69612266 sistem pendidikan kolonial memberikan kesan negatif terhadap hubungan etnik

Download 69612266 Sistem Pendidikan Kolonial Memberikan Kesan Negatif Terhadap Hubungan Etnik

If you can't read please download the document

Upload: siti-aishah-latip

Post on 05-Dec-2014

70 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL MEMBERIKAN KESAN NEGATIF TERHADAP HUBUNGAN ETNIK Pendidikan adalah merupakan satu aspek pembangunan sosial yang dianggap sangat p enting dan mampu mencetuskan perubahan dalam masyarakat. Pendidikan bukan sahaja boleh menyedikan masyarakat dengan kebolehan menulis, membaca dan mengira malah dapat menyediakan mereka kepada pengetahuan dan nilai-nilai baru yang boleh dim anfaatkan untuk tujuan memajukan diri dan masyarakat. Namun pada zaman pendidika n kolonial pula sistem pendidikan yang telah diperkenalkan oleh penjajah Inggeri s pada dua abad yang lalu amat berlainan dengan kehendak masyarakat. Zaman pra-m erdeka bidang pendidikan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dipantau sepenuhnya oleh penjajah Inggeris telah mendatangkan pelbagai kesan sama ada positif atau n egatif. Tujuan sebenar Inggeris datang ke Tanah Melayu pada mulanya bukan bertuj uan memperkenalkan sistem pendidikan tetapi terpaksa diperkenalkan juga di Tanah Melayu kerana tuntutan politik dan juga desakan daripada sesetengah pihak. Pada zaman ini wujud empat aliran pendidikan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu Vern akular Melayu, Vernakular Tamil, Vernakular Cina dan Vernakular Inggeris. Kehadi ran sistem pendidikan seumpama ini menyebabkan semangat perpaduan di Tanah Melay u sukar dipupuk. Di Malaysia, kalangan sarjana dan pakar pendidikan sering kali membahagikan pelajaran di Malaysia dengan pelajaran formal dan tidak formal. Tid ak formal lebih menjurus kepada pelajaran yang berasaskan Agama Islam, manakala pelajaran formal lebih menjurus kepada pelajaran yang diperkenalkan oleh kolonia l British. Hal ini bertujuan untuk melihat dasar pelajaran kolonial British dan juga Belanda dalam konteks implikasi dasar tersebut terhadap sosio- budaya masya rakat di Tanah Melayu. Jika kita menyorot masa lampau kuasa kolonial telah mewar iskan kepada kita ilmu pengurusan yang paling penting iaitu sistem pendidikan da n pentadbiran negara . Setelah 51 tahun merdeka ,tidak banyak perubahan yang dil akukan di dalam sistem pendidikan kita kecuali menokok tambah sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Brirtish sejak tahun 1819. Contohnya kerajaan telah memp erkenalkan semula bahasa Inggeris dalam pembelajaran subjek Matematik dan Sains serta kerajaan negara kita yang berkonsep west minister. ALIRAN SEKOLAH VERNAKUL AR Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu sem asa penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidan g pendidikan telah mewujudkan sistem pendidikan vernakular. Sistem Pendidikan Ve rnakular bermaksud sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Vernakular gagal memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu kerana mereka terpisah diantara satu sama lain. Empat aliran sekol ah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Sistem pendidikan berbentuk vernakular dihasilkan dengan mengekalk an setiap kaum dengan identiti bahasa dan negara asal mereka. Sejarah membuktika n perkembangan untuk orang Melayu disekat dan dibantutkan oleh strategi kolonial British bagi mengelakkan pembentukan kesedaran kebangsaan. Perkembangan yang be rlaku menyebabkan British terpaksa menyediakan sistem pendidikan berbeza kepada tiga kaum tersebut. Penyediaan pendidikan bukanlah untuk membentuk masyarakat enl ightened tetapi bagi mengesahkan alasan alasan kehadiran British ke Timur adalah untuk mentamadunkan masyarakatnya. Oleh yang demikian., British telah mewujudkan satu system pendidikan yang berbentuk vernacular bagi merealisasikan impian mer eka. Tujuan utama adalah unutuk membantutkan dasar perkembangan pendidikan dan t amadun orang Melayu. Ia juga dilakukan bagi memudahkan pengaliran keluar segala hasil kekayaan negeri negeri Melayu ke Britain tanpa melaui proses audit atau so al jawab daripada pemilik asal yang merujuk kepada orang Melayu. Sekatan pendidi kan turut dikenakan terhadap orang India yang menetap di ladang ladang bagi meng ekalkan status quo mereka sebagai anak ladang. Orang India yang tinggal di bandar bandar seperti Pulau Pinang dan Melaka, seperti juga orang Melayu telah di beri peluang untuk memasuki sekolah Inggeris. Keadaan ini telah mendirikan dua buah s ekolah yang gah di bawah pimpinan pendidikan colonial British iaitu Penang Free School dan Malacca Free School

