652 integration2010 proceedings

14
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 652 REKA BENTUK KURIKULUM M-PEMBELAJARAN SEKOLAH MENENGAH: TEKNIK DELPHI Ahmad Sobri Shuib Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah [email protected] Abstrak Perkembangan dalam bidang teknologi telah mengubah cara manusia belajar. Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah bersifat globalisasi dan sepanjang hayat. Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mobile untuk menyokong pembelajaran. Objektif kajian ini ialah untuk mereka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah. Kajian ini menggunakan Teknik Delphi sebanyak 3 pusingan. Sampel untuk kajian ini terdiri daripada 16 orang pakar dalam dan luar negara. Instrumen kajian mengandungi soal selidik berstruktur yang direka bentuk oleh pengkaji berdasarkan kajian literatur. Hasilan analisis data menunjukkan sebanyak 123 item mencapai konsensus pakar dan 5 item tidak mencapai konsesus pakar. Item-item yang mencapai konsensus pakar ialah objektif M-Pembelajaran (7 item), perkakasan (6 item), perkhidmatan elektronik (8 item), peralatan sokongan di sekolah (8 item), cara pelaksanaan (bersepadu dengan KBSM; Tahun pelaksanaan 2010), mata pelajaran kurikulum (8 item), komponen kurikulum (5 item), Teknik pengajaran dan pembelajaran (6 item), Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (13 item), kemahiran guru (12 item), kemahiran pelajar (8 item), bentuk ujian (10 item) dan bentuk peperiksaan (7 item). Hasilan analisis konsensus pakar terhadap item-item tersebut digunakan untuk mereka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah. Reka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah adalah penting untuk pendidikan masa depan. Keyword: m-pembelajaran; mobile learning; kurikulum masa depan; delphi Pendahuluan Perkembangan dalam bidang teknologi telah mengubah cara manusia belajar (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004; Ting, 2007). Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) bersifat globalisasi dan sepanjang hayat (Sharples, 2000). Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mobile untuk menyokong pembelajaran (Sharples, 2000; Sharples, 2002; Liu, Wang, Chan, Ko, & Yang, 2003). Kajian-kajian lalu telah menunjukkan teknologi mobile dapat memberikan kesan yang signifikan dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran (Perry, 2003; Zurita & Nussbaum, 2004). Sementara itu Wood (2003) pula berpendapat penggunaan teknologi wireless dalam pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang digital dalam kalangan negara- negara membangun, kerana pada umumnya peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan PDA adalah lebih murah berbanding komputer desktop. Projek-projek M-pembelajaran di Eropah seperti "Projek Leonardo da Vinci" dan "IST FP5" di Eropah (Keegan, 2005), projek UniWap (Sariola, Sampson, Vuorinen & Kynaslahti, 2001) menunjukkan M-Pembelajaran menjadi semakin penting dalam dunia pendidikan.Di seluruh dunia pada hari ini teknologi mobile telah menggantikan sistem talian tradisional, misalnya e-commerce bergerak ke arah m-commerce; m-perniagaan menggantikan e-perniagaan; e-perbankan digantikan dengan m-perbankan (Keegan, 2005; Mashkuri, 2003; Shim & Shim, 2003). WiFi telah menjadi teknologi pilihan untuk rangkaian

Upload: khirulnizam-abd-rahman

Post on 16-Apr-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 652

REKA BENTUK KURIKULUM M-PEMBELAJARAN

SEKOLAH MENENGAH: TEKNIK DELPHI

Ahmad Sobri Shuib

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra, Kedah

[email protected]

Abstrak

Perkembangan dalam bidang teknologi telah mengubah cara manusia belajar. Proses

pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah bersifat globalisasi dan sepanjang

hayat. Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang akademik dan industri mula meneroka

potensi teknologi dan peralatan mobile untuk menyokong pembelajaran. Objektif kajian ini

ialah untuk mereka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah. Kajian ini

menggunakan Teknik Delphi sebanyak 3 pusingan. Sampel untuk kajian ini terdiri daripada

16 orang pakar dalam dan luar negara. Instrumen kajian mengandungi soal selidik

berstruktur yang direka bentuk oleh pengkaji berdasarkan kajian literatur. Hasilan analisis

data menunjukkan sebanyak 123 item mencapai konsensus pakar dan 5 item tidak mencapai

konsesus pakar. Item-item yang mencapai konsensus pakar ialah objektif M-Pembelajaran (7

item), perkakasan (6 item), perkhidmatan elektronik (8 item), peralatan sokongan di sekolah

(8 item), cara pelaksanaan (bersepadu dengan KBSM; Tahun pelaksanaan 2010), mata

pelajaran kurikulum (8 item), komponen kurikulum (5 item), Teknik pengajaran dan

pembelajaran (6 item), Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (13 item), kemahiran guru (12

item), kemahiran pelajar (8 item), bentuk ujian (10 item) dan bentuk peperiksaan (7 item).

Hasilan analisis konsensus pakar terhadap item-item tersebut digunakan untuk mereka bentuk

Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah. Reka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran

sekolah menengah adalah penting untuk pendidikan masa depan.

Keyword: m-pembelajaran; mobile learning; kurikulum masa depan; delphi

Pendahuluan

Perkembangan dalam bidang teknologi telah mengubah cara manusia belajar

(Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004; Ting, 2007). Proses pembelajaran kini

melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) bersifat globalisasi

dan sepanjang hayat (Sharples, 2000). Pada masa kini ramai penyelidik dalam bidang

akademik dan industri mula meneroka potensi teknologi dan peralatan mobile untuk

menyokong pembelajaran (Sharples, 2000; Sharples, 2002; Liu, Wang, Chan, Ko, & Yang,

2003). Kajian-kajian lalu telah menunjukkan teknologi mobile dapat memberikan kesan yang

signifikan dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran (Perry, 2003; Zurita & Nussbaum,

2004). Sementara itu Wood (2003) pula berpendapat penggunaan teknologi wireless dalam

pendidikan dapat menyumbang ke arah menyelesaikan jurang digital dalam kalangan negara-

negara membangun, kerana pada umumnya peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan

PDA adalah lebih murah berbanding komputer desktop.

