50 teknik pemasaran di facebook

18

Click here to load reader

Upload: ammad-my

Post on 26-Nov-2015

101 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

50 Teknik Pemasaran Di Facebook

TRANSCRIPT

Page 1: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

1 50 Teknik Pemasaran di Facebook

50 Teknik Pemasaran di Facebook

Oleh :

Abdullah B. Suhaimin, Usahawan InternetAdminwww.cikgudollah.com

Page 2: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

2 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Strategi “Nilai Tersembunyi”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa nilai sebenar bonusproduk anda adalah masih misteri. Dengan itu, mereka memahami bahawahanya dengan memiliki produk anda sahaja barulah mereka mengetahuinilai sebenar bonus tersebut. Anda boleh menyatakan bahawa, nilai bonustersebut akan didedahkan sebaik sahaja mereka mendapatkan produkanda.

Contoh ayat : “Anda akan mendapat bonus ekstra yang bernilai RMXXXXjika anda mendapatkan produk ini sekarang!”

Strategi “Produk Habis Terjual”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa anda sangat yakinbahawa produk anda akan dijual habis dan tidak akan bertahan lamadipasaran. Ramai orang akan terpengaruh dengan keyakinan anda, malahanda boleh menambahkan keyakinan dengan menyatakan anggaranjangka masa bila produk anda akan habis dijual.

Contoh ayat ; “Produk ini pasti akan habis terjual dalam masa seminggusahaja…”

Strategi “Serangan Bom”

Dengan strategi ini, anda perlu memberitahu prospek anda bahawa andatidak akan menyewakan, berkongsi atau menjual nama / emel merekakepada orang lain. Anda perlu nyatakan bahawa anda faham situasimereka dimana mereka sering dibom dengan emel – emel promosi daniklan. Ianya akan menunjukkan bahawa anda sebenarnya mahu membantumereka mengurangkan emel spam yang tidak berfaedah.

Page 3: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

3 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Contoh ayat : “Kadang kala ianya sangat menyusahkan apabila setiap harianda diserang oleh bom promosi dan iklan yang menjengkelkan..”

Strategi “Tiada Pemasangan”

Anda hanya perlu nyatakan bahawa produk anda tidak memerlukanpemasangan apa – apa perisian untuk menggunakannya. Ini disebabkanramai yang tidak suka atau kurang mahir untuk memasang perisian dikomputer mereka kerana kadang kala memasang perisian merupakan kerjayang rumit.

Contoh ayat : “Anda tidak perlu memasang apa – apa perisian untukmenggunakan produk ini..”

Strategi “Ubahsuai”

Strategi ini membenarkan prospek anda mengubahsuai produk andamengikut keperluan mereka. Anda juga boleh menyatakan produk andasangat mudah untuk disesuaikan dengan keadaan semasa atau keperluanmereka.

Contoh ayat : “Produk ini boleh disesuaikan dengan apa jua keperluananda dengan mudah..”

Strategi “Penetapan”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka hanya akanmembuat pelaburan sekali sahaja tanpa perlu membayar yuran bulananatau tahunan. Maknanya, anda membuat penetapan bayaran hanyalahsekali sahaja. Jika mereka berminat, pastinya mereka akan mendapatkanservis anda kerana ramai yang tidak suka membayar yuran secaraberulang – ulang setiap bulan.

Contoh ayat: “Dapatkan servis kami sekarang dan buat pelaburan sekali

Page 4: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

4 50 Teknik Pemasaran di Facebook

sahaja seumur hidup tanpa perlu membayar yuran bulanan..”

Strategi “Mereka Melakukannya”

Berikan prospek anda contoh yang spesifik tentang beberapa orang yangtelah mendapat faedah melalui produk anda. Anda boleh jadikan merekasebagai sebuah kisah kejayaan para pelanggan anda atau letakkannyasebagai faedah produk di surat jualan anda. Letakkan juga sebagaitestimonial.