bagi melahirkan segelintir loyal servant kepada pemerintah British. Orang Cina p ula mempunyai system pendidikan tersendiri yang dibiayai oleh pedagang pedagang dan pelombong Cina. Ternyata orang Cina mempunyai system pendidikan yang jauh le bih maju daripada pendidikan orang Melayu dan India. Isu pendidikan vernakular p erlu difahami kerana melalui pendidikan inilah terbentuknya polarisasi kaum. Pol arisasi ini pula terus menerus menyalurkan British dengan sumber manusia tanpa s ebarang tentangan dan kesulitan dalam kerangka pengkhususan kerja masing masing. Jika diteliti, pendidikan vernakular pra-merdeka ini jugalah yang menjadi asas kepada pembentukan sstem pendidikan moden di negara kita sehingga kini. Walau ba gaimanapun, terdapat kesan negatifnya, iaitu menyebabkan orientasi terhadap nega ra ibunda masing-masing. Sekolah yang memberi kebebasan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan India, telah menyebabkan masyarakat negara ini tidak menuju kepada per paduan kaum, dan ini disedari bercangah dengan kepentingan terhadap perpaduan. S EKOLAH- SEKOLAH YANG DITUBUHKAN PADA ZAMAN KOLONIAL 1. SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, ma sjid dan sekolah pondok. Kokurikulumnya ialah membaca dan memahami al-Quran, mem pelajari bahasa Arab, hukumhukum agama, serta kemahiran membaca, menulis dan men gira. Sistem Pendidikan pondok atau madrasah menyediakan pendidikan yang lebih t eratur. Ciri-ciri pendidikan pondok adalah lebih memberikan penekanan terhadap a jaran agama. Pelajar yang lulus sekolah pondok bakal berkhidmat sebagai guru aga ma yang bakal memberikan khidmat kepada masyarakat. Tempoh pengajian di sekolah pondok memakan masa yang terlalu lama iaitu sehingga sepuluh tahun. Sekolah Madr asah pula mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang mana mata pelajaran yang diajar b erdasarkan sukatan yang telah ditetapkan. Tahap pendidikan ini dilaksanakan seca ra kelas mengikut tahap, peningkatan darjah berlaku secara automatik. Tahap peng ajian sekolah ini terbahagi kepada tiga iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap pengkhususan. Guru besar atau Mudlir adalah orang yang bertanggungjaw ab dalam mengawasi dan menguasai perjalanan sekolah Madrasah. Namun begitu terda pat satu lembaga dan jawatan kuasa yang membantu dalam menyelia perjalanan sekol ah ini. Semasa pentadbiran British, Sekolah Melayu didirikan bagi memberikan pen didikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan. Sekolah sekular ini bermaks ud pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan. Di sekolah ini anak-anak Mel ayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu Geografi, seni pertuk angan dan perkebunan. Sekolah Sekular Melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Sekolah sekular Melayu pertama dibina adalah di neg eri-negeri selat, iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang. Sekolahsekolah sekular Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Prai , Melaka dan kemudiannya dibuka di negeri-negeri Melayu yang lain. Sekolah-sekol ah sekular yang didirikan khas untuk orang Melayu kurang mendapat sambutan walau pun percuma. Kehadiran pelajar yang tidak menggalakkan ini adalah disebabkan sya k wasangka ibu bapa Melayu tentang sekolah yang didirikan oleh orang asing ini. Mereka tidak percayakan orang asing dapat memberi pendidikan terbaik terhadap an ak mereka selain ajaran agama. Tiadanya pengajaran al-Quran juga merupakan fakto r kepada kurangnya sambutan kepada sekolah sekular ini. Disamping itu kekurangan sambutan kepada sekolah ini juga didorong oleh amalan budaya orang Melayu sendi ri, dimana tenaga anak-anak Melayu diperlukan untuk mengerjakan sawah, menolong keluarga ke laut dan juga di rumah bagi anak-anak orang Melayu yang perempuan. L okasi sekolah sekular ini yang jauh dari petempatan atau perkampungan Melayu jug a antara faktor kenapa sekolah ini kurang mendapat sambutan. Orang Melayu tidak mampu untuk membiayai tambang perjalanan ke sekolah sekular ini berikutan taraf ekonomi keluaga yang rendah. Selain itu kebanyakan anak-anak Melayu khuatir meni nggalkan rumah kerana yang perempuan sangat terikat dengan budaya dan adat orang Melayu tradisi yang menghalang anak-anak perempuan untuk melangkah jauh meningg alkan rumah. Keadaan ini berkait rapat dengan tentangan daripada golongan konser vatif iaitu golongan yang berpegang kuat pada asas amalan tradisi Melayu.

