6 strategi seni bahasa.pdf

23
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Aspek Seni Bahasa 2014 110 Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan. Standard Kandungan Seni Bahasa Murid patut mengetahui dan boleh: 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. 4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur. 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. 4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. Standard Pembelajaran Seni Bahasa 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu melalui nyanyian dan sambil berlakon. 4.1.2 Memahami dan mengubah suai lirik lagu secara berpandu dan mempersembahkannya melalui nyanyian secara didik hibur. 4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul,dan jelas serta laras bahasa yang sesuai semasa bercerita. 4.2.2 Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif. 4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan bahasa badan yang kreatif melalui lakonan secara didik hibur. 4.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA

Upload: japsrin3

Post on 24-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

110

Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan. Standard Kandungan Seni Bahasa

Murid patut mengetahui dan boleh: 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik

hibur. 4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif

semasa bercerita secara didik hibur. 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif

melalui lakonan secara didik hibur. 4.4 Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa

yang indah secara didik hibur. Standard Pembelajaran Seni Bahasa 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu melalui nyanyian dan sambil berlakon. 4.1.2 Memahami dan mengubah suai lirik lagu secara berpandu dan

mempersembahkannya melalui nyanyian secara didik hibur. 4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul,dan jelas serta laras bahasa yang sesuai semasa bercerita. 4.2.2 Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah untuk menyampaikan

idea dengan bahasa badan yang kreatif. 4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan bahasa

badan yang kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

4.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA

Page 2: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

111

4.3.2 Mengujarkan dialog yang dihasilkan daripada bahan rangsangan untuk menyampaikan nilai murni dengan menggunakan bahasa yang indah dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan.

4.4.1 Melagukan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik

hibur serta memahami syair tersebut. 4.4.2 Membina syair secara terkawal dan melagukannya dengan sebutan dan intonansi

yang betul dan jelas secara didik hibur serta memahami syair tersebut.

Page 3: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

112

Semasa menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran Seni Bahasa, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai dan menarik sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran seni bahasa yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti dalam contoh rancangan mengajar yang disediakan ini.

5.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA

Page 4: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

113

TEMA Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

TAJUK Pencemaran Air

MASA

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta laras bahasa yang sesuai semasa bercerita.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul

dan jelas serta laras bahasa yang sesuai semasa bercerita. ii. bercerita secara spontan dalam sebutan dan intonasi yang betul.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Dunia Sains dan Teknologi, Pendidikan Moral Nilai : Kebersihan fizikal dan mental, Semangat bermasyarakat, Kerjasama Celik Kewangan EMK : Kreatif dan Inovasi, TMK, Keusahawan ENT : BCB-mendengar dengan berkesan,intensif KP-muzik,visual ruang, KB-menjana minda, Kajian masa depan, menjangka akibat

SISTEM BAHASA Sebutan dan Intonasi Kosa kata : toksik dan pencemaran

BAHAN BANTU BELAJAR

Slaid

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi menggunakan laras bahasa yang sesuai. Bercerita secara spontan dalam sebutan dan intonasi yang betul.

REFLEKSI

Page 5: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

114

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Didik Hibur 1. Murid mendengar rakaman lagu

“Atuk Oh Atuk” dan menyanyi dengan bimbingan guru.

2. Murid menjawab secara lisan soalan yang dikemukakan oleh guru berpandukan gambar dan seni kata lagu.

Contoh: a. Apakah jenis pencemaran

yang terdapat dalam lagu? b. Apakah punca yang

menyebabkan sungai kotor dan tercemar?

c. Apakah punca yang menyebabkan berlakunya banjir?

Nilai : Kebersihan fizikal dan mental sekitar Ilmu : DST dan Pendidikan Moral

Lagu: Atuk Oh Atuk http://www.youtube. com/watch Media:ICT

KB: Menjana minda Kajian masa depan KP : Muzik Visual ruang

Lampiran 1

Menghasilkan Cerita Berdasarkan Gambar 1. Murid berbincang dalam

kumpulan untuk menghasilkan cerita bentuk autobiografi berdasarkan gambar sungai yang tercemar.

