5. tajuk 1 - · pdf filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. sebagai contoh, ......

19
OUM 1 TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENGENALAN Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai guru perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. OBJEKTIF Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian; 2. membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan 3. mengenalpasti tujuan penilaian dijalankan. PETA MINDA TAJUK

Upload: hoanglien

Post on 03-Feb-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

OUM 1

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DANPENILAIAN

PENGENALAN

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakansebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kitamembuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai guru perlu membuatpertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yangberlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar ataumemerlukan ulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam duniapendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guruapabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilaiprestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yangmendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaanmempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktoryang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu gurudalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

OBJEKTIF

Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian;

2. membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan

3. mengenalpasti tujuan penilaian dijalankan.

PETA MINDA TAJUK

Page 2: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

2 OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

1.1 KONSEP PENILAIAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN

Sekiranya anda diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajiantinggi, apakah penilaian-penilaian yang anda lakukan terlebih dahulu sebelummenerima tawaran tersebut. Apakah kayu ukur yang akan anda gunakan sebelummembuat keputusan dan bagaimanakah anda menguji keputusan yangdilakukan tersebut sama ada akan membawa kesan baik atau sebaliknya untukanda?

Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari daripada membuat keputusan.Dalam membuat sebarang keputusan, sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukanterlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkanmaklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabilaproses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yangdiperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benarbersesuaian.

Sebenarnya, aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains kemasyarakatanbermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehanindividu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga munculbeberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penilaian (evaluation)dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan kepadapembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yangdijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R.

Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utamaperlu diambil.

(a) Pertama, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya, pihak sekolah inginmeningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah dan selepas membuatpenilaian, mendapati taraf bacaan tidak memuaskan, maka

(b) Kedua, satu tindakan baru perlu diambil.

1.1.1 Penilaian

Pernahkah anda berada dalam satu-satu acara lelongan awam sepertimelelong barang-barang antik. Cuba anda bayangkan bagaimanakahseseorang tersebut membuat penilaian sebelum membuat keputusan untukmembeli. Apakah sebenarnya maksud penilaian?

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukankerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkankita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atausebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yangtepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan

Page 3: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

OUM 3

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalahtentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah.

Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah.Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkanmencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkanmaklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian,anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagimendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusandalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencaridan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatifkeputusan”.

Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasamengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telahditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan ataukeputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbezadengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentuyang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yangsistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran danpembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilikdarjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajaratau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnyamengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilaiukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumatlain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat denganmenggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atautemubual.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan download fail PDF dari lamanweb berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf

Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentukkuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif,penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama penjelasannilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yangmenggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapatmelukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaianmeliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakannilai/interpretasi ukuran.

Page 4: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

4 OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah 1.1 di bawah.

Rajah 1.1: Prosedur penilaian

Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000)menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan secara silihberganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusanberdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagiandaripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagisesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakandalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepadapelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

1.1.2 Pengukuran

Kita sering melihat bahawa ahli-ahli atlit sukan yang ingin mewakili negara akandiberi syarat-syarat tertentu untuk membolehkan mereka diterima secaraautomatik untuk mewakili negara. Apakah sebenarnya yang diukur, pencapaianperibadi mereka atau jumlah penyertaan yang mereka sertai. Apakah maksuddan tujuan pengukuran?

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuranmembawa definisi sebagai “suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik

Page 5: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

OUM 5

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

(melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukurdengan menggunakan alat tertentu”. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukansejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.

Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorangindividu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Contohnya, Ramli mendapat60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atausebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikannilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat yang digunakan.

Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiranmelukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan, sementarapengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkanpengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedahtertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut.

Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudahtentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikalseseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat sepertipenggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak bolehdianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupunskor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak jugaboleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajarguru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepatsebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.

Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yangtepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yangdiperoleh juga tidak tepat.

1.1.3 Pengujian

Kita sering mendengar di stesyen TV atau di akhbar-akhbar bahawa kerajaanmenggalakkan agar kenderaan pengangkutan awam dan swasta agarmembawa kenderaaan mereka ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan. Padapendapat anda apakah tujuan sebenar pengujian dilakukan?

Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yanglebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalanyang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yangsistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970),

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkahlaku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atausatu sistem yang berkategori”.