Projek-projek M-pembelajaran di Eropah seperti "Projek Leonardo da Vinci" dan

"IST FP5" di Eropah (Keegan, 2005), projek UniWap (Sariola, Sampson, Vuorinen &

Kynaslahti, 2001) menunjukkan M-Pembelajaran menjadi semakin penting dalam dunia

pendidikan.Di seluruh dunia pada hari ini teknologi mobile telah menggantikan sistem talian

tradisional, misalnya e-commerce bergerak ke arah m-commerce; m-perniagaan

menggantikan e-perniagaan; e-perbankan digantikan dengan m-perbankan (Keegan, 2005;

Mashkuri, 2003; Shim & Shim, 2003). WiFi telah menjadi teknologi pilihan untuk rangkaian

Page 2: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 653

wireless setempat dalam persekitaran perniagaan ataupun di kediaman (Henry & Luo, 2002).

Malah WiFi juga pada masa kini dipasang di kawasan awam bagi membolehkan pengguna

mencapai akses internet jalur lebar (Henry & Luo, 2002).

Sesuai dengan perubahan semasa dan kepentingan kurikulum pendidikan di Malaysia

pada masa hadapan, maka penghasilan sebuah kurikulum yang sesuai dengan perubahan

teknologi semasa adalah penting.

Penyataan masalah

Perkembangan dalam teknologi mudah alih masa kini turut mengubah corak

pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Pembelajaran tidak tertumpu

di bilik darjah tetapi boleh berlaku di mana dan pada bila-bila masa dengan menggunakan

peralatan mudah alih dan disokong dengan teknologi mudah alih.

Kajian-Kajian lalu telah menunjukkan M-Pembelajaran sangat efektif dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kajian oleh Saran, Cagility dan Seferoglu (2008) mendapati

M-Pembelajaran menggunakan peralatan telefon bimbit telah meningkatkan kemahiran

pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui penggunaan bahan berbentuk

multimedia. Motivasi pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris meningkat dan pelajar dapat

menggunakan masa lapang untuk belajar Bahasa Inggeris. Kajian juga mendapati

penggunaan MMS dan SMS dapat mempertingkatkan perbendaharaan kata pelajar dengan

berkesan. M-Pembelajaran juga berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran di luar bilik

darjah yang melibatkan pungutan data dilapangan seperti aktiviti pemerhatian burung (Chen,

Kao, & Shen, 2003), aktiviti lawatan sambil belajar (deCrom & de Jager, 2005). Selain

daripada itu M-Pembelajaran menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan apabila

digunakan untuk pengajaran kepada pelajar-pelajar yang tidak boleh membaca dan menulis

(Collet & Sstead, 2002; Traxler, 2002). M-Pembelajaran dapat juga digunakan untuk

pembelajaran kursus-kursus di Universiti seperti Kursus Actuarial di Malaga Universiti

(Mayorga-Toledano & Fernandez-Moales, 2003).

M-Pembelajaran masih lagi diperingkat awal sama ada di Eropah mahupun di

Malaysia. Walaupun terdapat banyak kajian di Eropah dan di Asia tetapi kajian tertumpu

kepada fungsi digital sesuatu peralatan mudah alih (Pownell & Bailey, 2001; Savill-Smith &

Kent, 2003; Vahey & Crawford, 2002) dan dilakukan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi

gergasi seperti Ericsson, Apple, Intel & Sun untuk tujuan perdagangan dan persaingan

komersial. Disamping itu, terdapat juga kajian-kajian yang menumpukan keberkesanan

sesuatu alat dalam menyediakan aktiviti belajar (Colley & Stead, 2003; Ketamo, 2002;

Waycott, 2001) serta kursus dan latihan dalam talian untuk golongan professional (Burke,

Colter, Little, & Riehl, 2005). Terdapat juga pengkaji-pengkaji yang menumpukan kajian

mereka kepada penggunaan sesuatu alat sahaja seperti komputer bimbit (M-Learning Project,

2005; MOBIlearn Project, 2005, Chen, Kao, & Shen, 2003; Becta Report, 2005; Megan Fox,

2005). Walau bagaimanapun kajian-kajian tentang reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran

agak kurang. Antara kajian terawal dalam bidang M-Pembelajaran di Malaysia ialah kajian

penilaian pelaksanaan program M-Pembelajaran kepada pelajar-pelajar tahun 5 di sebuah

sekolah rendah di Kuala Lumpur (Saedah Siraj dan Norlida Alias, 2005). Tujuan kajian ialah

untuk menyiasat sama ada pelaksanaan program M-Pembelajaran mencapai hasrat yang

ditetapkan ke atasnya dan juga menilai kekuatan dan kelemahan program. Hasil kajian

mendapati pelaksanaan program M-Pembelajaran telah mencapai hasarat yang ditetapkan ke

atasnya. Kajian juga mendapati program M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan

disamping terdapat beberapa kelemahan.

Page 3: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 654

Berdasarkan kepada kurangnya kajian reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran seperti

objektif kurikulum, kandungan mata pelajaran, cara pelaksanaan dan bentuk penilaian, maka

perlunya satu kajian reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran dijalankan.

Dapatan kajian ini akan dapat membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan M-Pembelajaran. Dapatan kajian juga dapat membantu

Kementerian Pelajaran Malaysia mempertingkatkan prasarana teknologi di sekolah seperti

membekalkan ke sekolah lebih banyak peralatan mudah alih dan melaksanakan latihan-

latihan kemahiran kepada guru-guru.

Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti bentuk kurikulum M-

Pembelajaran sekolah menengah dari segi objektif, jenis perkakasan, perkhidmatan

elektronik, perkakasan sokongan di sekolah, cara pelaksanaan, kandungan kurikulum, strategi

pengajaran pembelajaran, kemahiran guru, kemahiran pelajar dan bentuk penilaian mengikut

pandangan pakar.

Soalan Kajian

Bagaimanakah konsensus pakar terhadap bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah

menengah dari segi objektif, jenis perkakasan, perkhidmatan elektronik, perkakasan

sokongan di sekolah, cara pelaksanaan, kandungan kurikulum, strategi pengajaran

pembelajaran, kemahiran guru, kemahiran pelajar dan bentuk penilaian mengikut pandangan

pakar?

