12.0 kajian penilaian tahap penggunaan teknologi …etmr.mardi.gov.my/content/report/2017/artikel...

27
228 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI SUBSEKTOR PERTANIAN TERPILIH KE ARAH PERTANIAN MODEN: LEMBU TENUSU NOR AMNA A’LIAH MOHAMMAD NOR 12.1 PENDAHULUAN Permintaan terhadap produk ternakan semakin meningkat di negara-negara membangun seperti negara-negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia (Thorton, 2010). Peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan populasi penduduk, proses urbanisasi, perindustrian, peningkatan pendapatan isi rumah, kebanjiran pekerja asing dan peningkatan dalam industri pelancongan (Thorton, 2010; Abu Hassan, 2015). Industri ternakan ini penting dalam memastikan jaminan bekalan makanan negara dan merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk luar bandar. Pada tahun 2014, industri ternakan yang terdiri daripada subsektor ruminan dan bukan ruminan telah menyumbang sebanyak 11.6% (RM 10.3 billion) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017) berbanding 10.4% (RM 6.9 billion) pada tahun 2013 (Perbadanan Produktiviti Malaysia, 2015). Di dalam sektor ternakan, ia terbahagi kepada 2 subsektor iaitu subsektor ruminan dan subsektor bukan ruminan. Dalam subsektor ruminan pula terbahagi kepada dua iaitu ruminan besar dan ruminan kecil. Ternakan yang tergolong dalam ruminan besar adalah lembu pedaging dan tenusu, manakala ruminan kecil adalah kambing dan bebiri. Lembu tenusu tergolong di dalam kategori ruminan besar. Pada masa ini, penternakan sektor ruminan masih di dalam skala yang kecil (Mohamed, 2007). Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ia menunjukkan kemajuan yang menggalakkan, namun masih tidak dapat memenuhi permintaan tempatan. Bagi menampung kekurangan ini, Malaysia telah mengimport sebahagian besar daripada keperluan daging lembu, kambing dan produk tenusu dari luar negara terutamanya India, Australia dan New Zealand (Nor Amna dan Hifzan, 2015). 12.2 LATAR BELAKANG Sektor ternakan di antara sumber penghasilan terpenting dalam industri pengeluaran makanan. Sektor ternakan khususnya tenusu menjadi salah satu keutamaan dalam penyelidikan untuk ditingkatkan pengeluaran bagi meningkatkan tahap sara diri (SSL) produk berasaskan tenusu. Susu segar dan produk berasaskan tenusu mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia. Penggunaannya terus meningkat setiap tahun iaitu sebanyak 18.9 juta liter pada tahun 2011 kepada 64.6 juta liter pada tahun 2017 (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2018). Penggunaan per kapita tenusu adalah 0.4 liter (2011) dan terus

Upload: others

Post on 10-Oct-2019

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

228

12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI BAGI SUBSEKTOR

PERTANIAN TERPILIH KE ARAH PERTANIAN MODEN: LEMBU TENUSU

NOR AMNA A’LIAH MOHAMMAD NOR

12.1 PENDAHULUAN

Permintaan terhadap produk ternakan semakin meningkat di negara-negara

membangun seperti negara-negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia

(Thorton, 2010). Peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan populasi

penduduk, proses urbanisasi, perindustrian, peningkatan pendapatan isi rumah,

kebanjiran pekerja asing dan peningkatan dalam industri pelancongan (Thorton,

2010; Abu Hassan, 2015). Industri ternakan ini penting dalam memastikan

jaminan bekalan makanan negara dan merupakan salah satu sumber pendapatan

bagi penduduk luar bandar. Pada tahun 2014, industri ternakan yang terdiri

daripada subsektor ruminan dan bukan ruminan telah menyumbang sebanyak

11.6% (RM 10.3 billion) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (Jabatan

Perangkaan Malaysia, 2017) berbanding 10.4% (RM 6.9 billion) pada tahun 2013

(Perbadanan Produktiviti Malaysia, 2015).

Di dalam sektor ternakan, ia terbahagi kepada 2 subsektor iaitu subsektor

ruminan dan subsektor bukan ruminan. Dalam subsektor ruminan pula

terbahagi kepada dua iaitu ruminan besar dan ruminan kecil. Ternakan yang

tergolong dalam ruminan besar adalah lembu pedaging dan tenusu, manakala

ruminan kecil adalah kambing dan bebiri. Lembu tenusu tergolong di dalam

kategori ruminan besar. Pada masa ini, penternakan sektor ruminan masih di

dalam skala yang kecil (Mohamed, 2007). Dalam tahun-tahun kebelakangan ini,

ia menunjukkan kemajuan yang menggalakkan, namun masih tidak dapat

memenuhi permintaan tempatan. Bagi menampung kekurangan ini, Malaysia

telah mengimport sebahagian besar daripada keperluan daging lembu, kambing

dan produk tenusu dari luar negara terutamanya India, Australia dan New

Zealand (Nor Amna dan Hifzan, 2015).

12.2 LATAR BELAKANG

Sektor ternakan di antara sumber penghasilan terpenting dalam industri

pengeluaran makanan. Sektor ternakan khususnya tenusu menjadi salah satu

keutamaan dalam penyelidikan untuk ditingkatkan pengeluaran bagi

meningkatkan tahap sara diri (SSL) produk berasaskan tenusu. Susu segar dan

produk berasaskan tenusu mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia.

Penggunaannya terus meningkat setiap tahun iaitu sebanyak 18.9 juta liter pada

tahun 2011 kepada 64.6 juta liter pada tahun 2017 (Jabatan Perkhidmatan

Veterinar, 2018). Penggunaan per kapita tenusu adalah 0.4 liter (2011) dan terus

Page 2: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

229

meningkat kepada 2 liter (2017) per kapita masing-masing. Walau

bagaimanapun, jumlah pengeluaran susu segar tempatan masih kecil dan perlu

ditampung menerusi susu import dengan jumlahnya mencapai kira-kira

1,541.41 juta liter pada tahun 2016. Kuantiti import susu segar sebenarnya

melebihi jumlah eksport dimana jumlah eksport adalah sebanyak 557.08 juta

liter bagi tahun 2016. Secara keseluruhannya, industri tenusu di Malaysia

sehingga kini memerlukan pergantungan kepada bekalan import bagi memenuhi

permintaan domestik. Negara banyak bergantung pada import susu dari luar

negara terutamanya negara Australia, New Zealand dan Belanda.

Justeru, dalam memberi penekanan kepada penghasilan tenusu

tempatan, sektor ini telah menjadi salah satu agenda di dalam Rancangan

Malaysia ke-11. Peruntukan sebanyak RM200 juta telah disediakan bagi inisiatif

sumber kekayaan baharu seperti penanaman jagung bijian, kelapa, durian,

sektor kulinari termasuklah juga industri tenusu. Melalui inisiatif ini, kerajaan

akan menubuhkan Lembaga Tenusu dan Ruminan bagi merancakkan

pertumbuhan dan perkembangan industri tenusu dan ruminan. Dalam

rancangan Malaysia ke-11 turut menyatakan pelaksanaan program

pembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka Mafriwal

yang berupaya mengeluarkan susu yang tinggi dan beradaptasi dengan iklim

tropika. MARDI juga akan mempertingkatkan keupayaan Pusat Embrio Haiwan

Negara di Kluang, Johor untuk menambah baik teknik pembiakan lembu tenusu

yang berproduktiviti tinggi. Selain itu, usaha menaik taraf kemudahan di Pusat

Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) akan terus dilaksanakan untuk

meningkatkan pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran susu. Selain itu,

PPIT akan beroperasi sebagai inkubator untuk meningkatkan keupayaan ahli

koperasi dalam pemprosesan produk berasaskan tenusu. Operasi pemasaran

dan pengedaran susu di PPIT akan dipajak secara berperingkat kepada koperasi

tenusu.

