pendahuluan - terengganu strategic & integrity institute€¦ · definisi yang dikemukakan ini...

13

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak
Page 2: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak
Page 3: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak

Kesatuan Umat dan Cabaran Politik Timur Tengah | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Pergolakan politik yang berlaku di rantau Timur Tengah sentiasa mendapat tempat

dalam perbahasan hubungan antarabangsa. Ia telah menjadi tumpuan utama bukan

sahaja daripada dunia Islam sendiri, bahkan turut mendapat perhatian khusus

daripada kuasa-kuasa besar.

Istilah Timur Tengah mempunyai kaitan yang rapat dengan kolonialisme moden

Barat terhadap rantau berkenaan yang merangkumi aspek ketenteraan, ekonomi

dan geopolitik. Berdasarkan rujukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), istilah

Timur Tengah merujuk kepada “negara-negara yang terletak berhampiran dengan

Terusan Suez seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi, Syria dan lain-lain.

Angrist (2019) mengemukakan definisi yang lebih jelas mengenai pengistilahan

rantau Timur Tengah. Beliau menjelaskan bahawa Timur Tengah adalah sebuah

rantau di bahagian utaranya adalah negara Turki, timurnya adalah Iran, baratnya

pula adalah Mesir manakala bahagian selatannya adalah negara-negara Arab teluk.

Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur

Tengah.

Namun, istilah Timur

Tengah tidak hanya

berkaitan dengan

sempadan geografi,

bahkan ia dibentuk lebih

jauh daripada itu.

Cabaran politik di rantau

tersebut lebih sinonim

dengan jatuh bangun

politik Islam meskipun

hakikatnya majoriti umat

Islam lebih banyak

mendiami di luar daripada

rantau berkenaan.

Pelbagai faktor telah

mendorong perkara ini

antaranya adalah faktor

sejarah serta ketamadunan Islam yang telah lama berkembang sejak kebangkitan

Islam pada zaman nubuwwah sehinggalah kepada pemerintahan terakhir Khilafah

Uthmaniyyah yang memayungi dunia Islam.

Penulisan ini cuba merungkai faktor-faktor perpecahan dunia Islam di Timur Tengah

sebagai cabaran besar yang dihadapi sehingga hari ini serta meneliti prospek

Rajah 1 : Peta Negara-negara Timur Tengah

(Sumber : Encyclopedia Britannica, 2012)

Page 4: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak

Kesatuan Umat dan Cabaran Politik Timur Tengah | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

kesatuan umat Islam. Hal yang demikian boleh difahami melalui dua dimensi utama;

pertama, faktor dalaman dengan merungkai perjalanan sejarah rantau berkenaan

sejak Perang Dunia Pertama (1914-1918) sehingga kepada tercetusnya Arab Spring

pada tahun 2011. Dimensi kedua adalah meneliti faktor luaran iaitu melibatkan

campur tangan kuasa-kuasa besar yang mempunyai kepentingan tertentu di rantau

berkenaan sehingga mendorong perpecahan yang lebih dashyat.

Perpecahan Dalaman Dunia Islam Terus Merekah

Perpecahan dalaman yang berlaku dalam dunia Islam di Timur Tengah sentiasa

menjadi suatu perbahasan yang tiada berkesudahan. Perkara ini dapat difahami jika

ditelusuri faktor sejarah pembentukan negara bangsa pada tahun 1920an. Ketika

Perang Dunia Pertama (1914-1918) meletus, dunia Arab mengalami kebangkitan

nasionalisme Arab yang ditandai dengan Revolusi Agung Arab pada tahun 1916.

Kebangkitan ini adalah usaha yang digerakkan oleh Syarif Hussain, pemerintah di

Tanah Hijjaz bagi membebaskan diri daripada kekuasaan Khilafah Uthmaniyyah.

Malangnya, pembebasan yang diperjuangkan hanyalah mengulit mimpi ngeri

kepada dunia Islam sehingga ke hari ini. Satu demi satu pengaruh dunia Islam

runtuh serta mengalami perpecahan.

Negara-negara umat Islam yang terbentuk kemudiannya dibahagi-bahagi

berdasarkan perbezaan mazhab dan ideologi. Putera-putera Syarif Hussain masing-

masing menguasai Iraq dan Jordan, Raja Abdul Aziz Ibnu Saud pula menggulingkan

Ibnu Rasyid, pemerintah di bawah Turki Uthmaniyyah yang bertapak di Riyadh,

Shah Iran yang bermazhab Syiah memerintah Iran, manakala Yaman diperintah oleh

pemimpin bermazhab Syiah Zaidiyyah (Abdul Hadi Awang, 2016).

Perpecahan dalaman juga dapat dilihat melalui pasca Revolusi Iran pada tahun

1979. Revolusi pimpinan Ayatollah Khomeini ini bukan sahaja merupakan titik

penting kepada kebangkitan Islam di rantau berkenaan melalui penubuhan sebuah

kerajaan republik, bahkan ia juga telah menjatuhkan Shah Iran yang pro-Barat.

Iran pada era Shah Iran merupakan sebuah negara penampang (buffer state)

kepada Amerika Syarikat bagi melindungi kepentingan Israel di rantau berkenaan,

kemudiannya berubah menjadi sebuah negara yang bermusuh ketat dengan mereka

melalui jalan revolusi. Pasca Revolusi Iran 1979 telah membibitkan permusuhan di

antara Iran dan Arab Saudi serta meningkatnya sentimen mazhab Syiah dan Sunni

sebagai asas yang memecah-belahkan umat Islam (Abdul Halim Daud, Zarina

Othman & Azizan Idris, 2018).

Perkara ini disusuli dengan Perang Iraq-Iran (1980-1988) dan Perang Teluk (1990-

1991) yang mencetuskan polemik terhadap perseteruan mazhab Sunni dan Syiah.

Saddam Hussein yang memerintah Iraq ketika itu melihat kebangkitan republik Islam

Page 5: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak

Kesatuan Umat dan Cabaran Politik Timur Tengah | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Iran sebagai pemangkin kepada tersebarnya dakyah Syiah di rantau berkenaan.

Akhirnya peperangan demi peperangan mula meletus dan telah mengorbankan

banyak nyawa.

Laporan globalsecurity.com menyatakan bahawa jumlah korban Perang Iraq-Iran

mencecah 300 ribu nyawa dengan puluhan ribu yang lain menjadi pelarian dan

menderita akibat daripada peperangan yang meletus. Pertubuhan Makanan dan

Pertanian Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2015 mengeluarkan data kira-kira

560 ribu kanak-kanak di Iraq mengalami kematian susulan sekatan PBB terhadap

Iraq sejak meletusnya Perang Teluk pada tahun 1990.

Selain faktor sejarah, pemisahan mazhab Sunni-Syiah terus berlarutan sehingga

membentuk suatu identiti terhadap pertembungan yang berlaku di Timur Tengah. Ia

telah membentuk era Perang Dingin di antara blok Iran bersama sekutunya dengan

blok Arab Saudi yang berada di pihak yang lain. Perseteruan kedua-dua blok ini

dapat dilihat dengan jelas menerusi penglibatan kedua-dua negara dalam konflik

yang berlaku di Timur Tengah.

Semasa kebangkitan Arab (Arab uprisings) pada tahun 2011 yang menumbangkan

rejim autoritarian di Mesir, Libya dan Tunisia, konflik yang merebak ke Syria telah

menjadi tapak pertembungan blok Iran dan Arab Saudi yang jelas. Iran menyokong

pemerintah Bashar Al-Asad yang juga merupakan seorang penganut Syiah Baath

iaitu kelompok Syiah yang minoriti di Syria, manakala Arab Saudi pula menyokong

kelompok pembangkang yang rata-rata berfahaman Sunni (Humaini, 2019).

Perseteruan di antara kedua-dua blok sekali lagi memuncak menerusi serangan

Syiah Houthi di lapangan terbang Riyadh pada tahun 2017. Arab Saudi menuduh

Qatar bertanggungjawab terhadap serangan tersebut selain kaitan utama Qatar

yang mempunyai hubungan erat dengan Iran. Perkara ini mendorong Arab Saudi

mengemukakan suatu usul di Liga Arab untuk membincangkan isu serangan

tersebut. Ia telah mendapat sokongan Bahrain dan UAE. Malah, Arab Saudi

bersama Bahrain dan UAE mengambil keputusan untuk memboikot Qatar.

Selain daripada faktor sejarah dan pemisahan mazhab Sunni-Syiah yang telah

melatari perpecahan dalaman di rantau Timur Tengah, faktor perebutan terhadap

sumber alam seperti air dan minyak turut mendorong kepada perpecahan dalaman.

(Ismah Tita Ruslin, 2013). Hal yang demikian dapat dilihat daripada perebutan yang

berlaku di antara Iraq dan Iran terhadap Shattal Arab, iaitu tempat pertemuan di

antara Sungai Eufrat dan Sungai Tigris sepanjang 80km.

Oleh kerana Iraq merupakan negara yang digelar sebagai negara “landlock” atau

negara yang tertutup, maka perebutan terhadap sumber air bagi menjalankan aktiviti

perdagangan minyak dilakukan secara agresif. Pertembungan kedua-dua negara di

Shattal Arab mulai reda dengan Perjanjian Algiers yang ditandatangani pada 1975.

Page 6: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak

Kesatuan Umat dan Cabaran Politik Timur Tengah | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Walau bagaimanapun, pasca Revolusi Iran yang tercetus beberapa tahun

kemudiannya telah mendorong Iraq mengambil keputusan sepihak (unilateral) untuk

membatalkannya.

Hal yang sama turut melanda negara Jordan yang mengalami kesulitan bagi

menjalankan aktiviti perdagangan disebabkan faktor geografi yang tidak banyak

bersempadan dengan sumber air. Jordan sebelum pembentukan negara haram

Israel pada tahun 1948 telah menggunakan wilayah Haifa d Palestin sebagai laluan

perdagangan menuju ke Laut Tengah. Sejak pendudukan Israel di sana, laluan

perdagangan tersebut menjadi sedikit rumit selain memberi impak terhadap

ekonomi Jordan. Situasi ini akhirnya mendorong Jordan mengambil keputusan

menggugurkan operasi ketenteraannya dalam Perang Yom Kippur pada tahun 1973

selain menjalinkan hubungan diplomatik bersama Israel secara rasmi pada tahun

1994.

Ketiga-tiga faktor ini telah menyebabkan perpecahan dalaman di antara negara-

negara di Timur Tengah. Kesemuanya saling berkait di antara satu sama lain.

Perpecahan ini juga telah menjadikan dunia politik umat Islam menjadi lemah dan

menarik perhatian kuasa-kuasa besar untuk mempertahankan pengaruh mereka di

rantau berkenaan.

Rantau Timur Tengah Medan Campur Tangan Kuasa Asing

Perpecahan negara-negara umat Islam turut didorong oleh faktor campur tangan

luar. Sukar untuk menafikan faktor geopolitik di Timur Tengah yang telah menarik

kuasa-kuasa besar untuk bertapak. Sinkaya (2016) menjelaskan geografi fizikal

yang dimiliki rantau berkenaan telah memberi suatu kesan penentu (decisive effect)

terhadap dasar luar dan dalam negara-negara sekitarnya.

Rantau Timur Tengah berada di suatu wilayah yang strategik. Ia menjadi

penghubung di antara tiga benua utama; Asia, Afrika dan Eropah. Tambahan lagi,

rantau ini juga kaya dengan sumber asli khususnya minyak yang ditemui buat

pertama kali pada tahun 1900an serta mempunyai perbatasan di selat dan lautan

yang menjadi laluan utama perdagangan antarabangsa.

Page 7: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak

Kesatuan Umat dan Cabaran Politik Timur Tengah | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Negara Kedudukan Rizab Minyak

Global

Jumlah Rizab Minyak

(„000 000 000 barrels) Peratus Global Rizab (%)

Arab Saudi Ke-2 266.6 16.2

Iran Ke-4 157.5 9.5

Iraq Ke-5 143.1 8.7

Kuwait Ke-6 101.5 6.2

UAE Ke-7 97.8 5.9

Jadual1 : Lima Negara Timur Tengah Rizab Minyak Tertinggi

(Sumber : Worldometers.info, 2016)

Secara amnya, rantau Timur Tengah memiliki tujuh lautan utama seperti Laut

Mediterranean atau turut dikenali sebagai Laut Tengah, Laut Merah, Laut Arab dan

sebagainya. Selain itu, ia juga turut dikelilingi oleh beberapa selat-selat utama

seperti Selat Bosporus yang menjadi laluan perdagangan Russia dari Laut Hitam

menuju ke Laut Mediterranean, Selat Hormuz yang merupakan laluan perdagangan

satu pertiga minyak dunia begitu juga Terusan Suez yang terancam akibat

pendudukan Israel di Sinai.