Pada tahun1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay college Kuala Kangsar) ditubuh kan khas bagi anak-anak golongan bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran British. Ianya berasaskan sistem pendidikan terbaik di Britain. Pada tahun 1910, mereka yang telah lulus darjah tujuh di kolej tersebut diserapkan ke dalam perk hidmatan pentadbiran Melayu. Pada tahun 1930, golongan ini dilantik untuk menjaw at jawatan rendah dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS). Lulusan kolej ini diharap menjadi penyokong setia British. Atas desakan untuk memenuhi kekurangan besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku penolong Pengarah Pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu. Beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi melatih guru-guru Melayu di Tan jung Malim, Perak. Dengan ini, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pad a tahun 1922. Sungguh pun penubuhan MPSI dikatakan satu peritiwa bersejarah dala m pendidikan Melayu, namun bidang pelajarannya masih sempit. Kerajaan British ma sih tetap dengan dasar mengekalkan status quo orang Melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir British adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan Melayu yang tahu menulis dan membaca. Menurut Tan Din Eing, perhatian yang lebih berat diberikan supaya orang melayu yang keluar dari kampung-kampungnya mendapat pekerjaan. Pendidikan Vernakular Melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi ha nya kepada asas seperti membaca, menulis, dan mempelajari asas kira-kira. Antara tahun 1914-1940, tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu. Perkembangan sekolah hanya terhad kepada sekolah rendah sahaja. Unsur dualisme dalam pendidikan vernakular Melayu sangat jelas. Bagi rakyat biasa, tujuan pendi dikan Melayu adalah hanya menjadikan mereka petani dan nelayan yang lebih baik d aripada ibu bapa mereka. Unsur dualisme adalah bertujuan untuk mengekalkan satat us quo masyarakat Melayu iaitu terus membiarkan orang Melayu terus taksub dengan cara pendidikan mereka dan tanpa melihat kemajuan masyarakat lain yang berada d i sekeliling mereka. Dengan ini orang Melayu tidak akan bangkit menentang kekuas aan Britisah di tanah air mereka. Ini bermaksud British ingin terus membiarkan o rang Melayu terus di belenggu kemiskinan dan pemikirian kolot mereka itu. Britis h juga ingin mengekalkan orang Melayu supaya terus tinggal di perkampungan nelay an atau di kawasan pedalaman dengan mengusahakan sawah padi. Penubuhan sekolah v ernakular Melayu ini juga bertujuan untuk mengekalkan kesetiaan dan jalinan pers ahabatan antara pegawai kerajaan British dengan golongan elit Melayu, iaitu golo ngan raja dan pembesar-pembesar Melayu supaya terus memberikan kerjasama dengan mereka. 2. SEKOLAH VERNAKULAR CINA Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik Confucius. Sekolah-sekolah Cina mene kankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks Confucius atau kl asik Cina tanpa memahami maknanya. Penggunaan sempoa (alat mengira) adalah penti ng. Terdapat tiga jenis sekolah Cina pada zaman kolonial. Sekolah yang pertama i aitu yang dikendalikan oleh jawatan kuasa peringkat daerah, persatuan, keluarga Cina di Bandar atau di daerah tertentu. Sekolah yang kedua iaitu ditubuhkan oleh orang perseorangan atau beberapa orang guru dalam satu jawatan kuasa yang terdi ri daripada penaja atau dermawan. Sekolah yang ketiga pula yang dijalankan oleh guru yang mengambil upah dari anak-anak murid mereka. Sekolah Cina menggunakan d ialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan mata pelajaran dan b uku dibawa dari China. Sekolah Cina menyediakan pendidikan rendah selama enam ta hun. Terdapat sekolah Cina yang menyediakan pendidikan sehingga tahap senior Mid dle iaitu pelajaran menengah atas tiga atau sekolah Tinggi. Bagi mereka yang hen dak melanjutkan pelajaran, mereka harus pergi ke negara China. Langkah untuk men gawal sekolah Cina bermula apabila sekolah ini digunakan oleh parti Kuomintang ( KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah Cina di Tanah M elayu pada tahun 1920-an menjadi medan pertarungan antara dua ideologi politik y ang bertentangan ini. Pada tahun1920, kerajaan telah meluluskan enakmen pendafta ran sekolah untuk mengawal sekolahsekolah Cina. Menurut enakmen ini,semua sekola h yang didirikan mesti didaftarkan. Enakmen ini

memberi kuasa kepada pengarah pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak mengiku t syarat pengurusan, sukatan pelajaran, dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh British. Namun, perlaksanaan enakmen ini kurang berjaya. British kemudianny a terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas pada tahun 1929. Antara tindakan itu adalah menghapuskan semua unsur Eropah yang terdapat dalam buku teks sekolah vernakular Cina. Guru-guru yang lahir di negara Cina tidak dibenarkan lagi masu k ke Tanah Melayu. Pegawaipegawai kerajaan dilantik untuk mengawal sekolah-sekol ah Vernakular Cina ini. Selain itu, peruntukan kerajaan juga diberikan kepada se kolah-sekolah ini supaya dapat menyekat pengembangan ideologi komunis. Pada kese luruhannya, tiada permintaan yang luas bagi pendidikan Cina pada tahap yang lebi h tinggi kerana pendidikan Cina tidak membawa ke arah kemajuan sosial dan ekonom i. Menurut Andaya,..seperti hal dengan pendidikan India di Tanah Melayu, sekolah-s ekolah pengantar Cina tidak memberikan persediaan supaya seseorang individu bole h naik meningkat di bawah pemerintahan kolonial British. 