Contoh ayat: “Ali telah menjana RM1000 seminggu manakala John pulabaru sahaja memperoleh RM500 setelah dua hari mempraktikkan apa yangditunjukkan dalam ebook saya..”

Strategi “Rakan JV Peribadi”

Beritahu prospek anda bahawa jika mereka membeli produk anda, merekaberpeluang mempromosikannya juga. Berikan pelanggan anda komisenyang tinggi berbanding affiliate anda yang lain. Sebagai galakan, beritahumereka juga jumlah rakan – rakan JV anda dan jangan lupa nyatakanbetapa besarnya reputasi rakan JV anda.

Contoh ayat: “Sebagai bonus tambahan, anda berpeluang untuk menjadirakan JV istimewa saya dan menikmati komisen istimewa juga..”

Strategi “Bayangkan”

Dengan menggunakan strategi ini, anda memberitahu prospek anda agarmembayangkan faedah – faedah yang bakal mereka miliki jikamendapatkan produk anda. Ramai yang tidak terus membeli ketikapertama kali melihat iklan anda, jadi dengan kaedah ini ianya akanmembantu mereka membeli dari anda di lain hari walaupun tanpa melihatiklan anda.

Contoh ayat: “Bayangkanlah, setiap hari anda akan menerima ratusan

Page 5: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

5 50 Teknik Pemasaran di Facebook

surat yang mengandungi wang pos didalamnya walaupun anda hanyaduduk dirumah tanpa berpeluh..”

Strategi “Lakukan Sendiri”

Beritahu prospek anda, mengapa mereka tidak melakukannya sendiri untukmendapatkan faedah yang diingini sekiranya mereka mampumelakukannya. Anda hanya perlu yakinkan mereka, bahawa mereka tidakdapat melakukannya sendiri tanpa bantuan dari produk anda.

Contoh ayat: “Kenapa anda masih mahu membazirkan wang mengupahorang lain, sedangkan dengan bantuan produk kami anda bolehmelakukannya sendiri..”

Strategi “Tidak Mustahil”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda bahawa inilah masa yangsesuai untuk memenuhi keinginan mereka kerana produk andamenyediakan segala yang dianggap mustahil sebelum ini. Jadi, kaitkanproduk anda dengan perkembangan terkini contohnya; teknologi baru,bahan terbaru, informasi terbaru dan sebagainya.

Contoh ayat: “Menjana wang melalui Facebook kini tidak mustahil lagi,kerana ebook yang kami terbitkan ini sarat dengan informasi terbaru yangbelum pernah didedahkan..”

Strategi “Ketinggalan”

Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan ketinggalandari segi peluang untuk mencapai matlamat bersama dengan produk anda.Anda mungkin boleh mengingatkan mereka bahawa ianya ada dinyatakandi media seperti TV, radio mahupun majalah.

Contoh ayat: “Ramai yang sudah bergelar jutawan semenjak menyertaiprogram kami, adakah anda mahu ketinggalan?..”

Page 6: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

6 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Strategi “Sangat Penting”

Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa sangat penting untukmereka membaca keseluruhan surat jualan anda, kerana jika tidak merekaakan terlepas sesuatu yang sangat penting. Ini disebabkan ramai yangmeninggalkan surat jualan anda tanpa membaca sepenuhnya.

Contoh ayat: “Ini mungkin laman web yang sangat penting untuk andabaca, kerana anda berkemungkinan tidak menemuinya lagi..”

Strategi “Tindakan Pertama”

Nyatakan kepada prospek anda langkah pertama yang mereka perlulakukan sebelum mereka mahu mencapai matlamat. Ianya mungkinmembeli produk anda atau sekadar mendaftar sebagai subscriber dansebagainya. Anda juga boleh nyatakan, jika mereka gagal mengikutinyaianya akan menyebabkan mereka kerugian dari segi masa, wang, tenagadan sebagainya.

Contoh ayat: “Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelummenikmati pemberian percuma ini ialah..”

