kefahaman konsep osmosis dikalangan pelajar … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan...

20

Upload: doannhan

Post on 07-Mar-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan
Page 2: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan
Page 3: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR TINGKATAN

EMPAT YANG MENGAMBIL MATAPELAJARAN BIOLOGI DI DAERAH

KUALA LANGAT, SELANGOR

NORAINI BINTI JAMAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 4: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan
Page 5: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat bapak dan emak tersayang …

Jamal bin Yusof

&

Zainab binti Haji Salih

Terima kasih atas seluas hamparan sayang yang kau bentangkan untukku…

Terima kasih atas sejuta titisan kudratmu yang kau kerahkan untuk kehidupanku…

Terima kasih atas setiap patah dorongan yang kau ucapkan buat penguat semangatku…

Buat putera tunggal keluarga….Abang…

Mohd Hidayat Jamal

Takkan ku lupa pengorbanan dan pengertian yang kau titipkan buatku…terima kasih…

Adik-adik tersayang…

Lizawati, Norhidayah dan Nur Atiqah

Dalami hati, didiklah diri…

Tanpa sebarang rahsia, kita tumbuhkan ingatan keluarga…

Dalam wadah perjuangan kita…

Buat sahabat...

Kak Fidzah, Kak Zufa, A.Azizi, Cik N, Pidah, Imal, Sah, dan…

rakan seperjuangan keseluruhannya…

Terima kasih atas secalit kasih…Secangkir kejujuran…

Dalam kolam persahabatan kita…

Page 6: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

iv

PENGHARGAAN

Bimillahirrahmanirrahim……..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi, dengan izinNya serta usaha yang telah

dilaksanakan, kajian yang dijalankan telah dapat disiapkan dalam jangka masa yang

telah ditetapkan. Sekalung penghargaan buat penyelia PSM, Prof. DR. Sulaiman bin

Haji Yamin. Terima kasih atas segala teguran dan tunjuk ajar serta bimbingan yang

diberikan.

Tidak dilupakan, penghargaan buat pihak yang terlibat, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (Selangor), Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia, Pengetua, Guru Panitia Sains, guru-guru dan pelajar-pelajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok dan Sekolah Menengah Kebangsaan

Banting yang telah memberikan bantuan dan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan.

Buat akhirnya, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada, secara

langsung ataupun tidak langsung di atas idea dan pandangan yang diberikan dalam

menjayakan kajian ini.

Wassalam..

Page 7: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau pemahaman konsep osmosis di kalangan pelajar

tingkatan empat. Seramai 155 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Telok

Datok and Sekolah Menengah Kebangsaan Banting terlibat dalam kajian ini. Tumpuan

kajian adalah untuk melihat pola pemahaman konsep sains mereka dalam osmosis.

Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah melalui soal selidik dan ujian

yang meminta responden menjawab soalan yang dikemukakan. Hasil kajian mendapati

berlaku salah konsep di kalangan pelajar dalam konsep osmosis. Selain itu, pelajar tidak

dapat menjelaskan aspek-aspek dalam osmosis iaitu isotonik, hipertonik dan hipotonik.

Adalah diharapkan kajian ini dapat mendedahkan kesukaran yang dialami para pelajar

ketika mempelajari topik ini.

Page 8: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to access the understanding of biological concepts

among the form four students. The sample of this study were 155 students Sekolah

Menengah Kebangsaan Telok Datok and Sekolah Menengah Kebangsaan Banting. This

study focused on identifying the patterns of understanding concepts in osmosis. The

instrument used for obtaining data was test worksheet related to the concepts mentioned

which required students to answer. The research found that student have misconceptions

of osmosis. Besides, students could not explain all aspects in osmosis including isotonic,

hypertonic and hypotonic. It is hoped that this research will be able to show the

problems faced by students on this topic and will take precauting when teaching the

topic.

Page 9: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN PENGAKUAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN PENYELIDIK ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Hipotesis Kajian 5

Page 10: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

viii

1.6 Objektif Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 6

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Operasi 9

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengetahuan dan Konsep Asas Sains 10

2.2 Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 12

Konsep Sains

2.3 Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik 13

dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Konsep Sains.