3.PENDIDIKAN VERNAKULAR TAMIL Semasa zaman pendidikan British kita melihat bahawa ,British tidak mengam bil berat tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil adalah secara formal di Tanah Melayu dan dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhaan masyarakat India. Dalam perkembangan sekolah India kita dapat menilai dan melihat bahawa s ekolah Vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembagan ekonomi di Tanah Melayu . B ritish telah mengarahkan supaya Orang India berhijrah secara beramai-ramai untun k bekerja di Tanah Melayu sebagai pekerja di ladang kopi,ladang tebu, ladang kel apa dan ladang getah . Dalam masa yang sama juga masyarakat India telah membina sekolah-sekolah Tamil dan sekolah sekolah ini telah didirikan di kawasan ladang d i Seberang Prai , Pulau Pinang dan Johor. Dapat dilihat bahawa sekolah-sekolah I ndia yang di bina pada waktu itu, hanya sekolah sekolah ladang dan bermutu rendah dan menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan kemudahan di dalam sekolah s eperti alat-alat untuk mengajar , dan juga bilangan guru yang betul-betul berkel ayakan . Lazimnya sekolah-sekolah adalah terdiri daripada Kangai , Penyelia ladan g , ataupun buruh-buruh yang yang secara kebetulan diketahui tahu membaca dan me nulis akan diambil secara langsung menjadi guru di sekolah India pada masa itu. Dari segi bahasa pengantar yang digunakan pula , di sekolah India telah mengguna kan pelbagai rumpun bahasa dari India seperti bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi atau bahasa Hindi. Hal ini menunjukkan bahawa sukatan pelajaran yang digunakan p ada masa itu, adalah yang berunsur keindahan. Pada tahun 1962 , British telah memp erkenalkan sebuah undang-undang buruh yang mewajibkan pengusaha ladang supaya me nyedikan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya .Keadaan ini secara langsun g telah menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah bagaikan cendawan selepas h ujan di setiap kawasan ladang di Tanah Melayu.Walau bagaimanapun, terdapat juga sekolah Tamil yang didirikan di kawasan bandar seperti sekolah Thamboosamy Pilla i dan sekolah Vivekananda di Bandar Kuala Lumpur. Kesimpulannya, dapat kita renu ngkan bersama bahawa campur tangan kerajaan pada masa itu terhadap sekolah Tamil adalah paling minimum kerana banyak dikuasai oleh Gabenor British yang memerint ah sesuatu kawasan atau daerah Tanah Melayu, apa yang di katakan adalah muktamad dan tidak boleh dibantah. Matlamat kerajaan pada masa itu juga hanya ingin mewu judkan tenaga buruh India untuk kepentingan Tanah Melayu dan hanya berpuas hati melihat orang India hanya mempunyai pengetahuan asas seperti dalam bidang pertan ian , dan dalam bidang kemahiran sahaja. Kerajaan pada masa itu melihat kewujuda n sekolah Tamil pada peringkat tinggi difikirkan tidak perlu dan tidak penting k epada masa depan masyarakat Tamil. Hal ini telah membawa kesan luka di jiwa masy arakat India pada masa itu kerana hanya golongan India yang kaya sahaja mampu me nghantar anak mereka ke sekolah Inggeris yang lengkap dan mencukupi dari pelbaga i kelengkapan. Natijahnya, kita melihat bahawa ini telah membawa kepada jurang p erbezaan antara orang India yang berpendidikan Inggeris dan bejaya menceburkan d iri dengan kerjaya yang bagus berbanding dengan orang India yang miskin dan terp aksa hidup kekal menjadi buruh di kawasan ladang dan pelabuhan sahaja.

4. SEKOLAH VERNAKULAR INGGERIS Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu. Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam. Tujuan kerajaan mengadakan sekolah Inggeris adalah supaya pen duduk tahu membaca, menulis dan mengira. Walau bagaimanapun, pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah tempatan yang mempunyai kemahiran be rbahasa Inggeris. Sekolah Inggeris yang pertama di dirikan di Negeri-Negeri Sela t digelar Sekolah Free. Sekolah ini digelar sedemikian kerana terbuka untuk semu a kaum. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu adalah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Tujuan penubuhan sekolah itu adalah untuk melah irkan golongan pegawai yang cerdik, tekun dan jujur. Sekolah Inggeris dibahagika n kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan diaj ar kemahiran pertukangan kayu, membuat kasut dan pakaian. Sekolah Inggeris yang lain adalah Malacca School Free (1826) dan Singapore Free School (1834). Terdapa t sekolah Inggeris kerajaan di Negeri-negeri Melayu yang menawarkan pelajaran pe rcuma kepada anak-anak lelaki golongan pembesar. Pegawai British seperti Frank S wettenham, Hugh Clifford dan Martin Lister menganggap bahawa apabila pelajaran p ercuma diberikan, para pembesar akan lebih mudah bekerjasama. Pada tahun 1889, W illiam Maxwell, residen Selangor telah melantik Rev. Frank Haines sebagai guru B ahasa Inggeris kepada anak-anak raja di Selangor. Sebuah kelas bahasa Inggeris d imulakan pada tahun 1890 di sekolah Melayu di Kuala Lumpur tetepi sambutannya am at dingin. Sekolah Inggeris didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Intstution, Kuala Lumpur. Sekolah ini ditubuhkan pada 1893 bersempena perayaan J ubli Intan pemerintahan Ratu Victoria. Rayuan bagi memberi derma kepada tabung s ekolah tersebut disambut baik. Jumlah murid pada peringkat awal adalah 150 orang kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1925, sekolah ini dijadikan sekolah kerajaan dan kemudian dipindahkan ke Bukit Petaling pada tahun 1929 . Terdapat sekolah Ingge ris yang ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh Lon don, Methodist Amerika, Gereja Anglikan dan Gereja Roman Katolik. Sekolah-sekola h ini berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan British. Sumbangan penti ng sekolah mubaligh adalah kejayaan