ....................................................... 8
4.5 Sampel untuk ujian makmal .......................................................................................................... 8
5.0 KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KONSAINAN UNTUK EKSPORT ............................................................. 8
6.0 PENYEDIAAN SIJIL FITOSANITASI ..................................................................................................... 10
7.0 NOTIFIKASI KETIDAKPATUHAN ....................................................................................................... 10
LAMPIRAN 1: FORMAT LABEL BUNGKUSAN DURIAN SEJUK BEKU KE CHINA............................................. 12
LAMPIRAN 2: JADUAL HYPERGEOMETRIC .................................................................................................. 13
LAMPIRAN 3: FORMAT LABEL SAMPEL UNTUK UJIAN MAKMAL ................................................................ 15
LAMPIRAN 4: FORMAT SURAT PENOLAKAN PENGELUARAN SIJIL FITOSANITASI UNTUK KONSAINAN
EKSPORT ...................................................................................................................................................... 16
LAMPIRAN 5: CONTOH SIJIL FITOSANITASI UNTUK EKSPORT DURIAN SEJUK BEKU KE CHINA .................. 17
LAMPIRAN 6: CONTOH SIJIL KESIHATAN ..................................................................................................... 18
LAMPIRAN 7: CONTOH SIJIL GMP ............................................................................................................... 19
LAMPIRAN 8: CONTOH SIJIL MYGAP ........................................................................................................... 21
LAMPIRAN 9: FORMAT SURAT PENGESAHAN FASILITI PEMPROSESAN BAGI SYARIKAT LAIN YANG
MENGEKSPORT PRODUK DARIPADA FASILITI PEMPROSESAN YANG DILULUSKAN.................................... 22
LAMPIRAN 10: CARTA ALIR PROSES RAWATAN CECAIR NITROGEN UNTUK BUAH DURIAN SEJUK BEKU
(WHOLE FRUIT) KE CHINA ........................................................................................................................... 23
LAMPIRAN 11: SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN ......................................................................................... 24
4
1.0 PENGENALAN
Malaysia telah memperolehi laluan pasaran untuk pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk
pes (frozen durian paste) dan ulas (frozen durian pulp) pada tahun 2007. Melalui proses rundingan
dengan kerajaan negara China, pada tahun 2018 Malaysia telah berjaya mendapat kebenaran untuk
mengeksport buah durian sejuk beku dalam bentuk biji (frozen durian whole fruit).
Malaysia komited dalam memastikan hanya durian premium yang bebas daripada perosak dan
penyakit serta tidak mempunyai simptom dan tanda-tanda (sign) serangan perosak dan penyakit
sahaja yang akan dibenarkan untuk dieksport ke China. Pemeriksaan terhadap produk akhir (end
point inspection) perlulah dilakukan secara teliti bagi memastikan tiada buah yang berperosak dan
berpenyakit dieksport ke China bagi mengelakkan penyebaran perosak dan penyakit serta menjaga
laluan pasaran yang telah diluluskan.
2.0 OBJEKTIF
Objektif Prosedur ini adalah seperti berikut :
i. Sebagai panduan kepada semua Pegawai Pemeriksa yang menjalankan pemeriksaan dan
pengeluaran Sijil Fitosanitasi untuk pengeksportan durian sejuk beku ke China;
ii. Panduan kepada Pengeksport yang ingin memohon Sijil Fitosanitasi bagi pengeksportan
durian sejuk beku ke China.
5
3.0 SYARAT-SYARAT PENGEKSPORTAN DURIAN SEJUK BEKU KE NEGARA
CHINA
3.1 Sumber Durian
Buah durian perlulah diperolehi daripada ladang yang telah mendapat perakuan Amalan Pertanian
Baik (MyGAP) Jabatan Pertanian (DOA) serta mengamalkan Pengurusan Perosak Bersepadu
(IPM). Bagi pengeksportan buah durian sejuk beku dalam bentuk biji, ladang durian perlu
memasang jaring bagi mengelakkan buah durian yang gugur daripada terkena tanah. Buah durian
juga perlu dipastikan bebas daripada tanah serta sisa tumbuhan seperti daun atau rumput.
