64466556 kaedah pengajaran dalam pendidikan seni visual

4
KAEDAH PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Kaedah Individu Dan Kaedah Kumpulan

Upload: qammarul-anuar-mohamed

Post on 15-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

gg

TRANSCRIPT

Page 1: 64466556 Kaedah Pengajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

KAEDAH PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kaedah Individu Dan Kaedah Kumpulan

Page 2: 64466556 Kaedah Pengajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

Kaedah Individu• Mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada

seseorang murid.

• Setiap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya

cipta, dan kebolehan-kebolehan lain.

•  Pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan

pencapaian serta kadar kepantasan murid.

• Bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri. 

• Boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya. Bentuk

pertama, Sesuai untuk pengajaran pemulihan.

• Bentuk kedua, dilakukan ialah terhadap murid-murid yang maju dalam

pembelajaran mereka. 

Page 3: 64466556 Kaedah Pengajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

• Pengajaran secara individu bukan bertujuan untuk memperkayakan

pengalaman pembelajaran mereka.

• Biasanya, murid-murid akan menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri

untuk belajar tanpa bergantung sangat kepada guru.

•  Segala sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji

objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-

objektif ini. 

• Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan

mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan

masing-masing.

• Sistem ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik

dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta

tempat belajar dan cara mempelajarinya.

Page 4: 64466556 Kaedah Pengajaran Dalam Pendidikan Seni Visual

Kaedah Kumpulan • Meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-murid dalam satu-satu

kumpulan tertentu.

• Bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan

dengan satu kumpulan yang lain.

•  Pengajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara

berkelompok. 

• Dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas.

• Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid

yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu

kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain-lain cara pengukuran

kebolehan otak murid-murid.

• Kedua, ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan.