54268555-rukun-negara

58
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia . Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. SEJAUHMANA KITA MENGAMALKANNYA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak : mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya memelihara satu cara hidup demokratik mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN Bagi setiap rakyat Malaysia, pastinya pernah melafazkan Rukun Negara sewaktu berada di sekolah satu ketika dahulu dan bagi mereka yang masih bersekolah, pastinya rutin itu masih diteruskan sehingga sekarang. Doktrin itu telah pun disemai sejak alam persekolahan lagi, namun sejauh mana doktrin itu telah meresap dalam tubuh kita dan mengalir bersama darah dalam tubuh kita?

Upload: channie-mei-zhen

Post on 01-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

RUKUN-NEGARA

TRANSCRIPT

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.SEJAUHMANA KITA MENGAMALKANNYABAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak : mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya memelihara satu cara hidup demokratik mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAANBagi setiap rakyat Malaysia, pastinya pernah melafazkan Rukun Negara sewaktu berada di sekolah satu ketika dahulu dan bagi mereka yang masih bersekolah, pastinya rutin itu masih diteruskan sehingga sekarang. Doktrin itu telah pun disemai sejak alam persekolahan lagi, namun sejauh mana doktrin itu telah meresap dalam tubuh kita dan mengalir bersama darah dalam tubuh kita?

Mungkin hanya sekadar lafaz tetapi tidak memahami isi yang selalu kita baca sejak dulu lagi. Di manakah silapnya? Adakah kita mengetahui akan sejarah mengapa Rukun Negara diwujudkan ? Saya sendiri tidak tahu tetapi setelah melakukan beberapa kajian di internet, barulah saya faham. Persoalannya, adakah kita mahu belajar dari sejarah untuk melangkah ke hadapan?

Prinsip Rukun Negara dihasilkan setelah melihat pepecahan yang berlaku angkara tragedi 13 Mei 1969. Tragedi hitam itu turut melanda beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Kita harus melihat sejarah walau sepahit mana pun sejarah itu sebagai penawar untuk langkah-langkah kita yang akan datang.

Oleh itu dengan terhasilnya Rukun Negara yang lahir hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak selepas tragedi itu bertujuan untuk menyatukan semua kaum di bawah satu ideologi kenegaraan yang sama dan bersepadu. Rukun Negara harus menjadi panduan kepada setiap rakyat negara ini dan perlu diteruskan bagi melahirkan rakyat yang berkualiti dan bersatu dalam satu kesepaduan.

Kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni perlu ditekankan agar setiap rakyat tidak bertindak mengikut prinsip tertentu atas dasar politik, agama mahu pun bangsa. Kehidupan tidak harmoni yang telah diterapkan semasa penjajahan British dan Jepun telah memberikan kesan yang cukup mendalam pada negara kecil ini. Dasar pecah dan perintah telah merosakkan usaha untuk mengharmonikan rakyat Malaysia. Justeru, rakyat perlu kembali disedarkan bahawa wujudnya nilai-nilai yang menyeluruh ke arah perpaduan dan persefahaman kaum.

Maka Rukun Negara digariskan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam melahirkan rakyat yang hidup aman dan damai walaupun berbeza bangsa dan agama. Masyarakat yang demokratik yang meletakkan kuasa di tangan rakyat dalam menentukan kerajaan menerusi pilihanraya yang bebas. Masyarakat yang adil dalam pengagihan kekayaan dan kemakmuran negara. Masyarakat yang progesif dalam mewujudkan warganegara yang berbudaya ilmu demi mewujudkan rakyat yang cukup pengetahuan untuk membangunkan negara. Masyarakat yang liberal yang diberikan kebebasan mengamalkan budaya kaum serta memelihara budaya kebangsaan.

Demi mengikat dan membina perasaan dan semangat cintakan negara di kalangan rakyat, Rukun Negara diisytiharkan secara rasminya oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970. Usaha itu diteruskan untuk kekal sebagai panduan kepada rakyat di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung.

Saya cuba untuk melihat kembali lima prinsip dalam Rukun Negara sebelum melihat situasi negara yang berlaku kini atau mungkin mengimbas kembali sejarah-sejarah yang pernah berlaku di negara ini apabila prinsip tersebut tidak dihayati.

Saya mengambil contoh blog adukataruna yang kini sedang hangat diperkatakan ramai. Perbuatan blogger tersebut yang menghina Almarhum Sultan Johor jelas melanggar lima prinsip Rukun Negara yang mana saya pasti blogger tersebut di zaman persekolahannya pernah melafazkannya.

Kepercayaan kepada Tuhan : Harus kita percaya, kurangnya atau ketiadaan kepercayaan pada agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan juga negara. Kerendahan peribadi tanpa asas kepercayaan agama yang kukuh antara menyebab berlakunya kes sedemikian. Tetapi malangnya, kes sedemikian masih lagi berlaku di negara ini.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara : Melihatkan kenyataan yang dilontarkan oleh blogger tersebut ternyata prinsip kedua ini tidak diendahkan. Bagi seorang rakyat, mereka harus menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada SPB Yang Di Pertuan Agong dan Sultan yang memerintah.

Keluhuran Perlembagaan : Nampaknya blogger tersebut sebagai seorang rakyat Malaysia gagal untuk menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan Negara sebagai asas dan sumber perundangan yang tertinggi.

Kedaulatan Undang-Undang : Kita perlu sedar, tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat di negara ini tidak akan aman dan stabil. Undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat untuk berasa selamat di negaranya sendiri. Apa yang telah dilakukan oleh blogger tersebut jelas melanggar undang-undang.

Kesopanan dan Kesusilaan : Di mana letaknya personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat apabila sanggup menghina seorang Sultan ? Asas ini amat penting dalam membentuk seorang warganegara yang bersopan santun dan bersusila baik sesama manusia walau tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama.

Menilai kembali lima asas Rukun Negara, apakah kita sebagai rakyat Malaysia telah dan masih mengamalkan apa yang telah digariskan?

Definisi Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.

Wawasan 2020 Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-benarmaju,mampu berdikari, progresifdan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.egaTERAS STRATEGIK PIPP Membina Negara BangsaMembina Negara Bangsa Teras pertama iaitu Membina Negara Bangsa menjadi fokus utama bagi tujuan perpaduan kaum dan merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020. KPM berhasrat pembinaan Negara Bangsa melalui pendidikan akan membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Teras Ketiga iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. Hasrat murni kerajaan itu dapat dicapai sepenuhnya melalui: Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti. Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai- bagai bangsa dan latar belakang Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu Isu dan Cabaran Perpaduan KaumMasyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan SekolahPelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan di peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan sekolah. Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip- prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan. Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri- Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah. Semua warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

TEKS PIDATO (BACAAN MENGIKUT BARIS) Rukun Negara Membentuk Jati Diri Kejadian 13 Mei yang mengegarkan negara, Menyebabkan goyahnya perpaduan negara, Lantas diperkenalkan Rukun Negara Mari kita telusuri kekuatan Rukun Negara. Terima kasih pengerusi majlis, Barisan panel hakim yang arif, Def-def terhormat, Datuk-datuk, Datin-datin, Serta warga dewan sekalian, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rukun Negara Membentuk Jati Diri Begitulah bunyi tajuk pidato saya hari ini, Saudara dan saudari. Secara tuntasnya atau definisi seluruhnya, Pidato yang akan saya dendangkan, Akan membuktikan, Bahawa Keperibadian Seseorang insan

Akan terbentuk,Dengan penghayatan dan amalan, Atas Rukun negara yang diperkenalkan. Warga dewan kebangaan negara, Tak beralihkan rupa berentakan irama, Hujah saya yang pertama, Kepercayaan kepada tuhan. Semua agama menyeru umatnya, Melakukan kebaikan sesama manusia. Ini akan melahirkan sikap tolenrasi, Yang amat tinggi, Yang juga merupakan satu ciri, Jati diri. Kerajaan Malaysia, telah mengadakan, Pelbagai program keagamaan, Bagi membentuk jati diri insan, Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, Bukannya Malang,Melayang dan Temberang. Kepercayaan kepada tuhan yang esa, Akan menyedarkan umatnya, Bahawa setiap perlakuan ada batasnya, Kerana ada hukuman dan balasannya

Sidang dewan sekalian, Kerana itulah negara kita banyak mengadakan, Acara keagaamaan dan perayaan, Kita ada Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Dan kita juga ada kongsi raya. Mengapa semua ini diadakan? Kerana kita percaya, Perayaan keagamaan ini, Dapat membentuk kerjasama sejati, Perpaduan murni, Bagi membentuk Jati Diri, Rakyat negara ini. Jelas! Prinsip rukun negara yang diperkenalkan, Iaitu kepercayaan kepada tuhan, Dapat membentuk jati diri mampanSidang dewan yang budiman, Hujah saya yang kedua di bawah naungan kata, Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Raja adalah pemerintah negara yang tertinggi, Kaitan kedua-duanya sangat rapat sekali, Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki, Untuk mentaati Raja dan Negara. Apakah buktinya kesetiaan itu? Adakah dengan menyatakan di bibir sahaja? Tepuk dada tanya selera. Setiap negeri, Mempunyai lagunya sendiri, Yang senikatanya memuji dan menghargai, Raja dan negeri. Kerana itulah lagu negeri, Wajib dinyanyikan setiap minggu sekali, Bagi menanam semangat jadi diri, Terhadap raja dan negeri serta negara. Sebagai tanda setia rakyat kepada pemerintahnya Masih ingatkah lagi, ketika lagu Negaraku, Dipermain-mainkan oleh penuntut hantu, Rakyat Malaysia bangun bersatu, Menentang pengkhianat itu

