76870215 kata aluan pengarah dan ppd

5
Yang berbahagia, Tuan Haji Mohd Raauf Bin Haji Jali, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Darul Makmur. Yang Dihormati, pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Bera Pahang, Yang Berusaha, Pengetua-pengetua, Guru Besar-guru besar, Penolong-penolong Kanan,, Ahli Jawatankuasa Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Pahang 2015 , guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian. Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian Tuan Haji Mohd Raauf Bin Haji Jali untuk hadir dan seterusnya merasmikan Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Pahang 2015.

Upload: kapten-stubing

Post on 06-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

cth ucapan

TRANSCRIPT

Yang berbahagia, Tuan Haji Mohd Raauf Bin Haji Jali, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Darul Makmur.Yang Dihormati, pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Bera Pahang, Yang Berusaha, Pengetua-pengetua, Guru Besar-guru besar, Penolong-penolong Kanan,, Ahli Jawatankuasa Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Pahang 2015 , guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian.Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu MalaysiaSaya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian Tuan Haji Mohd Raauf Bin Haji Jali untuk hadir dan seterusnya merasmikan Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Pahang 2015.Sidang hadirin yang berbahagia. Aktiviti Ko-kuria Bahasa Inggeris telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini yang menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Jadi, Karnival Bahasa Inggeris di peringkat sekolah, daerah dan juga negeri serta kebangsaan merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI). dalam kalangan murid sekolah. Budaya cintakan bahasa dalam kalangan semua murid adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia. Saudara dan saudari sekalian,Pihak Jabatan Pendidikan Daerah Bera sentiasa mendukung hasrat Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan KPM dengan sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang. Dasar Penguasaan Bahasa Ke-dua seperti Bahasa Inggeris seperti yang termaktub di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang diperkenalkan mewajibkan setiap murid menguasai kemahiran Dwi bahasa dan juga sebagai penambah nilai turut menguasai Bahasa Ke-tiga. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti ko-kuria sekolah sepanjang tahun. Dasar ini sebenarnya selaras dengan PPPM yang bermatlamat untuk membudayakan kegiatan seni bahasa terutamanya Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Aktiviti seni bahasa adalah sangat penting dalam membina kematangan, sahsiah dan kesejahteraan kepada semua murid. Ini adalah satu strategi untuk membentuk kecemerlangan dan prestasi murid yang berbakat dan berpotensi oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam aktiviti Ko-kuria Bahasa adalah amat penting sebagai satu landasan mendukung aspirasi 1 Malaysia yang cerdas, dinamik dan bersatu padu. Hadirin yang dihormati,Selain memupuk perpaduan dalam kalangan murid berlainan bangsa, aktiviti Ko-kuria bahasa juga dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Aktiviti seperti ini memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid zaman ini cenderung mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja dan beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka. Jadi, mereka perlu disedarkan tentang kepentingan aktiviti sukan yang turut dinilai bagi melayakkan mereka memasuki pusat pengajian tinggi kelak. Hadirin sekalian,Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini, sekali saya ingin mengambil kesempatan pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Chong Chin Liang, Datin Hasnah Binti Md Sem, YDP PIBG serta para tetamu yang telah sudi menerima undangan kami pada Majlis Perasmian Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-22, SMK Kulai Besar.Sekian, terima kasih.