Batasan kajian

Kurikulum M-Pembelajaran yang dibina merupakan satu kurikulum umum yang

tidak menumpukan kepada mana-mana mata pelajaran tertentu. Walau bagaimanapun

Kurikulum yang dibina diuji kepada pelajar-pelajar tingkatan satu menggunakan mata

pelajaran Sejarah. Hanya tajuk-tajuk tertentu sahaja dalam mata pelajaran Sejarah tingkatan

satu dipilih untuk pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran. Kurikulum M-Pembelajaran

yang dihasilkan dalam kajian adalah sebagai panduan asas kepada guru-guru bagi

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi mobile.

Pelaksanaan kajian melibatkan insfrastuktur sistem wireless yang sedia ada di

sekolah. Sistem yang sedia ada merupakan sistem wireless yang dibekalkan oleh pihak

schoolNet ke sekolah-sekolah. Sementara itu bagi perkhidmatan telefon mudah alih pula

ianya menggunakan talian perkhidmatan pembekal mudah alih yang telah sedia ada.

Kajian menggunakan tiga peralatan mudah alih iaitu laptop, telefon bimbit dan

Personal Digital Assisant (PDA).

Metodologi Kajian

Kajian mereka bentuk kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah dilaksanakan

menggunakan teknik Delphi sebanyak 3 pusingan. Teknik Delphi digunakan untuk kajian

kerana didapati bahawa teknik Delphi adalah kaedah yang terbaik untuk memperolehi

persetujuan pakar dalam menentukan perkara-perkara yang akan dimasukkan dalam mereka

bentuk kurikulum M-Pembelajaran peringkat sekolah menengah. Menurut Helmer (1968)

kaedah Delphi ialah cara yang sistematik menggabungkan keputusan individu bagi

memperoleh satu kesimpulan bersama. Dalkey (1972) pula menyatakan Delphi merupakan

satu kaedah untuk mendapatkan dan menyaring pendapat panel yang terdiri daripada pakar

sesuatu bidang

Pada pusingan yang pertama, responden diberikan soal selidik berstruktur yang

digabungkan dengan solan terbuka untuk mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara

berikut: 1) Objektif kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah; 2) Perkakasan dan

Page 4: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 655

perkhidmatan elektronik Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah; 3) Kandungan

Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah; 4) Strategi pengajaran dan pembelajaran

dalam Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah; 5) Kemahiran guru dan pelajar dalam

Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah; dan 6) Bentuk penilaian dalam Kurikulum

M-Pembelajaran sekolah menengah.

Selepas semua data pusingan pertama diperoleh ia dianalisis untuk digunakan bagi

pusingan kedua. Item-item dibina berdasarkan pandangan pakar dalam pusingan pertama.

Untuk pusingan kedua dan ketiga, soal selidik di hantar melalui pos atau e-mel. Data yang

diperolehi dari pusingan kedua dianalisis. Setelah dianalisis, untuk pusingan ketiga pengkaji

telah menghantar analisis dapatan dan juga item soal selidik dengan memasukkan pandangan

tambahan daripada pakar. Di pusingan ini, pakar diberi peluang untuk mempertimbangan

kembali sebarang maklum balas ataupun untuk menyokong pandangan asal mereka.

Konsensus pakar terhadap item-item dalam reka bentuk kurikulum disusun mengikut

skor median tertinggi dan nilai Julat antara Kuartil (IQR) yang terkecil. Tahap konsensus

dalam dalam kajian ini dipetik daripada kajian Kaseem Boonan (1979) dan Ibrahim

Narongsakhet (2003).

Konsensus tinggi = Julat antara Kuartil (IQR) 0 hingga 1.00

Konsesus sederhana = Julat antara Kuartil 1.01 hingga 1.99

Tiada konsensus = Julat antara Kuartil 2.00 ke atas.

Sampel Kajian

Sampel kajian ialah panel pakar daripada dalam dan luar negeri dalam bidang

Teknologi Maklumat dan bidang pendidikan. Panel pakar yang terlibat dalam kajian ini ialah

seramai 16 orang. Saiz 16 orang panel didapati bersesuaian dengan panduan yang

dicadangkan untuk kajian Delphi. Helmer and Dalkey menggunakan panel pakar seramai

tujuh orang dalam kajian asal mereka dalam tahun 1953 (Helmer, 1983). Turoff (1975)

mencadangkan bilangan panel pakar di antara 10 hingga 15 orang.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian mengandungi soal selidik berstruktur yang direka bentuk oleh

pengkaji berdasarkan kajian literatur. Instrumen kajian diubahsuai berdasarkan contoh

daripada kajian Delphi (Clark & Wenig, 1999; Feridah Mohd Nazar, 2002; Meyer & Booker,

1990; Volk, 1993). Dalam pusingan yang pertama responden diberikan soal selidik

berstruktur yang digabungkan dengan soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat seperti

objektif kurikulum, perkakasan dan perkhidmatan elektronik, kandungan kurikulum, srategi

pengajaran dan pembelajaran, kemahiran guru dan pelajar, dan bentuk penilaian dalam

Kurikulum M-Pembelajaran sekolah menengah. Untuk pusingan kedua dan ketiga kajian

dilakukan dengan menggunakan kaedah survey. Pusingan kedua dan ketiga pula

mengandungi soal selidik yang dibentuk berdasarkan dapatan dalam pusingan satu.

Dapatan kajian

Berikut adalah dapatan kajian bagi pusingan dua dan tiga berdasarkan soal selidik

yang dikemukakan kepada pakar.

Page 5: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 656

Jadual 1Item-item yang mencapai konsensus pakar

No.