2. Wakil kumpulan bercerita menggunakan isi cerita hasil daripada perbincangan kumpulan.

EMK : Kreatif dan Inovatif Nilai : Kerjasama Ilmu : DST, Pendidikan

Moral

KP : Verbal linguistik Gambar sungai tercemar Lampiran 2

Bercerita menggunakan dialog yang disediakan

Page 6: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

115

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

1. Murid bercerita dengan mengujarkan dialog yang disediakan.

2. Setiap kumpulan memberi pendapat tentang cerita tersebut.

EMK : Kreatif dan Inovatif KP : Verbal linguistik Lampiran 3

Penilaian 1. Secara berkumpulan, murid

diminta berbincang untuk menghasilkan lakonan berdasarkan suasana sungai yang bersih.

2. Secara berkumpulan, murid melakonkan tajuk yang dibincangkan.

3. Murid menyatakan nilai dan pengajaran berdasarkan lakonan setiap kumpulan.

KP : Verbal linguistik BCB : Bacaan intensif

Page 7: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

116

Aktiviti 1 Lampiran 1

”Atuk Oh Atuk”

Ikan oh ikan, kenapa engkau lembik? Macam mana aku tak lembik, Air sungai kotor, Aku tak boleh bernyawa. Sungai oh sungai, kenapa engkau kotor? Macam mana aku tak kotor, Depa buang sampah, Depa kata ...Tak pa...?? Ikan kekek mak iloi-iloi Ikan gelama hidup merana Buang sampah berbakul-bakul Tabiat tak pa jadi budaya Atuk oh atuk, kenapa jadi banjir? Hai, macam mana tak jadi banjir Orang tebang pokok, Orang potong bukit. Bumi oh bumi, kenapa makin panas Macam mana aku tak panas Kesan asap toksik

Ikan kekek mak iloi-iloi Ikan gelama rasa berbisa Tabiat tak pa tidak berbaloi Angkara kita bumi binasa Atuk oh atuk, kenapa atuk batuk? Macam mana atuk tak batuk Tanah gambut kena bakar Udara pun tercemar Atuk oh atuk, kenapa atuk batuk? Macam mana atuk tak batuk Tanah gambut kena bakar Udara pun tercemar Atuk oh atuk, kenapa makin panas? Ha....la... kau jawablah, aku letih lah Macam mana tak makin panas Orang makin lalai, orang dah tak kisah Ikan kekek si ikan keli Ikan gelama tidak bermaya Hentikanlah cemari bumi

Angkara kita bumi binasa

Dengar dan nyanyikan

Page 8: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

117

Aktiviti 2

Lampiran 2

Andaikan kamu sebatang sungai. Ceritakan tentang gambar di bawah

Page 9: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

118

Lampiran 3

Aduh, sesaknya

dadaku!

Ceritakan semula mengikut watak

berdasarkan dialog di bawah

Betullah. Semenjak manusia membuang

sisa toksik ke dalam sungai, aku sering

tidak sihat. Spesisku pun semakin terancam

dan pupus.

Aku tak boleh bernafas.

Air sungai ini kotor.

Manusia memang tidak bertanggungjawab. Mereka

sepatutnya sedar kita merupakan sumber protein

utama manusia. Kita juga boleh menjana sumber

pendapatan mereka. Mengapakah mereka tak mahu

menghargai sumber alam?

Kenapa

ikan? Ya, ikan. Kau tengoklah badan aku ini yang

duhulunya putih kini bertukar hitam dipaluti

minyak.

Patutlah minggu lepas, aku nampak banyak

bangkai ikan terapung di permukaan sungai.

Kelihatan juga sampah sarap yang hanyut

dibawa air. Sungai kita sudah tidak sihat lagi.

Ya, aku setuju ikan. Jika kita dihargai, mereka akan

mendapat keuntungannya. Mereka untung, kita juga

akan sihat. Alam kita pula akan bersih dan ceria.

Page 10: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

119

TEMA EKONOMI / KEUSAHAWANAN

TAJUK Karnival Jualan

MASA

STANDARD

PEMBELAJARAN

4.3.2 Mengujarkan dialog yang dihasilkan daripada bahan

ransangan untuk menyampaikan nilai murni dengan

menggunakan bahasa yang indah dan bahasa badan yang

sesuai melalui lakonan.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:

i. berlakon dengan mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan gaya yang sesuai secara didik hibur.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu: Matematik (Celik kewangan) Nilai : Hormat-menghormati, Hemah tinggi ,Kerjasama TKP - Kecergasan pelbagai EMK : Keusahawanan, Kreatif dan Inovatif ,TMK Pengurusan kewangan

SISTEM BAHASA Sebutan dan Intonasi

Tatabahasa – ayat seru

BAHAN BANTU BELAJAR

Petikan dialog, lembaran kerja , video

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berlakon dengan mengujarkan dialog secara didik hibur.

REFLEKSI

Page 11: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

120

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Main Peranan 1. Guru bersoal jawab dengan murid

berkaitan dengan gambar.

2. Murid menyaksikan paparan video petikan cerita “Ahmad Albab” semasa situasi berjual beli di pasar.

3. Murid melakonkan semula dialog yang diujarkan dalam petikan cerita tersebut.

EMK : Keusahawanan dan TMK Nilai : Kerjasama

Ilmu : Matematik Celik kewangan

KP – Verbal linguistik - Kinestatik Lampiran 1

Video cerita

“Ahmad Albab” http://youtu.be/uED3UbNNRyE

(youtube Ahmad Albab part 6/11)

Lakonan 1. Murid meneliti petikan dialog yang

diberi untuk memahami isi kandungan petikan tersebut.

2. Murid melakonkan dialog secara bergilir – gilir dengan intonasi dan sebutan yang betul dengan bimbingan guru.

3. Berdasarkan dialog, murid berbincang tentang cara berbelanja yang bijak.

EMK : Pengurusan Nilai : Celik kewangan Berhemah Peraturan sosiobudaya - kesantunan berbahasa

KB - Menilai

BCB - Bacaan mentalis

Lampiran 2

Nyanyian 1. Murid menyanyi lagu “Duit”

dengan gerak laku mengikut rentak lagu “ Lompat Si Katak Lompat”.

2. Murid dikehendaki meneka benda

EMK : Keusahawanan. Kreatif dan inovatif Nilai : bijak

KP : Kinestetik Verbal linguistik

Lampiran 3

Page 12: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

121

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

yang ada di dalam kotak misteri. 3. Guru dan murid bersoal jawab

tentang definisi duit dan fungsinya.

PENILAIAN 1. Guru memberi sepucuk sampul

surat yang mengandungi situasi yang akan mereka lakonkan kepada setiap kumpulan.

2. Murid berbincang untuk membina rangka cerita.

3. Setiap kumpulan akan berlakon secara spontan berdasarkan situasi yang diberi.

4. Setiap kumpulan menilai lakonan kumpulan lain dari segi pertuturan yang jelas dan intonasi yang betul serta gaya persembahan yang menarik dengan mengangkat simbol bintang.

Nilai : Keadilan Menghargai rakan Kreatif dan Inovatif

KB - Menjana idea TKP - Verbal linguistik Penilaian berdasarkan kutipan bintang Cara pelaksanaan - Setiap kumpulan diberikan 6 bintang - Kumpulan yang

menilai akan mengangkat sejumlah bintang yang sepatutnya sebagai markah.

- Pada akhir persembahan, jumlah bintang terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Page 13: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

122

Lampiran 1

Perhatikan gambar di bawah dan ceritakan peristiwa yang kamu lihat.

Page 14: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

123

Lampiran 2

Hari Kantin sekolah telah diadakan bagi mengutip dana untuk menaik taraf

sekolah. Mereka menjual berbagai-bagai jenis makanan, minuman dan

barangan yang lain. Sebagai penjual di gerai, mereka menggunakan pelbagai

cara untuk menarik perhatian para pengunjung.