Sidang dewan yang budiman, Hujah saya yang kedua di bawah naungan kata, Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Raja adalah pemerintah negara yang tertinggi, Kaitan kedua-duanya sangat rapat sekali, Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki, Untuk mentaati Raja dan Negara. Apakah buktinya kesetiaan itu? Adakah dengan menyatakan di bibir sahaja? Tepuk dada tanya selera. Setiap negeri, Mempunyai lagunya sendiri, Yang senikatanya memuji dan menghargai, Raja dan negeri. Kerana itulah lagu negeri, Wajib dinyanyikan setiap minggu sekali, Bagi menanam semangat jadi diri, Terhadap raja dan negeri serta negara. Sebagai tanda setia rakyat kepada pemerintahnya Masih ingatkah lagi, ketika lagu Negaraku, Dipermain-mainkan oleh penuntut hantu, Rakyat Malaysia bangun bersatu, Menentang pengkhianat itu

Tindakan itu membuktikan kepada semua, Kesetiaan rakyat yang dipelihara, Dapat membentuk jati diri warga, Iaitu kesetiaan kepada raja dan negara. Tidak dapat disangkal lagi, Bahawa Prinsip rukun negara, Iaitu kesetiaan kepada raja dan negara, Dapat membentuk jati diri berwibawa. Saudari dan saudara, Tidak lama lagi Hari Raya, Hujah saya yang ketiga, Keluruhan perlembagaan dan Kedaulatan undang-undang Negara kita yang berdaulat ini, Mempunyai perlembagaannya sendiri, Dan undang-undang yang mantap serta tepat, Mampu menjadi aspirasi negara yang hebat, Bagi melahirkan masyarakat yang seimbang, Dan mempunyai jati diri cemerlang. Uniknya perlembagaan di Malaysia, Ialah mempunyai cara yang istimewa, Dan sentiasa menjadi panduan bagi pemimpin, Dan menjadi landasan bagi rakyat yang dipimpi

Perlembagaan dan Undang-undang inilah, Sentiasa dipelihara sebagai wadah, Untuk memastikan jati diri akan terserlah, Dan masyarakat Malaysia akan lahirlah, Kepercayaan dan keyakinan yang tidak bercapah, Antara kaum-kaum agar tidak berpecah, Ibarat kata pepatah, Telur serangkak pecah sebiji pecah semua, Bukannya pecah sebiji pecah sendiri. Kerana itulah perlembagaan dan undang-undag negara, Mesti dipelihara dan diawasi setiap masa, Mengikut keadaan dan perkembangan dunia, Kerana ia menjadi asas bagi warga, Untuk hidup dalam satu kawasan bersama-sama, Dan melahirkan jati diri bertolenrasi. Hadirin dan hadirat Semoga sentiasa sihat Hujah saya yang keempat Kesopanan dan kesusilaan Kesopanan dan kesusilaan adalah perlakuan budi, Yang begitu tinggi dan haruslah diikuti, Oleh masyarakat di negara ini

Kesopanan dan kesusilaan Dapat melahirkan Jiwa rakyat yang mementingkan, Amalan budi dalam kehidupan seharian. Amalan budi ini juga dapat memperkuatkan Jati diri insan Walaupun hidup dalam kemodenan Kerana moden sahaja tidak bererti Jika budi pekerti mati. Kerana itulah kerajaan Begitu hebat mengadakan Pelbagai kempen Kesopanan dan kesusilaan Seperti Kempen Budi Bahasa dan Hidup Berjiran Kepada rakyat tempatan Agar menjadi pegangan Dan amalan dalam kehidupan Dan akhirnya terbentuklah jati diri mampan. Pandangan pelancong asing adalah buktinya, Mereka menyatakan rakyat Malaysia, Begitu berbudi pekerti dan mesra. Kajian Penerbangan Malaysia, Tentang tarikan pelancong ke negara kita, Menyatakan 65 peratus adalah kerana rakyatnya, Yang bersopan santun dan berbudi bahasaPenghayatan prinsip rukun negara ini, Adalah bukti, Bahawa jati diri rakyat negara ini, Dapat dibentuk dengan Amalam Rukun Negara. Secara konklusifnya membuktikan, Rukun negara dapat melahirkan, Rakyat yang berjati diri, Dan berbangga dengan negara sendiri, Dan negara mempunyai, Rakyat yang berindentiti,berkualiti dan berjati diri. Akhir kalam, Laksamana SKBTP mohon permisi, Assalamualaikum dan salam sejahtera

MCA mahu pelajar hina lagu Negaraku diambil tindakan

Tidak sampai seminggu. Naib Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek menyampaikan permohonan maaf terbuka Wee Meng Chee yang mencipta klip video mempersendakan lagu Negaraku, beliau menyampaikan pula persetujuan MCA setuju supaya penuntut itu dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, MCA setuju tindakan undang-undang diambil kerana ia selaras dengan prinsip parti berkenaan bahawa perkataan lucah dan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama tidak boleh digunakan semata-mata atas nama kebebasan.

``Kita berharap kerajaan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa yang melanggar prinsip ini dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Peguam Negara untuk menyiasat dengan lebih terperinci mengenai apa tindakan yang seharusnya dikenakan,'' katanya di Petaling Jaya hari Selasa.

Sebelum ini, akhbar-akhbar melaporkan Dr. Chua bagi pihak Meng Chee meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang tersinggung dengan penyiaran lagu yang diberi tajuk `Negarakuku itu.

Meng Chee juga dilaporkan telah mencipta sebuah lagi lagu bertajuk Kawanku/My Friends yang terang-terangan menghina kaum Melayu.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan proses undang-undang terhadap Meng Chee, 24, pelajar tahun akhir jurusan Komunikasi Awam sebuah universiti di Taiwan akan diteruskan walaupun dia sudah meminta maaf secara terbuka.

Dalam pada itu, Soi Lek berkata, beberapa kenyataan pemimpin MCA sebelum ini supaya kes itu diselesaikan setelah Meng Chee meminta maaf tidak harus disalah tafsir bahawa parti itu mempertahankan orang yang menggunakan perkataan lucah serta memperalatkan agama dan kaum.

``Ini tidak benar kerana kita menghormati prinsip saling hormat menghormati dalam sebuah negara majmuk dan kita bersetuju tindakan diambil bukan sahaja terhadap Meng Chee malah kepada sesiapa yang melanggar undang-undang dan menggugat keharmonian antara kaum,'' tegasnya.

Beliau menjelaskan, pihaknya mahu isu itu diselesaikan segera kerana bimbang ia diperalatkan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk parti pembangkang demi kepentingan politik mereka.- 21/8/2007

Bagi aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, tindakan pelajar itu yang menghina lagu Negaraku sangat memalukan dan mengecewakan.

Beliau yang juga Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata sebagai rakyat Malaysia, sesiapapun tidak boleh menyindir atau memalukan negara dalam apa jua keadaan sekalipun.

Menurutnya, lagu Negaraku lambang untuk membuktikan taat setia rakyat kepada negara.

Saya kesal kejadian seperti ini boleh berlaku, malah ketika kita bakal menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Ahmad Ikhmal Ismail, berkata perbuatan pelajar itu yang menyanyi lagu kebangsaan dengan selitan nyanyian rap dalam bahasa Mandarin serta menyindir kerajaan dengan perkataan kasar dan lucah, jelas menunjukkan sikap biadab yang melampau.

Katanya, pelajar itu perlu dikenakan tindakan setimpal mengikut Akta Lagu Kebangsaan supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain lagu Negaraku tidak boleh diperlekehkan.

Sebagai rakyat Malaysia, dia perlu berpegang kepada prinsip Rukun Negara dan mempunyai perasaan sayang pada tempat kelahirannya. Jika sudah tak sayang dengan negara ini, tak perlulah balik lagi.

Serahkan saja kewarganegaraan dan tinggal saja di bumi asing. Sebaik terbaca laporan berita semalam, saya berasa sangat sedih, marah dan kecewa kerana ada yang sanggup hina negara sendiri, katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmad Ikhmal mahu tindakan dikenakan terhadap pelajar itu walaupun dia tidak ada dalam negara sekarang ini.

Sebaik saja dia pulang, tindakan boleh dikenakan terhadapnya. Ini penting bagi memberi amaran pada yang lain supaya tidak bersikap biadab begini.

Penggunaan Internet memang tidak dapat dielakkan tetapi ia perlu diterapkan dengan rasa tanggungjawab. Apa yang dilakukan pelajar ini amat biadab. Bukan saja kita perlu menyiasat latar belakangnya, kita juga perlu menyiasat keluarganya untuk mencari punca mengapa dia bersikap seperti itu, katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia, Amir Hamzah Allapitchay, berkata jika pelajar terbabit dilepaskan begitu saja, ramai lagi golongan biadab tampil menghina negara dengan cara masing-masing.

Orang seperti ini sama seperti pembelot negara. Mereka tidak ada perasaan sayang pada negara sendiri dan tak layak menjadi warga bumi bertuah ini. Apa yang lebih menyakitkan hati, pelajar itu boleh pula menulis dengan sinis dalam laman web itu meminta dia tidak disaman, katanya.

Muka depan akhbar ini semalam menyiarkan perbuatan seorang pelajar jurusan Komunikasi Massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, yang dikenali sebagai Namewee menyanyikan lagu Negaraku mengikut caranya sendiri dengan menyelit nyanyian rap dalam bahasa Mandarin.