Dalam ternakan ruminan, penternak lembu tenusu menerima

pendapatan tertinggi. Walau bagaimanapun, pendapatan yang diterima adalah

berbeza bergantung kepada tahap produktiviti dan bilangan lembu tenusu

(Jadual12.1).

Jadual 12.1: Purata pendapatan penternak ruminan Ternakan Ruminan RM

Lembu Daging* 800 - 9,000

Lembu Tenusu* 2,790 - 32,450

Kerbau* 900 - 10,000

Kambing/Bebiri** 1,250 - 12,000

Nota: *20-200 ekor , ** 50-500 ekor

Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Page 3: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

230

Tidak dinafikan, walaupun sumbangan industri tenusu kepada Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kecil, ini tidak bermakna industri ini tidak

menguntungkan. Sebenarnya industri ini tetap menguntungkan terutamanya

kepada penternak-penternak lembu tenusu yang berskala sederhana dan besar.

Dianggarkan sehingga kini sekurang-kurangnya 80% daripada penternak lembu

tenusu di Malaysia menjalankan perusahaan secara berskala kecil.

Terdapat pelbagai jenis baka-baka lembu tenusu. Antaranya ialah

Holstein Frisien, Brown Swiss, Guernsey, Aryshire, Jersey dan Jersey Frisien

(Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2010). Antara baka-baka lembu tenusu ini,

lembu tenusu Holstein Frisien merupakan baka yang paling banyak

menghasilkan susu dengan pengeluaran selaktasi 9,830 liter dan peratus lemak,

3.7% serta protein, 3.2%. Sistem penternakan lembu tenusu di Malaysia

terbahagi kepada tiga sistem iaitu sistem intensif, separa intensif dan integrasi.

Sistem intensif mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan secara

komersial (Azizan dll., 1992). Pengurusan ternakan tenusu terbahagi kepada dua

iaitu pengurusan ibu dan juga pengurusan anak.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (2016), kebanyakan negara-

negara yang menjadi pengeluar utama susu seperti Australia, USA, New Zealand

dan sebagainya mengamalkan teknologi pengeluaran susu secara intensif yang

mana ketidakcekapan diminimakan manakala kecekapan pengeluaran susu

dimaksimakan. Umumnya, cabaran utama industri tenusu negara adalah untuk

mendapatkan baka lembu tenusu yang berprestasi tinggi setanding dengan baka-

baka yang terdapat di benua Eropah mahupun Oceania yang boleh beradaptasi

dengan cuaca dan iklim tropika di Malaysia. Malangnya, ini adalah merupakan

halangan utama kepada Malaysia untuk menjadi pesaing kepada negara-negara

kuasa besar industri susu terutamanya di rantau Asia. Oleh kerana kesukaran

mendapatkan baka lembu tenusu berprestasi tinggi yang boleh beradaptasi

dengan iklim tropika, maka penternak-penternak secara majoritinya telah

memilih pendekatan sistem penternakan secara semi intensif sebagai pilihan

utama.

Secara keseluruhannya, teknologi memainkan peranan penting terhadap

kecekapan dan juga produktiviti bagi setiap komoditi pertanian dan sekali gus

dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Berdasarkan kajian yang

dilakukan oleh Raziah dll. (2010), lembu tenusu berada pada tahap kecekapan di

bawah keanjalan 1 (ε<1) yang membawa maksud komoditi ini mengalami

pulangan mengikut skala yang berkurangan (diminishing return to scale). Ini

bermakna teknologi semasa yang digunakan telah melepasi tahap maksimum

dan memerlukan kepada pengenalan teknologi baru.

Page 4: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

231

12.3 METODOLOGI KAJIAN

Penilaian kajian dibuat secara empirikal melalui kutipan dan analisis data-data

sekunder dan primer secara kuantitatif dan kualitatif. Data dan maklumat

sekunder berkaitan populasi, import, eksport, penggunaan dan tahap sara diri

bagi ternakan lembu tenusu diperoleh daripada Kementerian Industri Asas Tani

dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia manakala data primer

diperoleh dengan menggunakan beberapa pendekatan. Antaranya ialah:

1. Lawatan ladang bagi mendapat gambaran sebenar operasi ladang.

2. Bancian (survei) dilaksanakan secara temu bual bersemuka dengan

responden menggunakan borang soal selidik berstruktur yang dijalankan oleh

pembanci (enumerator) yang terdiri daripada kakitangan MARDI dan JPV.

Antara data dan maklumat primer yang dikumpul ialah (maklumat lanjut

berkenaan soalan kaji selidik di Lampiran 1):

i. Profil penternak atau pengusaha perusahaan/perniagaan;

ii. Penggunaan teknologi

iii. Data teknikal, input dan output

iv. Pemasaran

v. Produk berkaitan ternakan lembu tenusu

vi. Penilaian penternak terhadap penggunaan teknologi

vii. Masalah umum dan halangan yang dihadapi oleh penternak atau

pengusaha

Bancian (survei) dilakukan dengan menggunakan kaedah pensampelan

tertuju (purposive sampling). Dengan kerjasama daripada Jabatan Perkhidmatan

Veterinar Malaysia, sebanyak 127 ladang ternakan lembu tenusu telah dipilih di

seluruh Semenanjung Malaysia (Jadual 12.2). Pemilihan responden adalah

berdasarkan kepada 3 skala penternakan iaitu skala kecil (kurang daripada 30

ekor lembu tenusu), skala semi komersial (30 hingga 50 ekor lembu tenusu) dan

skala besar (lebih daripada 50 ekor lembu tenusu).

Page 5: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

232

Jadual 12.2: Kriteria pemilihan ladang ternakan lembu tenusu (anggaran responden)

Negeri Kecil Semi Kormesial Komersial Jumlah Mengikut Negeri

Johor 18 5 2 25

Kedah 5 1 1 7

Kelantan 3 0 0 3

Melaka 7 2 2 11

N.Sembilan 8 3 2 13

Pahang 4 0 6 10

Perak 25 5 5 35

Perlis 1 0 0 1

Selangor 8 4 4 16

P.Pinang 5 0 0 5

Terengganu 1 0 0 1

Jumlah Mengikut Skala 85 20 22 127

12.3.1 Analisis data

Data-data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis dengan

menggunakan kaedah statistik perihalan dan deskriptif. Petunjuk

keberkesanan teknologi diwujudkan berdasarkan parameter

teknikal dan ekonomi yang berkait rapat dengan produktiviti dan

kecekapan pengeluaran. Bagi melihat tahap penggunaan teknologi

penternakan lembu tenusu, kaedah model logik kabur (Fuzzy Logic

Model - FLM) digunakan. Model logik kabur (FLM) ini pada asalnya

telah diperkenalkan pada tahun 2011 oleh Kale dan Karaman. Ia

merupakan model matematik yang membangunkan petunjuk-

petunjuk wajar ke atas subjek yang diukur (Rabu et al. 2016). Di

dalam kajian ini, subjek yang diukur adalah teknologi-teknologi

yang digunakan oleh penternak iaitu terdiri daripada 8 penanda

aras teknologi ternakan lembu tenusu iaitu akreditasi, teknologi

perumahan atau lebih mudah dikenali dengan kandang, teknologi

pembiakan dan pembiakbakaan, teknologi pengurusan ternakan,

teknologi pengurusan kesihatan dan bio-sekuriti, teknologi

kawalan perosak dan bau, teknologi dalam pengurusan sisa ladang,

dan teknologi pemerahan susu.

