5.0 ilmu baru yang diperoleh (pbs)

Upload: lau-ung-hong

Post on 10-Mar-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

5.0 Ilmu Baru Yang Diperoleh (PBS)

TRANSCRIPT

5.0ILMU ATAU PENGETAHUAN BARU MELALUI:5.1PemerhatianBeberapa pemerhatian telah saya jalankan di sekolah pilihan saya untuk menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), iaitu SJK (C) Chung Hua, Sibu. Saya telah membuat pemerhatian terhadap pemerhatian terhadap persekitaran sekolah, aktiviti sekolah, bilik darjah, tingkah laku murid dan sikap guru.Bagi persekitaran sekolah, sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang cukup dan sempurna. Prasarana seperti kelas yang dilengkapi oleh projektor, bilik multimedia, taman mini, papan tanda untuk tetamu da sebagainya. Hal ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa prasarana ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang amat selesa kerana dapat memenuhi keperluan guru dan murid. Kemajuan TMK di sekolah dapat diperhatikan dan sistem TMK ini amat canggih sehingga dapat membuat pengumuman dan memaparkan berita untuk murid. Hal ini akan membantu murid sekolah lebih senang untuk belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua peperiksaan. Pengurusan perhiasan di sekolah sangat baik dan sangat sistematik. Keceriaan dan kebersihan amat ditekankan dan dijaga dengan baik. Penglihatan yang selesa dapat diwujudkan apabila segala hiasan yang disusun dan dibina tidak menyebabkan halangan terhadap lalu lintas. Selain itu, pemerhatian juga telah saya jalankan terhadap aktiviti sekolah. Selain itu, program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga dilaksanakan bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan murid-murid. Di sini, saya dapat melihat pihak sekolah amat menekankan kepentingan makan pagi dalam kalangan murid. Kelas juga dibersihkan sebelum dan selepas kelas. Mereka tidak sebagai pahat dengan penukul, mereka akan menjalankan tugas mereka mengikut jadual tugas yang telah ditetapkan tanpa diarah oleh orang lain. Dari sini, kita dapat melihat nilai berdikari dalam diri mereka. Segelintir murid juga akan pergi ke perpustakaan untuk membaca buku atau meminjam buku bagi mendapat maklumat. Selain itu, pemerhatian di bilik darjah juga dijalankan. Sewaktu saya masuk ke dalam kelas untuk pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati kelas tersebut dilengkapi dengan bahan-bahan asas iaitu, papan putih, penyapu, bakul sampah, projektor, papan notis yang telah dihiaskan, papan notis yang digunakan untuk mencatat perkara yang perlu dibuat dan sebagainya. Dengan ini, saya mendapati bahawa kelas ini amat menjaga kebersihan dan keceriaan. Kebersihan dan keceriaan sesuatu kelas haruslah dijaga untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Karya-karya murid yang baik juga ditampalkan bagi menggalakkan murid menghasilkan kerja yang baik dan menjadi contoh kepada murid yang lain. Di samping itu, saya telah memerhati kesusahan seorang guru dalam mengawal emosi murid dan keadaan kelas. Hali ini telah mengingatkan saya bahawa kerja sebagai seorang guru bukan kerja yang mudah tetapi amat tabah dan memerlukan kesabaran yang cukup banyak.Pemerhatian yang seterusnya adalah pemerhatian terhadap tingkah laku murid. Segelintir murid bersalam dengan saya apabila bertemu. Nilai moral ini haruslah diterapkan sentiasa dalam kalangan murid. Murid di sekolah ini juga mempunyai nilai bekerjasama. Mereka selalu berbincang dengan murid yang lain tentang cara penyelesaian jika menghadapi masalah. Idea atau maklumat juga selalu dikongsikan untuk bekerjasama menyelesaikan sesuatu masalah. Sikap ini haruslah diamalkan dalam kehidupan seharian bagi menjaga keharmonian antara murid. Terdapat juga bahawa emosi dan minat murid dalam kelas semasa diajar oleh guru. Guru haruslah mengajar murid berubah ke arah pemikiran dan pengurusan emosi yang positif, bukan hanya dengan cara memberi tekanan kepada perasaan. Emosi negatif akan membawa keburukan kepada diri mereka. Kawalan emosi sangat penting kerana emosi merupakan tunjang perbuatan yang bakal kita lakukan. Bagi pemerhatian terhadap guru-guru di sekolah, mereka mengikut segala arahan daripada guru besar. Kepercayaan dan perpaduan telah dipupuk antara satu sama lain dalam perkongsian pemikiran dan idea untuk mencapai kesefahaman. Setiap guru memikul tanggungjawab dan jawatan masing-masing untuk memberi sumbangan kepada sistem pelajaran di sekolah. Sikap bekerjasama dan bertolak ansur ini merupakan kunci untuk membina sebuah sistem pengurusan sekolah yang sistematik. Pengetahuan ini amat saya hargai. Guru-guru di sekolah juga beramanah untuk memberi pengajaran kepada murid-murid. Mereka telah menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab dan tidak malas walaupun guru besar tidak memantau mereka. Sebagai seorang bakal guru, saya juga haruslah melaksanakan tugas yang telah diberi secara amanah dan bertanggungjawab. Ini merupakan cara untuk memberi sumbangan saya terhadap negara.