2.4 Kefahaman Konsep 19

2.5 Konsep Osmosis 20

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 21

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Sampel Kajian dan Lokasi Kajian 23

3.4 Tatacara Pengumpulan Data 23

3.5 Instrumen Kajian 24

3.6 Kajian Rintis 25

3.7 Analisis data 25

Page 11: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

ix

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 27

4.2 Analisis maklumat latarbelakang responden 28

4.2.1 Taburan responden mengikut sekolah 28

4.2.2 Taburan responden mengikut jantina 29

4.2.3 Taburan responden mengikut bangsa 29

4.2.4 Taburan pencapaian pelajar bagi 30

matapelajaran Sains dalam PMR

4.3 Analisis item soal selidik 31

4.3.1 Taburan pencapaian responden 31

berkaitan konsep osmosis

4.3.2 Taburan pencapaian responden 33

berkaitan kefahaman mengenai istilah

yang digunakan dalam konsep osmosis

4.4 Analisis perbandingan pencapaian pelajar 38

mengikut jantina

4.4.1 Taburan pencapaian berdasarkan 38

jantina bagi item S1-S10

4.42 Taburan pencapaian berdasarkan 39

jantina bagi item Sr1-Sr15

4.5 Analisis perbandingan antara faktor jantina 41

dengan kefahaman konsep osmosis dikalangan

pelajar tingkatan empat

4.6 Analisis hubungan antara pencapaian PMR dalam 42

matapelajaran Sains dengan kefahaman konsep

osmosis di kalangan pelajar tingkatan empat

4.7 Analisis hubungan antara faktor kaum Melayu dan 44

kaum Bukan Melayu dengan kefahaman konsep

osmosis di kalangan pelajar tingkatan empat

4.8 Kesimpulan 45

Page 12: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

x

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Ringkasan kajian 46

5.2 Kesimpulan kajian 47

5.3 Perbincangan 48

5.3.1 Kefahaman konsep osmosis 49

5.3.2 Kefahaman mengenai istilah yang 51

digunakan dalam konsep osmosis

5.3.3 Analisis perbandingan kefahaman konsep 55

osmosis dengan faktor jantina

5.3.4 Analisis perbandingan kefahaman konsep 56

osmosis dengan faktor kaum Melayu dan

kaum Bukan Melayu

5.3.5 Analisis perbandingan kefahaman konsep 56

osmosis dengan pencapaian Sains dalam

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

5.4 Kepentingan kajian terhadap pendidikan 58

5.5 Cadangan untuk mempertingkatkan lagi tahap 59

kefahaman pelajar terhadap konsep osmosis

5.6 Cadangan kajian lanjutan 61

RUJUKAN 63

LAMPIRAN A : Borang soal selidik 66

LAMPIRAN B : Skema jawapan borang soal selidik 74

LAMPIRAN C : Jadual kerja penyelidikan 77

LAMPIRAN D : Surat kebenaran menjalankan kajian 79

Page 13: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Instrumen yang digunakan dalam kajian 22

3.2 Skor jawapan soalan ujian 24

4.1 Taburan responden mengikut sekolah 28

4.2 Kekerapan dan peratusan jantina responden 29

4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 29

4.4 Kekerapan dan peratusan pencapaian pelajar bagi 30

matapelajaran Sains dalam PMR

4.5 Kekerapan dan peratusan pencapaian responden 31

berkaitan konsep osmosis (soalan objektif)

4.6 Kekerapan dan peratusan pencapaian responden 32

berkaitan konsep osmosis (soalan struktur)

4.7 Kekerapan dan peratusan pencapaian responden 34

berkaitan istilah yang digunakan dalam

konsep osmosis (soalan objektif)

4.8 Kekerapan dan peratusan pencapaian responden 35

berkaitan istilah yang digunakan dalam

konsep osmosis (soalan struktur)

4.9 Kekerapan dan peratusan berdasarkan jantina 38

(lelaki dan perempuan) bagi item S1-S10

Page 14: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

xii

4.10 Kekerapan dan peratusan berdasarkan jantina 39

(lelaki dan perempuan) bagi item Sr1-Sr15

4.11 Perbandingan kefahaman konsep osmosis di antara 41

pelajar lelaki dan perempuan

4.12 Perbandingan kefahaman konsep osmosis dikalangan 42

pelajar yang mempunyai pencapaian gred yang berbeza

bagi matapelajaran Sains dalam PMR

4.13 Ujian Post Hoc ANOVA-Tukey HSD bagi pasangan gred 43

matapelajaran Sains dalam PMR

4.14 Taburan responden Melayu dan Bukan Melayu 44

4.15 Kefahaman konsep osmosis dikalangan pelajar Melayu 44

dan pelajar Bukan Melayu

Page 15: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 66

B Skema jawapan soal selidik 74

C Jadual kerja penyelidikan 77

D Surat kebenaran menjalankan kajian 79

Page 16: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara membangun dan maju. Salah satu daripada sembilan cabaran dalam wawasan