Parameter ini dinilai berdasarkan wajaran yang

dibangunkan berpandukan teknik atau amalan yang digunakan

oleh pakar ataupun merujuk kepada manual penternakan MARDI.

Indeks tahap pencapaian teknologi di kalangan penternak lembu

tenusu dikelaskan kepada 3 kategori iaitu:

Page 6: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

233

i. Indeks tahap teknologi baik/moden > 0.6

ii. Indeks tahap teknologi sederhana/sederhana moden 0.3 > x

< 0.6

iii. Indeks tahap teknologi rendah <0.3

Bagi setiap amalan teknologi (parameter) tersebut, indeks

yang menghampiri nilai 1 menunjukkan amalan teknologi yang

semakin lengkap dan moden manakala indeks yang menghampiri

nilai 0 menunjukkan amalan teknologi yang rendah ataupun

konvensional.

Analisis lanjut model logik kabur atau Model Fuzzy

diperkukuhkan dengan melihat hubung kaitnya dengan faktor-

faktor sosioekonomi. Analisis korelasi dan regresi di antara nilai

model logik kabur dengan analisis faktor masalah pengusaha dan

latar belakang responden. Untuk itu, beberapa analisis berkaitan

faktor-faktor sosioekonomi dilakukan untuk menyokong tahap

penggunaan teknologi pengusaha. Faktor-faktor sosioekonomi

yang digunakan akan dianalisis lanjut dengan melakukan korelasi

dan regresi berbilang untuk perkara-perkara berikut iaitu jantina,

umur, pendidikan, persatuan, pengalaman, entiti, status, kursus,

pekerja dan masalah.

Analisis faktor akan dijalankan bagi mengenalpasti apakah

faktor-faktor/masalah utama yang berkaitan dengan perusahaan

lembu tenusu ini. Analisis korelasi turut dilakukan untuk melihat

hubungan di antara nilai model logik kabur dengan faktor-faktor

sosioekonomi dan analisis regresi dilakukan bagi nilai korelasi

yang signifikan dengan nilai model logik kabur yang

mempengaruhi penggunaan teknologi di kalangan pengusaha

lembu tenusu.

12.4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

12.4.1 Demografi penternak lembu tenusu

Jadual 12.1 dibawah menunjukkan bahawa kebanyakan penternak

lembu tenusu ialah lelaki (92%) manakala selebihnya adalah

wanita. Dapatan kajian ini jelas membuktikan bahawa ternakan

lembu tenusu bukan mudah untuk dilaksanakan dan memerlukan

beberapa kriteria-kriteria yang penting seperti tenaga, kepakaran

dan kesabaran yang tinggi. Ketiga-tiga kriteria ini dilihat lebih

Page 7: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

234

dekat dengan golongan lelaki. Secara tidak langsung, ternakan

lembu tenusu ini lebih didominasi oleh lelaki berbanding wanita.

Dapatan ini dilihat selari dengan semua aktiviti pertanian dan

penternakan di Malaysia yang lebih didominasi oleh lelaki.

Sebahagian kecil golongan wanita yang terlibat dengan ternakan

lembu tenusu dilihat didorong atas dua faktor utama. Faktor-

faktor yang ingin dinyatakan ini adalah berdasarkan kepada

maklum balas yang diterima daripada penternak semasa kajian ini

sedang berjalan. Yang pertama adalah wanita yang mempunyai

minat yang mendalam terhadap industri ini, manakala yang kedua

adalah sebagai penyambung warisan keluarga kerana ada di

kalangan wanita yang membesar dengan hasil titik peluh bapanya

yang menjadi penternak dan menjual susu lembu.

Rajah 12.1: Jantina penternak lembu tenusu

Jadual 12.3 di bawah menunjukkan maklumat umur dan

pengalaman penternak lembu tenusu yang mana secara umumnya,

purata umur penternak lembu tenusu adalah 45 tahun. Ini

menunjukkan bahawa majoriti daripada penternak lembu sedang

berada dalam kategori usia lebih muda berbanding dengan sektor-

sektor pertanian lain seperti padi. Namun begitu, bagi memastikan

kelestarian industri tenusu negara, beberapa usaha yang telah

dijalankan oleh kerajaan melalui agensi-agensi yang berkaitan bagi

menarik minat golongan belia menceburi bidang ini yang ternyata

memberikan pulangan yang berbaloi

Sementara itu, pengalaman penternak dalam ternakan lembu

tenusu pula secara puratanya adalah 16 tahun, dengan pengalaman

N=115

Page 8: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

235

minimum adalah selama 2 tahun manakala pengalaman maksimum

adalah selama 52 tahun. Hasil kajian ini dapat memberi sedikit

petunjuk bahawa majoriti daripada penternak memiliki pengalaman

lebih dari 10 tahun dalam ternakan lembu tenusu. Secara amnya,

berdasarkan kepada pengalaman yang dimiliki, penternak lembu

tenusu boleh diklasifikasikan sebagai penternak yang mahir

menurut sumber dari Kementerian Sumber Manusia (KSM) kerana

pengalaman yang dimiliki melebihi 10 tahun.

Jadual 12.3: Umur dan pengalaman penternak lembu tenusu Umur (Tahun) Pengalaman (Tahun)

Purata (Mean) 44.92 16.44

Sisihan piawai 12.69 11.76

Minimum 22 2

Maksimum 72 52

N 112 108

Rajah 12.2 di bawah menunjukkan maklumat keahlian

penternak lembu tenusu dalam persatuan. Kajian mendapati, 61%

daripada penternak telah melibatkan diri dalam persatuan tenusu

di negeri ataupun daerah masing-masing. Manakala selebihnya

tidak menganggotai mana-mana persatuan tenusu. Justeru itu,

keahlian dalam persatuan adalah penting kerana ia memberi

kebaikan kepada penternak kerana ia boleh dijadikan sebagai satu

platform atau landasan terbaik bagi berkongsi isu-isu dan

permasalahan setempat yang timbul. Malah, keahlian dalam

persatuan juga boleh dijadikan sebagai medan perhubungan

antara penternak baharu yang ingin menimba ilmu dan

pengalaman dengan penternak yang lebih berpengalaman ataupun

senior.

Selain dari itu, antara lain-lain kebaikan yang diperolehi

penternak apabila menganggotai keahlian dalam persatuan adalah

kebajikan mereka lebih terjamin. Kebiasaannya, fungsi persatuan

adalah memberikan khidmat nasihat berkaitan ternakan kepada

penternak, membantu memasarkan susu, memberi khidmat

nasihat dari segi urusan dokumentasi kepada penternak yang

ingin menambah modal menerusi pinjaman dan lain-lain fungsi

lagi.

