699-1360-1-sm

9
PENGGUNAAN KAEDAH VETTICE” MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENYELESAIKAN PENDARABAN NOMBOR DUA DIGIT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT Oleh: Rabiatul Adawiyah binti Mohd Nizam, Nik Mohamad bin Nik Jusoh Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected], nik @ipgmkdri.edu.my. ABSTRAK Semasa menjalani praktikum, pengkaji mendapati tahap penguasaan sebahagian murid dalam tajuk pendaraban agak lemah. Kelemahan penguasaan fakta asas darab dan gagal menguasai algoritma pendaraban menyebabkan murid gagal menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit. Melalui pemerhatian, analisis dokumen dan ujian diognostik, di dapati banyak kesilapan sering di lakukan oleh murid semasa menyelesaikan soalan pendaraban. Oleh itu, kajian tindakan ini di jalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran pendaraban murid lemah tahun 4 bagi nombor dua digit dengan nombor dua digit secara mengumpul semula dan tanpa mengumpul semula melalui penggunaan Kaedah “Vettice”.Lima orang peserta kajian yang terdiri dari tiga lelaki dan dua perempuan dipilih berdasarkan ujian diognostik. Pemgumpulan data menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen dan temu bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan Kaedah “Vettice ” berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit bagi setiap peserta kajian. Kata kunci: Kaedah “Vettice”, pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Semasa pengkaji menjalani praktikum fasa 1 dan fasa 2 di SK Bukit Losong dan SK Kelulut di dapati wujud masalah dalam menguasai kemahiran pendaraban nombor. Bagi murid tahun 2 di SK Losong, masalah yang dihadapi adalah tidak mengingat sifir. Bagi murid tahun 5 Bestari di SK Losong dan 4 Bestari di SK Kelulut, murid dari kelas ini menghadapi masalah untuk menguasai algoritma pendaraban serta tidak mengingat sifir. Masalah yang sama turut dialami oleh murid tahun 4 di SK Telok Pasu, Kuala Terengganu. Semasa praktikum fasa ketiga di sekolah tersebut, pengkaji diamanahkan untuk mengajar Matematik bagi kelas 4 Jauhari. Kelas ini merupakan kelas pertama daripada tiga kelas Tahun 4 di sekolah ini. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi murid Tahun 4 Jauhari, didapati ramai murid yang menghadapi masalah untuk mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit menggunakan kaedah bentuk lazim. Terdapat empat masalah pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit bagi kelas 4 Jauhari yang dapat dikesan. Masalah pertama ialah tidak menguasai fakta asas darab. Masalah kedua ialah tidak menguasai algoritma pendaraban bentuk lazim. Manakala masalah ketiga ialah kesilapan dalam mengumpul semula dan masalah yang terakhir ialah kecuaian dalam pengiraan. Kesemua contoh masalah ini dapat di lihat pada jadual 1.

Upload: watashi-missu

Post on 24-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

aloha

TRANSCRIPT

Page 1: 699-1360-1-SM

PENGGUNAAN KAEDAH “VETTICE” MEMBANTU MURID

TAHUN 4 MENYELESAIKAN PENDARABAN NOMBOR DUA

DIGIT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT

Oleh:

Rabiatul Adawiyah binti Mohd Nizam, Nik Mohamad bin Nik Jusoh

Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected], nik @ipgmkdri.edu.my.

ABSTRAK

Semasa menjalani praktikum, pengkaji mendapati tahap penguasaan sebahagian

murid dalam tajuk pendaraban agak lemah. Kelemahan penguasaan fakta asas

darab dan gagal menguasai algoritma pendaraban menyebabkan murid gagal

menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit.

Melalui pemerhatian, analisis dokumen dan ujian diognostik, di dapati banyak

kesilapan sering di lakukan oleh murid semasa menyelesaikan soalan

pendaraban. Oleh itu, kajian tindakan ini di jalankan untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran pendaraban murid lemah tahun 4 bagi nombor dua digit

dengan nombor dua digit secara mengumpul semula dan tanpa mengumpul

semula melalui penggunaan Kaedah “Vettice”.Lima orang peserta kajian yang

terdiri dari tiga lelaki dan dua perempuan dipilih berdasarkan ujian diognostik.