Strategi “Sedia Maklum”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda tentang fakta yangmenyokong produk anda. Anda seharusnya menggunakan fakta yangdiketahui ramai dan umum. Ianya boleh menjadi lebih ‘berkuasa’ keranafakta tersebut sudahpun diterima oleh prospek anda sebelum ini danmereka mempercayainya.

Contoh ayat: “Semua sudah sedia maklum bahawa makanan yangmengandungi lemak yang tinggi sangat memudaratkan, sebab itulahproduk kami merupakan produk bebas lemak..”

Page 7: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

7 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Strategi “Fungsi Yang Sama”

Melalui strategi ini, anda memaklumkan bahawa produk anda sama fungsidan piawaian seperti produk lain dipasaran namun harganya lebih murah.Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda faham ramai yang kurangmampu mendapatkan produk sedemikian namun sekarang mereka bolehmendapatkan produk yang sama fungsinya pada harga terendah(semestinya produk anda).

Contoh ayat: “Kini anda boleh mendapatkan mesin urut yang samakualitinya dan sama fungsinya seperti mesin urut berjenama tetapi padaharga yang jauh lebih rendah..”

Strategi “Senaraikan”

Anda menggesa prospek anda untuk melakukan sedikit tindakan fizikal,berbanding dengan hanya membaca sahaja. Ia sebenarnya, secara tidaklangsung menanamkan minat terhadap produk anda.

Contoh ayat: “Ambil masa 1 minit berharga anda, dan senaraikan matlamatanda untuk bulan ini..”

Strategi “Kadang Kala”

Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa ada masanya keadaanberubah dan bagaimana produk anda boleh membantu mereka sesuaidengan keadaan semasa. Orang ramai akan berminat dengan produk andaseandainya produk anda boleh memudahkan keadaan, lebih murah, lebihpantas dan sebagainya.

Contoh ayat: “Kadang kala, kita perlu menyesuaikan diet harian kitadengan keadaan setempat dan sebab itulah produk kami dicipta agar andaboleh menggunakannya dimana – mana serta bila – bila masa sahaja..”

Page 8: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

8 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Strategi “Tiada Aduan”

Melalui strategi ini, anda memberitahu prospek anda bahawa denganmenggunakan produk anda mereka tidak lagi menjadi mangsa aduanorang ramai. Ramai orang sangat mengambil serius tentang aduanmengenai mereka.

Contoh ayat: “Kini anda tidak perlu risau kerana tiada lagi aduan mengenaibau badan yang kurang enak dengan menggunakan produk kami..”

Strategi “Setiap Hari”

Nyatakan kepada prospek anda tentang informasi yang setiap hari merekalihat atau baca bagi menyokong produk anda. Ianya kemungkinan satutopik hangat yang sedang dibincangkan diperingkat dunia ataupundikalangan niche anda. Anda berikan mereka fakta dan buktikan ianyabenar, serta beritahu mereka bahawa mereka akan ketinggalan sekiranyatidak memiliki produk anda.

Contoh ayat: “Setiap hari anda mendengar bahawa pentingnya penjagaanalam sekitar agar hidup lebih selesa dan jika anda mendapatkan produkkami, anda telahpun menyumbang ke arah alam sekitar yang lebihbersih..”

Strategi “Mereka Tidak tahu”

Kaedah ini memberitahu prospek anda bahawa mereka akan mempunyaikelebihan berbanding pakar jika mereka mendapatkan produk anda.

Ayat contoh: “Ramai pakar yang tidak tahu mengenai teknik ini dan jikaanda mendapatkan ebook ini, anda akan memiliki banyak kelebihanberbanding mereka..”

Strategi “Perubahan”

Page 9: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

9 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Gunakan strategi ini dan nyatakan kepada prospek anda bahawa apa yangmereka lakukan sekarang akan berubah. Orang ramai akan berminatdengan produk anda jika ianya lebih baik daripada apa yang mereka adasekarang untuk mencapai matlamat.

Contoh ayat: “Amaran:Bidang perniagaan internet kini sudah berubah dananda bakal ketinggalan kecuali anda mendapatkan produk kami..”

