5 jenis multimedia

5
Multimedia adalah satu alat yang telekomunikasi yang amat penting dalam abad ini terutama dalam fungsinya sebagai alat interaksi kepada orang ramai. Multimedia amat penting dalam bidang pendidikan pada abad globalisasi kini, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat dan menimbulkan minat pengajaran guru serta minat pembelajaran pelajar untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang effektif dan affetik. Terdapat lima jenis multimedia yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. 1. Bunyi, Suara dan Muzik Unsur bunyi adalah antara aspek yang boleh menggambarkan keinteraktifan sesebuah media mengajar. Kajian yang dijalankan oleh Wan Noraini mengenai integrasi multimedia dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Daripada analisis yang dijalankan oleh beliau mandapati bahawa menyelitkan unsur bunyi- bunyian, suara dan muzik. Dalam kajian beliau, kesemua unsur ini adalah suatu yang dapat merangsang minda dan perkembangan murid dalam mempelajari sesuatu. Dalam pada itu, 24% daripada keseluruhan respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa mereka tahu merakan suara menerusi penggunaan komputer dan cakera padat. Dalam erti kata yang lain, kepentingan ketiga-tiga unsur ini iaitu bunyi, suara dan muzik adalah antara aspek penting dalam membentuk sebuah cakera padat interaktif yang dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap sesuatu ilmu pembelajaran. Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian pelajar ketika proses pengajaran

Upload: haryani-jasni

Post on 17-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jenis-jenis multimedia

TRANSCRIPT

Multimedia adalah satu alat yang telekomunikasi yang amat penting dalam abad ini terutama dalam fungsinya sebagai alat interaksi kepada orang ramai. Multimedia amat penting dalam bidang pendidikan pada abad globalisasi kini, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat dan menimbulkan minat pengajaran guru serta minat pembelajaran pelajar untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang effektif dan affetik. Terdapat lima jenis multimedia yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.

1. Bunyi, Suara dan Muzik

Unsur bunyi adalah antara aspek yang boleh menggambarkan keinteraktifan sesebuah media mengajar. Kajian yang dijalankan oleh Wan Noraini mengenai integrasi multimedia dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Daripada analisis yang dijalankan oleh beliau mandapati bahawa menyelitkan unsur bunyi-bunyian, suara dan muzik. Dalam kajian beliau, kesemua unsur ini adalah suatu yang dapat merangsang minda dan perkembangan murid dalam mempelajari sesuatu. Dalam pada itu, 24% daripada keseluruhan respondan yang dikaji juga menyatakan bahawa mereka tahu merakan suara menerusi penggunaan komputer dan cakera padat. Dalam erti kata yang lain, kepentingan ketiga-tiga unsur ini iaitu bunyi, suara dan muzik adalah antara aspek penting dalam membentuk sebuah cakera padat interaktif yang dapat membantu pelajar dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap sesuatu ilmu pembelajaran. Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Audio dalam sistem multimedia adalah seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Dengan menggunakan media ini memudahkan proses pembelajaran dan pelajar lebih memberi perhatian terhadap pembelajaran. Malah media ini akan lebih memberi kesan mantap selain dapat memberi motivasi dan rangsangan kepada pelajar untuk lebih memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar juga tidak akan berasa bosan dengan kepelbagaian BBM (bahan bantu mengajar) yang digunakan dalam bilik darjah.

2. Video

Untuk menjadikan sesebuah CD pembelajaran interaktif itu menjadi lebih menarik dan menghiburkan, unsur video juga sepatutnya dimuatkan dalam sistem pembelajaran interaktif tersebut. Video adalah tayangan yang dirakam daripada satu situasi sebenar dan dimuatkan dalam CD pembelajaran sebagai suatu perkara yang boleh membawa pelajar kepada alam realiti kehidupan. Walaupun pelajar sedang belajar, namun sesuatu video yang dimuatkan dalam sesuatu CD pembelajaran akan memberikan motivasi kepada untuk mengikuti atau mencontohi nilai-nilai moral yang terdapat dalam video tersebut.