Page 6: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

6 OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujiankecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran sepertiSains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujianpersonaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakandi atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskanbahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkanoleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehdaripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah”akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasipelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilahseseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melaluipengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah.Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnyadengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesananpengajaran dan pembelajaran.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut berherhubung dengan konsep Pengujianini di laman web berikut : http://www.measurementexperts.org/

1.2 ARAS UKURAN

Secara umumnya, terdapat pelbagai bentuk pengukuran yang berbeza, misalnya, pengukuranyang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza daripadapengukuran yang digunakan untuk menentukan tahap apresiasi agama pelajar. Begitu jugamembuat pengkelasan darjah motivasi sebagai bermotivasi rendah, sederhana atau tinggitidaklah setepat ukuran yang menggunakan skor sebenar motivasi pelajar. Penyataan danpengkelasan pembolehubah dalam bentuk kuantitatif melibatkan pengukuran yangmenggunakan skala tertentu. Pada umumnya terdapat dua jenis pembolehubah asas dalampengukuran, iaitu: (i) jenis kuantitatif (seperti 20%, 50%, 80%) dan (ii) jenis kategori (sepertimotivasi rendah, motivasi sederhana, motivasi tinggi). Kedua-dua jenis pembolehubah ini

Latihan 1.1

Jelaskan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.

Page 7: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

OUM 7

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

boleh diukur dengan menggunakan empat jenis skala, iaitu skala nominal, ordinal, sela dannisbah. Secara ringkasnya, skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untukmengkelas atau menunjukkan tahap/nilai sesuatu ukuran.

Rajah 1.2 Aras ukuran

1.2.1 Skala Nominal

Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatanyang paling rendah. Skala ini mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaandan seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan.

Misalnya, guru ingin mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut etnik atau jantina. Guru berkenaanperlu meletakkan nilai tertentu kepada pembolehubah tersebut bagi mewakili etnik berkenaan.Misalnya, etnik Melayu diwakili nombor 1, etnik Cina diwakili nombor 2, etnik India diwakilinombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4. Nombor I dalam sistem ini tidaklah menunjukkanbilangan yang kecil berbanding nombor 2, 3 atau 4. Dalam skala nominal ini, kita bolehmenukar ganti nombor berkenaan untuk mewakili kategori etnik tertentu, misalnya, nombor 4untuk etnik Melayu, nombor 3 untuk etnik Cina, nombor 2 untuk etnik India dan nombor 1untuk lain-lain etnik.

Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori pembolehubahyang dinyatakan, iaitu etnik. Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan skala yangmenggunakan nombor untuk mengkategori pembolehubah ini disebut sebagai skala nominal.

Ciri-ciri utama skala nominal adalah seperti berikut:

i. Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja, misalnya, individu yang dikelaskanke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik lain.

ii. Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan, tetapidianggap sebagai nama kategori sahaja.

iii. Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu.

Page 8: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

8 OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

1.2.2 Skala Ordinal

Ukuran bersifat ordinal pula memberikan nilai pemeringkatan. Data boleh disusun samaada daripada yang terrendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepadayang cemerlang. Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan ukuran asalpembolehubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripadakategori yang baik kepada kategori yang lebih baik.

Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segipencapaian akademik adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang mendapat markat keseluruhanyang tinggi diberikan nombor 1, diikuti nombor 2, 3, 4 dan seterusnya. Ini menunjukkan nombor1 adalah lebih baik daripada nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Umumnya, skala ordinal mampu(a) membezakan kategori dan (b) membezakan nilai pemeringkatan. Contoh lain skala ordinalialah skala Likert (misalnya, (1) Sangat Tidak Setuju, (2) Kurang Setuju, (3) Sederhana Setuju,(4) Setuju, (5) Sangat Setuju).

Ciri-ciri utama skala ordinal adalah seperti berikut:

i. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif.

ii. Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik.

iii. Ukuran mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurangatau lebih berbanding kategori lain.

Rajah 1.3 menunjukkan contoh Borang Soal Selidik yang dilakukan oleh pihak OUM yangmenggunakan konsep Skala Ordinal untuk tujuan penambahbaikan terhadap modul-modulOUM.

Page 9: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

OUM 9

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Rajah 1.3 Contoh borang soal selidik

1 2 3 4 5 6

Page 10: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

10 OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

1.2.3 Skala Sela

Skala ketiga ialah skala jenis sela. Data jenis ini mempunyai ciri pemeringkatan danjuga mempunyai perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. Skala ini berupayamenunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkankesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. Contoh ukuran berskala sela ialah ukuransuhu. Dalam hal ini, perbezaan suhu antara 25ÚC dengan 35ÚC adalah sama denganperbezaan suhu antara 15ÚC dengan 5ÚC, iaitu perbezaan 10 darjah.

Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin. Ini bermaksud skala selamempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek pemeringkatan. Jaraknumerik yang sama dalam skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yangdiukur.

Contoh lain, andaikan terdapat empat orang pelajar yang diukur pencapaiannya dalam skalasela, maka perbezaan pencapaian antara pelajar A yang mendapat 95% dengan Pelajar Byang mendapat 70% adalah sama dengan perbezaan pencapaian pelajar C yang mendapat50% dengan pelajar D yang mendapat 25%. Bagaimanapun kita tidak boleh mengatakanpencapaian pelajar C adalah dua kali lebih baik daripada D, kerana skala sela tidak mempunyainilai mutlak, tetapi hanya berdasarkan jarak. Dalam skala sela, nilai sifar (0) merupakansuatu nilai yang arbitrari, yang tidak menggambarkan nilai kuantiti kosong, iaitu skala selatidak mempunyai nilai mutlak. Misalnya, suhu 0ÚC merupakan nilai permulaan sistempengukuran suhu dalam ÚC. Suhu 0ÚC di sini bukan bermakna tidak ada kepanasan.

Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut:

i. Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif.

ii. Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik.

iii. Ukuran yang diguna mempunyai pemberat, iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecilatau lebih besar daripada yang lain.

iv. Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga adalah arbitrari.

v. Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua perbezaan ukuran.

Kita sering melihat dan mendengar berlakunya gempa bumi, khususnya yangberlaku di negara jiran seperti Indonesia. Tahukah anda bagaimanakah gempabumi ini diukur dan apakah jenis skala yang digunakan?

1.2.4 Skala Nisbah

Skala keempat ialah skala nisbah, iaitu skala yang mempunyai semua ciri skala seladan juga nilai mutlak. Dalam skala nisbah nilai sifar (0) adalah kosong.

Misalnya, perbezaan antara 30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga 90.Malah kita boleh mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45 (2 X 45 = 90). Contoh ukuranberskala nisbah ialah wang, jarak dan tinggi. Jadual di bawah menunjukkan ciri-ciri keempat-empat skala ukuran yang telah dibincangkan.

Page 11: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

OUM 11

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Pengukuran tingkah laku dalam bidang psikologi kadang kala agak sukar dibezakan antaraskala ordinal dan sela. Misalnya, dalam ukuran yang menggunakan skala Likert, andaianyang logik ialah ukuran ini adalah berskala ordinal. Bagaimanapun, dalam penganalisisandata, ukuran ini dianggap sebagai berskala sela.

Jadual 1.1: Skala Ukuran

Skala Ciri-ciri

Nominal Mempunyai nilai pengkelasan sahaja.

Ordinal Mempunyai nilai pengkelasan dan pemeringkatan.

Sela Mempunyai nilai pemeringkatan dan perbezaan ukuran.

Nisbah Mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutlak.

Nyatakan perbezaan antara keempat-empat skala pengukuran. Gunakan peta mindauntuk melakarkan jawapan anda.

Kesimpulannya, setiap jenis skala ukuran memberi maklumat yang berbeza. Skala nisbahmemberikan lebih banyak maklumat daripada skala sela. Skala sela pula dapat memberikanlebih banyak maklumat daripada skala ordinal. Begitu juga, skala ordinal memberikan lebihbanyak maklumat daripada skala nominal. Hierarki keempat-empat skala ukuran ini ditunjukkandalam Rajah 1.3.

Latihan 1.2

Nyatakan jenis skala untuk ukuran berikut:

(a) Jawatan (Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru).

(b) Gred pencapaian (Gred A, B, C, D, F).

(c) Skor ujian Sejarah (45, 50, 60, 75, 87).

(d) Respon terhadap soal selidik (Ya, Tidak, Tidak Pasti).

1.3 TUJUAN PENILAIAN DI BILIK DARJAH

Pada pandangan anda, mengapakah aktiviti pengujian dan penilaian pentingkepada guru? Apakah implikasinya kepada pelajar dan sekolah?

Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya denganproses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untukmemperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas,penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada guru, pelajar dan ibu bapa, malahkepada pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran sendiri.