Strategi “Permulaan”

Dalam strategi ini, anda akan memberitahu prospek anda bahawa merekaadalah yang pertama berpeluang memiliki produk anda. Mereka akanmenyukai sesuatu yang kelihatan rahsia dan faedah – faedah yangdiperolehi dimana mereka menjadi orang terawal memilikinya.

Contoh ayat: “Sebagai permulaan dan yang terawal, saya nasihatkan andaagar tidak menghebahkan teknik ini kerana ianya rahsia pemilik ebook ini..”

Strategi “Belum Lagi”

Beritahu prospek anda bahawa ada sesuatu yang penting atau menariuntuk disampaikan dibahagian akhir surat jualan anda. Anda boleh berikanpembayangnya di awal surat jualan untuk memujuk mereka meneruskanpembacaan surat jualan anda. Jika mereka membaca sehingga habis suratjualan anda, ada kemungkinan mereka kan membeli.

Contoh ayat: “Saya belum lagi bersedia membongkarkan teknik rahsia ini,tetapi anda akan mengetahuinya nanti di akhir surat jualan ini..jaditeruskan bacaan anda dan saya pasti anda akan teruja..”

Strategi “Pergi dan Rugi”

Kaedah ini akan memberitahu prospek anda bahawa mereka harusbertindak sekarang, bukannya esok atau lusa. Mungkin ramai yangmenganggap itu hanyalah gimik pemasaran, tapi anda tegaskan bahawa

Page 10: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

10 50 Teknik Pemasaran di Facebook

ianya serius dan bukan satu gimik.

Contoh ayat: “Bertindak sekarang, kerana jika anda meninggalkan lamanini maka anda tidak akan berpeluang menikmati tawaran ini lagi di lainhari..”

Strategi “Kejayaan Sebenar”

Beritahu prospek anda bahawa mereka memerlukan sesuatu pemangkinatau faktor (tool) untuk mencapai keinginan mereka. Semestinya, andamemperkenalkan produk anda sebagai pemangkin tersebut. Anda jugaboleh menyatakan bahawa ramai orang memiliki attitud yang betul tetapitidak semuanya memiliki ‘tool’ yang betul untuk berjaya.

Contoh ayat: “Kejayaan sebenar seorang affiliater juga sangat bergantungkepada tool promosi yang digunakan, maka produk kami adalah toolterbaik untuk menjadi affiliater yang berjaya..”

Strategi “Kuota”

Anda nyatakan kepada prospek anda bahawa mereka perlu bertindaksegera dengan membuat tempahan atau belian secara terus kerana kuotaadalah terhad. Beritahu mereka, bahawa anda telah menghebahkannyakepada ramai orang diluar sana dan kemungkinan kuota akan dipenuhidengan cepat. Dengan ini, prospek anda akan merasa bahawa merekabukanlah orang terawal yang menerima informasi tersebut.

Contoh ayat: “Kuota yang saya tetapkan amatlah terhad, dan sebelum inisaya telah hebahkan kepada semua orang diluar sana sebelum andamenerima emel pemberitahuan ini..”

Strategi “Tiada Rekod”

Sesuai untuk anda yang menganjurkan seminar percuma, nyatakan kepadaprospek anda bahawa anda tidak akan merekodkan seminar anda samada

Page 11: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

11 50 Teknik Pemasaran di Facebook

dalam bentuk audio atau video. Jika mereka tidak menghadirinya, merekatidak akan tahu isi kandungan seminar anda. Boleh juga jika andamenyatakan bahawa rekod video atau audio anda menjadi produkberbayar nanti. Pastinya, mereka yang tidak mahu mengeluarkan kos akanmenghadiri seminar anda.

Contoh ayat: “Anda tidak akan melihat atau mendengar lagi seminar inikerana seminar percuma ini tidak akan direkodkan dalam bentuk videomahupun audio..”