Nyanyiannya boleh dilihat dalam video klip selama lima minit 32 saat di sebuah laman web, You Tube sejak pertengahan bulan lalu.

Selain memberi nama baru kepada lagu kebangsaan iaitu Negarakuku, dia yang berusia 24 tahun menyentuh sensitiviti umat Islam dengan memperlekeh ibadat mereka dan sikap orang Melayu.

Dia turut menyindir anggota polis dengan mengamalkan rasuah serta merendahkan imej kakitangan kerajaan kerana didakwa lembap menangani urusan pelanggan.

Klip video itu memaparkan Namewee menyanyikan lagu berkenaan di sebuah bilik yang berlatarbelakangkan bendera Malaysia dengan diselang-seli imej masjid, umat Islam beribadat, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.

Beberapa imej yang dipercayai dicedok daripada iklan Tourism Malaysia sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2007 turut dipaparkan.

Pada akhir klip video berkenaan pula dipaparkan ayat yang berbunyi Jangan sue saye, saye takde duit (Jangan saman saya, saya tak ada wang).

Hattan didakwa hina lagu NegarakuKUALA LUMPUR 3 Okt. - Dewan Rakyat hari ini gamat apabila seorang penyokong kerajaan menyanyikan sebanyak dua kali baris akhir lagu Negaraku bagi menunjukkan kesalahan penyanyi Hattan yang didakwanya menyampaikan lagu kebangsaan tidak mengikut versi sebenar semasa perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu.Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, penyanyi itu perlu dikenakan tindakan kerana perbuatan tersebut boleh dianggap satu penghinaan kepada lagu kebangsaan selain ia dipersembahkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.``Versi yang salah lagu Negaraku itu dinyanyikan di hadapan 100,000 penyokong di stadium (Nasional Bukit Jalil) dan jutaan lagi rakyat Malaysia yang menonton secara langsung di televisyen.``Saya rasa tersinggung apabila mendengarnya. Penyanyi itu patut dihukum, dia patut dihumban ke laut,'' katanya ketika sesi soal jawab hari ini. Kepada soalan tersebut, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya penyanyi itu mengubah versi asalnya dengan tujuan untuk menghina lagu kebangsaan.Beliau berkata, ini kerana penyampaian lagu Negaraku perlu menepati versi rasmi dan sebarang unsur menghina dan mempermainkan lagu tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Lagu Kebangsaan.``Isu penyanyi Hattan mempersembahkan lagu Negaraku tidak mengikut versi rasmi di hadapan Yang di-Pertuan Agong serta ribuan penonton perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu lalu, pihak kementerian akan meneliti dan menyiasat teguran itu sebelum sebarang tindakan diputuskan.``Kementerian juga akan berbincang dengan Kementerian Penerangan mengenai hal berkenaan. Sekiranya didapati benar penyanyi berkenaan mempunyai niat tertentu maka tindakan akan diambil,'' katanya.

Bendera Malaysia dibakar, diludah dalam demonstrasi di Jakarta

2010/08/26JAKARTA: Penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.

Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak "ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos lalu.Ketika emosi memuncak, penunjuk perasaan bergaduh dengan pasukan Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan kedutaan. Mereka membaling batu dan selipar ke arah polis. Seorang daripada mereka ditahan polis kerana membaling sebatang buluh, yang sebelum itu digunakan untuk mengibarkan bendera Indonesia, ke arah pasukan keselamatan.

Insiden pada 13 Ogos itu membabitkan penahanan tiga pegawai penguatkuasa laut Indonesia oleh Polis Marin Malaysia ekoran penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana didakwa meneroboh.

Malaysia mempertahankan bahawa nelayan tersebut berada di perairan sendiri apabila ditahan oleh pihak penguatkuasa Indonesia itu. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos.

Kumpulan penunjuk perasaan hari ini menuntut Malaysia memohon maaf serta meminta kerajaan Indonesia memanggil balik Duta Besar Indonesia di Malaysia. Keadaan reda apabila anggota kumpulan yang beremosi dapat ditenangkan oleh beberapa orang pemimpin kumpulan berkenaan.

Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil antara 20 dan 40 orang sahaja namun ia tetap ganas sehingga ada yang bertindak merosakkan plak nama Kedutaan Besar itu, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di atasnya.

Kerosakan pada harta benda kedutaan besar itu telah dilakukan oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Laskar Merah Putih.

Penghinaan paling buruk dilakukan terhadap Malaysia ialah perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada Isnin lalu. - BERNAMA

25 JAN 2010Hina raja Melayu: Laporan polis dibuatJOHOR BAHRU 24 Jan. - Pemuda UMNO Johor hari ini membuat laporan polis terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina institusi raja-raja Melayu.Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan kira-kira pukul 6.30 petang ini.Ketua Pemuda UMNO negeri, Fadhil Maskon menyifatkan tindakan penulis blog, dikenali sebagai Aduka Taruna itu sebagai biadab kerana tidak menghiraukan sensitiviti rakyat Johor yang masih bersedih dengan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.Beliau berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan penulis blog itu dan berharap pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) segera mengambil tindakan tegas ke atas individu terbabit."Rakyat Johor masih lagi dalam keadaan berdukacita dan perasaan itu bertambah apabila seorang penulis blog yang sanggup mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar."Kemajuan teknologi hari ini dan kebebasan bersuara tidak sepatutnya disalah guna sehingga membolehkan kita menggugat keharmonian negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Sebelum itu, lebih 500 ahli Pemuda UMNO Johor dan Gerakan Belia 4B Johor berhimpun di luar Istana Besar di sini bagi membantah kenyataan penulis terbabit di dalam blognya, adukataruna.blogspot.com.Selepas menerima banyak komen pengunjung blog yang mengkritik tulisan itu, penulis terbabit memohon maaf namun tetap mempertahankan ideologinya.Utusan Malaysia yang cuba melayari blog itu mendapati tulisan tersebut telah ditarik balik.

LAMAN Blog adan Peguam MalaysiaLagi penulis blog hina raja Melayu disiasat

Monday, 01 February 2010 08:04am

Utusan Malaysia(Digunakan dengan kebenaran)JOHOR BAHRU 31 Jan. - Polis sedang menyiasat beberapa lagi penulis blog yang didapati menyentuh atau menghina institusi raja-raja Melayu dalam laman blog mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya bukti berhubung kegiatan tersebut mencukupi, kesemua mereka yang terlibat akan didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengumpul bukti terhadap kes-kes berkenaan.

''Tindakan yang diambil adalah bukti pihak kerajaan amat serius membendung perkara yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan orang awam terutama hal berhubung kait dengan institusi raja, agama dan kaum.

''Pihak kementerian dengan kerjasama SKKM juga akan terus memantau laman blog yang menyentuh tentang perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini.

Jumaat lalu, seorang juruteknik komputer sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban terhadap pertuduhan menghina institusi kesultanan dan rakyat Johor menerusi blog adukataruna.blogspot.com pada 22 Januari lalu.

Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di No.297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini antara 7.25 malam dan 9.05 malam.

Hishammuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Semberong berkata, tindakan menyentuh perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai adalah suatu perkara yang tidak wajar dan tidak bertanggungjawab apatah lagi ia melibatkan imej sesebuah negara.

''Saya percaya kita sepatutnya bersatu dalam memikul tanggungjawab berhubung kes sensitiviti orang ramai seperti institusi raja-raja Melayu dan agama agar ia tidak berleluasa sehingga membakar emosi rakyat," katanya.

Jangan hina Raja Melayu

Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. DR. MAHATHIR MOHAMAD (Bekas Perdana Menteri)Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)Seolah-olah kita (orang Melayu) jadi patung wayang kulit, Karpal Singh pula menjadi `tok dalang, manakala Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengadu domba. JAMALUDIN YUSOF (Presiden Pekida)Tindakan Karpal Singh itu seolah-olah cuba menjolok sarang tebuan. Beliau boleh membawa kes tersebut ke mahkamah namun implikasi yang akan ditanggung nanti begitu besar kerana orang Melayu tidak akan berdiam diri. IBRAHIM ALI (Presiden Perkasa)Anwar dan Karpal sama sahaja, misi mereka untuk menjatuhkan kerajaan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memalukan kaum Melayu. Tindakan mereka membuktikan pembangkang berada dalam keadaan paling tertekan dan kehabisan idea untuk menipu rakyat