5.2 Senarai SemakSemasa saya menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah SJK (C) Chung Hua selama 5 hari berturut-turut, saya telah membuat satu senarai semak berdasarkan pelbagai aspek. Tujuan saya membuat senarai semak ini adalah untuk memastikan sama ada sekolah ini memenuhi beberapa aspek seperti disiplin murid, model guru dan isu-isu semasa.Murid di sekolah ini mempunyai disiplin diri yang memuaskan. Mereka sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Selain itu, kes lewat datang ke sekolah juga kadang-kala berlaku di sekolah ini. Murid hadir ke sekolah dengan ketepatan masa iaitu sebelum pukul 7.00 pagi. Bagi imej kendiri, mereka berpakaian kemas dengan mengikut cara pemakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Rambut murid perempuan hendaklah diikat jika panjang dan murid lelaki wajib berambut pendek.Tidak dapat dinafikan bahawa guru merupakan model penting kepada semua murid. Oleh itu, guru mempunyai kewajipan untuk mendisiplinkan diri dengan berkelakuan baik dan menepati masa. Sebagai seorang guru, kita mestilah sentiasa menjaga disiplin dan ketrampilan diri dari semasa ke semasa. Malang, terdapat beberapa orang guru dalam sekolah ini tidak memakai tag nama dengan kemas atau langsung tidak pakai. Adakah ini dapat meyakinkan murid terhadap guru sebagai seorang teladan bagi mereka? Jadi, guru harus menjadi rol model yang baik kepada murid-muridnya dengan melengkapkan diri sendiri terlebih dahulu.Aspek penyemakan terakhir adalah isu-isu semasa berkaitan dengan sekolah, iaitu pembestarian pendidikan, pendemokrasian pendidikan, peningkatan profesionalisme, pendidikan sepanjang hayat, dan pelestarian alam sekitar. Ciri-ciri di atas akan menentukan sama ada sekolah tersebut dilingkungi dalam kategori cemerlang atau buruk. Pendek kata, semua aspek di atas mestilah dijaga dengan baik agar sesebuah sekolah dapat menghasilkan generasi baru yang berkualiti setanding dengan negara asing.

5.3 Temu BualSemasa menjalankan aktiviti PBS di SJK (C) Chung Hua, saya telah menemu bual dengan guru besar, guru penolong kanan 1, guru penolong kanan kokurikulum, guru mentor, guru-guru lain, kakitangan sekolah dan murid-murid. Melalui temu bual tersebut, saya telah memperoleh banyak maklumat yang berguna. Perkongsian pengalaman pengajaran dan pengetahuan mereka amat berguna dan mendatangkan faedah yang banyak kepada saya. Saya telah mempelajari tentang cara-cara mereka dalam mengurus sekolah dan mengajar murid-murid tentang subjek tertentu. Salah satu ilmu yang telah saya perolehi melalui temu bual ialah strategi perancangan sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti. Guru-guru telah menyediakan rancangan sebelum mereka masuk ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Mereka telah merancang cara pengajaran sama ada dengan menggunakan alat bantu mengajar, buku teks atau menjalankan aktiviti berkumpulan. Hal ini amat penting kerana strategi merancang akan melicinkan proses pengajaran di samping dapat menjamin penyampaian ilmu yang berkesan kepada murid-murid. Aktiviti berkumpulan juga dapat menggalakkan murid bersosial dengan murid yang lain.Seterusnya, saya juga memahami tentang kepentingan berinteraksi dalam pelaksanaan kerja kursus saya. Saya mempelajari untuk berinteraksi dengan staf-staf sekolah untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan. Staf sekolah amat sudi memberi kerjasama apabila saya ingin memperolehi maklumat dari mereka. Mereka selalu mencuba sedaya upaya untuk membantu saya mendapatkan maklumat yang diperlukan.Di samping itu, saya juga mempelajari cara PdP yang efektif daripada guru-guru di sekolah ini. Mereka telah membantu murid mengulangkaji pelajaran yang diajar pada waktu pengajaran yang lepas. Seterusnya, beliau memberi ujian kepada mereka. Hal ini dapat membantu mereka mempercepatkan pembelajaran ilmu pengetahuan yang lepas.

5.4 Soal SelidikSemasa saya menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah SJK (C) Chung Hua selama 5 hari berturut-turut, saya telah membuat satu soal selidik kepada guru dan murid-murid. Melalui soal selidik kepada guru, saya mendapati guru di sekolah ini memang suka akan kerjaya mereka. Mereka tidak pernah berasa bosan sepanjang perkhidmatan. Mereka suka menggunakan alat bantu mengajar (ABM) untuk mengajar murid-murid. Hal ini demikian untuk memastikan murid-murid memahami tentang topik yang diajar. Guru-guru di sekolah ini juga mempunyai ilmu pengetahuan dalam penggunaan alat teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka sentiasa belajar untuk mengubah teknik mengajar daripada pengalaman yang diperoleh. Seseorang guru yang bersikap sebegini akan melahirkan murid-murid yang berjaya pada masa kelak.Menerusi soal selidik yang saya jalankan kepada murid-murid, saya mendapati bahawa kebanyakan murid memahami pengajaran yang telah disampaikan oleh guru. Namun, segelintir murid lemah dalam bahasa Inggeris. Hal ini secara tidak langsung mendorang murid-murid gagal dalam peperiksaan kerana banyak penggunaan isitilah sains dalam bahasa Inggeris digunakan. Untuk mendorang murid-murid memahami subjek sains, guru selalu memberi latihan pengukuhan kepada mereka. Penggunaan peta minda juga digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk menarik perhatian murid-murid. Bukan itu sahaja, murid-murid juga digalakkan berbincang dalam kumpulan kecil agar belajar untuk memperoleh ilmu dengan diri sendiri.