3.2 Fasiliti Pemprosesan
Fasiliti pemprosesan perlulah berdaftar dengan DOA dan telah diluluskan oleh General
Administration of Custom China (GACC). Fasiliti pemprosesan wajib mengamalkan Amalan
Pengilangan Baik (GMP) dan telah mendapat perakuan GMP daripada Kementerian Kesihatan
(MOH). Fasiliti pemprosesan perlu memastikan fasiliti sentiasa dalam keadaan bersih.
3.3 Rawatan Kuarantin
Buah durian yang telah dipilih perlu dibersihkan menggunakan berus dan air atau udara bertekanan
tinggi. Durian sejuk beku yang dieksport ke China mesti dirawat menggunakan kaedah rawatan
sejuk beku seperti berikut:
Bentuk ulas dan pes (tanpa kulit) - rawatan blast freezing pada suhu -30oC
selama 30 minit
Bentuk biji (dengan kulit) - rawatan cryogenic freezing pada suhu
-80oC hingga -110oC selama 60 minit
Durian sejuk beku yang telah dirawat perlulah disimpan dan diangkut (stored and transported)
pada suhu -18oC.
6
3.4 Pembungkusan dan pelabelan
Durian sejuk beku yang akan dieksport perlulah dibungkus dalam bungkusan baru dan bersih.
Setiap kotak atau bungkusan wajib dilabelkan. Format label konsainan adalah seperti di
Lampiran 1. Pengeksport wajib menggunakan format yang dilampirkan.
4.0 PEMERIKSAAN KONSAINAN DURIAN SEJUK BEKU KE NEGARA CHINA
4.1 Syarat pemeriksaan
i. Semua konsainan yang akan dieksport (kuantiti dan jenis produk yang diisytiharkan
seperti dalam permohonan) perlu berada di tempat pemeriksaan.
ii. Konsainan perlulah boleh diakses dan kesemua konsainan telah siap dirawat, dibungkus
dan dilabel.
iii. Pemeriksaan visual ke atas konsainan hendaklah dilakukan di premis fasiliti
pemprosesan yang diluluskan dan kawasan pemeriksaan lain yang telah dibenarkan oleh
DOA sahaja.
4.2 Pemeriksaan dan pengesahan dokumen
Dokumen-dokumen berikut perlu disertakan bersama permohonan Sijil Fitosanitasi. Ianya
perlulah lengkap, konsisten, tepat dan sah serta dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
i. invois - Kuantiti dan jenis produk pada invois perlulah sama dengan kuantiti di dalam
sijil fitosanitasi;
ii. packing list – Kuantiti dan jenis produk pada packing list perlulah sama dengan kuantiti
dan jenis produk di dalam sijil fitosanitasi;
7
iii. sijil kesihatan – wajib disertakan bagi durian sejuk beku ulas dan pes. Sijil kesihatan
tidak diperlukan bagi durian sejuk beku dalam bentuk biji;
iv. sijil MyGAP ladang sumber buah durian diperolehi;
v. sijil GMP fasiliti pemprosesan; dan
vi. surat pengesahan daripada fasiliti pemprosesan.
Pastikan dokumen-dokumen yang wajib disertakan mengikut jenis komoditi dan syarat yang
dikenakan, disediakan oleh pengeksport dan telah dimuatnaik ke dalam sistem myPhyto sebelum
meneruskan pemeriksaan.
4.3 Pengesahan identiti dan integriti konsainan
Periksa samada identiti dan integriti konsainan adalah sama seperti yang diisytiharkan oleh
pegeksport dalam permohonan dan dokumen sokongan yang disertakan. Pastikan kuantiti dan
status konsainan adalah tepat dan konsainan boleh dikenalpasti. Periksa seals, bungkusan, label
pada bungkusan atau lain-lain tanda yang dapat mengesahkan integriti konsainan berkenaan.