Malaysia perlukan juaraOleh AZNAN [email protected] Invictus arahan Clint Eastwood mungkin gagal memenangi anugerah pada anugerah Academy baru-baru ini. Tetapi filem bersifat biografi mengenai bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan berlatarkan pasukan ragbi Afrika Selatan mempunyai pengajaran tersendiri untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.Plot yang ditampil dalam filem Invictus adalah bagaimana Mandela yang dilakonkan oleh Morgan Freeman berusaha meyakinkan rakyat untuk menyokong pasukan mereka, atau dalam lain perkataan berusaha menyatupadukan rakyatnya yang saling berdendam antara satu lain.Peluang yang diberikan kepada Afrika Selatan untuk menjadi tuan rumah kepada Ragbi Piala Dunia pada 1995 digunakan sepenuhnya oleh Mandela untuk menyatupadukan kulit putih dan kulit hitam melalui sukan.Dorongan demi dorongan diberikan kepada pasukan ragbi kebangsaannya untuk meraih sokongan rakyat. Ini termasuk menjelajah ke seluruh negara terutama di kawasan kulit hitam dengan mengadakan klinik bagi mengurangkan perbezaan dan rasa sangsi hanya kerana perbezaan warna kulit.Malah Mendela sendiri menyuntik semangat kepada pasukan ragbi negara untuk berusaha dan menjadi juara dunia. Hasilnya, ketika pasukan Afrika Selatan beraksi pada perlawanan akhir menentang New Zealand mereka mendapat sokongan padu daripada lebih 60,000 penonton dalam stadium termasuk yang berkulit hitam. Ketua Pasukan Afrika Selatan Franois Pienaar berkata, sokongan yang diterima bukan sekadar 60,000 penonton dalam stadium tetapi semua 43 juta rakyat negara itu tanpa mengira warna kulit.Sokongan itu menjadi pendorong untuk Springboks mengejutkan New Zealand All Black muncul sebagai juara dan sekali gus mengubah senario politik di Afrika Selatan.Daripada situ prejudis antara kulit putih dan kulit hitam mula terhakis. Mandela yang nyata berpuas hati dengan perkembangan tersebut tampil dengan ungkapan: "Mereka mahukan ketua, saya beri mereka juara."Elemen penting yang diketengahkan melalui filem Invictus ialah bukan soal Mandela atau soal Afrika Selatan menjadi juara. Tetapi persoalan mengenai kuasa sukan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum.Perkara yang sama berlaku di Malaysia. Ketika para pemimpin politik saling bertikam lidah mengenai siapa yang lebih rasis, jutaan rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan duduk bersengkang mata lewat malam bagi meraikan Datuk Lee Ching Wei muncul juara Seluruh England.Ketika politik dilihat memecahbelahkan, Malaysia memerlukan juara melalui sukan untuk menyatupadukan rakyatnya.Perkara yang sama juga berlaku pada sukan lain. Pada kejohanan golf Maybank Terbuka Malaysia baru-baru ini, ribuan peminat daripada pelbagai keturunan menaruh harapan agar salah seorang pemain negara sama ada Danny Chia atau yang Iain seperti Steel, Shaaban Husin, Airil Rizman Zahari, S. Sasidaran, Ben Leong atau S. Sivachandran muncul sebagai juara. Tetapi harapan itu tidak menjadi kenyataan. Begitu juga dalam perlawanan bola sepak. Cuba lihat ketika pasukan bola sepak negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Laos tidak lama dahulu. Walaupun hanya sekadar peringkat Sukan SEA, tetapi setiap lapisan rakyat memberikan sokongan. Bayangkan jika pasukan negara beraksi di peringkat lebih tinggi. Para peminat akan tampil memberi sokongan tanpa dibatasi prasangka perkauman. Tidak ada batas perkauman dalam sukan dan sukan mampu meruntuhkan batas-batas itu. Sebab itu usaha kerajaan untuk memaju dan mengangkat martabat sukan di negara ini perlu disokong semua pihak.Persatuan sukan di negara ini perlu kurangkan politik dan ketepikan kepentingan diri. Sebaliknya berikan lebih tumpuan untuk hasil juara. Jika kita ada juara ia mampu menjadi senjata untuk menyatupadukan dan mengeratkan hubungan rakyat pelbagai kaum.Merealisasikan gagasan Satu Malaysia melalui sukanSEJAK Perdana Menteri memperkenalkan gagasan Satu Malaysia, banyak pihak telah mengemukakan idea untuk menjayakannya.Antaranya, Kementerian Belia dan Sukan yang memperkenalkan konsep "Satu Belia" bagi membantu mempercepatkan proses pencapaian gagasan itu dan begitu juga pihak lain dengan idea masing-masing.Bagaimanapun, saranan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggunakan sukan sebagai elemen meningkatkan kerjasama antara kaum dan agama merupakan sesuatu yang menarik. Sukan sememangnya mampu menjadi teras untuk menyokong, mengekal dan mengukuhkan perpaduan di negara ini.Secara umumnya, masyarakat lebih melihat sukan sebagai pertandingan, riadah dan tidak kurang yang menganggap sukan tertentu sebagai 'milik' kaum tertentu. Namun persepsi seperti itu perlu diubah. Perbincangan-perbincangan kumpulan sasar, seminar dan mesyuarat yang berkaitan perlu disegerakan untuk merangka rancangan tindakan secara kolektif dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti agar selari dengan hasrat menjadikan sukan sebagai bidang yang mampu 'mengikat' rakyat pelbagai kaum.Terdapat beberapa aspek yang perlu diperhalusi demi menjadikan sukan sebagai salah satu mekanisme mencapai gagasan Satu Malaysia.*Pertama, menentukan sejauh manakah bidang sukan di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) mampu menyumbang kepada gagasan Satu Malaysia.Tidak dinafikan sekolah dan IPT adalah lubuk melahirkan jaguh sukan. Namun sukan juga perlu bertindak sebagai "serampang dua mata". Selain mencapai kemenangan, sukan juga perlu menjadi agen perpaduan.Namun selalunya akibat didorong matlamat ingin menang dan kurang semangat kesukanan, konsep perpaduan diketepikan. Kurangnya semangat kesukanan bukan sahaja berlaku di peringkat sekolah dan IPT, malah melibatkan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, pelajar perlu dididik agar menghargai sukan sebagai bidang untuk mencipta nama dan menaikkan nama institusi. Pada masa yang sama, ia perlu menjadi alat untuk berinteraksi, menjalinkan perpaduan dan memperluaskan pergaulan antara kaum.*Kedua, kita perlu berpegang kepada prinsip sukan mampu meningkatkan semangat patriotik rakyat. Oleh itu, perlu dilipatgandakan usaha memajukan bidang sukan teras yang popular contohnya bola sepak, hoki dan badminton.Pengalaman beberapa negara asing membuktikan bahawa kejayaan di pentas sukan antarabangsa mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira latar belakang. Malaysia juga begitu. Semangat patriotik rakyat tanpa mengira kaum dan agama jelas apabila pasukan kita menentang pasukan luar. Ia merupakan satu bentuk perpaduan yang nyata. *Ketiga, sukan massa yang telah diperkenalkan kepada masyarakat sejak beberapa tahun lalu perlu dilihat semula daripada segi keberkesanannya untuk menjana semangat 'kebersamaan' di kalangan rakyat berbilang kaum. Sukan massa atau "sukan untuk semua" adalah kegiatan sukan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat setempat.Jadi bagaimana sukan massa mampu menyediakan ruang dan peluang untuk anggota masyarakat berkenalan, memahami budaya kaum lain, melahirkan perasaan saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain perlu diperhalusi.Mungkin Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan Negara dan aktivis masyarakat boleh memulakan gerakan ke arah merangka sukan di peringkat komuniti yang lebih terserlah, berkesan dan benar-benar menyumbang kepada Satu Malaysia. *Keempat, gagasan menyatupadukan rakyat melalui sukan sukar untuk dicapai jika kekurangan kemudahan sukan.Projek-projek prasarana sukan untuk kemudahan rakyat boleh diwujudkan dengan menggabungkan sumber kewangan kerajaan, badan-badan korporat dan sumbangan rakyat. Kaedah ini diyakini dapat mengatasi kekurangan gelanggang badminton, padang bola sepak, gelanggang futsal, bola keranjang serta padang hoki. Jika aktor Shah Rukh Khan boleh menyumbang kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), saya percaya rakyat kita, terutamanya sektor korporat juga mampu berbuat demikian. Oleh itu, usaha mempromosikan sukan sebagai alat perpaduan perlu diperhebatkan. Antara yang boleh dilakukan ialah mewujudkan slogan baru sebagai 'ibu' kepada slogan-slogan sedia ada. Selari dengan hasrat Satu Malaysia, slogan seperti "Sukan Menjana Perpaduan Satu Malaysia" atau "Satu Sukan, Satu Malaysia" boleh diwujudkan demi menyediakan hala tuju yang satu untuk semua.Begitu juga dengan nama Sukan Malaysia (SUKMA) yang boleh ditukarkan kepada "Sukan Perpaduan Malaysia". Selain itu, anugerah "Tokoh Sukan Satu Malaysia" juga boleh diberikan kepada individu yang memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan sukan dan perpaduan negara. Gagasan Satu Malaysia adalah untuk mengekal dan mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum. Maknanya, pencapaian gagasan itu adalah satu proses atau perjalanan yang tidak akan selesai dalam sekelip mata. Ia memerlukan kerjasama semua pihak dan kita perlu komited ke arah itu.

