78474886-teks-ucapan-perpisahan

4
TEKS UCAPAN PERPISAHAN Bissmillahirrahmanirahim Yg berusaha En. Ismail B. Md. Rejab, Guru Besar SK Dato’ Panglima Bukit Gantang, Yang diraikan Pn. Hjh Masyitah Bt. Hj. Sujak, Penolong Kanan Kokurikulum, Yang dihormati Tn. Hj. Hamdan B. Abdul Wahab , Penolong kanan pentadbiran, Pn. Hjh Fauziah Bt. Mohd Said,penolong kanan HEM, Guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.. Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dgn limpah izinnya kita dapat bersama-sama berkumpul di dewan yang serba sederhana ini. Sebagai pembuka Majlis, saya mempersilakan rakan saya __________________________________ untuk membacakan doa. Dipersilakan. Amin..amin Yarabbal Alamin..Semoga majlis kita pada hari ini lebih diberkati. Rakan-rakan sekalian pasti sudah tahu tujuan kita berkumpul pada hari ini. Kita akan kehilangan seorang guru yang paling kita sayangi dan kasihi iaitu Pn. Hjh Masyitah Bt. Hj. Sujak yang akan bertukar ke sk Changkat Larut. Sedih hati tidak terkira..berat hati ingin melepaskan cikgu yang saya pasti

Upload: hazril-emy

Post on 31-Oct-2014

182 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 78474886-TEKS-UCAPAN-PERPISAHAN

TEKS UCAPAN PERPISAHAN

Bissmillahirrahmanirahim

Yg berusaha En. Ismail B. Md. Rejab, Guru Besar SK Dato’ Panglima Bukit Gantang,

Yang diraikan Pn. Hjh Masyitah Bt. Hj. Sujak, Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang dihormati Tn. Hj. Hamdan B. Abdul Wahab , Penolong kanan pentadbiran,

Pn. Hjh Fauziah Bt. Mohd Said,penolong kanan HEM, Guru-guru serta rakan-rakan yang

dikasihi sekalian..

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dgn limpah izinnya kita dapat

bersama-sama berkumpul di dewan yang serba sederhana ini. Sebagai pembuka Majlis,

saya mempersilakan rakan saya __________________________________ untuk

membacakan doa. Dipersilakan.

Amin..amin Yarabbal Alamin..Semoga majlis kita pada hari ini lebih diberkati.

Rakan-rakan sekalian pasti sudah tahu tujuan kita berkumpul pada hari ini. Kita akan

kehilangan seorang guru yang paling kita sayangi dan kasihi iaitu Pn. Hjh Masyitah Bt.

Hj. Sujak yang akan bertukar ke sk Changkat Larut. Sedih hati tidak terkira..berat hati

ingin melepaskan cikgu yang saya pasti semua orang sayang..namun apa kan daya

walaupun dengan linangan air mata, kami tetap merestui pemergian Pn Hjh Mashitah

dengan restu dan doa...

Serangkap pantun saya hadiahkan,

Raut wajah penuh ketenangan,

Tidak terkalam kasih dijunjung,

Jasamu tetap dikenang,

Budimu tetap disanjung

Page 2: 78474886-TEKS-UCAPAN-PERPISAHAN

sirih puan buat laksamana

pinang beracik sebagai teman

hadir tuan amat bermakna

dikenang diingat sepanjang zaman

Justeru tanpa membuang masa, saya menjemput Pn. Hjh Masyitah Bt. Hj. Sujak untuk

memberikan ucapan. Dipersilakan....

Terima kasih Pn. Hjh Masyitah Bt. Hj. Sujak atas ucapan itu tadi. Kata-kata dan

ungkapan penuh bermakna, tersemat di hati kami sampai bila-bila.

Hadirin sekalian,

Majlis sederhana ini akan diserikan dengan sebuah persembahan nyanyian oleh guru-guru

SKDPBG. Majlis dengan hormatnya dipersilakan.

Terima kasih semua guru atas persembahan itu tadi.

Kini dijemput pula persembahan nyanyian oleh murid-murid SKDPBG. Majlis dengan

hormatnya dipersilakan.

Terima kasih semua guru atas persembahan itu tadi.

berhampar lapik berlicin daun

bagai lesung dengan antan

purnama pula berganti tahun

jasamu tuan kekal di ingatan

Kini tibalah saat yang ditunggu.. Pemberian hadiah tanda ingatan..Untuk itu diminta

semua wakil setiap kelas untuk bersedia dengan hadiah masing-masing.

Justeru tanpa membuang masa saya mempersilakan

1. wakil kelas pendidikan khas

Page 3: 78474886-TEKS-UCAPAN-PERPISAHAN

2. wakil kelas pra sekolah

3. wakil kelas tahun 1

4. wakil kelas tahun 2

5. wakil kelas tahun 3

6. wakil kelas tahun 4

7. wakil kelas tahun 5

8. wakil kelas tahun 6

sutera batik pemberian teruna

dipakai sidara nampak berseri

terimalah hadiah tidak seberapa

tanda ingatan tulus dihati

rakan-rakan sekalian,

hadiah diberi seikhlas hati,

kini marilah bersalaman menyusun jari,

bermaaf-maafan seikhlas hati,

semoga ukhuwah kekal abadi.

Diminta semua rakan beratur mengikut kelas masing-masing untuk sesi bersalaman

dengan Pn. Hjh Mashitah.

Berakhirnya sesi bersalaman itu tadi, maka berakhirnya sudah majlis kita pada hari ini.

Serangkap pantun terakhir buat Pn. Hjh Mashitah,

sutera batik bertenun indah

dipakai sidara nampak berseri

biar jauh jarak memisah

pastinya ada rindu di hati

sekian dari saya, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warrah

matullahiwabarakatuh..

Page 4: 78474886-TEKS-UCAPAN-PERPISAHAN