56113989 keberkesanan kaedah pengajaran berbantukan komputer

Upload: izazuliana-muhzan

Post on 02-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    1/13

    KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

    TERHADAP TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    2/13

    BAB 1

    LATAR BELAKANG KAJIAN

    1.0 Pengenalan

    Dewasa ini, kemajuan teknologi komputer telah pesat berkembang khususnya dalam

    arena pendidikan. Pelbagai aplikasi telah diperkenalkan bagi meluaskan lagi peranan komputer

    dalam pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

    memperkenalkan variasi mod penggunaan komputer dalam mengintegrasikan teknologi

    maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran di antaranya adalah

    tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Penggunaan perisian kursus (courseware) melalui

    kaedah pengajaran berbantukan komputer (PBK) juga telah diperkenalkan bagi membantu guru

    dan murid memperkayakan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Melalui program PPSMI

    kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan merekabentuk perisian kursus dan

    mengedarkannya ke sekolah-sekolah. Ini bagi memmbolehkan guru sains dan matematik

    mempersembahkan isi pengajaran dengan lebih berkesan dan membantu guru dan murid

    memperkayakan sumber pengajaran (KPM, 2003). Pengajaran berbantukan komputer (PBK)

    merupakan satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan

    pembelajaran. PBK juga dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI), Computer Based

    Instruction (CBI), Computer Assisted Testing (CAT), Computer Aided Learning (CAL) dan Computer

    Based Learning (CBL) (Baharuddin, Rio dan Manimegalai, 2002). Namun yang demikian menurut

    Zoraini Wati Abas (1993) ada dua cara guru boleh menggunakan komputer dalam pengajaran

    Iaitu pertama Pengajaran Berintegrasikan Komputer (PBK) yang melibatkan penggunaan

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    3/13

    komputer untuk mencapai objektif pengajaran. Ini kerana pendekatan pengajaran tersebut

    dilakukan secara pengajaran terus (direct instruction) iaitu guru menyampaikan maklumat

    kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran. Kedua, Pengajaran Berbantukan Komputer

    (PBK) yang melibatkan penggunaan komputer bagi mencapai objektif pembelajaran namun

    dalam kaedah ini komputer digunakan oleh murid dan dikawal oleh mereka berdasarkan

    beberapa mod pembelajaran yang dipersembahkan komputer seperti tutorial, penerokaan atau

    aplikasi.

    1.2 Pernyataan Masalah

    Ramai guru menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran seperti

    penggunaan perisian kursus PPSMI kurang memberi kesan kepada pengusaan murid dalam

    matapelajaran sains. Ini memberikan gambaran negatif kepada guru bahawa penggunaan

    komputer dalam bilik darjah tidak membawa natijah yang diharapkan khususnya apabila murid

    berhadapan dengan kertas ujian. PBK telah lama diperkenalkan di dalam senario pendidikan di

    Malaysia dan ia telah membawa perubahan dalam iklim pengajaran di sekolah. Pembelajaran

    berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap pencapaian

    akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya

    memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang

    bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    4/13

    multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer (Mohd Aris,

    2007).

    Pembelajaran sains memerlukan penumpuan terutama kepada pemerhatian kepada

    sesuatu yang menjadi sebab dan akibat, justifikasi, meramal sesuatu dan mengaplikasi. Justeru,

    murid yang lemah tumpuannya dalam pembelajaran didapati agak sukar mengusai kemahiran

    proses sains walaupun mereka telah didedahkan dengan beberapa siri ekperimen di dalam

    makmal sains. Persoalan adakah kaedah PBK dapat membantu murid memahami konsep asas

    sains dan membantu mereka mahir dalam beberapa kemahiran asas sains yang dapat digunakan

    bagi menjawab soalan peperikasaan khususnya pada bahagian B. Kajian ini bertujuan

    menganalisa keberkesanan kaedah PBK terhadap pengusaan kemahiran proses sains murid dan

    menerangkan pendekatan yang sesuai bagi meningkatkan penguasaan murid dalam subjek sains.