Item

Item Median IQR

1 Supaya pelajar-pelajar dapat meneroka aktiviti-aktiviti

pembelajaran yang baru melalui pendekatan-pendekatan

yang inovatif dalam mPembelajaran

4

0

22 GPRS 4 0

20 MMS 4 0

127 Soalan berbentuk struktur 4 0

21 WAP 4 0

45 Tahun 2012 4.5 0

56 Bahasa Inggeris 5 0

47 Bersepadu KBSM 5 0

53 Biologi 5 0

18 e-mail 5 0

34 Firewall 5 0

86 Forum 5 0

27 Internet Jalur Lebar 5 0

16 Internet Jalur Lebar 5 0

64 Komponen kemahiran 5 0

65 Komponen latihan 5 0

67 Komponen pengetahuan 5 0

66 Komponen tugasan luar 5 0

8 Komputer Laptop 5 0

77 Kuiz 5 0

10 Laman web 5 0

28 Makmal Komputer 5 0

52 Matematik 5 0

79 Memberi maklum balas 5 0

78 Mencari maklumat didalam internet 5 0

90 Mengakses internet daan menggunakannya untuk mencari

maklumat

5 0

103 Mengakses internet dan menggunakannya untuk mencari

maklumat.

5 0

91 Menggunakan email untuk berkomunikasi 5 0

104 Menggunakan e-mail untuk berkomunikasi 5 0

92 Menggunakan sistem pengurusan pembelajaran LMS 5 0

128 Menghasilkan e-folio 5 0

24 Rangkaian Wayarless 5 0

23 Router 5 0

50 Sains 5 0

22 Server 5 0

36 Tahun 2010 5 0

39 Tahun 2020 5 0

69 Teknik inkuiri penemuan 5 0

73 Teknik penyelesaian masalah 5 0

71 Teknik projek 5 0

Page 6: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 657

49 Teknologi Maklumat 5 0

28 Tingkatan 1 5 0

33 Tingkatan 6 5 0

81 Menghantar MMS 4 0.75

82 Persidangan Video 4 0.75

5 Telefon bimbit 3G 4 0.75

4 Telefon bimbit biasa 4 0.75

118 Ujian kertas pencil dalam bilik darjah 4 0.75

124 Ujian kertas/pencil di dalam bilik darjah 4 0.75

19 Access Point (AP) 5 0.75

54 Fizik 5 0.75

122 Soalan objektif dalam talian (online test) 5 0.75

37 Tahun 2011 5 0.75

43 Supaya dapat menggalakkan lebih banyak peluang belajar

sendiri di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

5

1

45 Supaya dapat menjimatkan masa tenaga dan kos (kepada

guru dan juga pelajar)

4

1

44 Supaya dapat menyediakan perhubungan mobile yang

pantas antara individu kepada individu yang lain berbanding

sistem konvensional

5

1

34 Tahun 2008 3.5 1

120 Interview 4 1

114 Kuiz melalui SMS 4 1

117 Membuat kertas kerja. 4 1

94 Menggunakan aplikasi persembahan untuk pembentangan 4 1

93 Menggunakan hamparan elektronik (spreadsheet) untuk

memproses maklumat.

4 1

128 Menghasilkan e-folio 4 1

119 Pemerhatian 4 1

124 Pemerhatian 4 1

63 Pengajian Am 4 1

7 Printer 4 1

12 SMS 4 1

123 Soalan esei dalam talian (online test) 4 1

75 Teknik latih tubi 4 1

126 Ujian amali 4 1

24 Bluetooth 4.5 1

85 Chat 4.5 1

101 Kemahiran menganalisa data 4.5 1

87 Membaca nota guru 4.5 1

97 Menyelaras dan mengemaskini maklumat dan data 4.5 1

10 PDA 4.5 1

42 Tahun 2009 4.5 1

72 Teknik penyoalan 4.5 1

110 Menggunakan peralatan teknologi seperti kamera digital,

scanner, pen drive dan sebagainya.

5 1

95 Mengetahui cara merancang keperluan perkomputeran

organisasi

5 1

96 Menyenggara peralatan sistem komputer dan rangkaian 5 1

Page 7: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 658

58 Bahasa Melayu 5 1

35 Blog 5 1

86 Forum 5 1

51 Geografi 5 1

16 Kamera web 5 1

109 Kemahiran bekerja dalam kumpulan. 5 1

102 Kemahiran berfikir yang tinggi 5 1

100 Kemahiran berkomunikasi 5 1

110 Kemahiran menghasilkan bahan pembelajaran

menggunakan perisian seperti Movie Maker, Ulead dan vcd

cutter.

5 1

60 Kesusasteraan 5 1

55 Kimia 5 1

68 Komponen membina nilai-nilai murni. 5 1

13 Komputer Tablet 5 1

111 Membuat kerja kumpulan 5 1

84 Menerima arahan guru 5 1

106 Mengguna aplikasi persembahan untuk pembentangan 5 1

99 Menggunakan aplikasi pemprosesan kata untuk membentuk

bahan elektronik.

5 1

105 Menggunakan hamparan elektronik (spreadsheet) untuk

memproses maklumat.

5 1

108 Menggunakan pemprosesan kata untuk menghasilkan bahan

elektronik.

5 1

80 Menghantar SMS 5 1

89 Menghasilkan laman web interaktif 5 1

88 Mengumpul data dilapangan 5 1

98 Mengurus keselamatan data dan peralatan. 5 1

83 Pembentangan tugasan 5 1

59 Peng. Agama Islam 5 1

83 Perbincangan kumpulan 5 1

25 Rangkaian LAN 5 1

26 Rangkaian WAN 5 1

57 Sejarah 5 1

7 Supaya dapat membuat penilaian dinamik dan pantas atas

progres pembelajaran murid.

5 1

6 Supaya dapat memperkukuh proses kolaboratif dalam

kalangan murid.

5 1

5 Supaya dapat mengekalkan minat pelajar untuk terus belajar 5 1

74 Teknik Kajian kes 5 1

70 Teknik perbincangan kumpulan kecil 5 1

29 Tingkatan 2 5 1

30 Tingkatan 3 5 1

31 Tingkatan 4 5 1

32 Tingkatan 5 5 1

112 Ujian dalam talian (online test) 5 1

115 Menghasilkan produk 4 1.75

62 Perakaunan 4 1.75

Page 8: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 659

Jadual 2 Item yang tidak mencapai konsensus pakar

No.

item

Item Median IQR

2.1 Komputer desktop 4 2

2.8 Scanner 4 2

7.2 Berasingan KBSM 2.5 2

8.13 MPV(Elektrik & Elektronik) 4 2

10.8 Teknik syarahan 3 2

Rajah 1: Model Reka Bentuk Kurikulum M-Pembelajaran

Perbincangan

Pakar telah mencapai konsensus terhadap tujuh objektif Kurikulum M-Pembelajaran

(Rajah 1). Ketujuh-tujuh objektif kurikulum M-Pembelajaran yang diperolehi dalam kajian

jelas menunjukkan ia selaras dengan prinsip-prinsip pembinaan sesuatu objektif dalam reka

bentuk kurikulum seperti yang disyorkan oleh Taba (1962). Objektif Kurikulum yang

dihasilkan juga selaras dengan apa yang dikatakan oleh Ornstein & Hunkins (2004) iaitu

objektif adalah suatu penyataan khusus yang menunjukkan hasil yang diperolehi secara

umum atau spesifik.