Penjual 1 : Mari! Mari! Singgah ke gerai kami. Kami ada menjual berjenis-jenis makanan dan minuman. Ada air milo, air jagung, air cincau dan air mata kucing. Harganya RM1 sahaja. Kami juga menjual nasi lemak berlauk sotong, udang dan nasi lemak biasa. Suzy : Jom kita beli makanan untuk alas perut. Ibu beri saya duit saku. Milah : Boleh juga tetapi saya rambang mata melihat pelbagai makanan yang dijual di gerai sana. Suzy : Apa kata kalau kita beli nasi lemak satu bungkus dan air satu gelas dulu, kemudian kita ke gerai lain. Penjual 2 : Singgah! Singgah! Sila singgah ke Gerai Kraf Tangan Jaya. Pilihlah mana-mana yang kamu suka. Harga runtuh dan sangat berpatutan. Semua kraf tangan ini bekas tangan murid sekolah ini. Pilih! Pilih! Semuanya cantik. Cepat sebelum terlambat.

Baca dialog di bawah. Kemudian lakonkan situasi

tersebut.

Page 15: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

124

Leela : Suzana, mari kita tengok! Penjualnya banyak mulut. Mungkin kraf tangannya bagus dan menarik. Suzana : Mungkin juga. Saya ada hati juga nak tengok dan beli. Mari kita pergi. Leela : Eh, cantiknya bekas pensel ini! Saya ingin membeli bekas pensel berwarna biru ini. Berapakah harga bekas pensel ini? Penjual 2 : Harga bekas pensel ini RM5.50 sahaja. Murah, kan? Suzana : Baiklah. Nah, ini duit RM10! Penjual 2 : Ini duit baki awak, RM4.50. Terima kasih. Suzana : Sama-sama.

Page 16: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

125

Lampiran 3

.

Situasi 1

Kamu seorang penjual ikan.

Lakonkan situasi apabila ramai pelanggan datang untuk

membeli pelbagai jenis ikan di gerai kamu.

Situasi 2

Kamu memiliki sebuah kedai buku. Ramai orang

berkunjung ke kedai kamu untuk membeli buku.

Lakonkan bagaimana kamu mengendalikan situasi

tersebut.

Situasi 3

Kamu baru membuka sebuah kedai cenderamata.

Ramai pelawat berkunjung ke kedai kamu.

Lakonkan secara spontan apakah yang patut kamu

lakukan untuk menyambut pelawat yang datang dan

memperkenalkan barangan kamu.

Baca salah satu kad situasi dan lakonkan mengikut arahan yang diberi.

Page 17: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

126

Lampiran 3

LIRIK LAGU DUIT

Duit di mana kau duit

Jangan membazir duit

Amalan berjimat cermat

Untuk masa depan gemilang

Ada duit jangan lupa

Jangan boros-boros

La-la-la-la-la-la-la-la-la-la-la-la

Hidup kamu akan selamat

Nyanyikan lagu ini.

Page 18: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

127

TEMA Pertanian

TAJUK Syair Petani

MASA

STANDARD PEMBELAJARAN

4.4.1 Melagukan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur serta memahami syair tersebut.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. menyatakan maksud syair dengan betul. ii. melagukan syair dengan intonasi yang betul dan jelas

secara didik hibur.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Sivik, Sains dan Teknologi, Pendidikan Moral Celik kewangan Nilai : Kasih sayang, Kesyukuran, Kerajinan, Kerjasama. EMK : Keusahawanan, Kreatif dan inovatif, TMK ENT : KB – Banding beza, mengumpul dan mengelas, Kontekstual

SISTEM BAHASA Sebutan dan Intonasi

Kosa kata : gundah – gulana, musibah, keringat

BAHAN BANTU BELAJAR Slaid dan lembaran kerja

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menyatakan maksud dan melagukan syair secara didik hibur

REFLEKSI

Page 19: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

128

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

Membaca syair 1. Murid melihat paparan slaid syair

atau lembaran petikan syair.

2. Murid membaca syair tersebut dengan sebutan yang betul

EMK : Keusahawanan, TMK Nilai : Kerajinan, Kerjasama Ilmu : Pendidikan Moral, Sivik

BCB - Bacaan mekanis KB - Banding beza - Mengumpul dan mengelas Lampiran 1 Slaid: Syair

Perbincangan 1. Murid memahami dan berbincang

mengenai syair secara berpasangan.

2. Murid memberi pendapat

berdasarkan maksud tersurat bagi syair yang dibaca.