Campur tangan luar dapat dilihat melalui konflik perbatasan yang berlaku sejak

Perang Dunia Pertama (1914-1918). Dunia umat Islam telah dibahagi-bahagi melalui

suatu perjanjian belakang tabir di antara kuasa-kuasa berikat, British dan Perancis

yang terkenal dengan Perjanjian Sykes-Picot pada tahun 1916. Perjanjian ini telah

membahagikan wilayah Iraq dan Jordan di bawah British, manakala Syria dan

Lebanon pula berada di bawah kuasa dan pengaruh Perancis.

Setahun kemudian, Sir Arthur Balfour menulis sepucuk surat menyerahkan

kedaulatan Palestin kepada pembentukan negara haram Israel yang terus bertapak

sehingga hari ini. Peta negara bangsa di Timur Tengah akhirnya dibentuk melalui

Persidangan Paris pada tahun 1919 dan Persidangan San Remo pada tahun 1920.

Fasa pembentukan negara bangsa ini merupakan sebahagian daripada strategi

pecah dan perintah bagi melemahkan politik umat Islam hasil daripada campur

tangan kuasa-kuasa asing. Amerika Syarikat (AS) yang muncul sebagai salah satu

kuasa besar pasca Perang Dunia Kedua (1939-1945) telah menjadikan Iran di

bawah pemerintahan Reva Pahlavi sebagai negara penampang (buffer state) serta

langkah strategik bagi melindungi kepentingannya di rantau berkenaan termasuklah

melindungi negara sekutunya, Israel.

Namun, Revolusi Iran telah mengubah corak pengaruh AS di rantau Timur Tengah.

AS melihat kebangkitan negara republik Islam pimpinan Khomeini sebagai musuh

utamanya. Setahun selepas revolusi tersebut, AS menyokong Iraq untuk

melancarkan perang Iraq-Iran yang berlangsung selama 8 tahun. Ketika Saddam

Page 8: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak

Kesatuan Umat dan Cabaran Politik Timur Tengah | 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Hussein melanjutkan serangannya ke atas Kuwait dalam Perang Teluk bermula

tahun 1990, AS mengambil jalan pintas untuk menjatuhkan beliau pula. Keadaan ini

bersangkut paut dengan kedudukan geopolitik Kuwait yang kaya dengan sumber

minyak serta bersempadan dengan Laut Arab yang menjadi laluan penting

perdagangan minyak.

Satu lagi bukti yang menunjukkan perpecahan yang berlaku disebabkan oleh

campur tangan asing adalah melalui kebangkitan Arab Spring yang bermula pada

tahun 2001. AS memainkan peranan yang aktif bagi memastikan kebangkitan

negara-negara ini tidak mengganggu gugat kepentingannya di rantau berkenaan.

Hal yang demikian dapat dilihat apabila AS memobilisasi negara-negara Pertubuhan

Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi menumbangkan rejim Muammar Gaddafi di

Libya atas alasan untuk meletakkan pemerintahan demokrasi. Begitu juga peranan

aktif yang dimainkan AS bagi menjatuhkan rejim Hosni Mubarak di Mesir.

Namun, sikap yang berbeza dimainkan oleh AS ketika pemerintahan (Almarhum)

Mohamed Mursi yang mentadbir melalui suatu pilihanraya yang bersih digulingkan

oleh Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi pada 3 Julai 2003. Sinkaya (2016) menyifatkan

penggulingan Mohamed Mursi ini sebagai salah satu tanda kebangkitan Arab Spring

semakin terhakis dan berakhir. AS tidak mengambil posisi ketika Mohamed Mursi

dijatuhkan kerana mereka menganggap beliau adalah daripada kalangan ahli

Ikhwanul Muslimin yang terkenal dengan permusuhan dengan Israel. Malah, tidak

mustahil Mohamed Mursi juga akan mengembalikan syariat Islam di Mesir jika

dibiarkan terus berkuasa.

