document4

2
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Saya berasa jika pasukan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses peningkatan kualiti. Aspek-aspek tersebut meliputi pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas, semangat saling percaya-mempercayai di kalangan pemain dan komunikasi yang lancar di dalam pasukan. Melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti berpasukan, pemain-pemain akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja. Keadaan ini akan meningkatkan kebolehan seseorang pemain untuk mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti pasukan yang diinginkan. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Saya rasa interaksi di antara ahli kumpulan juga adalah antara faktor yang mempengaruhi kesepaduan kumpulan. Interaksi amat penting dalam memupuk kesepaduan pasukan. Sukan bola sepak dan ragbi merupakan contoh sukan yang memerlukan interaksi dan koordinasi yang baik dari semua pemain bagi memastikan kejayaan pasukan. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Jika berlakunya perebutan kuasa dalam kumpulan juga merupakan faktor yang

Upload: benny-tang

Post on 13-Apr-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Page 1: Document4

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Saya berasa jika pasukan mengamalkan

semangat berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukukuhkan

tiga aspek yang penting kepada proses peningkatan kualiti. Aspek-aspek

tersebut meliputi pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas,

semangat saling percaya-mempercayai di kalangan pemain dan komunikasi

yang lancar di dalam pasukan. Melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti

berpasukan, pemain-pemain akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar

pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja. Keadaan

ini akan meningkatkan kebolehan seseorang pemain untuk mencetuskan idea-

idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti pasukan yang

diinginkan.

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Saya rasa interaksi di antara ahli

kumpulan juga adalah antara faktor yang mempengaruhi kesepaduan kumpulan.

Interaksi amat penting dalam memupuk kesepaduan pasukan. Sukan bola sepak

dan ragbi merupakan contoh sukan yang memerlukan interaksi dan koordinasi

yang baik dari semua pemain bagi memastikan kejayaan pasukan.

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Jika berlakunya perebutan kuasa dalam

kumpulan juga merupakan faktor yang mempengaruhi. Kewujudan fenomena ini

akan memecah belahkan kesepaduan pasukan kerana para pemain akan

berpecah belah kepada beberapa kumpulan. Tumpuan akan menjurus kepada

perebutan kuasa dan bukannya tugasan serta matlamat pasukan. Kesannya,

prestasi dan kesepaduan pasukan akan terkikis.

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Masalah komunikasi dalam pasukan

juga boleh menggugat kesepaduan pasukan. Kekurangan komunikasi yang

berkesan akan menyebabkan matlamat pasukan tidak tercapai di akhir musim.

Page 2: Document4

Ini kerana matlamat pasukan tidak dapat difahami oleh semua pihak yang

terlibat. Wujud pertelagahan dalam pasukan. Kurangnya interaksi dalam

pasukan akhirnya akan mengurangkan keberkesanan serta kesepaduan

pasukan.