7.0 keputusan kajian

12
7.0 KEPUTUSAN KAJIAN 7.1 PENGENALAN Data yang dikumpul selepas kajian tindakan ini dilaksanakan perlu dianalisis dan ditafsir dengan tepat. Melalui proses menganalisis data ini, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga instrumen untuk menganalisis data iaitu ujian, soal selidik dan pemerhatian. Data yang dikumpul secara tepat dan sistematik bagi melihat kemampuannya untuk mencapai objektif kajian. Kesemua instrument yang digunakan adalah untuk menjawab tiga soalan kajian iaitu: i. Dapatkah Jadual Si Bubete Apa? ini membantu murid mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam gambar dengan betul? ii. Dapatkah penggunaan Jadual Si Bubete Apa? membantu murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar dengan susunan struktur ayat yang betul? iii. Apakah pandangan murid terhadap penggunaan Jadual Si Bubete Apa? untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar? 7.2 SEBELUM PELAKSANAAN INTERVENSI 7.2.1 ANALISIS UJIAN AWAL Ujian awal telah dijalankan untuk mengutip data, mengesan dan menilai tahap pencapaian murid dalam membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Ujian awal ini juga bertujuan mengukur sejauh mana penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal

Upload: nas

Post on 12-Jul-2016

256 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

keputusan kajian

TRANSCRIPT

Page 1: 7.0 Keputusan Kajian

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN

7.1 PENGENALAN

Data yang dikumpul selepas kajian tindakan ini dilaksanakan perlu dianalisis dan ditafsir

dengan tepat. Melalui proses menganalisis data ini, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian

berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden. Dalam kajian ini, pengkaji telah

menggunakan tiga instrumen untuk menganalisis data iaitu ujian, soal selidik dan pemerhatian.

Data yang dikumpul secara tepat dan sistematik bagi melihat kemampuannya untuk mencapai

objektif kajian. Kesemua instrument yang digunakan adalah untuk menjawab tiga soalan kajian

iaitu:

i. Dapatkah Jadual ‘Si Bubete Apa?’ ini membantu murid mengenal pasti maklumat

yang terdapat dalam gambar dengan betul?

ii. Dapatkah penggunaan Jadual ‘Si Bubete Apa?’ membantu murid membina ayat

tunggal berdasarkan gambar dengan susunan struktur ayat yang betul?

iii. Apakah pandangan murid terhadap penggunaan Jadual ‘Si Bubete Apa?’

untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar?

7.2 SEBELUM PELAKSANAAN INTERVENSI

7.2.1 ANALISIS UJIAN AWAL

Ujian awal telah dijalankan untuk mengutip data, mengesan dan menilai tahap pencapaian murid

dalam membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Ujian awal ini juga bertujuan mengukur

sejauh mana penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar.

Yang berikut adalah keputusan analisis Ujian Awal Membina Ayat Tunggal berdasarkan gambar

yang dijalankan sebelum pelaksanaan intervensi ke atas 20 orang murid.

Page 2: 7.0 Keputusan Kajian

Cemerlang Baik Memuaskan Lemah0

2

4

6

8

10

12

Analisis Skor Ujian Awal

Rajah 1: Analisis Markah Ujian Awal

Berdasarkan rajah di atas, bilangan murid mendapat skor cemerlang iaitu markah di

antara lapan hingga sepuluh adalah seramai dua orang. Bilangan murid mendapat skor baik iaitu

enam hingga tujuh markah pula seramai tiga orang. Manakala, sepuluh orang murid telah

mendapat skor memuaskan iaitu di antara satu sifar hingga tiga markah.

