6. definisi istilah

2
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Definisi Istilah ii Definisi Istilah IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. IPGM juga merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Guru yang dilaksanakan oleh IPG. IPG : Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. Senat IPG : Senat Institut-Institut Pendidikan Guru adalah badan akademik yang ditubuhkan di bawah Perkara 6, Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-institut Pendidikan Guru) 2010. JKIAPIPGK/JKIPIPGK : Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus. Pengalaman Berasaskan Sekolah : Pendedahan awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Praktikum : Latihan mengajar yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Internship : Peringkat transisi profesional bertujuan mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pensyarah Penyelia : Pensyarah IPG yang dilantik oleh Pengarah untuk membimbing, menyelia dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum. Guru Pembimbing : Guru sekolah yang berpengalaman dalam mata pelajaran sekolah dan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebagai pembimbing kepada pelajar. Pengurus Sekolah : Pentadbir sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang. Pelajar : Murid pendidikan guru yang sedang mengikuti Program Pendidikan Guru praperkhidmatan atau dalam perkhidmatan.

Upload: asyrafmn

Post on 09-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

itlah pbs

TRANSCRIPT

Page 1: 6. Definisi Istilah

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Definisi Istilah

ii

Definisi Istilah

IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. IPGM juga merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Guru yang dilaksanakan oleh IPG.

IPG : Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Senat IPG : Senat Institut-Institut Pendidikan Guru adalah badan akademik yang ditubuhkan di bawah Perkara 6, Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-institut Pendidikan Guru) 2010.

JKIAPIPGK/JKIPIPGK

:

Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus.

Pengalaman Berasaskan Sekolah

: Pendedahan awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru.

Praktikum

: Latihan mengajar yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah.

Internship : Peringkat transisi profesional bertujuan mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan.

Pensyarah Penyelia : Pensyarah IPG yang dilantik oleh Pengarah untuk membimbing, menyelia dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum.

Guru Pembimbing : Guru sekolah yang berpengalaman dalam mata pelajaran sekolah dan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sebagai pembimbing kepada pelajar.

Pengurus Sekolah : Pentadbir sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang.

Pelajar : Murid pendidikan guru yang sedang mengikuti Program Pendidikan Guru praperkhidmatan atau dalam perkhidmatan.

Page 2: 6. Definisi Istilah

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Definisi Istilah

iii

Murid : Murid sekolah tempat Amalan Profesional dilaksanakan.

Bilik Darjah : Tempat sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.

Sekolah : Institusi pendidikan tempat Amalan Profesional dilaksanakan.

Pemantauan : Proses mengesan pelaksanaan Amalan Profesional oleh ahli JKIAPIPGK/JKIPIPGK.

Rentasan : Proses pengesahan kes berpotensi gagal dalam Amalan Profesional.

Gagal

: Markah kurang 50 peratus (50%) atau gagal mematuhi prosedur Amalan Profesional.