kalau hendak memajukan diri, jangan hanya berangan-angan ...sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan...

11
Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan; Hati hendak semua jadi. Kejayaan pasti dalam tangan.

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan ...Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai

Kalau hendak memajukan diri,

Jangan hanya berangan-angan;

Hati hendak semua jadi.

Kejayaan pasti dalam tangan.

Page 2: Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan ...Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai

Inspirasi yang menjadi pilihan kami merupakan mantan guru besar Sekolah Rendah Kiarong, Brunei III yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong, Kluster 1. Beliau ialah Cikgu Hajah Sainah binti Haji Nayan. Beliau bertugas di sekolah ini dari Mac 2004 hingga November 2009. Kami memilih beliau sebagai inspirasi kami kerana usaha, jasa dan sumbangan beliau dalam mengharumkan nama Sekolah.

Sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini, banyak kejayaan yang telah dicapai baik dalam akademik mahupun kegiatan kokurikulum seperti pencapaian Peperiksaaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR). Dari segi kokurikulum, sekolah juga seringkali menjuarai beberapa pertandingan seperti koir, hadrah, mari bercerita dan juga aktiviti-aktiviti sukan. Beliau adalah seorang guru yang hebat, komited, bertanggungjawab bukan sahaja di mata kami malahan juga daripada pandangan orang luar.

Beliau merupakan pentadbir yang tegas, gigih, komited dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai guru besar. Beliau sentiasa turun padang semata-mata untuk memberikan sokongan sebagai motivasi kepada murid-murid dan guru-guru.

Atas kewibawaan beliau, pihak Kementerian Pendidikan memberikan kepercayaan kepada sekolah untuk menerima kunjungan pelawat dari dalam dan luar negara.

1

Page 3: Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan ...Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai

Atas kecemerlangan beliau, pada tahun 2001 beliau telah dianugerahkan Pingat Indah Kerja Baik dan Pingat Darjah ke Empat pada tahun 2006. Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai seperti larian 100 meter, 200 meter dan lari berganti-ganti. Selain itu, beliau juga aktif mengikuti kejohanan bola jaring, badminton dan hoki. Walaupun sudah menjangkau usia 61 tahun, beliau masih sihat dan cergas. Beliau juga melibatkan diri dalam kegiatan kerohanian dengan menyertai Muslimah Masjid dari tahun 2011 hingga sekarang. Dalam pada itu, beliau tidak melepaskan peluang untuk ikut serta bergiat aktif dalam apa jua kegiatan, aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan.

2

Page 4: Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan ...Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai

3

Page 5: Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan ...Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai

Butik beliau terletak di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Butik Ummu Iman mula beroperasi pada 28 Ogos 2018. Pelbagai jenis pakaian termasuk tudung, selendang, baju dan jubah boleh didapati di butik beliau. Selain daripada pakaian, butik ini juga menjual pelbagai jenis minyak aromaterapi, aksesoris dan beg tangan.

Usaha gigih yang berterusan tanpa mengenal erti penat lelah menyuntik semangat kami untuk mengikuti jejak langkah beliau.

Meskipun sudah bersara sebagai pendidik, namun beliau masih juga gigih bekerja untuk mengisi masa terluang. Memang sifat semulajadinya, Cikgu Hajah Sainah tidak dapat duduk diam. Pada ketika ini, beliau aktif mengusahakan butik pakaian, ladang buah-buahan dan menjual hasil buah-buahannya di gerai milik beliau sendiri.

4

Page 6: Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan ...Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai

5

Page 7: Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan ...Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai

6

Page 8: Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan ...Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai

Dapat bersua, berkenalan dan

beramah mesra bersama beliau

merupakan detik berharga buat

kami untuk mengenali beliau

secara lebih dekat. Doa kami

semoga Cikgu Hajah Sainah

sentiasa dimurahkan rezeki, sihat

tubuh badan dan sentiasa dalam

lindungan dan rahmat Allah SWT.

Meskipun hanya berkesempatan

mengenali beliau dalam tempoh

yang singkat namun hasil daripada

perkongsian cerita dan

wawancara kami telah

menunjukkan dan membuktikan

keperibadian beliau yang sebenar.

Harapan kami semoga satu hari

nanti, kami akan dapat mengikut

jejak langkah beliau. Terima kasih

Cikgu Hajah Sainah, Guru Insiprasi

kami. Jasamu dikenang, namamu

dijulang.

7

Page 9: Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan ...Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai

Penyelidikan ilmiah

INSPIRASI KU

8

Page 10: Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan ...Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai

DI SEBALIK TABIR

9

Page 11: Kalau hendak memajukan diri, Jangan hanya berangan-angan ...Sewaktu muda, beliau aktif dalam sukan dan olahraga khususnya acara trek dan padang. Banyak kemenangan telah beliau juarai

MENYUSUN DAPATAN MAKLUMAT

10