PERAYAAN RUMAH TERBUKA MALAYSIA Rumah terbuka atau open house sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka, sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim alam kalangan pemimpin masyarakat, jabatan kerajaan dan swasta, individu, persatuan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) . Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidak bertujuan untuk mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama Negara. Ia dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana yang aman dan harmoni. Biasanya rumah terbuka disambut di padang atau dalam dewan. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat beragama Islam setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai tradisi. Bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi menyambut tahun baru bagi kalendar cina. Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali. Bagi kaum Borneo khususnya di Sarawak mereka meraikan Gawai Dayak sebagai perayaan kaum yang bersifat adat tradisi. Begitu juga dengan kaum Kadazan Dusun di Sabah yang merayakan Tadau Kaamatan sebagai perayaan tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas musim menuai. Bagi penganut Kristian perayaan Krismas atau Hari Natal disambut dengan meriahnya di seluruh negara. Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Selain itu amalan rumah terbuka memberi makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk megelak sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Ia juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. Amalan rumah terbuka juga memperlihatkan pemimpin negara sendiri dapat bergaul mesra dengan rakyat, dan rakyat berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pemimpin kesayangan mereka secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan. Di sinilah petemuan menarik yang mempunyai nilai sentimental yang mempunyai nilai yang amat tinggi nilainya kepada rakyat yang jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai penyokong dasar dan kepimpinan negeri serta bangsa. Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin sendiri amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya budaya kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Sebagai contoh orang- orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakkan sambutan Aidilfitri bersama- sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri penganjuran rumah-rumah juga merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita untuk mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Bagi mencapai matlamat untuk menentukan keberkesanan program program Rumah Terbuka kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan menggalakkan kesemua pemimpin Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, ketua-ketua kaum, badan-badan persatuan dan persatuan lain supaya menganjurkan rumah-rumah terbuka atau perayaan lain yang berkaitan dengannya. Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia Hari Raya Aidilfitri pada 6 Januari 2001 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Selain itu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina pula telah diadakan pada 4 Februari 2001 di Pulau Pinang, di tengah-tengah Kota Georgetown dengan dihadiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan keluarga masing-masing. Antara perayaan lain termasuklah Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu,Sabah atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. Amalan rumah terbuka juga memperlihatkan pemimpin negara sendiri dapat bergaul mesra dengan rakyat, dan rakyat berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pemimpin kesayangan mereka secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan. Di sinilah petemuan menarik yang mempunyai nilai sentimental yang mempunyai nilai yang amat tinggi nilainya kepada rakyat yang jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai penyokong dasar dan kepimpinan negeri serta bangsa. Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta pemimpin sendiri amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami budaya budaya kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Sebagai contoh orang- orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakkan sambutan Aidilfitri bersama- sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu mereka mempelajari budaya dan adat kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri penganjuran rumah-rumah juga merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita untuk mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Bagi mencapai matlamat untuk menentukan keberkesanan program program Rumah Terbuka kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan menggalakkan kesemua pemimpin Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, ketua-ketua kaum, badan-badan persatuan dan persatuan lain supaya menganjurkan rumah-rumah terbuka atau perayaan lain yang berkaitan dengannya. Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia Hari Raya Aidilfitri pada 6 Januari 2001 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Selain itu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina pula telah diadakan pada 4 Februari 2001 di Pulau Pinang, di tengah-tengah Kota Georgetown dengan dihadiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan keluarga masing-masing. Antara perayaan lain termasuklah Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu,Sabah pada 31 Mei 2001, Hari Gawai di Kuching Sarawak pada 9 Jun 2001, Deepavali di Kuala Lumpur Oktober 2001 dan Krismas pada Disember 2001. Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Dengan adanya rumah- rumah terbuka ini cenderung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga, gagal untuk mencapai tahap perpaduan. Malah rakyat negara berkenaan saling bercakaran sesama diri. Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada ada budaya dan konsep seruan beragama anutan setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Tanpa mengira man- mana perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,atau Hari Natal masing- masing tetap meyambutnya dengan cara tersendiri. Sesungguhnya proses pembudayaan yang wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan dua atau lebih budaya. Ini menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti kepada kaum majoriti. Sebagai contoh banyak unsur melayu akan diterima secara tidak langsung sebagai unsur-unsur budaya kepada kaum lain seperti Iban, Murut dan sebagainya ekoran perayaan sering diadakan saban tahun. Amalan rumah terbuka memdedahkan semua kaum kepada kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain, dan mengeratkan hubungan silaturahim, amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami di antara satu sama lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sikap toleransi ini sangat penting dalam mewujudkan sebuah negara yang utuh disamping mencapai matlamat menjadikan negara Malaysia sebuah negara bangsa. Simboliknya Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai jambatan memgeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan perpaduan antara kaum ke arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudarmalah tanpa konsep rumah terbuka hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi akan datang. Pertemuan masyarakat berbilang kaum, berbagai keturunan termasuk pelancong asing dapat dilihat terutamanya pada masa majlis terbuka kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia, kerajaan negeri atau Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Kunjung-mengunjung eratkan silaturrahim E-mail

Cerita Terkini

Friday, 24 September 2010 01:46

Kemeriahan majlis rumah terbuka sepanjang bulan Syawal menterjemahkan segala-galanya betapa kukuh jalinan muhibah di kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Perpaduan yang kukuh itu turut menterjemahkan bahawasanya semangat 1Malaysia sudah lama berputik sekali gus menunujukkan rakyat negara ini berpegang pada prinsip saling hormat-menghormati sesama sendiri.

Uniknya, kunjungan tetamu terdiri dari berbilang bangsa bukan sahaja berseorangan bahkan mereka datang secara beramai-ramai sambil bersalaman dan bertanyakan khabar.

Ia menunjukkan semangat silaturrahim sentiasa berputik kerana kestabilan politik dan keharmonian negara adalah tanggungjawab bersama.

Menurut Penolong Pegawai Tadbir, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dari Ibu Pejabat di Jabatan Ketua Menteri (JKM) En. Said Kani, ekoran semangat silaturrahim yang tinggi di kalangan rakyat telah mendorong sesetengah negara menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik.

" Negara kita memang unik sekali, meski pun terdiri dari berbilang bangsa dan agama tetapi saling hormat-menghormati membolehkan perpaduan yang terjalin bertambah erat," katanya kepada Utusan Borneo".

Beliau berkata begitu pada Majlis Jamuan Aidilfitri di sebuah restoran terkemuka di bandar Lahad Datu pada malam Rabu lepas sempena lawatan rasmi rombongannya keatas UKKR N49 Tungku dan N50 Lahad Datu.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaludin dan PKR Lahad Datu, Aljen Johnny serta pegawai-pegawai UKPR dari kawasan terbabit.

Kata Said, konsep rumah terbuka yang diamalkan di Malaysia sebenarnya memberi mesej jelas semangat 1Malaysia terus subur.

Ini kerana, katanya konsep sedemikian jarang-jarang kita lihat di negara-negera lain melainkan di Malaysia yang umum mengetahui penduduknya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat." Sebenarnya, konsep rumah terbuka telah memberi banyak manfaat bukan sekadar dapat berjabat tangan sambil bertanya khabar bahkan tetamu yang datang turut dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan yang sudah pasti mengukuhkan lagi hubungan perpaduan yang terjalin,": tambah beliau.

Beliau berkata, tambahan pula gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tentu akan membawa lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,

Sementera itu, Datu Baniamin pula menegaskan semangat toleransi ini adalah hasil kesedaran rakyat yang mengambil iktibar dari keperitan hidup pada zaman penjajahan suatu ketika dahulu.Menurut beliau, ia perlu dikekalkan kerana kejayaan sesebuah bangsa dan negara apabila penduduknya saling bersatu.

" Semangat toleransi ini memberi kekuatan kepada kita untuk mengorak kemajuan yang lebih pesat apatah lagi negara sedang menuju ke era Wawasan 2020, " jelasnya.

Ujarnya, sikap suka bertelagah tidak akan memberi apa-apa kebaikan bahkan kemudaratan dan oleh hal demikian semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan keharmonian terus dikecapi sampai bila-bila.

" Tengoklah sesetengah negara yang suka bertelagah tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan hanya kerana tengok keadaan porak-poranda yang berlaku.

" Jesteru, kita perlu mengelak semua itu. Pun begitu, saya berbangga dengan cara hidup masyarakat Malaysia yang lebih mengutamakan perpaduan kaum di mana semangat sedemikian telah membolehkannya begitu terkenal sebagai di antara negara wajar menjadi ikutan, " kata Datu Baniamin.