Tidak cukup dengan campur tangan ini, AS juga telah merangka beberapa inisiatif

bagi memastikan perpecahan dalam kalangan negara-negara Arab di Timur Tengah

terus berlaku selain memastikan pengaruh mereka terus mencengkam kuat.

Antaranya adalah rangka peta Timur Tengah Baharu (The New Middle East) dan

kemudiannya Inisiatif Timur Tengah Agung (The Greater Middle East Inisiative).

Kedua-dua inisiatif yang melibatkan kepentingan ketenteraan, ekonomi dan

geopolitik adalah bagi melindungi pengaruh AS dan sekutunya, Israel.

Tahun ini AS dan sekutunya Israel sekali lagi meluncurkan inisiatif secara sepihak

sebuah dokumen pelan damai bertajuk „Peace to Prosperity: A Vision to Improve the

Lives of The Palestinian and Israeli People‟. Ia merupakan suatu deal of the century

bagi terus memelihara kepentingan Israel di Timur Tengah dan dalam masa yang

sama memangsakan umat Islam Palestin.

Justeru, jelas sekali campur tangan oleh kuasa-kuasa besar khususnya AS telah

mendorong kepada perpecahan dalam kalangan negara umat Islam sehingga ke

hari ini. Abdul Hadi Awang (2019) menjelaskan bahawa negara-negara yang

menyatakan sokongan terhadap AS dan Israel akan terus dipelihara, manakala

negara-negara yang menentang AS dan Israel akan dianggap sebagai musuh serta

Page 9: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak

Kesatuan Umat dan Cabaran Politik Timur Tengah | 7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

penyokong kepada aktiviti keganasan. Perkara ini telah menjadi asas kepada

perpecahan yang berlaku.

Cabaran Mengembalikan Kesatuan Umat Islam

Mengembalikan kesatuan umat Islam khususnya di rantau ini sememangnya suatu

perkara yang mencabar. Hal yang demikian disebabkan perpecahan yang berlaku

pada hari ini tidak hanya melibatkan politik dalaman sesama negara umat Islam

semata-mata bahkan turut melibatkan kepentingan kuasa-kuasa asing disebabkan

faktor fizikal geografi serta kekayaan sumber alam khususnya minyak.

Walau bagaimanapun, hanya kesatuan umat Islam adalah formula terbaik bagi

membina batu bata asas kepada kebangkitan Islam pada masa akan datang.

Persoalannya yang bermain di fikiran adalah di mana ia harus bermula?

Usaha menyatukan umat Islam sudah pasti bermula dengan mengubah kiblat politik

umat Islam ke arah Islam yang sebenar. Perubahan ini bermula dengan tidak lagi

melihat perbezaan mazhab sebagai sesuatu yang menjarakkan hubungan sesama

Muslim, bahkan melihat musuh sebenar Islam dan umatnya di dunia Timur Tengah

adalah golongan Zionism dan sekutunya. Tambahan lagi, perubahan kiblat politik

juga mesti bertitik tolak kepada politik berdasarkan manhaj kesederhaan supaya

tidak terlalu larut dengan ideologi-ideologi Barat sehinggat hanyut di dalamnya serta

tidak pula terlalu keras sehingga tiada jalan diplomasi bagi merungkaikan kekusutan

sesama negara umat Islam.

Kerjasama serantau sama ada melibatkan pertubuhan dalam kalangan negara di

Timur Tengah khususnya atau dunia Islam amnya perlu dijadikan medan bagi

menyatukan umat Islam. Ia berkait dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang

menjadi penaung kepada semua negara umat Islam, Liga Arab yang dianggotai 22

buah negara anggota termasuklah Syria yang digantung keahliannya serta Majlis

Kerjasama Negara-negara Teluk (GCC) dengan keanggotaan enam negara-negara

Arab Teluk.

Pertubuhan dan kerjasama serantau yang terbentuk ini mempunyai anggota yang

saling bersilang di antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya pertubuhan dan

kerjasama serantau ini boleh dijadikan tapak asas bagi kesatuan umat Islam pada

masa ini. Namun, persoalan seterusnya yang timbul adalah bagaimana kesatuan

boleh terbentuk melalui pertubuhan dan kerjasama serantau dunia Islam dan Timur

Tengah ini.