2020 ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, berdaya cipta dan

berpandangan jauh. Seiringan dengan ini pelbagai langkah dan usaha perlu dilaksanakan

untuk melahirkan masyarakat celik sains dan sekali gus dapat memanfaatkan teknologi.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan para guru, khususnya guru sains perlu

berganding bahu melalui pendidikan sains.Pendidikan sains boleh memainkan peranan

yang penting dalam merealisasikan wawasan 2020 kerana melaluinya, proses

pembangunan dan pemodenan sesebuah negara dapat dilaksanakan. Menurut Kamariah

et. al (1996) "Bagi mendapatkan sumber tenaga kerja yang lebih saintifik, progresif dan

inovatif serta masyarakat yang celik sains untuk menangani abad sains dan teknologi ini,

penekanan yang lebih kepada mata pelajaran sains perlu dilakukan".

Page 17: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

Agenda utama pendidikan sains ialah melahirkan pelajar-pelajar yang dapat

mengaplikasikan pengetahuan sains dalam pelbagai situasi. Kebolehan untuk

mengaplikasikan sains dalam kehidupan harian memerlukan kefahaman dalam

menghubungkaitkan konsep-konsep asas sains. Dengan mengukur kebolehan pelajar-

pelajar merangkaikan satu konsep dengan konsep sains yang lain, dapat menjelaskan

kemampuan pelajar dalam memahami sesuatu topik yang agak sukar.

Pada hakikatnya, konsep boleh dianggap sebagai satu peraturan. Apabila

seseorang mempelajari sesuatu konsep, sebenarnya apa yang dipelajari itu merupakan

satu peraturan iaitu peraturan tingkah laku. Misalnya, apabila pelajar mempelajari

konsep osmosis, dia mempelajari peraturan bagi tingkah laku khusus osmosis. Dengan

menggunakan peraturan tertentu, pelajar berkemampuan membezakan antara contoh

osmosis dengan bukan contoh osmosis. Pelajar tersebut juga berkemampuan untuk

mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan harian. Kepentingan dalam

menguasai konsep sains dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh Subahan (1983).

Daripada hasil kajian yang dilakukan, didapati bahawa kebolehan mengingat,

memahami dan menghubungkaitkan konsep-konsep sains dapat menentukan

kemampuan pelajar-pelajar dalam mempelajari mata pelajaran sains.

Oleh sebab itu, osmosis merupakan topik yang ideal untuk dikaji dan digunakan

dalam kajian untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam mengaitkan konsep-

konsep sains. Ini kerana topik osmosis merupakan topik mata pelajaran biologi tingkatan

4 yang melibatkan pemahaman terhadap istilah tekanan osmosis, larutan hipotonik,

larutan hipertonik, dan isotonik. Osmosis terkandung di bawah tajuk "Pergerakan Bahan

Merentasi Membran Sel" bagi sukatan pelajaran Biologi tingkatan empat Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Page 18: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

1.2 Latar Belakang Masalah

Penguasaan pelajar terhadap matapelajaran sains (Biologi, Kimia, Fizik) sering

menjadi isu hangat yang sering diperkatakan. Menurut Poh (1996), pendidikan sains

yang berkesan bukan setakat menyalurkan fakta-fakta sains yang membolehkan pelajar

menyatakan semula fakta sains dalam ujian atau peperiksaan.

Oleh yang demikian, pengetahuan tentang konsep-konsep asas dalam

matapelajaran sains amat penting bagi pelajar sebagai persediaan sebelum mengikuti

tahap yang lebih tinggi. Apa yang lebih utama seperti mana yang diharapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah, para pelajar dapat menguasai konsep-

konsep asas dalam matapelajaran sains sekali gus mengaplikasikan apa yang dipelajari

ke dalam kehidupan seharian. Konsep merangkumi objek, simbol atau kejadian yang

berciri sama dan dirujuk dengan menggunakan nama dan simbol tertentu. Maklumat

berstruktur mengenai sifat tersebut membolehkan individu membeza atau mengaitkan

perkara tersebut dengan perkara lain (Merrill dan Tennyson, 1977).