Dapatan kajian menunjukkan pakar bersetuju sebanyak enam perkakasan yang boleh

dimasukkan dalam reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran. Perkakasan itu ialah komputer

riba, telefon bimbit biasa, telefon bimbit 3G, PDA dan kamera Web (Rajah 1). Dapatan

kajian selaras dengan kajian-kajian terdahulu yang telah menggunakan peralatan mudah alih

seperti komputer riba (Devinder Singh & Zaitun Abu Bakar., 2006; Efaw, Hampton,

Page 9: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 660

Martinez, & Smith., (2004), telefon bimbit (Strohlein, 2005; McNeal & Van‘t Hooft, 2006),

PDA (Chen, Kao, & Shen, 2003), komputer tablet (Corlet & Sharples, 2004) dan kamera

Web dalam kajian M-Pembelajaran. Begitu juga kajian oleh Devinder Singh dan Zaitun Abu

Bakar (2006) yang menggunakan perkakasan seperti Pocket PC, notebook dan telefon bimbit.

Pakar juga mencapai persetujuan terhadap enam perkhidmatan elektronik yang boleh

dimasukkan dalam reka bentuk kurikulum M-Pembelajaran. Perkhidmatan elektronik itu

seperti Laman Web, emel, MMS, GPRS, Internet Jalur Lebar, SMS, Bluetooth dan Blog

(Rajah 1) boleh menjadi medium komunikasi penting untuk pelajar berhubung, berbincang

dan mengakses maklumat.

Perkakasan sokongan di sekolah adalah penting dalam melaksanakan Kurikulum M-

Pembelajaran sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan pakar ini telah bersetuju

perkakasan seperti makmal komputer, server, router, rangkaian wireless, access point,

rangkaian LAN dan Rangkaian WAN dimasukkan sebagai elemen dalam reka bentuk

Kurikulum M-Pembelajaran (Rajah 1). Keputusan ini sangat bertepatan kerana pada masa

kini secara umumnya hampir semua sekolah di Malaysia telah pun mempunyai makmal

komputer dan di dalamnya telah dilengkapi dengan perkakasan seperti server, router, access

point, gabungan rangkaian wireless dan rangkaian LAN dan juga firewall. Malah talian

Internet turut dibekalkan menerusi projek SchoolNet. Panel pakar juga bersetuju pelaksanaan

kurikulum M-Pembelajaran bermula dengan pelajar-pelajar Tingkatan 1. Dapatan kajian juga

menunjukkan tahun 2012 memperoleh konses yang paling tinggi sebagai tahun yang sesuai

untuk pelaksanaan kurikulum M-Pembelajaran.

Kajian ini juga mendapati panel pakar bersetuju kurikulum M-Pembelajaran

dilaksanakan secara bersepadu dengan KBSM (Rajah 1). Berdasarkan kepada hasilan kajian,

kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza sedikit daripada KBSM ialah seperti

menggunakan peralatan mudah alih untuk mencari maklumat pembelajaran, menggunakan

SMS untuk menjawab soalan guru, perbincangan dalam blog, kuiz melalui SMS dan memberi

maklum balas kepada soalan-soalan guru melalui SMS.

Dapatan kajian menunjukkan panel pakar bersetuju dengan lapan mata pelajaran yang

sesuai untuk pelaksanaan M-Pembelajaran. Mata pelajaran itu ialah Teknologi Maklumat,

Sains, Matematik, Geografi, Bahasa Inggeris, Sejarah, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam

(Rajah 1). Dapatan ini selaras dengan kajian-kajian lalu telah membuktikan banyak

matapelajaran dapat dilaksanakan pengajaran menggunakan M-Pembelajaran seperti

Matematik (Mitchell, 2007; Zhao & Okamoto, 2008; Yerushalmy dan Ben-Zaken, 2004)

Sains (Pastore, Boccato, Nobili, Lazzaretto, dan Benacchio, 2005; Scanlon, Jones, &

Waycott, 2005; Wu, Yang, Hwang, & Chu, 2008), Bahasa Inggeris (Liu, Yu, & Ran, 2008;

Saran, Cagiltay, & Seferoglu, 2008; Lin, Liu, & Niramitranon, 2008; Upadhyay & Upadhyay,

2007) bahasa asing (Shih, 2005; Kimura, 2006) dan aktiviti kerja lapangan (Rost &

Holmquist, 2008).

Dapatan kajian menunjukkan sebanyak lima komponen Kurikulum M-Pembelajaran

sekolah menengah telah mencapai konsesus pakar (Rajah 1). Dapatan kajian adalah selaras

dengan kandungan kurikulum KBSM yang turut mengandungi lima komponen ini iaitu

komponen kemahiran, komponen latihan, komponen tugasan luar, komponen pengetahuan

dan komponen membina nilai-nilai murni (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979)

Berdasarkan dapatan kajian sebanyak enam teknik pengajaran telah mencapai

konsesus pakar. Teknik-teknik itu ialah Teknik inkuiri penemuan, Teknik projek, Teknik

penyelesaian masalah, Teknik penyoalan dan Teknik latih (Rajah 1).