Page 9: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

236

Rajah 12.2: Keahlian penternak lembu tenusu dalam persatuan

Rajah 12.3 dibawah menunjukkan maklumat tahap

pendidikan penternak lembu tenusu di mana kajian mendapati,

majoriti daripada penternak mendapat tahap pendidikan sekolah

menengah (66%), manakala selebihnya Diploma/STPM (17%),

Ijazah dan ke atas (11%) dan sekolah rendah (6%). Seperti yang

telah sedia maklum, majoriti tahap pendidikan di kalangan

penternak lembu tenusu adalah pada tahap sederhana iaitu

peringkat SPM.

Dengan perkembangan dunia yang semakin pantas

ditambah pula dengan tercetusnya revolusi industri 4.0, tahap

pendidikan menjadi sandaran utama kepada penternak bagi

mendepani cabaran ini. Dianggarkan penternak-penternak yang

memiliki tahap pendidikan SPM dan ke atas memiliki sedikit

kelebihan berbanding dengan penternak-penternak yang memiliki

tahap pendidikan SPM dan ke bawah. Dapatan kajian ini telah

disokong melalui perbincangan secara langsung dengan

penternak-penternak semasa kajian sedang dijalankan di

lapangan.

Bagi tujuan mencapai kelestarian industri tenusu negara,

tahap pendidikan dianggap merupakan salah satu antara elemen

yang penting dalam mengoptimumkan produktiviti sesebuah

perusahaan. Kebanyakan pakar-pakar dalam ilmu pengurusan

seperti Dale Carnegie, Richard L. Daft, Chester Barnard dan lain-

lain lagi bersetuju bahawa secara teknikalnya, semakin tinggi

tahap pendidikan, ini bermakna kebarangkalian untuk penternak

lebih berjaya adalah tinggi. Dapatan kajian ini didapati selari

N=115

Page 10: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

237

apabila melalui ujian korelasi yang telah dijalankan menunjukkan

semakin tinggi tahap pendidikan seseorang penternak, semakin

tinggi tahap teknologi yang diamalkan dalam ternakan lembu

tenusu.

Rajah 12.3: Tahap pendidikan penternak lembu tenusu

Rajah 12.4 dibawah menunjukkan maklumat pekerjaan

utama penternak lembu tenusu. Kajian mendapati 89% daripada

penternak menjadikan ternakan lembu tenusu sebagai pekerjaan

utama manakala selebihnya sebagai pekerjaan sampingan.

Walaupun dikatakan ternakan lembu tenusu lebih sukar

diusahakan berbanding dengan ternakan ruminan yang lain,

namun, didapati adanya daya penarik dan juga keunikan dalam

komoditi ini sehingga telah dipilih sebagai punca pendapatan

utama penternak. Melalui hasil temubual, beberapa penternak

menyatakan mereka mewarisi perusahaan lembu tenusu secara

warisan daripada orang tua sehingga menyebabkan mereka jatuh

hati dengan keistimewaan industri ini walaupun dikatakan sukar

bagi sesetengah pihak untuk diusahakan.

N=114

Page 11: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

238

Rajah 12.4: Pekerjaan utama responden

Rajah 12.5 dibawah menunjukkan maklumat sistem

penternakan lembu tenusu yang diamalkan di Malaysia di mana di

dapati 61% daripada penternak mengusahakan ternakan lembu

tenusu secara semi intensif manakala selebihnya pula secara

intensif. Perbandingan sistem ternakan lembu tenusu secara

intensif dan semi intensif secara keseluruhannya adalah

berkisarkan kepada penggunaan tahap teknologi dan inovasi yang

mana sistem ternakan secara intensif melibatkan penggunaan

teknologi dan inovasi yang lebih sofistikated berbanding semi-

intensif. Walau bagaimanapun, sistem ternakan lembu tenusu

secara intensif melibatkan kos yang tinggi.

Rajah 12.5: Sistem penternakan lembu tenusu

N=114

N=114

Page 12: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

239

12.4.2 Latar belakang perusahaan lembu tenusu

Rajah 12.6 di bawah menunjukkan maklumat entiti perusahaan

ternakan lembu tenusu, yang mana didapati sebanyak 62%

daripada ladang ternakan adalah berdaftar manakala selebihnya

tidak berdaftar sebagai entiti perniagaan. Bagi ladang ternakan

lembu tenusu yang berdaftar, sebanyak 68% ladang ternakan

lembu tenusu didaftarkan sebagai entiti enterprise, manakala

syarikat Sdn. Bhd. pula sebanyak 21% dan selebihnya didaftarkan

di bawah entiti Koperasi.

Kajian mendapati, hampir 40% daripada penternak tidak

mendaftarkan perusahaan ternakan lembu tenusu mereka.

Peratusan ini boleh dikatakan agak tinggi kerana ia tidak

sepatutnya berlaku dalam era penternakan global yang semakin ke

arah digital. Tindakan tidak mendaftar premis perniagaan adalah

merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965, dan

sekiranya didapati bersalah maka penternak akan dikenakan

penalti.

Justeru itu, DVS telah memainkan peranan bagi membantu

penternak lembu tenusu mendaftarkan perusahaan mereka bagi

memudahkan sebarang urusan berkaitan geran, bantuan, insentif

dan sebagainya dapat disalurkan terus kepada penternak selain

daripada khidmat nasihat dan pemantauan berkala.

Rajah 12.6: Entiti perniagaan lembu tenusu

Rajah 12.7 di bawah menunjukkan maklumat status

pemilikan tanah penternak lembu tenusu mendapati, terdapat

N=72

Page 13: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

240

sebanyak 45% daripada penternak lembu tenusu memiliki tanah

sendiri, manakala sewa (19%), tanah rizab (10%) dan selebihnya

adalah status tanah berupa pajakan, TKPM, dan TOL. Antara

cabaran utama yang dihadapi oleh majoriti penternak lembu

tenusu di Malaysia adalah masalah pemilikan tanah yang mana

realiti masa kini nilai tanah adalah semakin mahal.

Rajah 12.7: Status pemilikan tanah ternakan lembu tenusu

Rajah 12.8 dibawah menunjukkan maklumat status

ternakan di kalangan penternak lembu tenusu. Kajian mendapati

98% daripada penternak mengusahakan ternakan lembu tenusu

secara sendiri manakala selebihnya secara kontrak. Menurut Mohd

Syauqi (2015), industri lembu tenusu di Malaysia tidak begitu

besar seperti industri ayam pedaging misalnya, maka tidak banyak

syarikat-syarikat besar yang ingin melabur dalam industri ini. Atas

alasan itu, hanya 2% sahaja penternak menjalankan ternakan

lembu tenusu secara kontrak.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), industri

tenusu di Malaysia dipelopori oleh majoriti penternak yang

mengusahakannya secara sendiri dan berskala kecil menyebabkan

kesannya adalah perkembangan industri ini sejak dari 10 tahun

kebelakang tidak banyak berubah.

N=114

Page 14: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

241

Rajah 12.8: Status ternakan lembu tenusu

12.4.3 Model Indeks Fuzzy dan jurang teknologi

Rajah 12.9 dibawah menunjukkan maklumat indikator penanda

aras teknologi lembu tenusu diterangkan dalam bentuk 'spider

web' yang mana terdapat lapan penanda aras dalam teknologi

ternakan lembu tenusu telah dibangunkan melalui kajian ini yang

merangkumi akreditasi, teknologi perumahan, teknologi

pembiakan dan pembiakbakaan, teknologi dalam pengurusan sisa

ladang, dan teknologi pemerahan susu. Model Indeks Fuzzy

menunjukkan bahawa terdapat lima penanda aras iaitu teknologi

perumahan, teknologi pengurusan ternakan, teknologi pengurusan

kesihatan dan biosekuriti ladang, teknologi kawalan perosak dan

bau dan teknologi pemerahan susu berada pada tahap teknologi

terbaik apabila masing-masing mencatatkan skor melebihi (0.6),

manakala selebihnya mencatatkan skor kurang daripada (0.6).