Pemgumpulan data menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen dan temu

bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.

Dapatan kajian menunjukkan Kaedah “Vettice ” berjaya meningkatkan

penguasaan kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit

bagi setiap peserta kajian.

Kata kunci: Kaedah “Vettice”, pendaraban nombor dua digit dengan nombor

dua digit.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Semasa pengkaji menjalani praktikum fasa 1 dan fasa 2 di SK Bukit Losong dan SK Kelulut

di dapati wujud masalah dalam menguasai kemahiran pendaraban nombor. Bagi murid tahun

2 di SK Losong, masalah yang dihadapi adalah tidak mengingat sifir. Bagi murid tahun 5

Bestari di SK Losong dan 4 Bestari di SK Kelulut, murid dari kelas ini menghadapi masalah

untuk menguasai algoritma pendaraban serta tidak mengingat sifir.

Masalah yang sama turut dialami oleh murid tahun 4 di SK Telok Pasu, Kuala Terengganu.

Semasa praktikum fasa ketiga di sekolah tersebut, pengkaji diamanahkan untuk mengajar

Matematik bagi kelas 4 Jauhari. Kelas ini merupakan kelas pertama daripada tiga kelas Tahun

4 di sekolah ini. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi murid Tahun 4 Jauhari,

didapati ramai murid yang menghadapi masalah untuk mendarab nombor dua digit dengan

nombor dua digit menggunakan kaedah bentuk lazim. Terdapat empat masalah pendaraban

nombor dua digit dengan nombor dua digit bagi kelas 4 Jauhari yang dapat dikesan. Masalah

pertama ialah tidak menguasai fakta asas darab. Masalah kedua ialah tidak menguasai

algoritma pendaraban bentuk lazim. Manakala masalah ketiga ialah kesilapan dalam

mengumpul semula dan masalah yang terakhir ialah kecuaian dalam pengiraan. Kesemua

contoh masalah ini dapat di lihat pada jadual 1.

Page 2: 699-1360-1-SM

Rajah 1: Contoh kesilapan murid dalam pendaraban nombor.

Kesilapan pemilihan

fakta asas darab bagi

sifir 2

Mendarab

mengikut

algoritma

penambahan

Kesilapaan tidak

melakukan pengumpulan

semula

Kesilapan

menulis fakta

asas darab sifir 2

Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi membantu

murid meningkatkan penguasaan kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan nombor

dua digit.

SOROTAN LITERATUR

Menurut Kamus Dewan (Dewan Bahasa & Pustaka, 2010), pendaraban di difinisikan sebagai

perkalian, perbanyakan dan pengandaan. Pendaraban boleh di maksudkan sebagai tindakan

menghubungkan antara set-set (kumpulan-kumpulan), sama seperti maksud penambahan.

Eda & Lirika (2011), empat operasi asas- tambah, tolak, darab dan bahagi, adalah konsep

matematik asas yang diajar pada peringkat sekolah rendah. Tajuk pendaraban merupakan

salah satu tajuk yang amat penting di dalam subjek matematik, Zainuddun & Rahidi (2007).

Aplikasi fakta asas kira darab juga amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam

matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, matematik harian, wang,

timbangan, masa dan waktu. Pendapat ini disokong lagi oleh Goh Min Lee (2011) di dalam

kajiannya menyatakan sekiranya murid tidak tahu akan operasi kira darab, ia akan membawa

kesukaran kepada mereka untuk mempelajari topik-topik Matematik yang seterusnya yang

melibatkan pendaraban. Menurut Lawrence (2012), kajian menunjukkan masalah utama

kanak-kanak ialah ketidakupayaan untuk menggunakan empat operasi (tambah, tolak, darab,

bahagi) dengan berkesan, tidak memahami hubungan antara sa, puluh, dan ratus, masalah

nilai tempat, salah meletak nombor, masalah koordinasi mata-tangan, dan masalah ingatan.