Page 12: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

12 OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hasil penilaian yang dijalankan dapat dijadikan asaskepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan menggunakanmaklumat yang diperoleh bagi membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesananpengajaran guru dan pembelajaran pelajar.

Bagi memudahkan pemahaman anda, tujuan atau kepentingan penilaian dalam pendidikankhususnya dalam bilik darjah, dijelas berasakan beberapa tujuan seperti membuat diagnosis,melihat pencapaian, membuat pemilihan dan menempatkan serta memberikan bimbingandan kaunseling kepada pelajar.

Rajah 1.3 : Hierarki skala ukuran

Page 13: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

OUM 13

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

1.3.1 Diagnosis

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balaskepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yangtelah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yangdihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuanseseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga,guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaandan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuatkeputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengankeperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dansebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akanmemperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajarsecara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yangdihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasaipengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guruakan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untukmengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalahyang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terusmenghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

1.3.2 Pencapaian

Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikanmaklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dansikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempohpengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM);adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan.Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijilkepada pelajar.

Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yangdiberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukankeupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalampeperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

Rajah 1.4: Tujuan penilaian

Page 14: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

14 OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

1.3.3 Pemilihan dan Penempatan

Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlumeninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asaskepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akanmengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuandan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaankata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukanperingkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulanberasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlumenempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnyamerancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-bezaitu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikutpenguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih danmenempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlangdalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikutkecenderungan seseorang murid berkenaan.

1.3.4 Bimbingan dan kaunseling

Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yangmemerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkinbersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya,mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akanmemperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasiyang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibubapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Rajah 1.5 : Bimbingan dan kaunseling

Page 15: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

OUM 15

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Penilaian ini yang dijalankan dari masa ke masa dapat meningkatkan motivasi pelajar untukbelajar dengan lebih gigih supaya memperoleh pencapaian akademik yang lebih baik. Pelajaryang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan pencapaianmereka dengan semangat yang tinggi. Sebaliknya, pelajar-pelajar yang lemah akan dapatmengenal pasti kelemahan mereka dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan tersebut.Malah, maklumat tentang kelemahan pelajar dapat membantu guru untuk memberi bimbingan,tunjuk ajar atau kaunseling untuk menangani masalah mereka dengan cara yang lebihberkesan.

1.3.5 Tujuan Lain Penilaian

Selain tujuan yang dinyatakan di atas, penilaian juga penting dalam menentukan kesediaanpelajar untuk mempelajari sesuatu kemahiran baru. Penilaian ini dijalankan guru sebelummemulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, yang dibuat melalui pemerhatian ke ataskeadaan fizikal pelajar, seperti tangan, mata, jari-jemari dan penumpuan pelajar kepada guru.Daripada maklumat yang diperoleh, guru boleh menelah tahap kesediaan pelajar untukmenerima pengajaran atau sebaliknya. Memulakan pengajaran mengikut kesediaan pelajaradalah amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai keyakinan dan keupayaan asasuntuk mengikuti sesi pengajaran dan seterusnya memudahkan mereka menguasai kemahiranyang hendak diajar.

Hasil penilaian juga dapat memberikan input kepada guru tentang keberkesananpengajarannya. Melalui maklum balas yang ditunjukkan oleh pelajar, guru dapat menilai samaada pengajarannya berkesan atau sebaliknya. Sekiranya, rata-rata pelajar tidak dapatmenguasai sesuatu yang diajar; maka jelas menunjukkan strategi pengajarannya kurangberkesan, yang memerlukan pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan. Kepadapelajar pula, maklumat penilaian ini dapat menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadapsesuatu tajuk pelajaran. Seandainya mereka lemah dalam sesuatu tajuk, mereka akanmengetahuinya dan dengan sendiri mereka akan memberi tumpuan kepada perkara yangmereka kurang kuasai.

Seterusnya, kepada ibu bapa, penilaian guru dapat memberikan maklum balas tentangkemajuan dan pencapaian anak-anak mereka dalam semua mata pelajaran dan juga dalamaspek sahsiah. Ibu bapa dapat mengambil tindakan sewajarnya, seperti memberikan tumpuanyang lebih atau menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan harapan pencapaiananak-anak mereka akan meningkat.