Secara keseluruhannya, terdapat 5 daripada 8 indikator penanda

aras teknologi ternakan lembu tenusu telah mencapai tahap

teknologi yang baik.

Dalam industri lembu tenusu negara, didapati para

penternak telah memberi penekanan yang utama dalam lima

aspek seperti yang telah dinyatakan di atas bagi tujuan

mendapatkan pengeluaran dan pulangan yang optimum. Sebagai

contoh dalam aspek perumahan, purata indeks teknologi yang

diperolehi ialah 0.747 dan dikategorikan sebagai pencapaian

teknologi pada tahap baik. Penternak didapati telah

menitikberatkan pembinaan kandang yang mempunyai ciri-ciri

pengudaraan yang baik, saiz dan ruang lantai kandang yang

N=113

Page 15: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

242

bersesuaian dengan bilangan lembu tenusu yang diternak,

penggunaan bahan berteknologi dalam membersihkan lantai

kandang di samping penyediaan ruangan khas mengasingkan

lembu tenusu bagi tujuan rawatan, pembiakan, timbangan dan

sebagainya.

Dalam aspek pengurusan ternakan, purata indeks teknologi

yang diperolehi ialah 0.682 dan dikategorikan sebagai pencapaian

teknologi pada tahap baik. Ini kerana dalam aspek ini terdapat dua

perkara asas yang dititik beratkan oleh penternak iaitu

pengurusan anak lembu dan lembu susu. Kajian mendapati, para

penternak telah memberi perhatian terhadap kedua-dua perkara

asas tersebut yang mana dalam aspek pengurusan anak lembu

yang baru lahir sebagai contoh haruslah mendapatkan keperluan

kolostrum yang secukupnya, kemudian diberi rawatan pusat,

dipasang tanda pengenalan dan seterusnya diberikan pelalian,

vaksin dan sebagainya apabila telah mencapai umur matang.

Manakala dalam aspek pengurusan lembu susu pula, para

penternak didapati telah menjalankan pemeriksaan fizikal susu

sebelum lembu dipindahkan ke dalam kumpulan pengeluaran

susu, kemudian mereka menjalankan pemeriksaan 'mastitis' ke

atas lembu susu, membekalkan makanan seimbang yang setara

dengan pengeluaran susu dan pemantauan kualiti susu seiring

dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan

Veterinar (JPV).

Dari segi pengurusan kesihatan dan biosekuriti ladang pula,

purata indeks teknologi yang diperolehi ialah 0.447 dan

dikategorikan sebagai pencapaian teknologi pada tahap sederhana.

Aspek ini sangat penting untuk diuruskan dengan baik oleh para

penternak kerana kuantiti pengeluaran dan kualiti susu adalah

amat bergantung kepada kedua-dua aspek ini. Justeru itu, para

penternak telah mengambil langkah-langkah yang sempurna

dalam memastikan tahap kesihatan ladang berada dalam keadaan

baik. Antara langkah-langkah yang dinyatakan adalah seperti

pemberian vaksin, penyediaan bilik khas bagi penyimpanan

vaksin, pemberian ubat cacing kepada lembu, dan juga

pengetahuan asas tentang simptom dan penyakit lembu susu.

Berkenaan dengan simptom dan penyakit ini, biasanya penternak

akan mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat dari Jabatan

Perkhidmatan Veterinar (JPV). Dari sudut pengurusan biosekuriti

pula, para penternak didapati telah menekankan beberapa aspek

penting dalam pengurusan biosekuriti ladang bagi mengawal dan

Page 16: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

243

mengelakkan wabak dan penyakit dari luar menular ke kawasan

kandang ternakan. Antara aspek-aspek biosekuriti yang telah

dititikberatkan oleh penternak adalah seperti kaedah disinfeksi

yang diamalkan di ladang, program kawalan penyakit lembu

terutamanya penyakit 'mastitis', pemasangan nombor pengenalan

kepada lembu, dan mempunyai jadual lawatan doktor veterinar

secara berkala di ladang.

Dari aspek kawalan perosak dan bau pula, purata indeks

teknologi yang diperolehi ialah 0.343 dan dikategorikan sebagai

pencapaian teknologi pada tahap sederhana. Para penternak

dilihat telah menjalankan beberapa kaedah dalam mengawal

serangan perosak antaranya adalah kawalan lalat dan tikus,

program kawalan bau dari tinja lembu, teknologi pelupusan

bangkai lembu, penggunaan sistem pembuangan sisa dari

ternakan, mempunyai sistem saliran atau perparitan yang

berasingan bagi aliran air hujan dan air kumbahan daripada

kandang, dan menjalankan pemprosesan tinja lembu untuk

dijadikan baja.

Dari sudut penggunaan teknologi dalam proses pemerahan

susu pula didapati purata indeks teknologi yang diperolehi ialah

0.655 dan dikategorikan sebagai pencapaian teknologi pada tahap

baik. Pemilikan tahap teknologi dikalangan para penternak dilihat

hampir setara terutama sekali bagi penternak-penternak lembu

tenusu yang berskala kecil dan sederhana. Apa yang ingin

dijelaskan adalah industri tenusu di Malaysia dipelopori oleh

pemain-pemain industri yang berskala kecil dan sederhana. Antara

pemilikan teknologi dalam proses pemerahan susu dikalangan

penternak adalah seperti mempunyai tempat pemerahan susu

berasingan dengan kandang yang bersih dan bebas kuman, sistem

teknologi pemerahan susu, dan prosedur serta amalan yang boleh

diklasifikasikan sebagai inovasi oleh penternak sebelum, semasa

dan selepas pemerahan susu dijalankan.

Page 17: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

244

Rajah 12.9: Penanda aras teknologi lembu tenusu

Rajah 12.10 di bawah menunjukkan skor Indeks Fuzzy bagi

127 ladang tenusu mendapati hampir keseluruhan persampelan

ladang tenusu berada pada skor lebih rendah dari 0.6 (<0.6). Ini

menandakan bahawa, majoriti daripada ladang tenusu di Malaysia

mengamalkan teknologi pengeluaran susu pada tahap sederhana.

Ini dapat dibuktikan bahawa lebih daripada 60% sampel kajian

ladang tenusu di Malaysia datang daripada ladang-ladang tenusu

berskala kecil yang mana tahap teknologi pengeluaran susu yang

diamalkan di kebanyakan ladang-ladang ini adalah paling minima

manakala selebihnya lebih selesa menjalankan proses

mengeluarkan susu secara tradisional berdasarkan kepada

pengalaman yang dimiliki.

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati, tahap

teknologi pengeluaran susu yang diamalkan dari kalangan

sebahagian besar ladang-ladang tenusu berada pada tahap

sederhana (87.8%), manakala selebihnya berada pada tahap yang

tinggi. Kebanyakan ladang-ladang tenusu yang berskala besar

secara umumnya mengamalkan tahap teknologi yang tinggi bagi

mendapatkan pengeluaran susu yang paling optimum. Secara

jelasnya, kajian ini juga tidak menjumpai ladang tenusu yang

Page 18: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

245

mengamalkan tahap teknologi rendah dalam operasi pengeluaran

susu.