    1.3 Objektif kajian

    Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah PBK terhadap

    tahap penguasaan kemahiran proses sains dalam kalangan murid tahun 4. Disamping itu kajian

    juga turut mahu mengenal pasti apakah pendekatan yang paling berkesan dalam kaedah PBK

    yang boleh meningkatkan kemahiran proses sains. Disamping itu mahu mengenal pasti apakah

    faktor yang menyebabkan murid sukar menguasai kemahiran proses sains melalui kaedah

    pengajaran chalk and talk yang selalu di amalkan oleh guru di sekolah.

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    5/13

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    6/13

    1.6 Batasan Kajian

    Kajian ini hanya terhad ke atas murid tahun 4 iaitu seramai 64 orang murid di sekolah

    yang telah di kenal pasti. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini juga hanya terhad

    mengambarkan situasi dan senario sekolah dan murid yang dipilih. Disamping itu juga, kajian ini

    terhad kepada kaedah serta metodologi yang telah dipilih yang memungkinkan dapatan atau

    hasil kajian yang akan diperolehi.

    1.7 Definisi Istilah

    1.7.1 Kaedah PBK

    Bermaksud suatu proses pembelajaran berasaskan komputer di mana komputer

    digunakan sebagai alat untuk mendapatkan hasil pembelajaran. Komputer dalam kaedah ini

    digunakan oleh murid dengan mengikuti beberapa mod asas pembelajaran berasaskan komputer.

    1.7.2 Kemahiran Proses Sains

    Bermaksud beberapa jenis kemahiran asas dalam proses sains yang digunakan dalam

    ilmu sains seperti memerhati, membuat kesimpulan, objektif dan lain-lain.

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    7/13

    BAB 2

    TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan

    Bab ini akan menerangkan serta mengupas beberapa teori berkaitan kajian yang

    mempunyai hubungkait dengan masalah yang hendak dikaji. Disamping itu, akan menganalisa

    beberapa kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian. Dalam bab ini juga beberapa

    rumusan dankesimpulan akan dikemukakan di akhir perbincangan.

    2.2 PBK dalam pengajaran dan pembelajaran

    PBK bermaksud membawa masuk komputer ke dalam pengajaran bagi membantu guru

    mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah sebahagian daripada cara bagaimana

    teknologi diintegrasikan dalam proses pengajaran di sekolah. Pengintegrasian teknologi

    bermaksud menggunakan teknologi sebagai alat dalam pengajaran untuk mencapai objektif

    pengajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Teknologi pula merujuk kepada bukan

    sahaja alat yang dinamakan komputer, malah ia merupakan kaedah eletronik dan peralatan yang

    digunakan untuk membantu pengajaran (Cradler, J., & Bridgforth, E., 1996). Fulan (2001)

    pernah menyatakan kegunaan komputer sebagai alat dalam pengajaran sebagai berikut. The

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    8/13

    computer can act as an educational learning aid ....The teacher teaches by directing what and

    how the students learn by deliberately selecting appropriate software or other resources

    according to certain intentions.

    Berpandukan kepada kenyatan tersebut, terdapat beberapa peranan komputer dalam

    pengajaran dan pembelajaran iaitu seperti yang dinyatakan Wentsworth & Earle (2005) iaitu

    pengajar (Tutor), alat (Tools) dan yang diajar (Tutee). Komputer boleh menjadi pengajar

    apabila ia telah mengambil alih sebahagian tugas seseorang guru menyampaikan isi pengajaran

    sama seperti kaedah syarahan yang dipersembahkan guru. Di samping itu, komputer juga boleh

    menjalankan tugas sebagai alat pengajaran (Tool) yang digunakan oleh guru bagi

    menyampaikan pengajaran seperti tayangan video, persembahan pengajaran dan lain-lain. Ketiga

    komputer juga boleh diprogramkan di ajar bagi menyelesaikan sesuatu pekerjaan manusia.

