49926926-carl-rogers

13
Latar Belakang Carl Rogers Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dibesarkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi . Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D pada tahun1928. Semasa di Columbia, Rogers cuba mengharmonikan idea   idea yang bertentangan seperti fahaman Sigmand Freud dengan pendekatan statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerak hati dengan objektif dan klinikal dengan statistik. Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi sebagai Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York .  Antara ke rjayany a yang lain ialah : 1. Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940   1943) 2. Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti of Chicago (1945   1957) 3. Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957   1963) 4. Pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963   1968) 5. Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968   1987).

Upload: lieynarameli

Post on 16-Oct-2015

52 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teori Carl-Rogers

TRANSCRIPT

Latar Belakang Carl RogersDilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dibesarkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi . Rogersmula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary diNew York. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D pada tahun1928. Semasa di Columbia, Rogerscubamengharmonikan idea idea yang bertentangan seperti fahaman Sigmand Freud dengan pendekatan statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerak hati dengan objektif dan klinikal dengan statistik. Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi sebagai Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York .Antara kerjayanya yang lain ialah :1. Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 1943)2. Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti ofChicago (1945 1957) 3. Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 1963) 4. Pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963 1968) 5. Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 1987). Soalan 3 : Dalam melaksanakan proses kaunseling, teori memainkan peranan penting. Pilih satu teori kaunseling dan huraikan teknik-teknik yang diaplikasikan semasa proses kaunseling.

Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya, bergantung kepada setiap individu untuk memilih tindakan atau cara untuk mengendalikan masalahnya. Namun begitu, sesuatu masalah akan bertambah kronik sekiranya individu tidak dapat mengendalikan masalahnya dengan baik. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru pembimbing atau kaunselor membantu murid yang mempunyai masalah dalam mencari jalan penyelesaiannya. Pelbagai teknik dan teori boleh digunakan semasa proses bimbingan diberikan, namun begitu ia bergantung kepada kesesuaian senario sesuatu masalah. Pemilihan teori dan teknik yang tepat dapat membantu murid (klien) mengendalikan masalah dan memilih jalan penyelesaian yang terbaik buat murid tersebut. Teori Humanis (berpusatkan klien) yang di ketengahkan oleh Carl Rogers ( 1902 1987 ) adalah antara teori yang boleh digunapakai atau diaplikasikan dalam proses kaunseling. Seperti yang kita tahu, teori ini berbeza sama sekali dengan teori kaunseling yang lain. Pendekatan humanistik dalam kaunseling tidak mempunyai teknik yang khusus. Ia lebih menekankan kepada sifat guru, keikhlasan guru dan hubungan yang baik dengan klien. Carl Rogers adalah satu satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasikan sama ada dari dalam atau luar. Justeru itu, pendekatan humanistik mengutamakan kepercayaan bahawa setiap individu mempunyai potensi semula jadi. Pendek kata setiap individu itu unik, sama ada dari aspek personalitinya, pengalaman yang dihadapinya dan pemikirannya. Setiap insan mengalami pengalaman hidup yang berbeza, berdasarkan pengalaman yang dihadapi sedikit sebanyak membentuk personaliti seseorang individu. Pengalaman hidup adalah guru yang terbaik., hal ini kerana manusia belajar daripada pengalaman.

Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri. Terdapat beberapa faktor luaran yang dapat membantu manusia untuk berkembang secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga faktor luaran tersebut, iaitu :

Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil beratKejujuran, keikhlasan dan kebenaran.

Kefahaman yang mendalam

Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar. Ketiga-tiga faktor luaran boleh diaplikasikan oleh guru bimbingan / kaunseling dalam menjalankan proses bimbingan / kaunseling. Malahan ia juga merupakan syarat asas dalam kejayaan kaunseling berpusatkan murid . Misalannya :

Faktor luaranHuraian ringkas

1. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran

Guru perlu ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membantu murid mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Melalui kualiti keikhlasan dan kejujuran yang ditonjolkan oleh guru, maka ia dapat membina keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru. Sekaligus hubungan yang baik dapat dibina di antara klien (murid) dengan guru bimbingan / kaunseling. Oleh itu, murid akan selesa untuk meluahkan perasaannya secara terbuka atau bersedia untuk berkongsi masalah yang dihadapinya. Kebenaran pula merujuk kepada sifat kaunselor yang sebenar, di mana kaunselor tidak berpura-pura dan menonjolkan dirinya yang sebenar supaya keselarasan ( kongruen ) dapat dipupuk di antara kanselor dan klien.