Berdasarkan dapatan kajian sebanyak tiga belas aktiviti telah mencapai konsesus

pakar, iaitu kuiz, mencari maklumat di dalam internet, memberi maklum balas, forum,

menghantar SMS, menghantar MMS, persidangan video, perbincangan kumpulan, menerima

arahan guru, chat, membaca nota guru, mengumpul data dilapangan dan menghasilkan laman

Page 10: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 661

Web yang interaktif (Rajah 1). Dapatan kajian mengesahkan kajian oleh Waycott &

Kukulska-Hulme (2003) yang menilai penggunaan PDA oleh pelajar untuk aktiviti membaca

bagi kurus Sarjana yang dianjurkan oleh UK Open Universiti. Dapatan kajian menunjukkan

pelajar sangat teruja dengan pelbagai fungsi pada PDA dan bahan dalam bentuk elektronik

mempunyai banyak kelebihan seperti mudah dibawa ke mana sahaja dan tidak

membebankan. Bahan juga boleh di baca bila-bila masa. Begitu juga kajian oleh Bollen,

Eimler dan Hoppe (2004) yang menggunakan SMS sebagai aktiviti perbincangan untuk mata

pelajaran kesusasteraan. Kajian ini menunjukkan SMS dapat digunakan sebagai salah satu

aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran M-Pembelajaran.

Kemahiran guru dalam pelbagai bidang adalah penting dalam apa jua pelaksanaan

kurikulum. Hasil kajian ini menunjukkan panel pakar bersetuju memasukkan dua belas yang

diperlukan oleh kemahiran guru (Rajah 1) dalam reka bentuk Kurikulum M-Pembelajaran.

Misalnya guru perlu menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti kemahiran menggunakan internet untuk mencari

maklumat berkaitan pembelajaran, kemahiran menggunakan e-mel, kemahiran menggunakan

hamparan elektronik (spreadsheet), kemahiran menggunakan aplikasi persembahan (power

point) dan kemahiran asas teknikal berkaitan penyelenggaraan komputer.

Berdasarkan dapatan kajian, daripada lapan kemahiran pelajar yang mencapai

konsensus pakar, tujuh daripadanya adalah kemahiran dalam bidang teknologi, sementara

satu lagi adalah kemahiran dalam bidang lain (rajah 1). Dapatan tersebut menunjukkan

kemahiran pelajar dalam bidang ICT sangat penting untuk pelaksanaan Kurikulum M-

Pembelajaran. Kemahiran pelajar dalam bidang ICT penting sebagai sokongan untuk

melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan aktiviti-

aktiviti dalam M-Pembelajaran memerlukan kemahiran dalam bidang ICT.

Berdasarkan dapatan kajian sebanyak sepuluh bentuk ujian dan tujuh bentuk

peperiksaan telah mencapai konsesus pakar (Rajah 1). Dapatan kajian mengesahkan kajian

oleh Saedah Siraj dan Faridah Abdullah (2005) yang mendapati penggunaan teknologi dalam

kurikulum akan memberi kesan kepada cara pelaksanaan penilaian dan juga format penilaian.

Dapatan kajian ini menunjukkan bentuk penilaian dalam kurikulum M-Pembelajaran agak

berbeza dengan bentuk penilaian dalam kurikulum sedia ada. Menurut Sharples (2003)

terdapat tiga situasi pembelajaran yang perlu diberi perhatian dalam membuat penilaian.

Antaranya ialah: 1) Pembelajaran melalui peralatan mudah alih; 2) Mobiliti pelajar (Tanpa

mengambil kira peralatan mudah alih mereka); dan 3) Mobiliti isi kandungan atau sumber

dengan mengambil kira ia dapat dicapai dimana-mana sahaja.

Penutup

Reka bentuk kurikulum ini adalah penting untuk pendidikan masa depan. Malaysia

tidak boleh ketinggalan daripada negara-negara maju yang lain dalam menyediakan sistem

pendidikan yang terkini. Dalam era mobiliti pada masa kini, peluang terbuka luas untuk

mereka bentuk pembelajaran yang berbeza, mencipta komuniti pembelajaran yang luas,

menghubungkan manusia dalam dunia nyata dan maya, menyediakan kepakaran atas

permintaan dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2006). M-Pembelajaran

dilihat sebagai alat perantara dalam proses pembelajaran. M-Pembelajaran tidak boleh

terasing dan patut dikaitkan dengan alat pembelajaran lain yang telah sedia diguna oleh guru

dan pelajar (Winters, 2006).

Page 11: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 662

Bibliografi

Becta Report. (2005). Dimuat turun pada July 18, 2005 daripada

http://www.becta.org.uk/research/reports/portableict.cfm

Benta, K.L., Cremene, M., & Padurean, R. (2004). Multimedia m-learning using mobile

phones. Dalam J. Attewell & C. Savill-Smith (Ed.), Mobile learning anytime

anywhere: A books of papers from MLEARN 2004 (ms. 27-28). London, UK:

Learning and Skills Development Agency.

Bollen, L., Eimler, S., & Hoppe, H.U. (2004). SMS-based discussion technology enhanced

collaboration for a literature course. Kertas kerja dibentangkan di 2nd IEEE

Workshop on Wireless and Mobile Technology in Education (WMTE04).

Birmingham, UK.

Boonon, Kasem (1979). The future of teacher education in Thailand: A Delphi application,

Tesis Ph.D. University of Alabama, Tuscaloosa, Alabama. Photocopy. Ann Abor,

Mich.: University Microfilms International, 1980. 20 cm.

Burke, M., Colter, S., Little, J., Riehl, J. (2005). Promote collaboration in field-based courses.

Kertas kerja dibentangkan di 4th World Conference on Mobile Learning. Cape Town,

South Africa.

Chen, Y. S., Kao, T. C., & Shen, J. P. (2003). A mobile learning system for scaffolding bird

watching learning. Journal of Computer Assisted Learning, 19(3), 347-359.

Clark, A. C., & Wenig, R. E. (1999). Identification of quality characteristics for technology

education programs: A North Carolina case study. Journal of Technology Education,

11(1), 18-26. Dimuat turun pada Februari 18, 2006, daripada

http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JTE/v11n1/pdf/clark.pdf.

Collett, M., & Stead, G. (2002). Meeting the challenge: Producing M-Learning materials for

young adults with numeracy and literacy needs. Kertas kerja dibentangkan di

European Workshop on Mobile and Contextual Learning. Birmingham, UK.