Sejak kebelakangan ini, fokus penyelidikan dalam bidang pendidikan sains

banyak berkisar tentang kesilapan dalam menerangkan fenomena-fenomena saintifik

(Fisher dan Lipson, 1986). Kajian yang meluas dalam salah tanggapan konsep

dikalangan pelajar menunjukkan keperihatinan umum terhadap kesukaran pelajar dalam

matapelajaran sains (Helm dan Novak, 1983 ; Osborne dan Freyberg, 1985).

Konsep osmosis, merupakan salah satu konsep yang perlu dikuasai sebelum

pelajar didedahkan pelbagai istilah lain seperti tekanan osmosis, larutan hipotonik,

larutan hipertonik dan larutan isotonik. Pemahaman terhadap konsep osmosis

diperingkat awal akan mempengaruhi tahap kefahaman pelajar terhadap topik osmosis

Page 19: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

dan aplikasinya dalam kehidupan. Kemampuan pelajar dalam mengingat, memahami

dan menghubungkaitkan istilah-istilah yang digunakan dalam osmosis memainkan

peranan penting kepada pelajar untuk menguasai konsep tersebut.

Namun begitu, ramai di kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami

dan menguasai konsep serta kemahiran dalam mata pelajaran sains. Antara sebab kepada

permasalahan ini ialah tidak terdapat satu penyesuaian di antara kehendak konsep

dengan pertumbuhan kognitif pelajar. Pertumbuhan kognitif pelajar terbahagi kepada

tiga peringkat iaitu aras tinggi, aras sederhana dan aras rendah. Bagi pelajar aras tinggi

dan aras sederhana, kemampuan intelek mereka membolehkan mereka menguasai

sesuatu topik dengan cepat dan mudah. Berbeza bagi pelajar dengan intelek aras rendah,

keadaan adalah sebaliknya. Contohnya untuk memahami topik osmosis pelajar perlu

jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya

dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan osmosis, larutan hipotonik, larutan

hipertonik dan larutan isotonik.

1.3 Pernyataan masalah

Osmosis merupakan salah satu topik dalam matapelajaran Biologi tingkatan

empat yang memerlukan pemahaman yang mendalam. Ini kerana, tanpa pemahaman

yang baik sukar bagi seseorang pelajar untuk menguasai tahap yang seterusnya dan

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dengan itu, penyelidik ingin menyelidik

dan melihat sejauhmana pelajar memahami konsep osmosis yang dipelajari. Penyelidik

juga ingin melihat masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai

konsep osmosis dan mengaitkannya dalam kehidupan seharian.

Page 20: KEFAHAMAN KONSEP OSMOSIS DIKALANGAN PELAJAR … · jelas dengan definisi osmosis itu sendiri dan seterusnya dapat menghubungkaitkannya dengan istilah-istilah yang terlibat iaitu tekanan

1.4 Persoalan Kajian

Adalah diharapkan melalui kajian ini, persoalan-persoalan berikut akan terjawab:

1) Apakah tahap kefahaman pelajar tingkatan empat sains terhadap konsep

osmosis?

2) Sejauh manakah pelajar dapat memahami istilah tekanan osmosis, larutan

hipotonik, larutan hipertonik, dan larutan isotonik dalam fenomena

kehidupan?

3) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan

pelajar perempuan dengan kefahaman konsep osmosis?

4) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar melayu dan

pelajar bukan melayu dengan kefahaman konsep osmosis?

5) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar yang

mempunyai pencapaian gred yang berlainan dalam PMR bagi matapelajaran

sains dengan kefahaman konsep osmosis.

1.5 Hipotesis kajian

Hipotesis Null yang dikaji ialah :

1) Tidak terdapat perbezaan terhadap kefahaman konsep osmosis di antara

pelajar lelaki dan pelajar perempuan

2) Tidak terdapat perbezaan terhadap kefahaman konsep osmosis di antara

kaum Melayu dan kaum Bukan Melayu

3) Tidak terdapat perbezaan terhadap kefahaman konsep osmosis antara pelajar

yang mempunyai pencapaian gred yang berbeza dalam Penilaian Menengah

Rendah (PMR) bagi matapelajaran Sains.