4.4 Pemeriksaan visual
Pemeriksaan visual dilakukan untuk mengesan kehadiran perosak dan kepatuhan terhadap syarat-
syarat import negara pengimport. Pastikan pemeriksaan dilakukan setelah rawatan siap dijalankan
bagi mengesahkan keberkesanan rawatan.
4.4.1 Pengesanan kehadiran perosak
Ambil sampel daripada konsainan atau lot bagi mengesan kehadiran perosak. Saiz sampel adalah
mengikut jadual hypergeometric (Lampiran 2) pada tahap keyakinan 95% dengan tahap
pengesanan 5%. Ambil sampel secara rawak dan gunakan kaedah persampelan satu peringkat
dimana keputusan untuk mengesahkan atau menolak konsainan adalah berdasarkan sampel
8
tunggal. Periksa sampel secara visual sehingga kehadiran perosak ditemui atau sehingga
keseluruhan sampel telah diperiksa.
Sampel yang diambil adalah termasuk produk dan bungkusan sampel. Sampel yang telah diperiksa
boleh dimasukkan semula ke dalam konsainan yang akan dieksport. Pemotongan sampel hanya
perlu dilakukan sekiranya terdapat tanda-tanda atau simptom kehadiran perosak.
4.4.2 Pengesahan pematuhan kepada peraturan fitosanitasi
Periksa dan sahkan samada konsainan mematuhi peraturan fitosanitasi yang ditetapkan. Rujuk
Syarat-syarat Pengeksportan Durian Sejuk Beku ke Negara China.
4.5 Sampel untuk ujian makmal
Sekiranya analisa makmal diperlukan, sampel yang dihantar untuk ujian makmal hendaklah
dibungkus dengan baik bagi mengelakkan perosak dari terlepas, dikedapkan dan dilabelkan. Label
pada sampel mestilah mengandungi maklumat terperinci termasuk nama komoditi (spesies/
varieti), saiz sampel, tempat pemeriksaan, tarikh pemeriksaan, nama dan tandatangan pegawai
pemeriksa serta tandatangan pengeksport. Format label sampel untuk ujian makmal adalah seperti
di Lampiran 3. Keputusan analisa makmal perlu dihantar ke pejabat pengeluar sijil fitosanitasi
yang berkenaan dan sesalinan kepada pengeksport.
5.0 KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KONSAINAN UNTUK EKSPORT
Setelah pemeriksaan dilaksanakan, Pegawai Pemeriksa akan membuat keputusan untuk
pengesyoran terhadap permohonan Sijil Fitosanitasi konsainan tersebut. Sekiranya tidak terdapat
kehadiran perosak pada sampel dan konsainan telah mematuhi semua syarat-syarat import negara
pengimport, pengeluaran Sijil Fitosanitasi boleh disyorkan dan konsainan boleh dieksport.
9
Sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat import negara pegimport atau terdapat
kehadiran perosak dikesan pada sampel, pegawai pemeriksa perlu mengesyorkan tindakan yang
boleh diambil terhadap konsainan. Tindakan yang boleh diambil termasuk:
i. mengarahkan rawatan semula konsainan sekiranya sesuai dan melaksanakan pemeriksaan
semula;
ii. mengarahkan pengeksport untuk memilih produk yang bebas perosak atau membersihkan
semula produk sekiranya sesuai dan melaksanakan pemeriksaan semula; atau
iii. menolak permohonan Sijil Fitosanitasi. Penolakan perlulah dibuat untuk keseluruhan
konsainan atau lot. Keputusan untuk meluluskan sebahagian daripada konsainan atau lot
hanya boleh dibuat sekiranya keseluruhan konsainan atau lot telah diperiksa. Keputusan
penolakan perlulah dimaklumkan kepada pengeksport menggunakan Surat Penolakan
Pengeluaran Sijil Fitosanitasi untuk Konsainan Eksport (Lampiran 4).