Satu kaedah baru telah dicipta melalui kajian tindakan ini bagi mengatasi masalah pendaraban

nombor dua digit dengan nombor dua digit yang timbul di kalangan murid tahun 4 Jauhari .

Kaedah ini merupakan satu inovasi gabungan Kaedah Verdict dan Kaedah Lattice. Kedah ini

dicipta bagi mengantikan kaedah bentuk lazim yang agak abstrak. Menurut Cooper (1994) di

dalam kajian Goh Min Lee (2011), sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna dalam

mempelajari pendaraban. Menurut Janting (2005), bahan maujud perlu digunakan dalam p&p

kerana murid-murid sekolah rendah memerlukan sesuatu yang konkrit untuk memudahkan

pemahaman murid. Tidak ada sesuatu pendekatan yang paling mudah untuk menguasai sifir.

Sebaliknya, penggunaan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan sifir darab tertentu

adalah lebih baik. Tony (2010), menyatakan penting membiarkan kanak-kanak membina

sendiri cara pendaraban tidak formal mereka sama seperti penambahan dan penolakan.

Menurut Shah (2001) kemahiran dan sub-kemahiran disusun dari yang senang ke sukar dan

konkrit ke abstrak.

Page 3: 699-1360-1-SM

Terdapat dua inovasi sedia ada daripada kajian tindakan yang lepas berkaitan dengan kajian

tindakan ini. Pertama ialah Kaedah “Combination Lattice With Cross Multiplication” CLCM

oleh Che Abdul Razak Che Muhammad (2012) dan kedua, Kaedah Garis Bersilang oleh

Amran Kemat (2012). Kedua-dua kaedah ini mempunyai kekuatan yang sama iaitu murid

tidak perlu mengingat sifir dan dapat meminimunkan kesilapan murid dalam mengumpul

semula. Kelemahan bagi Kaedah CLCM ialah memakan masa untuk melukis petak manakala

kelemahan Kaedah Garis Bersilang ialah tidak mengatasi kesilapan murid di dalam algoritma

pendaraban. Mengambil kira kekuatan dan kelemahan tersebut, pengkaji telah

memperkenalkan Kaedah “Vettice” bagi membantu murid menguasai kemahiran pendaraban

nombor dua digit dengan nombor dua digit.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid lemah Tahun 4 Jauhari

Sekolah Kebangsaan Telok Pasu menguasai kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan

nombor dua digit menggunakan Kaedah “Vettice”

Objektif Kajian

Membantu meningkatkan penguasaan kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan

nombor dua digit bagi murid Tahun 4 Jauhari yang berpencapaian rendah menggunakan

Kaedah “Vettice”.

Persoalan Kajian

Bagaimanakah penggunaan Kaedah “Vettice” dapat membantu murid lemah Tahun 4 Jauhari

Sekolah Kebangsaan Telok Pasu meningkatkan penguasaan kemahiran menyelesaikan

pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit tanpa mengumpul semula dan secara

mengumpul semula ?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan lima orang murid lemah Tahun 4 Jauhari yang terdiri

daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Peserta kajian dipilih

berdasarkan pencapaian Ujian Diagnostik. Pengumpulan data adalah menggunakan

instrument pemerhatian, analisis dokumen, temu bual dan ujian. Data kualitatif dianalisis

secara deskriptif mengikut peserta kajian.

Analisis dokumen yang digunakan adalah lembaran kerja yang diberi semasa sesi intervensi,

Ujian Pra dan Ujian Pasca. Sebarang bentuk kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian

dianalisis secara individu bagi mengenal pasti kesilapan yang dilakukan dalam pendaraban

nombor dua digit dengan nombor dua digit. Hasil analisis di gunakan untuk menyokong

dapatan kajian

Temubual berstruktur di jalankan selepas Ujian Pra dan Ujian Pasca. Tujuan temubual adalah

untuk menentukan tahap penguasaan murid dalam kemahiran pendaraban nombor dua digit

dengan nombor dua digit bagi menyokong dapatan kajian ini. Instrumen ini dianalisis

menggunakan transkrip temu bual antara pengkaji dan peserta kajian.