Colley, J. & Stead, G. (2003). Take a bite: Producing accessible learning materials for mobile

devices. Dalam J. Attewell, & C. Savill-Smith (Eds.), Learning with mobile devices:

Research and development (ms.43-46). London, UK: Learning and Skills

Development Agency.

Corlet, D., & Sharples, M. (2004). Tablet technology for informal collaboration in higher

education. Dalam J. Attewell, & C. Savill-Smith (Ed.), Mobile learning anytime

anywhere: A books of papers from MLEARN 2004 (ms. 59-63). London, UK:

Learning and Skills Development Agency.

Dalkey, N. C. (1972). The Delphi method: An experimental study of group opinion. Dalam

N. C. Dalkey, D. L. Rourke, R. Lewis, & D. Snyder (Eds.), Studies in the quality of

life (ms.13-54). Lexington, MA: Lexington Books.

de Crom, E. P., & de Jager, A. (2005). The ―ME‖-Learning experience: PDA technology and

e-learning in ecotourism at the Tshwane University of Technology (TUT). Kertas

kerja dibentangkan di 4th World Conference on Mobile Learning. Cape Town, South

Africa.

Devinder Singh & Zaitun A. B. (2006). Mobile learning in wireless classrooms. Malaysian

Online Journal of Instructional Technology (MOJIT), 3(2), 26-42.

Efaw, J., Hampton, S., Martinez, S., & Smith, S. (2004). Miracle or menace: Teaching and

learning with laptop computers in the classroom. Educause Quarterly, 27(3). Dimuat

turun pada Ogos 10, 2005 daripada

http://www.educause.edu./pub/eq/eqm04/eqm0431.asp?bhcp=1

Feridah Mohd Nazar (2002). Development of information technologies for administrative

support staff in networked organizations in Malaysia. Tesis Doktor Falsafah,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tidak diterbitkan.

Page 12: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 663

Helmer, O. (1968). Analysis of the future: The Delphi Method. Dalam J. R. Bright (Ed.),

Technological forcasting for industry and government: methods and application

(ms.79-84). Englewood Cliff, NJ: Prentice-Hall.

Henry, P. S. & Luo, H. (2002). Wifi: What‘s next?. IEEE Communication Magazine, 40(12),

66-72.

Ibrahem Narongraksakhet (2003). Developing local-based curriculum for Islamic schools in

Southern Thailand. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Tidak diterbitkan.

Keegan, D. (2005). The incorporation of mobile learning into mainstream education and

training. Kertas kerja dibentangkan di 4th World Conference on Mobile Learning.

Cape Town, South Africa.

Ketamo, H. (2002). mLearning for kindergarten‘s mathematics teaching. Kertas kerja yang

dibentangkan di IEEE International Workshop on Wireless and Mobile Technologies

in Education (WMTE 2002). Växjö, Sweden.

Kimura, M. (2006). English language learning by multimedia mobile phones. In E. Pearson

& P. Bohman (Eds.), Proceedings of World Conference on Educational Multimedia,

Hypermedia and Telecommunications 2006 (ms.2575-2578). Chesapeake, VA:

AACE. Dimuat turun pada Mac 23, 2008 daripadahttp://www.

editlib.org/index.cfm?fuseaction=Reader.ViewAbstract&paper_id=23370

Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran (1979). Jawatan Kuasa

Kabinet : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lin, C. P., Liu, K. P., & Niramitranon, J. P. (2008). Tablet pc to support collaborative

learning: An empirical study of english vocabulary learning. Kertas kerja

dibentangkan dibentangkan di 5th IEEE International Conference on Wireless,

Mobile, and Ubiquitous Technology in Education (pp.47-51). Beijing, China.

doi.ieeecomputersociety.org/10.1109/WMUTE.2008.22.

Liu, T. C., Wang, H. Y., Chan, Ko, H. W., Yang, J. C. (2003). Wireless and mobile

technologies to enhance teaching and learning. Journal of Computer Assisted

Learning, 19(3), 371-382.

Mashkuri Hj. Yaacob (2003). Architecture of m-learning system. Kertas kerja dibentang-

kan di International Conference on Mobile Learning. Universiti Malaya, Kuala

Lumpur.

McNeal, T., & Van‘t Hooft, M. (2006). Anywhere anytime: Using mobile mobile phones for

learning. Journal of the Research Center for Educational Technology. Kent State

University. Dimuat turun pada Mac 20, 2008 daripada http://www.rcetj.org/? type=

art&id=79575&

Meyer, M. A., & Booker, J. M. (1990). Eliciting and analyzing expert judgement: A practical

guide. Washington DC: U.S. Nuclear.

Mitchell, R. (2007). Pc-tablets: The next dimension, Kertas kerja First International

Workshop on Pen-Based Learning Technologies (PLT 2007), Catania, Itali.

M-learning project. (2005). Dimuat turun pada Jun 25, 2005, daripada http://www.m-

Learning.org/

MOBIlearn project. (2005). Dimuat turun pada Jun 26, 2005, daripada http://www.mobi

learn.org/

Megan Fox. (2005). Dimuat turun pada Jun 26, 2005, daripada http://web.simmons.edu/

~fox/PDA.html

Naismith, L., Lonsdale, P., Vavoula, G., & Sharples, M. (2004). NESTA Futurelab Report

11: Literature review in mobile technologies and learning. Bristol, UK: NESTA

Futurelab. Dimuat turun pada Disember 27, 2005, daripada http://www.

futurelab.org.uk/resources/documents/lit_reviews/Mobile_Review.pdf

Page 13: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 664

Ornstein, A. C., & Hunkins, F. P. (2004). Curriculum: Foundation, principles and isssues.

Boston, MA: Allyn and Bacon.

Pastore, S., Boccato, C., Nobili, L., Lazzaretto, E., Benacchio, L. (2005). Experiences of

mobile learning in science: Technological solutions for wireless network and content

delivery. National Institute of Astrophysics, Padova, Italy. Dimuat turun pada Januari

18, 2008 daripada http://www.carnet.hr.CUC/cuc2005/program/

papers/abs/h1_pastore_abs.pdf

Perry, D. (2003). Hand-held computers (PDAs) in schools. Coventry, UK: Becta (for DfES).

Dimuat turun pada Ogos 26, 2008, daripada http://www.becta.org.uk/ research.