memberikan pelajaran kepada anak-anak perenp uan. Mereka berjaya meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka k e sekolah. Pada akhir tahun 1974, tedapat kira-kira 33 buah Mubaligh untuk kanak -kanak perempuan. Antara sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah sekol ah Perempuam Methodist Senior, Kuala Lumpur. Sekolah ini diserahkan kepada mubal ight Methodist Amerika masalah kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga p engajar. Terdapat juga sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti sekolah lelaki Katholik di Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala Lumpu r. Mata pelajaran adalah nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi diajar dalam tahun tiga. Mata pelajaran sejarah diajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain. Sekola h perempuan Inggeris memberi penekanan kepada kelas jahitan, memasak dan muzik. Setelah biasiswa-biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen (1885), dan sijil Cambri dge (1891) diperkenalkan, barulah sekolah Inggeris mempunyai sukatan pelajaran y ang seragam. Sekolah Inggeris kemudian dimajukan menjadi sekolah rendah dan seko lah menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh tahun iaitu darj ah rendah, satu dan darjah rendah serta diikuti darjah satu hingga lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran selama 4 tahun, iaitu darjah enam hingga ke las Sijil Persekolahan. Murid-murid dalam darjah lima boleh mengambil peperiksaa n khas, iaitu Sijil Junior Cambridge. Mata pelajaran utama yang diajar ialah bah asa Inggeris, Sejarah, Kesusasteraan Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu Kesihat an dan Ilmu Alam. Mata pelajaran lain turut ditawarkan tetapi bergantung kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya, Raffles Institution telah memulakan kelas Sains mulai tahun 1929. Kelas Sains diadakan pada hari Sabtu da n waktu petang untuk murid dari sekolah yang lain. Contohnya Sekolah Tinggi Buki t Martajam akan pergi ke Penang Free School pada setiap hari sabtu untuk menghad iri kelas Sains. Sukatan Pelajaran di sekolah Inggeris berasaskan berdasarkan su katan pelajaran sekolah menengah di England. Murid dari sekolah Inggeris mempela jari Sejarah dan Geografi British serta Kesusasteraan Inggeris yang tidak berkai tan

dengan orang Asia. SEBAB SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL MEMBERIKAN KESAN NEGATIF KEP ADA HUBUNGAN ETNIK Semua sekolah yang ditubuhkan pada zaman kolonial adalah menc erminkan kuasa, keperluankeperluan dn kehendak-kehendak pendidikan penjajah. Wal aupun pendidikan pada waktu tersebut memang suatu kepentingan tetapi sekolah-sek olah yang direka adalah bagi memenuhi keperluan penjajah. Pentadbir-pentadbir se dar bahawa tujuan pendidikan penjajah adalah untuk melatih keranikerani yang aka n menjadi kakitangan rendah di dalam prkhimatanb awam. Bagi pertubuhan-pertubuha n mubaligh pula, matlamat yang paling penting sekali ialah perkembangan agama Kr istian di Tanah Melayu, dan Pulau Borneo. Penekanan para mubaligh ini adalah ten tang ajaran berpandukan bible . Disebabkan orang Melayu telah mengenali Islam ter lebih dahulu maka pendidikan atau ajaran agama kristaian dalam kalangan masyarak at pada masa tersebut tidak mempunyai input atau persetujuan oarang Melayu, sert a kaum-kaum lain pada waktu tersebut. Maka ini telah merenggangkan hubungan pers efahaman antara kaum Melayu dengan kaum lain khususnya kaum Cina dan India. 1.SI STEM PENDIDIKAN KOLONIAL : SATU AGEN PEMBEKUAN Sebab sistem pendidikan kolonial ini memberikan kesan negatif kepada hubungan etnik kerana beberapa sebab yang te lah dikenalpasti iaitu satu agen pembekuan pembekuan yang mengongkong pertumbuha n idea masyarakat untuk mengetahui sesuatu ilmu. Kesan negatifnya pula dapat dil ihat dari dari pelbagai sudut iaitu dari segi politik, undang-undang, pendidikan , ekonomi, pemikiran dan lain-lain. Semasa zaman pemerintahan British, masyaraka t Tanah Melayu terpinggir dari arus pembangunan ekonomi, politik dan sosial sert a ketinggalan dalam arus pendidikan . General W.H Treacher, merupakan salah seor ang yang bertanggungjawab ke atas sistem pemerintahan kolonial di Tanah Melayu d ulu dan dia pernah mengatakan Orang Melayu telah diberikan segala-galanya sepert i dari segi keselamatan, sistem perhubungan, perkhimatan, kesihatan ,pelajaran, undang-undang corak pentadbiran bahasa dan Kebudayaan dan aspek psikologi rakyat peribumi. Namun ini adalah tidak benar seperti yang diwar-warkan mereka. Mereka telah mengongkong pergerakan dan pemikiran orang Melayu melalui menyekat dan me nghadkan pendidikan mereka. British hanya ingin orang Melayu pandai membaca dan menulis serta mempelajari asas pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik dari ibu bapa mereka. Keadaan ini menyebabkan orang Mela yu tidak akan terkeluar dari kepompong pemikiran mereka dan terus tunduk kepada British. Tegasnya disini semasa pemerintahan British tidak ada sistem pendidikan yang sistematik pada masa itu. Pada masa ini tiga kaum terbesar Tanah Melayu ia itu Melayu, Cina dan India ada sistem pendidikan yang tersendiri. Orang India da n Cina berkiblatkan negara asal mereka. Bagi sekolah Vernakular Cina, buku, suka tan pelajaran dan guru yang mengajar di bawa khas dari Tanah Besar China. Hal in i menyebabkan proses asimilasi kaum sukar berlaku dan hidup mengikut ras dan kel ompok masing-masing. Dari ini telah wujud masyarakat majmuk di Malaysia berikuta n dasar pecah dan perintah British. British tidak mahu kejadian yang sama sepert i di India berlaku di Tanah Melayu. Menyorot kejadian itu, semasa pendudukan Bri tish di