Rajah 12.10: Taburan Indeks Fuzzy lembu tenusu

Rajah 12.11 dibawah menunjukkan jurang teknologi

pengeluaran lembu tenusu mendapati terdapat indikator-indikator

seperti teknologi perumahan, teknologi pengurusan ternakan,

teknologi pengurusan kesihatan dan biosekuriti ladang, teknologi

kawalan perosak dan bau, dan teknologi pengurusan sisa ladang

menunjukkan jurang teknologi yang tinggi. Jurang teknologi yang

tinggi ini berlaku disebabkan oleh variasi yang tinggi terhadap

tahap amalan teknologi antara penternak dalam satu-satu

indikator tersebut.

Page 19: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

246

Label Parameter Min Mak Jurang Teknologi

A Akreditasi 0.03 0.29 0.26

B Teknologi pembiakan/pembiakbakaan 0.06 0.49 0.43

C Teknologi pemerahan susu 0.31 0.84 0.53

D Teknologi pengurusan sisa ladang 0.04 0.72 0.68

E Teknologi perumahan 0.31 1.00 0.69

F Teknologi pengurusan kesihatan dan

biosekuriti ladang

0.14 0.91 0.77

G Teknologi pengurusan ternakan 0.18 0.99 0.81

H Teknologi kawalan perosak dan bau 0.01 0.84 0.83

Rajah 12.11: Jurang teknologi pengeluaran lembu tenusu

12.4.4 Hubung kait faktor-faktor sosioekonomi dan indeks teknologi (analisis faktor, korelasi dan regresi)

Analisis lanjut model logik kabur (Model Fuzzy) dijalankan dengan

menjalankan beberapa ujian statistik dan ekonometrik bagi

melihat sejauh mana hubung kaitnya dengan faktor-faktor

sosioekonomi penternak lembu tenusu di Malaysia. Untuk itu,

beberapa analisis berkaitan faktor-faktor sosioekonomi akan

dijalankan bagi menyokong tahap penggunaan teknologi

dikalangan penternak. Faktor-faktor sosioekonomi ini akan

dijadikan sebagai pembolehubah bagi menjalankan beberapa

analisis lanjutan seperti ujian korelasi dan regresi berbilang.

Pembolehubah-pembolehubah yang dimaksudkan seperti jantina,

umur, pendidikan, persatuan, pendidikan, pengalaman, sistem

ternakan (intensif atau semi-intensif), entiti perniagaan, kursus,

pekerja dan masalah.

Page 20: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

247

Bagi faktor sosioekonomi yang berkaitan dengan masalah

yang dihadapi oleh penternak, analisis faktor dilakukan bertujuan

mendapatkan faktor-faktor masalah utama berkaitan dengan

ternakan lembu tenusu. Ujian realibility dijalankan ke atas 39 item

dan selepas dianalisis, 10 item dibuang dan hanya 29 item sahaja

yang di gunakan dengan nilai Cronbach's Alpha diperolehi adalah

0.824. Analisis ini dijalankan dengan membuang beberapa item

yang tidak signifikan dan mengulangi ujian ini beberapa kali

sehingga nilai Cronbach's Alpha yang diperolehi menjadi tetap.

Kemudian, item-item tinggal digunakan untuk analisis Faktor

dengan menggunakan 'varimax rotation'.

Jadual 12.4 dibawah menunjukkan ujian KMO yang

dilakukan dalam analisis faktor menunjukkan bacaan sebanyak

0.74 yang mana melebihi 0.5 iaitu nilai signifikan dalam ujian KMO

dan ujian Barlett’s juga menunjukkan ia signifikan yang

membenarkan item-item pemboleh ubah sesuai dilakukan analisis

faktor.

Jadual 12.4: Ujian KMO and Bartlett's Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy. .740

Bartlett's Test of Sphericity Approx. Chi-Square 1896.384

df 496

Sig. .000

Nota: Ujian Bartlett’s tahap signifikan p <0.000 dan Kaiser-Meyer-Olkin ukuran kecukupan pensampelan

>0.60

Terdapat enam faktor-faktor masalah seperti yang

ditunjukkan dalam jadual 12.5 dibawah yang mempengaruhi

perusahaan lembu tenusu iaitu modal, teknologi, kos operasi,

pekerja, pasaran, dan agensi yang berkaitan dengan nilai varians

sebanyak 60.6%. Faktor masalah modal merupakan faktor paling

kuat dalam mempengaruhi masalah-masalah yang dihadapi oleh

penternak lembu tenusu. Masalah modal mempunyai lapan item

yang berkaitan tentang kesukaran penternak mendapatkan modal

awalan dan juga tambahan bagi tujuan memajukan ataupun

membesarkan saiz operasi ternakan lembu tenusu.

Masalah teknologi merupakan faktor sosioekonomi kedua

yang dihadapi oleh penternak dimana akses kepada maklumat dan

teknologi baharu adalah terhad disamping kekurangan

pengetahuan tentang teknologi-teknologi terkini. Faktor yang

ketiga adalah masalah kos operasi yang dihadapi oleh penternak

Page 21: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

248

yang mana faktor harga bagi sesebuah teknologi yang tinggi

sehingga menyukarkan untuk mereka membeli teknologi tersebut.

Masalah pekerja merupakan faktor keempat yang dihadapi oleh

penternak yang mana hasil dari maklumbalas terhadap majoriti

penternak yang memiliki pekerja mendapati mereka berdepan

dengan masalah pekerja kerap berhenti dan juga pemuda-pemuda

kampung yang tiada minat menceburkan diri dalam industri

tenusu.

Masalah pasaran merupakan faktor kelima yang mana

mereka sukar untuk mendapatkan maklumat pasaran dan tidak

banyak saluran pasaran yang tersedia. Faktor masalah dari agensi

yang berkaitan merupakan masalah keenam yang telah dikenal

pasti apabila terdapat sebilangan penternak berhadapan dengan

kesukaran mendapatkan khidmat nasihat pegawai veterinar di

daerah masing-masing dengan segera terutamanya apabila

berlaku kecemasan di ladang apabila pegawai tersebut

menjalankan urusan rasmi diluar pejabat.