Malah, lebih mencabar lagi jika suatu persoalan dibangkitkan, mengapa sejak sekian

lama penubuhan kerjasama serantau ini masih gagal mencapai kesatuan umat

Islam? Sedangkan Liga Arab ditubuhkan paling awal iaitu pada tahun 1945, diikuti

Page 10: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak

Kesatuan Umat dan Cabaran Politik Timur Tengah | 8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

OIC pada tahun 1969 dan GCC pada tahun 1981. Penjelasan Abdul Hadi Awang

(2019) menjawab persoalan ini yang secara asasnya berbalik kepada fungsi utama

OIC serta kerjasama-kerjasama serantau yang lain. OIC sendiri telah mengalami

perubahan nama daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan

Kerjasama Islam. Hal yang demikian secara tidak langsung telah mengubah darjah

politik dunia Arab kepada juzuk yang lebih kecil dengan sekadar membincangkan

resolusi serta mengambil pendirian bersetuju untuk tidak bersetuju.

Situasi ini menyebabkan OIC gagal memainkan peranan yang berkesan terhadap

pergolakan politik di Timur Tengah apatah lagi tidak mampu untuk mengelak

daripada campur tangan kuasa asing yang terus berkuasa di sana. Sinkaya (2016)

turut menyokong kenyataan ini dengan menjelaskan kegagalan pertubuhan dan

kerjasama serantau disebabkan ia telah digunakan oleh negara-negara besar

seperti Arab Saudi bagi melindungi kepentingannya. Malah, pertubuhan dan

kerjasama ini hanya berfungsi untuk memberi reaksi balas terhadap ancaman dan

insiden yang berlaku di dunia Arab, bukannya medan untuk membincangkan

mengenai sesuatu yang bersifat jangka panjang dan menguntungkan dunia Islam.

Selain itu, kesatuan umat Islam juga boleh dilihat melalui spektrum penyelesaian

jangka panjang konflik Palestin-Israel yang telah berlarutan sekian lama. Hal ini

kerana konflik Palestin-Israel ini dapat diteliti melalui tiga perspektif; pertama,

perspektif konflik Arab-Israel yang telah menyebabkan tercetusnya peperangan demi

peperangan, kedua menerusi perspektif Palestin-Israel sendiri yang telah

membibitkan kebangkitan rakyat Palestin melalui Nakba dan sebagainya. Perspektif

ketiga adalah melihat konflik Palestin-Israel sebagai pertembungan yang bersifat

agama.

Tindakan pihak berkuasa Israel yang terus menjarah tanah umat Islam di Palestin

ditambah lagi dengan pendirian sepihak (unilateral) AS di sana masih gagal

mengetuk hati negara-negara umat Islam untuk bersatu dan menyelamatkan tanah

dan hak umat Islam yang dirampas. Malah, menurut pengkaji antarabangsa,

meskipun wujudnya gabungan ketenteraan negara-negara Arab menyerang

pendudukan haram Israel pada tahun 1948, namun masing-masing mempunyai

kepentingan politik tertentu yang mengatasi sasaran awal untuk menentang negara

haram Israel.

Konflik Palestin-Israel sentiasa menjadi isu teras di antara konflik-konflik umat Islam

yang berlaku di seluruh dunia. Hal yang demikian kerana jika kesatuan negara-

negara di Semenanjung Tanah Arab berjaya dicapai, nescaya ia akan merintis jalan

menyelesaikan kemelut Palestin-Israel, membentuk suatu cegah rintang (deterrent)

atau langkah keseimbangan (act of balancing) dengan sebarang pendirian kuasa-

kuasa besar khususnya Israel dan sekutunya di Palestin dan rantau Timur Tengah

secara keseluruhannya. Justeru, penyelesaian konflik Palestin-Israel ini juga adalah

sebahagian asas kepada kesatuan politik Islam yang didambakan.