Instrumen yang terakhir adalah ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca. Kesemua soalan Ujian

Pra dan Ujian Pasca adalah sama tetapi berbeza turutan bagi mengelakkan peserta kajian

mengingati item yang terdapat dalam Ujian Pra. Kedua-dua ujian ini digunakan bagi

memperoleh data dari segi perbezaan tahap penguasaan peserta kajian dalam kemahiran

mendarab nombor dua digit dengan nombor dua digit antara sebelum dan selepas sesi

intervensi dijalankan.

Page 4: 699-1360-1-SM

SPESIFIKASI INTERVENSI

Kaedah “Vettice” merupakan gabungan kaedah Lattice (Kekisi) dan kaedah Verdict. Melalui

kaedah ini, nombor akan ditukarkan kepada perwakilan garisan. Terdapat lima langkah di

dalam kaedah ini.

Langkah 1

Pendarab akan ditukarkan kepada garisan menegak manakala yang didarab akan ditukarkan

kepada garisan melintang.

13 x 14 =

Langkah 2

Anak panah dilukis mengunakan warna yang berbeza mengikut kedudukan anak panah iaitu

bawah, tengah dan atas.

13 x 14 =

Langkah 3

Mengira jumlah persilangan di antara garisan menegak dan melintang. Nilai yang diperolehi

akan akan ditulis pada anak panah. Cara menulis nilai adalah sama seperti kaedah Lattice

tetapi ditulis pada atas dan bawah anak panah.

13 x 14 =

Langkah 4

Mengira jumlah nombor di bawah anak panah mengikut kedudukan anak panah. Nombor

yang telah dikira akan dipotong untuk mengelakkan kekeliruan. Pada mulanya nombor di

bawah anak panah paling bawah di tambah dan nilai yang diperolehi di tulis di bawah rumah

sa. Kemudian, nombor di bawah anak panah tengah di tambah dan nilai yang diperolehi di

tulis di bawah rumah puluh. Seterusnya, nombor di bawah anak panah paling atas akan di

Page 5: 699-1360-1-SM

tambah dan nilai yang diperolehi di tulis di bawah rumah ratus. Dan yang terakhir, nombor

yang belum dipotong akan dikira. Memandangkan hanya terdapat nombor sifar sahaja yang

belum dipotong, maka murid akan memotong nombor sifar dan menulis nilai yang diperolehi

di bawah rumah ribu.

Langkah 5

Langkah ini di lakukan jika hasil tambah nombor di bawah anak panah adalah nombor dua

digit. Pengumpulan semula akan di lakukan supaya nilai tempat mempunyai nombor satu

digit sahaja. Jika terdapat nombor dua digit pada mana-mana nilai tempat, digit yang pertama

perlu ditambah kepada nombor di sebelah kirinya.

Jika murid sudah menguasai Kaedah “Vettice”, murid tidak perlu lagi menggunakan warna

anak panah yang berbeza.

Terdapat empat sesi intervensi yang dilaksanakan dan masa yang diperuntukkan bagi setiap

sesi adalah selama satu jam. Objektif bagi Sesi Intervensi 1 adalah menukarkan 3 daripada 4

soalan pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit kepada bentuk garisan dengan

betul. Objektif Sesi Intervensi 2 pula adalah mengisi nilai persilangan antara garisan pada

ruang yang betul.Manakala objektif Sesi Intervensi 3 adalah menambah nombor-nombor

mengikut kedudukan anak panah dan objektif Sesi Intervensi yang terakhir adalah melakukan

pengumpulan semula nilai tempat bagi jawapan yang diperolehi.