Keputusan pemeriksaan adalah berdasarkan penemuan terhadap sampel yang diambil. Sekiranya
terdapat penemuan perosak atau lain-lain kontaminasi pada konsainan, tahap toleransi yang
dibenarkan adalah seperti berikut:
i. tiada toleransi untuk kontaminasi seperti tanah daun dan sebagainya pada sampel yang
diambil;
ii. tiada toleransi untuk sebarang perosak hidup atau mati yang ditemui pada sampel yang
diambil.
iii. tiada toleransi untuk sebarang simptom dan tanda-tanda kehadiran perosak dan penyakit.
10
6.0 PENYEDIAAN SIJIL FITOSANITASI
Penyediaan Sijil Fitosanitasi adalah mengikut Prosedur Operasi Standard Sijil Fitosanitasi yang
sedang berkuatkuasa. Bagi pengeksportan durian sejuk beku ke negara China tambahan penyataan
maklumat-maklumat berikut perlu dimasukkan ke dalam Sijil Fitosanitasi:
i. Penyataan konsainan telah mematuhi syarat-syarat import Negara China. Penyataan ini
dimasukkan di ruangan “Additional Declaration”
“The consignment is in compliance with requirements described in the Protocol of
Inspection and Quarantine Requirements for the Export of Frozen Durian from Malaysia
to China”.
ii. Penyataan fasiliti pemprosesan yang diluluskan serta kaedah penyimpanan dan
penghantaran konsainan. Penyataan ini dimasukkan di ruangan “Additional Information”
“Processed at an approved processing facility – (Insert Processing Facility name)
(NPPO Registration no.: MY/DW/PF/C(XX)/XX). Stored and transported at temperature
of -18oC”.
Contoh Sijil Fitosanitasi untuk eksport durian sejuk beku dalam bentuk biji seperti di Lampiran 5.
7.0 NOTIFIKASI KETIDAKPATUHAN
Setiap konsainan yang dieksport akan diperiksa oleh pihak Kastam China di pintu masuk.
Pemeriksaan adalah merangkumi pemeriksaan dokumen, label dan pemeriksaan kuarantin.
Sekiranya berlaku ketidakpatuhan, pihak GACC akan memaklumkan kepada DOA dan
penggantungan akan dikenakan terhadap ladang durian di mana sumber durian diperolehi serta
fasiliti pemprosesan yang mengeluarkan produk durian sejuk beku berkenaan.
11
Pegawai Pemeriksa daripada DOA akan menjalankan siasatan dan mengesyorkan langkah-langkah
pembetulan kepada pemilik ladang dan fasiliti pemprosesan. Penarikan penggantungan hanya akan
dibuat selepas tindakan pembetulan diambil dan setelah kelulusan daripada GACC diperolehi.
12
LAMPIRAN 1: FORMAT LABEL BUNGKUSAN DURIAN SEJUK BEKU KE CHINA
13
LAMPIRAN 2: JADUAL HYPERGEOMETRIC
Bil. unit
dalam
lot
Tahap keyakinan 95% Tahap keyakinan 99%
Tahap pengesanan Tahap pengesanan
5 2 1 0.5 0.1 5 2 1 0.5 0.1
25 24 - - - - 25 - - - -
50 39 48 - - - 45 50 - - -
100 45 78 95 - - 59 90 99 - -
200 51 105 155 190 - 73 136 180 198 -
300 54 117 189 285 - 78 160 235 297 -
400 55 124 211 311 - 81 174 273 360 -
500 56 129 225 388 - 83 183 300 450 -
600 56 132 235 379 - 84 190 321 470 -
700 57 134 243 442 - 85 195 336 549 -
800 57 136 249 421 - 85 199 349 546 -
900 57 137 254 474 - 86 202 359 615 -
1000 57 138 258 450 950 86 204 368 601 990
2000 58 143 277 517 1553 88 216 410 737 1800
3000 58 145 284 542 1895 89 220 425 792 2353
4000 58 146 288 556 2108 89 222 433 821 2735
5000 59 147 290 564 2253 89 223 438 840 3009
6000 59 147 291 569 2358 90 224 442 852 3214
7000 59 147 292 573 2437 90 225 444 861 3373
8000 59 147 293 576 2498 90 225 446 868 3500
9000 59 148 294 579 2548 90 226 447 874 3604
10000 59 148 294 581 2588 90 226 448 878 3689
20000 59 148 296 589 2781 90 227 453 898 4112
30000 59 148 297 592 2850 90 228 455 905 4268
40000 59 149 297 594 2885 90 228 456 909 4348
50000 59 149 298 595 2907 90 228 457 911 4398
60000 59 149 298 595 2921 90 228 457 912 4431
70000 59 149 298 596 2932 90 228 457 913 4455
80000 59 149 298 596 2939 90 228 457 914 4473
90000 59 149 298 596 2945 90 228 458 915 4488
100000 59 149 298 596 2950 90 228 458 915 4499
200000 + 59 149 298 597 2972 90 228 458 917 4551
14
Contoh penggunaan jadual hypergeometric:
Pegawai Pemeriksa menerima permohonan untuk memeriksa 2000kg buah durian sejuk beku
dengan purata 2kg sebiji. Anggaran jumlah buah konsainan ialah 1000 biji buah durian sejuk beku.
