7.0 dapatan kajian

5
DAPATAN KAJIAN Kaedah jadual telah meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai. Kejayaan kaedah ini dapat dibuktikan dengan melihat beberapa instrumen yang telah dijalankan bagi menunjukkan beberapa perubahan yang telah berlaku sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi. Instrumen yang digunakan ialah borang kajisekidik, ujian bertulis dan latihan lembaran kerja. Data-data yang diperoleh daripada kaji selidik, ujian dan latihan lembaran dianalisis dan dilaporkan berdasarkan persoalan kajian. Justeru adakah dapatan kajian menjawab persoalan yang dikemukakan. 7.1 Persoalan Kajian Pertama Jadual Nilai dapat membantu murid memilih pernyataan yang mengandungi nilai. Hal ini dibuktikan dengan dapatan daripada ujian yang dijalankan. Responden tidak menggariskan pernyataan ataupun menggariskan pernyataan yang tidak mengandungi nilai. Dalam Jadual 1(a) Responden 1 tidak menggariskan langsung pernyataan dalam petikan. Manakala Responden 2, 3, 4 dan 5 tidak

Upload: ac-mal-faezs

Post on 01-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

DAPATAN KAJIAN

Kaedah jadual telah meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai. Kejayaan kaedah ini dapat dibuktikan dengan melihat beberapa instrumen yang telah dijalankan bagi menunjukkan beberapa perubahan yang telah berlaku sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi. Instrumen yang digunakan ialah borang kajisekidik, ujian bertulis dan latihan lembaran kerja. Data-data yang diperoleh daripada kaji selidik, ujian dan latihan lembaran dianalisis dan dilaporkan berdasarkan persoalan kajian. Justeru adakah dapatan kajian menjawab persoalan yang dikemukakan.

7.1 Persoalan Kajian Pertama

Jadual Nilai dapat membantu murid memilih pernyataan yang mengandungi nilai. Hal ini dibuktikan dengan dapatan daripada ujian yang dijalankan. Responden tidak menggariskan pernyataan ataupun menggariskan pernyataan yang tidak mengandungi nilai. Dalam Jadual 1(a) Responden 1 tidak menggariskan langsung pernyataan dalam petikan. Manakala Responden 2, 3, 4 dan 5 tidak memilih pernyataan yang mengandungi nilai. Hanya Responden 6 yang dapat memilih pernyataan yang mengandungi nilai dengan betul. Setelah rawatan dijalankan Responden 1 telah menggariskan 2 pernyataan yang mengandungi nilai. Responden 2, 3 dan 4 dapat memilih 3 pernyaataan yang betul. Manakala Responden 5 dapat memilih 4 pernyataan yang betul. Responden 4 dan 6 telah dapat memilih 5 pernyataan yang mengandungi nilai dengan betul.

7.2 Persoalan Kajian Kedua Bagi persoalan yang kedua, Jadual Nilai telah membantu murid mengesan nilai dengan tepat. Ini terbukti daripada Rekod Kemajuan Murid yang menunjukkan peningkatan markah bagi setiap Responden. Jadual di bawah menunjukkan peningkatan markah Responden semasa menulis lembaran kerja.

7.3 Persoalan Kajian Ketiga Kaedah Jadual telah membantu murid menulis ulasan dengan lengkap. Semua Responden telah menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam penulisan ulasan nilai. Sebelum Kaedah Jadual diperkenalkan kepada murid, keseluruhan markah yang diperoleh oleh Responden adalah antara 0 30%. Setelah rawatan dijalankan, markah yang diperoleh oleh Responden adalah antara 30 80%. Rajah di bawah menunjukkan perbandingan markah Responden sebelum dan selepas rawatan.

Rajah 8 : Perbandingan Markah Sebelum dan Selepas Rawatan Selain itu, kejayaan ini turut disokong oleh kajian Hartini Binti Hamzah (2013) dalam kajian beliau iaitu Meningkatkan Kemahiran Menulis Dalam Penulisan Bahasa Melayu Bahagian C Dengan Menggunakan Teknik BeTH4l. Kajian ini telah dijalankan kepada murid tahun 5 Arif di Sekolah Sungai Long, Jeli Kelantan. Kajian ini telah membuktikan dengan penggunaan empat lajur dapat merangsang murid untuk mengulas nilai murni dengan baik dan tersusun serta dapat menjana idea untuk membina ayat yang mempunyai pertalian dengan petikan. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa peserta kajian telah dapat mencapai skor cemerlang iaitu seramai dua orang peserta kajian telah mendapat skor markah 16 daripada 20 dan seramai lima orang mendapat markah penuh