Dikagumi Pelancong LuarKeramahan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh penduduk Malaysia memikat hati 13 orang pelajar berasal dari Switzerland yang sedang menuntut di salah sebuah universiti di Singapura. Kedatangan mereka ke Homestay Batang Nyamor, Negeri Sembilan pada 13 Januari 2010 yang lalu diketuai oleh Ketua Delegasi, Profesor Dr Lester Massing. Turut hadir mengiringi tetamu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, YB Dato Dr Awaludin Said dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Batang Nyamor, Yunos Mohd Yusof. Para tetamu disambut meriah dengan persembahan dikir rebana sambil diarak masuk ke Balai Raya Kampung Batang Nyamor. Di situ, mereka dipersembahkan pula dengan sebuah tarian terinai, sejenis tarian tradisional Negeri Sembilan.Rakyat asing turut kagumi MalaysiaOleh: HAMDEN RAMLI, ZULKIFLI JALIL dan SAIFULIZAM MOHAMADKUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-44 di Dataran Merdeka hari ini bukan sahaja dikagumi oleh rakyat tempatan, tetapi turut menarik perhatian pelancong asing.Mereka yang ditemui gembira dan terhibur dengan persembahan yang diadakan serta menyifatkannya sebagai antara acara terbaik pernah disaksikan.Mereka turut kagum dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh negara selepas merdeka seperti mana yang dipersembahkan dalam acara perarakan.Pelancong dari Jerman, Thomas Honigman, 35, berkata, acara yang diadakan hari ini sungguh menarik dan unik kerana ia menggabungkan kebudayaan daripada pelbagai kaum negara ini.L``Ini akan menjadi kenangan manis bagi saya kerana dapat bersama-sama dengan rakyat negara ini menyambut kemerdekaan dengan penuh meriah dan warna-warni,'' katanya.Pelancong dari Belanda, Jacquline Bens, 30, pula menyifatkan sambutan itu sebagai acara paling meriah yang pernah disaksikan.Katanya, beliau kagum dengan semangat bersatu padu yang ditunjukkan oleh rakyat negara ini termasuk para peserta yang menjayakan perarakan.``Walaupun rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi semangat bersatu padu yang ditunjukkan oleh mereka ketika menyambut kemerdekaan amat mengagumkan saya,'' ujarnya. Pelancong Kanada, Al Joly, 44, pula berkata, sambutan Hari Kemerdekaan di sini amat menakjubkan.``Ia penuh warna-warni dan menggabungkan pelbagai budaya, muzik dan juga persembahan,'' katanya.Angelica Marcano, 27, dari Venezuela berkata, pengalaman menyambut kemerdekaan tahun lalu di Shah Alam menarik perhatiannya untuk datang lagi ke Malaysia.``Kali ini saya datang lebih awal dan saya dapat rasakan suasana yang lebih meriah berbanding tahun lalu,'' katanya.Mark Schouten, 26, dari Belanda pula berkata, dia seronok dan bertuah kerana dapat berada di Dataran Merdeka pada hari ini.``Saya tidak pernah melihat ini semua. Pelbagai kaum bersatu, bergembira merayakan sesuatu,'' katanya yang berada di sini atas tujuan perniagaan.Pelancong Jerman, Klug, 44, pula berkata, beliau gembira dan kagum dengan pencapaian yang telah dinikmati oleh Malaysia setelah merdeka.``Ia sungguh mengagumkan melihat kemajuan dalam bidang perindustrian seperti ditunjukkan pada perarakan tadi ,'' katanya.Henk Van Der Sluijs, 32, dari Belanda, berkata, beliau tidak menyesal memendekkan percutiannya di Pulau Tioman untuk berada di sini menyaksikan kehebatan sambutan Hari Kemerdekaan.``Hari ini adalah untuk kita gembira bersama-sama dan bukan untuk saling membenci antara satu sama lain. Saya rasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripadanya,'' ujarnya.Dalam pada itu, seorang warga tempatan Gurmit Singh, 36, berkata, beliau tidak mahu melepaskan peluang menyambut Hari Kemerdekaan selepas terlepas peluang tahun lalu.``Ini cuma sekali setahun,'' katanya yang sanggup untuk mewarnakan serban dengan warna bendera Malaysia serta memakaikan anaknya dengan pakaian berlatarkan warna Jalur Gemilang.``Ini untuk membangkitkan lagi semangat kemerdekaan,'' tambahnya.2010/09/01E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan negara turut disertai pelancong asing yang begitu gembira dengan sokongan yang diberikan rakyat Malaysia dalam mengekalkan keamanan negara daripada cengkaman penjajah.Mereka begitu teruja bergambar dengan rakyat negara ini yang berpakaian Jalur Gemilang menggambarkan semangat patriotik terhadap negara tercinta.

Pelancong dari Cina, Wang Xing Kai, 21, berkata, dia bangga terpilih menjejakkan kaki ke Malaysia kerana rakyatnya bersemangat menyambut kemerdekaan tanpa mengira kaum.

Katanya, semua kaum bekerjasama bagi menjayakan kemerdekaan ini termasuk membuat formasi pertunjukan yang membabitkan semua masyarakat.

Dengan kerjasama itu, semua formasi yang ingin ditonjolkan menjadi dan menarik hati hingga menggamit hati saya untuk datang lagi ke negara ini pada masa akan datang.

Ini pengalaman pertama saya di sini apabila terbabit pertukaran pelajar di Universiti Malaya selama lima bulan bermula Mei hingga Oktober ini, katanya.

Wang berkata, keamanan Malaysia menjadi contoh semua negara kerana ia dapat membangunkan ekonomi di mata dunia.Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga,Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

elancong merungut Malaysia tak bersih

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen, terkejut apabila Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), mengatakan pelancong asing merungut terhadap tahap kebersihan di negara ini. Gambar fail

Ng berkata perkara itu terjadi apabila ada pelancong asing dari London memberitahu baginda bahawa kebersihan Malaysia masih belum memuaskan.

Saya ada menerima SMS daripada baginda Sultan Pahang yang berada di London beberapa hari lalu, memberitahu ada pelancong negara berkenaan merungut dan memberitahu baginda mengenai tahap kebersihan negara.

Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan baginda terhadap perkara ini dan mengakui tahap kebersihan khususnya di tempat awam memang masih belum memuaskan, katanya.

Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran 1Malaysia Indah, 1Malaysia Bersih, di Kampung Pulai, dekat sini, petang kelmarin. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusoff.

Ng yang juga Naib Presiden MCA berkata, kementeriannya sentiasa komited dalam memastikan tahap kebersihan negara sentiasa memuaskan melalui penganjuran beberapa kempen.

Katanya, pengenalan kempen 1Malaysia Indah, 1Malaysia Bersih, banyak memberi pengajaran kepada rakyat dalam menjaga keber-sihan persekitaran dan kini sudah menunjukkan peningkatan dalam menjaga kebersihan di negara ini. Negara mempunyai banyak tempat menarik dengan flora faunanya yang masih belum terjejas walaupun sudah berlaku pembangunan pesat di Malaysia dan ini masih mampu pelancong asing ke sini.

Namun, apa yang kita bimbangkan ialah usaha memastikan tahap kebersihan sentiasa dipertingkatkan bukan saja kebersihan persekitaran, malah ia juga termasuk keceriaan tandas awam, katanya.

Beliau berharap rakyat negara ini akan lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dengan tidak hanya meletakkan tugasan ini di bahu kerajaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) saja.

Rakyat Malaysia harus menanam sikap ingin melihat negara sentiasa bersih dan mereka boleh merealisasikannya dengan mengutip sampah serta membuangnya ke dalam tong sampah, katanya. BM

Rakyat perlu hayati Rukun Negara

2011/03/03BERAPA ramaikah rakyat Malaysia memahami Rukun Negara? Kalau diajukan persoalan kepada orang awam di pusat beli-belah, kopitiam, pasar malahan golongan intelektual di menara gading, berapa ramaikah dalam kalangan mereka yang berani menabik dada lalu menyatakan bahawa mereka memahami segala inti pati dalam Rukun Negara?

Tujuan di sebalik penggubalan Rukun Negara adalah untuk mencipta falsafah negara yang dapat dijadikan sebagai tatasusila.Rukun Negara seperti tonggak tatasusila rakyat Malaysia, mirip kepada Pancasila yang menjadi falsafah dan pegangan warga Indonesia.Sebenarnya, insiden hitam yang menimpa negara pada 1969 yang kini lebih dikenali sebagai Tragedi 13 Mei mencelikkan pemimpin negara bahawa satu falsafah perlu dicipta untuk dijadikan pegangan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, anutan agama, bangsa dan keturunan.

Justeru, lahirlah Rukun Negara dengan lima prinsip utamanya. Kelima-lima prinsip itu dirangka berdasarkan keperluan nasional dan rupa bentuk komposisi penduduk negara.

Objektif sebenar di sebalik prinsip pertama Rukun Negara ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai pegangan kuat dan tidak mudah bergoyah terhadap ajaran agama masing-masing.

Sebagai tonggak tatasusila rakyat Malaysia, Rukun Negara juga menghendaki rakyat menumpahkan perasaan taat setia sepenuhnya serta tidak berbelah-bahagi kepada raja dan negara.Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan prinsip demokrasi, rakyat dituntut agar melafazkan kesetiaan kepada raja yang berupa simbol perpaduan negara dan payung kepada seluruh rakyat jelata.

Setiap warga negara sememangnya bertanggungjawab dalam usaha memastikan kedaulatan undang-undang negara kita tidak tercemar mahupun dilanggar oleh mana-mana pihak dan elemen negatif.

Setiap rakyat Malaysia mesti mempamerkan tahap kelakuan yang terpuji lagi sesuai dengan amalan budaya masing-masing.

Memandangkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya, terdapat unsur kepelbagaian dalam amalan kebudayaan masyarakat majmuk kita.Bagaimanapun, setiap warga negara dikehendaki menunjukkan peri laku sopan dan bertatasusila dalam kehidupan seharian.

Rukun Negara adalah falsafah untuk dihayati dan dipraktikkan oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia sesuai dengan tatasusila dan norma anggota masyarakat kita tanpa sebarang penguatkuasaan undang-undang.

Prinsip-prinsip Rukun NegaraKepercayaan kepada Tuhan agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.Keluhuran Perlembagaan perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannyaKedaulatan Undang-Undang rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.Kesopanan Dan Kesusilaan rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.Mahu tidak mahu seluruh Rakyat Malaysia perlu kembali kepada asas ini agar kita tidak terjerumus kedalam kancah perpecahan...

Minda: Memperkukuh penghayatan Rukun Negara

RUKUN Negara adalah falsafah asas kenegaraan dan ideologi kebangsaan yang amat efektif dalam pembinaan masyarakat bertamadun serta beragama di negara ini. Seperti Pancasila di Indonesia dan Declaration of Independence di Amerika Syarikat, Rukun Negara juga merupakan intipati prinsip kenegaraan yang terpenting dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang merangkumi kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan.

Rukun Negara diwujudkan selepas tragedi berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara. Peristiswa tersebut menjadi titik tolak kepada kelahiran Rukun Negara yang direalisasikan setahun selepas kejadian berkenaan.

Pihak yang bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan Tun Abdul Razak yang selepas itu menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua. Dengan adanya Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga ke tahap hari ini.Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-13 mengandungi pelbagai prinsip hidup bermasyarakat seperti nilai kenegaraan bertamadun, perundangan luhur dan nilai serta norma sosial berwibawa.Latar belakang sejarah Rukun Negara penting kerana ia memberikan segala huraian dan perincian lengkap mengenai aspek yang berkaitan kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kedudukan istimewa serta hak orang Melayu dan keistimewaan lain penduduk pribumi Sabah dan Sarawak tanpa menafikan hak masyarakat lain.