Pegawai Pemeriksa memilih tahap pengesanan pada tahap 5% dengan tahap keyakinan 95%.
Melalui jadual hypergeometric, saiz sampel yang perlu diambil ialah sebanyak 57 biji buah durian.
15
LAMPIRAN 3: FORMAT LABEL SAMPEL UNTUK UJIAN MAKMAL
JABATAN PERTANIAN
BAHAGIAN BIOSEKURITI TUMBUHAN
SPESIMEN UNTUK ANALISA
TEL: 03-2030 1400 FAX: 03-2697 7164
NO. RUJUKAN
SPESIES/ VARIETI :
BAHAGIAN SAMPEL :
KUANTITI SAMPEL :
TARIKH AMBIL SAMPEL
NAMA PEGAWAI YANG MENGAMBIL SAMPEL:
ALAMAT PEJABAT :
NO TEL : TANDATANGAN :
NAMA & ALAMAT PENGEKSPORT :
NO TEL : TANDATANGAN :
TARIKH HANTAR :
NAMA TEMPAT/MAKMAL ANALISA :
TUJUAN : *ANALISA NEMATOD/VIRUS/BAKTERIA/PEROSAK/LAIN-LAIN
(Nyatakan nama saintifik/biasa)
* Pilih yang berkaitan
SATU SALINAN PERLU DIBERIKAN KEPADA PENGEKSPORT
16
LAMPIRAN 4: FORMAT SURAT PENOLAKAN PENGELUARAN SIJIL
FITOSANITASI UNTUK KONSAINAN EKSPORT
(Sila gunakan kepala surat Pejabat Pengeluar)
17
LAMPIRAN 5: CONTOH SIJIL FITOSANITASI UNTUK EKSPORT DURIAN SEJUK
BEKU KE CHINA
Processed at an approved processing facility – (Insert Processing Facility name) (NPPO Registration no.: MY/DW/PF/C(XX)/XX).
Stored and transported at temperature of -18oC
1. FROZEN DURIAN WHOLE FRUIT
18
LAMPIRAN 6: CONTOH SIJIL KESIHATAN
NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT
NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT
NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT
NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT
19
LAMPIRAN 7: CONTOH SIJIL GMP
NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT
20
NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT
21
LAMPIRAN 8: CONTOH SIJIL MYGAP
NAMA SYARIKAT
22
LAMPIRAN 9: FORMAT SURAT PENGESAHAN FASILITI PEMPROSESAN BAGI
SYARIKAT LAIN YANG MENGEKSPORT PRODUK DARIPADA FASILITI
PEMPROSESAN YANG DILULUSKAN
23
LAMPIRAN 10: CARTA ALIR PROSES RAWATAN CECAIR NITROGEN UNTUK
BUAH DURIAN SEJUK BEKU (WHOLE FRUIT) KE CHINA
24
LAMPIRAN 11: SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN
25