Selain itu, penilaian juga dapat memberikan maklumat yang jelas kepada pihak penggubaldasar, khususnya penggubal kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, tentang kurikulumyang digunakan di sekolah-sekolah. Pihak Kementerian mendapat maklum balas yang tepattentang pencapaian objektif sukatan pelajaran, sama ada telah dapat dicapai dengan jayaatau sebaliknya. Sekiranya maklum balas yang diperoleh tersebut menunjukkan terdapatkekurangan yang ketara dalam mencapai objektif tertentu, maka pengubahsuaian sukatanpelajaran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan.

Secara umumnya, pengukuran yang dijalankan di bilk darjah dapat dibuat melalui tiga bentuk,iaitu : (i) pemerhatian, (ii) lisan dan (iii) penulisan. Ketiga-tiga bentuk pengukuran ini bertujuanmengesan penguasaan secara serta-merta, mengesan kemajuan dan mengesan pencapaianpelajar. Secara mudah, jadual di bawah menunjukkan bentuk-bentuk pengukuran berkenaan.

Page 16: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

16 OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Jadual 1.3 : Pengukuran Secara Pemerhatian

Jadual 1.4 : Pengukuran Secara Lisan

Mengesan Serta-mertaPengukuran dan penilaian ini dijalankan dengan tujuan mengesan penguasaan hasil pembelajarandengan serta-merta. Pengukuran dijalankan dengan cara memerhati sikap dan perlakuan muriddalam memperlakukan aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah.Guru boleh merancang sama adauntuk mengadakan aktiviti secara individu atau secara kumpulan. Jika perlu guru boleh merekodkansegala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajarnya. Seterusnya, guru akan memberikanbimbingan, teguran dan nasihat sekiranya pelajar melakukan kesilapan semasa latihan. Sebaliknya,pujian harus diberikan kepada pelajar yang telah melakukan latihan dengan betul.

Mengesan KemajuanPengukuran dan penilaian ini dibuat untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepasbeberapa sesi pembelajaran. Misalnya, menilai kemahiran pergerakan fizikal dalam mata pelajaranPendidikan Jasmani atau amali dalam Pendidikan Islam.Penilaian dapat dijalankan dengan telitisama ada menilai secara individu atau dalam kumpulan melalui alat tertentu, seperti senarai semak,skala kadar atau rekod anekdot. Guru akan merekodkan maklumat jika perlu dan seterusnyamengambil tindakan susulan mengikut keperluan setiap pelajar.

Mengesan PencapaianPengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa sesipengajaran dan pembelajaran. Misalnya, menilai pergerakan fizikal dalam mata pelajaran PendidikanJasmani atau amali dalam Pendidikan Islam.Seperti juga mengesan kemajuan, untuk mengesanpencapaian, guru perlu merancang dengan teliti untuk mengadakan ujian secara individu denganmenggunakan alat seperti senarai semak atau skala kadar. Guru perlu merekod dan melaporkanpencapaian pelajar, dan juga memberi tindakan susulan jika perlu.

Mengesan Serta-mertaPengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan penguasaan objektif pengajaran denganserta-merta dalam bilik darjah. Pengukuran dijalankan secara lisan, seperti menilai kebolehan pelajarbertutur melalui soal-jawab lisan, perbincangan atau kuiz secara lisan.Guru perlu merancang samaada mengadakan aktiviti-aktiviti ini secara individu atau secara kumpulan. Jika perlu guru hendaklahmerekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Seterusnya, jika perlu, guru akanmemberikan bimbingan, teguran dan nasihat kepada pelajar. Begitu juga, sebaliknya, pujian harusdiberikan kepada pelajar yang dapat menjawab atau berbincang dengan baik.

Mengesan KemajuanPengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepasbeberapa sesi pembelajaran. Misalnya, menilai kemahiran bertutur melalui aktiviti syarahan, lakonandan bercerita. Menilai kefasihan menghafal melalui aktiviti bacaan kuat, kuiz dan hafazan.Pengukurandapat dijalankan dengan guru merancang dengan teliti sama ada pengukuran dan penilaian dibuatsecara individu atau secara kumpulan dan menggunakan alat tertentu seperti senarai semak atauskala kadar. Guru perlu merekodkan pencapaian pelajar dan seterusnya mengambil tindakan susulanyang mengikut keperluan pelajar.