India, British telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang sama kep ada masyarakat India. Sistem pendidikan yang diperkenalkan merangkumi pendidikan rendah, menengah dan peringkat tinggi iaitu universiti. Kesan daripada pengenal an sistem ini menyebabkan masyarakat tempatan India yang berpendidikan Inggeris telah bangkit menentang pemerintahan British di India. Dalam kontek ini, pendidi kan yang sepatutnya berfungsi sebagai alat perubahan adalah tidak relevan apabil a ia dikaitkan dengan dasar pendidikan kolonial terhadap orang-orang Melayu. Seb aliknya, kurikulum yang disediakan adalah sebagai satu usaha yang secara tidak l angsung bertujuan membekukan orang-orang Melayu dengan cara mengekalkan mereka d alam likungan kekampungan, jauh dari cabaran aktiviti-aktiviti ekonomi moden. Ma ka jelaslah ini menimbulkan masalah kerana kurang persefahaman antara etnik kera na jarak hubungan antara kaum-kaum telah direnggangkan oleh British. 2. PENYEBAR AN PENDIDIKAN INGGERIS : SATU ZAMAN PENYISIHAN (KONSEP SEGREGASI)

Sistem pendidikan telah dikenal pasti sebagai zaman penyisihan kerana telah mewu judkan sekolah yang pelbagai aliran. Hal ini menimbulkan kesan negatif pada pend idikan kolonial kerana dilihat dari aspek sosial adalah kewujudan masyarakat maj muk di Malaysia. Pengenalan sistem pendidikan berasaskan bahasa ibunda masing-ma sing sebagai bahasa pengantar menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu terpisah an tara satu sama lain. Dalam keadaan seumpama ini menyebabkan perpaduan kaum sanga t sukar dipupuk kerana tidak ada satu bahasa yang dapat dijadikan bahasa rasmi y ang boleh menyatukan semua masyarakat ketika ini. Jadi boleh dikatakan penduduk di Tanah Melayu saling tidak memahami bahasa antara satu sama lain. Untuk memupu k perpaduan kaum satu bahasa harus ditetapkan sebagai bahasa perpaduan dan bahas a komunikasi serta harus difahami semua lapisan masyarakatnya. Keadaan ini diseb abkan semua kaum di Tanah Melayu masingmasing taksub dengan bahasa ibunda sendir i yang mana orang Cina dengan bahasa Cina, orang India dengan bahasa Tamil, Mala yam, Telegu, Hindi dan sebagainya. Manakala orang Melayu tegar dengan bahasa Mel ayu dan terceruk tinggal di kampung-kampung sebagai nelayan ataupun petani yang mengerjakan sawah padi. British sengaja membiarkan keadaan ini supaya mereka sen ang memerintah dan mengaut kekayaan di Tanah Melayu dengan sewenangwenangnya. Se mentara itu rakyat peribumi dibiarkan merempat dan ditindas di negeri sendiri. D asar pemerintahan seumpama ini dikenali sebagai dasar pecah dan perintah. Dasar pendidikan kolonial menyebabkan pengenalan kaum berasaskan tempat tinggal. Keada an ini menyebabkan jurang perbezaan antara kaum amat ketara. Interaksi kaum pada masa ini amat lemah. Masyarakat di Tanah Melayu pada zaman ini hanya terceruk d alam lingkaran mereka sahaja dan tidak ambil peduli hal hidup masyarakat lain di sekelilingnya. Apa yang menyedihkan adalah sikap imigran yang tinggal di Tanah Melayu yang langsung tidak menunjukan rasa kecintaan mereka pada tanah tempat me reka berlindung. Contohnya imigran Cina hanya mengambil tahu tentang perkembanga n di Tanah Besar China sama ada isu semasa mahupun pergolakan politik. Oleh itu, sekolah-sekolah Vernakular Cina di Tanah Melayu menjadi tempat penyebaran ideol ogi parti Komintang dan Parti Komunis China pada tahun1920-an. Begitu juga denga n masyarakat India, mereka langsung tidak mengambil tahu tentang Tanah Melayu. P erhatian mereka hanya kepada negara India. Pengenalan kaum berasaskan tempat tin ggal amat ketara pada masa ini, orang Cina lazimnya di bandar-bandar atau lombon g, orang India di kawasan estet dan ladang kopi manakala orang Melayu tinggal di kawasan pedalaman iaitu kampung dan juga kawasan pinggir pantai. Dasar pendidik an kolonial menyebabkan pengkelasan masyarakat mengikut pekerjaan. Kebanyakan se kolah Vernakular ini tidak mempunyai sukatan mata pelajaran yang betul dan hanya memberikan pendidikan di peringkat asas sahaja. Contohnya Vernakular Melayu, ia itu Sekolah Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu Gelugor hanya memberi kan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja. Anak-anak Melayu sekolah ini hanya diajar menulis, membaca, mengira, sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan seperti pertukangan kayu dan perkebunan. Pendidikan Vernakular Melayu ini amat r endah mutunya. Mata pelajaran Geografi yang diajar adalah Geografi British yang tidak ada kena-mengena dengan orang Melayu. Anak-anak Melayu yang belajar di sek olah ini diajar asas pelayaran dan pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Pendidikan zaman kolonial menyebabkan wujudnya sekolah yang berasaskan bahasa ibunda masingmasing. Walaupu n sudah lama merdeka, sistem pendidikan negara kita masih dicengkam oleh bibit p erpecahan dan pengasingan dengan wujudnya sekolah berasaskan kepada kepentingan budaya etnik dan bertunjangkan kepada negara-negara asal kaum pendatang khususny a dari Benua India dan Tanah Besar Cina. Tidak kurang pentingnya pengaruh budaya daripada Timur Tengah dan Arab juga membawa bibit perpecahan di kalangan masyar akat Melayu dengan wujudnya aliran pendidikan Arab di samping dua aliran lain ia itu Melayu dan Inggeris. Pendidikan dan persekolahan menanamkan ideologi politik dan ideologi sosial yang berbeza yang menjadikan masalah perpecahan begitu meru ncing. Sistem pendidikan kolonial terutamanya sekolah Vernakular Inggeris mengun tungkan kaum bukan Melayu dan golongan ini menikmati lebih banyak peluang peruba han dan kemajuan dalam sistem kolonial yang masih tebal pengaruh dan kewibawaann ya pada pra-Merdeka.

