47071940 laporan aktiviti tahunan kelab ping pong

Upload: juli-yeak

Post on 14-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 47071940 Laporan Aktiviti Tahunan Kelab Ping Pong

    1/1

    Laporan Kelab Ping Pong

    LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN KELAB PING PONGSEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SERI PUTRA 2010

    1. Keahlian Kelab Ping Pong

    - Kelab Ping Pong telah mengadakan mesyuarat agong tahunan pada awal

    tahun 2010 (Januari) dan telah menerima seramai 47 orang ahli baru.

    - Seramai 5 orang guru penasihat telah terlibat mengajar dan memberi

    latihan kepada ahli kelab ini .

    2. Aktiviti yang telah dijalankan

    - Kelab ini juga telah mengadakan sesi perjumpaan dan latihan sebanyak 2

    kali sebulan mengikut jadual yang ditetapkan.

    - Ahli Kelab Ping Pong telah menjalankan aktiviti dan latihan mingguan di

    dewan sekolah pada hari Rabu dengan beberapa orang guru pembimbing.

    - Dengan adanya kelengkapan alat permainan yang disediakan oleh pihak

    Sekolah , memudahkan guru penasihat memberikan latihan dan tunjuk ajarkepada ahli kelab.

    - Guru penasihat juga telah memberikan tunjuk ajar yang sewajarnyamengikut rancangan tahunan yang telah ditetapkan.

    3. Masalah yang dihadapi

    - Memandangkan kelengkapan yang kurang mencukupi terutamanya bet,

    murid terpaksa membawa atau membelinya sendiri untuk kegunaan

    sewaktu latihan dan permainan dijalankan.

    - Keselesaan tempat sewaktu latihan dijalankan juga kurang memuaskan

    kerana terpaksa bergabung dengan kelab permainan yang lain di tempatyang sama. Ini kadang kala mengurangkan tumpuan ahli kelab kepada

    latihan mereka.

    - Kadang kala aktiviti dan latihan kelab ini tidak dapat dijalankan keranaterdapat bertembungan dengan aktiviti sekolah yang lain seperti latihan

    sukan sekolah dan sebagainya.

    Disediakan oleh,

    LATIFAH HANIM BT MOHD IDRIS

    Pengerusi Kelab Ping Pong (2010)