7.2.2 ANALISIS SOAL SELIDIK

Sebelum pelaksanaan intervensi, saya telah menjalankan soal selidik untuk meninjau

secara umum strategi penulisan ayat dan tahap pencapaian murid dalam ujian awal membina ayat

tunggal berdasarkan gambar. Yang berikut adalah analisis soal selidik yang telah dilaksanakan

kepada murid. Sebanyak empat soalan soal selidik telah disediakan. Soal selidik ini memerlukan

murid membuat pilihan sama ada ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

Bil. Penyataan Ya (Bilangan/%)

Tidak (Bilangan/%)

1. Saya dapat mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam gambar yang diberi.

4(20%) 16(80%)

Page 3: 7.0 Keputusan Kajian

2. Saya boleh membina ayat berdasarkan gambar yang diberi.

2(10%) 18(90%)

3. Saya mengetahui struktur binaan ayat yang betul.

1(5%) 19(95%)

4. Saya memerlukan teknik atau cara untuk mengatasi masalah membina ayat.

19(95%) 1(5%)

Jadual di atas menunjukkan hasil soal selidik yang diperolah daripada 20 orang murid

setelah ujian awal dijalankan. Bagi item satu, seramai empat orang murid menjawab ‘ya’ iaitu

murid dapat mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam gambar yang diberi manakala 16

orang lagi menjawab sebaliknya.

Bagi item dua pula, seramai dua orang murid menjawab ‘ya’ iaitu murid boleh membina

ayat berdasarkan gambar dan 18 orang lagi menjawab ‘tidak’. Manakala bagi item tiga pula

seramai 19 orang murid menjawab ‘tidak’ dan seorang menjawab ‘ya’ iaitu murid mengetahui

struktur binaan ayat yang betul. Item empat pula menyatakan sama ada murid memerlukan

teknik atau cara untuk mengatasi masalah ayat dan seramai 19 orang menjawab ‘ya’ melainkan

seorang menjawab ‘tidak’.

Berdasarkan maklumat soal selidik yang diperoleh, murid menghadapi masalah dalam

mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam gambar serta kurang pengetahuan berkaitan

struktur binaan ayat tunggal yang betul. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat membina ayat

tunggal berdasarkan gambar dengan betul dan gramatis.

7.3 SELEPAS PELAKSANAAN INTERVENSI

7.2.1 ANALISIS UJIAN

Ujian akhir telah dijalankan untuk mengesan keberkesanan aktiviti di samping empat sesi

latihan membina ayat tunggal berdasarkan gambar menggunakan Jadual Si Bubete Apa?. Data

yang dikumpul dan telah dianalisis ini dapat menunjukkan perubahan pencapaian murid sama

Page 4: 7.0 Keputusan Kajian

ada meningkat atau menurun dalam menguasai kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan

gambar.

Jadual 4: Analisis Markah Pencapaian Responden.

MARKAH UJIAN

AWAL

(peratus)

UJIAN 1

(peratus)

UJIAN 2

(peratus)

UJIAN 3

(peratus)

UJIAN 4

(peratus)

UJIAN

AKHIR

(peratus)

CEMERLANG

(8-10 markah)

2

(10%)

4

(20%)

9

(45%)

14

(75%)

16

(80%)

19

(95%)

BAIK

(6-7 markah)

3

(15%)

6

(30%)

6

(30%)

4

(20%)

3

(15%)

1

(5%)

MEMUASKA

N

(4-5 markah)

5

(25%)

5

(25%)

4

(20%)

2

(10%)

1

(5%)

0

(0%)

PENCAPAIAN

TAHAP

MINIMUM

(0-3 markah)

10

(50%)

5

(25%)

0

(0%)

0

(0%)

0

(0%)

0

(0%)

Analisis data ini jelas dapat dilihat melalui graf di bawah ini.

Page 5: 7.0 Keputusan Kajian

Ujian Awal Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3 Ujian 4 Ujian Akhir0

2

4

6

8

10

12

14

16

18

20Analisis Markah Pencapaian Responden

0-3

4-5

6-7

8-10

Jenis Ujian

Bila

ngan

Mur

id

Markah

9

Graf 1: Markah pencapaian responden dalam ujian yang dijalankan.