Strategi “Yuran Keahlian”

Nyatakan bahawa anda selalunya mengenakan yuran untuk produk ataulaman keahlian anda. Namun, untuk prospek anda nyatakan bahawa yurantelahpun anda mansuhkan dan ianya kini percuma. Ini akan membuatkanprospek anda berasa sangat gembira dengan kemudahan yang andasediakan. Jika mereka gembira, mudahlah untuk anda mempromosikanproduk.

Contoh ayat: “Kami memansuhkan sepenuhnya yuran keahlian untuk andadan menambahkan lagi bonus yang bernilai RM..”

Strategi “Ingin Berbicara”

Dengan mengajak prospek anda berbicara, ianya nampak lebih peribadiwalaupun hanya melalui emel. Ramai orang lebih senang membaca emelyang bersifat peribadi berbanding emel secara rambang. Selain itu, denganteknologi yang semakin canggih anda mungkin boleh mengajak merekachat melalui YM atau Skype.

Contoh ayat: “Saya ingin berbicara dengan anda sebentar, semogaperbincangan kita ini mampu menyelesaikan masalah anda..”

Strategi “Jual dan Untung”

Page 12: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

12 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Beritahu prospek anda bahawa mereka akan menikmati komisen yangistimewa jika mereka mencapai target anda. Ia akan membantumemberikan motivasi buat mereka untuk mempromosikan produk andasecara besar – besaran.

Contoh ayat: “Dapatkan jualan seminimum 50 jualan, dan anda akandiberikan bonus hebat bernilai RM1000..”

Strategi “Laman Keahlian Isitimewa”

Sesuai bagi yang mempromosikan affiliate, umumkan kepada prospek andabahawa anda akan memberikan sesuatu yang istimewa jika merekamembeli melalui link affiliate anda. Jika anda memiliki laman keahlian,berikan sesuatu yang sukar untuk dilepaskan atau boleh memberipenjimatan kepada mereka.

Contoh ayat: “Anda berpeluang mendapat keahlian secara percuma selama6 bulan sekiranya anda membeli melalui link affiliate saya..”

Strategi “Sudahkah Anda Memiliki”

Kaedah ini memberitahu pelanggan atau prospek anda bahawa merekamemerlukan sedikit motivasi dan panduan untuk menggunakan produkanda. Anda boleh tawarkan khidmat perunding secara percuma ataubayaran minimum agar mereka boleh memanfaatkan produk andasepenuhnya. Dengan ini, ia menggalakkan mereka untuk mendapatkan lagiproduk anda dimasa hadapan.

Contoh ayat: “Sudahkah anda memiliki produk kami namun belummenggunakannya, jangan risau kerana saya akan tunjukkan bagaimanaproduk ini akan membantu anda sepenuhnya..”

Strategi “Baru dan Murah”

Page 13: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

13 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Beritahu prospek anda bahawa produk anda merupakan produk yangterbaru dipasaran namun harganya sangat murah. Beritahu bahawa, ramaijuga menjualnya diluar sana namun harganya berlipat kali ganda dannyatakan juga bahawa anda membantu menjimatkan pelaburan mereka.

Contoh ayat: “Inilah produk terbaru di pasaran dan saya tawarkannya padaharga terendah berbanding di tempat lain..”

Strategi “Adakah Anda Bersedia?”

Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa anda akan melancarkanproduk terbaru anda. Notis pra pelancaran akan menyemarakkan lagiminat mereka terhadap produk anda. Namun, jangan berikan kesemua infomengenai produk anda, sebaliknya biarkan mereka membayangkannyasendiri.

Contoh ayat: “Adakah anda bersedia pada Ahad ini dimana satu lagirevolusi perniagaan internet akan muncul..”

Strategi “Terima Kasih”

Dengan kaedah ini, anda mengucapkan terima kasih kepada semuapelanggan dan prospek anda. Secara tidak langsung, ia membayangkanbahawa perniagaan anda disokong oleh ribuan prospek dan pelanggan diluar sana. Ini boleh menambahkan reputasi dan juga kredibiliti andasebagai penjual.

Contoh ayat: “Saya amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepadasemua pelanggan termasuklah para subscribers yang menyokongpelancaran produk ini..”