    Penggunaan kaedah PBK mengadaptasi pendekatan konstruktif dalam menghasilkan

    natijah pembelajaran iaitu murid disuruh membina pengetahuan sendiri di atas pengalaman sedia

    ada. Pendekatan konstruktif ini percaya bahawa pengetahuan itu dibina sendiri oleh seseorang

    melalui beberapa pengalaman yang telah dilalui. Dalam kaedah PBK biasanya murid-murid

    disuruh melakukan tugas mereka dengan menggunakan komputer melalui beberapa cara seperti

    mendengar dan menonton persembahan dari tutorial, menjawab soalan dan membuat simulasi

    dan bermain. Dalam model pengajaran dan pembelajaran kontstruktif ini, ia mempunyai ciri-ciri

    seperti guru berfungsi sebagai fasilitator, kerja projek dan pembelajaran berlaku secara aktif dan

    kolaboratif (Roblyer, 2005). Penggunaan komputer dalam model pembelajaran ini menekankan

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    9/13

    konsep pembelajaran arah kendiri seperti mengakses maklumat dan komputer digunakan oleh

    murid bagi mempersembahkan hasil kerja.

    Terdapat juga model PBK yang mengadaptasikan pendekatan teori tingkah laku atau

    disebut behaviourist. Pendekatan ini juga bertujuan mencapai objektif pembelajaran yang

    dikehendaki dengan kaedah tradisonal atau disebut pengajaran secara lansung. Perisian atau PBK

    jenis ini mementingkan pemindahan maklumat kerana pada asasnya murid tidak disuruh

    membina sendiri pengetahuan sehingalah mereka diberitahu. Terdapat beberapa cara

    pembeajaran PBK dalam pendekatan ini iaitu kaedah tutorial dan latih tubi. Dalam kaedah latih

    tubi misalnya murid akan diberikan sebanyak maklumat kemudia di akhir pembelajaran akan

    disediakan beberapa soalan untuk kefahaman dan pengukuhan. Model pengajaran PBK seperti

    ini merujuk kepada model pengajaran yang direka bentuk Gagne & Briggs (1979) yang dibina

    berasaskan perubahan dalam peningkatan tingkah laku (behavioral performance change).

    2.2 Literatur berkaitan

    Salah satu daripada kaedah PBK dalam pengajaran adalah penggunaan simulasi dalam

    tajuk pembelajaran tertentu. Melalui komputer suatu gambaran tentang peristiwa dan gambaran

    yang realiti dapat dijelmakan dalam bentuk simulasi pada paparan komputer (PPK, 2005).

    Menurut Geisert & Futrell (2006) pengajaran bersimulasi membolehkan realiti visual di bawa

    ke dalam kelas dan membolehkan murid belajar lebih dari keadaan yang sebenar jika simulasi itu

    benar-benar baik. Ini kerana simulasi mempunyai cirri-ciri keseronokan belajar, keserupaan

    dengan reality dan kurang ketakutan dan kebimbangan (Maddux, dalam Geisert & Futrell,

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    10/13

    2006). Menurut Bitter & Pierson (2005) antara kaedah yang berkesan dalam meningkatkan

    pencapaian pelajar dalam sains adalah kaedah simulasi dan tutorial. Ini kerana kaedah ini

    biasanya direka oleh guru yang merekabentuk satu-satu perisian dengan mengambil kira objektif

    dan matlamat pembelajaran yang sesuai. Namun begitu kaedah ini dikatakan berkesan apabila

    pelajar tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang apa yang dipelajari sebelum

    kaedah simulasi (Akban, dalam Bitter & Pierson 2005).

    Kajian terhadap keberkesanan kaedah PBK dalam pengajaran telah lama menjadi fokus

    perbincangan oleh para pengkaji semenjak PBK diperkenalkan di Malaysia. Terdapat banyak

    kajian di Malaysia yang menumpukan PBK sebagai subjek kajian menganalisa kaedah PBK ini

    secara spesifik dan berfokus kepada tajuk-tajuk kecil dalam kaedah PBK. Ini kerana kaedah PBK

    mempunyai tafsiran dan pengertian yang luas yang terdiri daripada beberapa mod pembelajaran.

    Kajian Shaharuddin Mat Salleh & Tuck (2003) medapati PBK mendatangkan hasil yang

    positif terhadap minat dan kecenderungan murid untuk belajar matematik tajuk trigonometri.