Berdasarkan jadual 4, data ini telah dikumpul melalui beberapa ujian membina ayat

tunggal berdasarkan gambar dengan pengaplikasian Jadual Si Bubete Apa?. Melalui analisis data

yang telah dilakukan, jelas dapat dilihat berlaku peningkatan pencapaian responden dalam setiap

ujian yang diberi. Hal ini dapat dibuktikan melalui peningkatan yang mendadak sebelum dan

selepas intervensi dijalankan. Setelah beberapa siri ujian menggunakan teknik Jadual Si Bubete

Apa? (Ujian 1,2,3,4) dalam membantu murid membina ayat berdasarkan gambar, terdapat

peningkatan yang positif berbanding ujian awal yang dijalankan.

Bilangan responden yang mendapat markah pada tahap paling minimum (0-3) semakin

berkurang dan tiada lagi responden yang berada dalam lingkungan markah pada tahap paling

minimum setelah Ujian 2 dijalankan. Bilangan responden yang mendapat markah cemerlang (8-

10) semakin menunjuk peningkatan bermula dari Ujian 1 hingga Ujian 4. Setelah menjalankan

Ujian Akhir kepada semua responden, peningkatan yang sangat memberansangkan telah

ditunjukkan oleh semua responden. Ini dapat dilihat sebanyak 95 peratus responden mendapat

Page 6: 7.0 Keputusan Kajian

tahap cemerlang dan 5 peratus berada pada tahap baik. Namun, tiada lagi responden yang berada

dalam tahap pencapaian memuaskan dan rendah melalui analisis yang telah dilakukan.

Ini membuktikan Jadual Si Bubete Apa? mampu membantu murid mengetahui struktur

ayat seterusnya dapat membina ayat tunggal berdasarkan gambar yang diberi dengan lengkap

dan gramatis. Hal ini secara tidak langsung dapat menjawab sebahagian soalan kajian yang telah

dikemukakan.

7.3.2 ANALISIS SOAL SELIDIK

Selepas selesai melaksanakan tindakan atau intervensi , soal selidik dijalankan bagi

mendapat maklumat tambahan barkaitan pandangan responden tentang penggunaan Jadual Si

Bubete Apa? sama ada dapat membantu mereka membina ayat tunggal dengan mudah seterusnya

meningkatkan penguasaan kemahiran menulis mereka. Borang soal selidik ini diberikan kepada

semua responden kajian yang mengandungi lima item soalan. Data soal selidik dianalisis

mengikut item yang dikemukakan dan dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf yang sesuai.

Ketiga-tiga soalan kajian yang telah dibina dapat dijawab dengan jelas berdasarkan analisis soal

selidik yang dikemukakan kepada responden.

Soalan kajian yang pertama ialah;

Dapatkah Jadual ‘Si Bubete Apa?’ ini membantu murid mengenal pasti maklumat

yang terdapat dalam gambar dengan betul?

Daripada hasil data soal selidik yang dijalankan, data yang diperoleh adalah seperti

berikut:

Jadual 5.1 : Analisis item 1 dalam soalan selidik

Bil. Penyataan Ya Tidak

1. Jadual Si Bubete Apa? dapat membantu

saya mencari dan mengesan maklumat yang

18

(90%)

2

(10%)

Page 7: 7.0 Keputusan Kajian

terdapat dalam gambar yang diberi.

Jadual 5.1 menunjukkan analisis soal selidik pada item 1. Selepas menjalankan Ujian

Akhir, sebanyak 90 peratus responden telah menjawab ‘ya’, iaitu Jadual Si Bubete Apa? dapat

membantu responden mencari dan mengesan maklumat yang terdapat dalam gambar yang diberi

manakala 10 peratus lagi menjawab tidak. Keputusan data ini secara tidak langsung dapat

menjawab soalan kajian yang pertama, iaitu Jadual ‘Si Bubete Apa?’ ini membantu murid

mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam gambar dengan betul?.