Strategi “Ceritakan Kepada Saya”

Page 14: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

14 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Dengan kaedah ini, anda meminta agar pelanggan anda memberikantestimonial kejayaan mereka sepanjang menggunakan produk ataumendapatkan khidmat nasihat anda. Anda boleh benarkan merekameletakkan link mereka diakhir testimonial dan tujuannya agar merekamendapat publisiti juga. Hebahkan testimonial mereka di laman web, blogatau kumpulkannya di dalam sebuat repot atau ebook.

Contoh ayat: “Bolehkah anda kongsikan kisah kejayaan anda semenjakmenggunakan produk kami..”

Strategi “Bahagian ke – 2”

Strategi ini akan memberitahu prospek anda untuk membaca bahagian ke-2 mesej anda walaupun mereka belum lagi membaca bahagian pertamamesej anda untuk mengetahui keseluruhan mesej yang anda inginsampaikan. Ini membantu mereka yang tidak membaca mesej anda untukberasa teruja kerana ianya seolah – olah satu misteri bagi mereka. Andaboleh letakkan salinan mesej pertama anda diakhir mesej ke – 2 andasebagai rujukan.

Contoh ayat: “Inilah mesej bahagian ke -2, sambungan dari mesej pertamadimana segala penyelesaian terhadap masalah kewangan anda akanditunjukkan satu persatu..”

Strategi “Statistik”

Strategi ini akan menerangkan prospek anda tentang statistik yang terkinimengenai produk anda. Anda nyatakan bahawa ianya sangat penting takmahu mereka terlepas peluang untuk memperbaiki kehidupan mereka.Dengan ini, anda kelihatan ikhlas mahu membantu mereka.

Contoh ayat: “Statistik saya yang terkini menunjukkan hanya 30% pelawatsahaja membaca info ini sehingga habis dan saya tidak mahu andamengabaikan info ini demi kebaikan anda..”

Page 15: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

15 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Strategi “Menyimpan Rahsia”

Dengan teknik ini, anda memberitahu prospek anda bahawa anda telahmenyimpan rahsia tentang produk anda seorang diri sahaja untuk sekianlama. Beritahu mereka bahawa ianya adalah produk yang sangatmengujakan, dan anda bersedia untuk melancarkannya serta anda tidakboleh menyimpan rahsia tersebut seorang diri lagi. Jadi, mereka akan ingintahu apakah yang menyebabkan produk anda begitu bernilai sehinggaanda sanggup merahsiakannya sekian lama.

Contoh ayat: “Sudah sekian lama saya menyimpan rahsia ini seorang diri,namun akhirnya saya sedia berkongsi dengan anda melalui produk..”

Strategi “Pernahkah Anda Dengar”

Strategi ini memberitahu prospek anda bahawa jika mereka tidak membacamesej anda sekarang, mereka tidak akan menemuinya lagi dimasahadapan. Semestinya orang ramai sangat menggemari informasi terbarudan produk yang boleh mengubah hidup mereka.

Contoh ayat: “Pernahkah anda mendengar tentang kelebihan produk ini,atau anda tidak akan menemukannya lagi jika anda meninggalkan web inisekarang..”

Strategi “Salah Cetak”

Dalam strategi ini, anda beritahu prospek anda bahawa kenyataan tentangproduk anda mungkin nampak sukar dipercayai namun ianya benar danterbukti. Mungkin sesetengah orang menganggap ianya terlalu mustahildan ada kesilapan dalam penulisan surat jualan. Nyatakan dengan tegasbahawa ianya bukan kesilapan dari segi penulisan tetapi ianya benar.

Contoh ayat: “Ini bukan salah cetak, tetapi apa yang anda baca adalahbenar belaka..”