    Menurut kajian tersebut juga terdapat perbezaan signifikan antara markah yang diperolehi oleh

    murid yang di kaji dalam pasca ujian setelah mendapat pengukuhan dalam PBK. Kajian juga

    mendapati PBK yang dihasilkan KPM bertajuk trigonometri mempunyai cirri-ciri rekabentuk

    PBK yang berkesan. Berdasarkan kajian tersebut juga dapat dirumuskan bahawa keberkesanan

    PBK juga bergantung kepada rekabentuk program itu dibuat.

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    11/13

    Sebuah lagi kajian yang dilakukan Mohd Aris Othman (2007) mendapati PBK juga

    mendatangkan impak positif terhadap penguasaan murid dalam matapelajaran geografi. Daripada

    hasil kajian tersebut didapati murid yang lemah dalam tajuk-tajuk tertentu telah dapat menguasai

    matapelajaran tersebut setelah menghadiri beberapa siri PBK. Menurut beliau Pencapaianakademik kumpulan eksperimen jelas menunjukkan prestasi akademik yang lebih tinggi

    berbanding dengan kumpulan kawalan.

    BAB 3

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Reka Bentuk Kajian

    Kajian yang akan dilakukan ini adalah berbentuk kajian ekperimen (Kuasi-Eksperimen)

    .Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan untuk menggantikan reka berbentuk eksperimen tulin

    apabila dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat

    dilakukan oleh penyelidik (Chua, 2006). Tambahan lagi, kajian ini dilakukan ke atas individu

    yang sentiasa terdedah dengan ralat-ralat dari luar misalnya perbezaan jantina, umur, latar

    belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran dan sebagainya.

    Kesemua faktor berkenaan boleh mempengaruhi hasil eksperimen. Dalam perkataan lain,

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    12/13

    penyelidik kurang yakin sama ada perubahan pada responden kumpulan rawatan pada akhir

    eksperimen adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan kepadanya atau faktor-faktor luaran

    yang lain.

    3.2 Hipotesis Kajian

    H1: Terdapat perbezaan signifikan antara markah ujian pra ujian dengan markah pasca ujian ke

    atas kumpulan murid kawalan dan rawatan

    H2: Terdapat perbezaan signifikan antara markah pasca ujian kumpulan murid lemah dan

    cemerlang dalam kumpulan rawatan dengan markah pra ujian.

    3.3 Populasi dan persampelan

    Terdapat seramai 64 orang murid yang terlibat dalam kajian ini. Kesemua mereka adalah

    terlibat dalam sampel kajian ini. Ini kerana hanya terdapat dua kelas sahaja di sekolah yang

    dikaji.

    3.4 Kaedah Persampelan

    Pengkaji telah memilih persampelan secara rawak mudah dalam kajian ini. Ini kerana

    persampelan jenis ini mudah dilakukan dan diurus. Di dalam persampelan rawak setiap unit di dalam

    populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Persampelan rawak

    menunjukkan peluang yang sama untuk memasuki proses pemilihan.

  • 7/27/2019 56113989 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer

    13/13

    Dalam persampelan ini murid akan dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan

    murid lemah (KML) dan kumpulan murid menguasai (KMM). Pembahagian kumpulan ini bagi

    memudahkan analisa dibuat kelak. Setiap orang murid dari setiap kumpulan akan diberi nombor

    dan dipilih secara rawak. Setelah itu mereka akan dikumpulkan dalam dua kumpulan kajian iaitu

    kumpulan rawatan (KR) dan kumpulan bukan kawalan (KBK). Kemudian Murid dalam KR akan

    menjalani sesi rawatan (PBK) dan kumpulan bukan kawalan (KBK) akan menjalani proses

    pembelajaran biasa.

    3.5 Instrumen Kajian

    Terdapat tiga bentuk instrumen kajian yang akan digunakan dalam kajian ini

    a) Pra-ujian: Mengandungi soalan-soalan berkaitan kemahiran proses sainsb) Pasca ujian : Mengandungi soalan berkaitan tajuk yang telah dipelajaric) Borang kaji selidik : Mengandungi soalan soal selidik bagi menganalisa

    pendapat dan pandangan murid tentang PBK