Rukun Negara sebagai piagam lengkap juga mencakupi aspek budaya, ekonomi, politik dan peradaban selaras dengan platform Malaysia menjadi sebuah negara bangsa yang cemerlang dalam semua aspek yang diiktiraf dunia, tetapi dengan acuan tersendiri berasaskan kepada posisi rakyat negara ini yang berbilang kaum, budaya, kepercayaan dan sebagainya. Kepelbagaian dan kemajmukan yang terbina secara semula jadi ini menjadikan Malaysia sebuah negara unik, dihormati dan cukup istimewa berbanding negara lain.

Oleh itu, perlu wujud tahap akhlak dan moral yang tinggi, menghormati hak orang lain tanpa mempertikaikannya dan menghindari daripada membangkitkan persoalan yang sensitif kepada sesuatu kaum seperti hal berkaitan dengan ketaatan seseorang rakyat atas dasar asal keturunan kaumnya, bahasa, kebudayaan serta agama dan kepercayaan mereka.

Perkara ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mendatangkan musibah besar kepada masyarakat di negara ini serta boleh mencacatkan semangat perpaduan kaum yang sudah sekian lama terjalin dan berkembang positif sejak peristiwa berdarah 13 Mei.

Biarpun rakyat negara ini memang mengetahui dan menerima konsep Rukun Negara, menurut kajian yang dilakukan menunjukkan golongan generasi baru sekarang yang berada dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun didapati masih kurang menghayati erti sebenar falsafah Rukun Negara, biarpun segala usaha telah dilaksanakan.

Oleh itu, bagi memastikan generasi peneraju negara tidak tercicir serta tersasar dalam memahami serta menghayati Rukun Negara, sewajarnya lima prinsip utama yang terkandung di dalamnya perlu terus diperjelas dan diperincikan secara konsisten bagi memastikan setiap lapisan masyarakat memahami inti pati dan melaksanakannya dalam kehidupan mereka.

Generasi muda tidak pernah merasai pengalaman ngeri peristiwa rusuhan kaum yang cukup dahsyat di negara ini. Mereka juga tidak pernah tahu keperitan pemimpin dulu membina semula struktur serta perpaduan masyarakat ekoran episod hitam tersebut.

Sebagai mengekalkan segala nikmat yang kita kecapi kini sebenarnya hasil usaha dan perjuangan generasi terdahulu, amat wajar ditingkatkan tahap penghayatan serta pemahaman secara holistik terhadap erti sebenar Rukun Negara yang dilihat semakin berkarat dan terhakis di kalangan rakyat hari ini.

Oleh itu, penghayatan Rukun Negara secara bersungguh-sungguh harus dijadikan elemen bersepadu yang perlu difahami objektif serta tuntutannya oleh setiap ahli masyarakat secara keseluruhan.

Sehubungan itu, kempen menyemarakkan semula Rukun Negara secara besar-besaran melalui media termasuk media baru seperti facebook, twitter yang menjadi kegilaan anak muda ketika ini wajar dilakukan.

Pelaksanaannya boleh dipelbagaikan sama ada berbentuk hiburan berfaedah, sistem pelajaran berkesan, dokumentari, seminar dan ceramah oleh semua pihak yang boleh disertai semua lapisan masyarakat.

Bagi pelajar sekolah dan universiti pula, perlu dirangka pelbagai program dengan kerjasama pelbagai pihak seperti mengadakan kuiz, debat, peraduan berkaitan Rukun Negara, persembahan muzikal dan pertandingan pidato.

Kadangkala Rukun Negara yang sudah berusia 40 tahun dilihat satu-satunya falsafah kenegaraan yang masih kekal utuh, tetapi yang peliknya ialah masih tidak mendapat tempat sewajarnya seperti diasaskan pada 1970.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku kerana aspirasi Rukun Negara boleh dijadikan kunci hikmat dalam mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat. Ia menjadi landasan terbaik masyarakat berbilang kaum di negara ini hidup bersatu padu, saling hormat menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain.

Falsafah Rukun Negara terangkum di dalamnya ideologi nasional yang sangat komprehensif bagi memastikan pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara berkekalan.

Penulis seorang peguam boleh dihubungi melalui [email protected]

Menghormati ideologi NegaraMatlamat pengagihan yang saksama terkandungdalamRukunNegarakekayaannegara... dan penyusunan semula masyarakat telah menjadi objektif utamapembangunanekonominegara.

Oleh Asan Ali Golam HassanDASAR Ekonomi Baru, iaitu bagaimana agihan kekayan ekonomi negara seharusnya dilaksanakan dengan matlamat akhirnya untuk mencapai perpaduan adalah sebahagian daripada ideologi negara yang wajar difahami dan dihormati oleh semua warganegara.Tanpa adanya satu ideologi negara yang saling diterima dan dihormati, matlamat pertumbuhan ekonomi, pengagihan yang saksama, kestabilan politik dan perpaduan nasional tidak mungkin dapat dicapai.Rukun Negara adalah ideologi Malaysia. Ia bermatlamat untuk menyatukan pelbagai kaum di Malaysia dalam satu ideologi nasional. Ia diisytiharkan kepada semua warganegara Malaysia pada sambutan Hari Kemerdekaan 1970 iaitu selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan sebelum DEB itu dilaksanakan.DEB dirangka sebagai alat pembangunan ekonomi kepada ideologi pembinaan negara Malaysian iaitu merupakan asas kesejahteraan ekonomi Rukun Negara. DEB tidak boleh bergerak tanpa semua rakyat memahami dan berazam untuk mencapai ideologi negara (Rukun Negara).Matlamat pengagihan yang saksama terkandung dalam Rukun Negara kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama dan mula dilaksanakan melalui DEB. Matlamat akhir DEB ialah perpaduan nasional, seperti yg digariskan dalam perisytiharan Rukun Negara, berazam untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya.RUKUN NEGARAPerisytiharan negara kita, Malaysia, berazam* Untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya;* Untuk mengekalkan cara hidup berdemokrasi;* Untuk mewujudkan masyarakat yang adil di mana kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama;* Untuk memastikan pendekatan liberal kepada tradisi budayanya yang kuat dan pelbagai;* Untuk membina masyarakat progresif yang menuju ke arah sains dan teknologi modenKAMI, rakyatnya, berikrar menyatukan usaha untuk mencapai matlamat ini menurut prinsip-prinsip berikut;Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-UndangKesopanan dan KesusilaanKAMI, berikrar menyatukan usaha untuk mencapai matlamat menurut salah satunya ialah Keluhuran Perlembagaan.Jelas, Keluhuran Perlembagaan adalah satu idelogi negara yang menjadi pedoman dan dihormati oleh semua pihak. Maka isu pengagihan dan hak orang Melayu termasuk bumiputera Sabah, Sarawak dan masyarakat Orang Asli seperti yang dinyatakan dalam Perkara 153 tidak seharus dianggap sebagai satu diskriminasi kerana ia adalah sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia yang merupakan salah satu daripada intipati ideologi negara yang kita telah berikrar untuk mencapainya.Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara (dalam buku Constitution, Law and Judiciary) ada menyebut, bagi sesiapa yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan Malaysia, dia akan sentiasa tidak bersetuju dengan Rukun Negara.Ideologi negara termasuk juga Perlembagaan Malaysia tidak menyebut dengan jelas bagaimana kaum pribumi akan dibantu dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Oleh itu, Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) kerajaan diolah supaya seiring dengan apa yg telah ditetapkan oleh ideologi negara.RRJP ini bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (1971-1991) kemudian Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000), Dasar Wawasan Negara (2001-2010) dan kini Model Baru Ekonomi (2011-2020).DEB merupakan suatu proses kejuruteraan sosial berlandaskan kontrak sosial 1957 untuk mencapai matlamat perpaduan kaum melalui pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.Pencapaian matlamat DEB sangat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi negara, iaitu bagaimana pertumbuhan itu kemudiannya akan diagihkan bagi mencapai matlamat pengagihan.Sejak DEB dilancarkan, pembangunan kepada kepelbagaian ekonomi, penekanan kepada pembangunan luar bandar, pengurangan kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat telah menjadi objektif utama pembangunan ekonomi negara. Matlamat perancangan pembangunan ialah pertumbuhan dan pengagihan yang saksama.Untuk mencapai matlamat tersebut, perbagai agensi kerajaan (perusahaan awam) ditubuhkan khusus untuk membangunkan kawasan luar bandar.Perancangan baru dan yang wujud sejak Rancangan Malaya Pertama dirancakkan lagi terutamanya melalui DEB.Strategi utama pembangunan luar bandar telah dilaksanakan iaitu, pembukaan tanah (rancangan) baharu; pembangunan in-situ; pemodenan luar bandar dan penciptaan pesat pertumbuhan yang baru; serta strategi penyelarakan kawasan industri ke kawasan luar bandar.Selain itu, Rancangan Buku Merah, konsep Saemaul Undong, pembangunan koperasi desa, dan pelbagai agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Risda, Kejora, Kesedar, Ketengah, Mada, Dara, Bank Bumiputera dan lain-lain diwujudkan khusus untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dan meningkatkan keupayaan mereka untuk bersaing dalam bidang ekonomi.Tanpa bantuan agensi-agensi kerajaan ini, kaum pribumi sukar untuk bersaing kerana mereka bermula pada tahap perniagaan atau kemahiran yang berbeza. Pengerusi pertama Bank Bumiputera Datuk Roslan Abdullah pernah membandingkan apa yang berlaku dengan perumpamaan sebuah kereta Jaguar yang memotong Morris Minor dan terus hilang dari pandangan.Matlamat ideologi negara juga diserapkan Misi Nasional iaitu satu rangka kerja dasar dan pelaksanaan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Misi Nasional memberi penekanan kepada peningkatan keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global, memperkukuh perpaduan negara serta pengagihan pendapatan serta kualiti hidup yang lebih baik.Teras ketiga Misi Nasional ialah menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif sangat berkait rapat dengan ideologi negara - kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama.Model Baru Ekonomi (2011-2020) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) juga terus memberi penekanan kepada meningkatkan potensi menjana pendapatan, pencapaian pendidikan dan kemahiran bagi isi rumah berpendapatan rendah.Strategi juga dirangka bagi meningkatkan taraf hidup golongan yang terpinggir dari arus perdana pembangunan ekonomi negara yang meliputi kaum pribumi Sabah, Sarawak, masyarakat Orang Asli di Semenanjung, bantuan-bantuan kewangan dan meningkatkan akses kepada infrastruktur di kampung-kampung baru Cina dan pekerja ladang.Tindakan afirmatif berhubung langkah membantu pribumi dalam Model Baru Ekonomi akan lebih berasaskan kepada mesra pasaran, lebih berasaskan merit, lebih telus dan berdasarkan keperluan.Menurut Datuk Seri Najib Razak, semasa membentang Model Baru Ekonomi objektif asalnya masih lagi relevan, namun, sudah tiba masanya untuk kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kita akan menyasarkan pencapaian matlamat yang sama tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya."1Malaysia yang juga merangkumi pertumbuhan dan pengagihan yang saksama perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan, iaitu bagaimana kesaksamaan, kesamarataan dan kekitaan akan diintegrasikan dengan ideologi negara terutamanya perkara-perkara yang jelas terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.Matlamat akhir "1Malaysia ialah perpaduan yang berkaitan secara langsung dengan teras ketiga Misi Nasional, iaitu menangani masalah ketidaksamaan sosio ekonomi secara membina dan produktif.Ia sangat berkait rapat dengan ideologi negara kekayaan negara akan dibahagikan secara saksama dan berazam untuk mencapai perpaduan bagi semua rakyatnya seperti yang terkandung dalam Rukun Negara.Cabaran utama kini ialah bagaimana hendak mengintegrasikan budaya kecemerlangan, prinsip meritokrasi melalui agihan kek ekonomi dengan berkonsepkan peluang untuk semua dengan ideologi negara dalam merangka perancangan pembangunan dengan maltamat akhir, iaitu pencapaian taraf negara maju yang makmur tanpa membelakangkan ideologi negara iaitu RUKUN NEGARA.Penulis ialah Prof. Madya di Kolej Sasteradan Ekonomi, Universiti Utara Malaysia