Page 16: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

16 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Strategi “Lebih Panjang”

Sesuai untuk anda yang memiliki laman keahlian, umumkan kepadaprospek anda bahawa mereka akan menikmati tawaran yang lebihmenjimatkan sekiranya memilih untuk menjadi ahli jangka panjang.Contohnya yuran bulanan anda ialah RM20 tetapi yuran tahunan pulahanya RM100, jadi mereka dapat berjimat RM20. Ataupun, jika mereka‘upgrade’ keahlian kepada 1 tahun di lain masa , mereka akan membayarRM110. Kaedah ini akan menimbulkan rasa ingin bertindak cepatdikalangan pospek anda.

Contoh ayat: “Daftar keahlian setahun sekarang dan nikmati penjimatanRM20 berbanding menjadi ahli biasa yang membayar yuran bulanan..”

Strategi “Pelancaran Rasmi”

Strategi ini akan mengumumkan bilakah anda akan melancarkan produkanda, dan ini akan membantu prospek anda bersedia untuk membeli. Iniakan memberikan ruang kepada prospek anda untuk mula mengumpulwang dan dana yang berkaitan. Jika anda menyediakan program affiliate,ini memudahkan para affiliater anda melakukan pra promosi. Ingatkanmereka, bahawa akan menghantar emel ketika pelancaran nanti.

Contoh ayat: “3 hari lagi untuk pelancaran rasmi produk..”

Strategi “Saya Teruja”

Anda maklumkan kepada prospek anda bahawa anda teruja dengan jualanproduk terhad anda yang sangat laris namun masih tinggal beberapa unitlagi untuk dihabiskan. Bagi mereka yang takut terlepas peluang,semestinya mereka akan membuat keputusan dengan segera.

Contoh ayat: “Saya agak teruja dengan jualan produk yang sangat laris,namun kini hanya tinggal 3 unit sahaja tinggal sebelum saya tutupjualannya..”

Page 17: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

17 50 Teknik Pemasaran di Facebook

Strategi “Hubungi Saya”

Beritahu prospek anda untuk menghubungi anda kerana mesej yang andaingin sampaikan amat penting. Jadi, mereka akan menganggap jemputananda amat penting dan bermanfaat.

Contoh ayat: “Sila hubungi saya untuk maklumat penting ini..”

Strategi “Jika Anda Seperti Saya”

Strategi ini ialah anda memberitahu propsek anda bahawa anda juga samaseperti mereka dalam usaha memperbaiki kehidupan. Jadi, nyatakanbetapa produk anda boleh membantu mereka dengan mudah tanpa perlubekerja keras.

Contoh ayat: “Jika anda seperti saya, malas dan letih untuk ke gim bagimenguruskan badan, inilah produk terbaik yang akan membantu anda..”

Strategi “O.T.O”

Beritahu prospek anda di laman pertama web anda, bahawa andamenyediakan tawaran terhad / O.T.O (one time offer) dilaman yang kedua.

Contoh ayat: “Anda boleh semak di laman kedua tentang tawaran terhadyang kami sediakan..”

Strategi “Tidak Mempercayai”

Nyatakan kepada prospek anda bahawa anda juga pada mulanya tidakmempercayai bahawa produk anda memberikan hasil positif, sama sepertimereka yang kali pertama melihatnya. Ini akan menghapuskanketidakpercayaan mereka terhadap produk anda kerana anda sudahpunmenyatakannnya sebelum ini dan mereka mahu membuktikan yang anda

Page 18: 50 Teknik Pemasaran Di Facebook

Hakcipta Terpelihara © 2014

18 50 Teknik Pemasaran di Facebook

tidak benar.

Contoh ayat: “Saya juga tidak mempercayainya dahulu, sama seperti andayang pertama kali melihatnya sehinggalah akaun bank saya mula dipenuhiwang setiap hari..”

Strategi “Pendekkan Waktu”

Katakan kepada prospek anda ianya mungkin mengambil masa berbulan –bulan untuk mencapai matlamat mereka jika mereka melakukannyabersendirian. Ramai orang suka menjimatkan masa dan gemar memilihidea yang memudahkan.

Contoh ayat: “Jika anda melakukannya seorang diri anda mungkinmengambil masa sehingga 6 bulan, namun produk saya mampumenjadikannya 6 hari sahaja..”