Seterusnya, bagi menjawab soalan kajian yang kedua, pengkaji telah menganalisis item 2

dan 3. Soalan kajian yang kedua ialah:

Dapatkah penggunaan Jadual ‘Si Bubete Apa?’ membantu murid membina ayat

tunggal berdasarkan gambar dengan susunan struktur ayat yang betul?

Jadual 5.2: Analisis item 2 dan 3 soal selidik.

Bil. Penyataan Ya Tidak

2. Jadual Si Bubete Apa? dapat membantu

saya membina ayat tunggal berdasarkan

gambar yang diberi.

17

(85%)

3

(15%)

3. Saya mengetahui struktur binaan ayat yang

betul selepas menggunakan Jadual Si

Bubete Apa?

16

(80%)

4

(20%)

Jadual 9.2 menunjukkan peratus hasil analisis data soalan soal selidik pada item kedua

dan ketiga. Pada item dua, seramai 17 orang responden bersamaan dengan 85 peratus telah

menjawab ‘ya’, iaitu Jadual Si Bubete Apa? dapat membantu mereka membina ayat tunggal

Page 8: 7.0 Keputusan Kajian

berdasarkan gambar yang diberi manakala sebanyak tiga orang yang bersamaan 15 peratus telah

memilih ‘tidak’. Pada item tiga pula, 16 orang responden telah menyatakan persetujuan dengan

menjawab ‘ya’ pada pernyataan sama ada mereka mengetahui struktur binaan ayat yang betul

selepas menggunakan Jadual Si Bubete Apa?. Baki responden yang selebihnya seramai empat

orang, iatu 20 peratus telah menjawab ‘tidak’ bagi pernyataan soal selidik tersebut. Ini

menunjukkan Jadual Si Bubete Apa? dapat membantu responden mengetahui struktur binaan

ayat tunggal yang betul seterusnya membantu mereka membina ayat tunggal berdasarkan gambar

dengan betul. Keputusan data ini secara tidak langsung dapat menjawab soalan kajian yang

kedua, iaitu Jadual ‘Si Bubete Apa?’ dapat membantu murid membina ayat tunggal berdasarkan

gambar dengan susunan struktur ayat yang betul dengan tepat.

Seterusnya pada soalan kajian yang terakhir, pengkaji telah menganalisis item soal selidik

yang ketiga bagi menjawab soalan:

Apakah pandangan murid terhadap penggunaan Jadual ‘Si Bubete Apa?’

untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal berdasarkan gambar?

Jadual 5.3: Analisis item 4 dalam soal selidik

Bil. Penyataan Ya Tidak

4. Jadual Si Bubete Apa? ini mendorong dan

membantu saya agar suka membina ayat

berdasarkan gambar dengan betul dan

gramatis.

19

(95%)

1

(5%)

Jadual 5.3 menunjukkan peratusan responden yang bersetuju dengan item soal selidik

yang keempat sebanyak 95 peratus manakala sebilangan kecil pula sebanyak lima peratus tidak

bersetuju. Majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini menyatakan bahawa Jadual Si

Bubete Apa? ini mendorong dan membantu mereka agar suka membina ayat berdasarkan gambar

Page 9: 7.0 Keputusan Kajian

dengan betul dan gramatis. Dapatan ini menunjukkan responden lebih suka menggunakan teknik

ini semasa membina ayat tunggal berdasarkan gambar.

Keseluruhan dapatan kajian ini memberikan data bahawa responden memahami dan

menterjemah maklumat yang diperoleh daripada gambar kepada ayat tunggal yang mempunyai

struktur ayat yang betul dan gramatis. Jadual Si Bubete Apa? seterusnya membantu responden

membina ayat dengan mudah dengan sistematik dan betul. Penggunaan jadual yang sistematik

dan mudah difahami telah membantu murid membina ayat yang betul strukturnya dan gramatis.

Dengan teknik yang terbentuk melalui jadual ini, murid akan mudah untuk membina ayat

seterusnya menarik minat mereka dalam Bahasa Malaysia.

7.3.3 ANALISIS PEMERHATIAN