Jadual 12.5: Komponen matriks berdasarkan faktor Komponen

Modal Teknologi Kos Operasi Pekerja Pasaran Agensi

Syarat pinjaman

ketat

.853

Syarat kelulusan

ketat

.850

Permohonan

lambat proses

.777

Sukar diperoleh .758

Perlu cagaran

tinggi

.704

Prosedur borang

kerja rumit

.679

Jumlah diluluskan

lebih rendah

.597

Kurang modal .503

Akses maklumat

teknologi baru

terhad

.725

Kurang

pengetahuan

.699

Manual

merumitkan

.657

Teknologi

ketinggalan

.657

Tidak berani ambil

risiko

.655

Page 22: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

249

Jadual 12.5: (sambungan) Komponen

Modal Teknologi Kos Operasi Pekerja Pasaran Agensi

Teknologi sukar

diperoleh

.648

Teknologi kurang

sesuai

.558

Harga .823

Kos operasi .741

Upah tinggi .647

Kos teknologi

tinggi

.594

Sukar dapat

pekerja

.548

Kerap berhenti .841

Kurang berminat .801

Kurang latihan .786

Harga tidak stabil .842

Pasaran terhad .737

Sukar peroleh

maklumat pasaran

.711

Tidak banyak

saluran pasaran

.549

Tiada pemantauan .818

Khidmat sukar .797

Nilai Eigenvalues 7.281 3.681 3.087 1.902 1.815 1.625

Peratus

Eigenvalues

22.754 11.504 9.647 5.944 5.672 5.079

Peratus kumulatif

Eigenvalues (%)

22.754 34.259 43.906 49.850 55.522 60.601

Nota: Faktor loading >0.70, nilai eigen >1 dan jumlah varians menerangkan >60%

Jadual 12.6 dibawah menunjukkan analisis ujian korelasi

yang dijalankan bagi melihat hubungan di antara nilai indeks fuzzy

dengan faktor-faktor sosioekonomi seperti jantina, pendidikan,

sistem ternakan lembu tenusu, entiti, bilangan pekerja, kursus

yang dihadiri, masalah mendapatkan modal dan masalah kos

operasi. Hasilnya, ujian korelasi terhadap indeks fuzzy dengan

faktor-faktor sosioekonomi mendapati jantina (p<0.05),

pendidikan (p<0.01), sistem ternakan lembu tenusu (p<0.01),

entiti perniagaan (p<0.01), dan masalah mendapatkan modal

(p<0.05) menunjukkan terdapat hubungan positif dan signifikan

pada (p<0.01) dan (p<0.05), manakala pembolehubah seperti

bilangan pekerja (p<0.01) dan masalah kos operasi (p<0.01)

menunjukkan terdapat hubungan yang negatif dan signifikan. Ini

bermakna sebagai contoh, semakin tinggi tahap teknologi tenusu

Page 23: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

250

diamalkan, masa bilangan pekerja yang diperlukan akan

berkurangan.

Jadual 12.6: Korelasi di antara nilai model logik kabur dan faktor-faktor sosioekonomi Variable Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N

Jantina .222 .017** 115

Umur .038 .687 112

Persatuan .039 .675 .115

Pendidikan .383 .000*** 114

Pengalaman -.037 .704 108

Sistem (Intensif atau Semi-

intensif)

.540 .000*** 114

Entiti (Ada dan tiada

pendaftaran)

.462 .000*** 115

Tanah .145 .124 114

Status .093 .326 113

Bil Pekerja -.346 .000*** 106

Masalah Modal .227 .016** 112

Masalah Teknologi .035 .710 112

Masalah Kos operasi -.288 .002*** 112

Masalah Pasaran -.026 .783 112

Masalah Agensi .152 .110 112

** significant at 0.05 level *** significant at 0.01 level

Setelah menjalankan ujian korelasi, maka ujian seterusnya

perlu dijalankan bagi menentukan sejauh mana pembolehubah-

pembolehubah yang mewakili faktor-faktor sosioekonomi

penternak lembu tenusu berhubungan secara signifikan dengan

indeks fuzzy teknologi pengeluaran lembu tenusu. Ujian yang

dimaksudkan adalah ujian regresi berbilang. Jadual 12.7

menunjukkan bahawa terdapat lima pembolehubah bersandar

iaitu sistem penternakan, entiti, bilangan pekerja, masalah modal

dan masalah kos operasi yang mempunyai hubungan secara

signifikan dengan indeks fuzzy selaku pembolehubah bebas.

Pembolehubah sistem penternakan lembu tenusu secara

intensif yang dipilih oleh penternak menyebabkan mereka

memperolehi nilai indeks fuzzy yang tinggi berbanding dengan

sistem penternakan separa intensif. Bagi pembolehubah bilangan

pekerja menerangkan bahawa semakin tinggi indeks fuzzy yang

diperolehi maka bilangan pekerja yang diperlukan semakin

menurun. Ini adalah bertepatan dengan hukum penggunaan

teknologi, apabila semakin tinggi tahap teknologi sesebuah

perusahaan, maka bilangan pekerja mahir yang diperlukan bagi

menguruskan teknologi tersebut adalah rendah atau ianya lebih

dikenali dengan istilah 'capital intensive'.

Page 24: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

251

Sementara itu, bagi pembolehubah-pemboleh yang

mewakili faktor-faktor sosioekonomi penternak seperti masalah

modal dan masalah kos operasi menunjukkan bahawa semakin

tinggi tahap amalan teknologi oleh penternak, maka masalah

berkaitan modal juga adalah tinggi. Ini adalah rentetan daripada

sebilangan penternak lembu tenusu bermasalah bagi

mendapatkan pinjaman untuk dijadikan sebagai modal membeli

mesin-mesin dan sebagainya. Masalah kos operasi juga

mempunyai hubungan yang signifikan tetapi berhubungan secara

negatif dengan indeks fuzzy.

Jadual 13.7: Analisis regresi berganda di antara nilai logik kabur dan faktor-faktor

sosioekonomi

Unstandardized Coefficients

Standardized

Coefficients t Sig.

B Std. Error Beta

(Constant) .330 .035

9.334 .000

Jantina .024 .017 .092 1.393 .167

Pendidikan .006 .005 .094 1.262 .210

Sistem penternakan .047 .011 .325 4.465 .000***

Entiti .023 .012 .153 1.954 .054*

Bil. Pekerja -.002 .001 .146 2.051 .043**

Masalah modal .012 .005 .156 2.248 .027**

Masalah kos operasi -.020 .005 -.277 4.242 .000***

R-squared 0.626

Adjusted R-squared 0.593

F-statistics 19.041

Prob (F-statistics) 0.000

12.5 SARANAN

Berdasarkan kepada analisis indeks logik kabur (indeks fuzzy) tahap

penggunaan teknologi bagi subsektor lembu tenusu secara puratanya berada

pada tahap yang sederhana. Dengan kadar populasi penduduk Malaysia yang

semakin meningkat setiap tahun ditambah pula kawasan pertanian dan

penternakan yang semakin mengecil disebabkan oleh pembukaan kawasan-

kawasan perumahan dan perbandaran baru, maka penggunaan teknologi telah

dikenalpasti sebagai salah satu alternatif terbaik bagi mendapatkan hasil

Page 25: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

252

pengeluaran susu yang optimum. Saban tahun statistik telah menunjukkan

bahawa permintaan terhadap susu tidak pernah berkurangan, malahan semakin

meningkat. Secara tidak langsung, penggunaan teknologi sedikit sebanyak dapat

membantu menyelesaikan permasalahan ini.

Justeru itu, beberapa saranan yang ingin diketengahkan bagi menjadikan

industri tenusu negara menjadi lebih berdaya saing adalah:

i) meningkatkan kemahiran dan kefahaman kepada penternak lembu

tenusu berkenaan dengan teknologi pembiakan dan pembiakbakaan.

