document5

7
5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN 5.1. Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam berkaitan dengan masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut. Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid- murid di dalam kelas 4 Cerdas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul. Murid juga tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna Ujian pra ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 ) Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan diuji. Ujian ini mengandungi 24 perkataan kvkv bergambar yang perlu dilengkapkan oleh murid . Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang daripada 15 perkataan adalah terlibat dalam kajian ini. Perkataan yang diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti ,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa ) Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan murid berdasarkan gambar. KEPUTUSAN UJIAN PRA. Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang demikian, saya telah membina bahan-bahan latihan secara interaktif dalam bentuk powerpoint bagi mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv

Upload: zaza9111

Post on 24-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

thesis

TRANSCRIPT

Page 1: Document5

5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1.       Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam berkaitan dengan masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.

Pemerhatian

          Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid di dalam kelas 4 Cerdas semasa proses  pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan              tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul. Murid juga               tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna Ujian pra  ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 )

          Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk          mengesan  penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan          diuji. Ujian ini mengandungi  24 perkataan kvkv bergambar  yang perlu          dilengkapkan oleh murid . Murid yang tidak dapat  melengkapkan kurang daripada 15 perkataan adalah terlibat dalam kajian ini.

Perkataan yang diuji   (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa  )

Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan murid berdasarkan gambar.  

         KEPUTUSAN UJIAN PRA.

Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan  dalam jadual 1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang demikian, saya telah membina bahan-bahan latihan secara interaktif dalam bentuk powerpoint bagi mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv

Page 2: Document5

bagi membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki  dengan lebih baik.

Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah

Kaedah IT Bestari    Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan perkataan kvkv ini, saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu murid murid menggunakan bahan latihan powerpoint yang telah saya bina khas untuk murid-murid pemulihan yang terlibat.

Aktiviti yang dijalankan  Empat aktiviti yang dijalankan iaitu

a)    Nyanyi lagu sukukata dan perkataanb)    Eja dan sebut perkataanc)    Latihan interaktif sukukata perkataan kvkvd)    Latihan melengkapkan perkataan interaktif.

Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata  dan perkataan.Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010

     Cara pelaksanaan

Guru memaparkan senikata lagu . Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut. Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru. Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan muzik Guru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan berdasarkan lagu suku kata yang diberi. Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk menyanyikan lagu tersebut.

 

Aktiviti 1

CONTOH LAGU SUKUKATA

ba   ba  ba  babe   be   be  bebi   bi   bi  

Page 3: Document5

bi   bi   bibe   be   be   be   be  bebu   bu   bu   bu   bu   bubo   bo   bobo   bo   bo

Tambahkan perkataan dibelakang bersama gambar

ba     ba     ba ju

be     be     be sibi     bi      bi ru

bi     bi      bi ri

be    be    be    be      be  ca

bu    bu    bu    bu       bu   ku

bo     bo   la

bo     bo    la

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan

perkataan lain

Refleksi dari aktiviti 1

Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok

menyanyikan lagu sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak dapat

menarik minat mereka untuk menyebut sukukata dan perkataan.

Mereka juga dapat mengingat sukukata dan perkataan yang disebut.

Penggunaan gambar perkataan dihujung lagu juga sedikit sebanyak

dapat membantu murid mengingat perkataan kvkv yang

Page 4: Document5

digunakan. Pengukuhan dengan perkataan kvkv lain beserta dengan

gambar dapat menambahkan lagi perkataan yang boleh diingati murid.

  Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan Tarikh  :  14 April hingga 17 April 2010

      Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk mengeja dan membunyikan sukukata serta menyebut perkataan kvkv yang disediakan.

Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja dan menyebut sukuta akan kedengaran dan murid perlu mengikuti suara sukukata  dan perkataan tersebut

Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan

Refleksi dari aktiviti 2

Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut

perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya

sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara

menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan.  Murid

dapat menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan murid mengeja dan

menyebut dengan betul

Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan perkataan, isi                 huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina guru                 

Cara Pelaksanaan:

Murid menggunakan  bahan latihan interaktif powerpoint padan perkataan, mengisi  sukukata  awal dan akhir ,mengisi huruf tertinggal perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.

Gambar tidak dapat disertakan 

Refleksi dari aktiviti 3

Page 5: Document5

Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus

menggunakan latihan powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat

menjalankan aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir perkataan,

padan perkataan dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini sedikit sebanyak

membolehkan murid menguasai kemahiran menggunakan komputer dan dengan

menggunakan hyperlink dalam powerpoint ini semakin menarik minat untuk murid

terus belajar. Saya juga sangat teruja dengan perubahan sikap murid yang telah

berminat untuk mengulangi latihan-latihan yang telah saya sediakan itu.

Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan perkataan kvkv                  dengan betul.Tarikh     :  4 Mei hinga 8 Mei 2010

      Cara Pelaksanaan:

         Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi.

         Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui nombor soalan yang diberi.

 Gambar tidak dapat disediakan

Refleksi dari aktiviti 4

Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan

perkataan berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan

perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv.

Disamping itu mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan latihan

perpandukan komputer dan mereka dapat belajar menggunakan papan kekunci dan

tetikus yang ada pada komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka bukan

sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS

1.  Ujian pos  ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 )

          Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk          Mengesan sejauh mana  keberkesanan aktiviti yang dijalankan          dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang          diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan 24    perkataan  kvkv yang  diberikan.

Page 6: Document5

Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang daripada 20 perkataan adalah gagal dalam kajian ini.

Perkataan yang diuji    (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa  )

Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan perkataan murid berdasarkan gambar.

Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan  dalam jadual 2 diatas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya melengkapkan perkataan kvkv dan melepasi had yang ditetapkan

Page 7: Document5

Penilaian dan refleksi

Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya

dapati bahawa Program IT Bestari yang saya bina menggunakan

program perisian powerpoint khusus untuk murid pemulihan ini

merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat

murid  pemulihan khas untuk menguasai kemahiran mengeja, menyebut

dan melengkapkan perkataan kvkv.

            Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan  perkembangan murid

pemulihan dalam mengenal perkataan kvkv dengan mudah. Mereka

telah dapat melengkapkan perkataan kvkv dengan baik berdasarkan

gambar ataupun secara lisan.

            Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan

membina bahan-bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas

mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan yang lain pula. Saya

juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak

sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga

kewangan bagi membolehkan saya membina banyak lagi bahan-bahan

seperti ini.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

            Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk

menjalankan kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran

asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkvk.

            Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif

menggunakan aplikasi powerpoint yang telah saya pelajari sebaik

mungkin....Insyaallah..