DAPATAN KAJIAN

Dalam artikel ini, pengkaji telah memilih seorang peserta kajian, iaitu peserta kajian C (PK C)

bagi memaparkan hasil dapatan kajian yang diperolehi. PK C merupakan murid lemah dalam

matematik. PK C sering tidak menumpukan perhatian dan bermain-main semasa semasa

proses pengajaran dan pembelajaran (pdp). Ini menunjukkan bahawa dia tidak berminat

dengan proses pdp. Sebelum sesi intervensi, pengkaji mendapati PK C menghadapi dua

masalah di dalam pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit. Masalah pertama

ialah tidak menguasai fakta asas darab (rujuk rajah 1) dan masalah kedua ialah tidak

menguasai algoritma pendaraban (rujuk rajah 2).

Page 6: 699-1360-1-SM

Rajah 1: Kesilapan memilih fakta asas darab

Merujuk rajah di atas, PK C tidak dapat memberi fakta asas darab yang tepat bagi sifir 2. Bagi

sifir 5, jawapan yang diberikan adalah betul. Daripada temubual yang dilakukan, peserta

kajian ini menyatakan “dop ingat..sifir lima jer..”(PKC-TB05). Ini menunjukkan PK C

menghadapi masalah menguasai fakta asas darab dan hanya mampu menguasai sifir yang

mudah sahaja iaitu sifir 5.

Rajah 2: Tidak menguasai algoritma pendaraban bentuk lazim.

Berdasarkan rajah di atas, dapat disimpulkan PK C tidak dapat menguasai langkah-langkah

pengiraan bentuk lazim. Daripada temubual yang dibuat, PK C menyatakan tidak mengingat

langkah pengiraan bentuk lazim “ .. dop ingat langkoh.” (PKC-TB04).

Sepanjang sesi intervensi dilaksanakan, PK C memberikan kerjasama dan mendengar arahan

dengan baik. Ini berbeza semasa di dalam kelas, di mana PK C merupakan seorang murid

yang malas dan tidak mendengar arahan guru. Semasa Sesi Intervensi1 , PKC telah dibimbing

untuk menukarkan nombor kepada perwakilan garisan menegak dan melintang. Bagi sesi

intervensi 1, PK C berjaya menguasai kemahiran menukar nombor kepada perwakilan

garisan dengan baik. Hal ini di buktikan dengan analisis dokumen apabila PK C berjaya

menjawab dengan betul kesemua soalan pada lembaran kerja1 yang diedarkan.

Rajah 3: Soalan lembaran kerja 1 yang berjaya dijawab oleh PKC

Semasa Sesi Intervensi 2, PK C telah dibimbing untuk menguasai kemahiran mengisi nilai

persilangan antara garisan pada anak panah. Bagi sesi intervensi kedua pula, PK C kelihatan

lebih bersemangat untuk belajar. PK C berjaya menguasai kemahiran kedua tanpa sebarang

masalah. PK C berjaya menjawab dengan betul kesemua soalan pada lembaran kerja 2. Rajah

di bawah menunjukkan contoh jawapan PK C pada lembaran kerja 2.

Page 7: 699-1360-1-SM

Rajah 4: Soalan lembaran kerja 2 yang berjaya dijawab oleh PKC

Semasa Sesi Intervensi 3, PK C telah di bimbing untuk menguasai kemahiran menambah

nombor-nombor mengikut kedudukan anak panah yang melibatkan kemahiran tanpa

mengumpul semula. Berdasarkan analisis lembaran kerja, PK C berjaya menguasai kemahiran

ini apabila dapat menjawab tiga daripada empat soalan dengan betul . PK C menyatakan cara

ini lebih senang berbanding bentuk lazim. Kesilapan yang di lakukan oleh PK C semasa

menjawab soalan pada lembaran kerja 3 ialah pada soalan nombor 3 (rujuk rajah 4).

Rajah 5: Kesilapan yang dilakukan PK C semas lembaran kerja 3

Merujuk kepada rajah 5, PK C melakukan kesilapan menukar nombor kepada kepada

perwakilan garisan melintang. PK C melukis 4 garisan yang sepatutnya dilukis 5 garisan.