Sebab sistem pendidikan kolonial memberi kesan negatif kepada hubungan etnik ker ana telah menyebabkan berlakunya mobiliti sosial melalui pencapaian kejayaan, pe ndidikan, pekerjaan, dan seterusnya kedudukan dalam masyarakat. Hal ini akan men yebabkan wujud konflik dengan dasar keseluruhan penjajahan Inggeris, iaitu memel ihara keaslian masyarakat Melayu. Dua sistem pendidikan yang bertentangan dari s egi fungsi dapat dapat dijalankan seiringan. Pertama mewujudkan sistem pendidika n Melayu dalam bahasa Melayu yang membekukan masyarakatnya, dan keduanya menyisi hkan masyakat Melayu daripada terlibat secara yang bermakna dalam satu sistem pe lajaran lain dan dalam bahasa lain yang diiktiraf mempunyai nilai ekonomi dan po litik, iaitu sistem persekolahan Inggeris. 3. SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : MENIM BULKAN KRISIS BAHASA Krisis bahasa akibat daripada sistem pendiddikal ikan zaman kolonial berlaku kerana satu perubahan dasar yang dibuat pada zaman pemerintaha n Inggeris iaitu kewujudan sekolah vernerkular yang mesti menggunakan bahasa ibu nda masing-masing. Kesan ini kepada masyarakat Melayu ialah menjadikan bahasa Me layu yang sudah mula diketepikan akibat daripada proses penjajahan serta pengaru hpengaruh yang meresap ke negara ini telah menyebabkan bahasa Inggeris pula menj adi bahasa pengantar di semua sekolah. Hal ini menyebabkan bahasa asal kaum Mela yu, kaum Cina, dan Kaum Tamil terpakasa diketepikan sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular masing-masing. Perubahan-perubahan ini telah menimbulkan reak si yang berbeza-beza daripada masyarakat yang pelbagai bangsa dan bahasa. Timbul juga penentang-penentang dasar pelajaran kebangsaan boleh dikenal pasti daripad a tiga kumpulan dan boleh dikenali melalui latar belakang pendidikan yang telah mereka terima daripada zaman kolonial. Pandangan mereka terhadap dasar pelajaran kebangsaan juga berbeza-beza berdasarkan minat, keperluan dan kepentingan masin g-masing. Mereka yang terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris pula mahukan bahasa Inggeris dikekalkan pula kedudukannya di sekolahsekolah. Dari mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan Cina pula mahukan mahukan semua bahasa yang terd apat di negara ini diiktiraf sama dengan kedudukannya. Akan tetapi orang-orang M elayu melihat kedudukan bahasa Melayu melalui satu perspektif yang berlainan. Ma ka kita dapat melihat dengan jelas bahawa memang wujud krisis bahasa akibat dari pada sistem pendidikan kolonial. 4. SISTEM PENDIDIKAN KOLONIAL : MENYEBABKAN BAH ASA DAN BUDAYA MELAYU TERANCAM Perkembangan baru dalam bidang politik telah memp ertajamkan pemikiran pemimpin orang Melayu tentang masalah pelajaran. Hal ini, b ukan setakat orang melayu sahaja bahkan terhadap masalah perkauman , terutamanya dalam kalangan orang-orang Cina, telah mulai disedari amat membahayakan keamana n dalam negara. Sistem pendidikan kolonial yang memberikan kebebasan kepada wuju dnya sekolah-sekolah Cina dan india, yang seluruhnya mempunyai orientasi ke nega ra ibunda masing-masing tanpa merujuk kepada negara ini. Natijahnya, kaum Cina d an kaum India dilihat amat menekankan konsep etnosentrierisme pada masa tersebut . Kesan negatif lain sistem pendidikan kolonial, sistem peperiksaan yang telah d ilaksanakan di semua sekolah Melayu. Tidak semua orang mendapat peluang yang sam a dalam menghadapi peperiksaan. Sesetengah sekolah mempunyai kemudahan, guru-gur u, dan lain-lain yang lebih baik. Ini menjadi ( head stort ) permulaan awal kepa da mereka . Kegaglan mereka dalam peperiksaan menyukarakan mereka mendapat peker jaan dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, kegagalan mereka bukan disebab kan kekurangan kemudahan tetapi disebabkan oleh sikap ibu bapa individu itu send iri yang memang mempunyai sikap anti-penjajah masa waktu tersebut. Jadi peluang yang sama bagi mobiliti tidak akan diperoleh bagi mereka yang gagal dalam peperi ksaan yang dilaksanakan oleh pentadbir British pada zaman kolonial. Perkara ini kerap kali timbul di kalangan pelajar di luar bandar yang mempunyai sekolah yang serba kekurangan. Dengan itu wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan oran g Melayu kerana dilema kegagalan dalam peperiksaaan. Hal ini menjejaskan hubunga n etnik kerana pelajar yang tinggal di bandar seperti pelajar Cina dan India aka n lulus keran mempunyai kemudahan yang serba lengkap. 5. SISTEM PENDIDIKAN KOLON IAL : MEWUJUDKAN PELBAGAI JENIS SEKOLAH YANG MEMISAHKAN KAUM

