5.0 keperluan program

2
5.0 Keperluan Program Program pendidikan inklusif boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestasi atau Rancangan Pendidikan Individu (RPI) oleh guru untuk menentukan sama ada murid itu layak atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, sebelum murid-murid ditempatkan di kelas inklusif sepenuhnya, guru-guru akan memberi pendedahan kepada murid melalui pra inklusif di kelas Pendidikan Khas. Pra inklusif merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek kurikulum perdana, masa pembelajaran dan asas kemahiran. Berdasarkan pemerhatian, pra inklusif ini sering kali dilakukan oleh guru-guru Pendidikan Khas di dalam kelas bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan bagi membiasakan murid-murid Pendidikan Khas yang layak untuk mengikuti pendidikan inklusif membiasakan diri mereka dengan situasi serta suasana pembelajaran yang berbeza pada masa akan datang. Penempatan murid ke dalam pendidikan inklusif adalah bergantung kepada laporan prestasi yang telah disemak oleh guru-guru Pendidikan Khas. Jika prestasi pelajar tersebut menepati syarat, maka pelajar tersebut akan ditempatkan ke dalam pendidikan inklusif. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, bilangan pelajar berkeperluan khas yang ditempatkan di dalam kelas inklusif bagi sesebuah kelas tidak terlalu ramai. Hal ini kerana, dengan bilangan yang minimun memudahkan guru biasa untuk memberi perhatian kepada pelajar tersebut serta membantu pelajar berkeperluan khas untuk lebih bergaul dengan pelajar-pelajar aliran perdana yang lain untuk tujuan sosial, akademik, dan sebagainya. Para pelajar yang sering mengikuti pendidikan inklusif ini adalah daripada kategori pintar cerdas, lembam, ADHD dan sebagainya. Meskipun mereka terdiri daripada kategori yang berbeza, namun begitu pencapaian serta penguasaan terhadap pendidikan berbeza dan memerlukan bimbingan serta perhatian daripada guru. Namun begitu, melalui pendidikan inklusif pelajar berkeperluan khas tersebut dapat berkembang serta meningkatkan prestasi akademik serta sosial mereka. Hal ini kerana, melalui pergaulan langsung bersama rakan-rakan akan memberi kesan yang positif kepada diri mereka untuk menjadi lebih yakin dan diterima oleh masyarakat sekeliling. Pendidikan inklusif turut memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak. Apa yang dapat diperhatikan sepanjang kajian berlangsung,

Upload: sofiasaman

Post on 22-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

p.khas

TRANSCRIPT

Page 1: 5.0 Keperluan Program

5.0 Keperluan Program

Program pendidikan inklusif boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan

menengah bergantung kepada laporan prestasi atau Rancangan Pendidikan Individu

(RPI) oleh guru untuk menentukan sama ada murid itu layak atau sebaliknya. Walau

bagaimanapun, sebelum murid-murid ditempatkan di kelas inklusif sepenuhnya,

guru-guru akan memberi pendedahan kepada murid melalui pra inklusif di kelas

Pendidikan Khas. Pra inklusif merupakan penempatan sementara pelajar

berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek

kurikulum perdana, masa pembelajaran dan asas kemahiran.

Berdasarkan pemerhatian, pra inklusif ini sering kali dilakukan oleh guru-guru

Pendidikan Khas di dalam kelas bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Ini

bertujuan bagi membiasakan murid-murid Pendidikan Khas yang layak untuk

mengikuti pendidikan inklusif membiasakan diri mereka dengan situasi serta

suasana pembelajaran yang berbeza pada masa akan datang.

Penempatan murid ke dalam pendidikan inklusif adalah bergantung kepada

laporan prestasi yang telah disemak oleh guru-guru Pendidikan Khas. Jika prestasi

pelajar tersebut menepati syarat, maka pelajar tersebut akan ditempatkan ke dalam

pendidikan inklusif. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan,

bilangan pelajar berkeperluan khas yang ditempatkan di dalam kelas inklusif bagi

sesebuah kelas tidak terlalu ramai. Hal ini kerana, dengan bilangan yang minimun

memudahkan guru biasa untuk memberi perhatian kepada pelajar tersebut serta

membantu pelajar berkeperluan khas untuk lebih bergaul dengan pelajar-pelajar

aliran perdana yang lain untuk tujuan sosial, akademik, dan sebagainya.

Para pelajar yang sering mengikuti pendidikan inklusif ini adalah daripada

kategori pintar cerdas, lembam, ADHD dan sebagainya. Meskipun mereka terdiri

daripada kategori yang berbeza, namun begitu pencapaian serta penguasaan

terhadap pendidikan berbeza dan memerlukan bimbingan serta perhatian daripada

guru. Namun begitu, melalui pendidikan inklusif pelajar berkeperluan khas tersebut

dapat berkembang serta meningkatkan prestasi akademik serta sosial mereka. Hal

ini kerana, melalui pergaulan langsung bersama rakan-rakan akan memberi kesan

yang positif kepada diri mereka untuk menjadi lebih yakin dan diterima oleh

masyarakat sekeliling.

Pendidikan inklusif turut memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak. Apa

yang dapat diperhatikan sepanjang kajian berlangsung, sokongan daripada pihak

Page 2: 5.0 Keperluan Program

sekolah seperti Guru Besar sendiri yang sentiasa menyokong dan memberikan

peluang kepada pelajar berkeperluan khas sedikit sebanyak membantu pendidikan

inklusif ini dapat berjalan dengan lancar. Namun begitu, kerjasama dalam kalangan

guru biasa masih perlu ditingkatkan bagi menjalinkan kerjasama yang lebih erat

supaya pendidikan inklusif ini menepati matlamat serta objektif yang telah

disenaraikan.

Selain itu, ibu bapa juga turut memainkan peranan penting. Sikap dan prihatin

ibu bapa terhadap perkembangan akademik anak-anak mereka terutama anak-anak

Pendidikan Khas banyak membantu guru-guru untuk merancang aktiviti atau

program yang lebih sesuai untuk anak-anak Pendidikan Khas tersebut. Sokongan

yang diberikan oleh ibu bapa banyak memberi semangat selain merancang

bersama-sama program yang bersesuaian untuk anak-anak mereka. Setiap

pandangan dan pendapat mereka akan diambil perhatian seterusnya akan dilakukan

pertimbangan oleh guru-guru Pendidikan Khas serta guru biasa. Seterusnya, ibu

bapa juga turut memainkan peranan dengan meneruskan pengajaran di rumah

mereka supaya pelajar berkeperluan khas terus melatih diri mereka dengan

persekitaran yang sebenar.

Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas Pendidikan Khas adalah

berbentuk fleksibel bergantung kepada keperluan dan masalah pelajar. Namun

begitu, bagi pendidikan inklusif guru biasa perlu mengikuti kurikulum yang telah

ditetapkan. Oleh yang demikian, sebagai penambahbaikkan bagi pendidikan inklusif

guru perlu lebih kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. Hal ini

kerana, dengan menyelitkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan serta unsur-unsur

terapi yang sesuai akan membantu perkembangan para pelajar termasuk pelajar

berkeperluan khas selain menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung dengan seronok dan menarik untuk para pelajar mengikutinya.