Page 11: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak

Kesatuan Umat dan Cabaran Politik Timur Tengah | 9

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Kesimpulan

Kesatuan umat Islam adalah asas bagi era kebangkitan Islam kelak. Tanpa

kesatuan mustahil kebangkitan Islam dapat dibentuk. Hakikatnya dunia Islam

menghadapi perpecahan disebabkan oleh faktor dalaman serta campur tangan luar

yang terus berhasrat melindungi kepentingan geopolitik mereka dirantau berkenaan.

Hubungkait sejarah panjang yang berlaku, perpecahan mazhab serta perebutan

terhadap sumber alam menyumbang kepada perpecahaan yang berlaku.

Kedudukan geografi serta kaya dengan sumber minyak telah menarik penglibatan

negara-negara kuasa besar untuk melebarkan pengaruh mereka. Namun, campur

tangan kuasa asing melebarkan perpecahan dalam dunia umat Islam.

Penyatuan ini bermula dengan memperkukuhkan hubungan kerjasama serantau dan

umat Islam melalui pertubuhan OIC, Liga Arab mahupun dalam rantau negara Teluk

seperti GCC. Ramuan ini perlu didorong oleh perubahan kiblat politik yang tegas

dalam kalangan negara Arab sendiri. Tambahan lagi, sudut pandang hubungan

antarabangsa perlu menjadikan Ummah sebagai aktor utama, tidak hanya kepada

negara (state) yang terbatas dengan sempadan negara. Pandangan terhadap

Ummah sebagai teras ini akan mendorong kepada pandangan yang lebih realitistik

terhadap dunia Islam sebagai tunjang serta tiada sempadan geografi yang boleh

memisahkannya.

Page 12: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak

Kesatuan Umat dan Cabaran Politik Timur Tengah | 10

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

Abdo, G. (2013). The New Sectarianism: The Arab Uprisings and The Rebirth of the Shi'a-Sunni

Divide. The Saban Center for Middle East Policy at Brookings.

Abdul Hadi Awang. (2016, Oktober 12). Iktibar Arab Spring: Politik Matang dan Sejahtera. Didapatkan

dari Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-politik/iktibar-arab-spring-politik-matang-

dan-sejahtera-119140

Abdul Hadi Awang. (2018, 11 16). Masa Depan Islam: Isu-Isu Umat dan Penyelesaiannya.

Abdul Hadi Awang. (2018, 3 3). Selamatkan Israel atau Bahaya Iran?

Abdul Hadi Awang. (2019, 12 21). Antara Pertubuhan Kerjasaman Islam dan Sidang Kemuncak

Kuala Lumpur.

Abdul Hadi Awang. (2019, 1 6). Celaka Kecewakan Palestin.

Abdul Halim Daud, Zarina Othman & Azizan Idris. (2018). Hubungan Iran-Arab Saudi dan Kestabilan

Rantau Timur Tengah. Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 45(1), 147-

176.

Angrist, M. P. (2019). The Making of Middle East Politics. Dalam M. P. Angrist (Ed.), Politics and

Society in the Contemporary Middle East (ed. 3rd, hlm. 1-30). USA: Lynne Rienner Publisher.

Asmady Idris. (N.A.). Analisis Teori Hubungan Antarabangsa dari Perspektif Islam. International

Journal of West Asian Studies, 11(1), 1-18.

Humaini. (2019). Konflik Sunni-Syiah di Timur Tengah Perspektif Geopolitik dan Dampaknya

Terhadap Hubungan Sunni-Syiah di Indonesia. Jurnal CMES, 12(2).

Ismah Tita Ruslin. (2013). Memetakan Konflik di Timur Tengah (Tinjauan Geografi Politik). Jurnal

Politik Profetik, 1(1).

Mat Daud Ag. Hamat. (t.t). Penjajahan Eropah dan Kemunculan Negara Bangsa di Timur Tengah.

Mohd Roslan Mohd Nor. (2010). Meneladani Sejarah Umat Islam Dalam Membentuk Masyarakat

Hadhari yang Gemilang Abad ke-21. Jurnal Hadhari, 2(2), 19-40.

Sinkaya, B. (2016). Introduction to Middle East Politics: Leading Factors, Actors and Dynamics.

Orsam Resource.

Page 13: Pendahuluan - Terengganu Strategic & Integrity Institute€¦ · Definisi yang dikemukakan ini lebih menjelaskan had sempadan geografi Timur Tengah. Namun, istilah Timur Tengah tidak