Bagi soalan ini, PK C menyatakan bahawa dia tersilap melihat soalan. Apabila di soal PK C

menyatakan bahawa dia ingatkan soalan 21 x 42. Ini menunjukkan PK C cuai ketika

menjawab soalan soalan.

Semasa Sesi Intervensi 4, PKC dibimbing untuk menguasai kemahiran mengumpul semula

nilai tempat bagi jawapan yang diperolehi. PK C dapat menguasai kemahiran menambah

nombor-nombor mengikut kedudukan anak panah yang melibatkan pengumpulan semula

dengan baik. Hasil semakan lembaran kerja 4, PK C berjaya menjwab dengan betul kesemua

soalan (rujuk rajah 6).

Rajah 6 : Soalan lembaran kerja 4 yang berjaya dijawab oleh PKC

Setelah selesai menjalankan sesi intervensi, didapati PK C telah menunjukkan beberapa

perubahan yang positif dari segi penguasaan dan sikap. Dia sentiasa memberi tumpuan

Page 8: 699-1360-1-SM

sepenuhnya sewaktu proses pdp dan kelihatan lebih yakin. Hasil analisis lembaran kerja dan

latihan menunjukkan PK C berjaya menyelesaikan soalan pendaraban nombor dua digit

dengan nombor dua digit menggunakan Kaedah “Vettice” (rujuk rajah 7). Hal ini

menunjukkan bahawa dia berjaya menguasai kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan

nombor dua digit.

Rajah 7: Soalan yang berjaya dijawab dengan betul menggunakan Kaedah

“Vettice”

Berdasarkan analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati kesemua peserta kajian berjaya

menguasai kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit tanpa

mengumpul semula dan seacara mengumpul semula.Terdapat perubahan positif dalam

kalangan mereka setelah selesai melaksanakan sesi intervensi. Perubahan tersebut meliputi

aspek kemahiran dan tingkah laku. Sebelum menjalani sesi intervensi, mereka kurang

berminat dan bersikap pasif untuk melibatkan diri dalam proses pdp serta kelihatan ragu-ragu

apabila diminta untuk menjawab soalan. Namun, setelah selesai melakukan sesi intervensi,

tahap penguasaan mereka semakin meningkat apabila kebanyakan soalan ujian berjaya

dijawab dengan betul menggunakan Kaedah “Vettice”. Dari segi perubahan tingkah laku pula,

pengkaji mendapati kesemua peserta kajian memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses

pdp dan kelihatan lebih yakin untuk menjawab soalan yang diberi. Hal ini menunjukkan

bahawa kesemua peserta kajian berjaya menguasai kemahiran pendaraban nombor dua digit

dengan nombor dua digit menggunakan Kaedah “Vettice”.

KESIMPULAN

Penggunaan Kaedah “Vettice” dapat membantu murid lemah tahun 4 Jauhari menguasai

kemahiran pendaraban nombor dua digit dengan nombor dua digit tanpa mengumpul semula

dan secara mengumpul semula. Persoalan kajian telah berjaya dijawab melalui data yang

diperolehi daripada instrumen-instrumen yang digunakan iaitu pemerhatian, analisis

dokumen, temu bual dan ujian. Dapatan daripada pelbagai sumber ini didapati saling

menyokong antara satu sama lain. Sebelum sesi intervensi dilaksanakan, pengkaji mendapati

hampir kesemua peserta kajian menghadapai masalah menguasai fakta asas darab dan tidak

menguasai algoritma pendaraban bentuk lazim. Namun demikian, setelah diperkenalkan

Kaedah “Vettice”, masalah ini tidak lagi timbul kerana langkah yang mudah di ingati serta

murid tidak perlu menghafal sifir.