Syor lafaz ikrar Rukun Negara selepas lagu Negaraku dalam semua majlis

2011/03/04ANAK Malaysia dari Batu Pahat, Johor menulis semalam mengenai betapa pentingnya rakyat Malaysia memahami dan menghayati Rukun Negara. Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan mengenai falsafah Rukun Negara yang boleh ditakrifkan sebagai tonggak tatasusila rakyat Malaysia itu.

Rukun Negara diwujudkan pada 1970 dengan tujuan mencapai satu pegangan atau pengertian asas terhadap aspirasi nasional di antara pelbagai kaum di Malaysia tan-pa mengira asal usul dan keturunan masing-masing.Untuk memastikan semua rakyat Malaysia mengenali Rukun Negara ketika ini yang semakin kurang kesedaran terhadap pentingnya prinsip yang terkandung di dalamnya, maka saya ingin mencadangkan agar lafaz ikrar Rukun Negara diadakan selepas nyanyian lagu Negaraku dalam semua majlis rasmi kerajaan dan swasta.Ini bagi membolehkan rakyat lebih memahami dan menghayati setiap prinsip Rukun Negara selain lagu Negaraku dalam mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum.

Selain dari tujuan meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat; mengekalkan cara hidup demokrasi; mewujudkan masyarakat adil; pendekatan liberal terhadap adat dan kebudayaan; dan juga membangunkan satu masyarakat progresif yang berlandaskan sains moden dan teknologi.

Prinsip Rukun Negara yang menjadi tonggak kepada prinsip kenegaraan dan menyatukan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai agama, seharusnya disemaikan di dalam semangat generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Prinsip yang terkandung di dalamnya hendaklah didukung dan dipraktikkan kerana kita tidak boleh memandang ringan terhadap kestabilan, keamanan dan kehar-monian yang dicapai setakat ini.Melafazkan ikrar Rukun Negara selepas nyanyian lagu Negaraku di dalam majlis rasmi adalah perkara yang amat wajar dipraktikkan bagi memastikan rakyat Malaysia memahami lima prinsip Rukun Negara dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian masing-masing kerana ini adalah satu-satunya cara untuk membangunkan satu Negara Malaysia yang harmoni dan bersatu.

Rukun Negara adalah panduan kita terhadap proses pembangunan negara dan hendaklah dihormati oleh semua pihak. Ia adalah satu wawasan yang dikongsi demi untuk perpaduan negara.

Prinsip yang terkandung di dalamnya hendaklah didukung dan dipraktikkan kerana kita tidak boleh memandang ringan terhadap kestabilan, keamanan dan kehar-monian yang dicapai setakat ini.

TAN SRI LEE LAM THYE,Kuala Lumpur.

PERANAN KAUM MASING-MASING DALAM MENJAYAKAN GAGASAN 1MALAYSIASejajar dengan hasrat kerajaan untuk membina negara bangsa, semua kaum perlu berusaha memperkasakan Gagasan 1Malaysia dengan menumpukan perhatian kepada penerapan nilai-nilai murni dan teras 1 Malaysia sebagai amalan hidup mereka.Pertubuhan-pertubahan yang mewakili kepentingan kaum masing-masing boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti ( contoh: menubuhkan Kelab 1Malaysia-Rukun Negara di kawasan masing-masing) dalam menyemarak dan melestarikan 1Malaysia dan Falsafah Rukunegara.Penghayatan semangat Rukun Negara perlu diteruskan dikalangan rakyat Malaysia. Kupasan prinsip-prinsip Rukun Negara melalui pelbagai aktiviti sosial harus diteruskan supaya rakyat dapat menerapkan semangat kenegaraan, bersama-sama dengan teras-teras 1Malaysia. Usaha ini diharapkan akan melahirkan rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik serta cintakan negara.Lima prinsip penting yang terdapat dalam Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969 iaituPrinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaantidak sepatutnya dilupakan oleh rakyat Malaysia. Di dalamnya terkandung semangat yang berupaya menerapkan nilai murni ke arah pemupukan perpaduan tanpa mengira usia atau latar belakang bangsa dan budaya.

CABARAN Perledakan maklumat dan proses globalisasi telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, keturuan dan etnik. Perubahan dalam landskap politik dunia juga turut mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dalam konteks perpaduan dan integrasi antara kaum, malah dalam konteks patriotisme dikalangan golongan muda.Sesungguhnya, perpaduan yang erat dan jati antara berbilang kaum di Malaysia adalahprakarsabagi bukan sahaja menguatkan negara mengadapi ancaman globalisasai malah akan bmembantu mempertahankan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang sedia terbina dan dinikamati sejak beberapa tahun yang lalu.Sehubungan ini, Gagasan 1 Malaysia mainkan peranan penting sebagai alat yang membantu memastikan aspirasi negara,WAWASAN 2020tercapai supaya Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

BilTajuk dan skop kajianPenyelidikRumusan kajian

1.

Kajian Tahap Pemahaman, Penghayatan dan Pengamalan Rukun Negara di Kalangan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Sampel Kajian :Responden adalah seramai 1,131 orang pelajar dari IPTA dan IPTS di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.Prof.Dato Dr. Ramlah AdamUniversiti Malayai. Peratusan lebih tinggi iaitu 31.2% di kalangan berasal dari bandar yang tahu mengenai sejarah Rukun Negara berbanding dengan pelajar yang berasal dari kawasan luar bandar iaitu 27.2%. Perbandingan jantina menunjukkan pelajar wanita (91.8%) mempunyai pengetahuan Rukun Negara yang lebih baik berbanding pelajar lelaki (84.2%). un ii. Kurang daripada 70% pelajar boleh menghafal RukNegara dengan baik manakala lebih dari 7% pelajar tidak fasih langsung dan tidak dapat menghafal Rukun Negara. Peratusan lebih tinggi di kalangan pelajar IPTA iaitu 71.6% untuk mengetahui dan menghafal Rukun Negara berbanding pelajar IPTS iaitu 56.9%. Manakala kemampuan menghafal lebih tinggi di kalangan pelajar wanita iaitu 68.9% berbanding pelajar lelaki iaitu 63.6%.i. iii. Hanya 30% dari keseluruhan responden yang mengetahui tentang sejarah rukun negara, manakala Ini 70% tidak tahu / tidak pasti tentang sejarahnya. menunjukkan pendedahan tentang sejarah pembentukan Rukun Negara masih ditahap rendah di kalangan pelajar IPT. iv. Didapati bahawa kesediaan responden untuk berkorban demi negara masih lagi rendah memandang