EMK: Keusahawanan Nilai: Kerjasama llmu: Celik kewangan

Teknik Perbincangan KB - Banding beza - Mengumpul dan mengelas Lampiran 1 Slaid: Syair

Melagukan syair 1. Murid mendengar syair daripada

cakera padat.

2. Murid melagukan syair secara beramai-ramai dengan bimbingan guru dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Murid melagukan serangkap syair dalam kumpulan.

EMK : Kreativiti dan Inovasi Nilai : Bekerjasama

Teknik Melagukan Syair KP : Muzik Lampiran 2 Slaid Syair

Page 20: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

129

AKTIVITI PENGISIAN

KURIKULUM CATATAN

4. Murid mewakili kumpulan melagukan syair dengan membuat gaya, sebutan, intonasi dan aksi berdasarkan cerita dalam syair dalam bentuk pertandingan.

Penilaian 1. Murid dibahagikan kepada

beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti Pertandingan melagukan syair.

2. Setiap ahli kumpulan melagukan serangkap syair secara bergilir-gilir sambil dinilai oleh ahli kumpulannya.

3. Setiap kumpulan memilih seorang pemenang bagi aktiviti tersebut dengan mengisi borang markah.

EMK : Keusahawanan Kreativiti dan Inovasi Nilai : Kerjasama Ilmu : Celik kewangan

- Kontekstual - Verbal

linguistik - Muzik - Menilai - Mendengar

dengan berkesan

Teknik Perbincangan Slaid syair Borang markah

Page 21: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

130

Aktiviti 1 Lampiran 1

Baca syair dan berikan maksud tersurat syair di bawah.

Syair Petani

Ketika mentari menunjukkan diri Kini petani tersenyum puas Petani bersujud menghadap Ilahi Benih disemai menjadi emas Mengharap berkat atas rezeki Pintu rezeki semakin luas Hasil bakti kepada bumi Usaha gigih telah berbalas. Petani bekerja hingga petang Menitis keringat membanting tulang Bersawah padi menanam pisang Namun pendapatan masih kurang Petani menyahut seruan kerajaan Pertanian adalah satu perniagaan Teknologi moden kini digunakan Bidang pertanian mula diluaskan

Sesekali musibah melanda Padi di sawah diserang hama Haiwan ternakan tidak terjaga Hati petani gundah gulana Petani tidak berputus asa Dikerah tenaga luar biasa Tekun bekerja tak kira masa Rahmat diharap dari yang Esa

Kini petani tersenyum puas Benih disemai menjadi emas Pintu rezeki semakin luas Usaha gigih telah berbalas.

Page 22: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

131

Aktiviti 2 Lampiran 2

Borang Pemarkahan Pertandingan Melagukan Syair Antara Kumpulan

Nama Kumpulan Sebutan (5) Intonasi (5) Kelancaran (5) Jumlah (15)

Lagukan syair dengan gaya dan intonasi yang betul.

Syair Petani

Ketika mentari menunjukkan diri Kini petani tersenyum puas Petani bersujud menghadap Ilahi Benih disemai menjadi emas Mengharap berkat atas rezeki Pintu rezeki semakin luas Hasil bakti kepada bumi Usaha gigih telah berbalas. Petani bekerja hingga petang Menitis keringat membanting tulang Bersawah padi menanam pisang Namun pendapatan masih kurang Petani menyahut seruan kerajaan Pertanian adalah satu perniagaan Teknologi moden kini digunakan Bidang pertanian mula diluaskan

Sesekali musibah melanda Padi di sawah diserang hama Haiwan ternakan tidak terjaga Hati petani gundah gulana Petani tidak berputus asa Dikerah tenaga luar biasa Tekun bekerja tak kira masa Rahmat diharap dari yang Esa

Kini petani tersenyum puas Benih disemai menjadi emas Pintu rezeki semakin luas Usaha gigih telah berbalas.

Page 23: 6 STRATEGI SENI BAHASA.pdf

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5 Sekolah Kebangsaan

Aspek Seni Bahasa

2014

132

Penilaian Lampiran 3

Borang Pemarkahan Pertandingan Melagukan Syair Dalam Kumpulan

Bil. Nama Penyair Sebutan

(5)

Intonasi

(5)

Kelancaran

(5)

Jumlah

(15)

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

Siapakah penyair yang terhebat?