2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat

Guru pembimbing / kaunselor perlu menghormati dan menerima diri klien yang sebenarnya dengan memberikannya penghargaan tanpa syarat. Kaunselor sewajarnya menggunakan pendekatan tidak menilai, di mana seorang kaunselor harus mempunyai sifat penyayang tanpa syarat. Apabila sikap mesra dan menerima wujud dalam proses kaunseling, klien akan bersedia untuk menerima bimbingan dan berasa lebih berkeyakinan untuk menangani masalah yang dihadapi. Kaunselor perlu ingat bahawa walaupun klien datang berbagai cerita/masalah mereka tetap seperti manusia lain yang mempunyai maruah dan unik.

3. Kefahaman yang mendalam

Kefahaman yang mendalam juga boleh ditakrifkan sebagai empati. Kaunselor memahami kliennya dalam peringkat yang mendalam dan cuba untuk merasai apa yang dihadapi oleh kliennya. Ia juga merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien.Perasaan empati ini mengcakupi daripada kemahiran mendengar (lisan dan bukan lisan) dalam setiap peringkat sesi kaunseling, termasuk imaginasi dan kefahaman kendiri klien sebenar.

Sehubungan dengan itu, dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogersmemberi tumpuan kepada individu dan sifat kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsikan objek serta pengalaman pengalaman dan turut memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang berkeseluruhan ini membentuk fenomenologi individu berkenaan serta meliputi peristiwa yang disedari dan ada yang tidak disedarinya. Fenomenologi merujuk kepada persepsi dunia mengikut pandangan tersendiri dan unik.Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi yang konsisten, termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti atau kelompok lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai aku, saya atau diri. Pada masa yang sama,Rogersmenyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. Diri unggul mempunyai kompenan- kompenan seperti persepsi dan makna yang releven pada individu tersebut serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.

Konsep kendiri didefinisikan sebagai penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebiasaanya konsep kendiri terbentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan komuniti setempat. Pengalaman hidup turut membantu dalam membina konsep kendiri. Konsep kendiri yang disarankan olehRogersadalah definisi diri yang individu sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan saya atau aku.Adabeberapa fakta yang menarik berkenaan dengan konsep - kendiriRogers, antaranya ialah :

1. Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi terhadap persepsi.

2. Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan dan mewakili satu yang terurus dan konsisten secara keseluruhan.

3. Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa apa. Seseorang individu tidak mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri.

4. Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul dalam kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar dioperationaliskan untuk membuat kajian.

Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah selalunya lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia terpaksa melalui beberapa rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal konsistensi kendiri dan kongruen untuk mencapai matlamat. Maksud konsistensi kendiri adalah kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari dalam seperti yang ada pada konsep kendiri.Lazimnya konsep kendiri seseorang boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif.

Pembentukan konsep kendiri adalah berdasarkan kepada pandangan diri dan orang lain terhadapnya. Oleh itu, faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri adalah berkait rapat dengan sistem psikofizikal, alam sekitar dan interaksi sosial seseorang individu. Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri :

Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang wujud diantara diri unggul dengan pengalaman seseorang (diri sebenar). Secara ringkasnya kongruen adalah keselarasan antara idealself (diri unggul) dan realself (diri sebenar). Walau bagaimanapun, seseorang sering mengalami keadaan tidak kongruen, di mana kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan di antara kendiri yang dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkan kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu. Jikalau keadaan ini berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara pengalaman dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk mengatasi keadaan tidak kongruen :

1. Menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini akan mengekalkan konsep dan struktur kendiri yang sedia ada pada individu berkenaan.

2. Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan. Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep kendiri, iaitu ke dalam kesedaran.

Carl Rogers (1980) memandang struktur personality serupa dengan konsep konsep kendiri. Beliau turut menegaskan bahawa konsep kendiri seseorang mungkin tidak sepadan dengan pengalamannya yang sebenar. Rujuk rajah di bawah bagi melihat dengan lebih jelas ilustrasi keadaan sepadan dan tidak sepadan di antara konsep kendiri dan pengalaman sebenar.

a) Keadaan sepadan / kongruenb) keadaan tidak sepadan / tidak kongruena) contoh situasi tidak kongruen diri unggul: ingin menjadi seorang ahli gimramadiri sebenar: tidak pandai berenang dan mempunyai susuk tubuh yang agak gempalb) contoh situasi yang kongruendiri unggul: ingin menjadi seorang pemain piano yang terkenaldiri sebenar: boleh bermin piano dengan baik dan amat meminati muzik

Sehubungan dengan itu, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu keperluan disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain. Namun, manusia tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan. Oleh itu,Rogersmenekankan kepentingan kongruen antara diri yang dipersepsi (diri unggul) dengan diri yang dialami (diri sebenar) supaya seseorang dapat berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Hal ini, bermakna individu harus menerima diri dan pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnya bagi mencapai kesempurnaan kendiri yang diidamkan.http://konvobersama.blogspot.com/2008/03/carl-rogers.html