Video adalah elemen multimedia yang bersifat dinamik dan lebih realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Media ini adalah gabungan daripada pelbagai elemen-elemen lain seperti teks, grafik, audio dan lain-lain dalam satu medium. Video juga memudahkan penggunakan terutama guru untuk menyampai maklumat pembelajaran dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Dengan cara ini akan lebih merangsang pelajar untuk lebih berminat terhadap sesuatu subjek yang diajar pada ketika itu. Video bukan sahaja memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah malah dapat mempengaruhi emosi dan perasaan pelajar dengan lebih berkesan dan berkemungkinan dapat meninggalkan kesan mendalam dalam hati pelajar.

3. Animasi

Animasi bermaksud papan visual yang bersifat dinamik. Ia juga merupakan satu proses untuk menjadikan sesuatu objek supaya kelihatan hidup atau memberi gambaran yang bergerak, yang pada asalnya objek tersebut adalah bersifat statik. Animasi merupakan elemen multimedia yang diminati ramai serta mendapat perhatian ramai terutama kepada industri kartun, kerana ia elemen ini dapat menzahirkan fantasi manusia ke alam realiti. Akan tetapi bagi proses pengajaran dan pembelajaran elemen ini juga memainkan peranan yang penting bagi guru untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Pengaplikasian media ini akan akan lebih memberi kefahaman kepada pelajar untuk memahami maksud yang ingin guru sampaikan. Contoh guru mengajar tentang jenis-jenis haiwan dan habitat haiwan. Pelajar akan mudah faham dan ingat jika guru menunjukkan animasi haiwan tersebut.

4. Kamus Media Elektronik.

Kamus multimedia elektronik adalah salah satu contoh bagaimana multimedia dapat digunakan untk proses pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan kamus biasa, kamus multimedia elektronik memaparkan makna sesuatu perkataan atau istilah yang dikehendaki dengan menggunakan pelbagai media sokongan sebagai tambahan penerangan yang diberikan menerusi penggunaan teks. Manakala menerusi penggunaan media seperti audio, video, grafik dan animasi misalnya menyebabkan penerangan sesuatu perkataan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.

5. Eksperimen atau Ujikaji

Penggunaan media seperti video dan animasi apabila mempersembahkan proses ujikaji atau eksperimen membolehkan pelajar mudah memahami dan dapat mengapliaksikan teori tersebut dengan berkesan dan betul. Contoh pembelajaran tayammum, guru hanya menayang video atau animasi berkaitan cara-cara bertayammum yang betul. Cara ini bukan sahaja menjimatkan masa malah dapat menjimatkan kos. Seterusnya guru hanya akan menyuruh pelajar mendemontrasikan proses tayammum hanya dalam kelas sahaja tanpa perlu mencari tempat yang lain.

6. Bahan Sejarah

Bahan sejarah juga akan lebih mudah dan menarik minat pelajar jika menggunakan pengaplikasian multimedia. Dengan bantuan multimedia proses pengajaran dan pembelajaran sejarah yang selama ini merupakan subjek yang membosan bagi kebanyakan pelajar akan bertukar menjadi pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini adalah kerana bahan-bahan sejarah boleh direka bentuk bagi menghasilkan persembahan lebih hidup dengan menggabungkan konsep gambar sebenar, animasi 3D dan sebagainya atau guru terus menggunakan video klip yang berkaitan dengan pembelajaran sejarah tersebut. Oleh itu pelajar tidak akan berasa bosan dengan pembelajaran yang hanya menggunakan buku teks sebagai media pembelajaran. Cara ini juga, dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang suasana sesuatu sejarah itu berlaku, ini secara tidak langsung membolehkan setiap pelajar meletakkan diri mereka dalam keadaan atau situasi yang dapat memudahkan mereka memahami perkara yang sudah lama berlaku.