Pada zaman penjajahan Inggeris berbagai jenis sekolah yang telah diwujudkan sepe rti sekolah Melayu, sekolah Agama, sekolah Cina, dan sekolah Tamil telah menjadi pemisah yang besar kepada hubungan etnik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ha l ini kerana setiap sekolah tersebut khusus untuk kaum tertentu sahaja. Beliau m enegaskan yang situasi begini merupakan penyebab utama kanak-kanak Melayu, Cina, dan India sukar bergaul antara satu dengan yang lain. Tanpa pergaulan dan perse fahaman, perpaduan kaum tidak mungkin akan tercapai jika sistem pendidikan kolon ial ini terus dikekalkan. Ketiga-tiga kaum iaitu orang Melayu, Cina dan India ha nya berkesempatan bergaul jika mereka belajar di sekolah Inggeris yang terdapat di bandar-bandar sahaja. Walau bagaimanapun sekolah ini hanyalah lebih kepada or ang Cina dan india sahaja dan mengenetepikan peluang bagi anak-anak orang Melayu yang tinggal di desa. Sekolah begini juga tidak ada dasar tentang bahasa peenga ntar yang tunggal. Sekolah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris, sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, sekolah Agama menggunakan bahasa Arab di samping baha sa Melayu, sekolah Cina pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah Tamil menggunak an bahasa Tamil. Natijahnya, telah mewujudkan kompenankompenan masyarakat yang b erasingan tapi berdampingan. Tambahan juga kemunculan kotakota kolonial ini yang m enerapkan kepentingan sesuatu kaum tertentu. Disebabkan setiap jenis sekolah khu sus untuk kaum tertentu, maka sekolah-sekolah itu terpisah di antara satu dengan yang lain. Mengikut kedudukan geografinya serta taburan penduduk kita dapat men getahui yang kebanyakannya sekolah Melayu telah ditubuhkan di desa kerana adalah dasar British untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana orang Inggeris m engangang oarang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja. Sekolah Cina pul a terdapat di kawasan perlombongan, perniagaan dan perindustrian keran sebilanga n besar orang Cina bergiat di bidangbidang tersebut pada zaman kolonial. Manakal a sekolah Tamil pula terdapat di kawasan ladang getah kerana penoreh getah merup akan pekerjaan utama mereka apabila mereka sampai di Tanah melayu. Kurikulum bag i kelima-lima jenis sekolah ini adalah berbeza dan tidak sehala. Masing-masing m empunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Inggeris mengikut corak kurikulum da n sukatan pelajaran dan sukatan pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan ol eh kanak-kanak di England. Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran membaca, men ulis dan mengira selain diajar pertukangan tangan tradisi. Sekolah Cina dan Indi a mengikut corak kurikulum yang ada di Negara China dan India, bahkan untuk seko lah Cina, guru-guru juga didatangkan dari negara asal mereka. Sekolah agama dan madrasah pula menggunakan bahan bacaan dan buku teks serta sukatan pelajaran yan g diubahsuaikan daripada amalan di sekolah Timur Tengah dan diajar oleh guru-gur u yang terlatih di Tanah Arab. Hubungan etnik pada zaman kolonial semakin hari s emakin menjadi renggang sehinggalah akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa be rdarah pada 13 Mei 1963. Pendidikan terus menjadi alat penting dalam penerusan b udaya sesebuah masyarakat. Walau bagaimana majunya sesuatu bangsa itu, tanpa das ar pelajaran yang dirancang akan membawa kepada pelbagai kepincangan. Dasar pela jaran harus di pelihara dan diperhalusi, serta setiap perubahan memerlukan kajia n dan pendapat ramai. Namun, pelajaran tidak dapat lari dari mewarisi tradisi se sebuah negara khususnya dari segi sejarah budaya. Sesungguhnya, kesan dari pendi dikan kolonial memberi pengaruh besar tehadap sistem pendidikan di Malaysia. Bag aimanapun, pada masa kini, masyarakat Melayu di Malaysia berminat untuk menghant ar anak - anak mereka ke sekolah agama dicampur dengan akademik agar peroleh per kembangan ilmu yang seimbang. Hakikatnya, kita tidak boleh menafikan bahawa sist em pendidikan di Malaysia pada masa kini sebenarnya menerima pengaruh dari siste m pendidikan kolonial Inggeris. Apa yang pasti, pembentukan dasar pendidikan sem emangnya memainkan peranan yang sangat penting kerana pendidikan merupakan funda mental dalam membentuk generasi baru supaya sedar bagaimana membina masyarakat y ang bertamadun dan tidak dibawah arahan penjajah. Sekolah-sekolah yang didirikan oleh penjajah adalah hanya sebagai penyebar budaya nilai-nilai asing. Kita dapa t melihat bahawa pada zaman kolonial kanak-kanak di sekolah diajar dengan menggu nakan kurikulum yang serupa dengan yang di England. Malahan juga, buku-buku yang digunakan untuk mengajar adalah serupa dengan yang di England. Dapat dikenal pa sti juga yang kewujudan pertembungan budaya Barat dengan budaya Timur. Sekolah I nggeris jika diteliti juga telah menjadi satu institusi asing dalam ertikata per kara-perkara yang diajar tidak mempunyai relevan atau kaitan

dengan masyarakat atau kebudayaan orang-orang tanah Melayu yang dijajah. Pemerit ahan kolonial tidak ada minat untuk membangunkan rakyat dan menyatukan etnik yan g pelbagai kaum pada waktu tersebut melalui pendidikan. Bagi penjajah Inggeris p ada zaman terebut persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupu k menerusi pendidikan. Oleh sebab itu, British mengabaikan soal penggunaan satu bahasa pengantar, kurikulum yang sama, pentadbiran yang terancang dan penubuhan satu sistem sekolah yang tunggal yang dapat mendidik dan dapat menyatukan anak-a nak dari semua keturunan. Maka dapatlah disimpulkan sekali lagi disini bahawa te rdapat benyak kesan negatif wujud disebabkan sistem pendidikan kolonial yang dip erkenalkan oleh British pada zaman penjajahan. Dicatat oleh Alvester Bigol di 8: 24 PM