Pownell, D., & Bailey, G. D. (2001). How to use rubric for implementing handheld

computers: A tool for educational leader. Dimuat turun pada Februari 27, 2005

daripada http://educatorspalm.org.

Rost, M., & Holmquist, L. E. (2008). Tools for students doing mobile fieldwork. Kertas

kerja dibentangkan di Fifth IEEE International Conference on Wireless, Mobile, and

Ubiquitous Technology in Education (pp.74-81). Beijing, China.

doi.ieeecomputersociety.org/10.1109/WMUTE.2008.14

Saedah Siraj dan Norlidah Alias (2005). An evaluation of M-Learning. The International

Journal of Learning, 12(4), 187-198.

Saran, M., Cagiltay, K., Seferoglu, G. (2008). Use of mobile phones in language learning:

Developing effective instructional materials. Kertas kerja dibentangkan di 5th IEEE

International Conference on Wireless, Mobile, and Ubiquitous Tech- nology in

Education (pp.39-44). Beijing, China. doi.ieeecomputersociety.org/10.11.

09/WMUTE.2008.49

Sariola, J., Sampson, J. P., Vuorinen, R., & Kynäslahti, H. (2001). Promoting mLearning by

the uniwap project within higher education. Kertas kerja dibentangkan di International

Conference on Technology and Education (ICTE 2001). Dimuat turun pada Mac 25,

2005, daripada http://www.icte.org/T01_Library/T01_254.pdf

Savill-Smith, C., & Kent, P. (2003). The use of palmtop computers for learning: A review of

the literature. London, UK: Learning and Skill Development Agency.

Scanlon, E., Jones, A., & Waycott, J. (2005). Mobile technologies: Prospects for their use in

learning in informal science settings. Journal of Interactive Media in Education.

Special Issue. Dimuat turun pada Januari 21, 2008 daripada

http//jime.open.ac.uk/2005/25/scanlon-2005-25.html

Sharples, M. (2000). The design of personal mobile technologies for lifelong learning.

Computer & Education, 34, 177-193. Dimuat turun pada Jan 15, 2006, daripada

http://www.eee.bham.ac.uk/sharplem/Papers/handler%20comped.pdf.

Sharples, M. (2002). Disruptive devices: Mobile technologies for conversational learning.

International Journal of Continuing Engineering Education and lifelong learning,

12(5-6), 504-520.

Shih, Y. E. (2005). Language in action: Applying mobile classroom in foreign language

learning. Kertas kerja dibentangkan di 5th IEEE International Conference on

Advanced Learning Technologies (ms.548-549). Kaohsiung, Taiwan. Dimuat turun

daripada http://ieeexplore.ieee.org/xpl/freebs_all.jsp?tp=arnumber=32317

Shim, J. P., & Shim, J. M. (2003, September-October). M-commerce around the world:

Mobile service and applications in Japan, Korea, Hong Kong, Finland, and the U.S.

Decision Line. Dimuat turun pada Januari 25, 2008, daripada http://decision

sciences.org/DecisionLine/Vol34/34_5/34_5ecom.pdf

Ströhlein, G. (2005). Using mobile phones for mobile learning: Evaluation of histobrick.

FernUniversitat in Hagen: technical working paper. Dimuat turun pada Mac 14, 2008

Page 14: 652 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 665

daripada http://learningericsson.net/mlearning2/files/workpackages/

feu_evalhistrobrick.pdf

Taba, H. (1962). Curriculum development: Theory & practice. New York, NY: Harcourt.

Ting, Y. R. (2007). The advanced mobile learning practices: Learning features and

implications. Kertas kerja 7th IEEE International Conference on Advanced Learning

Technologies (ICALT 2007). Niigata, Japan.

Upadhyay, S., & Upadhyay, N. (2007, September). Mobile language class: Language

learning through mobile gaming. International Journal of Instructional Technology &

Distance Learning, 4(9). Dimuat turun pada Februari 19, 2008 daripada

http://www.itdl.org/Journal/Sep_07/article03.htm

Vahey, P., & Crawford, V. (2002). Palm educators pionners program: Final evaluation report.

Dimuat turun pada Januari 23, 2005 daripada http://www.plamgrants.sri. com.

Volk, K. S. (1993). Curriculum development using the Delphi Techniques, The Technology

Teacher, 52(4), 35-36.

Voong, M. (n.d.). Contextual cues: Aiding wireless multimedia collaborative learning.

Dimuat turun pada Februari 22, 2008 daripada

http://www.michaelvoong.com/documents/papers/michael_voong-alpine_rendez-

vous-contextual_cues.pdf

Waycott, J. (2001). An Investigation into the use of mobile computing devices as tools for

supporting learning and workplace activities. Kertas kerja dibentangkan di 5th Human

Centred Technology Postgraduate Workshop (HCT2001). Brighton, UK. Dimuat

turun pada Jan 15, 2005, daripada

http://www.cogs.susx.ac.uk/lab/hct/hctw2001/papers/waycott.pdf

Waycott, J., & Kukulska-Hulme, A. (2003). Students' experiences with PDAs for reading

course materials. Journal Personal and Ubiquitous Computing, 7(1), 30-34. Dimuat

turun pada Februari 22, 2008, daripada http://www.springerlink.com/content/

w288kry251dd2vcd/

Wood K. (2003). Introduction to Mobile Learning (M Learning). [Online]. Dimuat turun pada

April 8, 2008 daripada

http://ferl.becta.org.uk/display.cfm?page=65&catid=192resid=5194 &printable=1

Yerushalmy, M., & Ben-Zaken, O. (2004). Mobile phones in education: the case of

mathematics. The Institute for Alternatives in Education, University of Haifa. Dimuat

turun pada Februari 26, 2008 daripada

http://contruct.haifa.ac.il/~michalyr/cellular%20 report.pdf.

Zhao, X., & Okamoto, T. (2008). A personalized mobile mathematics tutoring system for

primary education, 4(1). Dimuat turun pada Februari 23, 2008 daripada http://www.

rcetj.org/?type=art&id=87831&

Zurita, G. & Nussbaum, M. (2004). A constructivist mobile learning environment supported

by a wireless handheld network. Journal of Computer Assisted Learning 20(4), 235–

243.