Hasil daripada maklumbalas secara temubual dengan kebanyakan

penternak mendapati bahawa pendedahan dan latihan amali yang

diterima berkaitan dengan teknologi pembiakan dan pembiakbakaan

adalah sangat rendah berbanding misalnya dengan latihan pengurusan

ternakan lembu tenusu.

ii) tahap akreditasi ladang ternakan lembu tenusu di Malaysia juga

didapati rendah dan ini menyukarkan urusan memasarkan susu lembu ke

pasaran domestik. Oleh itu, kajian ini menyarankan supaya ladang-ladang

lembu tenusu yang berskala kecil sehingga besar dilengkapi dengan

akreditasi-akreditasi utama yang telah diiiktiraf oleh Jabatan

Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) bagi menghasilkan susu yang berkualiti disamping mudah untuk

memasuki pasaran tempatan

iii) Selain itu, penternak juga digalakkan untuk meningkatkan amalan

teknologi terkini terutamanya dalam teknologi pengurusan sisa ladang

demi memastikan kesihatan dan persekitaran kawasan ladang dan juga

ternakan lembu tenusu di tahap yang terbaik dan memuaskan bagi

mendapatkan produktiviti pengeluaran susu yang optimum.

12.6 RUMUSAN

Secara keseluruhan, penggunaan teknologi bagi penternakan lembu tenusu

berada pada tahap yang sederhana iaitu 87.8%. Dari segi demografi dan sosial

penternak, kajian mendapati secara purata, pengalaman yang dimiliki oleh

penternak lembu tenusu adalah sekurang-kurangnya 16 tahun. Ini menunjukkan

bahawa, pengalaman yang dimiliki oleh penternak boleh diklasifikasikan sebagai

'telah matang di dalam industri' kerana menurut sumber dari Kementerian

Sumber Manusia (KSM), pekerja yang memiliki pengalaman melebihi 10 tahun

boleh diklasifikasikan sebagai pekerja mahir. Sebanyak 61% ladang ternakan

lembu tenusu yang terlibat dengan kajian didapati mengamalkan sistem

Page 26: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

253

pengeluaran lembu tenusu secara semi intensif, manakala selebihnya adalah

secara intensif. Dapatan ini menunjukkan bahawa dianggarkan sebanyak 39%

daripada ladang ternakan lembu tenusu yang mengamalkan tahap teknologi

yang baik bagi mendapatkan pengeluaran susu pada tahap yang paling optimum.

Indeks Fuzzy pula menggambarkan bahawa terdapat lima indikator

teknologi pengeluaran lembu tenusu yang menunjukkan amalan teknologi baik

dan sederhana iaitu teknologi perumahan (0.747 - Baik), teknologi pengurusan

ternakan (0.682 - Baik), teknologi pengurusan kesihatan dan biosekuriti ladang

(0.447 - Sederhana), teknologi kawalan perosak dan bau (0.343 - Sederhana) dan

teknologi pemerahan susu (0.655 - Baik). Manakala jurang teknologi bagi

pengeluaran lembu tenusu mendapati indikator-indikator seperti teknologi

perumahan (0.69), teknologi pengurusan ternakan (0.81), teknologi pengurusan

kesihatan dan biosekuriti ladang (0.87), teknologi kawalan perosak dan bau

(0.83), dan teknologi pengurusan sisa ladang (0.68) menunjukkan jurang

teknologi yang tinggi. Jurang teknologi yang tinggi ini berlaku disebabkan oleh

variasi yang tinggi terhadap tahap amalan teknologi antara penternak dalam

indikator teknologi yang dibangunkan. Jelasnya, jurang teknologi memberi

makna terdapat perbezaan pemilikan tahap teknologi antara penternak yang

memiliki teknologi pada tahap rendah dan tinggi. Jurang teknologi yang tinggi

juga boleh dikaitkan dengan kesanggupan penternak untuk membuat pelaburan

yang besar bagi medapatkan sesebuah teknologi. Sekiranya terdapat jurang

teknologi yang tinggi dalam beberapa indikator penanda aras, ia menandakan

sesebuah industri masih lagi belum matang dan kompetitif. Inilah senario yang

berlaku dalam industri tenusu negara yang tidak mengalami pertumbuhan yang

signifikan sejak hampir sedekad yang lalu.

12.7 RUJUKAN

Abu Hassan M. A. (2015). The Future of Livestock Industry in Malaysia. Scientia MARDI. Februari 2015 (vol:004), 1-3

Azizan, A.R., Mohd Shukri, H.I. dan Nordin, Y. (1992). Sistem Penternakan Lembu Tenusu Secara Intensif. Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kuala Lumpur: Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2017). Selected Agricultural Indicators, Malaysia, 2017. Diperoleh pada 05hb Mac 2018 dari https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=72&bul_id=MDNYUitINmRKcENRY2FvMmR5TWdGdz09&menu_id=Z0VTZGU1UHBUT1VJMFlpaXRRR0xpdz09

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (2010), Lembu Tenusu Panduan Pengeluaran Dara Gantian. Putrajaya: Malaysia

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (2018), Perangkaan Ternakan 2016/2017. Diperoleh pada 05hb Mac 2018 dari

Page 27: 12.0 KAJIAN PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI …etmr.mardi.gov.my/Content/Report/2017/Artikel 12-Nor Amna et al.pdfpembiakbakaan lembu tenusu oleh DVS akan ditumpukan kepada baka

254

http://www.dvs.gov.my/dvs/resources/user_1/DVS%20pdf/perancangan/2018/Perangkaan%202016%202017/3.Muka_Surat_1-15_.pdf

Kale, S. dan Karaman, E.A. (2011). A fuzzy logic model for benchmarking the knowledge management of construction firms. Can. J. Civ. Eng. 38: 464-475

Nor Amna, A. M. N dan Hifzan, R. (2015). The Development and Future Direction of Malaysia’s Livestock Industry. FFTC Agricultural Policy Articles. Diperoleh pada 05 Oktober 2017 dari http://ap.fftc.agnet.org/ap_db.php ?id=529

Mohamed, Z.A. (2007). The Livestock Industry. In S. A. Idid Fatimah, M.A.; Raja Abdullah, N.M.; Kaur, B.; Abdullah, A.M. (Eds.), 50 Years of Malaysian Agriculture: Transformation Issues, Challenges and Direction (553-584). Selangor, Malaysia: Universiti Putra Malaysia press. Diperoleh pada 05hb Julai 2015 dari http://ikdpm.upm.edu.my/50/50years/Part%206/Chapter%2023%20-.pdf

Mohd Syauqi, N., Tapsir, S,. Wan Mohd Kamil, W.N., Alam, A.R., Hasnul Hadi, I., Mohd Zaffrie, M.A., Mohd Khairul Hafifi, M., dan Che Nurul Akmal, C.M. (2015). Benchmarking of Broiler Production Technology in Malaysia. Economic and Technology Management Review. Vol 10b(2015). pg 89-95

http://etmr.mardi.gov.my/Content/ETMR%20Vol.10b%20(2015)/Vol10b%20(2).pdf

Perbadanan Produktiviti Malaysia (2015). Laporan Produktiviti 2014/2015. Putrajaya: Malaysia

Raziah, M. L., Tapsir, S., Rashilah, M., Syahrin, S., Engku Elini, E. A., Fadhilah A. H. H. Dan Rosnani, H. (2010). Produktiviti dan Kecekapan Sektor Pertanian dan Industri pemprosesan Makanan Terpilih (2009/2010). Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kuala Lumpur: Malaysia

Rashid, R. (2016). Kajian Penandaarasan Teknologi Pertanian Terpilih: Industri Pemprosesan Sarang Burung Walit di dalam Laporan Kajian Sosioekonomi 2015 Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Sains Sosial MARDI (191-205). Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Kuala Lumpur: Malaysia

Thornton, P. K. (2010). Livestock production: recent trends, future prospects. Philosophical Transactions of the Royal Society of London B: Biological Sciences, 365(1554), 2853-2867