Mengesan PencapaianPengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pembelajaran.Misalnya, menilai bacaan murid dalam Bahasa Melayu dan menghafaz dalam mata pelajaranPendidikan Islam. Seperti juga mengesan kemajuan, mengesan pencapaian memerlukan gurumerancang dengan teliti untuk mengadakan ujian secara individu. Ujian dijalankan dengan bantuanalat ujian lisan yang sesuai, seperti senarai semak atau skala kadar. Guru perlu merekod danmelaporkan pencapaian pelajar dan memberikan tindakan susulan jika perlu.

Page 17: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

OUM 17

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

RUMUSAN

Dalam bab ini anda telah didedahkan dengan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian.Di samping itu juga, perbincangan turut menyentuh aspek aras ukuran serta kepentinganpenilaian dalam bilik darjah. Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa guru berperanan pentingdalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian para pelajar dalambilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancangdan melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, dan akhirnyamelakukan tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembanganpotensi individu secara menyeluruh agar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Jadual 1.5 : Pengukuran Secara Pemerhatian

Latihan 1.3

1. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran danpembelajaran?

2. Nyatakan ciri-ciri:

(a) Pengujian

(b) Pengukuran

(c) Penilaian

Mengesan Serta-mertaPengukuran dan penilaian ini bertujuan mengesan pembelajaran secara serta-merta, misalnya, gurumenilai pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran berbahasa pelajar melalui kerja yang dihasilkanpelajar.Guru perlu merancang sama ada untuk mengadakan aktiviti secara individu atau secarakumpulan. Guru perlu merekodkan segala perlakuan yang ditunjukkan oleh pelajar. Seterusnya,guru akan memberikan bimbingan, teguran atau nasihat, sekiranya pelajar melakukan kesilapan.

Mengesan KemajuanPengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar selepasbeberapa sesi pembelajaran, misalnya, menilai proses penulisan pelajar.Guru perlu merancang denganteliti sama ada pengukuran dibuat secara individu atau secara kumpulan, dengan menggunakan alattertentu seperti senarai semak. Guru perlu merekodkan perlakuan pelajar dan mengambil tindakansusulan mengikut keperluan pelajar.

Mengesan PencapaianPengukuran dan penilaian ini bertujuan untuk mengesan pencapaian selepas beberapa sesi pengajarandan pembelajaran. Pengukuran dibuat melalui pemerhatian seperti juga untuk tujuan mengesankemajuan.Guru perlu merancang dengan teliti sama ada pengukuran perlu dibuat secara individuatau secara kumpulan. Guru perlu merekod dan melaporkan pencapaian pelajar dan memberikantindakan susulan jika perlu.

Page 18: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

18 OUM

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

GLOSARI

Pengujian Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yangbiasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukanpencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.

Pengukuran Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah lakupelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis.Tujuan pengujian ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar,termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar.

Penilaian Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalammenafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentangpencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Pentaksiran Proses/posedur yang sistematik bagi mendapatkan maklumat dan membuatpertimbangan tentang hasil pembelajaran.

UJIAN 1

1. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran?

2. Nyatakan skala-skala pengukuran yang boleh digunakan dalam pengukuran dan pengujiandalam pendidikan.

3. Mengapakah proses penilaian dijalankan dalam bilik darjah?

UJIAN 2

Skala nisbah mempunyai nilai pemeringkatan, perbezaan ukuran dan mutalak.

1. Jelaskan hubungan antara pengukuran dan skala.

2. Jelaskan maksud “nilai pemeringkatan” dan “nilai mutlak”.

3. Berikan contoh ukuran yang menggunakan skala nisbah dan jelaskan nilai pemeringkatan,nilai perbezaan ukuran dan nilai mutlak bagi ukuran ini.

Page 19: 5. Tajuk 1 - · PDF filepembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, ... dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian ... dalam pendidikan, penilaian

OUM 19

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

RUJUKAN

Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York: Harper & Row.

Gay, L.R. (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for analysisand application. 2nd ed. Charles E. Merril.

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penilaian kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian PendidikanMalaysia.

Popham, W.J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Printice-Hall Inc.

Popham, W.J. (2000). Testing : What every parent should know about school tests. London:Allyn & Bacon.

Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya padaperingkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Linn, R.L. & Gronlund, N.E. (2000). Measurement and assessment in teaching. (8th. Ed.)New Jersey: Printice Hall.

Stufflebeam, D.L. (1971). “Evaluation s enlightment for decision making” in Beatty, W.H (Ed.)improving educational assessment and an inventory of measures of affectivebehaviour. Washington D.C: ASCD.