Kajian tindakan yang telah di jalankan ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap

profesionalisme sebagai seorang bakal guru terlatih. Dengan melibatkan diri dalam proses

pelaksanaan kajian tindakan, pengkaji dapat mengenalpasti masalah yang di hadapi murid

dengan lebih terperinci berdasarkan penelitian dan refleksi proses pengajaran dan

pembelajaran (pdp) dilakukan. Ini dapat melatih pengkaji menjadi lebih prihatin dalam

mengesan masalah murid. Melalui kajian tindakan ini juga pengkaji dilatih menjadi lebih

kreatif dan berfikir pada aras yang lebih tinggi bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh

murid. Selain itu, kajian tindakan ini juga menyedarkan pengkaji pentingnya melakukan

Page 9: 699-1360-1-SM

inovasi sama ada dari segi strategi mengajar, bahan atau kaedah supaya p&p yang berkesan

dan bersesuaian dengan tahap murid dapat dijalankan. Dengan melakukan inovasi juga,

pengkaji dapat mengenalpasti cara yang paling berkesan dalam mengatasi masalah murid.

Kajian tindakan yang dijalankan ini mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.

Antara kekuatan yang dapat pangkaji kenalpasti selepas menjalankan kajian tindakan ini ialah

murid melibatkan diri secara aktif di dalam proses pdp. Selain itu, Kaedah “Vettice” yang

diperkenalkan dapat memperkukuhkan konsep darab murid kerana menggunakan kaedah ini,

murid didapati melakukan penambahan berulang berpandukan persilangan antara garisan

menegak dan garisan melintang. Dengan menggunakan Kaedah “Vettice” juga kesilapan

murid semasa mendarab menggunakan algoritma bentuk lazim dapat di atasi. Kaedah

“Vettice” juga lebih mudah untuk di kuasai serta tidak memerlukan murid mengingat sifir.

Ini dapat mengatasi kesilapan murid dalam pemilihan fakta asas darab. Namun begitu,

pengkaji mendapati kaedah ini kurang sesuai bagi murid pandai dan telah menguasai sifir.

Kaedah ini juga hanya terhad untuk operasi darab sahaja.

RUJUKAN

Amran Bin Kemat. (2012). Keberkesanan Kaedah Garis Bersilang Dalam Mendarab Dua

Nombor Dua Digit Dengan Dua Digit Melibatkan mengumpul Semula. 21-28.

Che Abdul Razak Bin Che Muhammad. (2012). Penggunaan Kaedah "Combination Lattice

With Cross Multiplication" (CLCM) Bagi Membantu Murid Lemah Tahun 4 Dalam

Proses Pendaraban Tiga Digit Dengan Dua Digit. 16-26

Cotton, T. (2010). Understanding and Teaching Primary Mathematics. England: Pearson

Education Limited.

Eda Vula, L. B. (2011). Coolaborative Action Research: Teaching of Multiplication and

Division in the Second Grade. Turkish Online Journal of Qualitative Inquiry, 7.

Goh, M.L. (2011). Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Penguasaan Sifir Darab 6 Hingga 8

Murid Tahun Tiga: Refleksi Pembelajaran Penggunaan Teknik Menganalisis Data.

Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011, 24-35.

Hazima Bt. Hassan. (2012). Penggunaan 'Touch Arrow' Dalam Meningkatkan kemahiran

pendaraban Secara Mengumpul Semula Bagi Murid Berpencapaian Rendah Tahun 3.

1-14.

Janting anak Ringkai. (2005). Mempelbagaikan Pendekatan Untuk Membantu Murid-Murid

Tahun 5 menguasai Sifir Darab 1 Hingga 10. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan

2005, 69-97.

Mundia, L. (2012). The Assessment Of Math Learning Difficulties In a Primary Grade-4

Child with High Support Needs: Mixed Methods Approach. International Electronic

Journal of Elementary, 347-366.

Noor Shah Saad. (2001). Teori dan Perkaedahan Pendidikan Matematik. Selangor: Prentice

Hall.

Zainuddin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil. (2007). Keberkesanan Petak Sifir

Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian di

Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.